Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 25 Julai 2010

Khutbah Rasulullah S.A.W. Tentang Dajjal.


Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”
Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A’lam.

Sabtu, 24 Julai 2010

'Doktor Sultan Kelantan Tak Berhak Keluar Arahan'.

Pejabat Sultan Kelantan menjelaskan doktor pakar peribadi Sultan Kelantan, Kolonel Dr Amir Ramli, tidak berhak mengeluarkan kenyataan atau arahan terhadap pegawai pejabat berkenaan.
Pengelola Istana Diraja (PID) Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, berkata penjelasan itu dibuat berikutan tidak ada sebarang surat dari pihak tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyatakan Dr Amir ditempatkan di Pejabat Sultan Kelantan.
Abdul Halim berkata, tindakan Dr Amir yang menegur Pejabat Sultan Kelantan boleh menimbulkan persoalan di kalangan orang ramai mengenai siapa beliau, kerana tiada sebarang pelantikan dibuat secara rasmi terhadapnya, sebelum ini. 

“Saya adalah PID yang diberikan tugas oleh Sultan Kelantan menjaga pentadbiran istana dan menjunjung titah Tuanku sama ada melalui lisan atau bertulis. 

"Adalah tidak wajar beliau (Dr Amir) memberi teguran melalui media dan arahan kepada pegawai yang bukan di bawah kawalan beliau. Dr Amir bukan kakitangan Pejabat Sultan Kelantan dan saya tidak bertanggungjawab kepadanya dalam menjalankan tugas. 

"Tiada sebarang surat dari pihak tertinggi ATM serta tidak ada pelantikan beliau secara rasmi (dalam perkara ini). Oleh itu, orang luar jangan kacau daun, negara kita ada undang-undang," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, semalam. 
Khamis lalu, Dr Amir menasihatkan Abdul Halim supaya tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kesihatan dan rawatan Sultan Kelantan di Singapura, bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat. 

Dr Amir dilaporkan berkata, beliau dititahkan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra supaya menasihatkan Abdul Halim dan semua anggota di bawah seliaannya yang sedang berkhidmat di Istana Kelantan supaya tidak membuat sebarang kenyataan akhbar mengenai kesihatan dan rawatan yang diterima baginda di Singapura, baru-baru ini. 

Abdul Halim berkata, segala tindakan yang dilakukan harus berpandukan kepada titah Sultan Kelantan sebelum baginda gering dan hendaklah berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa. 

Katanya, sebagai ketua di Pejabat Sultan Kelantan, beliau akan mengadap Sultan Kelantan pada masa yang sesuai atau apabila dititah baginda Sultan. 

“Tuanku Sultan selalu bertitah supaya saya mengikut peraturan dalam menjalankan tugas di istana dan apabila baginda gering, Pemangku Raja dilantik, saya masih tetap setia menjalankan. Tuanku Sultan sudah banyak kali bertitah kepada saya sebelum baginda gering mengenai cara bertugas di istana,” katanya. (BH)

Dajjal Dan Ya'juj Wa Ma'juj Menurut Al-Quran.


Kata Dajjal tak tertera dalam Al-Qur’an, tetapi dalam Hadits sahih diterangkan, bahwa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi melindungi orang dari fitnahnya Dajjal, jadi menurut Hadits ini, Al-Quran memberi isyarat siapakah Dajjal itu. Mengenai hal ini diterangkan dalam Kitab Hadits yang amat sahih sebagai berikut:
“Barang siapa hapal sepuluh ayat pertama Surat Al-Kahfi, ia akan selamat dari
(fitnahnya) Dajjal.”
“Barang siapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan selamat dari (fitnahnya) Dajjal.”
Boleh jadi, dalam menyebut sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir, itu yang dituju ialah seluruh surat Al-Kahfi yang melukiskan ancaman Nasrani yang beraspek dua, yang satu bersifat keagamaan, dan yang lain bersifat keduniaan. Bacalah sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir surat Al-Kahfi, anda akan melihat seterang-terangnya bahwa yang dibicarakan dalam dua tempat itu adalah ummat Nasrani.
Mula-mula diuraikan aspek keagamaan, yang dalam waktu itu Nabi Muhammad dikatakan sebagai orang yang memberi peringatan umum kepada sekalian manusia (ayat 2), lalu dikatakan sebagai orang yang memberi peringatan khusus kepada ummat Nasrani (ayat 4), yaitu ummat yang berkata bahwa Allah memungut Anak laki-laki. Demikianlah bunyinya:
“Segala puji kepunyaan Allah Yang menurunkan Kitab kepada hamba-Nya …, … agar ia memberi peringatan tentang siksaan yang dahsyat dari Dia… dan ia memperingatkan orang-orang yang berkata bahwa Allah memungut anak laki-laki.” (18:1-4).
Terang sekali bahwa yang dituju oleh ayat tersebut ialah ummat Nasrani, yang ajaran pokok agamanya ialah Tuhan mempunyai Anak laki-laki. Dalam sepuluh ayat terakhir surat Al-Kahfi diuraikan seterang-terangnya, bahwa ummat Nasrani mencapai hasil gemilang di lapangan duniawi. Demikianlah bunyinya :
“Apakah orang-orang kafir mengira bahwa mereka dapat mengambil hamba-Ku sebagai pelindung selain Aku?… Katakan Apakah Kami beritahukan kepada kamu orang-orang yang paling rugi perbuatannya? (Yaitu) orang yang tersesat jalannya dalam kehidupan dunia, dan mereka mengira bahwa mereka adalah orang yang mempunyai keahlian dalam membuat barang-barang.” (18: 102-104).
Ini adalah gambaran tentang bangsa-bangsa Barat yang diramalkan dengan kata-kata yang jelas. Membuat barang adalah keahlian dan kebanggaan ummat Nasrani, dan ciri-khas inilah yang dituju oleh ayat tersebut. Mereka berlomba-lomba membuat barang-barang, dan mereka begitu sibuk datam urusan ini, sehingga penglihatan mereka akan nilai-nilai kehidupan yang tinggi, menjadi kabur sama sekali. Membuat barang-barang, sekali lagi membuat barang-barang, adalah satu-satunya tujuan hidup mereka di dunia. Jadi, sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir surat Al-Kahfi menerangkan dengan jelas bahayanya ajaran Kristen tentang Putra Allah, dan tentang kegiatan bangsa-bangsa Kristen di lapangan kebendaan, dan inilah yang dimaksud dengan fitnahnya Dajjal.
Ya’juj wa-Ma’juj diuraikan dua kali dalam Al-Quran. Yang pertama diuraikan dalam surat al-Kahfi, sehubungan dengan uraian tentang gambaran Dajjal. Menjelang berakhimya surat al-Kahfi, diuraikan tentang perjalanan Raja Dhul-Qarnain* ke berbagai jurusan untuk memperkuat tapal-batas kerajaannya.
Ternyata bahwa menurut sejarah, raja ini ialah raja Persi yang bernama Darius I. Diterangkan dalam surat tersebut, bahwa perjalanan beliau yang pertama, berakhir di laut Hitam. “Sampai tatkala ia mencapai ujung yang paling Barat, ia menjumpai matahari terbenam dalam sumber yang berlumpur hitam.” (18:86). Ternyata bahwa yang dimaksud sumber yang berlumpur hitam ialah Laut Hitam.
Selanjutnya diuraikan dalam surat tersebut, kisah perjalanan beliau ke Timur “Sampai tatkala ia mencapai tempat terbitnya matahari, ia menjumpai matahari terbit di atas kaum yang tak Kami beri perlindungan dari (matahari) itu” (18:90). Selanjutnya diuraikan tentang perjalanan beliau ke Utara. “Sampai tatkala ia mencapai (suatu tempat) diantara dua bukit” (18:93).
Yang dimaksud dua bukit ialah pegunungan Armenia dan Azarbaijan. Dalam perjalanan ke Utara ini, raja Dhul-Qarnain berjumpa dengan suatu kaum yang berlainan bahasanya, artinya, mereka tak mengerti bahasa Persi. Kaum ini mengajukan permohonan kepada raja Dhul-Oarnain sbb: “Wahai Dhul-Qarnain! Sesungguhnya Ya’juj wa-Ma’juj itu membuat kerusakan di bumi. Bolehkah kami membayar upeti kepada engkau, dengan syarat sukalah engkau membangun sebuah rintangan antara kami dan mereka” (18:94).
Selanjutnya Al-Qur’an menerangkan, bahwa raja Dhul-Qarnain benar-benar membangun sebuah tembok** dan sehubungan dengan itu, Al-Qur’an menyebut-nyebut besi dan tembaga sebagai bahan untuk membangun pintu gerbang:
“Berilah aku tumpukan besi, sampai tatkala (besi) itu memenuhi ruangan di antara dua bukit, ia berkata: ‘Bawalah kemari cairan tembaga yang akan kutuangkan di atasnya’ (18:96). Dalam ayat 97 diterangkan, bahwa tatkala tembok itu selesai, mereka (Ya’juj wa-Ma’juj) tak dapat menaiki itu, dan tak dapat pula melobangi itu. Dalam ayat 98, raja Dhul-Qarnain menerangkan, bahwa bagaimanapun kuatnya, tembok ini hanya akan berfaedah sampai jangka waktu tertentu, dan akhirnya tembok ini akan runtuh. Lalu kita akan dihadapkan kepada peristiwa yang lain. “Dan pada hari itu, Kami akan membiarkan sebagian mereka (Ya’juj wa-Ma’juj) bertempur melawan sebagian yang lain” (18:99).
*[Kata Dhul-Qarnain makna aslinya "mempunyai dua tanduk", tetapi dapat berarti pula "orang yang memerintah dua generasi", atau, "orang yang memerintah dua kerajaan. Makna terakhir ini diberikan oleh musafir besar Ibnu Jarir. Dalam kitab perjanjian lama, Kitab Nabi Daniel, terdapat uraian tentang impian nabi Daniel, dimana ia melihat seekor domba bertanduk dua. Impian itu ditafsirkan dalam al-Kitab dengan kata-kata sebagai berikut: "Adapun domba jantan, yang telah kau lihat dengan tanduk dua pucuk, yaitu raja Media dan Persi, (Daniel 8:20). Diantara raja Media dan Persi, yang paling cocok dengan gambaran Al-Quran, ialah raja Darius I (521-485 sebelum Kristus).
Jewish Encyclopaedia menerangkan sbb : "Darius adalah negarawan yang ulung. Peperangan yang beliau lakukan hanyalah dimaksud untuk membulatkan tapal-batas kerajaannya, yaitu di Armenia, Kaukasus, India, sepanjang gurun Turania dan dataran tinggi Asia Tengah". Pendapat ini dikuatkan oleh Encyclopaedia Britannica sbb: "Tulisan yang diukir dalam batu menerangkan bahwa raja Darius adalah pemeluk agama Zaratustra yang setia. Tetapi beliau juga seorang negarawan yang besar. Pertempuran yang beliau lakukan, hanyalah untuk memperoleh tapal-batas alam yang kuat bagi kerajaannya, demikian pula untuk menaklukkan suku bangsa biadab di daerah perbatasan. Jadi, raja Darius menaklukkan bangsa biadabdi pegunungan Pontic dan Atmenia,dan meluaskan kerajaan Persia sampai Kaukasus"].
**[Rintangan atau tembok yang diuraikan disini ialah tembok yang termasyur di Derbent (atau Darband) yang terletak di pantai Laut Kaspi. Dalam kitab Marasidil - Ittila', kitab ilmu-bumi yang termasyur, terdapat uraian tentang hal itu. Demikian pula dalam kitabnya lbnu at-Faqih. Encyclopaedia Biblica menjelaskan tembok itu sbb :.Derbent atau Darband adalah sebuah kota kerajaan Persi di Kaukasus, termasuk propinsi Daghistan, di pantai Barat laut Kaspi… Di ujung sebelah Selatan, terletak Tembok Kaukasus yang menjulang ke laut, yang panjangnnya 50 mil, yang disebut Tembok Alexander…Tembok ini seluruhnya mempunyai ketinggian 29 kaki, dan tebal ± 10 kaki; dan dengan pintu gerbangnya yang dibuat dari besi, dan berpuluh-puluh menara-pengintai, merupakan pertahanan tapal-batas kerajaan Persi yang kuat].
Judul Buku: DAJJAL YA’JUJ DAN MA’JUJ
Karya: Maulana Muhammad Ali
Penerjemah: H.M. Bachrun
Penerbit: Darul Kutubil Islamiyah, Jakarta
Imam Ali bin Abi Talib berpesan: “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo

Jumaat, 23 Julai 2010

Teori 2 : Dajjal Manusia Berjasad.


Pandangan kedua ialah Dajjal adalah manusia berjasad dan sememangnya teori atau tanggapan yang paling banyak dipegang oleh seluruh umat Islam.
Pada zaman dahulu, umat Islam percaya bahawa Dajjal adalah suatu makhluk hidup yang ganas yang akan muncul pada akhir zaman. Menghancurkan setiap manusia yang tidak patuh kepadanya. Dajjal juga dianggap berbadan besar, bertaring, ganas dan menakutkan.
Tapi kini semua itu telah mula diperbaiki setelah berlaku beberapa penemuan-penemuan manuskrip dan kajian yang menyeluruh terhadap permasalahan Dajjal. Pemikir-pemikir Islam kini mula mengkaji kitab-kitab Injil asli dan Taurat asli sambil mengutip pandangan-pandangan ulama’-ulama’ Yahudi yang percayakan akan kewujudan Dajjal pada akhir zaman.
Hasil kajian yang menyeluruh membuatkan seorang pengkaji terkenal Muhammad Isa Dawud mengemukakan teori barunya berkenaan Dajjal. Teorinya masih berpegang kepada teori lama iaitu Dajjal adalah makhluk hidup yakni manusia, bezanya dari segi identiti dan pertumbuhan Dajjal. Berikut adalah teorinya.
Nama Asal Dajjal : As-Samiri (diambil dari al-Quran, Injil & Taurat)
Tempat Asal : Samirah, Palestin (diambil dari manuskrip)
Tarikh Lahir : 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Musa (dari manuskrip kuno)
Umur : berumur panjang & masih hidup (dari al-Quran, hadith & manuskrip kuno)
Tempat Tinggal Dahulu : Sebuah pulau batu antara Syria dan Iraq (hadith & manuskrip kuno)
Tempat Tinggal Sekarang : Segitiga Bermuda (pendapat Jin Islam, sarjana barat, ulama’ Yahudi & manuskrip kuno)

Khamis, 22 Julai 2010

Teori 1 : Dajjal Adalah Suatu Bentuk Ideologi..


Perbincangan dan hujah-hujah yang dinyatakan di sini 90 peratus adalah merujuk kepada pendapat “Muhammad Isa Dawud”. Pandangan dan hujah beliau diambli kira sebagai hujah dominan kerana hanya belaiu seorang setakat ini yang bergiat cergas dalam membongkar masalahat di atas.
Beliau juga mampu membaca dalam bahasa Ibrani, ‘Arami, Arab Kuno, Inggeris dan Parsi. Dan itu tidak mustahil kerana beliau memang berkelulusan dan Bidang Pengajian Perbandingan Agama di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Bukan itu sahaja malah beliau juga menyimpan pelbagai manuskrip-manuskrip kuno yang diperoleh beliau hasil dari pengembaraannya di seluruh negara Eropah, Skandinavia dan Arab.
Selain itu, teori-teori yang dikemukan juga merujuk kepada pandangan ulama’-ulama’ dan tokoh pemikir-pemikir lain yang dirasakan sesuai dalam membahaskan bab Dajjal ini.
Pandangan pembaca amat dialu-alukan dalam setiap teori yang dikemukakan. Pembaca juga digalakkan mengemukakan teori masing-masing berserta hujah-hujah yang konkrit. Sesiapa sahaja layak untuk membuat teori walaupun orang awam biasa.
The Dajjal Defination In Wikipedia.
Dajjal
ad-Dajjal sometimes spelled Dajal, (Arabic: الدّجّال, ad-dajjāl) (“The Deceiver/impostor”), is an evil figure in Islamic eschatology. He is to appear at a time in the future, before Yawm al-Qiyamah (The Day of Resurrection, Judgement Day).
Dajjal” (compare to “Devil”) is a common Arabic word, used in the sense of “false prophet”, but “Ad-Dajjal“, with the definite article, refers to “The Imposter“, a specific end-of times deceiver. The term Al-Masih Ad-Dajjal(Arabic for “The False Messiah”) is a literal translation of the Syriac term“Meshiha Deghala”, which had been in the common vocabulary of the Middle East and adapted into the Arabic language 400 years prior to the Qur’an via the Peshitta (which uses that term instead of the Greek “antichristos”). [1][2]
The belief is based around the events prior to the Day of Judgment around the Second Coming of The Christ, when ad-Dajjal shall gather an army of those he has deceived and lead them in a war against Jesus, who shall be accompanied by an army of the righteous.
He will appear somewhere between Syria and Iraq, at which time Jesus will return and defeat ad-Dajjal in Palestine. He will be unable to enter Mecca or Medina.
Linguistically, the reason for his name being “Masih-ad-Dajjal” is simply because Masih is a title given to one who travels extensively to increase their influence in the world. Jesus is also called masih because he will roam throughout the world to preach righteousness and virtue, whereas the Dajjal would travel around the world to do just the opposite. He would gain control over the whole world, which is the specific reason he is called ‘masih’. Essentialy, Jesus is the Masih of virtue and righteousness; Dajjal is the Masih of evil.[1]
The word Dajjal has two connotations: First, it signifies a group which supports falsehood and works with cunning and deceit. Secondly, it is the name of the Satan who is the father of all falsehood and corruption.[2]
From,
Ibnuyaacob

Rabu, 21 Julai 2010

Perang Konspirasi Dajjal : Iran Dan Hezbullah. ( 4 )


oleh Ibnuyaacob
 

FASA MEMPROVOKASI IRAN

Tanda-tanda bahawa Israel bersedia melancarkan serangan menghadapi Iran sudah kelihatan sejak sebelum kejatuhan Lehman Brothers dahulu lagi. Kejatuhan ini memang dijangka oleh ramai penyelidik konspirasi seluruh dunia di atas beberapa faktor tertentu.
Pada 6 Januari 2009, dunia dikejutkan dengan bedilan roket dari selatan Lubnan. Kejadian ini disahkan oleh seorang polis Israel yang bertugas di Bandar Nahariya yang terletaknya 8km dari sempadan Lubnan.
Menurut polis tersebut, Mickey Rosenfeld, beliau melihat beberapa roket jenis Katsuya telah mengenai beberapa bahagian di banda tersebut pada pagi Selasa. Kejadian itu juga disahkan oleh seorang wartawan Al-Jazeera, Rula Amin yang berkebetulan bertugas di situ.
Umum mempercayai bahawa serangan roket tersebut adalah dilakukan selepas pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah memberikan ucapan bahawa pihaknya akan sentiasa menyokong tindakan Hamas dan mereka tidak teragak-agak untuk membantu perjuangan rakyat Palestin.
Tindakan Yang Ditunggu-tunggu Israel
Kemungkinan besar, kami percaya tindakan menyerang dan menekan rakyat Palestin dalam konflik Gaza adalah suatu bentuk umpanan. Menekan rakyat Palestin bermaksud akan membangkitkan pembela-pembela berani rakyat tersebut iaitu Hezbollah dan Iran.
Jangkaan ini adalah berdasarkan beberapa faktor yang tidak masuk akal dalam konflik Gaza.
  1. Israel memulakan perang ke atas Palestin pada 27 Disember 2008 berasaskan alasan serangan roket – sedangkan sebelum itu, beribu-ribu roket telah dilancarkan oleh Hamas dan kemungkinan hampir setiap hari. Jika hendak ditafsirkan, Israel sudah mampu menyerang Hamas sejak dari dulu lagi. Tetapi Israel tidak berkehendak demikian, mereka tahu masa yang sesuai.
  2. Israel telah menguasai seluruh pentadbiran Palestin melalui tali barutnya Parti Fatah sejak tertubuhnya kerajaan campuran – apabila telah menguasai Palestin, Israel tidak melancarkan serangan keras tetapi mendiamkan diri untuk tempoh yang lama. Sedangkan serangan mampu dilakukan ke atas Hamas sejak dahulu lagi.
  3. Israel melakukan persediaan ketenteraan besar-besaran sejak 2 tahun dahulu dan kemuncaknya ialah selepas kejatuhan Lehman Brothers – sedangkan dengan bilangan tentera, kapal terbang, kereta kebal dan pelancar roket, Israel mampu menghadapi Hamas.
Di atas ialah 3 faktor utama yang pelik dan mencurigakan tambah-tambah lagi faktor yang ketiga. Israel menggunakan serangan secara sedikit demi sedikit ke atas Palestin seolah-olah ingin ‘menaikkan marah’ pemimpin-pemimpin Islam tertentu.
Persoalannya Israel mampu mengeluarkan jet-jet pejuangnya beratus-ratus buah sekali gus. Tambahan pula, Hamas tidak mempunyai kelengkapan-kelengkapan tersebut.
Situasi ini kami jangkakan ia sebagai umpanan kepada peperangan yang lebih besar yakni menghadapi Iran.
Teori Perang Israel vs Hamas, Hezbullah & Iran
Sejak tertabalnya Mahmood Ahmadinejad sebagai Presiden Iran, dilihat tanda-tanda mengumpan Iran agar terjun ke kancah peperangan telah dilakukan. Semua akhbar-akhbar rasmi Israel telah memainkan peranan yang cukup sistematik dalam menjalankan umpanan ini.
Berikut merupakan faktor-faktor yang dijangka Israel akan berperang dengan Iran disamping menggunakan Hamas dan Hezbullah sebagai faktor penyebab.
Faktor 1 : Strategi propaganda media Israel
Boleh dikatakan berita tentang Iran tiada cuti di akhbar-akhbar Israel. AkhbarJerusalem Post sendiri mengambil langkah drastik dengan meletakkan kolum khusus iaitu “Iranian Threat” dalam akhbarnya.
Manakala akhbar Haaretz juga meletakkan kolum “Iranian Threat” di internet tetapi kolum tersebut dibuang secara tiba-tiba pada pertengahan Disember 2008 atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
Faktor 2 : Kenyataan Duta Amerika di PBB
(Gambar) John R. Bolton
Antara yang paling memungkinkan keterlibatan Iran ialah pada Jun 2008, duta Amerika di PBB iaitu John Bolton mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menjangkakan Israel akan menyerang kemudahan nuklear Iran sebelum Presiden Bush menamatkan perkhidmatannya pada awal 2009.
Faktor 3 : Persediaan Kewangan Dalam Kementerian Pertahanan
Ini berdasarkan artike kami yang bertajuk Perang Konspirasi Dajjal : Persediaan Israel (Bahagian 3)
Faktor 4 : Peningkatan Sistem Pertahanan Berkomputer IAF
Pada 16 Oktober 2008, bahagian pertahanan udara Israel iaitu Israel Air Force (IAF) telah melancarkan suatu sistem berkomputer yang mampu mengesan roket-roket yang sedang dalam pelancaran. Sistem ini berfungsi memberi maklumat tempoh pelancaran, jarak dilancarkan dan jangkaan waktu terhempas.
Peranan sistem ini ialah memberi maklumat sepantas yang boleh kepada suatu unit khusus di Israel yang diberi nama Home Front Command (HFC).
HFC bertindak sebagai suatu pasukan khusus yang bertanggungjawab mengarahkan penduduk-penduduk Israel ke kubu perlindungan yang disediakan. Setakat ini, HFC bergerak dalam 10 daerah utama dan kemungkinan akan dipertingkatkan ke 100 daerah lagi apabila sistem IAF itu benar-benar siap sempurna.
HFC ditubuhkan pada Februari 1992 iaitu sejak tercetusnya Perang Teluk. Ia merupakan salah satu unit yang terpenting dan diletakkan di bawah Kementerian Pertahanan Israel.
Faktor 5 : Latihan perang skala besar oleh Israel
Antara sebab-musabab yang paling meyakinkan ialah suatu program latihan peperangan secara besar-besaran telah dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan Israel pada awal Ogos 2008.
Menurut Channel 10 (TV Israel), para tentera dilatih untuk menghadapi serangan-serangan roket anti-kapal terbang yang dimiliki Iran, Hezbollah dan Syria. Latihan itu dimulakan dengan melancarkan serangan roket palsu milik tentera Syria.
Apa yang mencurigakan kami, Channel 10 telah menyiarkan suatu kenyataan misteri dari penganalisis-penganalisis perang Israel. Kenyataan itu mengandaikan bahawa mereka benar-benar sudah tahu perang akan dilancarkan.
Penganalisis-penganalisis tersebut menyatakan bahawa latihan serangan itu dilakukan bagi menghadapi serangan-serangan roket dari pelbagai negara. Menghairankan hanya 3 roket dari 3 negara yang dipilih seolah-olah mereka tahu roket-roket itu akan mengenai dahi mereka kelak.
Latihan ini telah dijalankan 5 bulan sebelum Palestin diserang.
Iran sedar konflik Gaza adalah umpanan Israel
Pada 28 Disember 2008, sehari selepas Gaza dibedil tentera Israel, Ayatollah Ali Khomenei telah mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang turut serta di dalam perjuangan membela rakyat Palestin, mereka adalah syahid.
Kesan dari ucapan itu ialah dilaporkan lebih 70,000 warga Iran yang kebanyakan golongan belia telah mendaftar untuk berjihad di bumi Palestin bersama pejuang-pejuang Hamas.
Namun begitu, seminggu selepas ucapan itu, Khamenei telah mengeluarkan ucapan yang berbeza sekali. Beliau menegaskan dalam ucapannya bahawa penghantaran sukarela-sukarela jihad tidak perlu kerana terdapat tanda-tanda Israel sedang memasang perangkap.
Oleh itu, kebenaran untuk melepaskan sukarela-sukarela jihad ke Palestin terpaksa ditarik balik. Khamenei dilihat meneruskan agenda menekan secara politik negara-negara barat dalam isu konflik Gaza.
Dalam konteks ini dapat kita lihat bahawa pihak Iran telah mengenalpasti akan tujuan sebenar konflik Gaza dicetuskan oleh Israel. Iran tahu, mereka tidak boleh terus melatah dengan sebarang reaksi kejam yang dilakukan Israel.
Mereka sudah mempunyai pengalaman dalam Perang Iran-Iraq 1980 yang mana negara-negara Arab telah menjadi mangsa hasutan agen-agen elit Zionis yang berwajah Islam. Pasti kali ini tindakan lebih berhati-hati diambil agar tidak tercetus peperangan yang bakal meragut lebih banyak nyawa Muslim.
Israel Menggunakan Hezbullah Sebagai Umpanan
Untuk mengheret Iran ke kancah peperangan bukanlah suatu jalan mudah. Ianya sama susahnya seperti Presiden Amerika mengheret Jepun ke kancah peperangan pada 1941.
Israel kelihatan amat bersungguh-sungguh ingin mewujudkan perang yang besar. Pada 8 Januari 2009 lalu, lima roket telah dilancarkan ke Selatan Lubnan. Serangan itu sebagai suatu tindak balas serangan Hezbullah ke atasBandar Nahariya.
Bukan setakat itu sahaja, beberapa jet pejuang Israel juga telah kelihatan berlegar-legar memasuki kawasan Selatan Lubnan.
Apa yang menghairankan ialah jurucakap Hamas di Lubnan, iaitu Raafat Moratelah menafikan bahawa mereka membantu Hezbullah dalam serangan roket tersebut.
Malah jurucakap Hezbullah juga melaporkan kepada wartawan Press TV bahawa mereka tidak bertanggungjawab di atas serangan itu.
Kesimpulan
Kami percaya keengganan Iran memberi kebenaran kepada sukarela dari negaranya menyertai perjuangan jihad Hamas telah membuatkan pelan konspirasi Israel berubah.
Israel tahu Iran di bawah pimpinan ulama adalah berbeza dari pimpinan sekular dahulu. Mereka sudah matang dan masak dengan taktik-taktik provokasi antarabangsa yang dilakukan Israel. Namun begitu, kelihatan Israel cuba mencari ruang mengumpan dengan cara lain.

Selasa, 20 Julai 2010

Perang Konspirasi Dajjal : Persedian Isreal. ( 3 )


oleh Ibnuyaacob

pkd3002

FASA PERSEDIAAN PERANG

Kemungkinan Israel akan terlibat dalam peperangan ini dapat kita jangka apabila kita meneliti akan persediaan-persediaan polisi serta fizikal yang berlaku sejak akhir-akhir ini di negara Israel.Antara perkara yang kami jangka memungkinkan keterlibatannya ialah berkenaan elemen “pertahanan”negara.
Pada awal Oktober 2008 lepas, selepas sebulan kejatuhan Lehman Brohters, secara tiba-tiba Menteri Pertahanan Israel iaitu Ehud Barak telah membentangkan satu laporan berkaitan keperluan peruntukan tambahan untuk kementeriannya.
Laporan ini mendesak agar kerajaan Israel menyuntik NIS 1.5 billion bagi tahun 2008 untuk perbelanjaan peningkatan teknologi pertahanan negara Israel.
Kemudian, Barak membentangkan satu lagi laporan berkaitan perlunya tambahan NIS 1.3 billion bagi tahun 2009. Ironiknya, permohonan diluluskan meskipun dibantah keras oleh Menteri Kewangan Israel.
Pertengkaran mulut antara wakil Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan di Parlimen Israel disifatkan sebagai “a clash of giants” oleh Giora Eiland dari akhbar Canada Free Press.
Perlu kita ketahui bahawa jawatankuasa yang bertanggungjawab membuat laporan untuk dibentangkan oleh Ehud Barak ialah Brodet Committee. Jawatankuasa inilah ‘punca’ kepada wujudnya permohonan menyuntik peruntukan luar biasa itu.
Apakah Brodet Committee?
Harus diingat, bukan semua menteri-menteri di Israel sukakan peperangan dan perdamaian. Orang-orang Yahudi juga terdiri dari pelbagai ideologi walaupun dari agama yang sama.
(Penjelasan lanjut sila rujuk pada artikel berkaitan Yahudi Orthodoks)
Suruhanjaya Brodet (Brodet Committee) dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu Jeneral David Brodet. Beliau ialah bekas pengarah di kementerian kewangan Israel.
Menurut kebanyakan penganalisis politik, Brodet amat berpengaruh dalam soal penyelidikan peperangan dan pertahanan Israel. Sehingga kini beliau masih lagi berperanan sebagai penyumbang idea utama dalam polisi-polisi ketenteraan Israel.
Brodet bolehlah digelar sebagai mastermind halimunan dalam setiap agenda perang Israel walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan itu. Brodet tidak memohon wang untuk memenuhi poket kroni-kroninya malah Brodet juga tiada kroni pembuat senjata.
Brodet boleh dikatakan ‘seseorang’ yang ditugaskan oleh mastermind-mastermind lain yang tidak dikenali. Tugasan yang diterima adalah khusus mengikut bidang masing-masing. Jika di Amerika mastermind perangnya adalah Dr. Henry Kessingger, maka Israel pula ialah Jen. David Brodet.
Dalam konteks permohonan peruntukkan tambahan ini, Brodet Committee berfungsi sebagai suruhanjaya yang memutuskan suatu bentuk polisi ketenteraan bagi kementerian pertahana Israel. Dalam erti kata lain, Brodet Committee adalah ‘otak’ kepada Kementerian Pertahanan.
Memahami Sistem Perang Antarabangsa
Di Israel, Perdana Menteri dan menteri-menteri bukanlah ‘penyebab utama’ tercetusnya peperangan. Mereka ini adalah boneka-boneka untuk wajah-wajah lain yang membuat keputusan di belakang mereka.
Biasanya mastermind untuk sesuatu konflik perang tidak popular tetapi amat berpengaruh. David Brodet adalah salah seorang yang dipercayai sebagai ‘mastermind’ kepada perang yang akan datang ini.
Namun begitu, Brodet bukanlah perancang utama, ia pula ada topeng bagi wajah-wajah lain di belakangnya.
Begitu juga di Amerika, George Bush adalah boneka yang terpaksa menebalkan muka untuk menerima kutukan masyarakat dunia. Tetapi hakikatnya ia diarah oleh beberapa orang lain di belakangnya yang amat berpengaruh.
William Kristol, Richard Perle, Henry Kessinger adalah contoh beberapa orangMastermind agenda perang Amerika dengan negara-negara Islam. Tetapi mereka juga adalah kategori pengikut pula kepada mastermind lain yang lebih tersembunyi dan lebih berpengaruh.
Apakah kaitan budget pertahanan ini dengan Perang Konspirasi Dajjal?
Pada artikel bahagian 1, telah kami maklumkan akan perang yang bakal dicetuskan Israel sekarang sedang masuk dalam fasa pengumpulan dana. Kini isu Lehman Brothers agak ‘diam’ seketika.
Budget pertahanan yang dipohon oleh Barak ini kami teorikan ia sebagai suatu kos ‘persediaan peperangan’ yang akan datang. Ini berdasarkan kepada laporan akhbar-akhbar utama di Israel.
Penganalisis-penganalisis kewangan di Israel menyimpulkan bahawa budgetyang dipohon oleh Barak bagi kementeriannya adalah budget ”terbesar’ dalam sejarah kewangan Israel.
Permohonan ini dilakukan secara mengejut oleh Barak kepada kabinet Israel. Permohonan dibuat berdasarkan alasan mempertingkatkan keperluan pertahanan dan keselamatan negara.
Walaupun nilai yang dipohon ialah NIS 1.5 dan NIS 1.3 billion untuk tahun 2008 dan 2009, namun ia telah menjadikan jumlah budget terkumpul kementerian pertahanan ialah sebanyak NIS 55 billion.
Persediaan Sistem Pertahanan
Ehud Barak yang bertindak sebagai menteri pertahanan telah mengumumkan pelancaran misil baru Israel pada 26 Oktober 2008. Menteri gila perang ini telah menamakan misil penangkis peluru berpandu dengan namanya sendiri iaitu Barak-1.
Menurut akhbar utama Israel iaitu Haaretz, misil tersebut mampu menepati sasaran pada jarak 500 meter hingga 10 kilometer. Kementerian Pertahanan dilihat sudah pun menguji 4 misil tersebut beberapa bulan sebelum Oktober lagi.
Persediaan Propaganda dan Provokasi Politik
Seperti biasa setiap kali ada tanda-tanda konflik maka Israel dilihat mengumumkan pelbagai senjata canggihnya. Sengketa dengan Hamas yang hanya berbekalkan roket buatan sendiri dijadikan sandaran ampuh untuk menguji senjata baru mereka.
Pada Perang Lubnan lepas telah pun dunia ketahui akan kemajuan bom berangkai yang menggugat penduduk selatan Lubnan. Manakala penghantaran tentera-tentera separa profesional berperang dengan Hizbollah adalah strategi dendam jangka panjang.
Israel tidak silap dengan perancangan penghantaran tentera itu walaupun ramai penganalisis politik Muslim mengatakan kemenangan Hezbollah adalah berpunca dari kesilapan Menteri Pertahanan Israel.
Ia tidak silap, ianya sengaja “disilapkan” untuk membentuk suatu alasan berunsur “dendam palsu” yang akan dibawa pada saluran media pada masa akan datang. Dan sekarang ini, konflik Palestin adalah peluang media Israel membawa isu ‘balas dendam palsu’ yang dicipta pada Julai 2006.
Pada 31 Disember 2008, kabinet Israel mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan ramai pihak. Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert telah mengumumkan bahawa seramai 2500 orang lagi askar simpanan akan ditempatkan di Semenanjung Gaza, sempadan Palestin. Kini jumlah rasmi askar Israel dilaporkan berada di sempadan ialah 8500 orang.
Kemungkinan ini salah satu “seni peperangan masa depan” yang dimiliki oleh Illuminati yang mengawal orang-orang pentadbiran Israel. Mereka mengamalkan “seni” ini sejak Revolusi Perancis 1789 di mana perancangan untuk mencetuskan revolusi itu sudah pun siap 13 tahun sebelum itu oleh Prof. Adam Weishaupt.
Rahsia “Persediaan Israel” Adalah Berasaskan Etika Zionis
Sebenarnya, persediaan Israel untuk menghadapi Perang Konspirasi Dajjalkelak adalah mengikut suatu kod etika perang yang dibangunkan 110 tahun dahulu. Kod perang ini dibina secara sistematik dengan ayat-ayat masa depan yang mengelirukan banyak pihak.
Israel akan dipandu oleh golongan Illuminati untuk terjun ke kancah peperangan secara berperingkat-peringkat tetapi nano-sistematik. Ianya mungkin mengambil masa tetapi amat sukar disyaki aliran peringkat-peringkat tersebut.
Kod perang yang digunakan dalam “Persediaan Israel” ini ialah Kod Protokol Zionis No.7(Bil.3) yang menyatakan;
” We must be in a position to respond to every act of opposition by war with the neighbors of that country which dares to oppose us: but if these neighbors should also venture to stand collectively together against us, then we must offer resistance by a universal war.”
Kod ini dibina dalam suatu mesyuarat rahsia pengasas Zionis iaitu Dr. Theodor Herzl bersama mastermind-mastermind elit Yahudi di Bassel pada 1897. Walau bagaimana pun ia berjaya dicuri keluar, dianalisis dan diterbitkan olehProf. Sergei A.Nilus dari Russia.
Kesimpulan
Memastikan perang berlaku bukanlah suatu tugas mudah, dan permasalahan yang perlu kita fahami ialah golongan Illuminati amat mahir dalam strategi merencanakan peperangan.
Di antara kaedah-kaedah klasik yang biasa ia lakukan sejak 300 tahun dahulu hingga sekarang ialah provokasi, propaganda, media dan krisis ekonomi. Dan nampaknya bunga-bunga perang hasil dari strategi klasik kejatuhan Lehman Brothers pada September 2008 lepas kelihatan semakin jelas.
Kejelasan tentang tujuan sebenar kejatuhan ekonomi dunia dan Perang Konspirasi Dajjal terbukti apabila perancang ekonomi Israel mengeluarkan kenyataan ‘mencurigakan’ pada 27 Oktober 2008 iaitu:
“The world crisis is not relevant to the conditions of the Israeli economy, and therefore there is no need to take any action because of it.”
Wallahu’alam…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular