Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 30 November 2010

Terjaminkah 'Ketuanan Melayu'?

Go to fullsize image

'Ketuanan Melayu', itulah yang sering dilaung-laungkan oleh sesetengah pihak apabila melihat kuasa politik mereka semakin pudar. Yang menjadi mangsanya ialah Raja-Raja Melayu yang kononnya adalah benteng terakhir oramg Melayu di Malaysia.

Siapakah pula yang meliwat, merogol dan menjatuhkan air muka Raja-Raja Melayu pada 1992 sehingga pindaan perlembagaan telah dilakukan. Walau pun orang-orang Melayu telah bangkit menentang pindaan tersebut.

Tindakkan balas yang diterima oleh orang Melayu dalam protes tersebut ialah Raja-Raja Melayu diaibkan dengan kekayaan dan kelakuan keluarga mereka. Kenapa ianya berlaku?. Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana Umno merasakan yang mereka cukup kuat untuk memerintah selama 100 tahun lagi. Kerana itulah Dr Mahathir telah menanam amanat beliau di shopping komplex yang hanya akan dibuka selepas 100 tahun.

Saya pernah menulis berkenaan Raja-Raja Melayu dan respon yang saya dapat ialah "Apakah Raja Melayu semuanya masuk syurga", "adakah Raja Melayu terlepas dari dosa". Masalahnya apabila mereka kuat mereka cuba nyahkan Raja-Raja Melayu tetapi bila mereka lemah mereka menolak Raja-Raja Melayu kehadapan...... adilkah?

Tanya kepada presiden Perkasa, siapakah yang cuba menabalkan Sultan Kelantan. Tanya Shahidan Kassim akan rahsia Raja-Raja Melayu yang ada ditangannya. Tanya kepada Umno, apakah yang mereka lakukan terhadap 'Ketuanan Melayu'.

Jika orang Melayu sayang sangat kepada ketuanan mereka, jalan yang terbaik ialah kembalilah kepada 'Ketuanan Islam'. Jika 'Ketuanan Islam' selamat, maka semua ketuanan akan selamat tanpa mengira apakah bangsa mereka.

Tidakkah Allah menjadikan hambanya berbangsa-bangsa agar mereka saling kenal mengenal dan sekiranya berlaku perselisihan, kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Itulah sebaik-baik rujukan yang ada dimuka bumi ini.

Zaman Kegelapan Islam Dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam. (Bhg.28)


Peranan Anti-Islam Israel Dalam Perang Saudara Chad
Ketidakstabilan politik di negara tersebut semakin bertambah apabila François Tombalbaye, ketua negara, menjadi mangsa dalam rampasan kuasa ketenteraan pada 1975, dan perang saudara yang bermula pada 1980 memasuki dimensi baru yang lebih serius. Terdapat dua bahagian dalam konflik yang berlaku: umat Islam di bahagian utara Chad, dan orang-orang Kristian dan puak-puak lain dengan agama mereka masing-masing di kawasan Bantu yang terletak di bahagian selatan. Namun demikian, seperti mana dalam negara-negara Dunia Ketiga, ini sebenarnya bukanlah peperangan "saudara" sama sekali. Kuasa-kuasa asing dengan aktif memberikan sokongan kepada para pejuang. Israel yang sudah semestinya menentang Islam, mendahului senarai kuasa-kuasa asing tersebut dengan mempertahankan Bantu di kawasan selatan.

Pemimpin umat Islam di bahagian utara ialah Goukouni Ouedde. Perkara menarik ialah pemimpin perikatan Kristian-Animise adalah seorang yang kononnya Islam, atau pun seorang lelaki yang mempunyai asal-usul Islam: Hissène Habré.

Israel bersama-sama dengan CIA, menyokong Habré dan memberikan kepada mereka senjata-senjata yang dibuat di Soviet. Pada tahun 1983, muncul beberapa sumber mengatakan bahawa Israel me miliki penasihat ketenteraan di Chad, dan mereka telah pergi ke sana pada bulan Ogos tahun tersebut bersama-sama dengan 2,500 orang kelompok tentera Zairois untuk memberikan sokongan kepada Habré. Ariel Sharon, "Butcher of Lebanon" dan salah seorang perancang utama penindasan di Palestin, juga telah memainkan peranan penting dalam peperangan di Chad. Beliau telah mengadakan lawatan ke Chad pada bulan Januari 1983 sebelum meninggalkan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan. Berdasarkan kepada Hallahmi, lawatan Sharon ini adalah satu petanda bahawa Israel sudah bersedia untuk memainkan peranan penting di Chad.

Seperti yang telah kita lihat, Israel sekali lagi berusaha untuk menghalang kemunculan sebuah negara Islam, dan melakukan sedaya-upaya dari segi ketenteraan dan sokongan politik bagi menghalang umat Islam menjadi lebih kuat.

Masih tiada keamanan dan keselamatan di Chad selepas perang saudara. Campur tangan asing oleh Perancis dan juga Israel telah meningkatkan lagi kezaliman yang berlaku setiap hari, dan Chad terbentuk melalui rampasan kuasa ketenteraan. Kerajaan memerintah telah mengakibatkan ribuan nyawa terkorban dan berpuluh-puluh ribu orang menjadi pelarian dalam pembunuhan yang dilakukan bagi menghapuskan golongan-golongan penentang.

Ahli-ahli arkeologi, botani dan geologi dan pakar-pakar Perancis yang lain telah datang ke Chad secara besar-besaran untuk menjalankan penyelidikan dan kajian. Sumber-sumber bumi yang telah dikenalpasti dipindahkan ke Perancis. Kesannya, masyarakat tempatan yang sudah kehilangan hasil kekayaan bumi, terjebak dalam pergaduhan sesama sendiri sesudah hidup dengan aman sejak sekian lama. Chad akhirnya menjadi sebuah bangsa yang papa kedana.
Situasi di Chad pada hari ini adalah salah satu contoh paling jelas tentang apa yang musuh-musuh Islam boleh lakukan ke atas negara tersebut. Segala kekayaannya telah dimusnahkan, kestabilan hanyalah satu impian, masyarakat yang pernah hidup dalam keadaan aman damai selama bertahun-tahun kini berpecah-belah akibat permusuhan, dan Chad kini menjadi papa kedana.

Namun demikian, apa yang harus kita ingat ialah tiada sebab untuk kita berputus asa. Terdapat penyelesaian mudah bagi situasi negatif yang sedang berlaku. Ia merangkumi pengamalan ajaran moral Islam yang sebenar-benarnya. Apabila ini berlaku, segala masalah tersebut yang terbukti tidak dapat diselesaikan selama berkurun-kurun akan dapat diselesaikan satu demi satu. Kemudian, keamanan dan keselamatan akan menggantikan peperangan dan konflik. Dalam persekitaran yang dikuasai oleh ajaran moral Islam, ketidakadilan dan berat sebelah tidak dapat wujud di mana-mana.

Segala kekejaman yang berlaku di Chad sekali lagi mendedahkan bahawa dunia Islam sedang ditindas. Peperangan ideologi adalah sesuatu yang segera dan penting bagi menjernihkan semula keadaan. Umat Islam di Afrika ditindas semata-mata kerana mereka beragama Islam, dan ia adalah sesuatu yang membimbangkan setiap umat Islam di serata dunia.


Dan janganlah di antara kamu yang mempunyai kelebihan dan kelapangan bersumpah untuk tidak memberi (bantuan) kepada kaum kerabat, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah. Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Kita harus sedar bahawa para pemimpin korup yang telah menindas umat Islam selama bertahun-tahun, berserta dengan para penyokongnya, sebenarnya tidak memperolehi apa-apa. Walaupun mereka mati dengan memiliki kekuasaan dunia yang paling hebat, mereka pasti jua akan menerima azab yang sangat pedih di hari akhirat nanti. Keadilan Allah akan berlaku ke atas mereka, dan setiap individu akan dipanggil untuk diperhitungkan segala amal mereka. Inilah janji Allah kepada orang-orang yang beriman, dan pada masa yang sama ia adalah sebuah janji yang sangat menggembirakan. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:


Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan (menyeksa, mendatangkan bencana, membunuh dan sebagainya) kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar. (Al-Buruuj, 85:10)
Dan kalau setiap diri yang zalim itu memiliki segala apa yang ada di bumi ini, pasti dia akan menebus dirinya dengan itu, dan mereka menyembunyikan penyesalannya ketika mereka telah menyaksikan azab itu. Dia telah diberi keputusan di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dianiaya. (Yunus, 10:54)
Bersambung..........

Harun Yahya

Isnin, 29 November 2010

Hebat Akhlak Dan Kereta Anak Pemimpin Umno Yang Sama Hebat.

AKU PETIK BERITA LAMA DULU-DULU...

PARTI LIAR ANAK VIP 

Semalam kecoh di Hilton apabila Zeta Bar, Hotel Hitlon Kuala Lumpur, Malaysia Darul UMNO telah ditempah untuk sebuah private party.Parti yang dikatakan bermula jam 10.30 malam itu dikatakan adalah parti harijadi anak seorang pemimpin tetinggi Umno.Parti ini juga mendapat liputan meluas apabila ramai orang yang menunggu di lobby Hilton untuk melihat siapa yang hadir ke majlis itu.

Ramai yang cuba untuk memasuki parti itu tetapi tidak dibenarkan kerana nama tiada dalam senarai jemputan.Orang yang pertama sampai ke Hilton adalah Dafi ( anak Ismail Sabri Bin Yaacob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ) tiba dengan kereta harrier putih,tidak lama selepas itu Jamil Jidin (anak kepada Ahli Parlimen Setiu) tiba dengan kereta BMW putih.Yang menggemparkan bila Ashman Najib (anak PM Malaysia) tiba dengan Bentley hitam bersama pasangannya,diikuti Alissa Hishammudin ( Anak kepada hishamuudin hussin onn) yang tiba slepas itu dengan Alphard hitam bersama pasangannya iaitu anak kepada Datuk K ( laki siti norhaliza).Jam 11 malam pula suasana menjadi panas apabila Aizat Fikri (anak kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus) tiba dengan VW merah apa yang menambah hangatnya lagi ialah pasangan beliau yang dikatakan dan kelihatan seperti seorang pelakon dipercayai Tiz Zaqyah (pelakun drama Nur Kaseh ). Jemputan yang akhir tiba adalah dipercayai anak kepada Nazri Aziz tiba dengan porsche putih.

Parti itu dikatakan tamat jam 2 pagi dan dipercayai lebih 100 orang hadir ke parti itu.Apa yang menyedihkan apabila parti itu dikatakan bertukar menjadi parti liar apabila semua tetamu keluar dari hotel dan berjalan dengan mabuk disekitar hotel dan muntah muntah.ini memang melambangkan perangai yang tidak senonoh!fikir-fikirkan lah WAHAI RAKYAT MALAYSIA KHASNYA penduduk FELDA YANG PANGKAH UMNO - warta365

So aku list kan kat bawah nih agar korang nampak..

 DAFI & WHITE HARRIER 
JAMIL JIDIN & WHITE BMW
ASHMAN NAJIB & BLACK BANTLEY
ALISSA HISHAMMUDIN & BLACK ALPHARD
AIZAT FIKRI & RED VOLKSWAGAN
NAZRI AZIZ & PORSCHE

Tuan Puan ini baru seba sedikit kereta anak menteri.. belum tengok lagi menteri-menteri yang lain... dan bagaimana kereta bapak-bapak dan mak-mak mereka pulak..? pastinya taknak kalah dari anaknya kan... kereta gomen PERDANA jer paling busuk pun.. tapi kereta persendirian..HUH... Kalah kereta ananda krishnan.. kahkahkah.
( wargamarhaen)

Zaman Kegelapan Islam Dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam. (Bhg.27)

CHAD


Negara Islam Yang Cuba Dihancurkan Oleh Pentadbiran Kolonialis Perancis

Di dalam bab awal buku ini, kita telah menekankan bagaimana "rompakan" yang dilakukan oleh kuasa-kuasa kolo nialis telah mengeringkan sumber-sumber asli di kesemua kawasan di Afrika dan seterusnya membawa mereka ke dalam lubuk kemiskinan yang amat dahsyat. Bangsa Barat yang melihat orang-orang Afrika sebagai "bangsa primitif yang masih belum tamat proses evolusi" dan meng anggap mereka yang tinggal di sana boleh dieksploitasikan, sebenarnya melakukan pe nindasan terhadap umat Islam. Penindasan tersebut dilakukan secara terbuka di antara abad ke-15 dan ke-19, selepas itu dilakukan secara tersembunyi pada abad ke-20.

Kuasa-kuasa kolonialis seperti Britain dan Perancis meninggalkan kawasan tersebut selepas mereka tidak lagi boleh berkuasa di Afrika. Namun demikian, mereka meninggalkan rejim-rejim boneka yang mempunyai hubungan erat dengan kuasa-kuasa kolonialis tersebut. Polisi ini membolehkan sebuah sistem kolonialis beroperasi di bawah kepura-puraan yang baru. Kerajaan-kerajaan yang mempunyai rangkaian erat dengan bekas kuasa-kuasa kolonialis masih memerintah beberapa buah negara di Afrika sehingga ke hari ini, dan mereka telah me­lakukan kekejaman yang melampau. Pen tadbiran-pentadbiran boneka ini secara lazimnya adalah beragama Kristian atau pun golongan-golo ngan minoriti di negara-negara Islam. Dengan soko ngan Barat yang di berikan kepada kerajaan-kerajaan minoriti ini, mereka berupaya me­laku kan penindasan yang ber terusan terhadap umat Islam. Kesannya, pepe rangan saudara yang besar telah meletus di antara umat Islam majoriti de ngan pentadbiran-pen tadbiran minoriti, dan me reka akhirnya terjebak ke dalam kawah peperangan. Konflik-konflik ini masih berterusan di kebanyakan negara sehingga hari ini. 

Cara lain yang digunakan oleh kuasa-kuasa kolonialis adalah dengan memperkenalkan pemimpin-pemimpin berpengaruh yang berjaya mendapat simpati masyarakat. Barat memakaikan mereka topeng keagamaan, namun sebenarnya mereka adalah seorang yang antiagama. Tidak kira bagaimana kerajaan-kerajaan ini mengaku Islamik, namun mereka sebenarnya menindas umat Islam dan menghalang mereka dari menunaikan kewajipan agama. Contoh paling jelas yang dapat dilihat adalah seperti di Algeria dan Tunisia.

Sejarah Chad juga hampir serupa seperti Algeria dan Tunisia. Chad berjaya mendapatkan kemerdekaan selepas bertahun-tahun lamanya dijajah, selepas perang saudara yang panjang dan kekacauan yang tidak pernah reda.

Sejarah Kolonialisme di Chad

Penjajahan Perancis, yang berlangsung dari tahun 1900 sehingga 1960, telah menyaksikan perlaksanaan polisi-polisi yang kejam, menindas dan zalim. Perancis telah melancarkan peperangan ke atas rakyat Chad dan Islam dengan menggunakan kereta kebal, rifel dan bom. Selepas kemerdekaan, rejim pro-Perancis telah meneruskan lagi penindasan.
Chad menjadi sebuah negara Islam apabila Raja Kanem memeluk Islam pada tahun 1086, dan pada abad ke-16 ia merupakan salah satu dari negara terkaya dan terkuat di wilayah tersebut. Namun demikian, kerajaan tersebut telah dilemahkan oleh satu pembahagian dalaman pada abad ke-19, ditakluki oleh Perancis pada tahun 1900, dan kemudian diikat dengan koloni-koloni milik Perancis yang lain.

Sejak dari itu, kolonialis Perancis telah melancarkan peperangan menentang umat Islam dan agama Islam itu sendiri. Peperangan tersebut telah menyaksikan amalan-amalan yang sangat tidak berperikemanusiaan, kezaliman, penindasan dan kekejaman. Matlamat utama adalah untuk memusnahkan identiti umat Islam Chad dan kemudian menggantikannya dengan fahaman-fahaman yang lebih bercorak materialistik dan tidak beragama.
 
Bagi mencapai hasrat ini, semua masjid-masjid, pengajaran al-Quran, pusat-pusat pendidikan keagamaan dan perpustakaan-perpustakaan sama ada telah ditutup atau diruntuhkan. Perancis menghalang umat Islam dari memahami agama mereka sendiri dengan mengharamkan pendidikan Islam. Mereka telah menutup kesemua pusat-pusat dan institusi-institusi keagamaan. Kebanyakan guru, imam dan pelajar dituduh terlibat dengan jenayah. Ada yang telah dibunuh sewaktu penindasan, dan ada juga terpaksa melarikan diri ke kawasan padang pasir dan pergunungan. Tokoh-tokoh agama yang ditahan sama ada dicekik atau diseksa sehingga mati. Hanya anak-anak askar Perancis yang dibenarkan belajar di sekolah-sekolah yang dibuka. Di samping itu, pusat-pusat rekreasi dan kesihatan turut dibina untuk mereka. Tiada sesiapa pun yang memberikan perhatian walau sedikit kepada masalah kesihatan penduduk tempatan.

Golongan intelektual Islam di Chad dan mereka yang berhasrat untuk lari daripada penganiyaan yang berlaku terpaksa bergerak dari satu negara ke satu negara. Beberapa orang tokoh agama telah diarak dalam keadaan bogel di sekitar bandar, kehormatan wanita dicabuli, dan mereka kemudiannya dijatuhkan hukuman mati. Segala macam bentuk ibadat dan perjumpaan keagamaan dianggap sebagai jenayah di negara tersebut. Pada tahun 1917, pentadbiran Perancis di Chad telah melakukan satu penbunuhan beramai-ramai yang amat besar. Dengan mengumumkan bahawa satu konferens akan diadakan untuk membina kembali kehidupan keagamaan di Chad, Perancis telah menjemput para ulama yang masih berada di Chad. Hal ini merupakan satu kejadian yang sungguh tidak diduga. Walau bagaimanapun, para Pesuruhjaya Perancis telah dibawa masuk dan beratus-ratus orang pembunuh yang dilengkapi dengan pisau dan kerambit telah disediakan. Kawasan persekitaran telah pun dibersihkan daripada penduduk awamnya, dan unit-unit militari telah bersedia dan berada dalam kedudukan masing-masing. Ketika setiap orang mula menyedari terdapat plot yang dirancang oleh Perancis, ia sudah pun terlambat. Pada akhirnya, di sana sini terdapat jasad-jasad kaku. Berek-berek dibasahi dengan darah manusia. Setelah selesai kesemuanya, mereka yang melakukan pembunuhan itu melambai-lambaikan pisau mereka dan menjerit kegirangan.

Konflik di antara penduduk tempatan dan askar-askar Perancis berlaku selama bertahun-tahun. Pada 1960, Chad akhirnya berjaya mendapatkan kemerdekaan. Namun, seperti kebanyakan negara-negara Afrika yang lain, kemerdekaan tidak semestinya membawa kedamaian dan keselamatan kepada rakyat. Ini kerana orang-orang Kristian dari Parti Progresif, yang memiliki rangkaian erat dengan bekas kolonialis Perancis, telah menjadi tunjang pemerintahan negara yang memiliki umat Islam sebagi majoriti. 

Mereka menurut jejak langkah Perancis dalam melakukan kezaliman dan penindasan. Berlaku tentangan hebat dari umat Islam terhadap François Tombalbaye yang memegang jawatan Presiden dan Pedana Menteri. Dan apabila para intelektual Chad yang menyuarakan protes dibunuh, berlakulah kebangkitan di seluruh negara. Berikutan itu, tercetuslah serangan balas hebat yang ditujukan kepada umat Islam Chad. Seorang penulis Iraq, Imaduddin Khalil telah meng gambarkan kejadian tersebut di dalam bukunya Afrika Dramy (Drama di Afrika):

Pada 22 Mac 1963, kabinet Chad telah disusun semula, dengan menyaksikan kesemua umat Islam disingkirkan dari kedudukan mereka, dan umat bukan Islam telah dibawa masuk bagi menggantikan mereka. Menteri Luar sebelumnya disingkirkan, dan pada hari yang sama, presiden telah memberikan arahan menangkap ketua keadilan, menteri keadilan, pemimpin Persatuan Tanah air dan banyak lagi tokoh-tokoh terkenal. Mereka telah dibawa ke mahkamah 35 hari kemudian. Mahkamah memutuskan bahawa ketua keadilan mesti disingkirkan daripada jawatannya dan diusir keluar dengan alasan dia bukannya rakyat negara tersebut. Hartanya turut dirampas. Para tahanan yang lain ditahan di dalam penjara. Presiden kemudiannya menggunakan kekerasan dan tekanan dalam menentang pergerakan-pergerakan Islam. Ini membawa kepada tercetusnya pemberontakan yang menyaksikan seramai kira-kira seribu orang terbunuh dan ribuan yang lain cedera. Mahkamah yang kononnya didakwa sebagai mahkamah khas telah ditubuhkan, dan para pemimpin pergerakan Islam dan bekas-bekas menteri telah dibicarakan di dalamnya. Hukuman yang bermula dari penjara 15 tahun sehinggalah kepada seumur hidup telah diputuskan. Keadaan kekacauan dan tidak bertoleransi di Chad terus berlaku sehingga kini.42
Bersambung............

Harun Yahya

Ahad, 28 November 2010

Takziah Buat Kakak Ipar.........

Pada jam 5.50 p.m. isteri call memberitahu tentang pemergian abang ipar (biras) di hospital besar Ipoh. Sekarang tengah bersiap untuk ke Chemor untuk membuat persiapan menerima jenazah biras (Abd Raus).

Beliau yang dimasukkan ke ICU pada dua hari lepas kerana masaalah jantung dan buah pinggang yang gagal berfungsi. Bertugas sebagai tenaga pengajar kenderaan di kem polis hutan Hulu Kinta dan berpangkat Sarjan Mejar.

Daripada hospital pantai, beliau telah dipindahkan ke ICU hospital besar Ipoh. Sewaktu melawat beliau di ICU, doktor telah memberi penerangan kepada keluarganya yang beliau berada didalam kritikal. Doktor telah menyarankan agar memberitahu keluarga untuk berkumpul kerana harapan untuk hidup hanyalah 30 % sahaja.

Semoga Allah s..w.t. mencucuri rahmat keatas beliau dan menempat beliau dikalangan orang-orang yang beriman. Isteri beliau (kakak ipar) adalah ketua wanita Umno Tanah Hitam. Kepada sesiapa yang mengenali Puan Norli Abd Rahman dan Abd Raus harap dimaklumkan untuk pengetahuan semua....... Al-Fatihah.

Kereta Mewah VVIP.

Anda meminati kereta-kereta mewah?.
Tak dapat miliki........ dapat naik dah kira nasib baik.
Tak dapat naik........ dapat sentuh pun oklah.
Tak dapat sentuh....... dapat tengok jadilah.
Hanya sekadar cuci-cuci mata sahaja.
4798369617 745b95e6a6 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
4799001388 d0298284de [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
4798369663 4f3ea2de52 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Land Cruiser KJ
4799001474 83e926f5d3 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Hummer bos Mutiara Motor Datuk Md Kemim
4798369807 2b3f59276d [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Harrier Datuk Seri Ali Rustam
4798369847 0a864c193b [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Kereta rasmi Tuanku Mizan semasa di Terengganu
4799001570 5edb1bb2c1 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Hummer Anakanda Sultan Johor
4798369889 50bb3cd260 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Maybach Sultan Kedah
4799001642 de12a6fcc9 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Milik Anakanda Sultan Johor
4798369921 6ce58ed7bc [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Hummer DS Hishamuddin
4799001724 7b7e85f8cb [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Rolls Royce Phantom Sultan Selangor
4798370073 f452f7b655 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Bentley kereta rasmi Tuanku Mizan semasa di KL
4799001778 30e2951b14 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Bentley Arnage Sultan Pahang
4799001848 6a291a3a7e [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Kereta milik Tengku Mahkota Johor & Tengku Muda Johor
4798370121 a1634c7e5f [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Mercedes S-Class Tengku Mahkota Pahang
4799001872 1f53cef8c5 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Kereta Sultan Selangor
4798370219 83898afaab [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Pagani Zonda milik Dato Mokhzani Mahathir. Kat Malaysia ada 2 buah sahaja iaitu Tengku Muda Johor
4798370219 83898afaab [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Maybach Sultan Kedah
4798899392 2dd954caf3 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Ini tidak tahu kepunyaan siapa
4799001922 5fcf1ae027 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Helikopter pertama milik Raja AP, Datuk Seri Syed Azman
4799001986 4bea40b76f [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Helicopter kedua
4799002010 db4906810c [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Helicopter ketiga
4798370371 92c4de7400 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
4799002050 baf641b993 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
4799002068 1ac4d5bc97 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia Kapal-kapal terbangnya di register menggunakan plat Amerika.

Zaman Kegelapan Islam Dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam. (Bhg.26)


Kemerdekaan Eritrea Gagal Menamatkan Penindasan


Pakar-pakar Israel yang melatih komando-komando Ethiopia dan kumpulan-kumpulan antiteroris adalah pembantu-pembantu yang hebat bagi membolehkan Haile Selassie terus memegang tampuk pemerintahan.
Kejatuhan blok Timur menunjukkan bahawa rejim komunis Mengistu di Ethiopia turut mengalami nasib yang sama. Pada tahun 1991, penentangan yang dipimpin oleh tokoh-tokoh seperti Isaias Afeworki dan Meles Zenawi telah berjaya menyingkirkan kerajaan komunis. Zenawi yang telah mendapat kuasa masih gagal untuk berdiri menentang kemahuan rakyat Eritrea yang dahagakan kemerdekaan. Kemudian, satu referendum bertarikh 25 April 1993, menjadikan Eritrea bebas dari Ethiopia dan berjaya mendapatkan kemerdekaan. 

Afeworki muncul sebagai pemimpin Eritrea baru setelah kemerdekaannya, walaupun masalah-masalah baru berkaitan polisi luar dan dalaman muncul pada waktu yang sama. Afeworki mula bertindak seperti rejim ganas Mengistu apabila beliau memulakan gelombang keganasan untuk menentang mereka yang beriman. Tekanan dari Afeworki, yang mengidam jawatan sebagai ketua negara dan speaker parlimen, membuatkan para penentangnya mengangkat senjata. Konflik berdarah tercetus di antara pasukan askar Eritrea dan kuasa-kuasa penentang, terutama sekali di kawasan pergunungan.

Kedahsyatan penindasan, terutamanya ke atas umat Islam, memasuki dimensi yang lebih mengerikan sewaktu zaman Afeworki. Penahanan dan pembunuhan tanpa sebab semakin berleluasa. Sekolah-sekolah Islam ditutup dan masjid-masjid dimusnahkan. Bahasa Arab dihentikan dari menjadi bahasa rasmi, dan beratus-ratus ribu rakyat melarikan diri dan mendapatkan perlindungan di Sudan. Sesiapa yang mengkritik rejim Afeworki akan merasakan akibatnya.

Polisi-polisi menindas Afeworki bukan sahaja dikenakan ke atas rakyatnya, malah beliau turut memusuhi negara-negara jirannya. Beliau membawa Eritrea ke dalam kanncah peperangan dengan jirannya Yaman dan Djibouti, dan juga turut memusuhi Sudan, iaitu satu lagi negara jirannya. Beliau malah menunjukkan sikap yang sama ke atas Ethiopia, yang berkongsi banyak polisi-polisi strategi dan politik yang sama. Akhirnya beliau menawan Ethiopia. Sehinggalah berlakunya genjatan senjata pada 18 Jun 2000, pencerobohan ke atas Ethiopia telah menyaksikan beratus-ratus ribu rakyat kehilangan tempat tinggal, berpuluh-puluh ribu mati, dan beribu-ribu rakyat hidup dalam kebuluran disebabkan oleh embargo (sekatan) ekonomi. 

Keadaan Mutakhir di Eritrea

Konflik sempadan di antara Eritrea dan Ethiopia yang bermula pada 1999 berakhir dengan genjatan senjata setahun kemudian dengan campur tangan Pertubuhan Kesatuan Afrika. Walau bagaimanapun, walaupun sudah jelas bahawa kedua-dua pihak berada dalam kesukaran ekonomi yang tenat dan rakyatnya pula sudah hampir kebuluran, agak memeranjatkan apabila mereka masih membelanjakan berjuta-juta dolar untuk membeli kelengkapan senjata. Elemen-elemen infrastruktur penting seperti pelabuhan, stesen janakuasa elektrik dan lapangan terbang telah teruk dimusnahkan, berjuta-juta rakyat terpaksa berpindah, kerugian berjuta-juta dolar berlaku dalam pergaduhan-pergaduhan yang tercetus. Berjuta-juta dolar, yang sangat-sangat diperlukan untuk membantu mereka yang memerlukan di kawasan tersebut, telah dikorbankan untuk membeli senjata. Dengan cara ini, kedua-dua pihak, yang merupakan sekutu Israel, telah menjadi pasaran menguntungkan kepada pengeluar senjata Amerika dan Israel. Malah mereka berjaya mengalihkan pandangan penduduk dunia tentang penindasan ke atas umat Islam kepada kisah peperangan.

YANG BERJUTA-JUTA DIBELANJAKAN UNTUK SENJATA PADAHAL RAKYAT KEBULURAN

Konflik sempadan di antara Ethiopia dan Eritrea berakhir pada tahun 2000. Walaupun kedua-dua buah negara berhadapan dengan masalah ekonomi dan rakyatnya pula sedang kebuluran, mereka tetap melaburkan berjuta-juta dolar bagi keperluan peperangan.


Kezaliman berterusan sehingga ke hari ini. Umat Islam di Eritrea masih terus ditahan tanpa sebarang sebab, dihukum mati oleh mahkamah yang tidak adil, dibunuh oleh skuad-skuad pembunuh, dan segala macam bentuk penentangan diharamkan. Umat Islam dengan itu tidak dapat hidup berlandaskan kepada agama mereka, kebebasan untuk beribadah disekat, mereka yang tertindas meningkat hari demi hari, dan polisi-polisi penindasan, ketakutan dan pencerobohan tidak pernah reda. Sekolah-sekolah yang mungkin mengajar kanak-kanak Islam tentang agama mereka ditutup, dan masjid tempat bersolat diruntuhkan. Berpuluh-puluh ribu umat Islam terpaksa berpindah, dan berjuta-juta pelarian yang lari dari penganiyaan rejim tersebut sedang berusaha untuk terus hidup dalam keadaan lapar dan kebuluran. 

Tindakan-tindakan zalim ini mengingatkan kita tentang ketidakadilan dan yang dikenakan ke atas umat Islam sepanjang sejarah. Al-Quran telah mendedahkan sifat-sifat pemerintah zalim adalah sama sahaja sepanjang zaman. Mereka ini, yang memiliki sifat-sifat keji, dan penganiayaan yang dikenakan ke atas wanita, kanak-kanak dan orang tua tidak pernah berubah sama sekali. Seperti yang telah diterangkan oleh al-Quran, "Dan berapa banyakkah umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, yang mana mereka itu memiliki kekuatan yang lebih besar dari mereka ini...?" (Qaaf, 50: 36), dengan jelas memberitahu kita bahawa mereka yang hidup di zaman dahulu adalah lebih kejam sewaktu melakukan kekejaman tersebut jika dibandingkan dengan mereka yang hidup pada hari ini. Salah seorang pemerintah zalim yang dikisahkan di dalam al-Quran ialah Firaun:
Sesungguhnya Firaun telah membuat berbuat sewenang-wenangnya di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak lelaki dan membiarkan anak perem puan mereka hidup. Sesungguhnya Firaun termasuk dari kalangan orang-orang yang melakukan kerosakan. (Al-Qashash, 28: 4)

Seperti yang diterangkan oleh ayat tersebut, Firaun menindas dan mengenakan seksaan ke atas rakyatnya. Namun, harus diingat bahawa al-Quran menerangkan sesiapa yang terus menerus angkuh, melakukan kezaliman, akan mendapat kehinaan di dunia ini dan azab yang pedih akan menanti di hari akhirat kelak. Dengan cara yang sama, apa yang bakal diterimanya nanti di atas kezaliman yang dilakukannya dahulu adalah seksaan pedih di hadapan mahkamah Allah. Allah telah memberitahu tentang nasib mereka yang menafikan-Nya:
Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan yang melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. (Asy Syuura, 42: 42)

Bersambung........


Harun Yahya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular