"Sebelum ini, ketika (Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak) Jamaluddin Mohd Radzi berada di dalam Pakatan Rakyat (PR), saksi utama Mohd Imran Abdullah menyatakan Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu di Pusat Bandar Seri Iskandar.APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Sabtu, 31 Oktober 2009
Tiada Faedah Akta 'Whistleblower' Jika Perasuah Dilindungi
"Sebelum ini, ketika (Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak) Jamaluddin Mohd Radzi berada di dalam Pakatan Rakyat (PR), saksi utama Mohd Imran Abdullah menyatakan Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu di Pusat Bandar Seri Iskandar.Saya rela disiasat...... Hassan Ali
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali menegaskan beliau sedia dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk disiasat serta menerima apa sahaja hukuman yang diputuskan oleh parti sekiranya didapati bersalah. Bagaimanapun, menurut beliau, Jawatankuasa Disiplin tersebut mesti melakukan siasatan dengan adil serta telus dan bukannya bersandarkan emosi atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Beliau mengharapkan siasatan itu dilakukan segera secara menyeluruh demi keadilan.
''Percepatkan siasatan kalau saya yang menjadi punca 'kecacatan' parti. Siasat dan kajilah saya. Saya sangat mengalu-alukan siasatan itu dibuat.
''Tetapi, dengan syarat sila kemukakan bukti yang kukuh. Cara siasatan itu dibuat mesti dengan cara yang meyakinkan kita. Bukan dilakukan dengan emosi atau dipengaruhi mana-mana pihak. Mesti dibuat dengan telus. Saya akan terima,'' katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau Loji Rawatan Air, Batu 11 Cheras, di sini hari ini.
Hassan mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyenaraikan namanya sebagai salah seorang yang perlu 'dibersihkan' daripada parti kerana dikatakan prokerajaan perpaduan.
Ini adalah kenyataan pertama Hassan kepada media selepas mesyuarat khas parti pada 28 Oktober lalu yang membincangkan cadangan Nik Abdul Aziz mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkan parti itu daripada pemimpin prokerajaan perpaduan.
Selain Hassan, Nik Abdul Aziz juga melalui blognya menamakan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
Mengulas lanjut, katanya, beliau langsung tidak terkejut atau jauh sekali mahu 'bersikap murung' dengan dakwaan Mursyidul Am Pas itu.
''Sebagai pejuang, 'hati mesti besar'. Bukan bermakna sombong. Perlu kuat ketahanan diri dan inilah waktunya untuk melihat kekuatan diri.
''Jika saya terbukti bersalah dan siasatan itu telus, saya sedia menerima hukuman. Apa saja bentuk hukuman itu saya terimalah. Saya terima kenyataan. Saya anggap teguran Tuan Guru sebagai abang kepada adik. Saya menghormati beliau. Mana-mana jika Tuan Guru ada (berada), saya akan menegurnya dulu. Saya tidak murung atau muram dengan tuduhan itu,'' jelas beliau.
Dalam pada itu, Hassan berkata, Pas Pusat perlu memperluaskan siasatan kepada Pas Selangor dan bukannya tertumpu pada beliau seorang sahaja.
''Saya serahkan pada mereka. Jangan hanya siasatan tertumpu pada 'Hassan Ali' sahaja. Mungkin 'Hassan Ali' dianggap player (pemain). Tapi mungkin ada beberapa lagi individu di Selangor akan disiasat atas pertuduhan 'mencacatkan' parti,'' katanya.
Ditanya mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta, Hassan menyifatkan tindakan itu tidak menjejaskan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor.
''Kalau boleh kita tidak mahu kehilangan satu kerusi pun. Tetapi tindakan ADUN Pelabuhan Klang itu tidak menjejaskan PKR Selangor. Majoriti (kerusi ADUN) masih milik kita,'' katanya. (Utusan Malaysia)
Molek Sangatlah Mu Brahim Masuk Umno......
PANDANGAN sesetengah pihak yang mahukan Datuk Ibrahim Ali kembali ke dalam Umno telah menimbulkan pendapat yang berbelah bahagi di kalangan Umno baik di peringkat nasional, negeri dan juga Umno Pasir Mas sendiri.Ada yang merasakan ‘kepulangan’ Ibrahim wajar kerana beliau dikatakan dapat memperkuatkan kedudukan parti dan memberi ancaman baru kepada PAS.
Sebaliknya bagi mereka yang kurang senang dengan kerencaman gaya politik ahli Parlimen bebas itu merasakan elok kalau Ibrahim dibiarkan terkontang kanting tanpa berjejak di bumi nyata untuk memberi kesedaran kepadanya.
Bagi beliau cadangan membawa masuk itu hendaklah difikir secara mendalam dan direnungi dari berbagai sudut dan tidak dibuat secara terburu-buru.
Ulasan Musafirlalu.............
Molek bebenarlah liabiliti ini balik semula kesarangnya, kalau boleh tukar cepat sikit kerusi dalam parlimen daripada MP Bebas kepada MP BN. Apatah lagi dengan dekat musim hujan ni, jangan sampai banjir sudahlah......... susah pulak rakyat nanti.
Gambar-Gambar Dari Arkid Berita Harian...... Cuci-Cuci Mata
Catatan Popular
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Akhirnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mengakui 800 unit saham Felda Glo...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Krisis Istana Kelantan bukan satu perkara yang baru kerana ianya sudah bermula semasa Ku Li menubuhkan parti Semangat 46. Pada 29.0...
-
Omar terperanjat mendengar tentang sistem keselamatan mereka yang sempurna dan tertanya-tanya bagaimana semut-semut asing cuba memasuki s...
-
EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam...
-
Bekas PM Ah jib dan kuncu kuncu nya akan merasmikan Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik selatan TBS BTS. [Bandar Tasik Selatan]...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Nama saya Kassin bin Matshah dan saya tinggal di Pekan Tambun, Ipoh, Perak. Sa...
-
"Saya yang lebih tahu tentang undang-undang Islam, (saya) professor madya dalam perundangan islam….tapi orang-orang awam anggap mereka ...
-
BERCANGGAH TENTANG HUKUM FARAID Hukum Allah bukan satu pilihan untuk dipatuhi tetapi satu kewajipan http://kehidupanalguran.blogspo...