Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 30 Ogos 2009

Adil Di Dalam Islam (Menghukum)......

Gambar Norhayati Kaprawi (Sisters In Islam) dalam satu Forum bersama Astora Jabat (deputy editor of Al-Islam and columnist for Utusan Malaysia), V. Gayathry (Centre for Independent Journalism)

OGOS 24 – Sebagai seorang Islam, saya tertanya-tanya wajah Islam bagaimanakah yang Malaysia mahukan? Negara Islam, Islam madani, Islam hadhari, atau Islam ‘hududi’?

Apa pun jenamanya, tentu yang kita mahukan adalah Islam yang adil, rahmah, berihsan, penyayang, mesra kepada orang perempuan, prihatin terhadap orang yang kurang bernasib baik dan Islam yang sentiasa bersangka baik pada manusia.

Akan tetapi, cara mahkamah syariah di Malaysia menangani kes Kartika tidak mencerminkan Islam yang kita impikan itu.

Bertambah malang lagi apabila ada orang Islam dan pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam, bersorak gembira dengan hukuman keras yang dijatuhkan terhadap Kartika.

Selama ini, ulama dan pemimpin Islam begitu petah dan rancak sekali bila berbicara tentang keadilan dalam Islam. Namun, apabila timbul masalah sebenar di dalam masyarakat, nampaknya ramai yang kelam kabut dan teraba-raba mencari sinar keadilan itu. Kelihatan sukar sekali mereka menterjemahkan konsep adil itu dalam menangani realiti kehidupan masyarakat.

Sesungguhnya, ini adalah kesalahan pertama Kartika dan beliau telah pun mengaku bersalah. Maka, mengapa dia dikenakan hukuman maksima?

Adakah lebih berat sesuatu hukuman itu, maka semakin Islam lah ia?

Bandingkan kesalahan Kartika yang tidak memudaratkan sesiapa pun dengan kesalahan mat-mat rempit dan peragut beg yang menjejaskan keselamatan orang ramai dan telah menyebabkan kematian. Dan juga dosa Kartika dengan dosa bapa-bapa tidak bertanggungjawab yang tidak membayar nafkah sara hidup anak-anaknya.

Selepas hukuman dijatuhkan, Kartika terus membayar denda RM5,000 yang dikenakan tanpa banyak soal. Justeru, adakah adil, berhikmah dan berihsan apaabila mahkamah kemudiannya menambah lagi hukuman penjara 7 hari di penjara Kajang?

Adakah orang-orang yang selama ini mengaku memperjuangkan Agama Allah dan menegakkan Negara Islam mahukan Islam yang sadis, keras dan tidak berihsan?

Lupakah mereka tentang Umar yang berihsan sekali dan tidak menghukum pencuri yang mencuri akibat kemiskinan. Lupakah mereka tentang pesanan Allah s.w.t : “Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.(QS. Al Maaidah: 39)

Malah, banyak lagi ayat-ayat Al-Qur’an yang memberikan peringatan yang sama seperti di Surah An-Nahl: 119, dan Al An’aam: 54, An Nahl: 125

Patutkah Jabatan Agama Negeri Pahang yang telah measukkan Kartika ke dalam van untuk dibawa ke penjara Kajang, menukar fikiran dengan tiba-tiba dan memulangkannya semula ke rumahnya? Kemudian, ahli majlis mesyuarat kerajaan Pahang Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa Kartika akan disebat selepas bulan Ramadan pula.

Apakah pantas Kartika dilayan seperti haiwan sarkas yang dimasukkan ke dalam sangkar, dilepaskan dan ditangkap semula sesuka hati?

Umat Islam harus jujur bertanya pada sanubari diri di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmah ini – adil dan setimpalkah hukuman serta layanan tidak berperi kemanusiaan ini ke atas Kartika?

* Norhayati Hj Kaprawi adalah aktivis wanita Musim

Sumber : MalaysianInsider

Ulasan Musafirlalu..............
Inilah yang berlaku apabila orang yang bergelar Islam berhujah dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran tanpa mengetahui apa yang telah dihujahkannya. Inikah wajah-wajah yang mengaku Islam tetapi perwatakan pun tidak menunjukan keIslamannya. Islam menghukumkan rambut wanita adalah termasuk aurat. Adalah amat malang apabila gurunya pula adalah Astora Jabat yang terkenal dengan Islam Liberal yang dibawanya. Orang yang telah banyak merosakkan akidah umat Islam dengan penafsirannya yang penuh dengan sikap pemusuhannya terhadap Islam dalam membela Tun Dr. Mahathir tentang Islam yang diterap. Apakah beliau mengira hukuman yang telah dijatuhi oleh Mahkamah Syariah Pahang terhadap Kartika betul-betul maksimun. Sedangkan hukum maksimun ialah 40 sebatan dan ditambah 40 menjadikannya 80. Sedangkan hukuman maksimun dibawah undang syariah Pahang hanya 6 sebatan. Apakah Hakim telah terkilaf dalam penghakimannya? Apakah dengan mengambil kira kesalahan pertamanya, maka beliau boleh terlepas. Jika itu hujah beliau, bagaimana dengan kes-kes bunuh, rogol, rompak, samun dan sebagainya yang perlakunya baru pertama kali melakukannya. Patutkah mereka semua patut diampunkan kerana atas alasan kesalahan pertamanya. Beliau mengatakan perbuatan Kartika tidak memudaratkan sesiapa, yang bermaksud Kartika hanya memudaratkan dirinya sendiri. Apa punya hujah yang boleh sangat ni............ nama sahaja intelek tetapi pemikiran bodoh. Kerana itulah kerajaan patut mengharamkan Sister In Islam melainkan mereka membuang perkataan Islam yang ada pada nama NGO tersebut. Jika mengira hujah tersebut, suruhlah kerajaan membebaskan penagih dadah yang ada didalam penjara ataupun di Pusat Serenti kerana mereka hanya memudaratkan diri mereka sendiri. Mereka tidak menyusahkan orang ramai, melainkan mereka yang melakukan jenayah kerana ketagihannya. Kemudian mereka berhujah dengan dalil Al-Quran dalam surah Al-Maaidah ayat 39, yang bermaksud : " Barang siapa yang taubat sesudah aniaya dan memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Pengampun, lagi penyayang". Apakah mereka faham makna sebenar ayat tersebut, maka mereka menafsirkannya mengikut akalnya yang terletak dikepala lutut atau pun ditapak kaki. Apa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut jika mereka bertaubat selepas melakukan sesuatu kesalahan apabila mereka telah dihukum dengan hukum yang Allah s.w.t. perintahkan yakni, betul-betul hukum Syariah. Bukan hukum Syariah yang terdapat diMalaysia sekarang ini, yang tidak langsung menepati apa yang telah Allah s.w.t. perintahkan. Mungkin sekiranya hukuman mahkamah syariah Pahang ialah 40 atau 80 sebatan, saya pasti hakim tersebut akan menjatuhi semaksimun yang boleh. Itu pun sekiranya mereka ditangkap, kalau tidak............ kira bernasib baiklah. Kerana hakim tersebut sememangnya takut dengan Allah s.w.t.. tetapi apakan daya............. hukumannya hanya 6 sebatan sahaja. Semoga Allah s.w.t. mengampuni hakim tersebut dengan Rahmatnya kerana terikat dengan hukuman 'Negara Islam' ala Umno ini. Celakalah akan Sister In Islam yang mempermain-mainkan ayat-ayat Al-Quran dengan menafsirkannya dengan sesuka hati tanpa merujukkan dahulu kepada yang lebih arif tentang Al-Quran. Bukannya merujuk kepada Astora Jabat sebagai penasihat agama SIS. Inilah anak-anak yang telah diasuhkan oleh Umno dengan dasar perkaumannya itu. Apakah mereka lupa atau sengaja memcari ayat-ayat yang baik sahaja sebagaimana ucapan Dr Mahathir pada awal pemerintahannya dengan dasar 'penerapan nilai-nilai Islam'nya......... 'Kita akan mengambil ayat-ayat yang baik sahaja'............. Satu ucapan yang tidak boleh saya lupakan pada tahun 80'an. Apakah mereka tertinggal dengan ayat 59 didalam surah An-Nissak yang mana Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud :
"Hai orang-orang yang beriman, ikutlah Allah dan ikutlah rasul dan orang-orang yang mengurus pekerjaan dari kamu. Kalau kamu berbantah-bantah tentang sesuatu (perkara), hendaklah kamu kembali kepada Allah dan rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari yang kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan".
Ikutlah perintah Allah dan rasulnya, begitu juga orang-orang yang memerintahi urusan kamu (ulil-amri), seperti raja, presiden, ulama-ulama dan orang-orang yang cerdik pandai. Yakni jika mereka telah bermusyawarah tentang menentukan suatu hukum yang tidak melanggar Al-Quran dan Sunnah Nabi. Maka hukum (undang-undang) yang mereka tetapkan itu wajib kita turuti. Tetapi jika mereka menyuruh mengerjakan kejahatan seperti menipu, berdusta dan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. Jika kamu berbalah didalam sesuatu perkara, hendaklah merujuk kepada orang-orang yang arif tentang hukum hakam. (ulama).......... bukannya merujuk kepada ulam mamak. Maka hendaklah berhukum dengan perkara tersebut yang termaktub didalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Tetapi jika tidak memperolehi keterangan yang jelas dalam kedua-duanya, hendaklah turut undang-undang umum (Qa'idah) yang tertera dalam keduanya, yakni dengan mmikirkan baik buruknya, melarat manfa'atnya. Maka adalah asas-asas hukum dalam Islam yaitu,
  • Kitabullah (Al-Quran) maka wajiblah kita ikut segala perkara yang terdapat didalamnya.
  • Sunnah Rasulullah s.a.w., yaitu sabdanya, perbuatannya atau barang yang ditetapkannya.(dibiarkannya)
  • Ijma' (sepakat) ulil-amri tentang hukum suatu perkara, seperti diterangkan diatas.
  • Qias, yaitu meniru, meneladan hukum-hukum yang tersebut dalam Al-Quran atau Sunnah, umpamanya tersebut didalam Al-Quran bahawa hukum minum arak haram., kerana ia memabukkan, maka jika kita perolehi sesuatu atau minuman yang bukan arak, seperti dadah kerana ia mengkhayalkan adalah hukumnya tetap haram kerana ia dikiaskan atau disamakan dengam arak.
Mereka-mereka ini menafsirkan Al-Quran seperti menafsirkan buku-buku. Mereka mempermain-mainkan hukum Allah s.w.t. diatas nama Islam tetapi sebenarnya mereka ini sesat lagi menyesatkan. Maka................ bertaubatlah kepada Allah s.w.t. kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.............. dan yang pasti bukannya MAHAdhir.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Isu Lembu di Shah Alam....... Satu Pengkhianatan Terhadap Islam.

Islam melarang kita menghina agama lain walau apa pun alasan yang diberi. Isu mengarak kepala lembu selepas solat Jumaat, amat-amat memalukan. Apakah ini sikap orang yang mengaku Islam, tetapi tiada langsung roh ke Islam didalam dirinya. Melakukan protes itu tidak salah, tetapi caranya tidak kena pada tempat. Apakah Islam mengajar kita melakukan perkara seperti itu. Bagi saya, yang melakukan protes tersebut mengaku sebagai ahli PAS, patut dipecat keahliannya. Buat malu PAS sahaja, mungkin ahli tersebut asalnya ahli Umno dan sikap Umno masih lagi ada dalam dirinya. Kerana ahli PAS yang tulin tidak akan melakukan perkara yang memalukan seperti itu. Kita sebagai umat yang mengaku Islam, ada batas-batas yang perlu kita patuhi. Didalam Al-Quran sendiri melarang kita mencerca agama mereka seperti firman Allah s.w.t. dalam surah Al-An'aam ayat 108, yang bermaksud :
"Janganlah kamu cerca (berhala) yang mereka sembah, selain daripada Allah, nanti mereka mencerca Allah pula dengan aniaya, tanpa ilmu pengetahuan. Demikianlah Kami hiaskan bagi tiap umat amal perbuatannya, kemudian tempat kembali mereka kepada tuhannya, lalu Allah mengkhabarkan kepada mereka apa-apa yang telah mereka perbuat". Didalam ayat ini Allah melarang mencela berhala yang mereka sembah, kerana hal itu membawa dan menarik mereka untuk mencela Allah, sebagai balasan bagi mencela berhalanya. Inilah petunjuk Al-Quran yang wajib kita turut.
Sedangkan mencela berhala dilarang, apa lagi mencela orang yang menyembahnya. Di manakah pihak berkuasa semasa perkara tersebut berlaku. Yang pasti, mereka akan cepat bertindak sekiranya yang menganjurkannya adalah dari Pakatan Rakyat. Ini memang telah diakui sejak dulu lagi dengan sikap berat sebelah pihak berkuasa. Jika Umno yang menganjurkannya, mereka bukan menahan tetapi memberi bantuan dan pelindungan lagi. berbeza jika Pembangkang yang melakukannya, belum sempat sampai dah kena tangkap. Sedarlah diri sedikit........ Umno dah semakin nazak............ kome tak takut ke.......... bila Pakatan Rakyat............. dapat memerintah............. tapi jangan takut.......... Pakatan Rakyat bukan macam Umno............. kita tidak akan membalas dendam............... Kalau Pakatan Rakyat buat juga.......... maka mereka samalah seperti ............Umno.

Adil Di Dalam Islam (Berkahwin).......

Kali ini kita berbincang tentang keadilan dalam berkenaan beristeri lebih daripada satu. Di sini kita akan melihat bagaimana Allah s.w.t. telah mengangkat darjat wanita di dalam Islam. Sebagaimana Islam memuliakan kaum wanita, dengan meletakkan adil pada tempatnya. Apabila menyebut beristeri lebih daripada satu yakni berpoligami, ada pihak yang mengaku memperjuangkan hak kaum wanita, seperti Sister In Islam (SIS). tetapi sebenarnya mereka itu jahil dan meletakkan martabat kaum wanita ditempat paling bawah, walaupun mereka menyatakan memperjuangkan kaum wanita. Islam mengangkat tinggi martabat kaum wanita tetapi SIS dengan kejahilan mereka telah mempertikaikan kedudukan kaum hawa itu sendiri. Mereka berhujah di atas hawa nafsu mereka tanpa mengambil kira fakta sebenar seperti yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. yang telah telah berfirman didalam Surah An- Nisaak ayat 3 :
"Jika kamu takut, bahawa kamu tidak akan berlaku adil tentang anak-anak yatim, maka kahwinilah olehmu perempuan-perempuan yang baik bagimu, berdua, bertiga atau berempat orang. Tetapi jika kamu takut, bahawa tiada akan berlaku a'dil, maka kahwinilah seorang saja, atau pakailah hamba sahaya. Yang demikianlah itu lebih dekat kepada tiada aniaya".
Didalam ayat ini teranglah, bahawa kamu dibolehkan berkahwin dengan dua, tiga atau empat perempuan, ialah dengan syarat yang berat sekali, yaitu mestilah kamu berlaku adil antara perempuan-perempuan itu., tentang nafkahnya dan gilirannya. Tetapi jika kamu khuatir, bahawa tiada akan berlaku adil, hendaklah kamu beristeri seorang sahaja.
Hikmahnya (rahsianya) ialah kerana orang lelaki masa zaman Nabi Muhammad sedikit bilangannya dari orang-orang perempuan, disebabkan banyak yang mati dalam peperangan. Begitu juga di negeri-negeri yang telah terjadi peperangan di dalamnya, sedikit lelakinya dari perempuan. Oleh sebab itu dibolehkan lelaki beristeri lebih dari seorang, supaya janda-janda yang kematian suami itu, dapat bantuan dari suaminya yang kedua. Isteri-isteri Nabi Muhammad cuma seorang sahaja yang gadis : yang lain semuanya janda, sebagai bukti, bahawa baginda beristeri lebih dari seorang, ialah kerana membantu kehidupan perempuan-perempuan janda itu. Tidakkah Islam membela kaum wanita, yang menjadi permasalahannya ialah lelaki yang beristeri lebih, tetapi tidak memberi keadilan kepada para isteri-isterinya. Jadi kenapa marahkan hukum Islam, sedangkan Allah s.w.t. sudah memberi garis panduan jika beristeri lebih daripada satu. Kalau nak marah.......... marah lah kepada lelaki yang tidak berlaku adil........... kenapa menolak apa yang telah Allah s.w.t.......... hukum kan.............. jika jahil tentang hukum hakam................. duduk diam-diam........... jangan mempertikaikan apa yang telah tersurat didalam Al-Quran .......... berikan kepada yang pakar tentang hukum hakam.......... bercakap lah tentang bidang yang kamu pelajari........... kerana tersilap sedikit........... habis amalan seumur hidup........ Jangan kerana 'nila setitik habis susu sebelanga'.

Siapa Sebenarnya Pengkhianat Islam.

Apabila membicarakan soal pengkhianat Islam, masing-masing akan menunding jari antara PAS dan Umno. Sebelum kita menunding jari kepada mana-mana parti yang mengkhianati agama, kita lihat dahulu apa yang ada didepan mata kita. Siapakah yang lebih Islam diantara PAS dan Umno, untuk itu kita berbicara tentang aurat sahaja kerana ianya telah dinyatakan dengan jelas tentang aurat iaitu firman Allah s.w.t. didalam surah An-Nur ayat 31 :
"Katakan kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka merendahkan pemandangannya dan menjaga kehormatannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kekuali apa yang lahir dari padanya, dan hendaklah mereka tutupkan kudungnya kelehernya. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anaknya, anak suaminya, saudaranya, anak saudaranya yang laki-laki, anak saudaranya yang perempuan, perempuan muslimat, hamba sahayanya, orang-orang yang mengikutnya diantara laki-laki, yang tiada berhajat (syahwat) kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum (ingin) melihat aurat perempuan. Janganlan mereka berjalan sambil menggojangkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (gelang kaki). Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan".
Mengikut tafsir Ibnu Abbas, bahawa anggota yang biasa terbuka itu, ialah muka dan dua telapak tangan. Dalam hadis Rasulullah ada tersebut yang ertinya lebih kurang : Apabila perempuan telah baligh (telah mulai datang haid) maka tidak patut dilihat tubuhnya, selain dari ini dan ini, sambil diisyaratkannya kepada muka dan dua tapak tangan.
Hendaklah perempuan itu menutup dadanya dan kuduknya dengan kudungnya (telekung atau tutup kepala). Ulama-ulama telah sepakat, bahawa menutup kepala, kuduk dan dada itu ialah wajid, dan berdosa membukakannya kepada lelaki yang bukan muhrimnya. Adapun kaum kerabat (muhrim) yang boleh membukakan badan kepadanya ialah ;
  • Suami, perempuan boleh membukakan semua auratnya kepada suaminya.
  • Bapa dan nenek.
  • Bapa suaminya (mentua)
  • Anaknya.
  • Anak suaminya (anak tirinya).
  • Saudaranya
  • Anak saudaranya lelaki mahu pun perempuan.
Begitu juga perempuan itu boleh membukakan badannya kepada sesama perempuan Muslimat atau hamba sahayanya dan orang-orang yang tiada bersyahwat (bernafsu) kepada perempuan, umpamanya orang yang telah sangat tua, begitu pula kepada anak-anak, yang belum mengetahui aurat (kemaluan) perempuan. Maka boleh membukakan badan kepada orang-orang tersebut itu, kecuali antara pusat dan dua lutut. Sekarang boleh kita nilaikan siapa yang sebenarnya yang memertabatkan Islam dan yang mengkhianati Islam. Ini baru tentang aurat yakni memakai tudung kepala, sebagaimana yang telah difatwakan oleh SS Tun Dr. Mahathir dengan menyatakan orang yang pakai tudung pun buat dosa juga. Memakai tudung tidak semestinya baik dan tidak pakai tudung tidak semestinya jahat. Ada yang memakai tudung tetapi tidak bersolat dan yang tidak pakai tudung pun ramai yang tidak tinggal solat. Iman seseorang itu bukan dinilai kerana tudung tetapi terletak kepada hati masing-masing. Itulah fatwa-fatwa songsang yang telah dikeluarkan oleh para pemimpin Umno. Kerana itulah ramai isteri-isteri pemimpin Umno aurat mereka terletak kat bahu, maka kita boleh lihat apa yang mereka lakukan pada selendang yang mereka pakai. Bukannya diletakkan diatas kepala tetapi diatas bahu. Kalau pakai kat kepala pun, pasti nampat jambulnya, kerana itulah yang mahalnya. Adakala kalau dirumah, TV, radio, meja pun pakai tudung tetapi empunya TV, radio, meja tidak bertudung.......... Buat malu kat benda-benda tu je ......... jika benda itu pandai bercakap, pasti dia kutuk cukup-cukup tuannya.............. Aku, pandai engkau tudungkan........... kamu tu bila lagi. Tetapi sekarang ini........... Alhamdulillah........ kerana diperingkat bawahan, dah ramai yang memakai tudung. Cuma yang liatnya ialah peringkat tertinggi. Jika ada pun yang memakai tudung, fesyennya mesti nampat telinga........... agar orang ramai boleh melihat subang belian kat telinga. Maka fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin Umno tentang pemakaian tudung pun melakukan dosa juga. Itu tidak boleh ditolak tetapi kelebihan yang memakai tudung tetapi melakukan dosa, mereka hanya melakukan satu dosa sahaja. Yang tidak memakai tudung dan melakukan dosa, mereka akan mendapat dua dosa. Yang tidak memakai tudung akan sentiada berada didalam dosa selagi mereka tidak menutup rambut. Yang memakai tudung pula akan sentiasa mendapat pahala selagi mereka tidak menanggalkan tudung mereka. Seperti kata-kata ulam mamak SS KJ,'mereka dengan agama mereka, aku dengan agama aku'.( tentang kenyatan KJ, telah saya terangkan dalam coretan saya yang lepas) Apa yang KJ kata itu betullah......... pasal agama yang Umno anuti kata tidak haram jika tidak memakai tudung, arak halal, judi halal, rasuah halal dan apa sahaja yang Allah s.w.t. mengharamkan, Umno menghalalkan. Jadi............ Umno sebanarnya bukan berhujah dengan PAS tentang Islam tetapi mereka berhujjah dengan Allah s.w.t. " Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku". Surah Al-Kafirun ayat 6. Agama yang Umno anuti itu menghalalkan apa yang Allah s.w.t. haramkan. Jika betul mereka mengaku Islam, pasti mereka menuruti segala yang Allah s..w.t. perintahkan. Mungkin kitab yang menjadi rujukan mereka kitab bahai atau pun Ahmadiah. Dan mereka juga ada perawi-perawi hadis mereka sendiri. Yang paling terkenal sebagai perawi hadis Umno ialah SS Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Al-Kedahi dengan kitab sahih Mahathiri......... bertaubatlah kepada Allah s.w.t. sebelum terlambat kerana umur pun sudah hampir kepenghujung. Satu cerita yang hendak saya kongsi bersama ialah tentang cerita yang berlaku pada tahun 80'an, daripada Tok Guru saya semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri. Peristiwa ini berlaku di Kedah, Tok Guru saya menceritakan bagaimana seorang abang kepada menteri kabinet Mahathir telah meninggal dunia, beliau berasal dari Kedah. Cerita ini diceritakan oleh Tuan Guru kepada Tok Guru saya, semasa jenazah diturunkan ke liang lahat dan lubang telah ditimbus Tuan Guru kepada Tok Guru saya mengatakan bahawa orang ini mati didalam keadaan murtad. Ramai yang tidak percaya dengan kata-kata Tuan Guru tersebut kerana ia melibatkan abang kepada seorang menteri penuh. Tuan Guru tersebut mengatakan jika mereka semua tidak percaya, galilah semula kubur tersebut. Menurut Tuan Guru tersebut orang yang mati didalam murtad, mayat tersebut akan membelakangi kiblat. Tuan Guru tersebut mengatakan jika beliau silap, beliau sanggup dipancung kepala. Memang menurut Islam cara menyempurnakan jenazah mestilah mengadap kiblat. Kerana untuk memastikan betul atau tidak apa yang dikatakan oleh Tuan Guru tersebut, maka keluarga simati bersetuju mengali semula kubur tersebut yang baru sahaja ditimbuskan. Apabila dibuka keranda tersebut, memang betul jenazah tersebut telah membelakangi kiblat. Sebelum ditimbus, mereka membetulkan semula kedudukan jenazah tersebut. Tetapi jenazah tersebut tetap akan berubah kembali membelakangi kiblat. Tok Guru saya tidak menyebut nama menteri tersebut agar tidak berlaku keaiban. Wallahua'lam.

Wahai Anak Ku Ajib.... Dengarlah Nasihat Ayahanda.

Wahai anakandaku Ajib .......... Sudahkah anakanda membantu rakyat anakanda yang miskin-miskin, hidup ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang', di bulan Ramadhan ini. Sedangkan anakanda sendiri berbuka puasa dengan penuh hidangan mewah di atas meja walau sebesar mana meja tersebut. Bagaikan keesokan harinya anakanda tidak dapat lagi diberi nikmat untuk makan. Anakandaku Ajib.......... Sudahkah anakanda mengagih-agihkan bantuan kewangan untuk fakir miskin, orang-orang tua dan anak yatim piatu untuk keperluan mereka di bulan yang diberkati ini? Atau pun peruntukan tersebut telah tersilap masuk ke dalam poket anakanda sendiri dalam keadaan sedar. Dengar lah pesanan ayahanda ini............ betulkah peruntukkan saham sebanyak 100 juta unit yang anakanda janjikan untuk kepada fakir miskin akan sampai kepada yang layak. Atau pun hanya untuk anak si Fakir, anak si Miskin atau pun anak si Yatim. Atau pun anakanda hanya cuba mengaburi mata ayahanda yang masih belum kabur. Mungkin anakanda betul-betul akan mengagihkannya, tetapi anakanda memberinya secara berpilih. Yang ayahanda sangat-sangat pasti kerana ayahanda makan garam terlebih dahulu daripada anakanda. Saham 100 juta unit itu akan sampai seperti apa yang anakanda umumkan itu, tetapi yang pastinya hanya 10 juta unit sahaja yang diberikan dan 90 juta unit lagi pasti akan lesap tanpa dikesan. Ayahanda memang sudah masak dengan perangai anakanda, kerana ayahanda yang membela anakanda dari sebesar tapak tangan sehinggalah anakanda besar dan semakin membesar sehinggakan lebih besar dan lebih tinggi daripada patung Dewa Muruga di Batu Caves. Memang ayahanda mengakui yang anakanda adalah pakar dalam menghilangkan sesuatu tanpa siapa pun dapat mengesannya. Kerana anakanda lebih bijak daripada PDRM, FBI, CIA, KGB mahu pun Mossad. Anakanda lebih pandai daripada ahli silap mata yang terkenal kerana dapat menghilangkan Patung Liberity.......... apa nama dia........... David Kopi.......... David Copper............ David Copper-pil............ apa-apa lah. Memang anakanda bijak dan pandai, kerana itulah anakanda menjadi Perdana Menteri. Anakanda yang amat ayahanda sayangi............ bagaimana keadaan menANTU ayahanda............ sihatkah dia............. kalau sihat............ Alhamdulillah........... tanda kesyukuran ayahanda kepada Allah s.w.t............. yang memberi kesihatan kepada menANTU ............. ayahanda............. Ada juga sekali dua ayahanda melihat gambar Big Mama dalam akhbar.............. semakin comel lotel ............ semakin tembam, ayahanda lihat. Anakanda............. datang dekat sikit............ nanti orang dengar pulak.............. ayahanda nak tanya sikit............ dekat lah sikit.......... Big Mama ayahanda masih lagi pakai anu........... tak kan anakanda tak faham maksud ayahanda............... pakai anu............. ala hai tak faham-faham ............. anuuuuuuuu .............. anu tulah............... hai payah betul lah.......... kalau ayahanda tanya kuat-kuat..........nanti orang dengar pulak............... anu bot............ Botox........ apa............ pakai lagi................ anakanda tak nasihat ke............. kan benda tu haram.......... kamu ni.......... sejak dari dulu lagi............ takut sangat dengan Big Mama............... tegaskan sikit............. jangan duk bawah telunjuknya aje............. buat malu ayahanda jer............. payah-payah sangat anakanda pasang seorang lagi............... ugut sikit dengan menANTU ayahanda tu.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Di Mana Yang Di Katakan Adil Di Dalam Islam....

Apabila sesetengah orang Islam mempertikaikan hukum Islam untuk di laksanakan di Malaysia, antara alasan yang kuat ialah mencari saksi yang adil. Itu tidak dinafikan, kerana ramai yang fasik. Tetapi bolehkah kita mengguna pakai alasan tersebut tanpa kita melaksanakannya. Kerana Islam itu sendiri berdiri di atas keadilan, kerana itulah dalam Islam 'membebaskan lebih baik daripada menghukum'. Tetapi itu tidak bermaksud orang yang didakwa atas kesalahan yang dilakukan boleh bebas sewenang-wenangnya. Adil didalam Islam bermaksud 'adil pada tempatnya'. Sebagai contoh, kita ada sepasang anak kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan. Adilkah kita apabila kita membeli dua pasang pakaian yang serupa seperti baju untuk perempuan sedangkan yang kembarnya lelaki. Apakah yang kita lakukan itu adil?. Yang dikatakan adil ialah, kita beli sepasang pakaian perempuan dan sepasang pakaian lelaki kerana kembar kita itu lelaki dan perempuan. Kerana itulah adil didalam Islam ialah adil pada tempatnya. Oleh itu, jika alasan untuk mencari saksi yang adil baru boleh laksanakan hukum Syariah, maka sampai bila kiamat tidak dapat di laksanakan. Apakah kita tidak berfikir bagaimana undang-undang parking kereta yang di laksanakan. Tidakkah pada mula ia di laksanakan ramai yang tidak mematuhinya. Tetapi lama kelamaan orang ikut juga, walau pun mereka tidak setuju. Kerana mereka tahu, kalau tak ikut kena denda, silap parking kena denda. Sebenarnya yang menyulitkannya ialah pemimpin, asyik berbahas tak sudah-sudah. Banyak undang-undang yang ada di Malaysia ini, bukannya ramai yang memahaminya tetapi rakyat Malaysia tetap ikuti. Jika kita kata susah maka susahlah jadinya, jika kita kata senang maka senang lah jadinya. Oleh itu peranan pemimpin amat besar untuk membentuk akhlak orang awam. Bagaimana hendak membetulkan pemikiran orang ramai, sedangkan pemikiran pemimpin sendiri pun tak betul. Hidup mewah, kereta besar, banglo besar, makan besar dan rasuah pun besar. Tidakkah tindakan pemimpin tersebut telah mengelirukan pemikiran rakyat. Baru seorang dijatuhi enam sebatan kerana meminum minuman keras, satu dunia heboh. Tetapi apa yang telah Mahkamah Sivil jatuhi hukuman sebat ke atas pesalah, tidak bising pun. Mungkin selepas merdeka dah jutaan sebatan dilakukan terhadap persalah, kenapa diam dan tak kata zalim. Bila Mahkamah Syariah jatuhkan hukuman sebat, macam-macam suara boleh dengar. Yang selama ini tidak ambil peduli pun, dah pandai nak taksir dengan berbagai-bagai taksiran. Nampak sangat anti Islam, tetapi nama Islam. Nama tidak melambangkan ianya muslim atau tidak.......... kerana ada Islam keturunan........... ada Islam baka............ ada Islam terap.......... ada Islam hadhari........... ada Islam plastik........... baca elok-elok......... Islam plastik......... nanti kata Islam Palestin pulak. Tapi tak apa.......... pasal baca............ kalau dengar.......... payah........ orang kata pelastik(bahasa orang pantai timur)........... dia dengar Palestin............. mungkin wartawan yang dengar itu......... telinga penuh dengan tahi.............. tersumbat. Ingatkan boleh buat modal.............. pilihan raya Permatang Pasir.......... hampas............ silap dengar........... tahi telinga banyak........... Selamat Berpuasa.

Kenapa Kecoh Isu Hukuman Sebat.......

Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang isu seorang model, Kartika Sari Dewi Shukarno yang telah dijatuhi hukuman sebat sebanyak 6 sebatan oleh Mahkamah Syariah Pahang. Beliau dengan rela untuk disebat, maka kenapa kecoh sangat. Lebih-lebih lagi daripada Bapa Sekularisme, Tun Dr. Mahathir. Hinggakan beliau mempertikaikan tentang hukuman sebat tersebut. Apakah beliau sedar akan akidahnya dalam mempersoalkan hukum yang nyata telah disepakati oleh ijmak ulama, bahawa hukum tersebut termasuk didalam hukum Hudud iaitu 40 sebatan yang tidak boleh di persoalkan. Dan kenapa Peguam campur tangan dalam isu tersebut dengan menangguhkan hukuman tersebut di atas alasan di bulan Ramadhan. Tidakkah ini bertentangan dengan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang telah mengasingkan Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil. Ada juga suara-suara sumbang yang mengaku Islam tetapi mempertikaikannya dengan menyatakan ianya satu diskriminasi terhadap kaum wanita. Sedangkan selama ini, apabila mahkamah Sivil menjatuhi hukuman sebat tiada siapa yang mempertikaikannya. Sedarkah mereka tentang hukuman sebat yang telah beribu-ribu kali dijalankan dipenjara tidak dikira zalim. Sebatan yang dilakukan sekarang ini lebih zalim kerana ianya sampai terlekat daging punggung sekali sebat. Bayangkanlah jikalu hukuman sebat sebanyak 6 atau 10 atau 12 sebatan, yang parutnya tidak akan hilang sampai mati. Tetapi sebatan didalam Islam lebih ringan lagi kerana satu hayumannya umpama diletakkan buku di celah ketiak dan buku itu tidak boleh jatuh. Tetapi sebatan yang selalu dijatuhi oleh Mahkamah Sivil ialah huyuman sekuat tenaga si pemukul dengan punggung tidak dibaluti oleh apa-apa pun. Cuma di tepi kiri dan kanan punggung sahaja yang diletakkan bantal agar hujung rotan tersebut tidak terbabas ke tempat lain. Cubalah saudara bayangkan betapa sakitnya sampai terkencing untuk hayuman pertama. Ada juga yang sampai pengsan kerana saya sudah banyak kali melihat punggung pesalah yang dirotan. Berbanding dengan rotan yang dilakukan mengikut hukum Islam, lebih kepada mendidik seperti guru merotan anak muridnya. Jadi, kenapa yang mengaku Islam menentang hukuman rotan yang dijatuhi oleh Mahkamah Syariah tetapi hanya membisu apabila hukuman rotan tersebut dijatuhi oleh Mahkamah Sivil........... pelik .......... pelik ........ pelik. Mereka-mereka yang menentang hukum Allah inilah sebenarnya zalim, kerana menzalimi jasad mereka sendiri dengan menentang Allah s.w.t. Ianya melibatkan akidah, maka perkara ini bukannya boleh dimain-mainkan. Kalau Tun. Dr. Mahathir menentang hukum Syariah, itu perkara biasa kerana beliau mempunyai kepentingan dalam isu arak. Bukankah anaknya memiliki saham syarikat pengeluar minuman keras di Filipina?............. tepuk dada tanya perut........... kerana beliau sememangnya pengikut Kamal Attantuk, bapa sekular Turki. Tun Dr. Mahathir pula bapa sekular Malaysia.

Khamis, 27 Ogos 2009

Bila Pegawai SPRM Perdagangkan Laporan Rasuah ... (Minda Lutfi)

Surat misteri yang dikatakan ditulis sendiri oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes kematian Teoh Beng Hock dan rumah mewah Dr Khir Toyo tidak boleh dipandang ringan. Banyak misteri yang perlu diselongkar dan dibentangkan kepada umum, bagi mendedahkan konspirasi jahat di sebaliknya


Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim didakwa menjadi aktor penting, bukan saja dalam proses soal siasat Beng Hock, malah membuat pakatan dengan Khir untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. 


Khir dikatakan rapat dengan Hishamuddin selepas pegawai kanan SPRM itu "menyelamatkannya" daripada pelbagai tuduhan rasuah dan salahguna kuasa, termasuk aduan yang pernah saya laporkan pada 23 Oktober 2001.
Dakwaan terhadap Hishamuddin memang cukup berat lagi mengejutkan. Integriti SPRM yang sebelum ini sudah pun dipersoalkan kini menjadi taruhan yang paling kritikal. Beliau perlu segera membersihkan namanya dan memulihkan imej SPRM.
Tidak wajar berdiam diri

Oleh kerana surat itu sudah tersebar dengan meluas terutama dalam internet, dan menarik perhatian umum, Hishamuddin tidak wajar berdiam diri dengan hanya menunggu siasatan polis.
Bayangkan, bos no. 2 SPRM Selangor itu dituduh menghilangkan semua bukti yang boleh dikaitkan, antaranya dengan mencari helah untuk tidak memberikan sampel DNA, meninggalkan pejabat pada jam 6.10 pagi 16 Julai 2009 tanpa mengetuk kad perakam waktu selepas menjadi orang terakhir menemui Teoh, dan mengarahkan pegawai bawahannya mengelap kesan cap jari pada tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh.

Beliau juga dikatakan mempunyai teknik soal siasat tersendiri, dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang saksi atau suspek dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya!
Saya terpaksa menyebut beberapa dakwaan dalam surat berkenaan -- walaupun belum dapat dipastikan kesahihannya -- bagi menggambarkan betapa seriusnya imej dan integriti SPRM kini. Tanpa integriti SPRM hanya menjadi sendaan awam dan sia-sia sahajalah usaha kerajaan melakukan penambahbaikan kepada BPR dahulu.
Gerun untuk saya mimpikan ... ya, bagaimana jika benar, ada pegawai-pegawai SPRM "memperdagangkan" laporan rasuah yang kita adukan kepada mereka.
Maknanya, segala dokumen yang dikemukakan kepada SPRM dijadikan modal untuk pegawainya "memeras-ugut" secara halus tokoh-tokoh politik terkemuka yang begitu berkuasa khususnya untuk mengagih-agihkan khazanah kekayaan negara. Kes didiamkan jika habuan munasabah dihulur kepada pegawai SPRM berkenaan.
Dokumen dan bukti yang kita serahkan kepada SPRM sepatutnya dijadikan asas untuk satu siasatan lebih profesional, telus dan bertanggungjawab, bukannya untuk dieksploit untuk kepentingan diri. Alangkah hina dan jijiknya jika ada pegawai SPRM yang bertindak sedemikian rupa.
Pengadu bersusah payah mencari bahan bukti, membelanjakan wang dan menghabiskan begitu banyak masa, selain menanggung risiko berat, tetapi ada segelintir pegawai SPRM yang menjadi musuh dalam selimut, gunting dalam liputan ...


Lokasi strategik

Justeru, ada pihak mendakwa terdapat penguasa (ahli politik berkuasa)yang bermurah hati "menganugerahkan" tanah di lokasi strategik dan bintang kebesaran kepada pegawai kanan SPRM untuk "menjinakkan" mereka.
Mungkin bagi seorang Perdana Menteri, kes rasuah menteri atau menteri besar di bawahnya boleh dijadikan sandaran untuk memastikan "kesetiaan" mereka berkekalan.
Saya cuba mengelak daripada mengemukakan pengalaman saya sendiri ketika berurusan dengan BPR sebagai bukti bahawa badan siasatan itu tidak boleh dipercayai sepenuhnya bagi membanteras rasuah.
Malah dalam banyak keadaan, ia menyemarakkan lagi amalan terkutuk itu; apatah lagi umum mengetahui korupsi merupakan suatu jenayah yang paling sukar dibanteras kerana tidak jelas "siapa mangsanya".
Apa pun, saya mengharapkan kandungan surat misteri itu palsu semata-mata kerana tidak sanggup membayangkan bagaimana masa depan negara ini jika SPRM boleh berkomplot dengan penjenayah rasuah! Hishamuddin perlu tampil menangkis tuduhan itu, jangan biarkan hanya Khir berbuat demikian. Isunya bukan masalah peribadi Hishamuddin tetapi kedudukan SPRM itu sendiri.
Semasa menyiapkan artikel pendek ini, tiba-tiba orang kawan lama yang pernah menolong saya membongkar kegiatan rasuah memaklumkan melalui telefon: "Lutfi, aku boleh tunjukkan lokasi tanah-tanah sebuah agensi kerajaan negeri yang dianugerahkan kepada empat pegawai atasan SPRM, dengan harga murah."(Harakah)

Sebat Ke Atas Peminum Arak ....... Tuan Guru Haji Hadi.

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing. Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya � kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 � 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat. 

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja. 

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. 

Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam. Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang. 
 
Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam. 
 
Haramnya arak adalah tidak mengira tempat � samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya � adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi.(Harakah)

Skandal Watergate Malaysia....... PKFZ

Barisan Nasional (BN) tidak akan campur tangan dalam kemelut yang dihadapi MCA.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan supaya MCA memelihara kepentingan BN dalam apa jua tindakan yang diambil.

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menyifatkan kedudukannya hari ini lebih teruk berbanding situasi semasa beliau melepaskan jawatan dalam kerajaan dan parti pada 2 januari tahun lalu. . Dalam laman blog peribadinya yang boleh diakses di http://drchua9.blogspot.com, bekas Timbalan Presiden MCA itu turut mempersoalkan sama ada pemecatannya itu akan memulihkan imej parti. “Adakah pemecatan saya akan meningkatkan imej parti? Saya perlu mengandaikan Presiden sekarang (Datuk Seri Ong Tee Keat) bersih dan jernih umpama kristal. “Hanya masa yang akan menentukannya,” katanya. (Utusan Malaysia)

Ulasan Musafirlalu....

Macam mana Umno nak masuk campur kalau mereka sendiri pun terlibat dengan skandal tersebut. Sekiranya Umno Umno masuk campur, pasti keadaan akan menjadi lebih rumit lagi untuk otak ini berfikir. Kerana itulah PM dan TPM hanya mendiamkan diri sahaja tanpa memberi apa-apa ulasan berkaitan dengan isu PKFZ.

Kerana isu tersebut melibatkan wang yang banyak, maka yang terlibat pun pastinya ramai, termasuk juga para pemimpin Umno. Tidak logok langsung kalau pemimpin tidak tupang semangkuk dengan wang sebanyak itu. Pasal jenis pemimpin tertinggi Umno ni kalau makan, mesti main puluh-puluh juta.

Tindakan beliau (Ong Tee Keat) mengheret sama MCA di dalam pertikaiannya dengan Tiong telah mencemar nama baik dan imej parti di kalangan masyarakat Cina negara ini.

Keenam-enam bahagian MCA itu kata Ng, juga mahukan biro terbabit menyiasat tuduhan presiden parti tentang usaha pengumpulan dana sebanyak RM100 juta bagi membiayai usaha menjatuhkannya.

Pelucutan sementara kuasa presiden itu adalah satu daripada empat permintaan yang dikemukakan kepada biro disiplin parti oleh MCA bahagian Pontian, Tanjung Piai, Tebrau, Gelang Patah, Kota Tinggi dan Pulai.

Tiga permintaan lain ialah biro disiplin MCA menyiasat tuduhan derma RM10 juta kepada MCA oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bdn, Datuk Tiong King Sing.

Pengerusi MCA Kota Tinggi Ng Keng Heng berkata bahawa enam bahagian MCA hari ini sebulat suara bersetuju meminta Biro Disiplin parti melaksanakan empat permintaan pihak mereka.

"Dr Chua telah dipilih oleh 1,115 perwakilan pada perhimpunan agung parti yang lepas untuk memegang jawatan Timbalan Presiden MCA. Tindakan biro disiplin yang dianggotai hanya beberapa ahli untuk memecatnya adalah tidak wajar dan seperti mempermainkan perwakilan," katanya.

"Saya tidak sangka yang lembaga disiplin MCA, diketuai peguam yang sudah berusia, mendapati adalah sesuai untuk mencadangkan supaya saya dipecat, 21 bulan selepas saya meletakkan semua jawatan parti dan kerajaan bagi alasan yang sama semasa saya meletakkan jawatan pada Januari 2008 yang lalu.

MCA Sudah Mula Menampakkan Keretakkan...(Dah Pecaaaah dah)

Parti MCA telah mula menjadi kucar kacir sejak DS Ong Tee Keat menjadi Presiden MCA yang baru. Beliau yang bertimbalankan DS Chua Soi Lek, sememangnya tidak sebulu dalam banyak perkara. Tanpa memberikan apa-apa jawatan kepada timbalannya, ini menampakkan bertapa kuatnya permusuhan mereka.
MCA telah pun berpecah kepada tiga puak, satu puak Presiden dan satu lagi puak Timbanlan Presiden. Dan mungkin ada satu lagi puak yang tidak menyukai kedua-duanya, tetapi puak ketiga ini tidaklah berpengaruh besar.DS Ong Tee Keat telah menggunakan segala kuasa yang beliau miliki untuk menepikan Timbalannya. Yang akhirnya DS Chua Soi Lek telah di pecat oleh Majlis Presiden MCA diatas isu moral. pada jam 12 p.m. 26 Ogos 2009. (beberapa jam yang lepas) Kerana skandal seks beliau pada awal tahun lepas. Skandal seks tersebut telah dibawa oleh pengerusi MCA bahagian Simpang Renggam, Eng Cheng Guam. Walau pun skandal tersebut telah ditarik balik oleh Eng Cheng Guam, jawatan disiplin MCA tetap meneruskan perbicaraan tersebut. Kerana itulah semasa dalam perhimpunan pemilihan MCA, DS Ong Tee Keat membangkitkan isu moral pemimpin yang lebih tertumpu kepada DS Chua Soi Lek yang bertanding sebagai Timbalan Presiden.
Krisis dalaman MCA semakin parah. apabila Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn.Bhd., DS Tiong King Sing telah membangkitkan isu wang sebanyak RM 10 juta telah diberikan kepada DS Ong Tee Keak tetapi telah dinafikanya. Lalu DS Ong Tee Keak dan mengemukakan saman terhadap DS Tiong King Sing sebanyak RM 500 juta. Seronok juga menonton wayang gambar MCA ni. Ianya belaku setelah DS Ong Tee Keat sebagai Menteri Pengankutan. mengarahkan satu siasatan tentang penyelewengan yang belaku di PKFZ, yang telah ditimbulkan oleh pembangkang di Parlimen.Yang paling seronaknya ialah 6 bahagian MCA meminta jawatan Presiden di gantung. Makin teruk MCA............. DAP tunggu apa lagi ........... jolok...... jolok........... jangan tak jolok ............ pasal isu tengah panas ni............... bukan senang nak cari isu sebesar ini ........... kalau tak terlepas nanti. Kuala Dimensi Sdn.Bhd. adalah kontraktor siap guna projek PKFZ. Dan ditadbirkan oleh Lembaga Pelabuhan Klang. Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee Hwa Beng telah mengatakan pelbagai pihak membuat tuntutan yang tidak munasabah sebanyak RM 1.5 bilion. Beliau juga menyatakan bahawa lima pihak telah terlibat dalam kes PKFZ iaitu bekas Pengurus besar PKA, Datin O.C.Phang. Presiden dan ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn.Bhd., Datuk Seri Tiong King Ping, Arkitek BTA dan perunding kerja pembangunan PKFZ, Bernard Tan Seng Swee. Yang tidak ketinggalan ialah dua tiga orang pemimpin Umno. Kerana itulah DS Najib dan Timbalannya TS Muhyiddin hanya berdiam diri sahaja............. tetapi siapakah mereka yang makan besar itu ............ Isu PKFZ bukannya isu kecil............. kerana ia melibatkan hampir 12 bilion untuk keseluruhan projek tersebut ............... tetapi kenapa PM dan TPM hanya berdiam diri sahaja. Jika tiada angin............ tak kan pokok akan bergoyang............ melainkan............ ada yang mengoyangkannya ........... Najib ........... Najib ........... mana dia One Malaysia tu ............. atau pun kita tukar kepada ............. Wang Ma ............. lebih jelas lagi Wang Mama ............. nak jelas kan lagi ............ Wang Big Mama............ Yang ni memang cukup jelas.

Rabu, 26 Ogos 2009

Teknik Soal Siasat Yang Di Lakukan Oleh CIA













Teknik soal siasat yang telah dilakukan oleh CIA terhadap tahanan-tahanan mereka. Soal siasat yang tidak mempunyai perikemanusia itu telah didedahkan oleh pertadbiran Presiden Obama. Sebuah memo Jabatan Keadilan AS yang dikeluarkan awal tahun ini, memperincikan teknik soal siasat yang dicadangkan oleh CIA pada 2002 untuk digunakan ke atas tahanan Al-Qaeda.
Antara siasatan yang dilakukan ialah :
  • Cengkaman penafasan..... Kulit dipegang dan ditarik menghadap penyiasat.
  • Pergengam Muka    Tapak tangan dikedua-dua belah muka supaya kepala tidak berganjak.
  • Humban kedinding......Menghumban kearah dinding yang menghasilkan bunyi bising.
  • Menampar Muka...... Bertujuan mengugut dan memalukan.
  • Menahan Dinding...... Menahan berat badan dengan jari tanpa dibenarkan bergerak
  • Kain ditutup pada muka dan dicurahkan pada muka..... Menghasilkan kesan seperti sukar bernafas dan keadaan panik. Rasa seperti lemas diair.
  • Kurungan Kecil..... Duduk sahaja maksimun 2 jam.
  • Kurungan Kecil..... Dengan serangga untuk tahanan yang mempunyai kudis.
  • Kurungan Besar...... Berdiri dan duduk maksimun 18 jam.
  • Menyuruh duduk dengan kaki dipanjangkan dan mencangkung.
Ini adalah sebahagian daripada seksaan yang telah dilakukan oleh CIA untuk memcari maklumat terhadap tahanan mereka yang dianggap sebagai pengganas. Apa yang dilakukan oleh CIA ini, Malaysia boleh dikatakan mendapat sahamnya juga kerana kerajaan Malaysia pernah menyerahkan beberapa orang tahanan yang ditahan kepada CIA....... Apakah PDRM boleh menafikannya? Jadi ........ dimanakah kita yang mengaku sebagai orang Islam......... tetapi bersekongkol dengan CIA.

Apakah Pakatan Rakyat Cuba Timbulkan Kekacauan Di Perak.......

Tindakan pembangkang yang mahu mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri pada 2 September ini disifatkan sebagai tidak menghormati undang-undang dan mempedulikan kedudukan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir juga menganggap rancangan itu sebagai `ulang tayang drama bawah pokok' dan cubaan menimbulkan kekacauan di negeri ini. (Utusan Malaysia)


Ulasan Musafirlalu.........

Apakah Pakatan Rakyat dikatakan menimbulkan kekacauan di Perak seperti yang dipaparkan oleh Utusan Meloya itu betul? Siapa sebenarnya yang tidak menghormati undang-undang seperti yang dikatakan oleh MB Mahkamah itu, Zambry D'pulau Al-Kudeta.

Berani juga si Zambry D'pulau Al-Kudeta menyebut tentang undang-undang selepas beliau sendiri meliwatnya. Dimanakah letaknya kredibiliti seorang yang bertaraf Phd, tentang undang-undang apabila beliau sendiri tidak menghormati undang-undang.

Aku sendiri pun tidak tahu, benarkah beliau betul-betul lulus dalam tesisnya untuk mendapat  Phd  itu. Entah-entah tesis yang beliau buat itu pun cacamerba, jikalau melihat kepada perwatakan beliau. Siapakah sebenarnya yang meneliti tesis beliau, atau pun beliau mengupah orang lain melakukannya, atau pun peneliti tesis beliau pun mungkin dibeli.

Apa tidaknya.............. bukankah beliau suka membeli orang............. seperti Bos beliau. Tapi beliau tidak boleh menandingi Bos beliau............... kerana Bos beliau lagi pandai ............ kalau bak beli orang ............ dan menghilangkan orang ............. tiada siapa yang dapat menandinginya.

Apa pasallah Zambry D'pulau Al-Kudeta ni .............. pemikiran pun dah cacamerba ............ mungkin kerana berpuasa kut......... perut kosong ........ maka pemikiran mula buat hal ............ Pakatan Rakyat nak mengadakan sidang Dun ........ dikatanya tidak menghormati undang-undang ........... dimanakah pemikiran beliau sekarang ini.

Mengadakan sidang Dun............... dikatakan tidak menghormati undang-undang............. bagaimana pula kalau tidak mengadakan sidang Dun ................. setelah masanya sudah cukup ............. tidakkah itu dipanggil menghina Dewan Undangan Negeri ............ yang mana satu betul ........... mengadakan sidang........... atau pun.......... tidak mengadakan sidang............ naik pening kepala aku memikirkannya............. ini semua kerana ............... Zambry D Pulau Al-Kudetalah.

Najib Enggan Dedah Kenapa BN kalah Di Permatang Pasir .

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tahu faktor yang menyebabkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir semalam tetapi enggan mendedahkannya.
Menurut beliau, BN telah mencuba yang terbaik pada tetapi ada faktor tertentu yang menyebabkan kekalahan itu.
Bernama melaporkan, Presiden Umno itu juga enggan mengulas apakah kesilapan yang telah dilakukan BN pada pilihan raya berkenaan.
Beliau hanya dilaporkan berkata: "Saya tahu apa sebabnya".
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan isu yang melibatkan calon mereka, Rohaizat Othman, juga menjadi faktor kepada kekalahan BN.
7 Mac tahun lalu, pendaftaran Rohaizat sebagai penguambela dan peguamcara dibatalkan oleh jawatankuasa disiplin Majlis Peguam.
Beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah menolak rayuannya 12 Ogos lalu.
Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berkata, salah laku yang menyebabkan beliau dipecat melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah.
Walaupun Muhyiddin mengaitkan isu Rohaizat sendiri antara faktor kekalahan BN, Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelihatan tidak sependapat dengan Muhyiddin.
"Penduduk memberi mesej bahawa mereka tidak mahukan perubahan, jadi kita jangan salahkan calon, jangan juga salahkan jentera," sebuah akhbar harian memetik Menteri Pertahanan itu berkata.
Rohaizat sendiri meletakkan kegagalan pengundi Cina menunaikan janji untuk menyokongnya sebagai punca kekalahan.
"Saya sedih dengan hakikat bahawa masyarakat Cina di sini gagal menunaikan janji mereka untuk menyokong.
"Mereka gagal memahami konsep pembangunan yang cuba dibawa oleh BN kepada rakyat Permatang Pasir," Malaysian Insider memetik beliau berkata.
Calon PAS, Ustaz Mohd Salleh Man menang dalam pilihan raya kecil itu dengan mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi oleh Rohaizat.
Beliau menyifatkan kejayaannya itu membuktikan kerjasama erat antara komponen Pakatan Rakyat (PR) yang sentiasa menjalin hubungan baik.
"Saya yakin Pulau Pinang akan terus kekal di bawah kerajaan PR," katanya.(Harakah)


Ulasan Musafirlalu............

Memang DS Najib tahu punca kekalahan tersebut dalam beberapa perkara, antaranya duit poket. Mereka tidak memberi duit poket kepada pengundi Permatang Pasir untuk digunakan pada hari raya Aidilfitri. Jadi, itu satu punca kekalahan BN yang mana Umno tidak menaburkan duit asli, tetapi mereka memberi duit palsu kepada penduduk Permatang Pasir. Maka kemarahan penduduk Permatang Pasir telah di terjemahkan didalam kertas undi mereka.

Faktor kedua pula ramai ahli-ahli Umno yang tidak keluar mengundi disebabkan, duit yang mereka dapat itu adalah palsu. Ini diketahui oleh mereka apabila mereka keluar bershopping untuk keperluan hari raya, dalam masa membuat bayaran penjaga kaunter telah memberitahu mereka yang duit itu adalah palsu.

Faktor ketiga pula, para pemimpin Umno menjadi alim seketika di bulan Ramadhan ini. Untuk mengelakkan amalan puasa mereka menjadi sia-sia, maka mereka tidak menghulurkan duit poket. Para pemimpin Umno beranggapan dibulan Ramadhan yang mulia ini, rasuah tidak dibenarkan.

Kalau dilakukan juga, maka kurus lah puasa mereka, seperti mana mereka menangguhkan hukuman sebat ke atas model yang dikenakan 6 sebatan. Alasan yang diberikan ialah kerana menghormati bulan Ramadhan.( alim juga pemimpin Umno .......rupanya)

Faktor keempat pula lebih tertumpu kepada calon mereka sendiri iaitu Rohaizat. Kerja beliau di masa kempen ialah buat penafian............ apa orang kata kamu nafi ............ apa orang tuduh kamu nafi ............ orang tuduh kamu seleweng wang pelanggan............ kamu nafi ............. orang tuduh kamu berbini dua............ kamu nafi.............. orang tuduh kamu pecah amanah............ kamu nafi........... mungkin itu arahan daripada Tok Zahid.

Sebenarnya isu calon tersebut timbul, adalah daripada Umno sendiri. Pakatan Rakyat bukannya tahu sangat, tapi dah seperti 'orang mengantuk disorong kan bantal'. Apa lagi.......... gunakan aje lah ............ itulah sikap sebenar Umno........... apabila mereka tidak dicalonkan........... maka mereka akan menikam belakang ......... yang mendapat labanya........... kita lah............ tak payah cari maklumat............ tetapi maklumat datang bergolek-golek........... sampai tak menang tangan untuk menahannya............ terima kasi............ Umno............ di atas segala maklumat ............. yang kome berikan.

Yang paling sedih dengan kekalahan BN ialah Zahid Hamidi, kerana 'Jiwa Murni' yang dibawanya tidak dihargai langsung oleh pengundi Permatang Pasir. Kamu Zahid ............ apa pasal bawa ...........'Jiwa Murni'.................. bukannya boleh buat belanja .............. lain kali bawa lah ............. 'Jiwa Pulus'................ barulah dapat sokongan macam kat ............ Manek Urai.

Zahid............ penduduk bukannya tidak mahu perubahan.............. mereka mahu perubahan ........ kerana itulah mereka mengundi calon PAS ............. bukankah itu satu perubahan............. jika mereka tidak mahu perubahan............ pasti mereka akan mengundi calon BN................ Jadi......... janganlah bersedih ............... mereka dah menyatakan........... yang mereka mahukan perubahan.

Senator Edward M Kennedy Meninggal Dunia.

Senator Edward M Kennedy telah meninggal dunia setelah berjuang melawan Tumor Otak, beliau berusia 77 Tahun. Selama setengah abad menjadi Senator didewan Senat Amerika, beliau yang diingat oleh rakyat Amerika sebagai perjuang untuk kelas bawahan (tetapi hidup mewah), yang mana keluarga Kennedy cukup terkenal di Amerika sebagai keluarga politik Amerika.
Kennedy terpilih menjadi anggota Senat pada tahun 1962, ketika abnagnya John F Kennedy menjadi Presiden Amerika. Harapan beliau untuk menduduki Rumah Putih berkecai pada 1969 kerana skandal yang dikenali sebagai 'Chappaguiddick iaitu pelanggaran kereka yang membawa maut kepada seorang gadis.
Kennedy yang dikenali oleh keluarga, kawan dan lawan dengan gelaran Ted, telah menghentikan cita-citanya untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat pada 1980 dengan pidato perpisahannya yang disiarkan diseluruh Amerika iaitu, " Untuk semua orang peduli telah perhatikan kita, pekerjaan berlangsung, menyebabkannya bertahan, harapan masih hidup dan mimpi akan pernah mati." (apa punya pidato tah).
Senator paling lama dalam sejarah Amerika, beliau telah di diagnosis dan didapati mengalami Tumor Otak pada Mei 2008 dan menjalani pembedahan dan kemoterapi.

Zahid Hamidi Tersungkur Di Atas Keegoannya...........

Setelah menyalahgunakan kuasa, Zahid Hamidi akhirnya tersungkur juga dikaki Pakatan Rakyat. Maka dengan jelas kredibiliti Zahid sebagai pengerusi perhubungan Umno Pulai Pinang telah jatuh dengan segala keegoannya itu.

Walaupun peningkatan peratusan undi untuk  BN naik sedikit sebanyak 2.62 %, tetapi jika diambil daripada keseluruhan pengundi di Permatang Pasir, undi popular BN telah menurun sebanyak 2.48 %.

Sepatutnya Umno-Bn boleh mengurangkan lebih banyak majoriti yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PAS), kerana semua agensi kerajaan telah disalahgunakan. Apa yang berlaku di Permatang Pasir ialah Pakatan Rakyat berhadapan dengan kerajaan, dan bukannya Umno-Bn.

Seandainya pilihan raya tersebut ditandingi sebagai anak jantan, pasti Umno-Bn akan kalah dengan lebih teruk lagi.Tetapi apakan daya, Umno-Bn telah hilang kejantanannya dalam menghadapi Pakatan Ralyat. Alasan Permatang Pasir adalah kubu kuat PAS tidak boleh diguna pakai, untuk menunjukkan punca kekalahan Umno-Bn.

Itulah alasan yang diberikan apabila kalah, sedangkan mereka hampir merampas Manek Urai yang memang menjadi kubu kuat PAS. Umno-Bn hanya kalah tipis dengan 65 undi sahaja., jika kubu kuat parti di guna pakai.

Kita lihatlah bertapa sombongnya kenyataan TPM apabila mereka hanya kalah 65 undi sahaja di Manek Urai. Dengan menyatakan bahawa Umno-Bn semakin pulih dan mendapat kepercayaan rakyat. Bagaimana pula dengan Permatang Pasir, apakah Umno-Bn benar-benar telah pulih?

Dalam lapan pilihan raya kecil, Umno-Bn hanya memenangi satu kerusi sahaja, iaitu di Lubuk Antu, Serawak. Ini adalah satu sejarah yang tidak pernah berlaku dimana setiap kali pilihan raya kecil Umno-Bn kalah. Hanya di Dun Penanti sahaja Umno-Bn mengangkat bendera putih mengaku kalah tanpa bertanding.

Di Penanti juga telah terukir satu sejarah politik di Malaysia, parti pemerintah tidak bertanding dalam pilihan raya kecil. Ianya tidak pernah berlaku sejak era Tunku Abdul Rahman sihinggalah ke era Rejim Tun Dr. Mahatdir. Tidak boleh dibayangkan bagaimana perasaan ahli-ahli Umno apabila tiba arahan agar tidak meletakkan calon di PRK Penanti.

Umno sebenarnya sudah hilang taringnya yang mana selama ini mereka begitu angkuh dengan kekuatannya. Jika dahulu kekuatan Umno-Bn memang tidak dapat dipertikaikan, sehinggakan jika tiang lampu  dipakaikan baju dan dicalonkan atas tiket BN pun pasti akan menang.

Tetapi era kegermilangan Umno-Bn telah berakhir kerana rakyat sudah bijak menilai yang mana betul dan yang mana salah. Oleh itu buat ahli-ahli Umno, inilah masa terbaik untuk melakukan penghijrahan sebelum Umno dikuburkan. Kerana Umno bukan lagi wadah perjuangan orang Melayu tetapi wadah perjuangan anak bini, saudara mara dan para kroni-kroni yang rapat  dengan pemimpin sahaja.

Selasa, 25 Ogos 2009

Apakah Umno-Bn boleh berbangga.........

Setelah berjaya mengurangkan majoriti PAS sebanyak 882 undi , apakah Umno-Bn boleh berbangga dengan apa yang telah mereka lakukan, Tidak dinafikan undi PAS telah berkurang daripada 12,004 undi yang diperolehi pada PRU 12 telah berkurang sebanyak 2,386 undi iaitu menjadikannya sebanyak 9, 618 undi. Di pihak Umno-Bn pula, mereka telah kekurangan sebanyak 504 undi.
Bebanding dengan PRU 11, PAS hanya mendapat majoriti sebanyak 679 undi sahaja dengan peratusan yang keluar mengundi dikira agak tinggi iaitu 81.88 %. Dan pada PRU 12, peratusan yang keluar mengundi adalah tertinggi dengan 85.68 %. Tetapi pada PRK  kali ini, peratusan yang keluar mengundi agak berkurang iaitu hanya 72.51 %.
Undi kepada Umno-Bn sejak PRU 11, tidak pernah naik. Undi untuk Umno-Bn terus merosot daripada 7,378 pada PRU 11, kepada  5,571 undi pada PRU 12 dan terus menjunam kepada 5,067 undi sahaja pada PRK yang baru berlangsung. Iaitu diantara PRU 11 kepada PRU 12, mereka telah kekurangan sebanyak 1,807 undi. Tetapi keadaan mereka lebih baik sedikit diantara PRU 12 kepada PRK yang terbaru, mereka telah dapat menjurangkan sedikit kepada 504 undi.
Maka jika dinilai akan peratusan yang keluar mengundi berkurangan sebanyak 13.11 % iaitu seramai 2,668 pengundi. Apabila dicampur dengan undi masing-masing ialah seramai 2,890 dan ditolak dengan 2,668 dan ditolakkan lagi dengan undi rosak sebanyak 83 undi, jumlahnya ialah 56 undi. Jadi manakah pengundi seramai 56 orang menghilang.
Oleh itu undi kepada PAS sebenarnya tidak berkurang apabila diambil contoh peratusan yang keluar mengundi. Walau bagaimana pun, post mortem tetap perlu dilakukan untuk mengenal pasti apa kelemahan yang telah berlaku dengan peratusan yang keluar mengundi berkurangan.
Apakah mereka smua telah meninggal dunia? Jilaku sudah meninggsl dunia, kenapa nama mereka masih lagi ada didalam daftar pengundi yang dikeluarkan oleh SPR . Maka kesimpulan yang boleh dibuat, mereka-mereka inilah yang dikatakan pengundi puaka.Kerana itulah dalam daftar pemilih SPR, ada berpuluh-puluh pengundi berumur 115 tahun keatas. 
Seperti biasalah, kita seumpama menyalak bukit kerana SPR sentiasa tidak mengakui wujudnya pengundi puaka. Mereka-mereka ini senebarnya telah buta hati dalam mengampu Umno-Bn. Apakah laba yang mereka dapat, ialah gelaran, kenaikkan pangkat dab selepas pencen pasti akan dilantik sebagai pengerusi yarikat-syarikat gergasi yang banyak melabur setiap kali pilihan raya diadakan.
Kerana itulah markas-markas Umno-Bn bertaraf 5 bintang, berbandingan dengan penempatan petugas-petugas PAS mahu pun Pakatan Rakyat. Itulah sebenarnya sumber-sumber kewangan yang Umno-Bn dapat untuk bermewah setiap kali berlakunya pilihan raya. Jika BN menang dalam pilihan raya, maka kayalah syarikat yang membuat pelaburan debgab Umno-Bn. Tetapi jika Umno-Bn kalah, maka kantoilah mereka. 
Sebab Umno-Bn tidak dapat memberikan mereka projek-projek apabila Umno-Bn kalah. Kerana itulah apabila Umno-Bn menang, jalan yang sama akan diturap berkali-kali sedangkan jalan-jalan tersebut masih lagi elok dan boleh bertahan bertahun-tahun lagi.

Keputusan Pilihan Raya N11 : Dun Permatang Pasir.

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL 2009 ( Rasmi ) N 11 - PERMATANG PASIR ( 20,350 ) Haji Mohd Salleh Man ( PAS ) : 9,618 Rohaizat Othman ( BN ) : 5,067 Majoriti : 4,551 Undi Rosak : 43 Jumlah Mengundi : 72.37 % PAS sudah boleh diistyihar menang, tetapi kita kekurangan 882 undi untuk menyamai majoriti PRU 12 yang lepas sebanyak 5,433 undi. Inilah yang terbaik bagi Pakatan Rakyat kerana kita bulan melawan Umno-Bn, tetapi kita menentang semua jenetera kerajaan ......... syabas buat petugas-petugas Pakatan Rakyat yang bekerja keras tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan. Itulah yang membezakankan antara PAS dengan Umno. KEPUTUSAN PILIHANRAYA 2008 N11 - PERMATANG PASIR 20,350
Ahmad Sahar Shuib (BN) : 5571
Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS) : 12,004 Majoriti : 5,433
Jumlah undi : 17,575
KEPUTUSAN PILIHANRAYA 2004
N11 - PERMATANG PASIR (19,149) Melayu: 69.70 Cina: 28.39 India: 1.75 Lain-lain: 0.15
Mohd Hamdan Abd Rahman (PAS) 8,057
Md Isa Ramli (BN) 7,378
Majoriti : 679 Jumlah Undi : 15,681 Undi Rosak : 246 % mengundi : 82

N 11 Permatang Pasir : Geng Baju Kuning Provokasi .(Cenangau)

Tindakan Pemuda Kepala Batas yang melakukan provokasi di UPU Kubang Semang dan Bukit Indera Muda mencetuskan suasana tegang di kedua-dua kawasan tersebut. Pasukan keselamatan Polis dan FRU semakin ramai di kawasan pusat mengundi SK Bukit Indera Muda. Mahfuz yang berada ditempat kejadian sangat sedih dengan kejadian tersebut yang tidak sepatutnya berlaku. Beliau berkata "UMNO telah membudayakan politik ganas dan liar dalam pilihan raya kali ini". Beliau difahamkan mereka yang memakai baju kuning bertulis Pemuda Kepala Batas itu, adalah budak-budak yang dibayar dan bersekolah di kawasan Kepala Batas. Menurut salah seorang yang berada disitu, beliau mengenali salah seorang orang budak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Paya Keladi, Kepala Batas. Seorang budak bermotor tersebut telah cedera kerana berlaku kejadian baling membaling diantara kumpulan tersebut dengan orang ramai disitu. Kumpulan tersebut dikatakan memulakan perbuatan membaling batu ke arah petugas pilihan raya dan polis di situ, menyebabkan para petugas PAS dan UMNO membalas balingan tersebut. Kumpulan itu berbuat demikian selepas petugas PAS dan polis menghalang mereka dari memasuki kawasan pusat pengundian di SK Bukit Indera Muda. Walaubagaimanapun kumpulan berbaju kuning itu mula beredar dari kawasan SK Bukit Indera MUda apabila polis mula ramai mengawal keadaan di situ. Mahfuz berkata tindakan anak-anak muda tersebut sungguh tidak beradab dan secara sinikal beliau berkata, "mungkin ini modul baru yang diperkenalkan Rakan Muda".

Beratus pemuda UMNO Kepala Batas yang berbaju kuning kemudian berkonvoi menuju ke arah bukit Indera Mahkota selepas tidak dibenarkan memasuki kawasan 50 meter daripada pusat pengundian di Kubang Semang oleh pihak polis.

Tindakan polis dikatakan menyebabkan pemuda UMNO berang dan berkonvoi sebagai tanda bantahan mereka kepada keputusan pihak polis.

N 11 Permatang Pasit : Rentetan Perjalanan Hari Mengundi.(Cenangau)

1.42 petang : Proses pembuangan undi di Tanah Liat berjalan lancar. Perayu undi PAS masih bersemangat melakukan tugas. Kereta seorang wartawan Te@m.IT Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya dicalar oleh seorang petugas puteri UMNO.

1.36 petang : Seramai 9307 orang telah keluar mengundi mewakili 44.54% daripada keseluruhan jumlah pengundi

1.14 tengahari : Terdapat beberapa pemuda Umno yang berang dengan tindakan ganas Pemuda Umno Kepala Batas itu. 2 orang yang dilaporkan cedera itu adalah Pemuda Umno Kepala Batas itu sendiri.

1.11 tengahari : Sejumlah 42.7 peratus dan 8672 pengundi telah keluar menunaikan tanggung jawab mengundi - sumber Bilik Operasi IT Induk.

1.00 tengahari : Calon PAS, Ustaz Salleh Man masih berada di Markaz Pemuda PAS, Kampung Pelet berehat dan menunaikan solat Zohor di sana. Dijangkakan keluar semula melihat8 pusat pengundian - second round - selepas jam 2.00 petang nanti.

12.52 tengahari : Seorang lelaki dilaporkan cedera - mangsa kepada keganasan Umno Kepala Batas itu. Meraka - berbaju kuning - dikatakan pelajar Sek. Men di Kepala Batas, dan seorang daripada mereka merupakan pelajar Sek. Keb Paya Keladi.

12.48 tengahari : 3-4 buah kereta pecah, Umno Kepala Batas itu cuba melarikan diri - membaling batu kearah petugas PAS yang cuba menangkap mereka, laporan kecederaan berlaku - pengesahan sedang cuba dibuat.

12.42 tengahari : FRU mula bertindak berbaris di hadapan Bilik Gerakan Umno Indera Muda - mengawal kumpulan penyokong Umno Kepala Batas yang berbaju Kuning dari bertindak lebih ganas - berkumpul bersama 'Kesatria Muda' - berbaju biru tua dan beret hijau.

12.38 tengahari : Penyokong buat kecoh lagi - mengeluarkan kata kesat, memaki hamun, isyarat lucah kepada petugas Pakatan Rakyat - keadaan terkawal kerana tiada serangan balas dari petugas Pakatan Rakyat.

12.35 tengahari : Setakat jam ini, mereka yang telah keluar mengundi - 33 peratus mewakili 6598 pengundi - sumber Bilik Operasi IT Induk.

12.31 tengahari : Geng penyokong Umno Kepala Batas - berbaju kuning - bermotosikal - buat kacau di kawasan Bukit Indera Mulia sehingga menyebabkan beberapa buah kereta rosak dan pecah cerminnya. Mereka kini dilaporkan menuju ke Permatang Pasir pula.

12.25 tengahari : Jalan sesak daripada Permatang Pauh ke Permatang Janggus.

12.17 tengahari : Di UPU Permatang Tengah, 53.5 peratus telah keluar mengundi setakat ini.

12.13 tengahari : Selepas ini, calon PAS, Ustaz Salleh Man akan berehat di Markaz Besar Pemuda PAS di Kampung Pelet.

12.10 tengahari : Sekumpulan penyokong Umno - berbaju kuning dan bermotor kuasa tinggi - yang sejak pagi tadi membuat kecoh kini dilaporkan berarak ke Sek. Keb Bukit Indera Muda untuk menunjukkan protes mereka kepada pihak polis yang menghalang mereka dari berkumpul di hadapan Sek. Keb Penanti pagi tadi.

Kumpulan penyokong ini - dilarang polis berkumpul kerana - berbaju kuning berlambang dacing BN.

12.02 tengahari : Ramai pengundi dari saluran 3 dan 4 di Sek. Keb Permatang Pasir keluar membuang undi.

11.47 pagi : Sehingga kini sebanyak 5248 orang keluar mengundi mewakili 26 % jumlah keseluruhan pengundi.

11.40 pagi : Kehadiran terlalu ramai anggota polis di pusat-pusat pengundian menakutkan pengundi. Kelihatan seolah-olah ini pilihanraya polis. Di Sek. Keb Penanti polis bertindak semacam mahu mengambil alih tugas SPR.

11.38 pagi : Keadaan di UPU Permatang Pauh terkawal. Pagi tadi berlaku pergaduhan kecil, apabila seorang warga tua dikasari dan ditumbuk. Walau bagaimanapun punca kejadian masih tidak di ketahui.

11.15 pagi : Pergaduhan berlaku di hadapan Sek. Keb Permatang Pasir yang dimulakan penyokong BN. Pergaduhan berakhir kira-kira 10 minit kemudian.

11.24 pagi : Cuaca mendung awal pagi tetapi cerah kemudian. Laluan trafik masih terkawal walaupun kesesakan berlaku sepanjang jalan menuju ke pusat mengundi.

11.15 pagi : Berlaku ketegangan di antara BN dan PAS di hadapan sekolah Permatang Pasir,BN cuba melakukan provakasi apabila pamuda PAS menegur cara pemakaian Putri UMNO yang menjolok mata,keadaan di tempat membuang undi begitu bising,namun semuanya tidak berlarutan sehingga mencetus perbalahan.

11.10 pagi : Di Kubang Semang - Kampung Semambu - BN dilaporkan terdesak hingga terpaksa menggunakan RM500 untuk membeli undi warga-warga emas disana.

11.06 pagi : Ketua jentera muslimat PAS Kelantan memberitahu, muslimat PAS sedang membuat gerak gempur - 1 petugas 1 pengundi.

11.01 pagi : Ustaz Salleh Man kini berada di Sek. Keb Permatang Pasir sedang meninjau proses pembuangan undi di sana. Turut sama bersama beliau Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Calon PAS kini dalam perjalanan ke Sek. Keb Bukit Indera Muda.

10.47 pagi : Calon PAS, Ustaz Salleh Man ketika ini dari Sek. Keb Penanti sedang menuju ke pusat mengundi, Sek. Keb Permatang Pasir.

10.41 pagi : Di Sama Gagah, pengundi saluran 2 dan 5 paling banyak keluar ketika ini. Penyokong Umno yang memakai seragam membawa lambang parti itu nyata salah dalam peraturan baru SPR dalam pilihanraya kecil ini, namun tiada kelihatan tindakan diambil keatas mereka oleh pihak berwajib.

10.30 pagi : Berhampiran perkuburan Cina, Kubang Semang, 150 orang berkumpul di sana. Mereka yang mengenakan jaket kuning yang tertera tulisan 'Pemuda Umno Kepala Batas' itu berkelakuan kasar terhadap pengguna jalan raya, lebih-lebih lagi mereka yang dilihat penyokong PAS. Mereka ini dipercayai kumpulan yang membuat kecoh di hadapan Sek. Keb. Penanti tadi.

10.25 pagi : Pengarah jentera pilihanraya kecil, Dato' Mahfuz bersama pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat berada di UPU Kampung Pelet melihat suasana proses pembuangan undi. Ramai wartawan kelihatan mengerumuni ahli parlimen Pokok Sena.

10.19 pagi : Calon BN, Rohaizat baru sahaja sampai ke Sek.Men Sama Gagah - tempat pertama yang dilawatinya - sebelum ini beliau hanya membuat tinjauan dari luar sahaja.

10.17 pagi : Saluran 1 paling ramai keluar mengundi di Sek. Jen. Keb. Cina Kubang Semang, percubaan provokasi di luar pusat mengundi oleh penyokong Umno dengan laungan 'Gerak Gempur 1 Malaysia', penyokong PAS walau bagaimanapun tidak menghiraukan cubaan provokasi tersebut.

Satu suasana pelik kelihatan, bilamana sejumlah anggota polis beratur sepanjang bahu jalan dari penempatan MARTEK yang berhampiran pusat pengundian itu.

10.16 pagi : Ketua Polis Pulau Pinang menasihatkan parti-parti politik yang bertanding mengawal tindak-tanduk penyokong parti masing-masing untuk mengawal suasana tenang.

10.10 pagi : Selawat yang tidak putus-putus, menjadi sumber kekuatan penyokong PAS berhampiran Sek. Men Sama Gagah. Manakala penyokong BN-Umno sibuk mengherdik dan menuding jari terhadap penyokong PAS - sengaja cetus provokasi.

9.58 pagi : 100 konvoi bermotor BN-Umno akhirnya beredar dari depan Sek. Keb Penanti dengan kawalan anggota FRU, keadaan masih hinggar dan kecoh di sana.

10.00 pagi : Peratusan keluar mengundi sejam pertama - 17.5 peratus atau 2,966 orang.

9.50 pagi : Calon PAS, Ustaz Salleh Man berada di Sek. Men. Sama Gagah - UPU keempat yang dilawati - beliau mendapat sokongan kuat Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Exco-exco Kerajaan Negeri Pulau Piang yang turut bersama beliau memberi sokongan.

9.45 pagi : Trak polis simpanan persekutuan (FRU) berderetan sampai di hadapan Sek.Keb Penanti, keadaan masih lagi kecoh.

9.30 pagi : Lalu-lintas menuju ke Kubang Semang sesak, kenderaan pengundi-pengundi berderet menuju ke tempat mengundi masing-masing

9.24 pagi : Ketegangan yang berlaku di depan Sek. Penanti sejak jam 8 tadi masih belum reda. Geng bermotor dari BN Kelapa Batas masih lagi bertegang mahu berada di sana. Mereka mula membuat provokasi terhadap penyokong PAS yang berada di sekitar kawasan itu.

Dakwa seorang dari geng konvoi tersebut, mereka dibayar untuk berbuat demikian.

9.05 pagi : Petugas muslimat 'Skuad Munajat' menjalankan tugas masing-masing dengan berzikir dan berselawat di kawasan peti undi.

9.00 pagi : Pengundian satu jam pertama sudah berlalu. Sambutan pengundi keluar mengundi menggalakkan. Jumlah keluar mengundi meningkat.

8.55 pagi : Laporan daripada UPU Permatang Tengah - orang ramai sedang berpusu-pusu membuang undi termasuk juga golongan orang kurang upaya. Masing-masing berusaha menunaikan tanggungjawab di awal pagi ini.

8.40 pagi : Ustaz Salleh Man bersama Dato Seri Anwar, sampai di pusat mengundi Sek Agama Al-Masriyah bersama pegawai bertugas. Mereka melihat keadaan suasana di pusat mengundi tersebut.

Di pusat mengundi Sek Cina Leow Keow, kelihatan sudah ramai yang keluar mengundi untuk saluran 1 dan 2.

8.35 pagi : Sekumpulan 50 individu bermotosikal berkuasa tinggi mula membuat onar di hadapan Sek Keb Penanti. Kumpulan ini dipercayi penyokong BN, mereka memakai baju berwarna kuning berlagak seolah-olah pegawai SPR.

Pegawai polis yang bertugas di hadapan pusat mengundi menghalang kumpulan tersebut daripada memasuki kawasan undian. Walau bagaimanapun, kumpulan ini masih berdegil dan tidak mahu berganjak, kemungkinan besar polis akan bertindakan - tindakan masih tidak masih diketahui.

8.20 pagi : Ustaz Salleh Man tiba di pusat mengundi UPU Kubang Semang - Sek.Keb. Penanti.

Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang membuang undi di sana, turut sama mengiringi beliau Presiden PKR, Dato' Seri Dr. Wan Azizah.

8.10 pagi : Helikopter PDRM mula berlegar-legar di awanan, melihat perkembangan perjalanan pengundian dari udara.

8.00 pagi : Kesemua 8 tempat mengundi telah dibuka.

Lapan - Sek. Keb. Permatang Pasir, Sek. Keb. Permatang Pauh, Sek. Men. Kebangsaan Sama Gagah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lay Keow, Sek. Rendah Islam Al-Masriyah, Sek. Keb. Seri Penanti, Sek. Jenis Keb. Cina Kubang Semang, Sek. Kebangsaan Bukit Indera Muda. Proses pengundian bermula 8 pagi dan akan berakhir 5 petang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof

7.50 pagi : Di UPU Tanah Liat, petugas PAS sedang giat membuat semakan nama di pondok semakan (pondok panas).

7.45 pagi : Orang ramai mulai bertumpu di pusat-pusat pengundian.

7.38 pagi : Calon PAS Ustaz Salleh Man bergerak ke Pos PKR, di Yayasan Aman, Kubang Semang. Beliau dilaporkan akan bergerak bersama-sama dengan Penasihat PKR, YB Anwar Ibrahim daripada sana.

7.10 pagi : Di bahu kanan dan kiri jalan dipenuhi anggota polis, lebih ramai berbanding pilihan raya kecil yang lalu. Bilangan tersebut bertambah berkait dengan kemungkinan lapan peraturan baru yang dikuatkuasakan oleh SPR hari ini.

7.00 pagi : Jalan utama Permatang Ara - Kubang Semang kelihatan mula dipenuhi kenderaan, trafik bergerak lancar dari kedua-dua arah.

Laluan menuju ke tempat-tempat pengundi masih boleh dikawal. Di kiri kanan bahu jalan polis sudah kelihatan.

6.40 pagi : Petugas jentera PAS mula mengambil posisi kerja masing-masing, mereka kelihatan lebih bersemangat.

Lapuran terkini Di Permatang Pasir.(Cina Islam)

JAM 1.00 TENGAHARI SPR mengumumkan jumlah peratusan keluar mengundi setakat ini sebanyak 47.2 peratus atau seramai 8672. Calon PAS, Ustaz Salleh Man kini berada di Kg. Pelek bagi menunaikan Solat Zohor dan kemudian akan bergerak melawat pusat mengundi di Kubang Semang. JAM 12.00 TENGAHARI Ramai Pemuda Umno bermotosikal dilihat berkumpul di pekan Penanti. Mereka memakai baju kuning dan dibimbangi bakal menyesakkan kawasan pilihanraya apabila mereka masuk secara berkonvoi ke sana. JAM 11.45 PAGI Jumlah keluar mengundi pada jam 11.15 pagi adalah 37 peratus. Ia satu angka yang wajar, kata Lim Kit Siang. Walaupun tidak ada pondok panas, semangat penyokong calon PAS sangat tinggi, tambah beliau dalam twitternya.

Laporan Terkini PRK Permatang Pasir.(Blog BIAQPILA)

Rentetan perjalan hari mengundi Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir (terkini) 1.54 petang : Peratus keluar mengundi sebanyak 53% daripada 20 290 orang 1.42 petang : Proses pembuangan undi di Tanah Liat berjalan lancar. Perayu undi PAS masih bersemangat melakukan tugas. Kereta seorang wartawan Te@m.IT Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya dicalar oleh seorang petugas puteri UMNO. 1.36 petang : Seramai 9307 orang telah keluar mengundi mewakili 44.54% daripada keseluruhan jumlah pengundi 1.14 tengahari : Terdapat beberapa pemuda Umno yang berang dengan tindakan ganas Pemuda Umno Kepala Batas itu. 2 orang yang dilaporkan cedera itu adalah Pemuda Umno Kepala Batas itu sendiri. 1.11 tengahari : Sejumlah 42.7 peratus dan 8672 pengundi telah keluar menunaikan tanggung jawab mengundi - sumber Bilik Operasi IT Induk. 1.00 tengahari : Calon PAS, Ustaz Salleh Man masih berada di Markaz Pemuda PAS, Kampung Pelet berehat dan menunaikan solat Zohor di sana. Dijangkakan keluar semula melihat8 pusat pengundian - second round - selepas jam 2.00 petang nanti. 12.52 tengahari : Seorang lelaki dilaporkan cedera - mangsa kepada keganasan Umno Kepala Batas itu. Meraka - berbaju kuning - dikatakan pelajar Sek. Men di Kepala Batas, dan seorang daripada mereka merupakan pelajar Sek. Keb Paya Keladi. 12.48 tengahari : 3-4 buah kereta pecah, Umno Kepala Batas itu cuba melarikan diri - membaling batu kearah petugas PAS yang cuba menangkap mereka, laporan kecederaan berlaku - pengesahan sedang cuba dibuat. 12.42 tengahari : FRU mula bertindak berbaris di hadapan Bilik Gerakan Umno Indera Muda - mengawal kumpulan penyokong Umno Kepala Batas yang berbaju Kuning dari bertindak lebih ganas - berkumpul bersama 'Kesatria Muda' - berbaju biru tua dan beret hijau. 12.38 tengahari : Penyokong buat kecoh lagi - mengeluarkan kata kesat, memaki hamun, isyarat lucah kepada petugas Pakatan Rakyat - keadaan terkawal kerana tiada serangan balas dari petugas Pakatan Rakyat. 12.35 tengahari : Setakat jam ini, mereka yang telah keluar mengundi - 33 peratus mewakili 6598 pengundi - sumber Bilik Operasi IT Induk. 12.31 tengahari : Geng penyokong Umno Kepala Batas - berbaju kuning - bermotosikal - buat kacau di kawasan Bukit Indera Mulia sehingga menyebabkan beberapa buah kereta rosak dan pecah cerminnya. Mereka kini dilaporkan menuju ke Permatang Pasir pula. 12.25 tengahari : Jalan sesak daripada Permatang Pauh ke Permatang Janggus. 12.17 tengahari : Di UPU Permatang Tengah, 53.5 peratus telah keluar mengundi setakat ini. 12.13 tengahari : Selepas ini, calon PAS, Ustaz Salleh Man akan berehat di Markaz Besar Pemuda PAS di Kampung Pelet. 12.10 tengahari : Sekumpulan penyokong Umno - berbaju kuning dan bermotor kuasa tinggi - yang sejak pagi tadi membuat kecoh kini dilaporkan berarak ke Sek. Keb Bukit Indera Muda untuk menunjukkan protes mereka kepada pihak polis yang menghalang mereka dari berkumpul di hadapan Sek. Keb Penanti pagi tadi. Kumpulan penyokong ini - dilarang polis berkumpul kerana - berbaju kuning berlambang dacing BN. 12.02 tengahari : Ramai pengundi dari saluran 3 dan 4 di Sek. Keb Permatang Pasir keluar membuang undi. 11.47 pagi : Sehingga kini sebanyak 5248 orang keluar mengundi mewakili 26 % jumlah keseluruhan pengundi. 11.40 pagi : Kehadiran terlalu ramai anggota polis di pusat-pusat pengundian menakutkan pengundi. Kelihatan seolah-olah ini pilihanraya polis. Di Sek. Keb Penanti polis bertindak semacam mahu mengambil alih tugas SPR. 11.38 pagi : Keadaan di UPU Permatang Pauh terkawal. Pagi tadi berlaku pergaduhan kecil, apabila seorang warga tua dikasari dan ditumbuk. Walau bagaimanapun punca kejadian masih tidak di ketahui. 11.15 pagi : Pergaduhan berlaku di hadapan Sek. Keb Permatang Pasir yang dimulakan penyokong BN. Pergaduhan berakhir kira-kira 10 minit kemudian. 11.24 pagi : Cuaca mendung awal pagi tetapi cerah kemudian. Laluan trafik masih terkawal walaupun kesesakan berlaku sepanjang jalan menuju ke pusat mengundi. 11.15 pagi : Berlaku ketegangan di antara BN dan PAS di hadapan sekolah Permatang Pasir,BN cuba melakukan provakasi apabila pamuda PAS menegur cara pemakaian Putri UMNO yang menjolok mata,keadaan di tempat membuang undi begitu bising,namun semuanya tidak berlarutan sehingga mencetus perbalahan. 11.10 pagi : Di Kubang Semang - Kampung Semambu - BN dilaporkan terdesak hingga terpaksa menggunakan RM500 untuk membeli undi warga-warga emas disana. 11.06 pagi : Ketua jentera muslimat PAS Kelantan memberitahu, muslimat PAS sedang membuat gerak gempur - 1 petugas 1 pengundi. 11.01 pagi : Ustaz Salleh Man kini berada di Sek. Keb Permatang Pasir sedang meninjau proses pembuangan undi di sana. Turut sama bersama beliau Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Calon PAS kini dalam perjalanan ke Sek. Keb Bukit Indera Muda. 10.47 pagi : Calon PAS, Ustaz Salleh Man ketika ini dari Sek. Keb Penanti sedang menuju ke pusat mengundi, Sek. Keb Permatang Pasir. 10.41 pagi : Di Sama Gagah, pengundi saluran 2 dan 5 paling banyak keluar ketika ini. Penyokong Umno yang memakai seragam membawa lambang parti itu nyata salah dalam peraturan baru SPR dalam pilihanraya kecil ini, namun tiada kelihatan tindakan diambil keatas mereka oleh pihak berwajib. 10.30 pagi : Berhampiran perkuburan Cina, Kubang Semang, 150 orang berkumpul di sana. Mereka yang mengenakan jaket kuning yang tertera tulisan 'Pemuda Umno Kepala Batas' itu berkelakuan kasar terhadap pengguna jalan raya, lebih-lebih lagi mereka yang dilihat penyokong PAS. Mereka ini dipercayai kumpulan yang membuat kecoh di hadapan Sek. Keb. Penanti tadi. 10.25 pagi : Pengarah jentera pilihanraya kecil, Dato' Mahfuz bersama pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat berada di UPU Kampung Pelet melihat suasana proses pembuangan undi. Ramai wartawan kelihatan mengerumuni ahli parlimen Pokok Sena. 10.19 pagi : Calon BN, Rohaizat baru sahaja sampai ke Sek.Men Sama Gagah - tempat pertama yang dilawatinya - sebelum ini beliau hanya membuat tinjauan dari luar sahaja. 10.17 pagi : Saluran 1 paling ramai keluar mengundi di Sek. Jen. Keb. Cina Kubang Semang, percubaan provokasi di luar pusat mengundi oleh penyokong Umno dengan laungan 'Gerak Gempur 1 Malaysia', penyokong PAS walau bagaimanapun tidak menghiraukan cubaan provokasi tersebut. Satu suasana pelik kelihatan, bilamana sejumlah anggota polis beratur sepanjang bahu jalan dari penempatan MARTEK yang berhampiran pusat pengundian itu. 10.16 pagi : Ketua Polis Pulau Pinang menasihatkan parti-parti politik yang bertanding mengawal tindak-tanduk penyokong parti masing-masing untuk mengawal suasana tenang. 10.10 pagi : Selawat yang tidak putus-putus, menjadi sumber kekuatan penyokong PAS berhampiran Sek. Men Sama Gagah. Manakala penyokong BN-Umno sibuk mengherdik dan menuding jari terhadap penyokong PAS - sengaja cetus provokasi. 9.58 pagi : 100 konvoi bermotor BN-Umno akhirnya beredar dari depan Sek. Keb Penanti dengan kawalan anggota FRU, keadaan masih hinggar dan kecoh di sana. 10.00 pagi : Peratusan keluar mengundi sejam pertama - 17.5 peratus atau 2,966 orang. 9.50 pagi : Calon PAS, Ustaz Salleh Man berada di Sek. Men. Sama Gagah - UPU keempat yang dilawati - beliau mendapat sokongan kuat Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Exco-exco Kerajaan Negeri Pulau Piang yang turut bersama beliau memberi sokongan. 9.45 pagi : Trak polis simpanan persekutuan (FRU) berderetan sampai di hadapan Sek.Keb Penanti, keadaan masih lagi kecoh. 9.30 pagi : Lalu-lintas menuju ke Kubang Semang sesak, kenderaan pengundi-pengundi berderet menuju ke tempat mengundi masing-masing 9.24 pagi : Ketegangan yang berlaku di depan Sek. Penanti sejak jam 8 tadi masih belum reda. Geng bermotor dari BN Kelapa Batas masih lagi bertegang mahu berada di sana. Mereka mula membuat provokasi terhadap penyokong PAS yang berada di sekitar kawasan itu. Dakwa seorang dari geng konvoi tersebut, mereka dibayar untuk berbuat demikian. 9.05 pagi : Petugas muslimat 'Skuad Munajat' menjalankan tugas masing-masing dengan berzikir dan berselawat di kawasan peti undi. 9.00 pagi : Pengundian satu jam pertama sudah berlalu. Sambutan pengundi keluar mengundi menggalakkan. Jumlah keluar mengundi meningkat. 8.55 pagi : Laporan daripada UPU Permatang Tengah - orang ramai sedang berpusu-pusu membuang undi termasuk juga golongan orang kurang upaya. Masing-masing berusaha menunaikan tanggungjawab di awal pagi ini. 8.40 pagi : Ustaz Salleh Man bersama Dato Seri Anwar, sampai di pusat mengundi Sek Agama Al-Masriyah bersama pegawai bertugas. Mereka melihat keadaan suasana di pusat mengundi tersebut. Di pusat mengundi Sek Cina Leow Keow, kelihatan sudah ramai yang keluar mengundi untuk saluran 1 dan 2. 8.35 pagi : Sekumpulan 50 individu bermotosikal berkuasa tinggi mula membuat onar di hadapan Sek Keb Penanti. Kumpulan ini dipercayi penyokong BN, mereka memakai baju berwarna kuning berlagak seolah-olah pegawai SPR. Pegawai polis yang bertugas di hadapan pusat mengundi menghalang kumpulan tersebut daripada memasuki kawasan undian. Walau bagaimanapun, kumpulan ini masih berdegil dan tidak mahu berganjak, kemungkinan besar polis akan bertindakan - tindakan masih tidak masih diketahui. 8.20 pagi : Ustaz Salleh Man tiba di pusat mengundi UPU Kubang Semang - Sek.Keb. Penanti. Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang membuang undi di sana, turut sama mengiringi beliau Presiden PKR, Dato' Seri Dr. Wan Azizah. 8.10 pagi : Helikopter PDRM mula berlegar-legar di awanan, melihat perkembangan perjalanan pengundian dari udara. 8.00 pagi : Kesemua 8 tempat mengundi telah dibuka. Lapan - Sek. Keb. Permatang Pasir, Sek. Keb. Permatang Pauh, Sek. Men. Kebangsaan Sama Gagah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lay Keow, Sek. Rendah Islam Al-Masriyah, Sek. Keb. Seri Penanti, Sek. Jenis Keb. Cina Kubang Semang, Sek. Kebangsaan Bukit Indera Muda. Proses pengundian bermula 8 pagi dan akan berakhir 5 petang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof 7.50 pagi : Di UPU Tanah Liat, petugas PAS sedang giat membuat semakan nama di pondok semakan (pondok panas). 7.45 pagi : Orang ramai mulai bertumpu di pusat-pusat pengundian. 7.38 pagi : Calon PAS Ustaz Salleh Man bergerak ke Pos PKR, di Yayasan Aman, Kubang Semang. Beliau dilaporkan akan bergerak bersama-sama dengan Penasihat PKR, YB Anwar Ibrahim daripada sana. 7.10 pagi : Di bahu kanan dan kiri jalan dipenuhi anggota polis, lebih ramai berbanding pilihan raya kecil yang lalu. Bilangan tersebut bertambah berkait dengan kemungkinan lapan peraturan baru yang dikuatkuasakan oleh SPR hari ini. 7.00 pagi : Jalan utama Permatang Ara - Kubang Semang kelihatan mula dipenuhi kenderaan, trafik bergerak lancar dari kedua-dua arah. Laluan menuju ke tempat-tempat pengundi masih boleh dikawal. Di kiri kanan bahu jalan polis sudah kelihatan. 6.40 pagi : Petugas jentera PAS mula mengambil posisi kerja masing-masing, mereka kelihatan lebih bersemangat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular