Translate

Rabu, 31 Mac 2010

Belum Apa-Apa, BN Sudah Pun Berperang Sesama Sendiri.


"Saya telah bagi tahu siapakah nama calon kepada Perdana Menteri. Beliau terima, beliau akan siasat dan panggil saya sebelum beliau keluar negeri," BH Online 

Salam,

Bunyi macam bagus. Samy Vellu serahkan nama calon MIC kepada Pengerusi BN, DS Najib Tun Razak untuk pertimbangan. Maknanya, belum ada keputusan calon yang mana akan bertanding mewakili BN di Hulu Selangor. Samy Vellu faham tentang ini.

Sememangnya keputusan siapa dan parti apa akan bertanding dalam PRK ini nanti bakal diputuskan oleh BN Pusat. Sehingga ke saat ini, belum diketahui. Masih terbuka untuk diperdebatkan walaupun kerusi tersebut kouta MIC. Umno Hulu Selangor minta diberi peluang.

Namun, beberapa hari lalu, Samy Vellu sudah pun umumkan calon 'kitar semula' G.Palanivel, Timbalan beliau dalam MIC bakal dicalonkan. Pengumuman yang sudah pun mendahului keputusan. Nampak sangat auta Samy Vellu ni.

Hari ini pengundi dan rakyat tidak bercakap soal kouta, tapi bercakap peluang untuk menang. Jika calon dari MIC sudah ketara tidak diterima - buktinya PRU 2008, 3 DUN BN menang tapi di Parlimen BN kalah - mengapa memperjudikan peluang untuk menang?

Semuanya terserah untuk diputuskan. Namun, kehendak dan denyut nadi 
pengundi Melayu yang majoriti di Hulu Selangor perlu juga diambil kira. Janganlah diturutkan sangat auta Samy Vellu. Kalau ikut dia, MIC tetap mahu menang. Tapi faktanya, MIC gagal menarik pengundi India!

Kalau sudah begitu, mengapa tidak diberi sahaja peluang kepada Umno mencuba nasib?

(BlogUstazSaid)

Gambar Sidang DUN Perak. (CinaIslam)




















Rakan media yang tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan negeri untuk membuat liputan.


Ramainya polis yang mengawal pintu masuk SUK setelah semua ADUN PR masuk ke dalam dewan. 



Sekitar DUN Perak. (CinaIslam)



Terkini 9.42 am : Kami sudah berkumpul di bawah Wisma DAP untuk menuju ke dewan

9.44 am : Semua ADUN PR - mula bergerak ke pejabat dewan diiringi oleh penyokong dan rakan media.


Kami tidak dihalang dipintu masuk utama dewan namun mendapat halangan ketika ingin masuk ke dalam dewan.

Dengan alasan keselamatan lebih 50 orang polis yang berada dipintu masuk dewan cuba menghalang kami.

Namu setelah berlaku perbahasan dan hujah, kami akhirnya dibenarkan masuk.


Sidang dimulai dengan bacaan doa.

Namun ADUN Pantai Remis bagun menurut peraturan yang ada untuk membantah Ganesan sebagai speaker haram



Kami tidak dihalang dipintu masuk utama dewan namun mendapat halangan ketika ingin masuk ke dalam dewan.

Dengan alasan keselamatan lebih 50 orang polis yang berada dipintu masuk dewan cuba menghalang kami.

Namu setelah berlaku perbahasan dan hujah, kami akhirnya dibenarkan masuk.


Sidang masih dalam keadaan bising dengan bantahan dari ADUN Pakatan Rakyat, Ganesan tidak mahu menghiraukan bantahan dari ADUN PR, walaupun mematuhi standing order.

Ganesan terus mengumumkan beberapapengumuman termasuk melarang pengunaan talifon dan ambil gambar.


Saya tidak tahu mengenai Ganesan yang tidak memberi laluan kepada Pantai Remis dengan meneruskan sidang . Sebentar tadi semua ADUN bangun dan menunjukkan isyarat tertentu kepada Ganesan.

Sidang masih dalam keadaan bising dengan bantahan dari ADUN PR yang membantah Ganesan yang terus mengendalikan sidang walaupun dia dibuktikan dengan 6 hujah bahawa dia bukanlah speaker yang sah.

Saya tidak pasti untuk apa walaupun bantahan berterusan dari ADUN Pakatan Rakyat.

10.22 am : ADUN Pakatan Rakyat terus membantah kerana Ganesan tidak memberi peluang keapda Pantai Remis, sebentar tadi oleh ADUN Setiawan turut membantah.

10.26 am : Keadaan dewan sebentar tadi senyap sebentar namun kembali mendapat gangguan dari ADUN PR untuk meneruskan hujah kenapa Ganesan bukan Speaker.


Bantahan masih berterusan kerana Ganesan tidak mahu memberi laluan mengenai kedudukannya yang bukan speaker yang sah.

10.36 am : Semasa sampai kepada Kuala Sepetang untuk bertanyakan soalan, lucunya dia memberi laluan kepada Pantai Remis tapi tidak diendahkan Ganesan dan memberi ADUN BN bertanyakan soalan baru.


10.44 am : Pengkalan Hulu yang bangun untuk bercakap sesuai dengan perintah tetap mahu diberikan laluan oleh Ganesan, lalu Adun PR membantah kerana sebelum ini permintaan PR sesuai peraturan tetap tidak dihiraukan kepada Adun BN yang bertanya soalan baru.

10.40 am : Hamidah yang bangun untuk menjawab soalan di bantah oleh Adun PR dengan laungan ular, Sivakumar membangkitkan sebelum ini Hamidah yang menyebut ular kepada India untuk pukul ular yang duduk di atas.

10.39 am : Keadaan sidang masih tidak lancar dengan tindakan Ganesan yang tidak mengindahkan pihak Pakatan Rakyat, soalan tambahan tidak diberikan laluan. Semacam sidang hanya untuk Adun BN sahaja.


10.50 am : Apabila sampai kepada soalan Adun Pakatan Rakyat, Adun PR yang sedikit untuk bertanya lalu dibatalkan. Sedangkan Adun PR ingin mencelah sedikit supaya Ganesan mengikut perintah tetap dahulu.

Hakikatnya Adun PR langsung tidak diberikan laluan, soalan tambahan dari Adun PR juga tidak dilayan.

Saya kira Ganesan tidak sanggup mendengar hujah dari PR mengenai kedudukannya sebagai speaker yang tidak sah.



10.58 am : Adun PR terus membantah kerana tidak ada ucapan perbahasan kepada titah ucapan Tuanku. Kami bantah kerana menghina Tuanku.

10.55 am : Ganesan tidak sampai 1 jam menghentikan sesi jawab soalan, dengan meneruskan sesi yang lain. Lalu dibantah oleh Adun PR kerana tidak sampai satu jam.


11.07 am : Adun PR protes keluar dari dewan setelah protes terakhir kepada Ganesan mengenai tidak ada ucapan perbahasan dari DYMM Pemangku Raja Perak.

Kami keluar dewan setelah permohonan bertalu-talu dari Pakatan Rakyat tidak diendahkan oleh Ganesan walau pun menurut perintah tetap.

Kerana berbagai permohonan kami tidak diendahkan Ganesan lalu kami mengambil keputusan untuk keluar.


Orang yang duduk diatas sebagai pengerusi tidak mengendahkan bantahan dan permohonan dari Adun Pakatan Rakyat.

Hari ini mereka sekali lagi langgar peraturan dewan. Sebelum sahkan pelbagai enakmen dan sebagainya mesti ada perbahasan titah ucapan Pemangku Raja Perak.

Namun bila kita keluar baru ada usul dari MB Zambry setelah kita keluar. Nampaknya mereka faham peraturan hanya boleh diubah bila diusul MB seperti peraturan tetap. Itulah yang Zambry lakukan bila kami keluar. Sepatutnya itu dilakukan lebih awal diawal sidang tadi.


11.17 am : Pembesar suara Adun PR semua ditutup sepanjang kami berada dalam dewan. Inilah yang dilakukan oleh Ganesan speaker haram.

Agenda BN adalah memperalatkan sebagai Rubber Stem, akhirnya ternyata bila tidak ada titah ucapan DYMM Pemangku Sultan Perak. Bahas dulu baru rang undang-undang.

Apabila kita bangkitkan pembesar suara kami ditutup, kami tidak ada pilihan dan terpaksa keluar dewan. Ini adalah undang-undang rimba.


Dato Ngeh mensyaki bila ada usul yang berkaitan ucapan titah ucapan seperti yang diumumkan Ganesan bila kami keluar akan dilakukan secara cepat.

Harap rakyat dan bagi tahu kepada dunia bahawa semasa kita memerintah kita bebas membenarkan semua pihak dalam setiap sidang.

Kata Ds. Nizar, bila kami keluar baru umum nak bahas,kami cabar Zambry kalaulah bahas dibenarkan esok, jam 10 esok kita akan datang. Kalau mereka tidak mahu bahas itu penghinaan kepada Tuanku dan rakyat yang bagi amanah kepada Pakatan Rakyat.


Ini pengkhianatan BN kepada hak yang diberikan rakyat kepada kami dengan menyalahgunakan kuasa polis

Semua ADUN PR keluar dari bangunan Dewan Negeri selepas sidang media yang diadakan di perpustakaan sebentar tadi.

Kami sekarang sedang berada di Wisma DAP dan satu mesyuarat khas diadakan.

Tiada Air Yang Boleh Menyucikan Dosa Pengkhianat. (Ustaz Saiful Bahri)

Kalau Iblis sebagai tokoh pengkhianat no satu, nescaya setiap zaman dan masa pasti akan ada para pengikutnya. Ia pasti akan merekrut untuk turut menjadikan manusia musuh kepada pembawa risalah Allah Swt. Bermula dengan anak Nabi Adam a.s pernah terpedaya, anak dan isteri Nabi Nuh, isteri nabi Lut dan berterusan setiap zaman. Peringatan Allah Swt dalam surah at-Taghabun ayat 14 menyebut:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ
Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya isteri-isteri dan anak-anak kamu boleh menjadi musuh kepada kamu, maka berhati-hatilah.
Kalau anak dan isteri serta ahli keluarga yang rapat boleh menjadi musuh apatah lagi para pengikut dari kalangan kaum nabi tersebut menjadi pengkhianat kepada perjuangan nabi-nabi mareka.
Qarun, yang khianat kepada Nabi Musa a.s merupakan sepupu, setiusaha kepada Baginda serta penulis Kitab Taurat sanggup khianat dan bersekongkol dengan Firaun. Nabi Isa pernah dikhianati oleh kaumnya sendiri. Apatah lagi para pengikut yang tidak sabar dengan tawaran kebendaan yang lumayan. Para mujahid menjadi khianat apabila terpesona dengan rampasan perang yang merupakan ghanimah lalu diambil untuk menjadi miliknya. Peringatan Allah dijelaskan dalam firmanNya:
لِنَبِيٍّ أَنْ يَغُلَّ وَمَنْ يَغْلُلْ يَأْتِ بِمَا غَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
Tidak mungkin seorang nabi berkhianat (ghanimah), barangsiapa yang berkhianat (mengambil ghanimah), maka pada hari kiamat ia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu, kemudian tiap-tiap diri akan diberi pembalasan tentang apa yang ia kerjakan dengan (pembalasan) setimpal, sedang mereka tidak dianiaya. Al-Imran
Sejarah terkemudian mempamerkan para pengkhianat ini mendapat tempat bahkan kuasa pemerintahan, harta benda tetapi ia tetap dikenang sebagai pengkhianat kepada perjuangan. Setiap sejarah kejatuhan kerajaan dan kepimpinan Islam, maka pasti ada dibelakang tabir itu tangan para pengkhianat yang membawa saham kejatuhan perjuangan Islam. Kamal Atarturk, sebagai jeneral ketika itu sanggup mengkhianati Sultan Abdul Hamed dengan menjadi tali barut kepada tentera British dan Yahudi yang akhirnya menumbangkan Khilafah Uthmaniyyah Turki pada tahun 1924 dan mensekularkan Turki daripada pengaruh Islam. Kejatuhan kerajaan al-Hamra’ Andalusia (1942) akibat daripada pengkianatan pemimpin terhadap Islam.
Kalaulah Drakula mengkhianati Muhammad al-Fateh, kejatuhan kerajaan Melaka juga adanya para pengkhianat seperti Si Kitul dan Datuk Mandeliar yang menggunakan tawaran harta yang mengelabui laksamana yang akhirnya membuat onar. Pembunuhan Mufti Datuk Maharaja Lela dan si Putung, ada kisah pengkhianatan disebaliknya. Pembunuhan Tok Janggut serta peperangan terhadap Tuan guru Hj Abd. Rahman Limbong, ada siri penghianatan yang disembunyikan disebalik lipatan sejarah dikalangan anak bangsa mereka sendiri.
Sebenarnya para pejuang sebenar yang terdiri dari para ulama yang berjuang dengan ikhlas, mengharungi berbagai onak dan duri, biasanya dikhianati apabila kejayaan telah didepan mata dan kemenangan telah mula diraih. Mereka tidak sabar melihat pangkat dan kuasa, melihat kebendaan yang melimpah. Bahkan terasa kemenangan itu mahu disegerakan.
Lihatlah para pejuang kemerdekaan dari kalangan ulama di pasentren-pasentren yang berjuang dan berjihad sekian lama. Tetapi ketika hampir merdeka, Sukarno akhirnya menjadi pemimpin dan mengistiharkan Indonesia sebagai negara sekular pada tahun 1945. Orang yang bertungkus lumus memperjuangkan kemerdekaan dan pembebasan di Tanah Melayu dipenjara dan dipinggirkan. Golongan talibarut British sebagai galang-ganti penjajah akhirnya dinobatkan sebagai pemimpin dan mengekalkan Tanah Melayu sebagai negera sekular sehingga kini.
Perhitungan sebenarnya adalah sejauhmana daya istiqamah mampu bertahan dalam diri seorang pejuang apabila tawaran menghianati perjuangannya merintangi diri mereka. Sabarkah mereka. Yakinkah mereka. Sultan Abdul Hameed pernah ditawarkan oleh Theodore Hertz , seorang Yahudi pengasas Jews State sebanyak 150 juta keeping emas untuk menyerahkan Palestine kepada Yahudi tetapi beliau menolaknya. Tetapi berapakah bayarannya menyebabkan Anuar Sadat menghulurkan penyerahan Palestine dalam Perjanjian Camd David pada tahun 1978?
Pengkhianat merupakan pelaku dosa besar. Tergolong daripada salah satu daripada 7 dosa yang membinasakan. Mereka lari dari perjuangan dengan pelbagai alasan yang direka-reka untuk membenarkan dakwaan. Bahkan mereka menjadi lebih jahat daripada musuh yang mereka pernah musuhi sebelum ini.
Mereka sanggip menjilat segala ingus dan kahak yang mereka lemparkan dulu bahkan kini mereka sanggup pula bersumpah dengan pelbagai sumpah untuk menegakkan benang yang basah. Kerana itu Allah Swt telah memperingatkan kita agar jangan terjebak dalam temberang mereka ini sebagaimana firmanNya
لَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَهِينٍ . هَمَّازٍ مَشَّاءٍ بِنَمِيمٍ . مَنَّاعٍ لِلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ
“Janganlah kamu terpengaruh dengan golongan pengkhianat tersebut yang selalu bersumpah dan hina sikap dan amalannya, lagi yang selalu mencela dan menyebarkan fitnah untuk perpecahan (umat) menolak segala kebajikan (dan kemajuan orang), mereka yang melampau dan menentang (ajaran agama) dan melakukan dosa.” Surah al-Qalam
Orang yang khinat dan lari perjuangan ini tidak dikaffarahkan dosa-dosa mereka. Tiada air yang boleh menyucikan mereka sebagaimana sabda Rasulullah Saw:
ي هُرَيْرَةَ قَال : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَقِيَ اللَّهَ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَأَدَّى زَكَاةَ مَالِهِ طَيِّبًا بِهَا نَفْسُهُ مُحْتَسِبًا وَسَمِعَ وَأَطَاعَ فَلَهُ الْجَنَّةُ أَوْ دَخَلَ الْجَنَّةَ وَخَمْسٌ لَيْسَ لَهُنَّ كَفَّارَةٌ الشِّرْكُ بِاللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَقَتْلُ النَّفْسِ بِغَيْرِ حَقٍّ أَوْ نَهْبُ مُؤْمِنٍ أَوْ الْفِرَارُ يَوْمَ الزَّحْفِ أَوْ يَمِينٌ صَابِرَةٌ يَقْتَطِعُ بِهَا مَالًا بِغَيْرِ حَقٍّ
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.a.w bersabda: “Barangsiapa bertemu Allah dengan tidak syirik kepadaNya, dia menunaikan zakat hartanya dengan cara yang baik dan berhati-hati, dia bersifat mendengar dan taat nescaya baginya syurga atau masuk syurga dan lima perkara yang tiada kafarah dosanya, syirik kepada Allah azzawajalla, membunuh diri dengan tidak sebenar, merampas barangan mukmin, lari dari medan perjuangan dan orang bersumpah palsu untuk mendapatkan harta yang bukan haknya.” Hadis riwayat Ahmad.
Golongan pengkhianat ini hina di dunia dan hina di akhirat. Mereka disebut dalam hadis Rasulullah Saw sebagai pembawa bendera khianat di padang mahsyar kelak dan akan dikenali sebagai pengkhianat. Betapa hidupnya tercela di akhirat bahkan semenjak di dunia ini lagi. Mereka ini duduk didalam kelambu perjuangan tetapi akhirnya sanggup berpindah dan merempat hina ditepi longkang musuh dengan menadah tempurung mengharapkan kepentingan duniawi.
قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلٌ وَالْآَخِرَةُ خَيْرٌ لِمَنِ اتَّقَى
Katakanlah, ni’mat dunia ini hanyalah sedikit dan akhirat itu terlebih baik bagi orang yang takut.
Cuba perhatikan daya istiqamah para sahabat dan semangat perjuangan mereka. Cuba lihat bagaimana Abdullah bin Hadzafah As-Sahmi r.a. yang pergi menemui Raja Rom, lalu beliau melihat jasad-jasad kaum Muslimin yang direbus di dalam kuali-kuali besar. Maka si raja berkata kepadanya: “Mahukah kamu kembali dari agamamu (murtad dari Islam) dan kamu akan mendapatkan setengah dari kerajaanku?!”. Dengan tegas Abdullah mengatakan: “Demi Dzat yang tidak ada Tuhan selainNya, seandainya kamu memberikan semua kerajaanmu dan kerajaan bapa dan nenek moyangmu, supaya saya kembali sedikitpun dari agamaku, saya tidak akan melakukan hal itu!”.
Bahkan sebahagian kaum Muslimin ada yang dibakar dengan api, namun mereka tetap tegar mempertahankan kalimat “Laa Ilaaha Illallah, Muhammadur Rasulullah” sehingga mereka menemui ajal. Malah turut dikisahkan bahawa seorang sahabat ketika hendak dicampak ke dalam api oleh seorang kafir telah menangis sambil berkata: “Aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja. Seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku, maka satu demi satu akan kukorbankan untuk agama!”.
Semoga Allah mengkategorikan kita dari kalangan mereka insyaAllah.

Selasa, 30 Mac 2010

Sekitar DUN Perak. (CinaIslam)

Terkini 10.28 am : Polis yang berkawal didepan Ganesan meninggalkan tempatnya...
Macam berlakon, bila Pemangku Raja Perak masuk ke dalam dewan tadi, lalu semua polis itu meninggalkan tempat mereka berdiri. Sebelum itu ADUN Pengkalan Hulu sempat mempertahankan mereka yang tidak dikenali yang berbaju biru itu adalah untuk menjaga keselamatan Pemangku Raja Perak. Namun ternyata Tajol Rosli berbohong apabila Pemangku Sultan masuk lalu mereka meninggalkan bahagian depan pentas utama. Mungkin mereka menjaga kerusi Ganesan takut dirampas oleh kami???
10.42 am : Bacaan doa oleh Mufti Perak, DYMM Pemangku Raja Perak selesai merasmikan Dewan Perak. 10.45 am : Bacaan doa selesai, Ganesan tangguhkan dewan dan umum dewan ditangguh ke hari Rabu(esok) jam 10 pagi. 10.46 am : DYMM Raja Nazrin meninggalkan dewan. 10.48 am : Setelah Raja Nazrin meninggalkan dewan semua polis berbaju biru meluru masuk mengambil tempat tadi,benar mereka hanya berlakon.
11.11 am : Kami keluar dari bangunan dewan dan dengan berjalan kami singgah sebentar di bawah pokok demokrasi dan sempat saya membuat jenaka dengan cadangan supaya diadakan sidang bawah pokok, dan mendapat perhatian dari pihak polis yang ada disitu. Mungkin mereka ingat kami serius atau betul-betul....

Sekitar DUN Perak. (CinaIslam)


Ternyata segla jangkaan awal dari kami adalah tepat dimana kawalan ketat akan dilakukan selama sidang akan berlangsung untuk kali. Walaupun beberapa kali dijanjikan oleh pihak Bn saya sudah tidak percaya lagi.

Saksikan lima keping gambar yang saya ambil dalam perjalan ke sini sekitar jam 7.45 minit tadi, siapakah mereka kalau bukan pihak keselamatan yang diarahkan bertugas disekitar Bangunan SUK yang menempatkan Dewan Negeri Perak.

banyak Juga yang berpakaian biasa dan menyamar sehingga ada yang duduk dikedai kopi di bawah Wisma DAP tempat kami berkumpul.


Isnin, 29 Mac 2010

Menyelami Berita-Berita Jahat Daripada Si Tulang Besi.

Berkaitan dengan isu Majlis Syura Ulama PAS, yang mana terlalu banyak khabar-khabar angin oleh blog MalaysiaWives atau Tulang Besi. Sebenarnya khabarkhabar angin yang dikatakan oleh Tulang Besi, adalah cerita yang direka oleh beliau sendiri dan diangkat sendiri oleh beliau agar ianya menjadi khabar angin.
Saya sendiri pun tidak berani menulis tentang isu tersebut kerana saya tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Ini disebabkan Majlis Syura Ulama adalah badan tertinggi didalam parti PAS. Jadi saya malu untuk menyatakan yang saya tahu, sedangkan sebenarnya saya tidak mengetahuinya.
Blog yang paling banyak memperkatakan tentang isu tersebut adalah daripada MalaysiaWaves yang mana artikel beliau bagaikan menjadi rujukan buat sesetengah blog. Beliau menulis bagaikan seorang yang pakar dalam isu tersebut. Hakikatnya, artikel yang beliau tulis itu sebenarnya satu fitnah yang amat jahat lagi hina bagi seorang yang mengaku beliau adalah keluaran hasil dari tarbiah PAS.
Dalam artikel beliau yang bertajuk, 'Ahmad Awang Dipecat Dari Syura?'. Beliau menulis ;
"Di samping “khabar angin” bertiup kencang mengatakan Tok Guru Nik Aziz tidak akan disambung perlantikan beliau sebagai Mursyidul Am, turut tersebar adalah khabar bahawa Ustaz Ahmad Awang juga akan ditamatkan khidmat beliau sebagai Ahli Majlis Syura".
Harap-harap tiada amalan membalas dendam dalam PAS hanya kerana Ahmad Awang secara terang-terang:
a. Menolak kerajaan Campuran UMNO-PAS di Perak b. Menolak permintaan Haramsani mentah-mentah (yang mana Haramsani diketahui mempunyai hubungan intim dengan salah seorang anggota Syura yang senior) c. Mendedahkan konspirasi menubuh kerajaan perpaduan di Perak di hadapan para perwakilan PAS tahun lepas d. Mendedah usaha membawa PAS dan UMNO ke dalam satu "perkahwinan" d. Menjadi "icon" menentang usaha "PERPADUANG" di dalam PAS.
Disini kita boleh baca bagaimana khabar angin yang beliau cipta itu telah menunjukkan bagaimana tahap pemikiran beliau dalam menghalalkan fitnah. Beliau cuba menjadi juara untuk ditonjolkan yang beliau adalah seorang yang serba tahu dan betul.
Inilah manusia yang berfikir tahap kepala lutut dengan hujah yang dangkal. Yang menjadi masaalahnya ialah orang-orang yang ada disekelingnya boleh dikatakan ramai lebih bijak dari si Tulang Besi, pun boleh diperbodoh-bodohkan oleh beliau. Ada blog yang tidak tahu cerita tentang isu ini mengambil artikel Tulang Besi kerana jika berlaku apa-apa kesalahan isu tersebut, mereka boleh menuding jari kepada si Tulang Besi.
Bagaimana Ustaz Ahmad Awang akan ditamatkan khidmat sebagai Ahli Majlis Syura jika jawatan tersebut telah tamat tempohnya. Dan bagaimana pula nak lantik beliau jika syarat-syaratnya tidak cukup.
Berkaitan dengan Dr. Harun Din pula, dari dulu alasan yang diberikan oleh si tulang Besi ialah salahlaku kenyataan isu 'Kalimah Allah' yang tidak sependapat dengan pendirian PAS pusat. Nampak sangatlah betapa beliau cuba menegakkan benang basah, dengan alasan tersebut kerana mempertikaikan perlantikkan semula Dr. Harun Din sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.
Sebagai seorang yang berilmu, beliau berhujah diatas keilmuannya dan beliau angkur dengan keputusan PAS pusat. Apakah beliau masih menjaja kenyataannya sebelum itu sehinggakan Tulang Besi boleh menuduh salahlaku Dr. Harun Din. Lainlah jika beliau masih mempertahankan kenyataan itu sampai sekarang. Tapi setahu saya, hanya Tulang Besi sahaja yang masih menimbulkan isu tersebut sampai sekarang.
Apa yang boleh disimpulkan disini ialah sikap jahat, dendam, buruk sangka, irihati dan munafik yang bersarang disanubari Tulang Besi. Oleh itu bagi pembaca diharap memikirkan dahulu apa yang ditulis oleh si Munafik ini sebelum menerima atau mempercayai cerita-cerita daripada Tulang Besi.
Bagi beliau, hanya beliau sahaja yang Maha Bijak dan Maha Mengetahui daripada orang lain. Inilah yang dikatakan duri dalam daging sebenar bagi PAS, selama ini banyak kerosakkan minda telah beliau lakukan terhadap pentokong PAS dengan melaku fitnah terhadap pimpinan PAS.
Jika beliau seorang yang berfikiran waras, apakah senang-senang untuk PAS meminda perlembagaan yang ada tanpa memikirkan implikasi akan tindakkan tersebut dari segi undang-undang. Jika perkara tersebut tidak dibahaskan oleh perwakilan, apakah Pendaftar Pertubuhan akan senang-senang meluluskannya.
Dengan kata ada peguam dengan melakukan kutipan derma, apakah peguam beliau tidak bagi tahu ke. Andai ada perwakilan tidak berpuashati kerana pindaan tersebut tidak dibahaskan, tidakkah mereka boleh membawa kes ini ke Mahkamah atau pihak Pendaftar Pertubuhan boleh membatalkan parti PAS. Ingat SU PAS pusat pakai main tembak untuk pinda perlembagaan?
Inilah yang dikatakan, 'Cerdik tidak boleh ikut, bodoh tidak boleh diajar'. Atau bahasa mudah ialah Tulang Besi ini memang jenis bodoh sombong.

Sabtu, 27 Mac 2010

Mursyidul Am PAS : Tuan Guru Nik Aziz Masih Diperlukan.

Bagi pandangan saya yang kerdil ini, TGNA masih diperlukan untuk jawatan tertinggi dalam PAS. Dalam perjuangan Islam, tiada pencen buat pemimpin yang mana lebih-lebih lagi dengan keilmuannya.

 Tidak dinafikan kesihatan TGNA sejak kebelakangan ini kurang memuaskan, begitu juga dengan TGHH. Walau pun ramai yang berkelayakkan untuk jawatan tersebut, pimpinan TGNA masih diperlukan.

 Semua sedia maklum akan pengaruh TGNA dalam politik Malaysia masih digeruni dan dihormati oleh kawan mahu pun lawan. Jadi, tidak menjadi masaalah untuk TGNA terus memegang jawatan Mursyidul Am PAS bagi penggal lima tahun lagi.

 Melainkan ada tangan-tangan ghaib yang cuba menyingkirkan beliau dari terus memimpin. Ia juga boleh mengelakkan fitnah jika TGNA ditamatkan dari memegang jawatan tersebut. Pasti ada yang suka jika ianya berlaku kerana senang untuk mereka menyerang pimpinan PAS.

Sekarang pun sudah ada artikel-artikel yang mula memukul gendang perang. Kita mungkin dah menjangka isu yang akan dimainkankan oleh tangan-tangan yang mengaku sebagai ahli PAS yang sejati.

Raja Kotak Pun Nak Tumpang Sekaki.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat(PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor, menawarkan diri untuk membantu polis menyiasat pendedahan Ahi Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, berhubung tawaran ganjaran lumayan pihak tertentu bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Mohamad Ezam berkata, beliau sedia dipanggil pihak polis pada bila-bila masa bagi tujuan itu.

"Pendedahan ini suatu dakwaan serius tapi tidak memeranjatkan kerana semasa saya masih bersama PKR isu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu telah pun berlaku," katanya kepada pemberita, di sini semalam. Mohamad Ezam berkata, beliau pernah meminta pihak yang berkenaan agar mengemukakan bukti dan fakta berhubung isu itu namun diberikan arahan yang berbunyi: "kamu bedallah dulu".

"Saya masih ingat lagi kata-katanya (pihak berkenaan) itu," katanya.

Rabu lalu, Zulkifli yang sebelum ini dipecat daripada PKR mendedahkan pada persidangan Dewan Rakyat bahawa beliau pernah ditawarkan dengan ganjaran yang boleh "menggoncangkan iman" untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya.

Rentetan pendedahan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dilapor berkata pihaknya akan menyiasat perkara tersebut dan akan memanggil Zulkifli bagi menentukan kesahihannya.
Sementara itu, mengulas perkara berlainan Mohamad Ezam menggesa pemimpin PKR yang arif dengan tembelang kepimpinan tertinggi parti tersebut agar tampil dan membuat pendedahan berani seperti yang dilakukan Zulkifli. - Bernama

Jumaat, 26 Mac 2010

Tuduhan Jahat Si Munafik Tulang Besi.

Saya rasa si Tulang Besi betul-betul  seorang yang penuh dengan sifat kebencian terhadap blogger yang tidak sebulu dengannya. Saya anggap tuduhan Tulang Besi yang mengaku ahli PAS, tapi tidak dipastikan benar atau tidak memang seorang yang busuk hati. Petikan yang saya kutip dari blog Malaysia Waves...

Tulang Besi said...
musafirlalu,

mung ke yang beri "maklumat" pasal aku ke PapaGomo?

Polis Telah Maklum Keluarga Benjy Sebab Penahanannya

Polis telah memberitahu sebab-sebab penangkapan semula pelakon Khairell Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, kepada ibunya, dramatis dan pelakon terkenal Azean Irdawaty dan keluarganya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Kiang berkata, perkara itu dimaklumkan kepada mereka ketika mereka datang ke balai polis dan dapat menerima keputusan itu.

Chiez Kiang bagaimanapun melahirkan rasa kecewa dengan laporan beberapa media yang menyatakan Azean tidak diberitahu sebab-sebab penangkapan semula anak lelakinya itu.

"Kami berasa kecewa dengan kenyataan beberapa media berhubung perkara ini dan tidak ada masalah antara pihak polis dengan keluarga Benjy setakat ini”, katanya.

Benjy ditahan semula tidak sampai dua jam setelah dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Majistret di sini semalam berhubung kes dadah.

Dia ditahan ketika berada di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin di kompleks mahkamah itu oleh dua orang anggota polis pada pukul 2.50 petang sejurus sahaja Azean selesai membayar ikat jamin berjumlah RM2,000. - Bernama

Kes Benjy Babitkan Dadah Jenis Sintetik – Hishammuddin

Kes membabitkan pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, yang ditahan semula untuk siasatan lanjut, membabitkan dadah jenis sintetik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, kerajaan memberi tumpuan yang serius dalam menangani dadah jenis itu kerana pengambilannya, walaupun sekali, boleh menyebabkan seseorang itu menjadi penagih dadah.

Katanya, begitu juga kes yang membabitkan seorang bekas pemain sepak takraw wanita kebangsaan.

"Saya dah maklumkan awal dulu, kita dalam konteks dadah sintetik ini, perlu menanganinya dengan kesungguhan luar biasa.

"Ini kerana pengambilan dadah jenis itu walaupun sekali sahaja, boleh menyebabkan menjadi penagih dadah.

“Kedua, tiada jalan untuk pemulihan dan ketiganya, ia mudah dibawa ke mana-mana,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet peringkat kementerian, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan ibu artis itu, dramatis dan pelakon terkenal, Azean Irdawaty bahawa pihak polis tidak menjelaskan lebih terperinci berhubung penahanan semula anaknya itu.

Benjy ditahan semula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1952) selepas dua jam dibebaskan.

Dia sebelum itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu. – Bernama

Jika Benar, Apakah Aduan Tulang Besi Boleh Di Terima.

Saya bukan hendak memihak dimana-mana pihak, jika benarlah yang Tulang Besi iaitu pemilik laman sesawang Malaysia Waves tidak membayar yuran keahliannya sebagai ahli PAS, maka bolehkah aduan beliau diterima.

Sebagai contoh, saya tidak membayar yuran, adakah saya layak menghadiri mesyuarat PAS cawangan?.Oleh kerana saya tidak membayar yuran keahlian, maka keahlian saya akan tergantung. Parti PAS bukannya seperti Umno yang mana ketua cawangan akan tolong membayar yuran keahlian penyokong mereka walaupun ahli tersebut langsung tidak aktif.

Jika benar Tulang Besi tidak membayar yuran keahlian, sebagai seorang yang mempunyai harga diri apakah layak beliau mencampuri urusan dalaman PAS. Apatah lagi membuat aduan tentang pucuk pimpinan PAS, tidak ini amat memalukan.

Mungkin kerana itulah beliau awal-awal lagi membuat telah dalam artikel beliau yang bertajuk,'Bagaimana Kalau Kesemua Aduan Tulang Besi Ditolak'. Jika ini berlaku maka bolehlah beliau jadikannya modal untuk bantai PAS.

Lainlah jika beliau tidak pernah terlepas dari membayar yuran tersebut setiap tahun. Oleh itu PAS patut menyemak kembali tentang keahliannya. Ia juga dapat memberi keadilan kepada Tulang Besi atau Abdul Rahman Talib. Jika tidak, ia akan dianggap sebagai orang luar yang cuba menganggu gugat parti.

Jika beliau benar-benar ahli PAS, maka beliau patut menubuhkan parti yang lebih Islam daripada PAS. Ini memandangkan tulisan beliau yang bertajuk 'September 16 Gagal Kerana PAS Amal Assabiyyah Melayu?. Walaupun artikel beliau mempunyai tanda tanya, ia tetap menjurus kepada satu tuduhan.

Dengan menubuhkan parti baru yang lebih Islamik daripada PAS, beliau boleh menjadi Presiden. Mungkin tidak menjadi masaalah bagi beliau untuk menubuhkan parti baru kerana beliau mempunyai ramai pengikut seperti yang kita sedia maklum.

Tidakkah jawatan tertinggi sudah menjadi idamannya sejak dulu lagi. Silap-silap boleh jadi Perdana Menteri, kalau parti beliau itu menang pilihan raya. Bukan senang woi.......... kalau tak menang majoriti, mungkin boleh buat tawar menawar dengan Najib, jadi timbalan beliau. Tak payah lagi berulang-alik ke Indonesia, kalau gatal nak pergi pun dah tak susah pasal ada jet peribadi.

Umno Juga Pertikai Keputusan Mahkamah - Nizar

Umno tidak perlu menyalahkan rakyat sekiranya mempertikai keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin(gambar) berkata, Umno sendiri pun seolah-olah mengajak rakyat mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam isu kalimah 'Allah'.

"Saya sendiri berasa pelik, apabila Hakim Lau Bee Lan yang memutuskan bahawa suatu akhbar (mingguan The Herald) boleh menggunakan kalimah Allah, tak lama selepas itu seolah-olah wujud suatu usaha untuk tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah," ujar beliau semasa membahas Titah Diraja di Dewan Rakyat, malam tadi.

"Ia menggambarkan seolah-olah Umno juga membantah keputusan mahkamah seperti di Mahkamah Persekutuan."

Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Perak pada era Pakatan Rakyat merumuskan bahawa Umno juga seolah-olah mengajak rakyat supaya tidak sebulat-bulatnya bersetuju dengan keputusan yang di buat di mahkamah.

Tambah beliau lagi, Umno juga sama ada sedar atau tidak sebenarnya sedang mendidik rakyat supaya menentang keputusan mahkamah yang dianggap tidak memberi kepentingan politik kepada mereka.

Disebabkan keputusan mahkamah yang acapkali dipertikai kerana oleh rakyat, Pakatan Rakyat dan Umno sendiri, beliau berkata, negara juga akhirnya turut mendapat impak berantai yang negatif.

Maka, beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, sindrom pelabur meninggalkan negara berlaku dalam skala yang membimbangkan.

Ujarnya lagi, mereka tidak mahu melabur di Malaysia, khususnya di Perak mungkin disebabkan mereka tidak percaya dengan tahap integriti dan kebebasan mahkamah di Malaysia.

Dari maklum balas oleh beberapa pelabur asing yang ditemui di United Kingdom, beliau berkata, dunia luar belakangan ini berasa sangsi dengan institusi kehakiman negara.
Hatta, menurut beliau, sekiranya berlaku pertelingkahan dalam dunia korporat, pelabur-pelabur asing terbabit tidak rela membawa kes mereka ke mahkamah tempatan.

Sebaliknya, menurut beliau, mereka yang terbabit lebih rela membicarakan kes masing-masing di luar negara, termasuk di Singapura.

Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya memulihara semula tahap integriti dan kebebasan mahkamah tempatan kerana dengan berbuat demikian sekaligus menggalakkan pelabur asing kembali berlabur di Malaysia. (Harakah)

Pemergian Dr. Zainal Satu Kehilangan Besar-Presiden

PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan penduduk di kawasan Parlimen Hulu Selangor di atas pemergian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad ke rahmatullah malam tadi.

Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini berkata, pemergian Zainal itu bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga Allahyarham dan penduduk Hulu Selangor, tetapi juga merupakan satu kehilangan besar kepda seluruh pejuang keadilan ke arah perubahan lanskap politik yang lebih baik di Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berharap agar seluruh ahli keluarga Allahyarham menerima ketentuan ini dengan sabar.

"Semoga seluruh anggota keluarga beliau bersabar dengan ketentuan dan ujian dari Allah SWT ini.

"Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmatNya ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Alah SWT," katanya.

Allahyaraham meninggal dunia jam 9.30 malam tadi di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang selepas mengalami barah otak sejak sekian lama.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di zaman BN meninggal ketika berumur 71 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.

Zainal menang dalam pilihan raya lalu atas tiket PKR di kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN dari dari MIC, P Palanivel dengan hanya 198 undi. (Harakah)

Benjy bebas lapan minit



 ‘‘Kenapa ni? Anak saya dah bebas. Dah bayar jamin, anak saya dah bebas.’’

Itu yang diulangi oleh pelakon veteran, Azean Irdawaty kepada beberapa anggota polis berpakaian preman ketika mereka menahan semula anak lelaki tunggalnya, Benjy.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2.50 petang, lapan minit selepas Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, dibebaskan dengan ikat jamin.

Kali ini, penahanan Benjy dibuat mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 yang membolehkan pelakon itu ditahan selama 60 hari.

Terdahulu, Benjy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki dadah jenis metaphetamine seberat 0.24 gram.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 4 petang, 11 Mac lalu di sebuah premis beralamat A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B off Jalan Segambut, Sentul di sini.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaima Mohd. Noor manakala Benjy diwakili peguam bela, Amer Hamzah Arshad.

Majistret Hafizza Sauni membenarkan tertuduh dibebaskan secara jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 8 April ini.

Sementara itu, sebelum pelakon watak Jibek dalam drama Kerana Cintaku Saerah ditahan semula, kelihatan hampir 10 orang anggota polis dan pegawai berpakaian biasa menunggu di luar kaunter reman.

Keadaan bertukar kelam kabut sebaik sahaja Benjy ‘dicekup’ sewaktu melangkah keluar dari kaunter jamin menyebabkan ibunya terpinga-pinga.

Amer Hamzah pula dilihat cuba menghalang tindakan anggota polis yang cuba menggari Benjy dengan memegang dan melindungi anak guamnya sambil meminta surat penahanan.

Tindakan tersebut bagaimanapun gagal apabila pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi drama Hanya Untukmu pada Anugerah Skrin Ke-6 tahun 2003 terus dibawa pergi.

Sementara itu, Azean dilihat cuba mendapatkan penjelasan daripada seorang anggota polis tetapi hanya dimaklumkan supaya berjumpa dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang.

Adik Benjy, Elza Irdalyna yang pada mulanya hanya berdiam diri tiba-tiba menjerit apabila melihat abangnya dibawa pergi oleh sekumpulan anggota polis sebelum menangis.

Azean ketika ditemui selepas kekecohan itu berlaku meluahkan rasa kesalnya dengan kejadian tersebut.

‘‘Tolonglah jadi profesional. Kali ini anak Kak Yan ditangkap sebab apa? Yang dituduh sebelum ini kata tak ada apa-apa pun.

‘‘Kak Yan seorang ibu yang sakit. Berapa kali nak bagi Kak Yan stres?’’ ujarnya.

Ditanya mengenai tindakan selanjutnya, Azean menyatakan dia tidak tahu kerana kebingungan.

‘‘Masa jumpa tadi, tak cakap apa-apa pun. Dia (Benjy) cuma cium tangan Kak Yan dan Kak Yan gosok kedua-dua pergelangan tangannya yang dah bergari selama dua minggu,’’ katanya yang mula dilihat bergenang air mata.

Mengikut ADB, Langkah-Langkah Pencegahan Khas digunakan bagi menangani mereka yang diyakini terlibat dalam pengedaran dadah tetapi tidak mengendalikan, sebaliknya hanya mengeluarkan arahan dan menjadi orang tengah dalam urusan jual beli.

Benjy sebelum ini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 kerana disyaki mengedar dadah.

Dia yang sudah berkahwin dengan Safiya Stephanie Kar Leng Lee, 26, pada 9 Februari 2004 dikurniakan dengan seorang anak lelaki Firdauz Juan, 4.(UM)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular