Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 26 Mei 2010

Apa Lagi Khazanah Negara Yang Umno Hendak Jualkan.

Umno dan wang boleh diibaratkan macam isi dengan kuku dan tanpa wang akan berkuburlah Umno. Apa yang boleh rakyat harapkan daripada parti yang berpemimpinkan perompak. Khazanah negara bagaikan harta pusaka yang diwarisi oleh mereka. Makin tinggi pangkat yang mereka miliki, semakin besarlah hasil rompakan mereka.

Kerana itulah pemimpin Umno masing-masing sanggup mengeluarkan duit yang banyak untuk memenangi jawatan tertinggi Umno. Halal haram ditolak ketepi demi nafsu mereka yang besar itu dan kulit muka mereka lebih tebal daripada tapak kasut di zaman 70 an. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita mereka.

Setelah khazanah negara dirompak dan dirompak dan dirompak, mereka memberi pula tanah KTM kepada kerajaan Singapura. Tanah KTM yang dianggarkan bernilai berbilion-bilion dengan mudah diberikan tanpa mendapat pandangan rakyat. Media-media pencaci pula melaporkan isu tersebut menguntungkan kerajaan Malaysia kerana Singapura akan mengantikannya dengan tanah yang bernilai tinggi.

Inikah kebijaksanaan One Malaysia dalam berurusan dengan Singapura. Apakah Singapura begitu bodoh dalam isu ini? Sedangkan Singapura bukannya negara yang boleh dibawa berbincang jika ianya tidak menguntungkan mereka. Berhari-hari media pencacai menghebohkan betapa bijaknya One Malaysia berurusan.

Selepas ini apa pula yang akan diberikan oleh kerajaan BN kepada negara luar. Tanpa pengetahuan ahli parlimen dan rakyat, Malaysia telah menyerahkan dua blok minyak milik negara kepada Brunei yang benilai beratus bilion. 

Batu Putih yang berhampiran dengan Johor telah terlepas kepada Singapura disebabkan kerajaan BN tidak mengambil peduli. Di zaman Tuanku Abdul Rahman, Singapura dinyahkan dari Persekutuan Malaysia. Apa pun alasan yang diberikan oleh Umno dan pengampu-pengampunya, kita tetap tidak boleh menerimanya.

Ini disebabkan kerana kedaulatan negara tidak boleh dijual beli walau apa sekali pun. One Malaysia menyangka beliau lebih bijak daripada pemimpin Singapura tentang perundingan. Che Det sendiri menyatakan bahawa kerajaan Singapura cukup keras kepala setiap kali beliau berunding semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Mungkin kerana sambutan yang diberikan oleh kerajaan Singapura kepada One Malaysia, telah mencairkan hatinya. Apa yang pasti, One Malaysia cuba mengambil hati Singapura untuk mengembalikan imejnya yang teruk tercalar diperingkat antarabangsa. Singapura adalah sekutu paling kuat Amerika dan Israel di Asia, kerana itulah One Malaysia sanggup menjual kedaulatan Malaysia.

Inilah sikap sebenar pemimpin Umno yang akan melakukan apa sahaja dalam merealisasikan cita-cita mereka. Bolehkah anda bayangkan negara yang anda pijak ini telah dijual oleh pemimpin Umno yang korup. Sudah 50 puluh tahun para pemimpin Umno/Bn menjarah kekayaan negara untuk anak, keluarga, kawan dan para pengampu-pegampunya.

Sebagai rakyat yang perihatin, anda patut melakukan sesuatu demi keturunan yang akan datang. Gunakan undi anda sebagai penyelamat negara yang cuba dimilikdirikan oleh Umno/Bn. Andalah yang akan menentukan untung nasib bagi generasi yang akan datang.

Ingat.......... andalah yang akan menentukan kesenambungan keturunan anda dimasa hadapan supaya mereka tidak mengemis dinegara sendiri, seperti yang berlaku pada orang Melayu Singapura. Jika anda hendak mengharapkan kepada PERKASA, hentikan sahaja kerana bosnya sedang gila talak dengan Umno.   

Jumaat, 21 Mei 2010

Banyak Guna Kipas..... Alasan TNB, Apa Pula Alasan Celcom!!!!

'Cuaca panas, dan pengguna banyak menggunakan kipas', alasan yang diberikan oleh TNB apabila saya menulis artikel berkenaan bil letrik yang melambung tinggi. Itu pun masih berura-ura untuk menaikkan tarif elektrik kononnya TNB mengalami kerugian. Sedangkan baru-baru ini TNB mengumumkan keuntungan ratusan juta dalam suku pertama.

Dimanakah terletak kerugian sebenar TNB seperti yang mereka katakan itu sedangkan penyata kewangan suku pertama mencatat keuntungan ratusan juta. Jika itulah realitinya, maka bagi TNB yang memenopoli pembekalan elektrik keseluruh negara, keuntungan mestilah berbilion dalam suku pertama. Jika dapat ratusan juta ianya dipanggil kerugian. Kita sebagai pengguna terpaksa angkur apa sahaja yang TNB lakukan kerana tiada pilihan.

Inilah jadinya apabila sesebuah perniagaan dimonopolikan oleh satu syarikat sahaja. Mereka boleh berbuat sesuka hati mereka disebabkan pengguna tiada pilihan. Mahu tak mahu terpaksalah pengguna membayarnya kerana elektik adalah bahan penting untuk kegunaan seharian. Disini saya bukan ingin fokus kepada TNB kerana saya sudah menulis tentangnya pada artikel yang lepas, dan kali ini berkaitan Celcom pula.

Pada jam 11.51 a.m 10 Apr. 2010, saya menerima satu SMS yang terpapar...... 
Celcom
18-Apr-2010   11:51 a.m.
" Update : Yr usage of RM93.80 as at 180410 
has reached 91%-99% of yr credit limit.
Pls make as yr line maybe barred. Bill info, dial *119# "

8 minit kemudian saya menerima satu lagi SMS daripada Celcom dengan paparan.....
Celcom
18-Apr-2010   11:59 a.m.
" Reminder : Yr usage of RM100.20 as at 180410 
has exceeded yr credit limit. Pls make immediate
payment as yr line may have been barred. Bill info, dial *119# "

Sedangkan dalam masa lapan minit tersebut saya tidak membuat mana-mana panggilan pun. Bagaimana bil yang perlu dibayar boleh berbeza dalam masa lapan minit dan tambahannya pula ialah RM 6.40. Saya rasa perkara ini banyak berlaku tanpa disedari oleh pelanggan Celcom. 

Bukan itu sahaja, pada pagi 10 Mei saya buat panggilan kepada 1111 untuk mengetahui berapa lagi baki yang saya perlu bayar. Mereka menyatakan bahawa baki tersebut ialah RM179.65 dan pada tengah harinya saya ke Celcom Ipoh untuk membuat pembayaran. Yang menghairankannya jumlah yang perlu saya bayar di Celcom Ipoh ialah RM117.65. Tidakkah itu suatu perkara yang pelik bagi sebuah syarikat yang besar lagi ternama?.

Saya bertanya kepada pegawai Celcom Ipoh kenapa bil saya boleh berubah dari RM93.80 kepada RM100.20 dalam masa hanya 8 minit. Andaian diberikan mungkin SMS itu telah diprogram 2-3 hari yang lepas dan mungkin sistemnya terlambat sampai kepada pengguna talian Celcom.

Satu alasan yang tidak masuk akal bagi kita kerana Celcom mengendali berjuta-juta SMS sehari. Semua orang maklum bahawa SMS hanya mengambil masa beberapa saat untuk dihantar dan diterima. Jika itu alasannya, apakah SMS yang kita hantar akan mengambil masa 2-3 hari baru sampai kepada penerimanya.

Jika kerana sistemnya membuatkan ia lewat 2-3 hari kenapa ianya berjarak 8 minit sahaja melainkan SMS itu diprogramkan pada hari yang sama. Sepatutnya SMS yang pertama dihantar pada16 Apr dan SMS kedua dihantar pada 17 Apr. Pengguna menerima yang pertama pada 18 Apr dan yang kedua pada 19 Apr.

Sebagai sebuah syarikat yang besar, Celcom sepatutnya memberi khidmat yang terbaik kepada pelanggannya. Bukannya memberi berbagai masaalah kepada pelanggan mereka apatah lagi sejak kebelakangan ini pengkhidmatan Celcom amat mendukacitakan. Itu pun nasib baik tidak dimonopolikan lagi, jika tidak jadi macam TNB la.

Itulah cara perniagaan yang tidak berteraskan ISLAM dimana mereka akan mengaut keuntungan sebanyak yang dapat tanpa mengira kesulitan penggunanya. Mereka akan menghirup sampai kering darah pelanggannya tanpa ada yang berani mengambil tindakkan. Ini disebabkan mereka secara tidak langsung mengawal politik pemerintah dengan menghulur berpuluh-puluh juta sumbangan kepada parti/individu.

Oleh itu saya menasihatkan anda supaya peka dengan segala SMS dan penyata yang diberikan agar anda tidak tertipu. Setiap sen yang anda bayar adalah untuk perkhidmatan terbaik yang anda mahukan. Tidak seperti sesebuah syarikat, semakin besar syarikat semakin besarlah helahnya. Bayangkan jika anda ditipu 10 sen, mereka akan untung berjuta-juta.

Isnin, 17 Mei 2010

Sultan Kelantan : Peguam Akan Mohon Tarikh Pendengaran Awal.

See full size image
Peguam yang mewakili Sultan Kelantan akan menulis surat kepada Ketua Hakim Negara bagi memohon beliau mempercepatkan tarikh pendengaran writ habeas corpus yang mempunyai kaitan dengan baginda.
Peguam Gobind Singh Deo memberitahu pemberita, beliau masih belum dimaklumkan sama ada hakim kelima sudah pun dilantik atau sebaliknya, bagi menyertai panel lima anggota Mahkamah Khas yang akan mendengar perkara itu.
"Saya harap Ketua Hakim Negara akan mengambil langkah yang sepatutnya seberapa segera bagi menyelesaikan masalah ini," katanya.
"Bagi Duli Yang Maha Mulia sendiri, baginda masih berada dalam kawalan di Istana dan kami berhasrat untuk meneruskan perkara ini secepat mungkin," katanya. Katanya, beliau belum menerima sebarang afidavit balasan daripada Peguam Negara, yang mewakili responden; Ketua Polis Negeri Kelantan, Ketua Polis Negara, pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan persekutuan. Isnin lalu, tarikh pendengaran writ habeas corpus di Mahkamah Khas ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak kerana kekurangan korum dan juga bagi membolehkan responden memfailkan afidavit mereka. Writ itu difailkan bagi memohon membawa Sultan Kelantan keluar dari hospital dan membenarkan baginda mendapat rawatan perubatan mengikut pilihan baginda. Permohonan itu disokong oleh afidavit putera ketiga Sultan Kelantan, Tengku Temenggong ,Tengku Muhammad Fakhry Petra. Sebelum ini, baginda mendapat rawatan jantung selama sembilan bulan di Hospital Mount Elizabeth di Singapura sebelum pulang ke tanah air pada Mac tahun ini. - Bernama

Kerjasama Erat PAS-PKR-DAP Menangkan Pakatan Di Sibu.


PEGAWAI Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng (kanan) mengumumkan calon DAP, Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu dengan kemenangan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil P.212 Sibu di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Suarah, Sibu.
Kerjasama erat antara PAS, PKR dan DAP tidak boleh dinafikan antara faktor penyumbang kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu semalam.
Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmod(gambar) berkata seluruh peringkat bermula dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti hingga ke peringkat jentera, mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang kempen di sini.
"Kita sangat berpuas hati dengan keputusan yang kita dapat.
"Pilihan raya ini kita dapat lihat kerjasama cukup padu dan jitu dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Usaha kuat ketiga-tiga jentera parti dalam Pakatan Rakyat ini juga jelasnya turut dirasai calon DAP yang telah menang, Wong Ho Leng dan diakui oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng sendiri.
Dengan keadaan masyarakat Sibu yang kurang terdedah dengan maklumat dan hanya mendengar sebelah pihak, kemenangan kali ini dianggap berbaloi dengan usaha yang telah dilakukan jentera Pakatan Rakyat.
Ianya juga membuktikan, strategi kempen rumah ke rumah sangat berkesan menangkis tohmahan BN yang meggunakan seluruh saluran yang mereka ada.
"Kalau melihat kepada bendera di rumah-rumah, kita rasa memang kita kalah.
"Rupa-rupanya mereka tidak mahu dilihat bersama dengan Pakatan Rakyat, tetapi mereka sebenarnya mengundi kita," katanya.
Selain itu, mengulas ringkas kekalahan memalukan BN pula beliau berkata, antara lain dilihat berpunca dari protes kaum Melayu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, masyarakat Melayu di beberapa tempat sepeti di Nangka, Pelawan dan Seduan kecewa dengan layan tidak sama rata Najib yang beberapa kali datang berkempen.
Najib, katanya seperti meminggirkan masyarakat Melayu Melanau di situ kerana mungkin yakin mereka pengundi tegar BN.
"Saya belum lihat secara keseluruhan lagi, cuma mungkin pengundi Melayu protes terhadap Najib.
"Najib datang tiga kali tapi bertemu dengan bukan Melayu dengan menawarkan pelbagai insentif," ujarnya.
Dalam pilihan raya kecil semalam, Wong Ho Leng yang juga Adun Bukit Assek, memperoleh 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron memperoleh 232 undi. (HarakahDaily)

SPR Nafi Lengahkan Pengumuman Keputusan Undi Pos.... Betul ke.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan DAP bahawa mereka sengaja melengah-lengahkan pengumuman keputusan undi pos pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu di sini malam tadi. 

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ejen parti itu sebenarnya yang telah menghalang pegawai suruhanjaya itu daripada membawa keluar peti undi pos yang sudah dikira di Tingkat 9, Wisma Sanyan, untuk dibawa ke Dewan Suarah Sibu, kira-kira tiga kilometer dari situ, untuk penjumlahan undi.

Berikutan itu, katanya, penolong pegawai pengurus pilihanraya yang mengendalikan urusan pengiraan undi pos terpaksa memanggil polis untuk mengawal penyokong parti berkenaan.
"Inilah kali pertama saya melihat keadaan seperti ini berlaku selain pegawai-pegawai kerap diganggu ejen parti," katanya. 

Berikutan itu, keputusan pilihanraya kecil itu hanya dapat diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wong See Meng, kira-kira 11 malam tadi, walaupun SPR sebelumnya menjangka keputusan dapat diumumkan pada 9 malam. 

Calon DAP, Wong Ho Leng, memenangi pilihanraya kecil itu dengan majoriti 398 undi setelah memperolehi 18,845 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron, meraih 232 undi. 

Bilangan undi pos pada pilihan raya ini ialah sebanyak 2,429 undi. 
Abdul Aziz juga kesal dengan sikap beberapa pemimpin pembangkang dari luar Sarawak yang tidak menghormati peraturan semasa berada dalam dewan penjumlahan undi. 

"Mereka cuba menunjukkan mereka boleh membuat apa sahaja tanpa perlu mengikut peraturan dan ini tidak baik dan tidak harus ditunjukkan kepada orang tempatan di sini yang tinggi semangat hormat-menghormati," katanya. 

Secara keseluruhan, Abdul Aziz berkata pilihanraya kecil di Sibu boleh disifatkan antara yang terbaik berbanding pilihanraya kecil yang diadakan sebelum ini. - Bernama

Anwar Dipanggil Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan 8 Jun Ini.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil bagi membela diri di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada 8 Jun ini berhubung dakwaannya tentang isu Apco Worldwide dan Israel.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang juga ahli jawatankuasa itu selepas mesyuarat pertama bagi membincangkan perkara tersebut diadakan di Parlimen hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. - Utusan

Ustaz Azizan Nafi Bubar DUN Kedah.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) menafikan Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) akan dibubarkan berikutan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang disebut-sebut bakal melompat parti.

Menurutnya, jika DUN mahu dibubarkan, sudah tentu perkara itu tidak disembunyikan malah beliau sendiri akan menghebahkannya kepada pihak media.

"Kedah aman damai sebab itu orang suka kacau dan jika saya nak bubarkan DUN, saya sendiri akan panggil semua wartawan untuk menghebahkan berita ini.

"Semua berita mengenai pembubaran DUN hanya khabar angin dan mainan politik pihak tertentu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas khabar angin kononnya DUN Kedah akan dibubarkan dalam tempoh terdekat kerana empat ADUN pakatan pembangkang dikatakan bakal keluar parti.

Menurut Azizan, pihaknya akan mengadakan ceramah khas pada 22 Mei ini di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat negeri ini.

"Empat ADUN yang dikatakan bakal keluar parti, juga akan memberi ceramah bagi menjelaskan hal sebenar kepada rakyat.

"Kita tidak mahu rakyat terus keliru dengan khabar angin mengenai hal ini dan kami akan menerangkan kepada rakyat supaya mereka tidak terpedaya dengan permainan politik sebegini," katanya.

Ujarnya, khabar angin sebegini disebarkan untuk memecahbelahkan pakatan pembangkang di negeri ini namun usaha tersebut tidak berjaya. (UM)

Ahad, 16 Mei 2010

DAP Rampas Kerusi Parlimen Sibu.

DAP merampas kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya, Wong Ho Leng, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, dan calon Bebas, Narawi Haron, pada pilihan raya kecil hari ini.

Ho Leng menang dengan majoriti 398 undi. Beliau memperoleh 18,845 undi manakala Hui Yew mendapat 18,447 undi. Narawi pula hanya meraih 232 undi dan hilang wang deposit. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.

Seramai 32,742 atau 59.86 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar keluar mengundi hari ini. 

Bilangan itu lebih rendah berbanding 36,379 atau 67.77 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu. 


Pada pilihan raya umum lalu, Hoi Chew mengekalkan kerusi Sibu dengan majoriti 3,549 undi, mengalahkan Ho Leng dan Lim Chin Chuang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga dalam pertandingan tiga penjuru.  (BH)

Mendahului 2,590 Undi, Pemimpin DAP Isytihar Menang.


Proses pengundian akan berlangsung daripada jam 8 pagi sehingga 5 petang ini. Keputusannya dijangka diketahui pada jam 9 malam ini.


9.21malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakinimelalui SMS bahawa jumlah pemilih yang keluar mengundi mungkin melebihi 60 peratus. Bernama sebelum ini melaporkan 59.86 peratus keluar mengundi hari ini.

8.57malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan majoriti 2,590 undi. Sehingga ini, 109 daripada 110 saluran telah dikira.
DAP - 18,570
BN - 15,980
Bebas - 201

Majoriti 2,590
Keputusan setakat ini tidak termasuk satu lagi saluran yang belum dikira dan 2,571 undi pos. BN dijangka memenangi 90 peratus undi tersebut tetapi adakah ianya mencukupi untuk menang?

8.30malam: Keadaan di bilik gerakan DAP dipenuhi kegembiraan dan ada pemimpin DAP telah mengisytiharkan kemenangan parti tersebut, termasuk ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi melalui twitternya.
Manakala naib presiden PKR, Azmin Ali, melalui twitternya, turut mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, para pemimpin utama DAP masih mahu menunggu keputusan rasmi.
NONE
8.14malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,944 undi. Sehingga ini, 103 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,211
BN - 14,267
Bebas - 138

Majoriti 3,944

Undi pos masih dikira. Keputusan dari kg Ilir Nangka - kubu kuat BN - belum tiba.
8.10malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,279 undi. Sehingga ini, 99 daripada 110 saluran atau kira-kira 95.5 peratus, telah dikira.

DAP - 17,120
BN - 13,841
Bebas - 137

Majoriti 3,279

7.58malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,130 undi. Sehingga ini, 97 daripada 110 atau 93.90 peratussaluran telah dikira.

DAP - 16,786
BN - 13,656
Bebas - 136

Majoriti 3,130
7.52malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,048 undi. Sehingga ini, 96 daripada 110 saluran atau 92.6 peratus telah dikira.

DAP - 16,538
BN - 13,490
Bebas - 136

Majoriti 3,048

7.40malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,022 undi. Sehingga ini, 93 daripada 110 saluran atau kira-kira 90.5 peratus, telah dikira.

DAP - 16,178
BN - 13,156
Bebas - 134

Majoriti 3,022

7.35malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,920 undi. Sehingga ini, 92 daripada 110 saluran atau kira-kira 89 peratus, telah dikira.

DAP - 15,981
BN - 13,061
Bebas - 134

Majoriti 2,920

7.30malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,817 undi. Sehingga ini, 90 daripada 110 saluran atau kira-kira 87 peratus, telah dikira.

DAP - 15,655
BN - 12,838
Bebas - 132

Majoriti 2,817

7.15malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,236 undi. Sehingga ini, 83 daripada 110 saluran atau kira-kira 81 peratus, telah dikira.

DAP - 14,83
BN - 12,049
Bebas - 129

Majoriti 2,236

NONE
7.07malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan peningkatan majoriti kepada 2,091 undi. Sebanyak 67 peratus undi sudah dikira.

DAP - 11,901
BN - 9,850
Bebas - 99

Majoriti 2,091

7.03malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 1,544 undi. Sehingga ini, 66 daripada 110 saluran atau kira-kira 51 peratus, telah dikira.

DAP - 10,773
BN - 9,229
Bebas - 97

Majoriti 1,544

6.50petang: Hujan mulai turun di Sibu kerana perjumlahan undi sedang berlangsung di Dewan Suarah.
6.480petang: Jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 59.86 peratus atau 32,742 orang.
6.42petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 914 undi. Sehingga ini, 59 daripada 110 saluran atau kira-kira 56 peratus, telah dikira.
DAP - 9,188
BN - 8,274
Bebas - 89

Majoriti - 914

6.38petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP masih mendahului dengan 838 undi.

DAP - 8,888
BN - 8,050
Ind - 87

Majoriti - 838

6.24petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP pula sedang mendahului kiraan undi.
DAP - 7,026
BN - 6,243
Bebas - 52

Majoriti - 783

Sehingga ini, 44 daripada 110 saluran atau kira-kira 43% undi, telah dikira.

"Jelas menunjukkan undi Cina menyebelahi kita," kata pemimpin DAP leader Anthony Loke. "Persoalannya ialah sama ada ia cukup untuk kita menang."

6.16 petang: Kira-kira 150 orang berkumpul di pusat operasi DAP di Sibu. Setiap kali keputusan menyebelahi mereka dipaparkan, mereka bersorak.
6.09 petang: Mengikut pengiraan tidak rasmi terkini, BN mendahului dengan 1,869 undi. Setakat ini, 26 daripada 110 saluran, atau kira-kira 20 peratus undi, telah dikira.

BN - 4,303
DAP - 2,434
Ind - 41

Majoriti - 1,869

5.50 petang: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau tidak berpuas hati kerana peratusan keluar mengundi lebih rendah berbanding 67% yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008.
Sementara itu, Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail berkata proses pengundian berjalan lancar, kecuali insiden kecil melibatkan perang mulut antara penyokong pihak bertanding.

5.40 petang: Beberapa peti undi tiba di pusat perjumlahan utama di Dewan Suarah. Manakala dalam masa yang sama, awan gelap dan angin kuat mula berarak. Hujan lebat dijangka turut.

5.25 petang: Kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan bergerak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, bandar Sibu. 

Di sini, kesemua undi akan dijumlahkan. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh pengurus pilihan raya malam ini.

5.05 petang: Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN terus di depan dengan kelebihan 2,097 undi. Sebanyak 19 saluran atau 13 peratus undi dikira.

BN - 3,493
DAP - 1,396
Bebas - 33

NONE

5.00 petang: Proses pengundian selesai.

4.53 petang: Sehingga jam 4 petang ini, seramai 31,119 atau 56.9 peratus pemilih telah keluar membuang undi.

4.30 petang: Keputusan tidak rasmi untuk pusat pengundian yang ditutup awal mendapati BN terus di depan dengan 1,930 undi. Setakat ini, 16 daripada 110 saluran telah dikira.

BN - 2,959
DAP - 1,029
Bebas - 18

Daripada 16 saluran itu, sekurang-kurangnya 10 daripada kawasan Iban.

4.20 petang: Menurut keputusan tidak rasmi daripada 15 saluran, BN masih di depan dengan majoriti 1,784 undi.

DAP 1,024 
BN 2,808
Bebas 18

Terdapat 110 saluran di Sibu.
3.44 petang: Setakat jam 3 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 29,000 orang atau 53.02 peratus.

3.30 petang: Keputusan tidak rasmi daripada 12 pusat pengundian yang telah ditutup menunjukkan DAP ketinggalan 1,029 undi di belakang BN. 

DAP mendapat 810 undi, BN 1,839 manakala bebas 15 undi. 

Sudah 21 daripada 45 pusat pengundian telah ditutup setakat ini. 

3.15 petang: Kiraan tidak rasmi DAP mendapati mereka ketinggalan 500 undi kepada BN. 

Daripada 11 saluran, DAP setakat ini memperoleh 619 undi, BN mendapat 1,100 manakala bebas hanya mendapat 11 undi.

3.10 petang: Selepas 21 pusat pengundian ditutup - di kawasan yang jumlah pengundinya sedikit, terutama di rumah-rumah panjang - pada jam 3 petang tadi, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang kelihatan terus pesimis.

NONE
"Keputusan daripada lapan pusat pengundian - DAP ketinggalan 540 undi," katanya dalam laman Twitter

"Masih dapat ditebus - tetapi bergantung pada keajaiban Sibu."

2.50 petang: Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata keputusan hasil kiraan di 10 pusat pengundian yang ditutup awal "tidak baik".

"Bolehkah 2 jam 15 minit lagi menampung kekalahan ini? tanya Lim dalam laman Twitter.

Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 21 telah ditutup (10 ditutup pada jam 1, lima pada 2 petang dan enam pada 3 petang). Manakala dua lagi akan ditutp pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.

NONE
2.34 petang: Dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 46.29 peratus, sasaran SPR untuk mencapai peratusan sebanyak 80 peratus dalam masa tiga jam lagi dilihat sukar menjadi kenyataan.

"Pada jam 2 petang, sebanyak 63.74 peratus telah mengundi di Hulu Selangor. 

"Prospek nampak suram kecuali terdapat peratusan keluar mengundi yang tinggi," tulis tokoh popular DAP Lim Kit Siang dalam laman Twitter beliau.

12.31 tengah hari: Setakat jam 2 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 25,319 orang atau 46.29 peratus.

2.18petang: SPR memulakan pengiraan undi untuk pusat pengundian yang telah ditutup.

DAP juga telah memulakan kiraan tidak rasminya.

Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 10 daripada pusat itu akan ditutup pada 1 tengah hari, lima pusat pada 2 petang, enam pusat pada 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang. 

2.15 petang: "PENTING! Peratusan keluar mengundi rendah. Ho Leng mungkin kalah, sila ajak keluarga dan rakan-rakan kamu keluar mengundi!" tulis ahli parlimen Serdang daripada DAP
Teo Nie Ching dalam laman Twitter.

1.41 tengah hari: Setakat jam 1 tengah hari, sebanyak 23,103 atau 42.24 peratus telah membuang undi.

12.43 tengah hari: Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 12.30 tengahari, sokongan untuk BN dan Pakatan seimbang. 

Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan 49.2 peratus dan bebas 1. peratus.

NONE
12.32 tengah hari: Menurut lamanTwitter Sibu4change, peratusan keluar mengundi di beberapa pusat pengundian tinggi, setakat jam 12 tadi.

- Di SK Rantau Panjang, BawangAssan PD, peratusan keluar mengundi sebanyak 82.6 peratus. Pusat pengundian ditutup pada jam 1 tengah hari.

- Di SK Sg Pinang, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 72.7%. Akan ditutup pada jam 2 petang.

- Di SK Rantau Panjang has peratusan keluar mengundi sebanyak 80.6%. Ia akan ditutup pada jam 4 petang.

- Di Kg Sg Pasai peratusan keluar mengundi sebanyak 56.5 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang.

- Di SK Sg Pasai, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 50 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang.

12.31 tengahari: Setakat jam 12 tadi, peratusan keluar mengundi sebanyak 37 peratus atau 20,241 orang.

12.30 tengah 
NONE
hari: Ahli parlimen DAP bagi kawasan Bakri Er Teck Hwa mendakwa beliau dan pasukan petugas pilihan rayanya dihalang daripada memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sg Aup oleh sekumpulan penyokong Umno yang diketuai oleh naib presidennya Datuk Shafie Apdal. [Baca berita penuh]

Shafie bagaimanapun menafikannya.

12.10 tengahari: Calon SUPP Robert Lau berkata beliau yakin dengan peluangnya kali ini.

Ketika ditemui, beliau bagaimanapun menghentam Malaysiakini yang didakwanya berat sebelah dalam membuat laporan.

Katanya, beliau tidak melihat "artikel yang baik tentang dirinya ditulis."

12.00 tengahari: Suasana di kawasan Melayu, SK Bandaran Sibu di Jalan Bandong kini lebih panas berbanding kawasan Cina di pusat bandar.

Kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerja keras berkempen di saat akhir di tepi jalan.

Di sebelah BN, kira-kira 50 Pemuda PBB yang kebanyakannya lebih muda dan agresif. Mereka mengibarkan bendera dan bersorak "BN" dan "Undi nombor satu" setiap kali pemilih melinatas. 

Sementara kira-kira 30 penyokong Pakatan lebih senyap dan hanya mengibarkan bendera DAP kepada pemilih.

Ketibaan Ketua Pemuda PAS PKR selepas itu disambut sorakan daripada penyokong BN.

Pihak polis kelihatan berdiri antara kedua-kedua kumpulan penyokong untuk mengawal keadaan.

11.59 pagi: Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 11.30 pagi ini, BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2% dan bebas sebanyak 0.4 peratus.

NONE
11.31 pagi: Setakat jam 11 pagi, sebanyak 15,767 orang atau 28.83 peratus telah membuang undi.

10.50 pagi: Pengerusi SPKR Sarawak Takun Sunggah dan Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng memberi amaran kepada petugas PKR kerana mendirikan pondok dalam kawasan 50 meter daripada SJKC Methodist di bandar Sibu.

Seorang pemimpin PKR Pulau Pinang bagaimana menolaknya selagi Takun tidak menunjukkan kepada mereka undang-undang yang relevan.

Takun kemudiannya kembali dan memberitahu pemberita menurut seksyen 26(C) tiada pihak boleh mendirikan pondok.

Beliau juga memberitahu akan meminta polis mengambil tindakan.

10.45 pagi: Suasana senyap sunyi di SJKC Methodist. Terdapat satu kaunter semakan SPR dan pondok panas DAP kira-kira 50 meter daripada tempat pembuangan undi itu.

Sekumpulan penyokong SUPP berkumpul di situ. Tiada kempen, bendera atau sorakan.

10.34 pagi: Setakat jam 10 pagi, 20.61 peratus atau 11,270 orang telah keluar mengundi.

10.30 pagi: Timbalan Ketua Pemuda PKR Fariz Musa mendakwa, terdapat ketegangan di SK Kampung Baru sekitar jam 9.45 pagi, tetapi menurutnya telah selesai.

10.10 pagi Narawi Haron membuang undi di SK HUlu Sungai Merah.

Calon bebas kelihatan itu masih yakin dengan peluangnya apabila mendakwa menerima respons yang baik daripada lawatan daripada rumah ke rumah. 

"Saya bangga dengan penyokong sya yang berani melaungkan 'Hidup Narawi' di depan menteri-menteri (BN).

"Saya jangka akan berjaya dapat sekitar 4,000 undi," katanya.

10.05 pagi: Difahamkam setakat jam 9 pagi tadi, 6.33 peratus daripada 3,310 pemilih telah membuang undi.

sibu by election voting 160510 04
9.25 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemimpin SUPP Peter Chin dan George Chan melawat SJKC Chung Hua. 

Chan berkata, menurut pemerhatian umumnya, jumlah yang turun mengundi masih perlahan.

9.20 pagi: Wong Ho Leng mendakwa kakitangan SPR mendapat latihan yang tidak mencukupi. Beliau mendakwa agen pengundian daripada DAP dan SUPP dilarang masuk lebih awal ke pusat pembuangan undi.

"Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, SPR menghabiskan banyak wang untuk latihan, tetapi kakitangan mereka tidak cukup terlatih," katanya selepas membuang undi bersama insterinya.

Keadaan tersebut didakwa berlaku di banyak kawasan, dakwa Wong lagi.

9.15 pagi: Suasana di pusat pembuangan undi di Malaysia Barat berbeza daripada Semenanjung. Tiada penyokong kelihatan berkumpul di pusat pengundian bagi melakukan kempen di saat-saat akhir dengan membawa lambang parti masing-masing.

sibu by election voting 160510 02
Hanya terdapat sekumpulan kecil penyokong parti daripada beberapa pihak di SJKC Chung Hwa. Tugas utama mereka membantu pemilih dan memantau proses pengundian.

8.50 pagi: Ketua SUPP Sibu Wong Soon Koh mengundi di SJKC Chung Hwa.

Beliau meminta pemilih keluar awal membuang undi kerana bimbangkan keadaan cuaca berubah di tengah hari.

Wong juga memberitahu pemberita di beberapa kampung terdapat masalah banjir kecil ekoran air "pasang" di beberapa sungai.

"Tapi kami bersedia dengan kereta lebih besar. Kalau kereta kecil tidak boleh masuk, kereta besar boleh," katanya.

8.10 pagi: Cuaca cerah pagi ini menyebabkan proses pengundian lancar. Pemilih mula berbaris di tempat-tempat membuang undi untuk memilih calon pilihan mereka sama ada Robert Lau Hui Yew dariapda BN, Wong Ho Leng daripada DAP atau calon bebas Narawi Haron.

Pemilih dinasihatkan keluar awal untuk membuang undi. Jabatan Kajicuaca meramalkan ribut petir akan berlaku sekitar waktu tengah hari ini.

sibu by election voting 160510 03
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 80 peratus akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

8.00 pagi: Kesemua 45 pusat mengundi dibuka mulai dibuka dalam cuaca baik walaupun dilaporkan hujan pada awal Subuh tadi. 

Daripada ketiga-tiga calon bertanding, hanya Wong Ho Leng dan Narawi Haron sahaja calon berdaftar di Sibu.


TERDAHULU

Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi esok hari ini untuk memilih anggota parlimen mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Sibu mulai jam 8 pagi ini.

azlan
Manakala 2,537 pengundi pos - yang terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis - mengundi pada hari Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan ibu pejabat polis daerah Sibu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran, di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Robert Lau Hui Yew, calon DAP Wong Ho Leng yang juga ADUN Bukit Assek dan calon Bebas, Narawi Haron.

Hui Yew, , dijadual mengundi di SMK Rosli Dhoby i pada kira-kira 9 pagi manakala Wong akan mengundi di SJKC Goung Ann.

Keputusannya dijangka diumumkan oleh SPR di Dewan Suarah Sibu selewat-lewatnya pukul 9 malam ini.

Kerusi parlimen itu kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga tiimbalan menteri pengangkutan pada 9 April lalu. (Malaysiakini)



Tidak Rasmi : DAP Mendahului BN Dengan Hampir 3,944.

DAP mendahului sebanyak 3,944 undi dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.

Berdasarkan sumber tidak rasmi, DAP menerima sebanyak 18,211 undi manakala BN dengan 14,267 undi, dengan 103 daripada 110 kotak undi yang dikira.Mstar

DAP = 18,211

BN = 14,267

Gambar-Gambar Hari Pengundian Di P212 Sibu. (Blog Sedaka)

P212 SIBU.... DAP Menuju Kemenangan.

9.00 p.m. : DAP mendahului BN dengan majoriti 2,068 undi selepas penjumlahan 95 dari 111 peti undi pada pilihan raya P212 Sibu.

DAP          : 15,493


BN            : 13,425


BEBAS     :     169

P212 SIBU.... Terkini (PemudaBesut)

8.20 PM :DAP - 18,211 BN - 14,267 Bebas - 138 


DAP - 18,211
BN - 14,267
Bebas - 138


Majoriti - 3,944. Jika dicampur dengan undi POs sekalipun DAP akan menang jika majoriti undi biasa melebihi 2,600 undi

Setakat ini 103 saluran telah dikira tinggal 7 saluran dan undi pos belum dikira.

Semua pimpinan BN sudah meninggal pusat perjumlahan

Gambar-Gambar Hari Pengundian Di P212 Sibu. (PemudaBesut)

P212 SIBU.... Kemenangan Sudah Pasti Buat DAP.

Dengan hanya 10% lagi kertas undi dikira, DAP boleh mengyistiharkan kemenangan jikalau betul DAP mendahulu dengan majoriti 3 ribu lebih.

P212 SIBU.... (Blog DEToday)

TERKINI: DAP MASIH LAGI MENDAHULUI BN DENGAN 3101 UNDI...

DAP MENDAHULUI DENGAN 3038, 92.63%


DAP 16178 - BN 13156 majoriti 3022 dari 94 /peti undi 110

DAP mendahului dengan majoriti 3022 

SK AbangAli Kg Baharu Sibu (Nangka) DAP 511 - BN 303

Teku (Nangka) DAP 473 - BN 333 

SJK Methodist (Nangka) DAP 222 - BN 701 


Seduan (Nangka) DAP 638 - BN 995

TERKINI: UNDI DAP MAKIN MENINGKAT KE 
2,817 DENGAN 87.9% KERTAS UNDI TELAH DIKIRA.

TERKINI: DAP mendahului dengan 2236 undi...
DAP 14283 - BN 12047 Majoriti 2236

SMK Tiong Hing Sg Merah (Pelawan) DAP 287 - BN 203
Tadika Taman Rajang (Pelawan) DAP 1,606 - BN 761

DAP masih mendahului dengan 1544 undi.

P212 SIBU.... BN Dan DAP Saling Lintas Melintas!

[terkini] 8:10 Analisa - Kira-kira 10% undi yang masih belum dikira adalah undi pos dan undi dari Dun Kampung Nangka. Dun ini merupakan kawasan Melayu/Melanau yang terkenal dengan penyokong kuat PBB. Seramai 6,000 pengundi di kawasan ini. Sementara undi pos pula sekitar 2,600. Sekiranya kesemua undi pos dan undi Melanau/Melayu ini berpihak kepada BN ini menyebabkan majoriti DAP raih kini sekitar 3,000 akan ditimbus undi berkenaan dan DAP akan kalah.

Bagaimana sekiranya peratus menugndi rendah yang keluar mengundi turut terlibat pengundi Kampung Nangka ada tanda-tanda DAP akan menang tipis! - MSO

7:52 DAP masih terus mendahului BN dengan majoriti sebanyak 3,048. DAP meraih sebanyak 16,538 manakala BN 13,490 dan Bebas 136 tambah satu undi lagi. Berdasarkan perkiraan sebanyak kira-kira 2,500 undi lagi yang belum dikira. Kedudukan ini memberi harapan DAP - Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya kecil Sibu ini.
7:45 malam 
dengan hanya kira-kira 10% saja lagi undi yang belum dikira, DAP kini terus meninggalkan BN dengan majoriti 3,000. DAP kini mendapat 16,178 manakala BN memperolehi 13,156. Bebas masih belum berubah mendapat 135. Keadaan terus mengsuspenkan?
7:30 malam
 calon Narawi menambah undi sebanyak 102 lagi apabila beputusan tidak rasmi kini beliau mendapat 132 undi. DAP pula terus mendahului BN dan menambah majoriti sebanyak 2,900 undi. DAP kini mendapat 15,900 undi manakala BN 13,00. Setakat ini sudah 88& & undi dikira.


7:25 malam dari 80% undi yang dikira setakat ini keputusan tidak rasmi menunjukkan DAP masih mendahului dengan majoriti 14,283 meninggalkan BN yang mendapat 12, 047 undi. Bebas menambah satu undi menjadi 129.


7: 15 malam sebanyak DAP masih mendahului BN dengan majoriti lebih 1,500. DAP perolehi sebanyak 12,966, BN 11,389 dan Bebas 126. Apakah fenomena di Hulu Selangor turut berlaku di Sibu di mana peringkat awal PKR mendahului BN, tetapi menjelang jam 8: 00 malam BN meninggalkan PKR dengan majoriti lebih 1,500 undi.


7:5 malam
 sebanyak 66 daripada 110 saluran mengundi telah dikira. Dari jumlah itu DAP terus medahului BN dengan majoriti lebih 2,000 undi. Manakala menurut SPR jumlah keluar mengundi hanya 32,742 atau kira-kira 59.86%. 

PILIHAN raya kecil Sibu sudah selesai. Peti undi di lebih 40 pusat pengundi sedang dibawa ke pusat penjumlah undi di Dewan Suarah, Sibu. Keputusan tidak rasmi seperti mana dilaporkan oleh beberapa portal menunjukkan kedua parti, DAP dan BN saling lintas melintasi antara satu sama lain.

Dari 22 saluran yang selesai dikira jam 5:30 petang tadi BN mendahului DAP dengan kelebihan
1,985 undi. Bagaimana pun setelah 44 saluran dikira DAP pula ke depan dengan meraih sebanyak 7,026 undi manakala BN sebanyak 6,243 undi. Calon bebas mendapat 52 undi. (MSO)

SMS Palsu : ADUN Batu Lintang Nafi Dakwaan Keluar DAP.


Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, Voon Lee Shan akan keluar DAP dan menjadi ADUN Bebas mencetuskan keterujaan di kalangan wakil media di sini.

SMS dalam Bahasa Malaysia itu tersebar luas di kalangan wakil media, termasuk yang membuat liputan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu hari ini, menyebut: ”ADUN Batu Lintang akan keluar DAP dan menjadi wakil bebas? Tunggu sidang akhbar YB Voon Lee Shan di Pusat Khidmat Batu Lintang”.

Ternyata SMS itu palsu.

Semasa dihubungi, Lee Shan menafikan ada memanggil sidang akhbar untuk mengumumkan peletakan jawatannya sebagai wakil rakyat DAP di pusat khidmat itu dan malahan bertanyakan kepada wakil media di mana mereka menerima jemputan untuk menghadiri sidang akhbar yang kononnya akan diadakan beliau itu.

Sambil menafikan isi kandungan SMS itu, beliau menegaskan yang beliau masih bersama DAP.

Pada Mac tahun ini, dilaporkan jawatankuasa disiplin DAP telah mengantung keanggotaan Lee Shan selama enam bulan, berkuatkuasa 17 Mac. – Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular