Translate

Jumaat, 31 Julai 2009

Adun PAS Permatang Pasir Meninggal Dunia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.

Menurutnya, Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian Allahyarham Tuan Guru Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an. Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, " jelasnya.

Baru-baru ini Allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71.

Harakhadaily dimaklumkan, jenazah Allahyarham bertolak dari IJN pukul 10 pagi ini dan dijangka sampai ke Permatang Pasir jam 2 petang ini.

Bagaimanapun tempat dan waktu pengkebumianya belum dipastikan cuma berkemungkinan petang ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam smsnya kepada Harakahdaily memaklumkan sedang dalam perjalanan ke IJN bagi menziarahi Allahyarham, beberapa pimpinan dijangka akan menziarahi jenazah dalam masa terdekat.

AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada PAS.

"Allahyarham adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat bekerja, rapat dengan rakyat sehingga mampu mempertahankan kerusi di Permatang Pasir walau dalam keadaan genting," ujarnya.

TERKINI!!!!!Sementara itu, pada jam 9.30 pagi tadi, jenazah Allahyarham telah dibawa dari IJN ke Permatang Pasir.Turut mengiringi jenazah ialah sanak saudara dan kaum keluarga yang sejak semalam menemani Allahyarham di IJN. Menurut salah seorang anak allahyarham, Dr Hamdan meninggal selepas dimasukkan ke IJN Isnin lalu, namun katanya Allahyarham meninggal dengan amat mudah pagi tadi.

"Tak nampak tanda-tanda beliau tenat semalam, saya sedang buat surat cuti untuk Allahyarham dari menghadiri Dun Pulau Pinang, namun belum sempat siap surat tersebut, pagi ini Allahyarham menghembuskan nafasnya, beliau seorang yang cukup tenang dan bapa yang sangat baik dan penyayang," ujar seorang menantunya kepada Harakahdaily.

Suasana sayu mengiringi perjalanan jenazah sebaik dikeluarkan dari Bilik Mayat IJN.Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali dan pimpinan PAS yang lain.

Mewakili pihak PAS, Mahfuz mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian Adun Permatang Pasir.

"Beliau seorang yang cukup baik, rapat dengan rakyat, komited dan wakil rakyat yang memahami kehidupan rakyat, beliau rakan saya yang banyak membantu saya terutamanya ketika saya ditahan ISA (operasi lalang).Beliaulah yang menjaga kebajikan anak isteri saya.

"Beliau juga adalah teman yang amat memahami, saya rasai kehilangan yang sangat besar kepada satu perjuangan," ujarnya.

Sementara itu, Presiden KeADILan turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Dr Wan Azizah menyifatkan, Pakatan Rakyat kehilangan 'permata' yang sangat komited dengan kerja, membantu Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum KeADILan itu menghadapi krisis politik tahun 1998.

"Beliau seorang yang mudah memahami, sangat penyayang dan bekerja keras untuk rakyatnya," ujar beliau.(Harakah)

Bukan Kita Mahu.

Darinya kita datang kepadanya kita pergi.... Takziah buat keluarga Al-marhum Datuk Hamdan Abd Rahman diatas pemergiannya ke rahmatullah.. Selepas seorang seorang pemimpin kita pergi meninggalkan kita. Seperti sabda Rasulullah... Allah akan mematikan orang-orang yang beriman dengan tiupan udara sejuk. Tetapi para pemimpin Umno mana faham. Makin mereka minta dijauhi PRK, semakin Allah adakan. Itu pun mereka tidak boleh fikir, mesti ada sebab-sebabnya Allah lakunya.

BN larang Kerjasama Dengan Kerajaan Pakatan

Sudah agak kerap kedengaran seruan oleh para pemimpin utama negara agar semua pihak mengutamakan kepentingan rakyat dan negara. Sama ada Perdana Menteri atau timbalannya, kedua-dua mereka sering menyeru parti-parti pembangkang agar mengenepikan sentimen politik dan perbezaan lain.

Semua pihak disaran bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) demi negara. Dikatakan, fokus utama kini bukannya berpolitik sepanjang masa, tetapi menyelesaikan masalah rakyat, terutama dalam menghadapi kemelesetan ekonomi dan sebagainya.

Agak muluk dan ikhlas bunyinya seruan itu. Malang bagi BN, khususnya Datuk Seri Najib Razak sendiri, apabila seruan beriya-iya terhadap parti-parti lawan itu rupa-rupanya masih gagal dihayati dan dipraktikkan anak-anak buahnya sendiri.

Tindakan terbaru oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Noh Omar, yang melarang sebarang kerjasama oleh kakitangan di bawah kementeriannya dengan kerajaan negeri diperintah Pakatan Rakyat (Pakatan) sekali gus menjadikan seruan Najib itu suatu yang remeh dan tidak berwibawa.

Dalam kenyataan disiarkan akhbar 22 Julai lalu, menteri itu mengarahkan kakitangan jabatan dan agensi di bawah kementeriannya di empat negeri Pakatan agar tidak menghadiri sebarang mesyuarat pembangunan negeri, daerah atau kursus anjuran kerajaan negeri berkenaan.

Menurut Noh, arahan berkuat-kuasa serta-merta itu di laksanakan berikutan kerajaan Pakatan di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan didakwanya gagal memberikan kerjasama kepada kementeriannya. Antara yang disebutnya termasuk tidak pernah menyalurkan peruntukan kewangan kepada jabatan dan agensi kementerian untuk menjalankan program dan projek berkaitan pembangunan pertanian dan masyarakat petani, nelayan dan penternak di negeri terbabit.

Arahan itu sedikit sebanyak menyukarkan rakyat memahami sikap dan pendirian sebenar BN dalam mencorakkan hubungan 'kerajaan dengan kerajaan' (G to G) dengan Pakatan. Sekejap dianjurkan kerjasama melangkaui batasan parti semata-mata untuk kepentingan rakyat. Kini datang pula larangan kerjasama itu diberikan walau pun ia jelas merugikan masyarakat.

Namun, bagi sesiapa yang mengenali Noh, kenyataan kerasnya Rabu lalu bukan perkara baru. Beliau memang antara pemimpin BN yang sering ada masalah untuk menzahirkan sikap kompromi dengan parti lawan.

Sebelum ini sudah banyak dipertikaikan tindakannya mensyaratkan perakuan pemimpin politik dalam pengagihan bantuan oleh jabatan dan agensi di bawah kementeriannya. Sebaik mengambil alih teraju kementerian itu, Noh telah memindahkan kuasa meluluskan bantuan atau memilih peserta program pertanian yang selama ini di tangan pegawai kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Arahan itu bukan sahaja mencabar profesionalisme penjawat awam, malah mendedahkan program kementerian kepada unsur salah guna kuasa dan diskriminasi atas merit politik.

Isu diskriminasi atau pemboikotan BN terhadap kerajaan negeri diperintah parti lawan adalah suatu yang sering dibangkit. Jika sejak dua dekad lalu hanya Kelantan dan Terengganu (ketika di bawah PAS) menjadi mangsa, tabiat buruk BN itu makin melebar selepas pilihan raya umum lalu.

Bekas Perdana Menteri pernah menegaskan kerajaan Persekutuan tidak akan meminggirkan negeri yang dikuasai pembangkang dalam mencapai matlamat pembangunan negara. Katanya, tidak akan ada sebarang diskriminasi atau pemboikotan BN terhadap kerajaan negeri diperintah Pakatan.

Bunyinya sangat adil dan bertanggungjawab. Bagaimana pun, apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya. Sebilangan kes dialami lima negeri (termasuk Perak) menjelaskan keadaan sebenar.

Antara contoh agak ketara, pada 2 April 2008, Menteri Pelancongan, Dato' Azalina Othman mengumumkan kementeriannya membatalkan semua memorandum persefahaman (MoU) yang sudah dimeterai dengan Kedah, Perak, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak dapat bekerjasama dengan pembangkang.

Sehubungan itu, satu jawatankuasa diwujudkan di bawah Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) dan anggotanya akan dilantik kementerian. Manakala dana RM1 juta setahun yang sepatutnya disalurkan kepada kerajaan negeri tersebut akan diberi kepada MTPN.

Apa yang berlaku terhadap program sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008 satu lagi contoh betapa BN sangat serius meminggirkan negeri-negeri diperintah Pakatan.

Sambutan kemuncak perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan tahun lalu mengikut perancangan awal sepatutnya diadakan di Kedah. Segala persiapan untuk sambutan itu telah dibuat. Namun ekoran perubahan tampuk pentadbiran negeri, ia dipindahkan ke Melaka pada saat akhir.

Satu lagi contoh agak klasik ialah dasar dibuat Ketua Menteri Melaka memboikot Kelantan dan Terengganu. Arahan yang dibuat pada April 2000 itu melarang kakitangan agensi kerajaan negerinya mengadakan lawatan rasmi ke dua negeri di perintah PAS itu. Sekatan di atas sentimen politik itu bagaimana pun gagal menjejaskan kedua-dua negeri tersebut.

Dengan perubahan pucuk kepimpinan BN dan seruan kerjasama lebih rancak kini, kita menyangka segala cerita perlakuan buruk BN yang mendiskriminasi dan memboikot Pakatan tadi akan menjadi akademik. Agak memeranjatkan, masih ada kalangan menteri yang mewarisi sikap primitif dan terlampau itu.(Harakah)

Khir Toyo Alih Isu Gantung Yang Mencemar Imej Beliau

Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendedahkan terdapat lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak pakatan rakyat memerintah Selangor.

"Saya yakin kewujudan banyak pusat seperti ini di Selangor kerana ada ahli politik bertindak sebagai pelindung kepada kumpulan kongsi gelap memandangkan semasa kerajaan Barisan Nasional (BN), lesen untuk pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700.

"Secara rasmi memang lesen pusat tersebut tidak dikeluarkan lagi tetapi kalau kita lihat pusat judi, hiburan dan spa tumbuh macam cendawan di Selangor, saya percaya kesemuanya dibuka secara haram," dakwanya.

Betulkah dakwaan Khir terhadap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor? Atau Khir sengaja menimbulkan isu bagi menutup aib beliau digantung daripada Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor kerana gagal hadir pada pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Malah Khir juga dikatakan merancang sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara membuta tuli masuk menyiasat exco kerajaan negeri kerana mendakwa terdapat laporan mengatakan berlaku penyelewengan wang peruntukan Ahli Dun (Adun) sebanyak RM500 ribu setahun.

Malah kes tersebut menjadi bertambah panas apabila saksi yang disiasat SPRM meninggal secara mengejut sebagaimana diumumkan polis. Setiausaha politik kepada Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock ditemui mati berhampiran pejabat SPRM sehingga kini masih dalam siasatan.

Khir sebelum ini juga cuba memfitnah kononnya kerajaan negeri tidak disenangi pihak istana bagaimanapun isu tersebut sepi dan ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri Selangor.

Pada Mac lalu, Selcat telah membicarakan penyelewengan wang Badan Amal dan Kebajikan isteri-isteri Selangor (Balkis). Keanggotaan Balkis terdiri daripada isteri wakil rakyat Selangor BN dikatakan mendapat sumbangan wang daripada syarikat anak kerajaan negeri Selangor.

Bekas Menteri Besar Selangor sepatutnya hadir pada perbicaraan umum itu kerana dikatakan banyak kuasa eksekutif dalam kes Balkis tetapi beliau hanya menghantar peguam bagi mengatakan tidak akan hadir pada pendengaran awam tersebut.

Malah Khir dalam sidang Dun boleh mendakwa beliau tidak diberi peluang membela diri sedangkan Salcet semasa itu banyak memberi kelonggaran kepada beliau walaupun beliau ketika itu sibuk bertanding Ketua Pemuda Umno tetapi tetap tidak hadir.

Selcat membawa kes beliau pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan (JKHK) yang kemudiannya membentangkan pada sidang Dun dan diluluskan pergantungan selama setahun ke atas Khir Toyo dan empat lagi Ahli Dun BN selama enam bulan kerana menghina dewan serta keistimewaan mereka dilucutkan dan elaun digantung.

Rakyat melihat hukuman tersebut paling mengaibkan dalam sejarah politik BN Selangor. Ini kerana dalam masa singkat kerajaan negeri Selangor berjaya mendedahkan penyelewengan yang dilakukan kerajaan BN dahulu sebagaimana dilaungkan dalam ceramah PKR, PAS dan DAP semasa pilihan raya umum Mac 2008 lalu, iaitu sebelum pakatan rakyat memerintah lima negeri.

Bagi rakyat penyelewengan kerajaan BN dahulu mesti didedah dan diambil tindakan supaya rakyat tahu ke mana hasil dan wang rakyat selama ini dihabiskan.

Sekarang rakyat sedang menunggu apakah kerajaan Kedah dan Pulau Pinang juga mampu mengesan penyelewengan kerajaan terdahulu dan mengambil tindakan sebagaimana kerajaan Selangor.

Jika tidak ceramah PKR, PAS dan DAP sebelum memerintah selama ini hanya dianggap ceramah kosong dalam mengatasi penyelewengan pemerintahan BN terdahulu.

Sementara, Pengerusi Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew mempersoalkan bagaimana Khir boleh mengetahui terdapat 4,000 pusat hiburan haram beroperasi di negeri itu.

Beliau mempersoalkan apakah pusat hiburan haram dibuka oleh kroni Khir, jika tidak bagaimana beliau boleh mengetahui banyak pusat hiburan haram wujud di Selangor.

Ini kerana katanya, semua permit pusat hiburan haram dikeluarkan oleh kerajaan Pusat dan tidak ada satu pun yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

Pihak Majlis Berkuasa Tempatan (PBT) tambah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menangkap dan menghukum pemilik pusat hiburan haram.

"Semua kuasa untuk menangkap dan menghukum pemilik pusat hiburan haram terletak di tangan pihak polis malangnya pihak polis tidak melakukannya," dakwa beliau.

Tambah beliau kuasa PBT hanya boleh menyita pusat hiburan tersebut tetapi kebanyakan selepas disita pemilik hiburan itu akan membuka semula dan beroperasi seperti biasa.

Menurut beliau, polis memang mempunyai kuasa untuk menghalang pusat hiburan haram daripada beroperasi tetapi polis negeri Selangor tidak memberi kerjasama yang baik dalam masalah ini.

Katanya, mereka lebih mendengar arahan daripada pihak kerajaan Pusat bukan daripada kerajaan negeri.(Harakah)

49 tahun lalu, PAS yakin ISA akan disalahguna

BERIKUT adalah sedutan ucapan Ahli Parlimen Bachok yang juga Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Zulkiflee Muhammad ketika bangun membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 21 Jun 1960.

Tuan Yang Dipertua, di hadapan kita ini ada satu Rang Undang-undang yang bertujuan hendak memerangi subversif, dan di-dalam Undang-undang ini ada beberapa peraturan yang ditujukan kapada maksud itu.

Tuan Yang Dipertua, saya bangun di sini menyokong undang-undang ini. Tetapi saya hendak menceritakan beberapa perkara yang ada di-dalam Undang-undang ini yang pada fikiran saya akan boleh menimbulkan kepayahan dan kesusahan dan akan boleh digunakan bagi maksud yang lain daripada maksud yang asal Undang-undang ini.

Tadi, Timbalan Perdana Menteri (Tun Abdul Razak Hussain) sudah memberikan fikirannya dan di dalam ucapannya yang panjang itu dia telah memberi satu tegasan mengatakan bahawa Undang-undang ini tidak dimaksudkan untuk mencengkam kebebasan dan demokrasi di dalam negeri ini. Dan dia telah berjanji dan memberi jaminan tidak pula ada tujuan Kerajaan hendak menggunakan Undang-undang ini bagi maksud menahan perkembangan parti-parti politik yang bertentangan dengan Kerajaan.

Saya tidak tahu sama ada janji ini boleh dipegang atau tidak. Itu akan diterangkan oleh perbuatan-perbuatan yang akan ditunjukkan kepada Menteri itu; tetapi saya memberi amaran, Tuan Yang Dipertua. Di-dalam mempersetujukan ini saya memberi amaran bahawa kalau sah dan benar tujuan Kerajaan hendak mengawal, memelihara dan mengembangkan demokrasi di negeri ini maka amalkanlah Undang-undang ini menurut dasar pengubalannya.

Sebarang salah guna dari Undang-undang ini akan membawa satu reaksi yang buruk dan tidaklah menjadi mustahil kalau sesudah berjanji hendak dijalankannya dengan baik, tidak mustahil Kerajaan itu hendak menjalankan dengan tidak baik. Orang-orang atau setengah atau sebahagian daripada manusia daripada negeri ini akan menjadi komunis jika disalah pakai Undang-undang ini.

Kita tahu kesalahan-kesalahan dan penyakit-penyakit yang ada di dalam Undang-undang sebagaimana saya sebutkan, tetapi bagi kepentingan keselamatan negeri dan atas asas bahawa Undang-undang ini menuju kapada mencegah perkembangan subversif (komunis) dan terrorism (keganasan) maka kita sokong.

Tuan Yang Dipertua, apabila kami menyokong Undang-undang ini, kami tuntut kepada Kerajaan supaya meluaskan fahaman di dalam makna subversif tidak sahaja subversif dari komunis, tetapi sebarang anasir yang tidak diingini yang ingin menjatuhkan tatahidup demokrasi di dalam negeri ini hendaklah ditegah sama ada dia melakukan subversifnya itu dengan cara langsung atau tidak langsung.

Saya maksudkan puak-puak Amerika, puak-puak Inggeris, puak-puak apa sahaja yang cuba hendak menggunakan helah dan dayanya bagi menjahanamkan tatahidup di negeri ini di dalam subversif.

Sebabnya Tuan Yang Dipertua, "Prejudicial to the interest of this country" yang menjadi teras bagi perkara yang besar di dalam Undang-undang ini tidaklah semata-mata dihadkan kepada sesuatu puak sahaja. Saya bersetuju bahawa bahaya-bahaya komunis amatlah besar. Dan ada masanya iaitu akan bertambah besar. Cara-cara mengembangkan komunis di dalam negeri ini bukanlah payah. Sedikit kesilapan akan membalikkan sejarah negeri ini kepada apa yang telah berlaku.

Bagi pihak saya, sehinggakan pengisytiharan Perdana Menteri menyokong kemasukan China ke dalam United Nation (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) itu pun saya rasa, ada mempunyai bibit yang menyeronokkan orang-orang komunis di dalam negeri ini, dengan memberikan kekuatan kapadanya bahawa sekarang negara besarnya telah diakui dan komunisnya sa-kurang-kurangnya dihormati.

Sekurang-kurangnya Perdana Menteri kita telah memberi sadikit angin kepada goyangnya pokok komunis di Tanah Melayu ini dengan pengisytiharan yang saya tidak hendak bahaskan kerana itu soal luar negeri tetapi tidak di-nafikan adanya sokongan moral komunis.

Tuan Yang Dipertua, di-dalam Undang-undang ini, ada beberapa perkara yang tidak terang dan ini akan saya cuba menyebutkannya, supaya dengan menyebutkan perkara-perkara itu dapatlah Kerajaan itu betul-betul mengamalkan Undang-undang ini dengan jiwa dan roh Undang-undang. Ini tidak dengan jiwa dan roh yang lain dari dasar menggunakan Undang-undang ini.

Lagi sekali saya katakan, sebarang silap amal, salah gunakan Undang-undang ini bukan akan mengurangkan terrorist yang 400 orang itu bahkan akan menambah bilangannya. Sebarang penekanan yang tidak dibolehkan oleh Undang-undang ini akan mengakibatkan kesan balas yang tidak diingini.

Pergi kepada satu-satunya Undang-undang ini dan saya percaya Kerajaan ketika sekiranya orang menyokong satu Undang-undang Kerajaan itu maka berilah pertimbangan yang berat kepada fikiran yang dikemukakannya itu sebab dia tidak membangkang, cuma menyokong, kerana ada perkara-perkara yang dirisau, kok salah masuk maka akan sengetlah perjalanan jentera Undang-undang ini.

Tuan Yang Dipertua, di dalam mempersetujui Rang Undang-undang ini, Persatuan Islam Tanah Melayu memegang apa yang dicakapkan oleh Kerajaan bahawa dia tidak bertujuan hendak mencegah perkembangan politik yang sihat di dalam negeri ini. Sebab apa, Tuan Yang di-Pertua? Kerana kita memikirkan kepentingan keselamatan negara. Apa yang disyarahkan oleh orang-orang Persatuan Islam Tanah Melayu mudah sangat membawa kapada apa yang di-sebutkan di sini.

Dalam hal menentang terrorist (pengganas) ini, Tuan Yang Dipertua, kita tentulah tidak berapa risau sebab kategori atau jenis manusia yang disebutkan sebagai 'terrorist' adalah kurang orang yang mungkin dituduh. Maka apa yang ada dalam undang-undang ini yang menerangkan bahawa boleh kita maafkan, kalau pun ia itu terkeluar sedikit sesudah batas kebebasan hidup biasa. Sebab kita adalah berhadapan dengan 'terrorist'.

Walau bagaimana pun kalau ada kemungkinan kezaliman yang dapat dilakukan kepada orang yang kita rasa bukan dirinya penjahat maka patut dihindarkan dalam undang-undang atau yang menjalankan undang-undang ini.

Setelah saya menyebutkan dalam perkara ini tadi maka saya ingin mengemukakan kapada Tuan Yang Dipertua bahawa kami menyokong Rang Undang-undang ini demi kepentingan keselamatan negara, dan saya ulangkan peringatan yang diberi tadi bahawa sebarang salah guna di atas undang-undang ini akan mengakibatkan satu perkara yang sebaliknya.(Harakah)

Khamis, 30 Julai 2009

Allah Tiada Di Malaysia.

Satu kenyataan yang para pemimpin Umno tidak boleh menafikan ialah Allah tidak ada di Malaysia. Kenapa kamu kata begitu, jangan permain-mainkan perkara macam ini.... bahaya. Memang bagi pemimpin Umno Allah sememangnya tiada di Malaysia. Kalau Allah ada Di Malaysia, beranikah para pemimpin Umno melakukan perkara-perkara yang mungkar? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno menganayai rakyat Malaysia? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno menggunakan ISA kepada rakyat? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno memperkayakan diri, anak bini, keluarga dan para kroni-kroninya? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno melakukan rasuah? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno merampas hak-hak rakyat? Kalau Allah ada Di Malaysia, beranikah pemimpin Umno memberi lesen kilang arak? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno memberi lesen kasino, toto, magnum, loteri dan segala bentuk perjudian? Kalau Allah ada Di Malaysia, berani pemimpin Umno membiarkan sahaja maksiat berlaku dimana-mana sahaja? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno membiarkan anak bini mereka mendedahkan aurat? Kalau Allah ada Di Malaysia, beranikah pemimpin Umno melakukan maksiat ( zina dan minum arak)? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno menipu rakyat? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno meninggalkan solat? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno meninggalkan puasa? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno tidak membayar zakat? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno memakan riba? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno memakan dan mencuri duit anak yatim? Kalau Allah ada Di Malaysia, beranikah pihak polis memukul rakyat? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah polis dan KDN men 'ISA' kan rakyat yang tidak bersalah? Kalau Allah ada di Malaysia, beranilah pihak polis memaki hamun, memukul dan menghina pesalah yang belum terbukti kesalahannya? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah SPRM membuat siasatan terpilih? Jawapannya.... sememangnya bagi pemimpin Umno, Allah tiada di Malaysia. Tetapi di manakah Allah tinggal, bagi pemimpin Umno? Kalau di Malaysia tiada maka di manakah Allah? Bagi pemimpin Umno, Allah hanya berada di Mekah dan Madinah sahaja. Kenapa kamu kata macam tu? Kerana di sana sahajalah, para pemimpin Umno akan menunjukkan yang mereka sebenar-benarnya hamba Allah. Kerana di sana sahajalah, anak bini pemimpin Umno akan menutup aurat dengan sebetul-betulnya. Kerana di sana sahajalah, kita akan melihat betapa tawadduknya wajah para pemimpin Umno. Kerana di sana sahajalah, kita melihat para pemimpin Umno menunjukkan akan kesama-ratanya cara berpakaian tanpa menunjuk lagak dan kekayaan mereka. Kerana Allah ada disanalah, mereka tidak melakukan perkara-perkara yang mungkar. Allah s.w.t. hanya berada di Mekah dan Madinah sahaja.......... Wallahualam.

Memali Semarakkan Tentangan Terhadap ISA.

"SUAMI ketika itu sedang berdiri dan apabila terkena tembakan, beliau terjatuh ke atas lantai. Mak Lang angkat kepalanya dan letak atas riba. Darah segar memenuhi ruang tamu rumah Ustaz Ibrahim Libya. Suami menghembuskan nafas terakhirnya di riba Mak Lang," kata Aishah Ahmad, 56, balu kepada Maaruf Hashim salah seorang yang syahid dalam peristiwa berdarah Memali pada bulan November 1985.

"Mak Lang tak tahu apa yang terjadi kepada mayat suami selepas itu. Mak Lang bersama anak dan beberapa isteri syuhada yang lain dibawa ke Pejabat UTK Tanjung Pari. Di sana, Mak Lang disoal siasat selama 18 hari.

"Selama di sana, Mak Lang pernah disoal siasat hingga enam jam sehari. Selesai disoal siasat, Mak Lang dihantar ke bilik kurungan. Mak Lang ditahan bersama anak perempuan, Mariza yang pada masa itu berusia 15 tahun. Selepas 18 hari di Tanjung Pari, Mak Lang dihantar ke PPH Sungai Petani dan dipenjara selama dua bulan.

"Selepas dua bulan, kami dibebaskan dari PPH Sg Petani, barulah Mak Lang pulang ke Memali untuk bertemu anak-anak lain yang ditinggalkan dan menziarahi perkuburan arwah suami," ujar beliau lagi yang dikurniai lima anak bersama suaminya, Assyahid Maaruf.

Terkial-kial

Begitu lancar Aishah @ Mak Lang bercerita mengenai pengalamannya membuatkan saya terkial-kial mencatat setiap butir bicaranya. Setelah segalanya yakin dicatat, saya mengangkat kepala, melihat pada wajah beliau dan kelihatan air mata bergenang di kelopak mata yang sudah berusia itu.

Walaupun peristiwa itu hampir 24 tahun berlalu, saya dapat merasakan seolah-olah ia baru berlaku semalam ...

Itu adalah salah satu testimoni yang saya perolehi ketika melawat keluarga mangsa berdarah Memali yang berlaku pada 1985. Ketika itu, saya masih terlalu muda dan tidak begitu ambil berat untuk mengetahui siapakah yang benar dan siapakah yang zalim dalam peristiwa itu.

Cuma yang masih saya ingat, media kerajaan mendakwa mereka adalah pesalah dan penderhaka. Ketika itu tiada media alternatif, tanpa internet atau SMS. Memang amat sukar untuk diketahui, apakah dan siapakah yang menjadi punca pembunuhan beramai-ramai itu.

Cuma yang jelas bagaimana gas pemedih mata, kereta perisai, beberapa trak polis dikerahkan dengan lengkap bersenjata boleh sewenng-wenangnya dihantar ke sebuah perkampungan terpencil di Baling itu dan mengepung sebuah rumah kecil milik seorang ustaz yang hanya menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat di sekelilingnya.

Siapakah yang empunya gas pemedih mata, kereta perisai, trak polis, polis dan segala senapang yang digunakan di kejadian itu?

Saya tidak pernah berpeluang mengetahui jauh sekali mengenali lelaki bernama Ibrahim Libya ini yang menjadi tajuk utama perbualan penduduk Memali. Namun berdasarkan penceritaan dan beberapa penulisan ringkas mengenainya, saya dapat simpulkan bahawa beliau seorang berpendidikan tinggi dalam bidang agama, bijak dalam penyampaian kelas-kelas dikendalikannya, berkarisma, berkepimpinan dan beliau amat disenangi oleh sebahagian besar ahli masyarakat setempat.

Berdasarkan daripada beberapa pondok (asrama) yang didirikan di sekitar surau yang terletak tidak jauh dari rumahnya, dapat disimpulkan beliau adalah seorang aktivis muda yang bercita-cita tinggi untuk melihat ramai anak bangsa di daerah itu mempelajari dan menghayati Islam dengan sebaiknya.

Sebagai seorang graduan dari Libya dan pernah bertugas di Pusat Islam, saya yakin, kedudukan beliau ketika itu bukan setakat dikasihi tetapi juga dipandang tinggi dan amat dihormati.

Berdasarkan pembacaan juga, saya melihat kepimpinan, keperibadian, kebijaksanaan dan kegiatan beliau telah membuatkan ada pihak lain yang tidak senang dengan perkembangan tersebut dan ingin mencantas atau mematikan saja segala bakat yang dimiliki itu dengan menahan beliau di bawah ISA.

Tamatkan bakat

Sebelum kes Ibrahim Libya, sudah ada pemimpin PAS yang ditahan tanpa bicara lebih awal, antaranya Dr Burhanuddin Helmi. Tidak mustahil, alat yang sama iaitu ISA, digunakan terhadap Ibrahim Libya untuk menamatkan bakat dan kepimpinan politik beliau.

Keengganan beliau menyerah diri kepada pihak berkuasa telah menjadikan penguasa ISA merasa tercabar status quonya dan akhirnya bertindak ke atas Asy-syahid dan para pengikutnya menggunakan kekerasan.

Apabila menyelami isu Ibrahim Libya dan pembunuhan beramai-ramai di Memali ini, saya teringat peristiwa penahanan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 1998 di mana beliau dengan tegas menunjukkan sikapnya melawan tindakan kerajaan yang memecatnya ketika itu.

Beliau terus melawan dan mendapat sokongan rakyat hinggalah akhirnya ditahan di bawah ISA. Ketika dalam tahanan polislah beliau dipukul hingga lebam di bahagian mata, yang menjadi 'trademark' KeADILan hingga kini.

Membandingkan isu keengganan Ibrahim Libya menyerah diri pada pihak berkuasa (tahun 1985) dengan sikap tidak mahu mengalah oleh Anwar (tahun 1998) nampaknya polis telah mempelajari sesuatu daripada peristiwa Memali.

Mereka tidak menyerang rumah Anwar sebaliknya memburu dan menangkap beliau ketika dalam perjalanan pulang daripada satu program ceramah yang mengajak rakyat bangun untuk menuntut 'reform' atau pembaharuan.

Sekiranya Menteri Dalam Negeri, polis pada tahun 1985 itu bersabar sedikit, mungkin peristiwa berdarah Memali dapat dielakkan...

Sewaktu menziarahi mangsa pembunuhan beramai-ramai di Memali baru-baru ini, fokusnya bukan siapa atau bagaimana peristiwa itu terjadi, tetapi saya terlalu ingin mendapatkan reaksi mangsa yang juga merupakan penduduk setempat, bagaimanakah pandangan mereka terhadap kerajaan Umno-BN yang seolah-olah melihat nyawa rakyat marhaen ini tidak bernilai sama sekali.

"Setelah suami kami dikebumikan, ada pihak yang membantu kami supaya menyaman kerajaan disebabkan kematian suami kami itu. Kes itu difailkan pada 1986 dan terpaksa melalui fasa yang lama untuk mendapat keputusannya.

Masih menyusu

"Alhamdulillah, pada tahun 2004, tiga peguam yang mewakili kes tersebut telah berjaya memenangi perbicaraan," kata Rokiah Mohd Hassan, balu kepada Asy-syahid Mohd Rezki Ahmad, berusia 27 tahun ketika kejadian. Selepas pembunuhan suaminya, Rokiah dan seorang anak kecil yang masih menyusu juga turut ditahan di penjara selama dua minggu.

"Mak Pah sedang mengandung empat bulan ketika suami ditembak di rumah Ustaz Ibrahim Libya. Kami semua berada dalam keadaan 'curfew' hampir dua bulan. Kami cuma boleh keluar rumah untuk mencari rezeki dan memotong getah dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Mak Pah dan semua penduduk di sekitar Memali tidak tahu apa yang terjadi kepada 14 orang yang telah ditembak hingga mati itu.

"Alhamdulillah aktivis PAS dan penduduk dari kampung lain telah datang ke Memali untuk melakukan urusan pengkebumian mereka," tambah Mak Pah yang nama sebenarnya Siti Maryam binti Omar kepada aku. Sebaik saja tamat menceritakan kisah duka Memali, beberapa titik air mata gugur di wajah yang mula dimamah usia itu.

"Pada tahun 2004, kami menang kes pembunuhan di Memali. Kes itu berjalan hampir 18 tahun. Pihak kerajaan membayar pampasan RM20,000 kepada 14 keluarga syuhada. Maknanya, hampir 20 tahun selepas suami kami ditembak dengan kejam, kerajaan menilai nyawa suami sebanyak RM1,000 setahun. Sungguh rendah nilai nyawa mereka di sisi kerajaan BN!" kata Siti Aishah @ Mak Lang sambil mengesat matanya. Beliau tidak mahu mengulas panjang.

"Suami saya yang ditahan ISA pada 2002, ikut saja perintah dan arahan kakitangan KDN dan Menteri Dalam Negeri, hingga kini masuk lapan tahun ditahan di Kem Kamunting. Jika ditahan di bawah ISA, mangsa dikurung tanpa bicara bertahun-tahun lamanya. Jika enggan ditahan di bawah ISA jadilah macam kes Asy-syahid Ibrahim Libya, mangsa terus kena tembak, rakyat tiada nilai di mata kerajaan Umno-BN," kata saya kepada semua Muslimat yang hadir di rumah Siti Aishah.

Semua tetamu wanita itu terkejut dan mula tersenyum. Salma Ismail, Ketua Wanita KeADILan Kedah dan timbalannya, Nurin yang menemani lawatanku ke Memali juga turut tersenyum melihat riak wajah mereka yang sejak dari awal kelihatan agak serius ketika bercakap denganku.

Mereka tidak sangka, saya adalah isteri kepada seorang tahanan ISA kerana sejak awal saya melangkah masuk ke ruang tamu rumah Siti Aisyah @ Mak Lang saya hanya sibuk bertanya soalan, mencatat fakta, merekod perbualan dan mengambil gambar tiga wanita balu mangsa pembunuhan di Memali itu. Mereka menyangka saya seorang wartawan Harakah!

Sebaik selesai mencatat fakta-fakta penting, saya dibawa melawat kesan-kesan peristiwa itu. Dua puluh empat tahun peristiwa itu berlalu dan banyak pembangunan dilakukan hingga menghilangkan struktur asas rumah, surau dan pondok yang dibina oleh Ibrahim Libya dan teman-teman rapatnya.

Namun kesan peluru yang menembusi dinding sebuah rumah kecil untuk menyimpan padi, dapat menggambarkan bagaimana rakus dan ganasnya polis menembak Ibrahim Libya dan teman-teman setianya pada waktu Subuh pada November 1985.

Sesiapa saja yang berada di Memali ketika itu, pasti tidak dapat melupakan drama hebat pembunuhan beramai-ramai yang begitu kejam dan tragis!

Debat secara terbuka

Kisah Memali juga mendapat tempat di minda penulis sejarah ISA berbangsa Cina. Dalam buku '45 Years Under ISA' Koh Swe Yong menyebut: "... pada 1985, peristiwa Memali menyaksikan ramai aktivis PAS ditahan di bawah ISA. Peristiwa itu mengubah persepsi PAS yang selama ini memandang sepi isu ISA, dan mereka mula mengkritik serta menentang akta zalim itu. "

Kritikan itu diluahkan dalam berbagai bentuk, di mana saja ada peluang bercakap atau debat tentang ISA, PAS segera menyuarakan secara terbuka supaya ISA segera dimansuhkan."

Kini, 24 tahun selepas Peristiwa Berdarah Memali, rakyat semakin faham dan jelas tentang kejahatan dan kezaliman akta tanpa bicara yang menjadi nadi utama Umno untuk memastikan parti reput itu terus bertahan. Sejarah telah membuktikan, semua Perdana Menteri Malaysia, amat gemar menggunakan ISA untuk mencantas pihak lawan.

Dan mutakhir ini, kegunaan ISA juga dipelbagai. Selain menjadikan mangsanya sebagai 'pengganas Islam', ISA juga digunakan untuk melabel 'pembuat syiling palsu', 'pembuat Mykad', 'penghantar SMS', 'menyelamatkan wartawan wanita' dan pelbagai lagi.

Penulisan ini hanya berkisar kepada mangsa ISA daripada bangsa Melayu dan berugama Islam. Bagaimana dengan bangsa lain? Bagaimana dengan kaum Cina dan India?

Sejak 49 tahun yang lalu, semua bangsa dan pelbagai peringkat usia dijadikan mangsa ISA, adakah rakyat Malaysia masih terus bersabar dan membiarkan pemerintah menggunakan ISA sesuka hati mereka saja?

Rakyatlah yang berkuasa untuk menolaknya. Jika rakyat bersatu padu mahu akta ini dimansuhkan, maka tunjukkanlah sokongan anda semua di HIMPUNAN MANSUH pada 1 Ogos ini. (Harakah)

SPRM Pandang Ringan Kes Khir Sibuk Siasat Adun Pakatan.

IMEJ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada pada tahap kritikal berikutan kematian Setiausaha Exco, Teoh Beng Hock ketika dalam tahanan. Apakah SPRM mempunyai agenda sulit atau badan itu ditunggangi oleh BN untuk merampas kuasa di negeri Selangor? Ikuti pandangan Adun Kajang, LEE KIM SIN ketika diwawancara wartawan SAIDAH HAIRAN di pejabatnya, di Kajang, baru-baru ini.

HARAKAH: Berikutan kematian misteri mendiang Teoh apakah mungkin SPRM mempunyai agenda sulit yang diperalatkan BN untuk merampas kuasa Pakatan Rakyat Selangor?

LEE: SPRM membuat penyiasatan, yang disenaraikan ada tujuh Adun di daerah Petaling. Semuanya berbangsa Tionghua, enam DAP dan seorang Adun KeADILan. Kita persoalkan kenapa SPRM memilih Adun Tionghua, apakah ada sesuatu niat tertentu.

SPRM nampaknya buat penyiasatan secara selektif. SPRM cuba mencari kesalahan Adun Pakatan Rakyat dengan membuat penyiasatan daripada peruntukan Adun.

Kita lihat SPRM melakukan penyiasatan dengan kerjasama BN untuk cuba mencari kesalahan Adun Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Melalui pembongkaran dan penyelewengan dan sudah tentu akan menjatuhkan imej kerajaan Selangor.

Apabila sudah ada kes Adun atau Exco terlibat akan dibawa ke mahkamah dan sekali gus Adun terlibat tidak boleh menjadi wakil rakyat. Selepas itu akan diadakan pilihan raya kecil dan BN akan bertanding. BN akan melakukan tindakan ini untuk menawan kembali kerajaan negeri Selangor.

Kita mengesaki bahawa tindakan SPRM membuat penyiasatan terhadap Adun Pakatan Rakyat mempunyai agenda politik tertentu. Mungkin mereka diperalatkan oleh BN.

Apakah benar, sebelum SPRM membuat penyiasatan terhadap Adun Pakatan Rakyat, mereka telah menerima aduan daripada pihak tertentu tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat?

Jika ada laporan, maka perlu disenaraikan apa yang telah diselewengkan oleh Adun Pakatan Rakyat. Kenapa buat penyiasatan hanya kepada kerajaan negeri Selangor? Kenapa penyiasatan itu tidak dilakukan terhadap Adun BN Selangor yang telah menghabiskan peruntukan Adun tidak sampai dua bulan sebelum Mac 2008?

Peruntukan yang dihabiskan oleh Adun BN, setiap seorang mendapat RM500,000, dan dalam masa 44 hari kesemua wang itu telah dihabiskan oleh hampir semua Adun BN di Selangor. Apabila kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Mac 2008, kerajaan terpaksa keluarkan peruntukan yang baru untuk menampung perbelanjaan sembilan bulan bagi projek pembangunan.

Kes ini kita telah bawa dan kita mendesak SPRM untuk melakukan penyiasatan. Malangnya mereka tidak bertindak hingga ke hari ini.

Peruntukan sebanyak RM1,000 dan selama setahun RM12,000 untuk pengurusan pejabat setiap bulan itu pun dibelanjakan. Jadi kita dapat mempersoalkan kenapa peruntukan itu digunakan dan habis dalam masa kurang dua bulan.

Ternyata ada unsur-unsur penyelewengan dan ianya telah mendapat laporan akhbar tetapi tidak ada tindakan daripada SPRM.

Begitu juga dengan kes bekas Menteri Beser Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo. Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam, ada kes yang kita nampak jelas penyelewengan.

Misalnya di Sungai Panjang tempat Khir Toyo ada pembinaan Marin Park. Perbelanjaannya bermula dengan RM1 juta kemudian naik RM10 juta dan terus meningkat RM29.98 juta. Jadi peningkatan ini tidak munasabah.

Apa yang dibuat di situ, satu projek tidak mengikut peraturan yang ditetapkan, baik peraturan kewangan dan Majlis Daerah. Begitu juga hutan simpan ditebang, taman orkid di Rawang yang menghabiskan wang dan berlaku penyelewengan berjuta-juta ringgit tetapi SPRM tidak nampak perkara itu dan tidak disiasat.

Apakah YB bersedia untuk disiasat dan memberi kerjasama kepada pihak SPRM?

Saya bersedia untuk disiasat tetapi saya tidak akan pergi ke pejabat SPRM. Ini arahan daripada kerajaan negeri Selangor supaya SPRM datang ke pejabat Adun dan mana-mana pejabat kerajaan negeri untuk menyiasat.

Apakah motif utama SPRM menjadikan mendiang Teoh sebagai saksi utama dalam penyiasatan tersebut?

Ini kerana mendiang Teo yang menguruskan pembelian bendera untuk sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-51 tahun 2008 daripada pembekal. Oleh kerana mendiang yang menguruskan semua dokumen dan wang peruntukan maka dia yang disoal siasat.

SPRM menemui mendiang, ketika itu kerajaan sedang mengadakan sidang Dewan Negeri. Begitu juga ketika SPRM datang ke pejabat Exco Ean Yong Hian Wah. Ean Yong tidak dapat menghadiri sidang kerana SPRM telah menyerbu pejabatnya.

Tindakan SPRM itu merupakan gangguan dan tidak sepatutnya berlaku dalam waktu itu. Pihak SPRM boleh hadir ke pejabat SUK pada bila-bila masa selepas tamat sidang Dewan Negeri.

SPRM memang semak semua perbelanjaan pada tahun 2008. Mereka menyemak sama ada semua pembekal ada resit yang berkaitan. Jadi, Teoh uruskan segala peruntukan dengan Pejabat Daerah. Semua perbelanjaan telah disenaraikan dan dipamerkan dalam website pejabat Daerah.

Siasatan terhadap mendiang Teoh sehingga jam 3.45 pagi. Bagaimana YB melihat kes ini?

Mereka tidak seharusnya menyiasat Teoh selepas jam 6.30 petang. Mereka harus membenarkan orang yang disiasat itu balik. SPRM mendakwa cara penyiasatan yang dilakukan mengikut cara yang dilakukan di Hong Kong.

Sebenarnya apa yang dilakukan di Hong Kong di bilik soal siasat mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) tetapi di pejabat SPRM di bangunan Plaza Masalam tidak mempunyai CCTV.

Di bilik soal siasat di Hong Kong mempunyai cermin (yang boleh nampak apa saja perbuatan yang dilakukan dalam bilik siasatan). Siasatan di Hong Kong, mereka akan tulis dan rekod serta bacakan apa yang ditulis kepada orang yang disoal siasat.

Orang yang disoal siasat diberi satu salinan, pihak penyiasat ada satu salinan dan salinan ketiga disimpan. Jika ada pertikaian maka mereka boleh rujuk semula. Tetapi perkara ini tidak berlaku di Malaysia. Apa yang dilakukan SPRM membuat tindakan memaksa, ugut dan ganas.

Bolehkah orang yang disyaki disiasat sehingga jam 3.45 pagi?

Sesiapa saja selepas disoal siasat mereka akan balik segera ke rumah. Memang tidak masuk akal hendak duduk lagi di pejabat SPRM. Mesti hendak balik cepat ke rumah. Lagi pun mendiang bawa kereta ke pejabat SPRM. Tidak mungkin mendiang hendak bermalan di pejabat SPRM kerana tempat seperti itu apa sahaja boleh berlaku.

Satu lagi tidak masuk akal mendiang akan daftar perkahwinan pada hari Khamis selepas sesi soal siasat. Jadi dalam keadaan itu kalau kita kata mendiang bunuh diri, sebagaimana dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz dan SPRM memang tidak masuk akal. (Harakah)

Dimanakah Rasionalnya ISA.

Tak kala mendengar temuramah oleh Astro Awani tentang beberapa pendapat penyokong ISA yang berbangsa Melayu/Islam. Adalah amat malang dengan pendapat-pendapat mereka yang mengaku sebagai seorang Islam tetapi menyokong ISA diterus dan dipertahankan. Alasan yang diberikan adalah amat-amat dangkal bagi seorang Islam. Mereka mengatakan yang negara akan menjadi huru-hara sekiranya ISA di mansuhkan. Islam meletakkan keadilan ditempat yang paling tinggi sekali untuk pedoman umat manusia. Sungguh memalukan apabila mengaku Islam tetapi masih menjunjung perlembagaan penjajah. Dimanakah keadilan yang ada pada ISA seperti yang dilaung-laungkan oleh mereka yang menyokong ISA. Apakah sebagai seorang yang mengaku sebagai muslim tetapi menolak hukum Allah s.w.t. dan mengagung-agungkan undang-undang penjajah. Tidakkah ini melibatkan akidah hukum Iman, yakni percaya kepada Kitab-Kitab dan Rasul-Rasulnya. Apakah hukum Allah yang menciptakan kita dan memberi kita panduan dengan menurunkan kitab Al-Quran dan menghantar para Rasul-Rasulnya. Apakah hukum penjajah itu lebih baik dan elok daripada hukum Allah s.w.t. sendiri. Dia yang menciptakan kita, maka dialah Yang Maha Mangetahui apa yang terbaik buat makluknya. Sebagai contoh, kita mereka cipta sesebuah kereta, mestilah kita tahu apa kelemahan dan kekuatannya. Umpamanya kereta yang kita ciptakan itu boleh memecut 180 kj, maka adakah boleh kita menyuruh orang memecut 220 kj. Pasti kita akan melarangnya kerana kita tahu apakah akibatnya sekira kereta itu dipecut lebih daripada yang kita syorkan. Begitu dengan Allah s.w.t. yang mencipta makluknya, maka Allah sahaja yang mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk. Sekiranya kamu melakukan Zina maka hukumnya adalah direjam. Bolehkah kita mempertikaikan apa yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t tentang hukuman tersebut. Apakah kita boleh mengatakan ianya zalim kerana merejam sampai mati. Apakah layak kita sebagai makluknya, mempertikaikan apa yang telah diperintahkannya untuk kita ikuti. Apakah Allah memerintahkan agar dia di ISA kan, tanpa melakukan apa-apa pun perbicaraan. Apa jua hukuman yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. mestilah dilakukan dengan perbicaraan. Adakah seseorang itu bersalah atau pun tidak, kerana itulah perbicaraan yang adil mesti diberikan oleh siperlakunya. Allah s.w.t. tidak menyuruh kita mengurungkannya dahulu selama bertahun-tahun tanpa perbicaraan kerana Allah s.w.t. menegahkan seseorang itu di perlakukan seperti ISA. Kerana didalam Islam, seseorang persalah akan dibicarakan secepat mungkin agar mereka tidak tinggal lama didalam penjara. Kerana kita belum mengetahuinya adakah beliau bersalah ataupun tidak. Di dalam Islam, para hakim-hakim diamanahkan dengan, 'lebih baik membebaskan daripada menghukum'. Ini bukannya bermakna hakim boleh sewenang-wenangnya membebaskan seseorang itu, kerana ia hanya sebagai simbolik sahaja untuk menyatakan betapa adilnya hukum Islam. Kerana itulah seorang hakim Islam yang adil akan mendapat 2 pahala sekiranya membebaskan orang betul-betul tidak bersalah selepas perbicaraan. Tetapi mereka akan mendapat satu pahala sekiranya menghukum orang yang benar-benar tidak bersalah tetapi dihukum kerana kalah didalam perbicaraan tersebut. Kerana itulah ISA bercanggah dengan Islam kerana tiada keadilannya, sebab Islam yang keadilannya tidak boleh kita mempertikaikannya, walau sedikit pun kerana ia adalah daripada Yang Maha Esa. Apa yang di tentang oleh PAS adalah kerana dengan nyata yang ISA adalah bercanggah dengan Islam dan melibatkan akidah seseorang yang mengaku sebagai Islam. Ianya bukan kerana bersifat politik semata-mata. ISA adalah satu undang-undang yang bercanggah dengan nilai-nilai murni agama Islam. Dimanakah dalilinya, baik daripada Al-Quran mahu pun Hadis Rasulullah yang menyatakan para penguasa boleh memenjarakan seseorang itu tanpa memberikan apa-apa bukti mahu pun melalui perbicaraan. Bolehkah para mufti dan ulama daripada kerajaan mahu pun daripada Umno yang boleh membuktikan yang ISA itu tidak bercanggah dengan Islam. Apakah Umno dan penyokong-penyokong ISA begitu bangga apabila negara-negara barat dan Amerika Syarikat memuji ISA maka mereka melaung-laungkan apa yang kerajaan lakukan dengan ISA adalah betul. Dengan begitu megah mereka berkata, lihatlah negara barat pun memuji ISA. Kerana pujian itu, mereka sanggup menghina Allah s.w.t. dan hukumnya. Tidakkah ini melibatkan akidah buat orang yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama mereka menuju kepada murtad. Apa yang saya katakan ini kerana ia melibatkan akidah, saya tidak akan menegurnya sekiranya bukan Islam yang menyokong ISA. Tetapi malangnya , yang bukan Islam pula yang lebih ramai menentang daripada menyokongnya, Tidakkah itu satu perkara yang amat memalukan buat bangsa melayu yang mengaku Islam. Betapa bangganya mereka apabila ISA dipuji oleh negara-negara kafir. Mereka sanggup mengadaikan akidah mereka kerana ingin mendapat sedikit pujian di dunia yang sementara ini. Sudahkah ada jawapannya untuk dijawab di Padang Masyhar nanti. Sebagai seorang Islam inilah sahaja nasihat yang saya mampu lakukan agar tidak terpesong akidah. Biarlah para pemimpin Umno-Bn yang menaggungnya, jadi jangan saudara saudari mengikut apa yang mereka pertahankan undang-undang yang tiada berperikemanusiaannya. Andainya saudara mendengar daripada orang-orang yang telah mengalaminya, pasti saudara baru mengetahuinya bertapa zalimnya ISA itu. Dan bagaimana angkuhnya para penyiasat polis(SB), yang mana mereka sanggup mencabar Allah dan Rasulullah untuk menunjukkan betapa berkuasanya mereka dalam soal siasat tersebut. Semoga Allah melaknati mereka diatas segala penyeksaan mereka keatas orang yang di ISA kannya. Ada para pemimpin Umno yang mengatakan mereka pun pernah di ISA kan, tetapi berapa lama mereka ditahan?. Adakah selama bertahun-tahun ataupun hanya beberapa minggu sahaja.? Dan bagaimana layanan yang mereka dapat, adakah sama seperti yang ditahan selama bertahun-tahun. Mereka yang gah menyatakan ISA ini tidak zalim kerana mereka disoal dan dilayan sebagai VIP. Maka sama-samalah kita renung-renungkan. Oleh itu, cadagan saya ialah sekiranya Pakatan Rakyat dapat memerintah, jangan diharamkan lagi ISA. Kita bagi para pemimpin Umno-Bn merasainya dahulu bagaimana ISA dilaksanakan. Kemudian kita dengar apa meraka akan bagi komen tentang ISA. Dan bagi para SB-SB pula, ingatlah tangan-tangan kamu penuh dengan kezaliman yang telah kamu lakukan. Maka bersedialah menghadapi orang-orang yang kamu zalimi di akhirat nanti. Cukupkah dengan alasan yang kamu akan bagikan, yakni diatas perintah pihak atasan. Neraka jahanamlah kamu bersama-sama dengan ketua-ketua kamu. Ingatlah salah satu doa yang terus sampai kepada Allah s.w.t. adalah doa-doa orang-orang yang dianayai. Salah satu doa yang tidak akan ditapis dan dibawa oleh para Malaikat kerana ia akan terus kepada Allah s.w.t.

Najib Restu Nazri Sifatkan Mahathir, Abu Talib 'Crook'

Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya bertindak balas terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan tokoh-tokoh lain dengan 'menggunakan lidah' Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata demikian ketika diminta mengulas serangan terbaru Nazri terhadap Dr Mahathir, bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman.

Nazri menyifatkan mereka sebagai 'crook'.

"Kesemua mereka adalah 'crook'," sebuah akhbar tempatan memetik beliau berkata diminta mengulas kritikan Abu Talib terhadap kenyataannya di Parlimen awal bulan ini.

Pada 2 Julai lalu, Nazri menyifatkan Abu Talib tidak layak menjadi Pengerusi Suhakam kerana memberi ulasan mengenai krisis Perak sedangkan krisis tersebut masih lagi menjadi kes mahkamah.

Mahfuz mempersoalkan, adakah Nazri berani berkata demikian jika Najib tidak membenarkan anggota kabinetnya menyerang tokoh-tokoh tersebut.

"Semua orang tahu bahawa Dr Mahathir baru-baru ini mengkritik Najib apabila beliau menyifatkan 100 hari pemerintahan Najib lebih banyak yang negatif manakala yang positif hanyalah kerana Najib berjumpa lebih ramai orang dan tidak tidur (waktu berkerja).

"Dr Mahathir juga menyifatkan dasar liberalisasi ekonomi Najib tidak membantu sesiapa pun sama ada rakyat berbangsa Melayu, Cina atau India," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz berkata, Najib sepatutnya meminta anggota kabinetnya menjawab dengan fakta dan bukan melabelkan tokoh-tokoh tersebut sebagai penjahat atau 'crook'.

"Tindakan Najib tidak menghalang anggota kabinetnya menuduh Dr Mahathir, Hanif dan Abu Talib sebagai penjahat atau 'crook' bertentangan dengan Rukunegara yang menekankan kesopanan dan kesusilaan.

"Tindakan itu juga boleh menyebabkan Najib dituduh tidak mengenang budi kerana Dr Mahathir lah yang bersungguh-sungguh menentang (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) dan membolehkan Najib menjadi Perdana Menteri dengan lebih cepat," katanya.

Rabu, 29 Julai 2009

Kenapa Memutar Belitkan Kenyataan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata kesat atau memaki hamun pihak lain.

Katanya, Menteri Besar Kelantan itu seharusnya memberi contoh terbaik kepada ummah dan bukannya memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan kepada pihak lain.

"Nik Aziz juga tidak sepatutnya melabelkan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya sebagai menyimpang dari perjuangan Islam sebenar.

"Ini kerana, Nik Aziz sendiri bukan seorang pejuang Islam sebenar dan tidak bersifat sempurna atau maksum seperti Nabi. Justeru, beliau tidak berhak mengeluarkan kenyataan yang bersifat seolah- olah tidak bertamadun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyebut ungkapan kurang sopan 'pergi jahanamlah UMNO' ketika diminta mengulas 'salam' kerjasama di antara UMNO dan Pas.

Semalam, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, 'salam' kerjasama yang dihulurkan sebelum ini adalah atas hubungan antara kerajaan Pusat dan negeri yang tiada kaitan sama sekali dengan kesediaan membentuk kerjasama antara Pas dan UMNO.

Menurut Nik Aziz, beliau tetap dengan pendirian menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Ahmad Zahid menambah, jika Nik Aziz atau kerajaan negeri Kelantan mahu berbaik-baik dengan kerajaan Pusat hanya kerana ada udang di sebalik batu, lebih baik lupakan sahaja hasrat tersebut.

Ini kerana, jelasnya, Nik Aziz sendiri tidak pernah ikhlas untuk menjalin hubungan dengan mana-mana pihak sama ada kerajaan Pusat atau UMNO sendiri.

"Lupakan saja hasrat tersebut," ujarnya.(utusan malaysia)

Ulasan Musafirlalu:

Apabila kenyataan TGNA diputar belitkan maka inilah jadinya. Seseorang ulama tanpa mengira setinggi mana taraf keilmuannya, mereka bukannya seorang yang maksum kerana perkara ini adalah jelas. Kerana Rasulullah s.a.w. sahaja manusia yang maksum, tidak payah diulang-ulang perkara ini kerana semua orang sudah tahu. Usah lah Zahid Hamidi mengingatkannya, kerana dari dulu lagi para pemimpin Umno memperkatakannya. Kenapa diulang-ulang perkara yang umat Islam sudah mengetahuinya. Yang tidak mengetahuinya hanyalah segelintir bangsa Melayu sahaja(Umnolah tu). Kerana bangsa tidak melambangkan agama tetapi agama yang melambangkan bangsa itu sendiri.

Apakah beliau merasakan yang beliau seorang yang bertamadun apabila menuduh orang lain tidak bertamadun. Di manakah letaknya ketamadunan beliau apabila tidak boleh membezakan antara kerajaan(rakyat) dengan Barisan Nasional(parti). Layakkah beliau yang bertaraf Doktor Falsafah menilai akan ketamadunan seseorang jika beliau sendiri pun tidak boleh membezakan antara kerajaan dengan parti.

Cuma kerana Barisan Nasional memerintah dengan memenanginya melalui pilihan raya maka ia boleh ditafsirkan sebagai Barisan Nasional Malaysia, ataupun kerajaan Barisan Nasional yang selalu digunakan di papan kenyataan sesuatu projek kerajaan persekutuan dan kenapa tidak hanya menggunakan perkataan kerajaan Malaysia sahaja.

Tetapi kenapa di persada dunia BN tidak menggunakan perkataan kerajaan Barisan Nasional, kenapa menggunakan perkataan kerajaan Malaysia. Maka inilah perbezaannya apa yang dikatakan kerjasama kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Tiada negeri-negeri, maka tiada lah wujudnya Malaysia. Sebagaimana penggalian minyak di negeri Kelantan dan juga Terengganu, apakah Petronas boleh mencari gali minyak di perairan Terengganu dan Kelantan sekiranya kedua-dua negeri tersebut terletak didalam wilayah Thailand.

Sebagaimana saman yang dikemukakan oleh kerajaan PAS Terengganu dahulu, apa alasan yang diberikan ialah kerana pelantar minyak tersebut berada diluar pesisir pantai negeri Terengganu maka kerajaan Terengganu tiada hak untuk mendapat royalti. Satu hujah bodoh daripada kerajaan BN. Andainya Terengganu berada di negara Thailand, bolehkah Petronas mencari gali diluar pesisir pantai Terengganu? maka jawapannya adalah tidak kerana ia adalah hak Thailand kerana Terengganu adalah wilayahnya. Dan andainya BN berkata ia berada dilaut antara bangsa, maka sempatkah Petronas mencarigalinya tanpa bersaing dengan China, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Apabila Zahid Hamidi menyatakan sekiranya Kelantan ingin berbaik-baik dengan kerajaan pusat kerana ada udang di sebalik batu, baik lupakan sahaja hasrat itu. Apakah beliau merasakan harta kerajaan pusat adalah milik mak bapak dia. BN sebagai pemegang amanah kerajaan pusat, maka BN tidak layak menyekat apa sahaja yang menjadi milik kerajaan Kelantan. Kerana ini bukannya boleh dikira atas budibicara kerajaan pusat, tetapi ia sudah menjadi kewajipan kerajaan pusat untuk menyalurkan apa sahaja yang menjadi milik kerajaan Kelantan dan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Inilah yang dikatakan 'bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh diikut'. Sejak institusi pendidikan negara diswastakan, sudah dapat dilihat akan mutunya taraf pemikiran pelajar-pelajarnya. Sudah tiada 'class' dari segi mutu pemikirannya, walaupun bertaraf Phd. Hancur pendidikan dan pemikiran rakyat Malaysia kerana keborokkan Umno-Bn. Yang menjadi mangsanya ialah anak cucu kita, kerana Umno-Bn lah penyebabnya.

Selasa, 28 Julai 2009

Apabila Umur Semakin Lanjut Maka Fikiran Mula Bermasalah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kesediaan Pas untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat sebagai tidak ikhlas dan bermotifkan politik. Beliau berkata ini kerana pemimpin mereka hanya berusaha untuk memperkukuhkan Pas dan bukan memantapkan Barisan Nasional (BN). "Saya tahu kerana saya sudah melalui pengalaman ini. Dalam skim Felda kita masukkan orang Umno, dan selepas pemimpin Pas (allahyarham Tan Sri Asri Muda) jadi menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Felda, semua orang Felda cenderung menentang kita. "Sebabnya mereka kempen untuk Pas dan bukan untuk kerajaan," katanya kepada pemberita Malaysia selepas menghadiri sesi hari pertama Dialog Perkongsian Pintar di sini. Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas untuk berbaik-baik dengan kerajaan pusat dan melupakan sengketa politik demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam. Nik Aziz berharap perselisihan pendapat yang timbul dalam kalangan pemimpin politik terutama antara Umno dan Pas sewaktu kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Manek Urai baru-baru ini, dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam. Dr Mahathir mahu Umno berhati-hati menerima kerjasama itu bagi mengelak daripada terjerat permainan politik Pas.

"Yang pertama, Pas mahu kerjasama dengan siapa? Kalau mahu kerjasama dengan BN, masuk dalam BNlah. Kalau mahu kerjasama dengan Umno, itu sudah 'racist party' (seperti yang didakwa pihak tertentu), jadi saya khuatir dengan niat mereka," katanya. Mengenai penyertaan beberapa pemimpin parti komponen BN termasuk terbaru bekas naib presiden MIC, Datuk S S Subramaniam ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Mahathir berkata tindakan itu sedikit sebanyak memberi kesan yang tidak baik kepada BN. "Tidak banyak orang Umno yang menyertai PKR. Sebelum ini, saya pun berhenti menjadi anggota Umno tetapi saya tidak menyertai parti lain.

"Namun kita lihat banyak pemimpin parti komponen BN, yang dilayan secukupnya, masih tidak berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi," katanya. Dr Mahathir berkata penyelesaian terbaik untuk menangani kemelut itu ialah dengan mewujudkan kerajaan yang baik yang disokong oleh rakyat. Mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang "racist" kerana kelihatan cuba memperjuangkan nasib kaum tertentu seperti yang terpapar dalam blognya, Dr Mahathir berkata beliau sudah lama dicap sebagai pemimpin yang "racist". "Sebelum saya menjadi Perdana Menteri, ada yang melihat saya sebagai the Malay ultra. Tetapi semasa saya jadi Perdana Menteri saya dapati kaum-kaum lain tidak mengadu. "Sewaktu saya Perdana Menteri mereka dapat hak mereka. Apa juga pandangan yang saya beri dalam blog adalah berdasarkan fakta. Kalau ada fakta yang saya maksudkan tak betul buktikan," katanya. Dr Mahathir berkata terdapat fakta jelas tentang wujudnya ketidakseimbangan daripada segi kekayaan mengikut kaum di Malaysia. "Kalau perlu perkara ini boleh diaudit (untuk menentukan kebenaran). Misalnya dalam Dasar Ekonomi Baru, kita berjaya hasilkan lebih ramai doktor daripada kalangan kaum Melayu bagi mewujudkan keseimbangan, apa salahnya?. Kalau mereka katakan saya racist, sebenarnya mereka juga layak dipanggil racist," katanya.(berita harian) Ulasan Musafirlalu....
Ini sorang lagi mamak yang nak jadi jaguh setelah apa yang beliau lakukan kepada Kelantan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Kerana beliaulah yang memulakan ini semua. Inilah dia pengkhianat bangsa Melayu no. 1. Betapa beliau menunjukkan kebodohan beliau bila mengulas tentang isu ini. Kalau dah pemimpin PAS, mestilah mereka akan memperkukuhkan parti PAS. Takkan lah mereka akan memperkukuhkan Barisan Nasional pulak, apalah nak jadi dengan mamak ini. Makin lama makin kuat pula merampunya. Allah nak tunjuk kat dia lah tu, rumah kata pergi, kubur kata mari. Apabila beliau memberi komen tentang kenyataan TGNA, apakah beliau sebagai ahli politik tidak boleh membezakan antara kerajaan dan kepartian. Memang BN yang memerintah, tetapi BN adalah parti politik dan kerajaan adalah kerajaan, maka tidak timbul soal kerjasama dengan BN yang bersifat kepartian. Apa yang dinyatakan oleh TGNA adalah bersifat kerjasama kerajaan, dan bukannya bekerjasama dengan BN. Apakah ini menunjukkan sifat ketuaannya yang hampir kepenghujungannya. Inilah seorang pemimpin yang telah menjahanamkan bangsa Melayu di era rejim pemerintahanya. Seorang pengkhianat Islam yang ulung dimana tangan-tangannya penuh dengan darah-darah para syuhadah. Pemimpin yang bersekongkol dengan bangsa Yahudi dengan menjemput bangsa Yahudi ke Malaysia untuk menunjukkan kepada bangsa Yahudi bagaimana makmurnya Malaysia yang beliau perintah dengan masyarakat yang berbilang kaum. Duit yang digunakan untuk lawatan bangsa Yahudi itu pun adalah dari hasil rakyat. Apakah saudara dan saudari menghalalkan duit tersebut digunakan untuk bangsa Yahudi. Saudara dan saudari muslimin dan muslimat, tuntutkanlah di Akhirat nanti. Bagaimana semasa eranya, beliau telah menghina Al-Quran dan Al-Sunnah yang terang-terangan menyatakan bangsa Yahudi adalah bangsa yang dilaknati sehingga akhir zaman. Tetapi beliau dengan secara sedar telah menidakkan kebenaran Al-Quran dan Al-Sunnah. Tetapi diakhir era rejimnya, beliau mengutuk pula bangsa Yahudi sehinggakan beliau telah ditentang dan dikritik hebat oleh Amerika Syarikat dan negara-negara barat. Beliau hanya berani mengutuk Israel apabila beliau dalam proses melepaskan jawatannya sebagai PM kepada Pak Lah. Kenapa beliau hanya berani mengutuk Yahudi semasa hampir pencen tetapi tidak semasa kegemilangan rejim pemerintahannya. Yang pasti adalah kerana beliau seorang pemimpin yang pengecut. Beliau adalah seorang pemimpin yang tidak mempunyai maruah dan juga seorang sekularisme dengan bertuankan Kamal Antatuk dari Turki. Beliau merasakan apa yang beliau lakukan semasa eranya adalah betul dan orang lain semuanya tidak betul. Kita lihat bagaimana beliau menghentam pemerintahan Tun Abdullah, yang daripada pandangannya adalah salah. Tetapi apakah beliau merasakan 22 tahun beliau menjadi PM, apa yang beliau lakukan semuanya adalah betul. Bagi saya, walaupun pemerintahan Tun Abdullah adalah lemah tetapi beliau lebih bermaruah daripada Tun Dr. Mahathir. Tun Abdullah meletak jawatan apabila beliau merasakan yang beliau sudah mula hilang kepercayaan daripada ahli Umno. Apakah Tun Dr. Mahathir seberani Tun Abdullah..... jawapannya adalah tidak. Beliau hanya nampak anak menantu Tun Abdullah sahaja yang membina kekayaan tetapi apakah beliau tidak nampak kekayaan yang dilakukan oleh anak-anak beliau. Dan beliau secara terang-terangan telah menggunakan wang Petronas yang juga milik rakyat untuk menyelamatkan syarikat anaknya Mirzan semasa berlaku kegawatan ekonomi pada tahun 1998 dahulu. Apabila diajukan soalan oleh wartawan tentang perniagaan anak-anaknya yang bernilai berbilion ringgit itu. Jawapan bodoh beliau ialah anak-anak beliau pandai berniaga. Inilah dia negarawan yang disanjung-sanjung oleh ahli-ahli Umno. Bagaimana beliau telah menggunakan dana negara untuk menyelamatkan syarikat-syarikat milik anak-anaknya. Tetapi beliau menafikannya, yang beliau tidak terlibat. Satu jawapan untuk memperbodohkan rakyat Malaysia. Andainya beliau bukan bapa kepada anak-anaknya, apakah Petronas akan mengambil alih syarikat yang bermasalah. Apakah Petronas sebagai sebuah syarikat yang tersenarai diantara 500 syarikat yang paling berjaya didunia, begitu bodoh untuk mengambil alih syarikat yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja kalau tanpa arahan daripada Maha Thir. Bagi saya... beliau bukanlah seorang negarawan yang tulin. Saya tidak akan memaafkan beliau setelah apa yang telah beliau lakukan terhadap saudara-saudara seperjuangan saya. Semoga beliau dipanjangkan umur agar beliau melihat sendiri akan kerosakkan yang telah beliau lakukan terhadap Islam, bangsa dan negara. Sebagaimana doa Almarhum Ustaz Fahdhil Noor agar Dr. Mahathir dipanjangkan umurnya bagi membolehkan beliau melihat apa yang telah beliau lakukan terhadap rakyat dan negara.

Umno Mula Merapu.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kesediaan beliau menghulur tangan untuk berbaik-baik bukanlah dalam konteks Pas dan Umno tetapi antara kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat. Katanya, laporan akhbar yang menyatakan beliau Pas dan Umno bekerjasama adalah tidak tepat dan di luar maksud kenyataan beliau. "Saya cakap antara kerajaan (negeri) dengan kerajaan (pusat). Untuk apa nak bekerjasama dengan Umno," katanya selepas melawat Karnival Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Padang Perdana di sini, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataannya sebelum ini untuk melupakan sengketa politik antara kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pas dan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam. Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata ia akan membuka lembaran baru dalam kerjasama antara kedua-dua pihak. Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat perlu ditingkatkan berdasarkan kepada perlembagaan yang ada. "Kerajaan pusat ada kewajipan membantu kerajaan negeri. Kita bukan minta tetapi ini hak perlembagaan yang menetapkan peruntukan itu disalurkan," katanya. Beliau berkata Pas tidak bercadang untuk mengadakan hubungan peringkat parti dengan parti sebagaimana berlaku semasa zaman Allahyarham Tun Abdul Razak "kerana kesan daripada hubungan itu masih terasa". (berita harian)
Susah kalau bercakap dengan orang gila talak ni. Kita kata lain dia kata lain, nama aje ahli politik tapi tak reti-reti maksud kerjasama antara parti dengan kerajaan. Orang suruh masuk balik sekolah politik, dia orang tak mahu. Inilah jadinya bila tidak memahami apa sebenarnya maksud yang dikatakan itu. Dan maksudnya bukan di Kelantan sahaja tetapi di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat juga. Kerana Kelantan sudah lama di nafikan hak-haknya. Yang menjadi mangsa bukan PAS tetapi bangsa Melayu, bangsa yang menjadi teras perjuangan Umno. Kerana marahkan nyamuk kelambu dibakarnya. Itulah sikap pemimpin Umno dalam menghukum Kelantan kerana tidak memberikan mereka untuk memerintah Kelantan. Yang telah dimulakan oleh Tun Dr. Mahathir, pada tahun 1990. Mereka telah menyekat segala kemudahan yang sepatutnya diberikan kepada kerajaan negeri. Bagaimana para pelabur asing tidak dibenarkan melabur di Kelantan, dalam erti kata sebenarnya Umno telah mengkhianati bangsa mereka sendiri. Kelantan yang majoriti penduduknya ialah 95 % adalah bangsa Melayu. Di manakah sifat keMelayuan mereka yang diagung-agungkan selama ini. Apakah Umno merasakan yang mereka telah menghukum PAS tetapi sebenarnya mereka telah menghukum bangsa mereka sendiri. Kerana untuk menunjukkan betapa berkuasanya mereka maka nilai kemanusiaan telah ditolak tepi. Maka yang merasa tempias dengan tindak tanduk mereka ialah penyokong-penyokong mereka sendiri.

Isnin, 27 Julai 2009

ISA 'Penyelamat' Pemimpin Pemerintah, Bukan Keselamatan Negara

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini berhubung akta 'tanpa bicara' yang telah mendapat bantahan seluruh masyarakat sekaligus menggesa kerajaan memansuhkannya serta-merta.

Katanya, ISA adalah undang-undang zaman penjajah sedangkan negara ini memerlukan satu undang-undang yang merdeka tanpa mengongkong rakyat sebaliknya bertujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan.

"Bukan kita tidak boleh bertindak untuk selamatkan negara. Tetapi undang-undang itu sudah lapuk, undang-undang yang diamalkan oleh penjajah. Kita sudah merdeka, mesti undang-undang yang tidak mengongkong rakyat, yang menjaga keamanan, keselamatan.

"Apa yang berlaku hari ini undang-undang keselamatan negara menjadi undang-undang keselamatan pemimpin-pemimpin parti yang memerintah, keselamatan tokoh-tokoh yang memerintah, ini bukan undang-undang keselamatan negara!" tegasnya pada sidang media di Hotel Holiday Villa, di sini semalam

Ditanya wartawan mengenai kedapatan pihak dalam Umno yang mulai mempertikaikan ISA, Ustaz Hadi menyifatkan perkara itu sebagai kejayaan dari teguran dan kritik dibuat selama ini.

"Menunjukkan bahawa mereka (Umno) sudah tidak bersetuju dengan konsep ISA itu dan dasarnya yang perlu dikaji semula, perlu dinilai semula. Apatah lagi akta ini akta dari zaman penjajahan, negara kita telah mencapai kemerdekaan, sepatutnya dilakukan pembaharuan termasuklah pembaharuan undang-undang; memerdekakan undang-undang negara, undang-undang negara mesti dibebaskan dari belengu-belengu kezaliman yang mengongkong rakyat.

"Umno juga ada yang setuju mansuh, ada yang setuju pinda, (maknanya) dalam Umno sudah ada perbahasan di dalam mereka," ujarnya pada sidang media selepas selesai Retreat PAS Pusat yang berlangsung selama tiga hari itu.

Turut serta pada sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar; Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Setiausaha Agung, Dato' Mustafa Ali; Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. ( Harakah )

Umno Bukan Parti Setia Kawan.

Umno yang sinonim dengan bangsa Melayu ialah parti yang berasaskan kepada parti perkauman. Ia adalah parti terbesar bagi kaum Melayu jikalau mengikut kepada perangkaannya. Tetapi kalau mengikut kepada keahliannya, Umno bukan parti terbesar kepada kaum Melayu kerana keahlian yang sebenarnya tidaklah sampai kepada angka 1.5 ataupun 2.0 ataupun 2.5 juta ahli seperti yang digembar-gemburkan. Ini ialah kerana keahlian ahli Umno dibayar sendiri oleh ketua cawangan masing-masing. Dan boleh dikira dengan jari ahli-ahli Umno betul-betul membayar sendiri yuran keahlian mereka setiap tahun. Anda boleh bertanyakan kepada ahli-ahli Umno, apakah mereka membayar yuran keahlian mereka setiap tahun?. Pasti jawapannya adalah tidak melainkan keahlian mereka dibayar oleh cawangan masing-masing. Itulah hakikat yang sebenarnya yang tidak boleh dinafikan oleh ketua cawangan-cawangan Umno. Kerana itulah kira tidak boleh mengatakan Umno adalah parti terbesar bangsa Melayu. Untuk parti-parti kompenom Barisan Nasional, Umno bukanlah sebuah parti yang mempunyai semangat setia kawan. Kerana Umno sebagai tonggak utama dalam Barisan Nasional, parti-parti lain telah dipermain-mainkan oleh Umno. Sebagai contohnya ialah parti PPP dan Gerakan, bagaimana mereka telah diperkudakan oleh Umno. PPP adalah salah satu parti yang terkuat di Perak suatu ketika dahulu dan memiliki beberapa kerusi Dun dan Parlimen. Tetapi sekarang apa sudah berlaku kepada PPP, yang langsung tidak mempunyai satu kerusi pun baik di Dun mahupun di Parlimen. Dan jawatan Timbalan Menteri yang diberikan pun melalui jawatan Senator. Kenapa di Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, hanya Umno sahaja yang memiliki kerusi yang paling banyak. Sebabnya ialah, Umno hanya memberikan kerusi kepada parti kompenon Barisan Nasional kerusi yang tidak selamat melalui 'skuad risikan' mereka (polis lah yang menjadi skuad risikan Umno) yang membuat risikan mereka di sesuatu kawasan Dun mahu pun Parlimen. Kerana itulah dinegeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, hanya parti Umno yang memiliki kerusi yang paling banyak. Kerana mereka hanya memilih kawasan yang selamat sahaja untuk bertanding. Itulah kenyataannya bagaimana cara Umno mengawal pergerakan parti-parti kompenom Barisan Nasional selain daripada Umno, melainkan di Sarawak. Di Sabah pula mereka telah mula mengatur langkah dalam usaha mengecilkan parti-parti yang lain, terutamanya PBS. Itulah strategi Umno dalam usaha pemimpin utama mereka untuk mempertahankan hayat parti Umno. Kerana kesenambungan mereka yang menganut ideologi 'matlamat menghalalkan cara'. Tidakkah pemimpin-pemimpin MCA, MIC, PPP, Gerakan, PBS, IPF dan parti-parti yang kecil tidak menyedarinya. Yang pasti, pemimpin-pemimpin mereka tahu dan amat mengetahuinya tetapi tidak melakukan apa-apa kerana mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri. Kerana itulah sahaja cara mereka dan anak bini mereka boleh mengumpulkan kekayaan buat diri mereka sendiri. Kerana itulah mereka sanggup menipu dan mempermainkan pengikut-pengikut mereka sendiri. Bagi mereka, kalah ataupun menang tidak menjadi masalah buat mereka, kalah pun dapat pangkat dan harta apatah lagi kalau menang. Mereka sendiri boleh melihat dan menilai akan kekayaan pemimpin-pemimpin mereka. Hanya sepenggal dua menjadi wakil rakyat, berjuta-juta dapat dikumpul. Yang ahli-ahlinya hanya sekadar menjadi barua sahaja setelah mendapat seratus dua. Itulah sikap pemimpin Umno yang membawa hala tuju parti untuk kesenangan dunia.

SPRM Calarkan Imej Najib Dengan Bermacam-Macam Isu.

Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak cuba untuk memulakan langkah 100 harinya sebagai Perdana Menteri dengan mengemukakan apa yang disifatkan sebagai insentif dan faedah kepada rakyat Malaysia.nsentif ini dikemukakan dengan tujuan untuk menyakinkan rakyat bahawa beliau adalah PM yang lebih baik daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang 'dipaksa' melepaskan jawatan akibat prestasi buruk Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 12, 8 Mac 2008.

Sebaik mengangkat sumpah, Najib memperkenalkan KPI (Key Performance Index atau Petunjuk Prestasi Utama) bagi mengukur dan menilai prestasi setiap Menteri diikuti dengan penilaian prestasi Kementerian, agensi-agensi kerajaan dan sebagainya.

KPI ini pada aspek pengurusan, merupakan satu usaha yang baik ke arah mempertingkat ketulusan, kesungguhan dan keberkesanan seseorang Menteri atau agensi yang berkaitan.

Kononnya jika KPI dapat dilaksanakan sebaiknya, tahap sokongan rakyat terhadap kerajaan BN dapat dipertingkatkan.

Seterusnya Najib memperkenalkan konsep One Malaysia, khusus untuk menarik sokongan rakyat bukan Melayu yang semakin terhakis keyakinan mereka terhadap kepimpinan Umno-BN sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat Pusat.

Kemudian Najib menyusuli langkahnya dengan membuat 11 pengumuman mesra rakyat yang dibuat bersempena genap 100 hari beliau menjadi PM, 12 Julai lepas.

Najib juga turut mengumumkan enam bidang keberhasilan utama nasional (KRA) untuk mencapai matlamat KPI dengan lebih berkesan.

Keenam-enam bidang itu ialah, mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Malangnya, semua usaha yang dilakukan Najib dengan tujuan untuk memurnikan persepsi rakyat terhadap kepimpinan barunya, tercalar dan dipertikaikan rakyat akibat kematian Teoh Beng Hock semasa dalam siasatan di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh merupakan Setiausaha Politik Exco Negeri Selangor dari DAP, Ean Yong Hian Wah, disoal siasat SPRM berhubung dengan dakwaan salahguna peruntukan Dewan Undangan Negeri.

Kematian Teoh membuka persoalan yang sangat besar, bukan sahaja kematiannya menjadi suatu misteri yang harus disiasat dengan seadil-adilnya.

Malah, ianya membuka mata rakyat terhadap SPRM, yang sejak keujudannya gagal menampilkan imej sebagai sebuah badan professional, telus dan terkecuali daripada pengaruh pemimpin kerajaan Umno-BN.

Tindakan SPRM menyiasat dakwaan salahguna peruntukan Dun oleh Adun Pakatan Rakyat di Selangor merupakan satu tindakan yang bermotif politik untuk memburukkan imej kerajaan negeri dan parti komponen Pakatan Rakyat.

Sebaliknya SPRM langsung tidak memperdulikan, malah tidak langsung mengambil tindakan ke atas aduan rasuah yang dibuat terhadap ramai ahli politik Umno-Barisan Nasional terutamanya Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor dan yang terlibat dalam skandal PKFZ.

SPRM menunjukkan bahawa ia berperanan dan berfungsi sebagai alat Umno-BN untuk mencabuli kebebasan individu, autonomi rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka dan konsep Federalisme yang kesemuanya termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

SPRM hanya membuktikan bahawa semua langkahnya bermotifkan politik, dengan tujuan untuk melindungi parti perasuah yang terbesar dalam negara iaitu Umno yang terkumpul di dalamnya penjenayah rasuah politik wang.

Imej Najib sudah tercalar dengan buruk, langkah 100 harinya begitu sumbang dan tersasar. Belum lagi KPI terlaksana, sudah wujud tanda-tanda kerapuhan kerajaan Umno-BN.

Usaha untuk memalitkan imej negatif terhadap Pakatan Rakyat akan terus gagal kerana Najib, Menteri-menteri, agensi kerajaan, Umno dan BN terus melakukan kesilapan yang semakin menjerumuskan mereka ke lembah kehancuran. (Mohd Rashidi Hassan)

Hishammuddin Jahil Politik.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta berpendirian lebih konsisten berhubung soal perpaduan di antara parti itu dengan Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sikap konsisten itu penting kerana ia bukti keikhlasan untuk bersatu demi bangsa dan masa depan agama Islam.

"Saya pun bingung. Sekejap hendak damai, sekejap tidak mahu," katanya ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz semalam yang bersedia menghulurkan tangan kepada Kerajaan Pusat bagi menjaga kepentingan rakyat Kelantan.

Kerajaan negeri tidak pernah menolak kerjasama di antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. Apa yang beliau hendak dibingungkan, kerana isu ini telah lama disuarakan oleh TGNA. Apa yang beliau katakan adalah kerjasama di antara kerajaan Negeri dengan kerajaan Pusat untuk penduduk Kelantan. Beliau ingat ini adalah kerjasama politik antara PAS dengan Umno. Apa yang TGNA maksudkan adalah demi pembangunan rakyat dan negeri Kelantan.

Apakah Hishammuddin menyangkakan ia adalah kerjasama antara PAS dan Umno. Kenapa cetek sangat pemikiran Hishammuddin yang berkata' sekejap hendak damai, sekejap tidak mahu. Fahamilah dulu maksudnya sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Kerana yang memegang khazanah negara adalah kerajaan pusat yang diterajui oleh Umno-Bn dengan mengambil cukai dari rakyat, maka kembalilah khazanah negara itu kepada rakyat. Apa susah sangat untuk difahami.

Kerajaan Kelantan tidak pernah memusuhi kerajaan pusat, kerana ia melibatkan pentadbiran kerajaan negeri. Kenapa ada kerajaan didalam kerajaan apabila kerajaan pusat yang diterajui oleh Umno-Bn telah menubuhkan Pusat pentadbiran kerajaan pusat di Kelantan dan juga negeri-negeri yang ditadbirkan oleh Pakatan Rakyat.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, walaupun wujud perbezaan ideologi antara kedua-dua pihak yang menjadi pertembungan dalam pilihan raya namun ia terbatas setakat itu.

Kerana itulah TGNA meminta diketepikan ideologi antara kedua-dua parti demi kepentingan rakyat, itu pun susah untuk difahami. Kerjasama pemerintahan dengan kerjasama politik adalah perkara yang berbeza. TGNA meminta agar Kelantan tidak di anak tirikan kerana pembayar cukai adalah rakyat, bukannya Umno-Bn. Maka kembalikan khazanah itu kepada kerajaan negeri dan jangan melengah-lengahkan lagi pembayaran yang memang menjadi kewajipan kerajaan pusat, oleh itu dari rakyat kepada rakyat.

"Jadi terserah pada mereka yang kadang kala tidak bersetuju dan kadang kala setuju balik. Kalau setuju Alhamdulillah tetapi kalau tidak, kita teruskan juga perjuangan kita seperti di Batu Sapi ini," kata Hishammuddin.

Apalah jahil sangat beliau dalam isu ini, tidak boleh membezakan antara kerjasama politik dengan kerjasama pentadbiran. Apakah beliau patut bersekolah semula tentang politik. Ataupun beliau memang cuba men'isu'kan perkara tersebut.

Setuju atau tidak, kerajaan pusat tidak boleh mengabaikan kerajaan negeri yang ditadbirkan oleh Pakatan Rakyat kerana kerajaan pusat yang mengambil dan mengenakan cukai kepada kepada rakyat. Maka kembalikan semula hak-hak yang sememangnya menjadi milik sesebuah negeri. Jangan dilengah-lengahkan pembayaran yang menjadi milik kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Sudah 19 tahun kerajaan Kelantan telah di anak tirikan dan dinafikan hak-haknya.

Bagaimana geran untuk negeri Kelantan dilambat-lambatkan pembayarannya, pelabur asing disekat daripada melabur di Kelantan, pembangunan tidak diberikan langsung kepada Kelantan tetapi melalui agensi kerajaan pusat dan bermacam-macam lagi sekatan yang dilakukan. Semua ini adalah kerana satu matlamat, iaitu untuk menganggu gugat pentadbiran kerajaan Kelantan. Dan sekarang ditambahkan lagi dengan tiga buah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat tidak termasuk negeri Perak.

Mengenang Kembali Zaman Gerakan Islam Ditekan

SELEPAS demonstrasi mahasiswa tahun 1974, ketika itu Anwar Ibrahim dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pucuk pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) jatuh ke atas bahu Ustaz Fadzil Nor, ketika itu seorang pensyarah agama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Jalan Gurney.

Pada masa itu Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dipimpin Asri Muda, berada dalam Barisan Nasional.

Obor panji-panji gerakan Islam ketika itu dipegang oleh ABIM. Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) yang mengetuai Barisan Nasional pula sedang bergolak. Kepimpinan Razak Hussein sedang dicabar oleh Harun Idris. Pemergian beliau menjadikan keadaan politik bertambah buruk. Hussein Onn mewarisi masalah politik ini.

PAS pula yang selesa berada dalam Barisan Nasional sudah dijauhi oleh anak-anak muda khususnya mahasisiwa. Bagi mereka yang jemu dengan politik Barisan Nasional memikirkan bahawa pembaharuan politik hanya ada pada Islam.

Sosialisme sudah tidak menarik bagi anak-anak muda Melayu. Kegagalan kerajaan-kerajaan sosialis memberi kemakmuran kepada rakyatnya dan sifat mereka yang menindas di Indonesia, Mesir dan lain-lain negara mendorong anak-anak muda Islam melihat kembali kepada agamanya.

Kerajaan sosialis Mesir menindas Ikhwanul Muslimin. Di Indonesia, kerajaan Suharto menekan Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).

Di atas platform ABIM, anak-anak muda melancarkan perjuangan gerakan Islam. Di kampus-kampus, perbincangan diadakan dengan mewujudkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpusat di surau-surau asrama. UTM, Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Teknologi Mara (ITM) menjadi tempat timbulnya pergerakan baru ini.

Dalam kesibukan bekerjanya, Ustaz Fadzil turut berkempen memperjuangan usaha membebaskan Anwar daripada tahanan ISA.

Tidak bebas bergerak

Anak-anak muda di kampus ini tidak bebas bergerak. Walaupun mereka berjaya mendapat sokongan mahasiswa melalui gerak kerja tersusun hingga menguasai Persatuan Mahasiswa Islam dan Persatuan Mahasiswa Universiti, aktiviti mereka ditekan. Antara tindakan pihak berkuasa ialah memindahkan Ustaz Fadzil ke Sabah untuk mengurangkan kesan perjuangannya.

Pada tahun-tahun akhir 1970-an itu, Umno yang di dalamnya tetap bergolak mempunyai cita-cita untuk merampas Kelantan daripada PAS. Seorang pemimpin muda Umno yang bercita-cita tinggi turut ingin membuktikan kewibawaannya dengan projek bagi menawan kembali Kelantan. Umno sebagai rakan kerajaan campuran dalam Barisan Nasional Kelantan yang dipimpin PAS tidak berpuas hati dengan kedudukannya.

Pemimpin muda itu ialah Razaleigh Hamzah yang bercita-cita untuk menjadi Presiden Umno sedangkan Hussein memberi laluan kepada Mahathir Mohamad. Mengapa kalau Umno percaya kepada kepentingan Melayu dan perpaduannya tidak komited untuk mempertahankan PAS dalam Barisan Nasional? Mereka mencari peluang untuk mendapatkan kembali Kelantan.

Peluang itu terbuka apabila dalam PAS, yang ketika itu sudah selesa berada dalam kerajaan berlaku rebutan kedudukan bagi jawatan Menteri Besar Kelantan.

Peluang inilah yang diambilnya. Mereka menyokong pihak yang menentang pucuk pimpinan PAS. Biasalah dalam politik, memecahkan pihak lawan dengan mengadu-domba. Hussein dan Razaleigh menyokong Mohamad Nasir untuk menentang ketuanya, Asri. Oleh kerana PAS tidak mahu tunduk, Barisan Nasional melalui Umno menendang keluar PAS.

Maka berlakulah kekecohan dalam politik Kelantan tetapi akhirnya setelah semuanya selesai, PAS mendapati dirinya menjadi pembangkang, bukan saja di peringkat Persekutuan, tetapi juga di Kelantan.

Tetapi yang menjadi Menteri Besar bukannya daripada kalangan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) pimpinan Mohamad Nasir, parti yang menggantikan PAS dalam Barisan Nasional. Setelah melalui pilihan raya negeri yang didahului dengan darurat, Kelantan berjaya dirampas oleh Umno.

Ketika PAS berada di luar Barisan Nasional, tekanan terhadap gerakan Islam meningkat. Berapa banyak pemimpin PAS yang ditahan ISA sejak parti itu keluar daripada Barisan Nasional? Penyusunan semula terhadap gerakan Islam berlaku selepas PAS ditendang keluar. Ia muncul sebagai wadah gerakan Islam yang utama.

Di bawah pimpinan Allahyarham Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Nor dan Ustaz Hadi Awang, PAS meredah onak dan duri yang ditaburkan oleh Umno.

Tidak semua yang dapat tahan mengharungi kesusahan-kesusahan yang ditanggung oleh PAS sebagai gerakan Islam yang ditekan oleh Umno yang memiliki jentera kerajaan.

Pada tempoh tahun-tahun 80-an, PAS dan Umno masing-masing tetap bergolak. Asri yang keluar PAS untuk memimpin Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) pada mulanya membawa partinya ke dalam Barisan Nasional akhirnya menyertai Umno itu sendiri.

Tokoh PAS seperti Nakhaie Ahmad dan Suhaimi Said juga menyertai Umno. Pada masa itu, ABIM sudah lama menyokong Umno mengikut jejak Anwar yang berjaya mencapai satu tahap lagi untuk menjadi presiden parti tersebut.

Tetapi di pihak Umno, pergolakan lebih hebat. Ia berpecah dua menjadi Umno Baru dan Semangat 46. Razaleigh yang berjaya merampas Kelantan untuk Umno akhirnya mengembalikan negerinya kepada PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990.

Maka Ustaz Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan. Antara program pertama beliau selepas menjadi ketua kerajaan negeri itu ialah mengunjungi pusara Allahyarham Ibrahim Libya di Memali, Baling, Kedah. Ini kerana peristiwa Memali merupakan simbol tekanan yang diterima oleh gerakan Islam negara ini khususnya PAS.

Perjuangan PAS penuh dengan keperitan dan pengorbanan dan matlamatnya bukan untuk membawa pemimpin-pemimpinnya tinggal di banglo-banglo Putrajaya atau memandu Mercedes. PAS adalah gerakan Islam untuk rakyat tertindas dalam perjuangan mencari keredaan Ilahi. (Abu Firdaus )

Mencetak Generasi Salahuddin Al-Ayyubi

Ilmu kerohanian yang berkembang seiring amalan kerohanian yang kuat adalah antara ramuan yang perlu diadun dengan harapan masyarakat Islam pada zaman datang akan lebih berupaya menterjemahkan kemenangan sebagai yang dijanjikan Tuhan lewat lidah rasulnya yang mulia.

Hal inilah yang menjadi sebab utama kepada pembebasan di bumi Palestin. Kini, bumi yang masih diratah penjajahan Yahudi Zionis itu masih mengaum kelaparan tanah dan dahagakan darah warga Palestin.

Matlamat umat Islam akhir zaman ini ialah barangkali mengarahkan seluruh kekuatannya ke arah kemerdekaan bumi Palestin tanpa mengesampingkan isu-isu lainnya di selatan Thai, Filipina dan wilayah-wilayah yang lain.

Salah seorang watak pembebasan Palestin yang terkenal adalah Salahuddin al-Ayyubi. Sebenarnya, manusia agung seperti Salahuddin ini tidak muncul mendadak. Ada seseorang berada di belakangnya yang turut memberikan ruang untuk kefahaman diri tentang betapa pentingnya usaha membebaskan bumi Palestin itu.

Manusia yang telah mencetak Salahuddin sebagai wira agung itu bernama Nuruddin Zanki. Pemerintah inilah yang telah pun mengisi ke dalam ruang batinnya untuk memberikan penjelasan kepada Salahuddin agar membebaskan Masjid al-Aqsa.

Riwayat Nuruddin tamat ketika baginda belum sempat menyaksikan kemerdekaan Palestin. Waris Nuruddin, as-Salih Ismail al-Malik masih kecil ketika itu. Dan, waris Nuruddin juga tidak berusia panjang.

Kebangkitan Salahuddin

Sebagai lelaki biasa, Salahuddin dan bala tenteranya pernah tewas di tangan musuh. Hal ini bukanlah suatu keganjilan jika diperhatikan betapa banyaknya pertempuran di yang menyaksikan kekalahan dalam perang antara umat Islam di zaman Rasulullah s.a.w sendiri.

Namun kekalahan itu bukan titik noktah bagi watak seperti Salahuddin ini untuk segera menamatkan usaha merebut kembali Palestin. Dalam Perang Montgisard pada 1177, misalnya, bala tentera Islam ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis, Raynald dari Chatillon dan Knights Templar atau dikenali sebagai Tentera Salib.

Namun, selepas tamat Perang Hattin, Salahuddin berjaya merebut kembali hampir kesemua kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib.

Perang Hattin dan kejayaan tentera Islam menawan kembali Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai England melalui cukai khas yang dikenali sebagai 'Cukai Salahuddin'.

Tentera kufar ini tidak berdiam diri. Akhirnya, mereka berjaya menawan semula Acre, dan tentera Islam memerangi semula tentera Raja Richard I dari England (dikenali sebagai Richard The Lion Heart) dalam Perang Arsuf pada 1191.

Baitulmaqdis berada selama 88 tahun dalam genggaman musuh Islam sebelum berpindah ke kuasaan Salahuddin. Kini semenjak 1948 sehingga 2009, daerah yang bergolak ini telah menyaksikan darah pejuang Islam menggelegak selama 61 tahun.

Adakah kita ada kira-kira 30 tahun lagi untuk merebut ketuanan ke atas wilayah itu menjelang 2040 atau 2050?

Sejauhmanakah kita telah menyalakan kempen secara besar-besaran dalam kalangan negara-negara Islam untuk membebaskan Al-Quds bersama wilayah-wilayah Muslim di belahan benua dan dunia lain yang turut sama tertindas?

Mengulas kebangkitan Salahuddin dan tenteranya sebagai watak pejuang agama dan pembebasan wilayah yang dijajah, Ketua Biro Penataran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, watak-watak pejuang pembebasan ini perlu terlebih dahulu disemai dengan usaha memupuk benih kerohanian ke dalam jiwa mereka.

"Sempena Muktamar Abim yang berlangsung Ogos ini, kami cuba menggali semula jejak-jejak khazanah kerohanian yang lama ditinggalkan. Ini intipati kekuatan Islam sebenarnya yang dimiliki oleh Salahuddin dan tenteranya," kata beliau.

Selain itu, tambah Mohamad Raimi, umat Islam tidak boleh melupakan peranan dan sumbangan ramai tokoh ulama kerohanian yang turut menyumbang pemikiran dalam proses peningkatan kerohanian pada zaman kebangkitan penguasa Palestin.

"Ulamak-ulamak seperti Imam Abu Hamid Al-Ghazali, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, Ibnu Qudamah al-Maqdisi dan lain-lain barisan ulamak muktabar telah banyak mempengaruhi kerohanian umat Islam pada zaman tersebut.

"Jadi, ringkasnya, dalam rangka kerja untuk membebaskan Palestin, kita perlu meletakkan agenda rohani di depan sebagai matlamatnya," tambah beliau lagi.

Sebenarnya, umat Islam tidak pernah miskin dengan barisan ulamak kerohanian. Sejumlah nama-nama ulamak besar lain yang berjaya melakukan revolusi mental ke arah perubahan pemikiran dan pendidikan umat ini tidak wajarlah dilupakan.

Dalam kalangan mereka, adalah pengasas tarekat yang mencetak watak-watak penguasa yang akhirnya kuat menjaga disiplin rohani mereka sendiri.

bagai yang dijanjikan Tuhan lewat lidah rasulNya yang mulia. ( Ali Bukhari Amir )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular