Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 30 September 2009

Bagan Pinang : Tahniah Buat PAS Dan Takziah Buat Umno....

PAS telah menamakan Zulkefly Mohamad Haji Omar, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sebagai calonnya untuk Dun Bagan Pinang. Beliau adalah calon yang sesuai kerana baru berusia 45 tahun, berkelulusan tinggi dan juga seorang ahli perniagaan.

Umno tiada modal untuk menyerang peribadi calon PAS kerana beliau bersih dari rasuah dan juga bersih daripada skandal. Secara teknikalnya, PAS telah meletakkan calon yang berwibawa untuk menghadapi Umno-Bn.

Yang nyata, PAS telah menang bagi pusingan pertama didalam pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang. Ini telah memberi satu tamparan buat Umno-Bn yang sedang bercelaru dengan menampilkan Tan Sri Isa Samad. Percalonan Tan Sri Isa Samad juga dibuat dalam keadaan 'paksarela' setelah Umno bahagian Teluk Kemang memberi tekanan kepada Najib.

Amaran yang dikeluarkan oleh Umno Teluk Kemang sekiranya Isa Samad tidak dicalonkan, mereka akan memboikot atau mengundi calon PAS jika nama Isa Samad diketepikan.

Sebenarnya Isa Samad bukanlah calon pilihan Najib kerana beliau telah terlibat dengan politik wang pada pemilihan Umno untuk jawatan Naib Presiden dan disabitkan oleh jawatankuasa displin Umno.


Percalonan Isa Samad telah ditentang kuat oleh Dr. Mahatdir dan juga ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Satu tamparan kuat ke muka Dr. Mahathir apabila nasihat beliau tidak di endahkan oleh Najib. Ini benar-benar mengecewakan Dr. Mahathir kerana pendapat beliau telah di bangkul sampahkan oleh Najib.

Yang paling gembira sekali dengan percalonan Isa Samad ialah Muhyiddin Yassin yang tidak sabar untuk ke jawatan no. satu. Bagi Muhyiddin dan Dr. Mahathir, menang atau pun kalah, Umno tetap akan di keji kerana mencalonkan seorang yang terlibat dengan rasuah.

Setelah Najib tidak mengikut nasihat Dr. Mahathir, maka orang harapan Dr. Mahathir akan berpindah kepada Muhyiddin Yassin. Sekiranya Umno-Bn kalah di Bagan Pinang, pasti Dr. Mahathir akan memulang paku buah kerasnya kepada Najib.

Maka kerja Muhyiddin Yassin akan bertambah senang untuk menganti Najib sebagai orang no.1. Ini kerana Dr. Mahathir pasti akan kedepan untuk menghentam Najib.

Nampak gayanya, terpaksalah Najib kena pergi mengadap Dr. Mahathir untuk menerangan cerita sebenar, kenapa Isa Samad di calonkan. Mungkin Dr. Mahathir akan menerima penerangan Najib berhubung isu tersebut setelah Najib mencium kaki Dr. Mahathir yang berselipar.

Umum mengetahui  Dr. Mahathir pasti akan merasakan yang beliau telah dimalukan dan dikhianati oleh Najib kerana tidak mendengar pandangan dan nasihatnya. Ini membuatkan Najib tidak duduk senang, tidur tak lena, mandi tak basah dan makan tak kenyang.

Disinilah peranan Rosmah Mansor amat-amat diperlukan oleh Najib, agar Rosmah dapat menggunakan segala ilmu bomoh yang beliau miliki agar dapat digunakan untuk melembutkan hati orang tua itu. Nak bomoh..... bomohlah, jangan orang tua tu jadi batu ......... dah la.

Dalam Dun Bagan Pinang, pengundi kaum India ialah seramai 20 %, sedangkan kaum India telah menolak parti MIC. Untuk mengambil hati kaum India, Dr. Mahathir telah mencadangkan agar parti Makkal Sakthi ditubuhkan dan menarik parti baru itu sebagai anak beranak Barisan Nasional.

Jika dahulu Dr. Mahathir memanggil kumpulan tersebut sebagai satu kumpulan ektrem kaum India. tetapi sekarang beliau pula yang beria-ria agar ianya didaftarkan. Ibarat 'pukul anak sendir menantu', ini membuatkan Samy Vello bertambah meluat dengan Dr. Mahathir.

Bagan Pinang akan menjadi medan percakaran sesama Umno dan MIC. Umno bercakar sesama Umno.....  MIC akan menghentam Mahathir............ Mohd Hassan, Mahathir dan Kairy akan menghentam Isa Samad......... Inilah pilihan raya kecil yang akan menyaksikan hentam menghentam sesama mereka.

Apa pun PAS dan Pakatan Rakyat tetap kena kerja kuat walau pun ada pengeseran sesama Umno. Kerana 80 % undi pos adalah milik mereka........... tetapi sekiranya Pakatan Rakyat mengambil mudah perkara tersebut, ia pasti akan merugikan Pakatan Rakyat.

Selasa, 29 September 2009

Bagan Pinang : IRC Kembali Bertapak Di Dalam PAS....

Sekumpulan anak muda radikal Islam Melayu yang belajar di Britain telah menubuhkan Suara Islam Sekembalinya ke tanah air, mereka menubuhkan Parti Negara Islam Malaysia (PNIM) tetapi ditolak pendaftarannya. Mereka bertanding dalam pilihan raya 1982 sebagai calon bebas, tetapi semuannya tewas.

Dalam pilihan raya tersebut, PAS yang sudah keluar dari BN kalah teruk, menang hanya berapa kerusi di Kelantan dan Kedah. Ketika PAS berada diluar BN sementara ABIM dan Anwar mendokong Umno, ramai anak muda radikal dari kalangan bekas Parti Negara Islam Malaysia menyertai PAS.

Bersama dengan Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Haji Hadi, mereka semua menyingkir Dato' Asri Muda untuk mewujudkan PAS dibawah kepimpinan ulama. Tuan Guru Nik Aziz dan Mustafa Ali menyokong perubahan baru ini.

Dato' Asri keluar PAS dan menubuhkan Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM). Pada masa itu semua ahli Parlimen PAS yang jumlahnya sedikit turut menyertai Dato' Asri, yang tinggal hanyalah Tuan Guru Nik Aziz yang menjadi ahli Parlimen PAS tunggal, iaitu bagi kawasan Pengkalan Chepa. Hamim kemudian menyertai BN.

Di bawah kepimpinan Al-Marhum Ustaz Yusuf Rawa yang kita sayangi, era kepimpinan ulama telah menaikkan semangat ahli-ahli PAS yang mendapat dorongan daripada aktivis-aktivis muda.

Dalam pilihan raya umum 1982, PAS berusaha menang pilihan raya dan berjaya meletakkan banyak calon di seluruh Semenanjung Malaysia, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum in.

Sebenarnya IRC mempunyai agenda yang besar sekembalinya mereka ke tanah air, dengan sikap radikalnya. Sebelum mereka menyertai PAS, mereka telah berjaya menyusup masuk ke dalam Umno. Tetapi perkara tersebut telah dapat dihidu oleh Umno.

Selepas peristiwa tersebut, mereka mula mengintai pula untuk menyusup masuk kedalam  PAS. Lama juga juga mereka memainkan peranan mereka di dalam PAS. Mereka telah cuba melangkah lebih jauh lagi untuk jawatan yang lebih tinggi.

Tetapi PAS telah dapat menghidunya lebih awal tanpa mengambil apa-apa tindakkan kerana pimpinan PAS ingan melihat sejauh mana dan apa propaganda yang akan mereka mainkan. Apabila sampai satu masa, PAS telah melihat apa yang cuba mereka lakukan terhadap parti PAS.

Lalu berlakulah satu pembersihan secara besar-besaran dengan menghalau keluar kumpulan tersebut dengan mengadakan satu muzakarah diantara kumpulan tersebut dengan Ustaz Harun Taib. Kesudahannya mereka keluar parti dan menubuhkan satu NGO yang mungkin anda pun tahu nama NGO tersebut.

Kenapa saya menungkit isu IRC ialah kerana melihat kepada isu-isu yang sedang dimainkan oleh mereka ini sama dengan apa yang mereka lakukan pada masa yang lepas. Sekarang ini mereka telah berjaya memenangi beberapa kerusi Parlimen dan juga beberapa Dun di atas tiket PAS. Mereka juga telah memainkan peranan dalam usaha mengucar-kacirkan secara diam-diam dengan menggunakan nama-nama pemimpin besar PAS. Antara gerak kerja mereka ialah :
  • Pada mula Pakatan Rakyat ingin menubuhkan kerajaan Selangor, mereka telah secara diam-diam telah mengadakan pertemuan sulit dengan Pak Lah dan Khir Toyo di Putrajaya.
  • Mereka merealisasikan sesuatu isu yang melibatkan PAS dengan bersembunyi dibelakang pucuk pimpinan PAS yang berpengaruh.
  • Mereka cuba mengangkat nama Tuan Guru Nik Aziz. Kerana itulah  kenyataan TGNA banyak diperkatakan.
  • Dulu mereka mengunakan TGHH dengan mengangkat nama TGHH, tetapi srategi tidak menjadi.
  • Apa yang berlaku di Selangor sekarang ini adalah dari usaha mereka yang bersembunyi diarus media massa Umno dan mereka juga berjaya membuatkan para blogger Pakatan Rakyat berbalah sesama sendiri.
  • Sebagaimana pada tahun 80 an, mereka menonjolkan TGHH sebagai ikon dengan menepikan pemimpin lain. Sedangkan pada masa itu TGHH adalah pemimpin ke tiga dalam harikiri pimpinan tertinggi PAS.
  • Mereka melakukan tamrin, usrah dan takzirah bersama-sama ahli-ahli mereka sahaja.
  • Mereka hanya mensasarkan pemimpin pemimpin tertinggi PAS sahaja.
  • Mereka akan menggunakan isu-isu yang boleh membuatkan para pemimpin PAS bertelagah sesama sendiri dan kemudian mereka akan menyembunyikan diri dibelakang pemimpin tersebut.
  • Cita-cita besar mereka ialah untuk mengambil alih tampuk peringkat tertinggi PAS setelah gagal melakukannya didalam Umno.
  • Majoriti kumpulan tersebut adalah berpendidikan barat.
  • Apa yang berlaku di Selangor sekarang ini adalah daripada gerak kerja mereka. Memandangkan Selangor adalah wadah terbaik buat mereka.
  • Kegiatan mereka sekarang boleh dikatakan cukup agresif selepas Selangor tumbang kepada Pakatan Rakyat.
  • Kebanyakkan bertumpu kepada Selangor kerana ramai ahlinya sekarang berada/tinggal di Selangor.
  • Organisasi mereka ini cukup teratur kerana mereka adalah orang-orang yang berpendidikkan tinggi yang rata-ratanya adalah pelajar dari luar negara yang bukan dari bidang agama.
  • Kebanyakkan mereka lebih suka berdamping dengan pemimpin tertinggi daripada peringkat bawahan.
Ini adalah sebahagian sahaja yang dapat saya tuliskan untuk ingatan kita semua dalam menghadapi 'gunting dalam lipatan'. Oleh itu  sebagai pendokong parti palitik yang berlandaskan, kita mestilah bersatu hati untuk menghadapi mereka.

Mereka adalah musuh yang paling bahaya, bagaikan duri dalam daging berbanding Umno-Bn yang dapat kita kenali sebagai musuh yang dapat dilihat. Orang-orang sebeginilah yang membuatkan PAS boleh lumpuh kerana mereka tidak dikenali.

Kerana mereka berdamping, makan minum, tidur sekatil, berpakaian, tutur kata dan berperwatakan sebagai ahli dan pemimpin PAS. Jika mereka duduk disebelah kita pun, kita tidak akan mengenali mereka. Mana mungkin kita akan mengenali mereka.

Sebagaimana juga penulis blog yang menyamar sebagai blogger PAS atau pun blogger Pakatan Rakyat. Hakikat sebenarnya mereka adalah talibarut Umno atau Sb-Sb yang menyusup masuk kedalan rangkaian blogger Pakatan Rakyat.

Merekalah yang sebenarnya memainkan peranan dalam merealisasikan sesuatu isu kecil menjadi besar. Kebanyakan maklumat yang media massa arus perdana mainkan sekarang ini, bagi pandangan saya adalah bersumberkan daripada mereka.

Andainya PAS ingin mendapat kembali kepercayaian daripada masyarakat Malaysia, maka satu pembersihan perlu dilakukan sebelum ianya menjadi 'Barah' yang lebih teruk. Pemimpin PAS perlu sedar, sekiranya 'Barah' tersebut tidak diubati, pasti PAS sedang berada didalam bahaya.

Tidakkah PAS pernah menghadapi senario seperti ini, maka PAS perlu melakukanya tanpa memilih siapakah mereka dan apa jawatannya di dalam PAS. Apatah lagi sekarang adalah zaman IT, ini telah memberi kelebihan kepada kumpulan ini.

Bagan Pinang : Isa Oh Isa.......

Akhirnya segala teka teki telah terjawab dengan pengumuman oleh Muhyiddin Yassin bahawa Tan Sri Isa adalah calon BN bagi Dun Bagan Pinang dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Kita dengar pula apa komen Mahathir terhadap Umno-Bn yang mencalonkan  Isa. Andainya ditakdir BN kalah di Bagan Pinang, pasti satu amukan daripada mantan PM.

Semua orang tahu yang Mahathir cukup tidak berkenan dengan Isa yang dikatakan akan memberi banyak peluang kepada Pakatan Rakyat.

Ini adalah kerana Isa telah digantung keahlian selama 3 tahun oleh Umno daripada bergiat aktif dalam politik Umno.

Ia juga menjadi satu tamparan buat Mahathir kerana nasihat orang tua itu tidak diambil peduli oleh Najib. Tahniah buar Isa di atas pencalonan beliau itu.

Sekiranya beliau menang, maka masa depan beliau adalah cerah untuk mengugat Mohd Hassan dan Khairy. dan sekiranya beliau kalah, maka berkuburlah beliau dari arena politik Umno.

Mungkin Mahathir akan mendoakan agar Isa kalah dalam pilihan raya kecil tersebut dan bolehlah Mahathir memulangkan paku kerasnya kepada Najib.

Muhyiddin pasti akan lepas tangan kerana beliau boleh bagi tahu yang beliau tukang umum calon sahaja, tetapi yang membuat keputusan adalah Najib.

Maka ada harapanlah beliau untuk menganti Najib apabila Isa kalah nanti. Yang pasti, akan ada tikam menikam diantara satu sama lain.

Isnin, 28 September 2009

Bagan Pinang : Pernamaan Calon.....

Dalam bersiap-siap untuk pergi temujanji dengan Doktor Pakar pada jam 2 p.m., saya mendapat satu panggilan deripada Cikgu Taliban (khairul) mengajak menanyakan saya, apakah saya ingin turut serta ke Bagan Pinang pada hari penamaan calon.

Sahabat-sahabat dari Pekan Razaki sentiasa mengajak saya untuk turut serta bersama mereka setiap kali berlaku pilihan raya kecil. Tapi apakan daya masa tidak mengizinkan kerana kebetulan pun ada dua tempat memanggil untuk melakukan kerja-kerja Sivil Kontraktor.

Kalau ikutkan hati memang saya nak pergi sangat, walau pun saya baru sahaja mengenali mereka tetapi saya cukup serasi dengan mereka. Walau pun saya tinggal di Tambun, tetapi keahlian saya ialah PAS  Gopeng  (sebenarnya dah lama tidak aktif sejak berhijrah ke Perak) dan mengundi di Dun Manjoi.

Saya mendoakan agar mereka semua selamat sampai dan selamat pulang tanpa berlaku apa yang tidak di ingini.

Bagan Pinang : Selamat Bertugas.......

Selamat bertugas buat blogger Pakatan Rakyat yang akan berkampung di Bagan Pinang dalam pilihn raya kecil Dun tersebut. Semoga blogger Pakatan Rakyat dapat memberi tentangan yang sengit buat BN yang mempergunakan jentera kerajaan untuk kepentingan mereka.

Insyaallah............ saya akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi buat blogger Pakatan Rakyat. Walaupun saya tidak dapat bersama-sama di Bagan Pinang, doa saya akan mengiringi blogger Pakatan Rakyat.

Inilah masanya untuk menunjukkan kepada Umno-Bn bahawa Pakatan Rakyat tidak akan tergugat dengan isu yang sedang dimainkan untuk memecah belahkan ikatan yang ada sekarang ini. Sebenarnya apa yang berlaku sekarang ini ialah untuk mematangkan dan mengukuhkan lagi ikatan yang ada.

Ahad, 27 September 2009

Bagan Pinang : Masih Ada Lagi Sikap Berpuak-Puak Di Dalam PAS......

Amat malang apabila membaca sesetengah blog yang memperkatakan tentang orang Tok Guru dengan  orang Tuan Guru. Ingatkan sikap begini telah lama luput, rupa-rupanya masih ada lagi yang membawa corak politik Umno didalam PAS.

Sikap berpuak-puak mula dibangkitkan dalam isu Selcat di Selangor, apabila memperkatakan tentang Dr. Hassan Ali, yang kononnya orang TGHH. Didalam PAS tidak timbul siapa pemimpin tersebut, kita boleh wa'la selagi pemimpin tersebut tidak lari daripada landasan perjuangan PAS.

Kita boleh menghukum pemimpin tersebut mengikut saluran yang betul, dan pemimpin tersebut tidak kebal daripada tindakan mengikut perlembagaan PAS. Maka tidak timbul sikap berpuak-puak didalam PAS melainkan penulis tersebut masih mempunyai sikap 'Assobiah' yang dibawa oleh Umno.

Ada yang membanggakan diri sebagai aktivis politik yang akan mengkritik setiap pemimpin yang melakukan kesilapan. Perkara yang paling mudah ialah mengkritik, tetapi apabila disuruh menceburi politik mereka akan menolaknya.

Kononnya atas sikap berkecuali dalam politik, maka mereka akan mengkritik dan mengkritik dan terus mengkritik. Seperti satu kisah yang pernah berlaku, tentang seorang pengkritik filem. Beliau sentiasa mengkritik  setelah selesai menonton filem yang baru ditayangkan.

Oleh kerana beliau suka sangat mengkritik filem-filem, maka beliau telah dicabar untuk mengarahkan sebuah filem yang betul-betul mengikut selera beliau sebagai seorang pengkritik yang disegani. Lalu beliau mengarahkan sebuah filem dengan pelakon yang beliau kehendaki.

Apa yang berlaku ialah filem beliau tidak pulang modal dan hanya beberapa hari sahaja ditayangkan kerana tiada penonton yang datang menonton. Sampai sekarang filem beliau tidak tidak kedengaran bagaikan kubur tanpa batu nesan.

Kerana sikap berpuak-puak inilah yang telah membawa kepada permusuhan antara penduduk Terengganu dengan Kelantan. Jika dahulu, setiap kali berlangsungnya perlawanan bolasepak antara kedua-dua negeri ini pasti akan berlaku rusuhan.

Apabila PAS berjaya menawan Kelantan, sikap tersebut berjaya dihakis dari pemikiran penduduk Kelantan dan Terengganu. Sebagai sebuah parti politik yang berlandaskan Islam, PAS berjaya membawa keluar sikap 'Assobiah' yang telah lama ditanamkan oleh Umno.

Apakah kita ingin menghidupkan kembali cara pemikiran politik Umno-Bn yang berlandaskan perkauman yang tebal. Apabila Umno kalah, mereka mengatakan bahawa orang Melayu sudah berpecah dan  mereka akan membabitkan Raja-raja Melayu.

Apabila kita menegur, mereka akan mengatakan :'Apakah pemimpin PAS maksum....... Apakah pemimpin PAS tidak boleh ditegur........... Kenapa mesti wa'la pada pemimpin seperti ini.......... Kamu siapa untuk menegur sipolan sipolan'.

Apabila mereka suka, mereka akan memuji setinggi gunung......... Apabila pemimpin tersebut tidak mengikut cita rasa mereka, mereka akan memaki hamun. Dimana Al-Quran sendiri menegaskan kita menghina dan menjatuhkan maruah seseorang, sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Hujuraat ayat 11 yang bermaksud :

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghina kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum wanita perempuan (menghinakan) kaum perempuan (yang lain), kerana boleh jadi perempuan yang dihinakan itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk buruk nama ialah pasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tiada bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya".

Cara mereka memaki hamun pemimpin pun boleh menjadi tanda tanya kepada penganut agama lain,.Apakah mereka ini betul-betul seorang muslim?. Beginikah cara seorang yang mengaku muslim menegur pemimpin mereka?.

Bagi pendapat saya, orang-orang seperti ini sebenarnya tidak menjiwai roh sebagai seorang Islam. Kita tidak boleh mencari aib dan kemudian memaki hamun kerana Allah s.w.t. sendiri menegahkannya. Tidakkah aturan pergaulan sesama kaum muslim, yaitu menjaga perdamaian dan persaudaraan sesama kita, kerana itulah sebaik-baik jalan dalam mengeratkan sesama kita yang bergelar seorang muslim.

Adakala kita membiarkan orang menghina kita sampai kepada keturunan tanpa melakukan apa-apa. Memang tidak dinafikan bahawa setiap cercaan yang dilaungkan terhadap kita yang mana kita tidak melakukan, maka pahalalah buat kita.

Bagaimana Allah s.w.t. menerangkan bagaimana pergaulan sesama manusia, Allah berfirman : " Hai manusia,  sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan (bapa dan ibu), dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat) dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia diantara kamu disisi Allah, ialah orang yang lebih taqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Amat Mengetahui". (Al-Hujuraat ayat 13)

Sebenarnya kita memang mengikut rentak tari yang dialunkan oleh media massa arus perdana. Mungkin diatas sikap kebebasan menulis, blog aku............. ikut suka akulah nak menulis apa. Sedangkan didalam keadaan sedar kita mengetahui bahawa pelayar blog akan menilai siapakah kita sebenarnya.

Kerana itulah sebagai seorang yang mengaku muslim, apabila berlaku pertelingkahan sesama kita, maka kita kembalilah kepada Al-Quran dan Al-Sunnah agar kita tidak tersesat jalan. Jika Al-Quran dan Sunnah kita ketepikan, kita sendirilah yang menilai akan keimanan kita.

Mungkin juga kita tubuhkan parti politik yang lebih Islamik daripada PAS kerana sikap berpuak-puak tiada dalam gerakan Islam. Memandangkan ada sikap berpuak, maka ini membawa  maksud parti PAS adalah milik individu.

Mungkin juga kita masuk Umno kerana kita secara tidak langsung menjadi lidah tidak rasmi mereka. Kerana perwatakan, penyampaian dan kritikan lebih mirip kepada cara Umno-Bn menghentam PAS. Ada juga penulis mengatakan,'jika engkau bayar rm10 engkau boleh cerca dan memaki hamun aku dan juga keturunan aku didalam blog aku'.

Inikah sikap seorang yang mengaku beriman tetapi menjual agama, maruah diri dan juga keturunan untuk dimaki hamun. Sama seperti apa yang dikatakan oleh seorang pemimpin Umno berkaitan isu arak. Beliau boleh mengatakan arak sebenarnya untuk menguji iman seseorang, kerana itulah kerajaan menghalalkan arak.

Satu jawapan yang benar-benar memalukan bagi seorang yang mengaku Islam dalam menghalalkan arak. Sama seperti mengharamkan hukum Hudud kerana takut ramai yang kudung tangan dan akan habislah batu-batu yang ada kerana melakukan hukuman rejam.

Sabtu, 26 September 2009

Bagan Pinang : Renungan Kembali Politik Negeri Sembilan Pada PRU 12......

Ini adalah imbasan kembali apa yang berlaku semasa PRU 12 yang lalu. Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, DAP dan KeADILan berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN menjadikan kedudukan parti-parti pembangkang terbaik dalam sejarah negeri itu.

Berbanding 24 kerusi Dun untuk mendapatkan majoriti dua pertiga, BN negeri yang diketuai Mohamad Hassan hanya memperolehi majoriti mudah 21 kerusi Dun.

Kemenangan Pakatan Rakyat di 15 Dun menyaksikan DAP menghantar 11 wakil Dun, sementara KeADILan 4 kerusi dan PAS 1 kerusi.

Kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat tertumpu di kawasan bandar dan pinggir bandar Seremban, Port Dickson, Bahau dan Rembau.

Sementara bagi kerusi Parlimen, Pakatan Rakyat hanya diwakili oleh Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan, Dato' Kamarul Baharin Abbas (Parlimen Teluk Kemang) yang menewaskan Naib Presiden MIC, S.Sothinathan yang baru sahaja tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden MIC.

Persaingan di kerusi bandar kali ini amat ketara dikuasai Pakatan Rakyat terutamanya DAP yang menguasai hampir kesemua kerusi dalam Parlimen Seremban dan Rasah yang dahulu didominasi MCA serta Gerakan.

Isu yang paling banyak melingkari kekalahan BN di negeri tersebut antaranya adalah isu pekerja kilang, isu kenaikan cukai pintu, isu kronisme membabitkan pentadbiran Mohamad Hassan sebagai Menteri Besar, isu nasional seperti kenaikan harga barang dan minyak selain perpecahan kerana kehadiran menantu bekas Perdana Menteri, Khairy di Negeri Sembilan.

Meskipun bekas PM, Tun Abdullah menafikan Khairy sebagai punca kekalahan, namun angin yang melanda Umno-Bn mengenai khabar itu tidak dapat dinafikan.

Rakyat sebenarnya tidak setuju dengan kempen kasar yang dilancarkan Khairy memandangkan BN adalah kerajaan memerintah yang tidak perlu bersikap agresif ketika berkempen.

Bekas PM, Dr. Mahathir sendiri pernah menyelar Khairy yang dilihat terlalu 'laparkan' jawatan hingga semua hal mahu diulas.

Malah di kawasan Parlimen Rembau yang ditandingi Khairy, ramai meramalkan menantu Pak Lah itu akan menang dengan majoriti kecil.

Khairy hanya memperolehi majoriti 5,746 undi sahaja berbanding 18,656 majoriti yang diperolehi Dato' Firdaus Harun pada pilihan raya umum 2004.

Namun kini nasi sudah menjadi bubur, kubu kuat Umno di Negeri Sembilan sudah retak ditembusi Pakatan Rakyat.

Siapa sangka, kempen 'sedarhana' Mohd Taufek berjaya menjadikan beliau sebagai Adun Paroi sekaligus melakar sejarah buat PAS kerana pertama kalinya dalam 50 tahun menghantar wakil ke Dun Negeri Sembilan.

Apakah PRK Bagan Pinang akan mengulangi kejayaan PAS di Dun Paroi yang mana Khairy sebagai ketua pemuda Umno mula dipinggirkan. Dan kebangkitan semula pengaruh Mahathir dalam politik Umno.

Ditambah pula dengan kenyataan Najib bahawa seseorang pemimpin itu tidak semestinya popular didalam parti yang ditujukan kepada Umno bahagian Teluk Kemang yang mencalonkan Isa. (Sumber Arkid Harakah)

Jumaat, 25 September 2009

Selcat : Kenapa Kecoh......

Banyak blog yang saya layari sedang memperkatakan tentang isu kenyataan Dr. Hassan Ali tentang Selcat. Tahniahlah diatas kritikan anda tentang isu tersebut yang mana ikatan yang ada di antara Pakatan Rakyat cuba diungkaikan.

Saya menjangkakan semakin lama kita menulis semakin matang cara kita berfikir, rupa-rupanya tidak. Baru sedikit akhbar pro Umno-Bn menjolok isu tersebut, kita sudah mengikut rentak tari yang didendangkan. Sebenarnya kita tidak pernah berlajar dari kesilapan.

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak tentang isu Selcat, kerana itulah saya mengambil masa yang lama untuk menulis. Akhbar arus perdana tidak pernah berniat baik terhadap pembangkang sejak ia diambil alih oleh Umno pada tahun 60 an.

Satu kemenangan buat Umno-Bn dalam mengalihkan isu-isu yang lebih besar yang mereka hadapi. Dengan hanya kerana kenyataan Dr. Hassan Ali tentang perjalanan Selcat, serta-merta kita meninggalkan isu yang lebih penting hanya kerana hendak menunjuk kejaguhan masing-masing dalam membuat kritikan.

Pakatan Rakyat baru dalam proses bulan madu maka berbeda pandang adalah perkara biasa buat sebuah ikatan yang masih rapuh. Jadi kenapa kita mengikut rentak media massa arus perdana yang tidak pernah jujur terhadap pembangkang.

Sepatutnya kita menjadi benteng daripada serangan Umno-Bn, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Maka marilah kita renungkan kembali apa yang telah berlaku dan kesudahannya. Kritikan adalah bagus, tetapi betulkah cara kita mengkritik.

Rabu, 23 September 2009

Bagan Pinang : Isa.....Calon Salah Tak Calon Pun Salah.

Umno semakin pening kepala dengan calon Bagan Pinang kerana sedang main tarik tali dengan Umno bahagian Teluk Kemang. Najib mula pening kepala setelah Mahathir dahulu yang nampak anak bulan dengan memberi mesejnya yang Isa tidak sesuai untuk calon BN, kerana Bagan Pinang pasti akan menjadi 'Bulan Penuh'.

Ini kerana rekod tercalar yang ada pada Isa tentang politik wang yang membawa pengantungannya selama enam tahun tidak dibenarkan aktif dalam politik Umno. Setelah beliau membuat rayuan, ianya dikurangkan selama tiga tahun. Ketika itu beliau bertanding sebagai Naib Presiden Umno.

Sekarang beliau sedang bekerja keras untuk giat kembali dalam Umno dengan memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Teluk Kemang. Dikatakan bahawa beliau mendapat sokongan penuh Umno Teluk Kemang sebagai calon tunggal untuk Dun Bagan Pinang.

Yang pasti tindakkan tersebut tidak disenangi oleh kem sisa peninggalan Pak Lah, iaitu Mohd Hassan dan Khairy. Jika Isa diberi peluang, maka akan tergugat masa depan politik baka peninggalan Pak Lah itu. Kerana kedua-duanya naik pun kerana pengaruh Pak Lah, maka akan terjadilah politik cantas mencantas.

Memandangkan Isa masih lagi berbisa di negeri kelahirannya itu, dicalon atau pun tidak, Umno tetap akan tergugat. Sekarang ini pun Najib sedang melakukan pembersihan dalam Umno dengan meminggirkan orang-orang Pak Lah.

Apakah Mohd Hassan dan Khairy akan membiarkan Isa bangkit kembali untuk menggugat mereka. Dan Isa pula bukan orang baru dalam arena politik Umno. Beliau penuh menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga Menteri kabinet.

Apakah beliau akan mengalah dengan budak-budak yang belum kering lagi tandatangan dalam Umno. Beliau  yang cukup mahir dengan sepak terajang politik Umno, pasti tidak akan membiarkan karier politiknya terus malap. Kalau tak.............. takkan Umno Teluk Kemang sebulat suara mencalonkan beliau sebagai calon tunggal.

Sekarang pun Khairy sedang berada dalam kepanasan setelah bapa mentuanya tidak lagi berkuasa. Pengaruhnya sudah mula hilang, taringnya pun sudah patah, suara sudah kurang kedengaran dan langkah silatnya pun sudah sumbang.......... Singa sudah menjadi tikus.

Semasa menjadi naib ketua pemuda Umno, beliau lebih lantang daripada ketuanya sendiri. Hinggakan ada suara-suara yang mengatakan bahawa beliau ketua dan Hishamuddin naib ketua.Kalau kemana-mana sahaja, polis pengiring pun hampir mengalah Pak Mentua.

Boleh dilihat bagaimana berlagaknya beliau menggunakan jentera kerajaan yang mana gaji-gaji mereka dibayar oleh rakyat, sedangkan beliau tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan.Kroni-kroninya cukup berkuasa dalam memberi arahan, atau dipanggil 'Arahan Dari Tingkap Empat'.

Salah satu punca Pak Lah terpaksa meletak jawatan lebih awal, selepas dikritik hebat oleh Mahathir. Budak hingusan yang berlagak pandai, menggunakan kedudukkan sebagai menantu Pak Lah dalam membawa hala tuju negara.

Setelah Pak Lah terpaksa bersara awal, inilah masanya Mahathir untuk membalas dendam yang selama ini dipendamkan. Kerana itulah beliau tidak dilantik menjadi Menteri sedangkan yang kalah dan timbalannya pun diberi jawatan sebagai Timbalan Menteri. 

Itu adalah satu mesej buat beliau daripada Mahathir dengan melantik anaknya yang kalah kepada Khairy sebagai Timbalan Menteri. Cara mesej diberikan pun boleh dikatakan agak memalukan, yang mana ayat sebenarnya ialah 'Berambus Engkau Bersama Budak Tingkat Empat'.

Najib pasti akan mendengar dan mematuhi signal yang telah diberikan oleh Mahathir, MahaSifu yang telah membantu Najib ke jawatan Perdana Menteri. Selagi MahaSifu masih ada, selagi itulah Najib akan menjadi boneka. Walau pun sebenarnya Najib sendiri tidak suka menjadi boneka MahaSifu.

Mungkin Najib akan mengikut arahan MahaSifu buat sementara kerana beliau tahu, MahaSifu sekarang dah berumur 82 tahun. Dah tua dah, cuma tunggu masa aje maka terpaksalah Najib mengeluarkan ilmu yang beliau miliki iaitu 'Sabaaaaaaaaaaaaar'. Sikap yang hanya ada pada Najib sahaja, tidak pada orang lain.

Tetapi beliau kena faham, kerana sikap itulah yang membuatkan beliau tetap menjadi orang nombor dua walaupun MahaSifu telah tiada. Ini telah pun diterjemahkan oleh ramai penulis akan makna BN, iaitu 'BiniNajib'.

Kerana itu juga menang atau kalah, Pakatan Rakyat tetap bergaya. Kalah kerana Bagan Pinang adalah kubu pos buat BN. Jika Pakatan Rakyat Menang atau dapat mengurangkan majoriti BN, maka rakyat yang menghantar mesej bahawa Umno-Bn akan ditalkinkan oleh rakyat dalam PRU 13 nanti.

Jika teori 'RAHMAN' dalam politik Umno-Bn dan Malaysia itu benar, maka Umno-Bn akan menjadi pembangkang dalam PRU 13 nanti. Ini kerana Najib adalah penutupnya teori tersebut dan Rosmah terpaksa berjumpa semula dengan 'bomoh' untuk mengetahui untung nasib sebagai 'Wanita Pertama' yang menjadi 'Si Tanggang Moden'.

Isnin, 21 September 2009

Haramkan SIS Jika Umno Parti Islam.

Memandangkan hukuman sebat dijatuhkan di negeri kelahiran Pendana Menteri, maka Umno yang mengaku sebagai parti Islam patut mengharamkan Sister In Islam. Jika benar kata-kata itu keluar daripada mulut Datuk Seri Najib.

Sekiranya Umno takut mengharamkan SIS, pilihan yang ada ialah jangan membenarkan SIS menggunakan perkataan Islam. Inilah pertubuhan yang bertopengkan Islam, semata-mata untuk memalukan umat Islam dengan sikap sekularnya.

Dimanakah Umno yang mengaku sebagai parti Islam dalam menangani isu sebat yang dijatuhi oleh Mahkamah Syariah Pahang. Apakah keperluan buat SIS untuk menyemak semula hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah tersebut.

Sebenarnya semasa Rasulullah telah di Israk kan, baginda telah mendengar suara-suara yang menegur baginda tetapi Malaikat Jibrail terus membawa Banginda tanpa menoleh. Jika dizaman sekarang ini kita boleh mengandaikan bahawa itulah suara SIS.

Dalam kesungguhan SIS yang kononnya untuk membela kaum wanita, apakah mereka mampu untuk meminta Allah s.w.t. menyemak kembali hukuman yang akan diterima oleh kaum wanita yang melakukan kesalahan di padang Mahsyar nanti.

Mungkin mereka boleh berhujah dihadapan Allah s.w.t. yang mana Allah s.w.t. mungkin terkhilaf menjatuhi hukuman diatas dasar membela kaum wanita. Usahlah menyibuk kat Malaysia ini kerana banyak lagi pertubuhan yang mampu berperanan membimbing Kartika selepas beliau selesai menjalani hukuman.

Apakata jika SIS pergi ke China dan Jepun dimana dua gadis  Melayu telah dijatuhi hukuman. Seorang telah dijatuhi hukuman tujuh tahun setengah di Jepun dan di China seorang lagi dijatuhi hukuman seumur hidup, kedua-duanya baru berumur 25 tahun.

Itu belum lagi yang berada di negara-negara lain seperti Amerika Latin, Eropah dan beberapa lagi di negara Asia. Mungkin nama SIS akan bergemilang seperti bintang-bintang dilangit. Bukankah itu yang dicita-citakan oleh SIS untuk mencari glamour..

Sedangkan yang empunya tubuh sanggup menerimanya tanpa membuat rayuan terhadap hukuman yang telah dijatuhi keatasnya. Kenapa mereka terlalu sibuk mencampuri urusan yang tiada kena mengena dengan mereka.

Atau ada tangan-tangan ghaib yang mengarahkan pertubuhan tersebut agar membuat rayuan terhadap hukuman tersebut. Yang pasti ada pihak yang cukup gerum dengan hukuman tersebut kerana ia berkepentingan dalam hal yang melibatkan arak.

Yang mengerumkan mereka kerana ia adalah satu permulaan terhadap hukuman syariah yang akan membawa impak kepada mereka pada masa akan datang. Walau pun ianya hukuman syariah 356, tetapi ini betul-betul menakutkan mereka.

Atau mungkin juga kerana mereka takut dek kerana ramainya anak pemimpin parti Islam Umno yang menbanjiri kelab-kelab malam dan juga disko-disko. Kita semua maklum akan hidangan istimewanya ialah air kencing syaitan yang berkemungkinan, bekalannya adalah daripada Filipina.

Jumaat, 18 September 2009

Noordin Mat Top : Mesej Daripada Mahathir Kepada Najib.

Apabila isu kalungan selipar digambar Mahathir dikecam hebat oleh pemimpin Umno, maka Mahathir telah menghantar mesej kepada Najib. Walau pun dengan bahasa kiasan tetapi mesej tersebut begitu tajam agar Najib bertindak.

Inilah masanya Najib kena balas jasa Mahathir setelah beliau mempercepatkan perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri. Apakah akan berlaku rombakan kabinet selepas pilihan raya kecil Bagan Pinang nanti?. Kerana sudah tiba masanya untuk Najib mengikut arahan daripada Mahathir.

Orang yang paling panas punggung sekarang ini adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Nazri Aziz. Ini adalah kerana namanya telah disebut secara jelas berkaitan dengan kritikan kerasnya terhadap Mahathir. semasa era Pak Lah.

Nak buat macam mana, ingatkan Pak lah akan bertahan lama sebagai Perdana Menteri. Kerana itulah beliau terlalu kuat mengibas Pak Lah apabila Mahathir mengkritik kelemahan Pak Lah. Apalah malang nasibmu wahai Nazri si pengampu.

Patutkah beliau pergi berjumpa dengan Mahathir meminta maaf dan cium kaki Mahathir yang berselipar. Atau mungkin beliau akan menunjukkan kejantanannya dengan mempertahankan kritikan yang membuat Mahathir kecil hati.

Yang pasti, Nazri Aziz ada didalam senarai paling atas dikalangan Menteri yang akan digugurkan dek kerana kejantangan beliau itu. Atau beliau akan menjilap balik kata-katanya itu dalam mempertahankan jawatan yang sentiasa menjadi idaman pemimpin Umno yang lain.

Aku dah kata hang jangan dok x sangat dengan kejantanan kamu tu.......... tapi hang degil. Hang ingat Che Det dah tua......... hang boleh kata macam-macam kat Che Det. Hang ni kalu nak kipas-kipaslah.......... laju mana pun tak apa. Tapi jangan dok kutuk orang tua tu.............. sekarang hang terimalah nasib hang lagu mana.

Hang ingat tua Che Det tua nak mati ke............. hang tahu tak........... Che Det ni no............ makin tua makin panjang akal dia............. hang ingat hang muda........... hang boleh tembak ikut sedap hati hang........... sekarang baru hang tahu............ langit tu tinggi ke rendah............. baru hang tahu power Che Det lagu mana.

Hang dengan Rafidah sama aje.......... campur sekor lagi kat Kedah tu............. Sekarang baru hang tahu........... macam mana bila kena libas............. Hang belum beranak lagi............... Che Det dah orang penting dalam Umno............ Hang ni no............ bukan nak cakap........... sign pun belum kering lagi dah nak tunjuk x............. hang tanggunglah sendiri.


Celaka betullah kamu mulut............ cakap pakai lepas je............. kamu punya pasallah............ habis kaki, tangan, muka telinga kena tanggung........... Kamu ni mulut............. patut kena tenyeh dengan cili api baru padan............. Lain kali kalau nak kutuk............. pastikan PM tu betul kukuh dan hayat panjang............ baru boleh kutuk............. tengoklah sekarang ............ kan dah kena.

Selamat Menyambut Aidul Fitri

Ramadhan Mula melabuhkan tirainya setelah sebulan berpuasa kita mula merayakan hari kemenangan selepas menahan lapar dan dahaga. Syawal mula menjelma untuk menutup tirai bulan Ramadhan, bulan yang diberkati dan bulan untuk umat Muhammad.


Dibulan Ramadhan segala syaitan telah dibelenggu tetapi nafsu tetap terlepas untuk menguji keimanan kita. Ada orang berkata, kenapa di bulan Ramadhan masih berlaku maksiat sedangkan para-para syaitan telah dibelenggu untuk menghasut umat manusia.


Mengikut cerita yang disanadkan, Iblis adalah makluk yang paling alim sebelum Allah s.w.t. menciptakan Adam. Apabila Allah s.w.t. menciptakan Nabi Adam a.s. daripada tanah, maka Iblis menjadi sombong setelah Allah menyuruh para Malaikat tunduk kepada Nabi Adam a.s. Seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud :


"( Ingatlah ) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah diatas bumi ( Adam ). Maka jawab mereka itu : Adakah patut Engkau jadikan diatas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpaskan darah, sedang kami tasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Allah berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu ketahui ".


Para Malaikat adalah makhluk yang taat dan patuh  menurut perintah Allah s.w.t. Mereka disuruh Allah tunduk kepada Nabi Adam a.s., lalu mereka tunduk. Tetapi Iblis adalah makhluk yang ingkar dan derhaka kepada Allah s.w.t. dan tidak mahu menurut perintahnya.


Jika kita mengatakan bahawa iblis dan syaitan yang menghasut dan memesongkan kita, tetapi siapa pula yang menghasut iblis? Kerana itulah kita disuruh berpuasa dengan lapar dan dahaga kerana itulah yang dapat melemahkan nafsu. Kerana nafsu tidak dibelenggu dibulan Ramadhan.


Maka bolehkah kita mengatakan yang kita telah mencapai kemenangan dalam masa yang sama nafsu serakah masih lagi terikat pada diri kita. Sebagaimana cara kita berbuka puasa dengan nafsu makan kita maka meja sebesar mana pun akan dipenuhi dengan makanan.


Pada masa hampir menyambut raya, nafsu membeli pula memenuhi selera kita dengan membaharukan yang lama. Sedangkan yang lama pun masih lagi elok untuk digunakan, konon untuk menunjukkan kemenangan berpuasa.


Ingatkan berpuasa boleh memberi bimbingan kepada kita agar bersederhana dalam kehidupan. Rupa-rupanya semakin teruk kita dibuatnya, semuanya nak. Maka disinilah kita patut bermuhasabah pada diri kita, apakah kita betul-betul menghayati apa yang tersurat dan tersirat di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan.

Noordin Mat Top....... Hari Ini adalah Hari Quds Sedunia.

Apabila memperkatakan tentang Noordin Mat Top dan juga Dr. Azhari iaitu penjenayah, pengganas atau hero. Apapun kita patut mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua tokoh tersebut walau apa pun anggapan masyarakat terhadap mereka. Sebagai umat Islam, kita patut menunjukan simpati kita terhadap keluarga mereka.


Apa yang kita patut renungkan ialah kenapa mereka bertindak diluar batas sebagai seorang yang menganut ajaran Islam. Kenapa mereka menzahirkan perjuangan mereka melalui keganasan yang mana banyak kematian melibatkan umat Islam juga.


Adakah perjuangan mereka betul-betul mewakili rakyat marhaen yang serba daif. Sepatutnya kita dan kerajaan patut memikirkan kenapa dan siapa yang sebenarnya yang melahirkan mereka yang berjuang secara kekerasab dan keganasan.


Apakah tiada lagi jalan yang terbaik untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kuasa penjajah. Sebagaimana yang berlaku terhadap rakyat Palestin yang terjajah dibumi sendiri tanpa mendapat pertolongan daripada negara umat Islam yang mengelilinginya. Malah negara umat Islam sendiri membuatkan sekatan terhadap rakyat Palestin.


Tidakkah amat malang buat umat Islam apabila melihat saudara seagama dilayan sebegitu rupa. Jangankan hendak membantu, malah mereka disekat daripada menerima bantuan daripada saudara mereka dari seluruh dunia. Yang menyekat bantuan daripada disalurkan kepada mereka ialah negara yang sama agama dengan mereka.


Tidakkah mereka dikhianati oleh saudara mereka sendiri yang mengaku Muslim tetapi dalam masa yang sama mereka bersekongkol dengan rejim Zionis. Tidakkah kita sebagai saudara tidak terasa dengan keperitan saudara kita di Palestin.

Maka bertetapanlah hari ini dipanggil hari Quds, selagi bumi Palestin tidak dibebaskan oleh umat Islam daripada rejim Zionis. Bilakah akan lahir seorang lagi Salahuddin Al-Ayubi untuk membebaskan tempat ketiga paling suci buat umat Islam.

Noordin Mat Top Gugur........

Telah disahkan bahawa Noordin Mat Top telah gugur ditembak oleh skuad komando polis Indonesia. Ianya telah disahkan melalui cap jari yang diambil 9 tahun yang lepas. Beliau dikatakan gugur setelah berlaku kejadian tembak menembak diantara kumpulannya dengan skuad komando.

Setelah terkepung oleh polis selama beberapa jam, maka tewas seorang yang dituduh sebagai ketua Al-Qaeda Asia Tenggara. Sebelum itu kawan beliau Dr. Azhari juga telah ditembak mati oleh polis Indonesia.

Noordin Mat Top yang dikatakan sebagai pakar pembuat bom berasal daripada Johor. Keluarga beliau telah mengesahkan yang mereka telah menerima berita tentang gugurnya Noordin Mat Top. Mereka dijangka akan ke Indonesia untuk menuntut jenazah Noordin Mat Top.

Benarkah segala kerja-kerja pengeboman di Indonesia itu telah dilakukan oleh Noordin Mat Top yang dituduh sebagai pengganas. Dan sudah berakhirkah segala keganasan dengan kematian Noordin Mat Top.

Yang pasti Islam tidak menyuruh penganutnya melakukan keganasan yang melibatkan kematian orang yang tidak bersalah. Sebagaimana Islam memberi pelindungan kepada kaum wanita, orang-orang tua, kanak-kanak, hatta Islam sendiri melarang tempat-tempat ibadat dan juga pokok-pokok dari dimusnahkan.

Betapa Islam menjaga segala keselamatan musuh-musuhnya yang menyerah diri didalam peperangan. Ini boleh dikaji dan dibaca, bagaimana Salahuddin Al-Ayubi memberi pelindungan kepada musuh-musuh Islam didalam peperangan Salib yang membawa kepada pembebasan BaitulMuqqadis dibumi Palestin.

Khamis, 17 September 2009

Ugutan Bunuh Atau Sudah Bermulanya Wayang.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo membuat lapora polis berikutan menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya.

Beliau membuat laporan berhubung dengan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Shah Alam, di sini, hari ini.

Setelah mengaku disiasat (SPRM panggil untuk bersembang) oleh SPRM tentang banglo mewahnya itu, tiba-tiba timbul pula surat ugutan bunuh terhadap beliau.

Siapalah yang bodoh sangat menghantar surat ugutan bunuh terhadap beliau. atau sekadar main wayang dalam mengalih pandangan orang ramai tentang siasatan terpilih terhadap beliau oleh SPRM.


Mungkin tahun ini Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik akan dibolot oleh beliau memandangkan kehebatan beliau dalam merealisasikan isu beliau untuk menagih simpati rakyat Selangor.

Tentang banglo mewah beliau itu, saya menyarankan rakyat Malaysia yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS agar mengambil jurusan Doktor Pergigian.

Ia adalah satu bidang yang betul-betul menguntungkan kerana umur baru mencecah awal 40 an sudah boleh bergelar jutawan dan boleh membina rumah agam yang bernilai berjuta-juta RM.

Adalah menjadi satu kebanggaan sekiranya Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dapat memberi beberapa tip kepada bakal-bakal Doktor Gigi, bagaimana untuk menjadi jutawan.

Beliau juga patut dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah, memandangkan kejayaan demi kejayaan yang telah beliau kecapi setelah bergelar Doktor Gigi.


Dan kejayaan beliau telah membuatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mencemburui beliau memandangkan selama 22 tahun menjadi PM, beliau hanya mampu mendiami rumah yang bernilai RM 1 juta lebih sahaja.

Kerajaan patut mewujudkan satu kerusi buat beliau di IPTA, mungkin yang sesuai ialah Univesiti Sains Malaysia yang dipanggil Kerusi Khir Toyo, sebagai mengenangkan beliau sebagai satu contoh kejayaan bangsa Melayu yang berjaya dengan klinik giginya.

ISA : Bebas 5 Tahanan, Nak Tangkap 500,000 Ribu Orang.

 Sehari selepas membebaskan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengugut akan memenuhkan Kem Tahanan Kamunting sehingga ke pinggirnya.

Ugutan beliau itu dibuat ketika tokoh-tokoh MIC seolah-olah mengamuk menentang 'big brothers' di dalam Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin pula menyatakan bahawa 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN).

"Jika ada orang yang merupakan ancaman kepada keselamatan, saya akan penuhkan sehingga ke pinggir Kamunting," ancam Hishammuddin.

Beliau berkeras akan mengekalkan pusat tahanan itu dengan mendakwa "ia merupakan merupakan pangkalan penting bagi memerangi sebarang ancaman terhadap keselamatan negara".

Dengan menggunakan alasan "untuk melindungi rakyat Malaysia daripada sebarang ancaman ke atas keselamatan mereka," beliau juga memberi amaran akan "melakukan apa sahaja yang dibenarkan mengikut undang-undang".

"Kamunting ada di situ ada bersebab kerana ia adalah bagi melindungi sebarang ancaman terhadap keselamatan. Mereka (tahanan yang ada) merupakan ancamana kepada keselamatan," Bernama memetik beliau berkata ketika menjawab soalan mengenai sebarang cadangan bagi mengosongkan kemudahan di Kamunting.

Ancaman Hishammuddin itu dibuat ketika berlarutannya penentangan MIC terhadap Umno yang dilihat umum sebagai mengancam keselamatan dan kekuasaan BN.

Semalam, Ketua Pemuda MIC, T Mohan dilaporkan menuntut Umno mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana campur tangan dalam urusan dalaman MIC.

Tuntutan Mohan itu membuktikan MIC sebenarnya tidak mengalah walaupun berundur setapak ke belakang apabila kelihatan tunduk kepada tekanan Umno dengan menggantung seorang perwakilan di perhimpunan agungnya, M Sukumaran yang berucap menyarankan potret Dr Mahathir dikalungkan dengan selipar Ahad lalu.

Ketika diminta pandangannya mengenai pergolakan itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Mohan yang menuntut Umno mengambil tindakan ke atas Dr Mahathir itu sebenarnya ditujukan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu membidas kenyataan Najib ketika merasmikan perhimpunan agung ke-63 parti itu Sabtu lalu.

"Perdana Menteri cakap, bila popular di dalam parti sahaja tak mencukupi. Perlu popular di kalangan rakyat juga.

"Biar saya cakap ini. Kalau popular di dalam parti baru anda bercakap di luar, dengan rakyat. Kalau tak, mereka akan tanya, siapa kamu?" kata beliau.

Anak lelaki Samy Vellu sendiri, Vell Paari melihat kenyataan Najib itu sebagai campur tangan dalam urusan dalam MIC.

"Para perwakilan (perhimpunan MIC) juga kecewa dengan ucapan (perasmian) Najib yang tersirat kritikan terhadap Presiden MIC dan menggesa dilakukan perubahan di dalam parti, seolah-olah beliau mahu pasukan presiden dikalahkan," katanya.

Samy Vellu bukan setakat menentang campur tangan tokoh-tokoh Umno dalam urusan parti yang dipimpinnya, malah menghentam BN apabila menyatan para pengundi India meluat dengan BN.

Keselamatan BN bukan sahaja terancam dengan penentangan MIC itu, malah ia turut tergugat dengan perpecahan MCA.

Salahuddin melihat tindakan Majlis Presiden MCA memecat bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai tindakan penentangan terhadap Najib dan Umno.

Dalam pertelagahan antara Chua dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ong Tee Keat, Najib dan Umno dilaporkan menyebelahi Chua.

Sebelum itu, dalam tindakan yang dilihat sebagai tamparan hebat kepada Ong, Najib melantik Chua sebagai ketua penyelaras BN bagi merampas semula negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

"Ong dilaporkan amat marah dengan tindakan Najib melantik Chua ke jawatan itu," kata Salahuddin.


Menambahkan lagi ancaman keselamatan Umno dan BN, China Press Ahad lalu melaporkan Daim berkata, 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong BN.

Bahkan, katanya lagi, bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu.

Menurut beliau, ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya.

Sebelum pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, bekas Bendahari Umno itu pernah memberi amaran tentang tiga negeri yang disifatkannya sebagai "kawasan panas" bagi BN, iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Ketiga-tiga negeri itu akhirnya terlepas dari cengkaman BN dalam pilihan raya tersebut termasuk Perak yang akhirnya dirampas kembali oleh parti itu dalam "operasi lompat" yang dilaporkan telah diketuai sendiri oleh Najib.

Kelantan, dalam pilihan raya umum lalu, gagal dirampas oleh BN.(Harakah)

Bagan Pinang : Bolehkah PR ( PAS ) Menang...........

Perdana menteri masih lagi membisu terhadap banyak kes membabitkan pencabulan undang-undang negara. Maka, tidak ada sebab untuk rakyat mengundi Barisan Nasional di Bagan Pinang, kata AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa.

Husam yang juga Exco kerajaan Kelantan berkata, ketika undang-undang dicabul, negara pula terpaksa berhutang RM95 bilion, pemulihan kedaulatan undang-undang masih belum berlaku walaupun sudah lebih lima bulan Najib Razak berada di puncak kuasa.


Misalnya dalam kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri, siasatannya sehingga membawa kepada kematian Teo Beng Hock.


"Seorang pemuda India pula mendakwa diseksa semasa penyiasatan SPRM. Semuanya itu tidak mendapat apa-apa reaksi daripada Perdana Menteri," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan sempena Hari Raya Aidil Fitri di Masjid Kamil Hassan, Salor baru-baru ini.


Menurut Husam, keadaan ini jelas menunjukkan tidak ada pemulihan dari segi perjalanan kedaulatan undang-undang dalam negara. Manakala dari segi ekonomi, Malaysia kelihatan semakin parah.


Keadaan negara yang setakat tahun ini sahaja telah berhutang RM93 bilion dalam bentuk jualan bon, merupakan satu jumlah yang sangat menakutkan sehingga boleh membawa kepada keruntuhan ekonomi negara.


Ekoran daripada dasar perkembangan itu, beliau yakin tiada sebab untuk rakyat menyokong calon BN di Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini.


"BN kini sudah tidak mampu lagi memimpin negara ini. Rakyat harus menyedarkan BN dengan memberikan undi alternatif kepada pihak lain," tambahnya.


Ditanya sama ada PAS mampu memecahkan undi penyokong BN di kerusi tersebut, Husam berkata:


"Kalau kita mengatur strategi yang tepat kita ada peluang untuk menang biar kawasan itu mempunyai lebih 4,604 undi pos.

Dengan pengundi berdaftar seramai 13,664 pengundi dan pengundi pos sahaja seramai 4,604 yang mewakili sebanyak 33.69 %.


Satu angka yang besar bagi satu-satu kawasan mengundi yang bertaraf Dewan Undangan Negeri.
Setiap kali belakunya pilihan raya, undi pos sentiasa menghantui parti pembangkang. Ini disebabkan ketidak telusannya kerana nama-nama mereka terlalu mudah untuk di ekses oleh pihak kerajaan kerana mereka bila-bila masa boleh mengugut pengundi pos. Kerana segala maklumat mereka terdapat pada borang yang berserta dengan nombor siri yang terdapat pada borang tersebut.
 Namun, apa yang pasti Pilihan raya kecil kali ini tetap dilihat pemerhati politik sebagai unik kerana, ini :

1. PRK ke -9
2. Berlakunya di N-9
3. Kekosongannya dalam bulan 9
4. Bulan Ramadhan, bulan ke-9 tahun hijrah
5. Pada tahun 2009
6. NS ada 9 Luak
7. Bagan Pinang ada 9 UPU (termasuk 1 undi Pos)
8. Calon BN yang disebut-sebut : Tan Sri Isa Samad – Menteri Besar N9 yang ke-9
9. Tan Sri Isa Samad lahir tahun 1949
Walau apa pun yang berlaku, bolehkah PAS memenanginya dengan majoriti 9 undi atau 99 undi atau 999 undi,  atau pun PAS kalah dengan majoriti 9 undi atau 99 undi atau 999 undi. Tetapi yang pasti PAS tidak akan kalah dengan 9,999 undi. Bukan apa.............. sekadar andaian sahaja.

Bagan Pinang : PAS Seru SPR Hormati Hak Dan Kebebasan Mengundi Anggota Keselamatan

PAS menyeru semua pihak termasuk Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menghormati hak dan kebebasan pasukan anggota keselamatan khususnya membabitkan kerahsiaan undi mereka.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata demikian dalam menekankan kerahsian undi pos yang dikatakan terancam akibat beberapa prosidur mengundi yang ditetapkan SPR.


"Anggota keselamatan harus diberi hak dan kebebasan untuk mengundi tanpa berasa terancam," tegasnya.


Katanya, sebarang kaedah yang boleh menimbulkan suasana tidak selesa dan mengancam kerahsiaan undi anggota keselamatan, perlu dihapuskan sama sekali.


"Semua pihak termasuk SPR bersama memperjuangkan ke arah wujudnya satu ketelusan yang sepenuhnya terhadap anggota keselamatan," katanya.


Menurut Salahudin, desakan tersebut bukan sahaja datang dari parti-parti politik pembangkang, malah badan bukan kerajaan (NGO), para anggota yang sudah bersara juga boleh memainkan peranan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pengundian pos yang pernah mereka lalui.


"Saya juga minta bekas anggota keselamatan yang sudah bersara supaya berani tampil mengemukakan apa yang mereka rasa tidak kena dengan prosidur undi pos ini," tambahnya lagi.


Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 3 Oktober ini sebagai hari penamaan calon dan 11 Oktober sebagai tarikh pembuangan undi.

Bagan Pinang : PAS Optimis 80 Peratus Keluar Mengundi

PAS menyambut baik keputusan SPR menetapkan hari mengundi bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang pada hari cuti.
Jelas Salahudin, keputusan yang diumumkan SPR semalam hasil perjuangan Pas selama ini yang tidak pernah berhenti menuntut supaya SPR tidak lagi menetapkan tarikh pengundian pada hari cuti seperti di Manek Urai dan Pengkalan Pasir.


Beliau yang juga ketua Pengarah Pilihan raya Pas Bagan Pinang berkata, beliau optimis bahawa PAS mampu menang di kerusi Dun tersebut jika jumlah keluar mengundi mencecah antara 70 hingga melebihi 80 peratus.


Sehubungan dengan itu beliau berharap akan memberi ruang yang lebih selesa kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka tanpa mengira latar belakang kecenderungan politik.


Sebelum ini Salahudin menekankan kerahsian undi pos anggota keselamatan pada masa ini dikatakan terancam akibat beberapa prosedur mengundi yang ditetapkan SPR.

Rabu, 16 September 2009

Agak-Agaklah Siapa Sebenarnya Dalang Di Sebalik Kekalutan Di Perak.

 
KEPUTUSAN mahkamah sudah mengesahkan siapa berkuasa di Perak. Perkenan Sultan tidak ada, tapi masih juga bertindak keras kepala. Peraturan mana yang mereka pakai. Bahasa apa lagi yang perlu digunakan supaya benar-benar faham.

Kami rakyat Perak, sudah bosan dengan politik yang berunsurkan keganasan. Tidak habis-habis melanggar undang-undang. Tidak sudah-sudah menimbulkan masalah dalam negeri yang kami cintai ini. Kami mahu hidup aman dan dapat melaksanakan ibadat puasa dengan aman tanpa keresahan tentang kestabilan negeri.

Janganlah isu sensitif di Selangor hendak dibawa dan dilepaskan dendam dan marah kepada kami di Perak, terutama untuk perhatian Sivakumar. Anda bukan lagi speaker DUN kami. Kalau anda rasa anda ada penyokong, BN juga ramai penyokong. Jadi jangan kerana sikap keras kepala anda, antara penyokong juga bermusuhan atau saling benci-membenci. Kami ingin mengekalkan suasana harmoni sedia ada dan kami sesama Islam dapat merayakan hari raya puasa ini dengan lebih meriah.

Kepada DAP, jika terus juga berdegil dengan perlakuan ini, anda sebenarnya tidak menghormati raja kami. Sejarah membuktikan kami rakyat Perak akan berbuat apa sahaja demi kedaulatan raja kami. Patuhilah rukun negara kedua jika anda adalah benar-benar rakyat Malaysia yang cintakan tanah air ini. Selama 52 tahun, belum ada lagi kumpulan yang berani mencabul prinsip-prinsip rukun negara. Tindakan anda sebenarnya membuatkan rakyat Malaysia yang cinta pada negaranya, amat benci dan marah.

Hentikanlah, kerana perbuatan ADUN-ADUN begini sebenarnya mencabuli semua lima prinsip rukun negara dan memang layak dikenakan lucut kerakyatan.
Ingatlah, kami mahu keamanan agar dapat beribadat sempurna di negeri kami, hidup dan mati kami kerana Allah untuk agama, bangsa dan negara.

PANTANG DICABAR
Bagan Serai, Perak

Ulasan Musafirlalu.............

Sungguh bersemangat 'Pantang Dicabar' dalam penulisan beliau tentang isu yang berlaku di Perak. Artikel ini saya kutip daripada blog Hamidah Osman, antara perancang utama yang mengusung Speaker Dun Perak, Sivakumar. Bagus juga tulisan ini berada didalam blog Hamidah Osman.

Hormatilah kepada rukun negara........... itulah antara yang ditujukan kepada Speaker Siva. Bagi saya untuk 'Pantang Dicabar'................ sebagai seorang yang mengaku Islam............ manakah yang lebih penting antara Rukun Negara dengan Rukum Iman........... Mungkin jawapan yang saya dapat daripada penyokong karat Parti Islam Umno ialah Rukun Negara.

Kerana itulah Parti Islam Umno dengan PAS................ Parti Islam Umno mereka berpegang dengan Rukum Negara.............. dan bagi PAS pula, mereka berpegang kepada Rukum Iman............ Jika tanya saya apakah yang terkandung didalam Rukum Negara................ jawapan ikhlas daripada saya ialah saya tidak tahu dan tidak ambil peduli............ ini tidak bermakna saya tidak mencintai nagara saya.

Bagi pendapat peribadi saya.............. Rukum Negara sendiri pun tidak tidak mampu untuk mencorakkan pemikiran pemimpin dan penyokong Parti Islam Umno............ Mereka sendiri pun tidak menghormati prinsip-prinsip yang ada dalam Rukum Negara ciptaan mereka sendiri............. apatah lagi untuk menghormati Rukum Iman.

Jika Parti Islam Umno betul-betul menghayati Rukum Negara............ pasti apa yang terjadi di Perak ini tidak akan berlaku. Kerana tidak mengendahkan Rukum ciptaan mereka sendirilah yang membuatkan mereka tidak dapat menerima hakikat............. yang mereka telah tewas di Perak................ Maka mereka mula melakukan kerja-kerja haram mereka dengan menggunakan pintu belakang.

Segala jentera dan agensi kerajaan diperkudakan dalam menghalalkan nafsu serakah mereka itu. Mereka membuatkan rakyat semakin menyampah kerana segala jentera digunakan............. Bagaikan semua itu kepunyaan emak bapak mereka............. Kerana mereka jugalah maka lahirlah orang-orang seperti 'Pantang Dicabar'.

Berpijaklah dibumi yang nyata............. siapakah sebenarnya yang memporak perandakan Negeri Perak.......... apabila perbuatan mereka tidak disenangi oleh rakyat maka mereka akan menunding jari kepada Pakatan Rakyat............. Pakatan Rakyat boleh menerima segala kekalahan............ tetapi biarlah secara anak jantan.............. bukannya seperti sekarang ini. Pakatan Rakyat bukannya bacul seperti Parti Islam Umno dan konco-konconya.

Mereka yang telah lama berada dipuncak kekuasaan............ tidak dapat menerima kekalahan............. maka mulalah mereka menggunakan cara yang biadap................. Bagi PAS, DAP dan PKR.............. kekalahan sudah menjadi asam garam berpolitik............... walaupun bukan secara anak jantan seperti Parti Islam Umno........... Tetapi parti Islam Umno dan konco-konconyalah yang tidak dapat menerimanya.

Lihatlah bagaimana mereka telah melacurkan undang-undang yang mereka sendiri yang menciptakannya. Kerana bagi mereka yang menganut ajaran 'Matlamat Menghalalkan Cara'.............. undang-undang boleh dilacurkankan selagi ia menguntungkan Parti Islam Umno.

Parti Islam Umno dan konco-konconya. Mereka meninggalkan undang-undang yang mereka ciptakan tanpa dilaksanakan. Apabila pihak berkuasa tempatan melihat ada ruang untuk melaksanakan undang-undang tersebut............. mereka akan menentang habis-habisan............ tanpa memikirkan apakah impak yang akan berlaku pada mayarakat.

Lihatlah apa yang berlaku, apabila Mahkamah Syariah Pahang menjatuhkan hukuman sebat............. siapakah yang menentangnya?. Tetapi............. siapakah yang membuat undang-undang tersebut?. Mereka yang mengubalkannya........... mereka juga yang bersungguh-sungguh menentangnya................. Fikirlah sendiri dengan akal yang waras............... apa jenis manusia yang patut kita gelarkan kepada mereka.

Parti Islam Umno Semakin Teruk Tekanan Jiwa.........

Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Datuk Shamsuddin Nawawi mencadangkan mental Kartika Sari Dewi Shukarno yang dihukum sebat perlu diperiksa dengan teliti sebelum hukuman itu dijalankan.


"Memandangkan ada peruntukan pemeriksaan perubatan sebelum hukuman sebatan terhadap Kartika, saya harap pihak Mahkamah Syariah dan juga Jabatan Agama Islam Pahang akan memastikan keadaan mental Kartika juga diperiksa dengan teliti!

"Bukan hanya mentalnya yang perlu diperiksa, status perkahwinannya juga perlu diperiksa. Di manakah suaminya? Kenapa suaminya tidak pernah muncul sedangkan Kartika ada anak?" kata beliau dalam blognya, dongtalk.blogspot.com.

Pandangan Shamsuddin itu dipercayai sebagai respon kepada kenyataan Kartika baru-baru ini ini yang menyatakan beliau tidak sabar-sabar hendak disebat.

"Saya tak sabar menanti badan saya disebat. Kalau boleh saya ingin hukuman ini dipercepatkan," katanya.


Pada 20 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman maksimum denda RM5,000 dan enam sebatan ke atas Kartika Sari Dewi mengikut Seksyen 136 enakmen itu selepas dia mengaku bersalah meminum arak di sebuah pusat hiburan di Cherating dua tahun lalu.

"Kartika tidak sabar-sabar lagi mahu disebat dan ramai juga yang menunggu bagaimana sebatan itu akan dijalankan," kata Shamsuddin.

Menjelaskan mengenai hukuman itu, beliau berkata, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, antara lain, menetapkan bahawa pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan.

Enakmen itu juga, menurut beliau, menetapkan bahawa pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan samada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan dan pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan.

Oleh kerana hukuman itu hanya perlu dilaksanakan dihadapan seorang doktor kerajaan yang akan mengesahkan Kartika dalam keadaan sihat untuk menjalani sebatan itu, kata beliau, "pastinya juga keadaan kesihatan mental Kartika perlu juga diperiksa oleh doktor itu".

"Adakah Kartika dalam keadaan mental yang sempurna untuk menjalani hukuman sebat itu," kata Shamsuddin yang berkelulusan undang-undang.

Sebelum ini, beliau menyatakan beliau tetap mempertahankan hukuman yang dikenakan ke atas Kartika.


"Semuanya kerana saya berpendirian bahawa Undang-Undang Syariah Pahang adalah sah dan berkuatkuasa, Kartika mengaku salah terhadap kesalahannya, Kartika tidak mahu membuat rayuan dan Kartika rela dengan hukuman yang hendak dijalankan," tegas beliau.

Hukuman ke atas Kartika mendapat bantahan banyak pihak termasuk Majlis Peguam yang mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan menghapuskan hukuman sebat untuk apa juga kesalahan jenayah kerana berpendapat ia tidak bersesuaian dengan masyarakat Malaysia yang penuh dengan perasaan belas kasihan.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia menolak dakwaan tersebut.

"Dakwaan hukuman sebat itu kejam dan menindas wanita tidak benar, namun pihak tertentu mengambil kesempatan menggunakannya bagi memburuk-burukkan Islam di serata dunia.

"Hakikatnya, sebatan dalam undang-undang syariah tidak sama seperti sebatan dalam undang-undang sivil. Islam juga tidak menindas wanita kerana hukuman terhadap lelaki dan wanita sama saja.

"Jadi, hukuman itu perlu diteruskan supaya orang dapat melihat sendiri sebatan menggunakan rotan kecil itu tidak menyakitkan seperti disangka, selain orang yang disebat juga berpakaian menutup aurat," kata presidennya, Mohamad Isa Abdul Ralip.(Harakah)

Ulasan Musafirlalu.............

Apahal dengan Parti Islam Umno yang semakin melalut dengan berbagai-bagai kenyataan yang dikeluarkan berhubung dengan hukuman sebat yang dikenakan terhadap Kartika. Semakin dekat hukuman itu akan dilaksanakan, semakin mengelabah Parti Islam Umno.

Sekarang mereka mengesa agar Kartika dirujuk kepada Dr.Pakar, berhubung dengan ketegasannya menolak daripada mengemukakan rayuan. Sepatutnya mereka semua yang sepatutnya dirujuk kepada Dr.Pakar, kerana mental para pemimpin Parti Islam Umno semakin bercelaru.

Wooooiiiiiii........ malulah sikit dengan saudari Kartika............... yang hang sibuk-sibuk sangat ni kenapa? Beliau sanggup terima sebatan tersebut............. hang duduk diam sudahlah............. lain orang makan cili, orang lain pula yang merasa pedasnya.

Aku rasalah........... kesudahannya............ mereka sendiri yang memberi pengampunan............... itu tidak mustahil berlaku............... memalukan betul lah dengan Parti Islam Umno.

Selasa, 15 September 2009

Simpan Sahajalah "Berani Kerana Benar" Kamu Itu............

Bukan main lagi dengan dendangan lagu yang dimainkan oleh Khir Toyo berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama 6 jam di Putrajaya berhubung dengan banglo mewah beliau yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Kemudian mempertikaikan pula sikap SPRM yang tidak pernah mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat.

Dan menyatakan kononnya beliau adalah mangsa, dalam masa yang sama memuji akan sikap profesional SPRM dalam menjalankan tugasnya. Tidak lupa juga beliau menyarankan agar pemimpin Pakatan Rakyat Selangor patut didakwa........... Kuat betullah wayang yang dimainkan oleh beliau.

Beliau juga menafikan yang beliau disiasat berhubung dengan Balkis, dengan menyatakan yang beliau bukan ahli Balkis dan tidak ada kena mengena dengan Balkis............. Tang tu memang diakui yang beliau tiada kena mengena dengan Balkis............. Beliau tak bagi tahu pun, rakyat dah tahu.............. kerana beliau bukan jenis sotong........... Kerana Balkis hanya dianggotai oleh isteri-isteri wakil rakyat sahaja......... tak kan beliau seorang isteri.

Masaalahnya............ Pengerusi Balkis adalah isteri beliau............ maka tidak relevan lah sekiranya beliau disiasat berkaitan Balkis. Yang patut SPRM panggil adalah isteri beliau yang mengetuainya............. yang tu mungkin beliau gerun sedikit sekiranya isteri beliau dipanggil oleh SPRM............ yang pasti, SPRM patut memanggil isteri beliau untuk disoal siasat.

Atau ayat yang mudah ialah.......... jemput isteri beliau untuk datang bersembang dengan SPRM........... seperti mana beliau dijemput bersembang selama 6 jam oleh SPRM............. Semua dah jadi pelakon........... Apakah SPRM betul-betul menyiasat beliau............... atau sekadar panggil............. sembang 5-6 jam.......... kemudian umumkan kat akhbar........... yang beliau sedang disiasat oleh SPRM.

Itu pun beliau masih sempat mempertikaikan............ konon-kononnya, SPRM buat siasatan terpilih............ kerana pemimpin Pakatan Rakyat tidak dipanggil.............. tetapi beliau yang menjadi mangsa terdesak SPRM............. Wayang..........wayang.......... wayang............. semua main wayang........... daripada Gerak sampailah kepada SPRM.

Sedarkah beliau yang rakyat hanya memerhatikan segala lakonan mereka............. Banglo mewah beliau yang dianggar RM 20 juta lebih............... disiasat 6 jam sahaja.......... tetapi isu bendera yang bernilai RM 2-3 ribu........... disiasat oleh SPRM sampai mati............ Apakah beliau merasakan yang rakyat Malaysia............. sebodoh ahli-ahli Umno yang boleh digula-gulakan.

Mungkin sekarang ini beliau merasakan yang beliau masih lagi kebal.............. yang pasti kuasa rakyatlah yang akan menentukan nasib beliau setelah segala kekebalan beliau akan ditarik semula oleh rakyat............ hanya masa yang akan menentukan.............. cuma cepat atau lambat sahaja........... yang pasti beliau tidak akan terlepas begitu sahaja.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Umno-Bn yang lain............ segala kesalahan yang mereka lakukan semakin terdedah sedikit demi sedikit.............. Maka bersiap sedia lah dengan peguam-peguam kamu yang handal-handal itu................. Kerana rakyat akan menghukum kamu dengan segala permainan kotor kamu itu.

Tahukah Anda Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya BN Menjadi Pembangkang...........

Lima parti terbesar yang sekarang ini berada didalam Barisan Nasional, di Malaysia Barat yang diketuai oleh Umno(parti perkauman Melayu), MCA(parti perkauman Cina), MIC(parti perkauman India), Gerakan (parti campuran tetapi lebih kepada kaum Cina), PPP(parti campuran tetapi lebih kepada kaum India).

Apa yang boleh disimpulkan disini, parti-parti kompenon BN akan menjadi sebuah parti yang bersikap estrem jika mereka kalah dan menjadi pembangkang. Mungkin sekarang kita tidak nampak tentang sikap-sikap tersebut kerana mereka sekarang ini memegang tampuk pemerintahan kerajaan pusat.


Tembelang ini akan dapat kita saksikan sekiranya mereka kalah dalam pilihanraya yang adil. Apakah boleh berlaku di Malaysia, satu sejarah akan tercipta dengan satu pilihanraya yang bersih?.


Bagi pandangan saya......... ianya susah untuk berlaku tetapi tidak mustahil.
Kenapa saya menyatakan parti-parti tersebut akan menjadi estrem, kerana perjuangan dasar mereka adalah berpandukan kepada perjuangan perkauman yang bahaya.


Kita boleh melihat sedikit sebanyak apa yang berlaku kebelakangan ini apabila mereka tewas di 5 buah negeri. Mereka secara jelas tidak dapat menerima akan kekalahan yang mereka alami di dalam sistem  yang mereka sendiri ciptakan, iaitu demo-kasi ala BN.


Lihatlah cara perampasan yang amat memalukan di Perak. Mereka mengguna segala agensi-agensi kerajaan sesuka hati mereka.

Jika mereka tidak mendapat secara adil, maka mereka sanggup menggunakan secara kukubesi. Walaupun berjaya merampas Perak dengan cara yang betul-betul tidak demokratik. Mereka sanggup dipersedakan oleh dunia dengan tindakan mereka itu, mereka hanya memekakkan telinga mereka.



Mereka tetap bermegah dengan perbuatan mereka itu, semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat tentang tiada perkara yang dapat menghalang mereka untuk merampas kembali negeri-negeri yang jatuh ketangan Pakatan Rakyat.

Mereka mengira tindakan mereka itu untuk jangka masa yang panjang, tetapi perkiraan mereka itu silap. sedangkan rakyat hanya memerhati sahaja segala tindakkan mereka.


Mereka lupa akan kuasa yang ada pada rakyat. Kerana itu dalam tujuh  PRK di Malaysia Barat yang diadakan, semua tempat mereka kalah termasuk kubu kuat mereka sendiri berjaya dirampas. Itulah hukuman yang telah rakyat lakukan diatas segala sikap angkuh mereka itu.





















Mereka telah menunjukkan kepada rakyat tentang sikap sebenar mereka setelah kehilangan banyak negeri kepada Pakatan Rakyat.


Disitu kita dapat menilai betapa estremnya mereka dalam berpolitik, kerana bagi mereka "Matlamat Menghalalkan Cara".
Lihatlah apa yang mereka lakukan di Selangor, tidakkah tindakkan mereka itu terlalu estrem?.

Isnin, 14 September 2009

Orang Lain Yang Akan Di Sebat........ Parti Islam Umno Yang Takut.

Adalah amat malang bagi parti yang baru bergelar Parti Islam Umno begitu takut dengan hukuman sebat yang dikenakan terhadap Kartika Sari Dewi, 32 tahun. Tuan punya tubuh merelakannya untuk disebat, Parti Islam Umno semakin takut ianya menjadi kenyataan.

Sehinggakan Menteri Pembangunan, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semakin takut. Sehinggakan beliau menghantar beberapa NGO untuk memujuk Kartika agar membuat rayuan terhadap hukuman tersebut.

Bukan main takut lagi Parti Islam Umno melebihi ketakutan yang ada pada empunya diri. Apa sebenarnya motif Parti Islam Umno, sehinggakan mereka tidak dapat menerimanya. Mungkin ketakutan yang ada pada diri Parti Islam Umno, sebagai penanda yang mereka semakin nazak.

Kerana itulah mereka tidak boleh menerima akan hukuman ala Islam itu........... itu baru ala-ala Islam. Tidak tahulah bagaimana kalau betul-betul hukum Hudud terlaksana diMalaysia ini. Yang memelikkan, mereka boleh menerima hukuman sebat tinggalan penjajah yang zalim itu.

Tetapi mereka tidak boleh menerima hukuman sebat Islam yang sebenar, iaitu sebat untuk mengajar. Seperti seorang guru menyebat anak murid yang nakal. Mengikut kebiasaan orang yang nak meninggal, ada perkara yang pelik dilakukan tanpa dipedulikan. Apabila meninggal, barulah orang memperkatakan yang si polan ini patutlah buang tabiat............... rupa-rupanya dia nak meninggalkan kita.

Tabiat tersebut macam Parti Islam Umno alami sekarang ini, dah buang tabiat. Sebagaimana beliau seperti berputus asa apabila NGO yang dihantarnya gagal memujuk Kartika agar membuat rayuan.

Sharizat berkata, pihaknya telah meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk pergi berjumpa dan menasihatkan Kartika supaya membuat rayuan keatas hukuman sebat tersebut.

"Daripada maklumat yang diperolehi mendapati Kartika masih bertegas dengan keputusannya untuk meneruskan hukuman meskipun ia akan memberi implikasi kepada wanita-wanita lain".

Begitu rupanya............. takut memberi 'Implikasi kepada wanita-wanita lain'............... macam mana kalau kita katakan............. takut nanti ramai anak-anak pemimpin Parti Islam Umno akan disebat............ kan elok sekiranya mengeluarkan kenyataan yang berterus terang............. daripada memberi bermacam-macam bahasa kiasan.

Tahniah buat Saudari Kartika kerana berani menanggung akan segala kesalahan yang dilakukan............ walau pun hukuman sebat tersebut hanyalah ala-ala Syariah............ Tetapi keberanianmu tetap akan disanjungi............ sesungguhnya Allah s.w.t. itu Maha Pengampun............ Kerana itulah tempat yang sebaik-baiknya membuat rayuan........... yakni memohon keampunan dari Yang Maha Esa.

Usah dilayan suara-suara yang memanggil-manggil namamu ................agar kamu berpaling............ dan mengikut mereka-mereka yang telah menyesatkan kamu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular