Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 28 Jun 2011

Surat Terbuka Buat Yang Di Pertuan Agong.


Gerakan Anti Korupsi
Gerakan Kebangkitan Rakyat
Gerakan Pembela Rakyat
Gerakan Anti ISA
______________________________________________________________

Bismillah Al-Rahman Al-Rahim

Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, D.K (Terengganu), S.P.M.T., S.P.M.J., D.K. (Johor), S.S.M.T., D.K.T, D.K. (Perlis), D.M.., yang bersemayam di atas takhta kerajaan Malaysia dengan amat kebesaran dan kemulisannya.

.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Seri Paduka Baginda Tuanku,
 
Dengan hormat dan takzimnya patik merafakkan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanuhu Wataala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Tuanku dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam selamat dan kesejahteraannya.

Dengan rendah diri, patik ingin melafazkan taat setia patik terhadap pemerintahan Tuanku sebagai payung rakyat. Tuanku adalah tempat terakhir untuk patik dan hamba rakyat mengadu.

Seperti yang Tuanku ketahui pada 9 Julai 2011, satu perhimpunan BERSIH akan diadakan di ibu negara untuk menyerahkan satu memorandum kepada Tuanku di hadapan Istana Negara. Apa yang rakyat Tuanku mahukan hanyalah satu keadilan yang sentiasa diimpikan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Rakyat Tuanku sudah mula muak dengan skandal-skandal dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Memanda Tua Tuanku. Apakah menjadi satu kesalahan buat rakyat Tuanku yang ingin melihat cahaya keadilan dan betapa bersatunya rakyat Tuanku dalam perkara ini. Rakyat Tuanku semakin sedar akan apa yang telah dilakukan oleh Memanda Tua terhadap negara.

Penyalahguna kuasa oleh Memanda Tua semakin berleluasa tanpa dapat dibendung oleh rakyat Tuanku. Kekayaan negara di kaut dengan rakus oleh Memanda Tua, keluarganya, adik beradiknya, kroni-kroninya dan yang sentiasa menjadi pengampunya. Bagi isteri Memanda Tua pula, beliau tanpa merasa segan atau malu telah mengelarkan diri sebagai 'First Lady' sedangkan gelaran itu hanya layak digunakan oleh Permaisuri Tuanku. 

Semua rakyat Tuanku sedia maklum akan perkara ini kerana dari Senaraian Keutamaan Persekutuan Malaysia, kedudukan Tuanku adalah yang tertinggi dan diikuti oleh Raja Permaisuri Tuanku. Mohon patik menyenaraikannya dibawah ini.
  1. Yang Di Pertuan Agong
  2. Raja Permaisuri Agong (First Lady)
  3. Raja-Raja dan Pemangku-Pemangku Raja.
  4. Yang Dipertua Negeri-Negeri.
  5. Bekas-bekas Raja permaisuri Agong yang menerima saraan Diraja daripada kerajaan persekutuan.
  6. Perdana Menteri.
  7. Timbalan Perdana Menteri. / Kehormat -7A. Bakal-Bakal Raja (Tengku Mahkota/Raja Muda)
  8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)
  9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.)
  10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.) / Kehormat - 10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri sembilan dan Tengku besar Tampin, Negeri Sembilan.
  11. Ketua hakim negara.
  12. Yang DiPertua Dewan Negara.
  13. Yang Dipertua dewan Rakyat.
  14. Bekas-bekas Perdana Menteri.
  15. Bekas-Bekas Timbalan perdana Menteri. 
  16. Ahli-ahli Jemaah Menteri
  17. Setiausaha Jemaah menteri/ Ketua Setiausaha Negara. / Kehormat - 17A. Menteri-Menteri Besar dan ketua-ketua Menteri.
  18. Peguam negara.
  19. Panglima Angkatan Tentera.
  20. Ketua Polis Negara.
"32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya.
(2) Permaisuri Yang D-Pertuan Agong (yang bergelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang Di-Pertuan Agong.

Apabila isteri Memanda Tua mengarahkan agar diwujudkan satu seksyen yang dinamakan FLOM iaitu First Lady Of Malaysia, beliau seperti ingin merampas kedudukan Raja Permaisuri sebagai Wanita Pertama. Sedangkan dari senaraian di atas, beliau tidak mempunyai apa-apa kedudukan pun melainkan sebagai seorang isteri Memanda Tua. 

Jabatan yang beliau tubuhkan itu cukup dengan pegawai dan kakitangan yang mana gaji mereka dibayar dengan wang rakyat. beliau telah menyalah gunakan kuasa yang ada pada Memanda Tua dengan membuka jabatan tersebut bersebelahan dengan pejabat Perdana menteri di Putrajaya.


Teguran demi teguran dilakukan oleh hamba rakyat mahu pun pemimpin politik, semua teguran itu umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sikap egonya tidak pernah berubah sejak Memanda Tua Tuanku menjadi Menteri Besar Pahang lagi. 

Di manakah kewajaran isteri Memanda Tua mencampuri urusan pentadbiran kerajaan yang dianggap rahsia negara. Walau pun beliau menafi akan perlibatan beliau dalam urusan negara dan mengawal Memanda Tua, tetapi beliau tidak boleh menutup bangkai gajah dengan daun kelapa. Semua hamba rakyat tahu bagaimana borosnya isteri Memanda Tua bila berbelanja. 

Beliau menyuruh hamba rakyat agar berjimat cermat dan belilah barangan yang dikeluarkan oleh negara tetapi beliau sendiri berbelanja di luar negara. Beliau sanggup menghabiskan ratusan ribu hanya untuk pakaiannya sahaja. Semua agensi kerajaan dipergunakan oleh beliau tanpa apa-apa teguran dari memanda Tua Tuanku.
    Ampun Tuanku,

    Sejak 10 tahun ini, jurang antara yang miskin dengan yang kaya semakin menyedihkan kerana yang kaya semakin kaya dan miskin semakin dihimpit kesusahan. Untuk pengetahuan Tuanku, kekayaan yang dimiliki oleh pemimpin kerajaan Tuanku amat-amat luar biasa. Mereka tidak pernah mengambil peduli nasib rakyat Tuanku yang boleh di umpama mengemis di negara sendiri. 

    Mereka juga sedang bersaing sesama mereka membina istana-istana yang bernilai berpuluh-puluh juta tanpa merasa malu terhadap rakyat yang mempertikaikan dari mana sumber kewangan yang mereka perolehi.

    Ampun Tuanku,
    Perhimpunan BERSIH bukannya demontrasi tetapi satu perhimpunan aman yang mana ianya termaktub didalam perlembagaan negara di mana hamba rakyat berhak bersuara apabila ada sesuatu kepincangan dalam pengurusan. Apa yang hamba rakyat tuntut ialah satu reformasi dilakukan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah dipergunakan oleh pihak pemerintahan Memanda Tua Tuanku.

    Ini bukannya kehendak pemimpin politik tetapi adalah kehendak hamba rakyat Tuanku sendiri. Apabila satu Suruhanjaya yang menjaga pilihan raya sudah tidak lagi beramanah, maka jalan terbaik ialah menunjukkan satu bantahan besar-besaran kerana jalan bersemuka tidak lagi dilayan oleh SPR. Kami hamba rakyat menuntut 8 perkara bagi memulihkan kembali demokrasi dan sistem pilihan raya yang sudah lama tercemar. Tuntutan hamba rakyat Tuanku ialah,
    1. Bersihkan senarai daftar pengundi.
    2. Reformasikan undi pos.
    3. Penggunaan dakwat kekal
    4. Akses media bebas dan adil.
    5. Tempoh minimum 21 hari berkempen.
    6. kukuhkan institusi awam
    7. Hentikan rasuah.
    8. Hentikan politik kotor.
    Ampun Tuanku,


    Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan doa kehadrat Allah Subhanahu Wataala mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Tuanku dan Seri Paduka Raja Permaisuri Agong dan seluruh kerabat Tuanku sekalian dilanjutkan usia dan berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan selama-lamanya.


    Amin Ya-Rabbal-Alamin.
    Ampun Tuanku.

    Gerakan Anti Najib/Rosmah
    5.45 A.M.
    27-06-2011

    Sabtu, 25 Jun 2011

    Kes Datuk T: Tayang video seks bermotif cemar Anwar, dakwa PKR


    Naib Presiden PKR N. Surendran mendakwa langkah Mahkamah Majistret menayangkan semula ramakan video seks dalam prosiding kes trio Datuk T, yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat semata-mata mahu menjatuhkan imej Ketua Pembangkang itu.

    Beliau juga tidak menolak hukuman ringan yang dikenakan terhadap trio Datuk T dipengaruhi keputusan Jabatan Peguam Negara dan polis.

    Tegas Surendran (gambar), tindakan Mahkamah Majistret membenarkan tayangan semula rakaman video seks itu walaupun ketiga-tiga Datuk T sudah mengaku bersalah bertentangan dengan sistem perundangan
    .

    “Kejadian yang berlaku itu membuktikan penglibatan pihak berkuasa tertinggi termasuk polis dan kamar Peguam Negara dalam satu konspirasi untuk memfitnah Anwar Ibrahim sama ada dalam politik atau secara peribadi.

    “Tindakan mereka ini amat tidak munasabah dan ia juga sangat mengganggu sistem perundangan. Percubaan mereka untuk berpura-pura bersikap adil dan telus tidak munasabah dan kami yakin rakyat tidak akan percaya dengan apa yang dilakukan,” katanya yang juga seorang peguam dalam satu kenyataan.

    Pagi semalam, ketiga-tiga Datuk T telah mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks dan dikenakan denda keseluruhan RM5,500.

    Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani selepas mendengar hujah-hujah yang dikemukakan pihak tertuduh.

    Ketiga-tiga tertuduh — ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik — mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

    Shazryl didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan sementara Shuib dan Abdul Rahim masing-masing RM1,500 atau dua bulan dan RM1,000 atau satu bulan.

    Shazryl dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

    Dalam prosiding itu, mahkamah turut menayangkan rakaman video seks berdurasi 21 minit.

    Bagaimanapun Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata mahkamah tidak sepatutnya berbuat demikian memandangkan Datuk T sudah mengaku bersalah.

    Datuk T telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontonkan rakaman video seks itu kepada media 21 Mac lalu.

    Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari.

    Selain itu, tegas Surendran, tindakan mahkamah menayangkan semula rakaman video seks adalah tidak wajar selain tidak mempunyai kaitan dengan dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk T.

    “Bagaimanapun apa yang mengejutkan apabila pihak pendakwa yang menyerahkan kenyataan fakta kes yang mengatakan rakaman video seks itu adalah tulen dan ia disahkan oleh pakar dari Amerika Syarikat yang mengesahkan pelaku dalam video itu adalah Anwar Ibrahim.

    “Jelas ketulenan dan identiti pelaku dalam video itu langsung tidak berkaitan dengan kesalahan Datuk T yang menayangkan video itu di khalayak ramai.

    “Ini sungguh luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang termaktub dalam pendakwaan kes jenayah dan ia tidak relevan memasukkannya dalam fakta kes. Ringkasnya wakil kepada Peguam Negara mahu mencemarkan reputasi Anwar Ibrahim,” katanya.

    Mengikut laporan media, peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Rahim berkata, lelaki dalam video seks adalah “99.99 peratus” Anwar.

    Shafee memberitahu pakar video Amerika yang dirujuk Polis Diraja Malaysia telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.

    “Ini bererti A and B adalah orang yang serupa,” katanya sambil mendakwa mengikut laporan 4 Jun lalu, Profesor Hany Farid dan Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu dengan bagi foto Anwar.

    Dalam fakta kes yang dibacakan di mahkamah, mahkamah juga mendengar bahawa pakar tersebut mengesahkan bahawa video itu tulen tanpa pengubahsuaian dan ia dirakam dengan perakam DVR milik Shazryl.

    “Ia tidak menjadi sebahagian dalam prosiding, Anwar tidak mempunyai peluang mempertahankan diri. Apa yang telah berlaku di mahkamah pada 24 Jun amat memalukan dan memualkan.

    “Sudah menjadi peraturan asas dalam sistem perundangan yang dijalankan semasa prosiding mahkamah yang mana ia tidak boleh digunakan dan memfitnah pihak ketiga,” kata Surendran. INSIDER

    Tayang Video Seks Di Mahkamah, Apa Motif Polis...!!!


    Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee menegaskan Mahkamah Majistret tidak sepatutnya membenarkan tayangan semula rakaman video seks, yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana trio Datuk T telah pun mengaku bersalah.

    Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Lim berkata tindakan mahkamah membenarkan tayangan rakaman video seks itu dalam perbicaraan pagi semalam adalah sesuatu “amat luar biasa.”

    Ini kerana jelas beliau, sepatutnya sekiranya tertuduh mengaku bersalah mana-mana bahan bukti tidak perlu didedahkan.

    “Tidak perlu buat macam itu sebab mereka sudah mengaku bersalah, saya hairan kenapa rakaman video seks itu disiarkan dalam mahkamah.

    “Ini satu prosedur yang amat luar biasa, saya terkejut kenapa ia berlaku... kalau sudah mengaku bersalah sepatutnya tidak perlu (dedahkan bahan bukti),” kata beliau lagi.

    Pagi semalam, ketiga-tiga Datuk T telah mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks dan dikenakan denda keseluruhan RM5,500.

    Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani selepas mendengar hujah-hujah yang dikemukakan pihak tertuduh.

    Ketiga-tiga tertuduh — ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

    Shazryl didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan sementara Shuib dan Abdul Rahim masing-masing RM1,500 atau dua bulan dan RM1,000 atau satu bulan.

    Shazryl dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

    Sementara, Abdul Rahim pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.

    Mengulas lanjut, jelas Lim, tindakan mahkamah itu juga tidak selari dengan prosedur biasa yang dilakukan dalam kes sedemikian.

    “Dan, ini tidak selari dengan prosedur biasa, lagipun biasanya kalau mahu dedahkan bahan bukti ia dibuat ketika perbicaraan ketika pesalah tidak mengaku bersalah, sedangkan hari ini (semalam) mereka mengaku bersalah.

    “Kalau kita ikut prosedur biasa, pesalah akan didakwa, kemudian hakim akan tanya sama ada mereka mengaku bersalah atau tidak dan jika mengaku bersalah hukuman akan terus dijatuhkan.

    “Hukuman pula berdasarkan dengan kesalahan yang mereka lakukan, jadi tidak perlu untuk mahkamah bawa bahan bukti,” katanya.

    Ditanya mengenai hukuman yang dikenakan terhadap Datuk T, Lim berkata, keputusan tersebut relevan dengan kesalahan yang dilakukan.

    “Dalam kes ini, saya merasakan hukuman yang dikenakan kepada mereka bertiga relevan, tiada masalah dengan itu.

    “Cuma tindakan yang menayangkan video seks itu yang jadi persoalan,” katanya.

    Datuk T telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontonkan rakaman video seks itu kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

    Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu.

    Mengikut laporan media, peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Rahim berkata, lelaki dalam video seks adalah “99.99 peratus” Anwar.

    Shafee memberitahu pakar video Amerika yang dirujuk Polis Diraja Malaysia telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.

    “Ini bererti A and B adalah orang yang serupa,” katanya sambil mendakwa mengikut laporan 4 Jun lalu, Profesor Hany Farid dan Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu dengan bagi foto Anwar.

    Shafie menunjukkan salinan laporan tersebut kepada wartawan tetapi enggan membenarkan salinan dokumen itu dibuat.
    Dalam fakta kes yang dibacakan di mahkamah, mahkamah juga mendengar bahawa pakar tersebut mengesahkan bahawa video itu tulen tanpa pengubahsuaian dan ia dirakam dengan perakam DVR milik Shazryl. Insider

    Selasa, 21 Jun 2011

    Pengalaman Gua Melihat Karomah Seorang Alim.

    Catatan oleh Gerakan Anti Najib/Rosmah


    Gua bukannya ahli PAS tetapi gua sokong dasar parti itu yang berpegang kepada Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan tertingginya. Gua sebenarnya disenangi oleh ahli PAS dan juga ahli Umno kerana gua boleh berbahas tentang apa-apa isu pun berkaitan politik. Gua mengenali PAS pada 1977, iaitu setahun sebelum PAS kehilangan Kelantan.

    Ramai kenalan gua terdiri dari ahli Umno dan keluarga gua pula adalah penyokong kuat PAS walau pun gua sendiri bukan ahli mana-mana parti. Gua selalu mengikuti ceramah-ceramah PAS dan Umno, gua bukan jenis terima bulat-bulat apa yang dikatakan para pemimpin Umno atau pun pemimpin PAS. Dulu gua menyokong Anwar semasa beliau memimpin ABIM bersama dengan al-Marhum Ustaz Fadhil Noor. 
    Ketika itu TG Haji Hadi adalah Yang Dipertua Abim Terengganu sebelum beliau meletak jawatan dari kerajaan Terengganu yang dipimpin Wan Mokhtar. Sebenarnya jawatan TG Haji Hadi ialah pagi masuk petang balik, tiap-tiap bulan terima gaji. Beliau disediakan sebuah meja dan sebuah kerusi tanpa melakukan apa-apa kerja kerana Wan Mokhtar cuba mengikat beliau dari masuk politik selepas pulang dari pengajiannya dia di Asia Barat. 

    Ini adalah cerita yang beliau ceritakan pada gua semasa gua bertandang di rumahnya bersebelahan masjid Rusila dan masa itu beliau telah menjawat sebagai Timbalan Presiden PAS. Dua minggu sekali beliau datang mengajar agama di kampung orang tua gua yang terletak diperdalaman daerah Marang. Gua pernah bersama-sama ahli PAS memenangkan beliau untuk ahli parlimen Marang dan Dun Rusila pada 1990.
    Waktu itulah wujudnya pengundi hantu yang dibawa dari Pekan, Pahang iaitu pekerja kilang milik seorang bilioner yang terkorban dalam nahas helikopter di Pahang. Jika tidak kerana kerja keras ahli-ahli PAS, pasti TG Haji Hadi akan kecundang kerana lebih 3000 ribu pengundi hantu dapat ditahan. Walau pun gua bukan ahli PAS tetapi gua menghormati beliau sebagai seorang Tok Guru.

    Gua selalu mendengar cerita-cerita tentang 'Karamah' beliau, tetapi bagi gua ianya hanyalah sebagai berita dari penyokong fanatik beliau. Untuk segelintir lu yang kurang tahu tentang apa itu 'Karomah', maka gua story sikit kat lu. Gua pun bukan tahu sangat walau pun gua banyak membaca tentang Karomah-Karomah orang alim seperti Sheikh Abdul Kadir Jailani, Tok Kenali, Tokku Paloh, Tuan Tulis dan ramai lagi.

    Karomah ialah suatu perkara yang luar biasa di mana akal kita pun tidak boleh memikirkannya kerana ia cukup luar biasa. Karomah hanya diberikan kepada orang-orang alim atau ahli sufi sebagaimana Allah s.w.t. memberikan Mukjizat kepada Rasul-Rasul Nya dan sebesar-besar Mukjizat ialah Al-Quran yang diturunkan kepada kekasih Nya Rasulullah s.a.w. Sepertimana Allah s.w.t. berfirman, "TidakKU jadikan alam ini melainkan kerana kasihKU terhadap Nur Muhammad.

    Dengan kekuasaan Allah s.w.t. kepada hambanya, gua telah ditunjukkan di hadapan mata gua sendiri kehebatan TG Haji Hadi dan cerita ini gua kongsikan bersama lu all. Pada satu malam di mana giliran TG Haji Hadi mengajar kuliah agama di kampung orang tua gua. Kebiasaaannya gua akan ke masjid untuk mendengar kuliah agama dan solat bersama-sama dengan  TG Haji Hadi.

    Nak jadikan cerita, kebetulan hari itu gua keberatan untuk ke masjid dan gua hanya duduk kat lambor (beranda) rumah ajer. Kuliah TG Haji Hadi boleh didengar melalui pembesar suara dan kebetulan pula rumah gua hanya 40 meter sahaja dari masjid. Selepas solat Maghrib kuliah pun bermula, gua dapat mendengarnya dengan jelas.

    Tiba-tiba kedengaran guruh dan petir yang amat kuat dengan ribut berserta hujan yang lebat. Tidak semena-mena elektrik terpadam di seluruh kampung orang tua gua kerana ia dialirkan oleh satu pencawang kecil yang terdapat di kampung itu. Biasa ler bagi sebuah kampung yang terpencil dari daerah Marang bila berlaku blockout, semua rumah terpadam tetapi masjid tempat TG Haji Hadi cerah benderang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

    Semua orang yang berada didalam masjid tidak mengetahui apa yang berlaku. Selepas kuliah yang disampaikan oleh TG Haji Hadi hampir selesai, elektrik kembali pulih dengan izin Allah s.w.t. Ketika itulah gua terpegun dan tidak semena-menannya bulu roma gua naik menegak kerana melihat sendiri keajaiban yang Allah s.w.t. tunjukkan kepada gua.

    Keesokan paginya gua story kat orang-orang tua yang berada dalam masjid apa yang berlaku, mereka semua terkejut dan mengucap panjang mendengar cerita gua. Gua rasa inilah keajaiban yang hanya  sekali dalam seumur hidup, gua dapat menyaksikan 'Karomah' seorang alim. Gua memang banyak mendengar Karomah TG Nik Aziz dan TG Hadi Hadi tetapi inilah pertama kali gua melihat di hadapan gua dalam keadaan sedar dan waras. Gua ada tanya kat ustaz-ustaz dan mereka kata gua dikira bertuah melihatnya.

    Kalau Rosmah ker, pemimpin Umno ker, Perkosa ker, Pukida ker dan yang sewaktu dengannya, gua boleh kata hari-hari dengar dan lihat KARAMamah mereka, malah lebih hebat lagi. Pagi ada kat Malaysia, petang dah ada kat Qatar, sampai Qatar tangan kosong, tiba-tiba RM300,000 jatuh dari siling. Pergi New York dengan tangan kosong, bila balik penuh barang 2 kontena. Pagi ada kat Seri Perdana, malam dah ada kat hotel bajet USD 30,000 satu malam. Inilah sebahagian KARAMamah yang dimiliki oleh Rosmah, belum lagi yang lain-lain. Kalau nak story KARAMamah mereka semua, gua kena karang buku 20 jilid.

    Isnin, 20 Jun 2011

    Dedah 'anak siapa' di sebalik IPP


    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendesak kerajaan mendedahkan syarat perjanjian dengan penjana tenaga bebas (IPP) kepada rakyat yang didakwa merugikan negara.

    Sambil mempersoal kenapa kerajaan begitu takut mendedahkannya, beliau juga mendesak kerajaan mendedahkan kenapa perjanjian itu turut dibantah pihak Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan Kementerian Kewangan.

    "Dedahkan kepada rakyat, kenapa Petronas bantah, TNB bantah dan apa pendapat Kementerian Kewangan ketika itu.

    "Siapa di sebalik IPP, siapa nominee tertentu di Hongkong, anak siapa", soalnya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

    Menurut Anwar, perjanjian dengan IPP diluluskan semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad atas nasihat Unit Perancang Ekonomi EPU.

    Perjanjian itu dibantah Bekas Ketua Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope, Bekas Ketua Eksekutif Petronas dan Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

    Terdahulu Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membahaskan peruntukan tambahan RM13.2 bilion di Dewan Rakyat.

    Beliau berkata amat tidak munasabah perbelanjaan tambahan sebanyak itu dalam keadaan belanjawan asal RM162.8 bilion baru sahaja diguna dalam masa tiga bulan.

    "Yang dimusykilkan adalah peningkatan 5 peratus emolumen. Apakah muslihat meninggalkan peruntukan emolumen yang wajib dimasukkan," katanya.

    Isu IPP itu pula disentuh ketika beliau mengemukakan laporan pembayaran subsidi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk petrol, desel dan Gas petroleum cecair LPG bernilai RM7.4 bilion.

    Namun yang dipertikaikan subsidi gas untuk syarikat swasta IPP adalah lebih tinggi iaitu RM20 bilion untuk 2010 dan RM22 bilion untuk 2011.

    "Kita berbalah soal istilah, RM22 bilion kepada IPP dikata isentif, RM20 juta kepada rakyat dikata subsidi. RM200 juta kepada kementerian dikatakan komisyen, RM20 kepada sarjan dikatakan korupsi.

    "Sekiranya subsidi untuk IPP ini dikurangkan atau dihapuskan, sudah tentu belanjawan tambahan RM13 bilion ini tidak diperlukan sama sekali.

    1MDB, kenyataan PM bercanggah

    Anwar turut mendakwa kenyataan Datuk Seri Najib berhubung keuntungan 1Malaysia development Berhad (1MDB) bercanggah dengan penyata kewangan syarikat itu.

    Najib sebelum ini mengumumkan 1MDB untung RM425 juta pada tahun pertama berakhir 31 Mac 2010.

    Namun penyata kewangan enam bulan pertama 1MDB menunjukkan syarikat itu rugi RM20.5 juta.

    1MDB didakwa membuat pelaburan melibatkan usahasama dengan PetroSaudi International Limited dikenali 1MDB PetroSaudi Limited berjumlah RM3.5 bilion yang dibayar secara tunai.

    Pelaburan itu kemudiannya dijual kepada penjual asal, PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 bilion dengan keuntungan diperoleh sebanyak RM615 juta.

    Bagaimanapun bayaran RM4.1 bilion itu dibuat kepada 1MDB secara ansuran selama 11 tahun.

    "Persoalannya, apa jaminan 1MDB akan memperolehi semula wang tunai RM3.5 bilion dan keuntungan RM615 juta", soalnya.

    Turut dikhuatiri, 1MDB PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International Limited bukan syarikat operasi minyak sebenar.

    Ia didakwa diperbadankan di Cayman Island dan British virgin Island dimana maklumat kewangan dan transaksi syarikat dirahsiakan dari umum.

    "Ia merupakan saluran menggelap wang pinjaman melalui pengeluaran bon 1MDB", katanya. HarakahDaily

    Ahad, 19 Jun 2011

    Betul Ke Pakida Ingin Serta Sama Dengan Perkasa???

    Gerakan Anti Najib/Rosmah

    Dari Pekida Jadi Pukida, Samseng Kampung Pinang Sebatang Batu Dua. 




    Nampaknya puak-puak celaka semakin bangga dengan penyertaan Perkosa yang ahlinya adalah kumpulan yang bangga dengan sikap perkauman Melayu mereka yang sempit dan Pukida (Pakida) pula adalah kumpulan samseng taik kucing. Jika pihak polis ingin melihat perhimpunan BERSIH 2.0. berjalan lancar tanpa gangguan, dua kumpulan Melayu celaka yang tidak sedar diri ini patut dibuat tangkapan pencegahan kerana inilah orang-orang yang akan melakukan provokasi terhadap perhimpunan pada 9 Jul nanti.

    Ahli-ahli Pukida cukup bangga dengan kumpulan ini kerana mereka merasakan tiada siapa yang berani menyentuh mereka, gengstar Melayu katakan. Marah sangat mereka dengan filem yang diterbitkan oleh David Teoh, kononnya beliau telah membocorkan perkataan dan perbuatan rahsia yang hanya diketahui oleh ahli-ahli Pukida sahaja. Itu kata para Ayahanda, tetapi bagi yang berpangkat abang-abang dan adik-adik, mereka tidak bersependapat dengan Ayahanda mereka kerana mereka cukup bangga dengan filem tersebut.

    Gua nak kongsi cerita sikit dengan lu all tentang puak-puak Pukida nih. Dua tahun lepas, gua ada meeting kat KL dan gua tinggal kat hotel yang tak perlu gua sebutkan selama 4 hari 3 malam. Satu malam tu, gua turun kat bawah hotel gua untuk ambil angin malam dan jalan-jalan di sekitar hotel yang gua diami.

    Tiba-tiba di sebelah kiri hotel tersebut, gua dengar satu pertengkaran berlaku dan ianya menjadi kecoh. Gua pun pergi ler tengok apa sebenarnya yang berlaku kerana di situ sudah ada pengawal hotel yang gua diami tetapi mereka hanya menjadi penonton sahaja. Gua tengok 3 orang yang yang berbadan gempak dan berkepala botak sedang memarahi seorang wanita Melayu. 

    Salah seorang lelaki tersebut yang gua anggap sebagai ketua mereka memaki hamun perempuan tersebut bersama 2 lelaki berbangsa bangla yang bekerja dengan perempuan itu. Gua cukup kenal dengan perwatakan 3 lelaki Melayu kerana mereka memang dari puak Pukida, mungkin geng 808 atau 88 kut. Rupa-rupanya mereka sedang berebut kawasan parking kerana di sekitar hotel itu banyak kelab-kelab malam. Gua tengok salah seorangnya sedang memegang sebatang besi yang boleh laras seperti pihak polis iaitu sb-sb gunakan. 

    Dua orang bangla tu hanya duduk tanpa berani mengangkat kepala, gua tengok mereka dalam ketakutan dan perempuan Melayu hanya menangis meminta belas kasihan. Bila lelaki botak lihat orang semakin ramai, beliau semakin berlagak dengan meninggikan suaranya. Keadaan semakin tidak terkawal kerana gua lihat lelaki itu seperti cuba hendak memukul perempuan Melayu itu dan masa itu ler gua sorang masuk campur.

    Gua pergi rapat kat lelaki itu dan gua tanya 'Apahal Bro', itu sahaja pertanyaan gua dan serta merta nada suaranya mula perlahan, biasa ler bila mabuk. Gua jeling kat sorang lagi si botak yang memegang batang besi boleh laras. Bila gua berpaling kepada lelaki tersebut, terus dia menyembunyikan batang besi tersebut. mungkin dia tengok badan gua yang boleh tahan besar.

    Gua tarik lelaki yang buat kecoh tu dan gua kata kat dia, 'Lu tak malu ker kat orang ramai yang sedang tengok tu dan apa citer lu kecoh-kecoh ni. Lu Melayu perempuan tu pun Melayu'. Lepas tu dia citer sama gua yang kawasan tu dia punya tapi bila gua tanya perempuan itu, dia kata kawasan parking tu dia sewa dari pemiliknya. Gua dah boleh agak, ini mesti kerana perempuan tu tak bagi duit pelindungan, kaki pau katakan.

    Dia kata, dah ler baru balik dari Ipoh dan letih pun belum hilang tiba-tiba tengok kawasan dia dah diambil alih oleh wanita Melayu tersebut (tak dapat duit pau). Lu tahu ler masa tu Pukida tengah buat provokasi kat Ipoh kes BN rampas kembali dari PR dan masa tu kat Ipoh memang panas. Gua bukan nak kata gua ni berani, tapi memang gua halau tiga ekor Pukida taik kucing. Mereka tak berani nak tanya gua sape dan apasal gua masuk campur hal dia orang.

    Lepas tiga ekor Pukida itu blah, gua tanya wanita Melayu yang sedang menangis tu apa sebenarnya yang berlaku. Lalu dia citer kat gua kisah sebenarnya yang dia memang sewa tapak tu dari pemiliknya yang berbangsa Cina dengan bayaran sebanyak RM 2,000 sebulan. Parking tu bukan besar pun hanya boleh muat 6 buah kereta ajer dengan dibantu oleh dua pekerjanya yang berbangsa bangla.

    Dia story kat gua, dah lah dia janda dan tanggung orang tuanya beserta dua anaknya, nak bayar gaji lagi lepas tu nak kena bayar duit pelindungan pulak Macam mana dia nak hidup, jika tolak semuanya berapa sangat yang dia dapat. Gua tanya dia kenapa tak buat laporan polis, dia kata tak berani kerana kawasan tu memang tiga ekor Pukida itu yang jaga dan tak tahu macam mana nak buat laporan polis.

    Lalu gua surah perempuan itu tunggu kat bawah hotel kerana gua nak naik kat bilik gua untuk mengambil komputer gua. Gua taip kat komputer gua laporan itu, lepas tu gua tolong salin dan bagi kat dia. Gua suruh perempuan buat laporan polis bila dah habis kerja kerana gua jamin tiga ekor Pukida itu tidak akan berani datang punya. Gua kata besok pun tak apa, janji dia lapor kes itu kat polis.

    Dia sebenarnya serba salah kerana takut akan ugutan tiga ekor Pukida itu jika dia buat laporan polis. So.... gua story kat dia bila dah buat laporan polis, pasti polis akan meronda ditempat itu dan jika apa-apa berlaku, pihak polis sudah mengetahui siapa suspek untuk dicari. Puak-puak ni dah muka macam parpusial, perangai pun macam sial.

    Inilah kerja Pukida, lepas togok sampai mabuk mula ler cari mangsa untuk dipau dan mereka hanya berani bila mereka ramai ajer. Gua bukan kata gua ni berani, tetapi kalau nak jual bila-bila masa ajer gua beli. Kalah atau menang nombor sepuluh pasal bagi gua kerana gua sudah masak sampai garing tentang perangai puak-puak pencacai celaka tahap sial ni. Macam blogger-blogger fasik tahap sial yang ugut bunuh gua lepas tu nak bakar gua, apa yang gua boleh katakan pada puak-puak sial ini.

    "Lu taik jer besar tapi hati macam tikus, mungkin tikus pun lebih berani dari lu pasal tikus curi-curi pun depan mata  tapi lu all hanya berani tulis dalam komen ajer". Sebab itulah gua sumpah para celaka-celaka sial ini baik lu Pukida ke, Perkosa ke, Rosmah puaka ke, si Kitol taik hidung masin ke, blogger fasik gomo mak kamu ke, blogger celaka mabuk air kopi ke, blogger-blogger nyamuk yang baru nak jadi celaka, gua langsung tak hairan sama lu.

    Menanti pertembungan sengit di Parlimen


    Mohd Rashidi Hassan rashidi@harakah.net.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

    Parlimen minggu ini kembali rancak dengan kemasukan semula empat pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas enam bulan digantung berhubung isu APCO.

    Selain Anwar, Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh dan Timbalan Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden KeADILan,R Sivarasa kembali ke Parlimen 16 Jun lepas

    Pada 16 Disember lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menggantung Anwar dan tiga wakil rakyat terbabit daripada menghadiri persidangan selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide dengan kerajaan Malaysia.

    Karpal yang merupakan wakil rakyat DAP bagi kerusi Bukit Gelugor,  Azmin (KeADILan-Gombak) dan Sivarasa (KeADILan-Subang) digantung kerana menghina dewan akibat membantah penggantungan Anwar.

    Isunya di sini bukan soal penggantungan empat MP Pakatan Rakyat semata-mata. Tugas menggantung adalah hak Speaker, namun usul dan motif penggantungan itu yang dipertikaikan.

    Umno-Barisan Nasional mengemukakan usul tersebut mereka mereka sudah tidak tahan dengan Anwar. Anwar dan MP Pakatan Rakyat, berjaya membongkar rahsia besar Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menggunakan khidmat perunding Yahudi untuk kepentingan BN. Itu sahaja isunya.

    Ketiadaan Anwar dan tiga lagi MP selama enam bulan tidak dinafikan memberikan sedikit kesan. Pertembungan dengan BN tidak setajam ketika semua MP Pakatan Rakyat hadir semuanya.

    Tiada siapa dapat menafikan masalah besar kepada Umno-BN adalah Anwar. Sasaran mereka adalah Anwar. Fitnah yang dilemparkan juga teruknya ke atas Anwar. Mengapa Anwar?

    Ketika saya bersembang sembang dengan rakan dari Umno di lobi Parlimen, beliau dengan serius mengatakan, "Umno tidak ada pilihan, kalau Anwar masuk dalam (penjara) baru Umno selamat.

    "Belum tentu Umno selamat, itu andaian saudara, bagaimana jika sebaliknya?" soal saya.

    Beliau tidak menjawab soalan yang bersifat futuristik tersebut. Pada beliau, by hook or by crook, Anwar harus direhatkan jika Umno mahu selamat.

    Namun beliau tidak pula menafikan Umno agak gelojoh dalam usaha mereka untuk memusnahkan karektor peribadi Anwar.

    Belum pun kes liwat selesai, Umno-BN mendalangi isu video seks, macam-macam lagi yang dijangka akan dikeluarkan, semata-mata untuk menghapuskan hayat politik Anwar.

    Tetapi Umno juga sedar, bukan senang mereka hendak berhadapan dengan Anwar. Umno-BN agak termanggu apabila PAS dan DAP cukup setia bersama Pakatan Rakyat dalam menangani isu Anwar.

    Usaha mereka untuk memecah belahkan Anwar dengan PAS dan DAP gara-gara isu video, menjadi buntu.

    "Saya berterima kasih kepada PAS dan DAP, khususnya kepada Dewan Ulama PAS Pusat yang meluluskan usul menolak isu video seks," kata Anwar kepada saya semasa kami bersembang-sembang di lobi MP bersama Senator Saiful Izham Ramli dari Kedah.

    Saya turut bertanya kepada Anwar, jadualnya disusun begitu padat, kudrat sesiapa pun ada batasnya.

    "Tidak letih ke Dato' Seri menghadapi tekanan setiap hari?" soal saya.

    Sambil tersenyum beliau menjawab, "Letih juga, tetapi mengenangkan kejahatan Umno-BN yang melampaui batas, ia menzahirkan kekuatan.

    "Kita tidak akan beri mereka laluan mudah, kita harus bertekad tumbangkan mereka (PRU nanti)," katanya penuh keyakinan.

    "Apa pilihan yang kita ada?" tambahnya.

    Pada saya, semangat seperti inilah yang diperlukan dalam Pakatan Rakyat. Semangat ini harus diterjemah dan diwarisi oleh seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat jika kita mahu menumbangkan BN pada PRU akan datang.

    Kami terus berbual-bual mengenai isu politik semasa. Anwar kelihatan mahu memesan makanan, tetapi beliau tidak tahu apa yang hendak dimakan.

    "Saya belum makan apa lagi, tapi tengahari ini saya tak mahu makan yang berat-berat. Kawan-kawan selalu ingatkan saya, jangan makan banyak sangat nanti perut buncit macam dalam video," seloroh beliau.

    Akhirnya beliau memesan semangkuk sup cendawan yang dimakan dengan roti. Saya cukup dengan kopi o secawan.

    Sambil-sambil bersembang datang beberapa orang MP BN yang menyapa Anwar. Tetapi mereka kelihatan agak takut untuk duduk lama-lama dengan Anwar. Mereka sekadar hanya bersalaman dan mengucapkan selamat kembali ke Parlimen, kemudian berlalu pergi.

    Beberapa orang menteri dan MP Umno hanya menjenguk dari jauh. Agaknya mereka takut dekat dengan Anwar. Takut dituduh simpatisan Anwar, walaupun hakikatnya memang begitu.

    Kelibat Anwar dan rakan-rakan MP Pakatan Rakyat ditakuti kerana mereka mampu menggegarkan Dewan Rakyat. BN nampaknya tidak mampu berhadapan dengan Pakatan Rakyat. MP Umno-BN ibarat keris tumpul.

    Sebab itu mereka menggunakan MP pencacai untuk menggendong najis-najis BN. MP-MP yang khianat daripada KeADILan ini, bersama 'sang katak' digunakan setiap hari oleh media talibarut Umno sama ada TV mahu pun akhbar untuk menyerang Anwar dan Pakatan Rakyat.

    Tetapi mereka hanya kelihatan menang di tv dan akhbar. Hakikat sebenar dalam dewan, mereka tidak mampu berhadapan dengan Pakatan Rakyat.

    Yang penting, sepanjang sebulan ini Parlimen akan kembali rancak. Kembali hiruk pikuk kerana panglima-panglima sudah berkumpul semuanya. Pertembungan dengan BN dijangka kembali sengit.

    Sayangnya hiruk pikuk ini terpaksa saya tinggalkan seketika kerana mempunyai tugasan yang besar di luar negara bersama misi kemanusiaan Yayasan Amal. Ketika rencana ini disiarkan saya sudah berlepas ke Mesir, dari sana saya akan memasuki Rafah dan terus ke Gaza jika tidak dihalang di sempadan.

    Insya Allah jika tiada aral, kami akan merentasi laluan yang jauh ke sempadan Libya untuk meninjau pelarian yang terperangkap akibat kezaliman Muammar Gaddafi.

    Bagi sesiapa yang berhasrat untuk membantu rakyat Palestin dan Libya, mereka boleh menyalurkan sumbangan tersebut menerusi Tabung Kemanusiaan Harakah, nombor akaun 14069010021298 (BIMB).

    Sabtu, 18 Jun 2011

    Bersih: Komen Rais kaitkan serangan siber tak masuk akal, kata Ambiga



    Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menyangkal dakwaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sambil menafikan sebarang kaitan penganjuran Himpunan Bersih 2.0 dengan siri serangan siber ke atas laman web kerajaan dan swasta sejak Rabu lalu.


    “Ia sangat tidak berasas, tidak munasabah dan tidak masuk akal bagi seorang anggota Kabinet membuat dakwaan ini, yang seharusnya lebih menyedari daripada membuat dakwaan liar seperti itu,” kata Ambiga (gambar) kepada The Malaysian Insider.

    Justeru kata beliau, komen Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu bukan sahaja tidak adil kepada Bersih 2.0 tetapi juga ke atas rakyat Malaysia yang mempunyai hak berperlembagaan untuk berhimpun secara aman.

     “Saya sangat terkejut dengan (kenyataan) meracau beberapa anggota pentadbiran terhadap Bersih 2.0 dan usaha-usaha mereka memperlekehkan Bersih dan saya melihat komen Rais Yatim ini salah satu daripadanya.

    “Saya melihat yang ini satu serangan ke atas orang ramai dan adalah sesuatu yang memalukan bagi mereka memilih (cara) ini daripada mendengar (suara) rakyat,” kata bekas presiden Majlis Peguam ini.

    Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim percaya serangan penggodam ke atas laman-laman web sejak Rabu lalu ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini, serta dilihat sebagai satu perbuatan tidak patriotik kepada negara.

    Kata Rais, beliau juga percaya tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan.

    Sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara, kata Rais.

    Dalam satu kenyataan awal hari ini, Dewan Pemuda PAS pusat mencabar pentadbiran Najib membuktikan “fitnah” anggota Kabinetnya, yang semalam mendakwa serangan siber ke atas laman web kerajaan dan agensinya baru-baru ini, ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0.

    Menegaskan pendirian mereka, Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat Riduan Mohd Nor berkata, pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab Rais, didakwa menyalahgunakan kuasa beliau sebagai anggota jemaah menteri dengan menyebarkan fitnah berasaskan andaian semata-mata.

    Dalam pendiriannya hari ini, Ambiga juga mengecam reaksi melampau pihak-pihak tertentu terhadap Himpunan Bersih 2.0 dan menasihatkan Putrajaya agar memikirkan semula pendekatan mereka terhadap masyarakat madani.

    Tambah beliau, pentadbiran Najib seharusnya belajar daripada kerajaan Singapura yang melahirkan pendirian sanggup mendengar suara rakyat selepas pilihan raya umum baru-baru ini.

    “Apa yang Bersih mahukan ialah standard tinggi pilihan raya. Kami mahukan pilihan raya bersih. Sekarang, adakah sesuatu sangat melampau untuk meminta perkara itu?” kata Ambiga. Insider

    Jumaat, 17 Jun 2011

    Maka Berkatalah Ketua Beruk Muda...


    umno youth rally 090209 khairy 02
























    Seekor Panglima Beruk yang menjaga pasukan pengawal berkata bahawa siapa sahaja yang menyertai perhimpunan walau pun dari Beruk Nasional (BN) mahu pun dari Pertubuhan Beruk Peribumi Nasional (Perkosa) tetap akan ditangkap. 

    Panglima Beruk yang menjaga pasukan pengawal berkata bahawa sesiapa sahaja tidak akan diberi permit kerana ia akan memudaratkan hutan-hutan dan pasukan pengawal mungkin akan membuat tangkapan pencegahan. Ini kerana pada perhimpunan yang lepas, syarikat perniagaan Mydin telah melaporkan bahawa mereka mengalami kerugian sebanyak 300,000 sikat pisang.

    Mendengar kata-kata tersebut, Ketua Beruk Muda mula rasa gentar kerana selama ini setiap perhimpunan yang mereka adakan sentiasa mendapat pelindungan dari pihak pengawal walau pun tanpa permit. Untuk menyedapkan hatinya, Ketua Beruk Muda menyatakan bahawa ini adalah keputusan sebulat suara dari Majlis Kerja Beruk Muda dan bukannya keputusan beliau seekor.

    Maka berkatalah Ketua Beruk Muda kepada pengikut-pengikut dengan penuh bersemangat, "Kita sebagai barisan depan Beruk Muda tidak akan sekali-kali berganjak untuk mengadakan perhimpunan sebagai menyokong pemerintahan Raja Beruk kita dan Suruhan Lantik Beruk (SLB)".

    “Kami mesti berarak bagi membuktikan bahawa suara beruk-beruk bukan dimonopoli oleh pembangkang,” kata Ketua Beruk Muda mengulas kenyataan panglima pasukan pengawal supaya hasrat beruk muda itu dibatalkan demi keselamatan hutan.

    “Panglima Pasukan Pengawal Beruk boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini negara Beruk Baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh undang-undang rimba. Beruk Muda tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja”.

    Panglima pasukan pengawal pada sidang rimbanya, petang tadi memberi amaran kepada Ketua Beruk Muda supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu.

    “Tak kira sama ada saya bekas Ketua Beruk Muda atau tidak, beruk muda mesti bersedia menerima akibatnya seperti yang saya hadapi ketika menjadi Ketua Beruk Muda dulu,” katanya kepada wartawan di rimba Putrajaya dan sambil menambah “Kerana ia menyalahi undang-undang rimba.” Semasa Panglima Beruk menjadi Ketua Beruk Muda, beliau terkenal kerana menyembunyikan batunya kerana takut dan mengunakan pasukan pengawal untuk melindunginya.

    “Sesiapa sekali pun..., saya juga mesti berdepan dengan pasukan pengawal. Saya jangkakan mereka (Beruk Muda) berbuat perkara yang sama. "Ini sentiasa menjadi pendirian saya, tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang,” Panglima Beruk berkata pasukan pengawal melihat perarakan dan perhimpunan itu dari sudut keselamatan hutan dan mereka yang menganjurkannya mesti berdepan dengan pasukan pengawal.

    Semalam, Pergerakan Beruk Muda Negara Baru memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibu negara beruk pada 9 Julai depan.

    "Kami akan berarak pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian. Kami menyokong sistem pilihan raya beruk sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SLB untuk melakukan penambahbaikan," kata Ketua Beruk Muda. 

    Sebelum itu, Ketua Pertubuhan Beruk Peribumi Nasional (Perkosa) yang menjadi pengutip kulit pisang Beruk Nasional (BN) juga mengumumkan akan mengadakan perhimpunan pada hari dan tempat yang sama dilakukan oleh Bersih 2.0 sebagai menunjukkan sikap pengampunya kepada Beruk Nasional. 

    Dua tahun yang lepas, Ketua Perkosa memberi amaran yang sama pada pihak pembangkang supaya berhadapan dengan kumpulannya dahulu jika berani dan beliau memberitahu wartawan bahawa ahli Perkosa seramai 500,000 ekor akan turun tetapi yang hadir hanyalah seramai 50 ekor sahaja. Ketua Perkosa sendiri lari bersembunyi dalam kain Beruk Betina kerana terlalu takut dengan gerombang yang besar dari Pembangkang.

    Untuk menunjukkan sikap beraninya, Ketua Beruk Muda berkata bahawa Beruk-Beruk Muda tidak akan gentar dengan segala kemungkinan baik ditangkap mahu pun gas belacan atau pun siraman air yang dicampur dengan belacan.

    "Kita Beruk Muda akan bertempur sehingga ketitisan taik terakhir untuk mempertahankan kerajaan Raja Beruk dan Suruhan Lantik Beruk". kata Ketua Beruk Muda sambil menghunuskan batang pisang.

    Kemudian adalah seekor beruk gatal mulut mengajukan pertanyaan kepada Ketua Beruk Muda, "Kenapa dahulu tuan memanggil orang buat demontrasi sebagai beruk dan apa kurangnya kita".

    "Celaka kamu, pandai-pandai tanya soalan bodoh". Kata Ketua Beruk Muda itu lagi, " Kita beruk gred A........... orang-orang itu beruk gred D". 

    Beruk tersebut terpinga-pinga lalu bertanya balik, " Gred A ke............. gred D ke........... bukankah sama-sama spesis". 

    "Kalau ikutkan hati, aku terajang beruk ni sekor banyak soal pulak, dahlah nak suruh mai pun bukan main liat lagi semua nak kena aku sediakan, kandang nak kena hantar depan rumah, bas pun aku kena sewakan", kata Ketua Beruk Muda didalam hati dengan marahnya.

    Ketua Beruk Muda yang terkenal dengan tahi hidung masinnya membebel lagi  dalam hatinya, "Celaka beruk-beruk ni, dia ingat aku cop duit ke".

    Khamis, 16 Jun 2011

    Belajar: Dunia Semut. (Bhg 7)

    Kamu tentu tertanya-tanya bagaimana semut-semut kecil ini dapat melakukan pekerjaan menakjubkan seperti ini sendiri?

    Omar: Ya, memang saya cuba memahami bagaimana semut-semut dapat melakukan semua itu. Contohnya, jika kamu meminta saya menanam kulat, sudah tentu ia bukan pekerjaan yang mudah bagi saya. Sekurang-kurangnya saya perlu membaca beberapa buah buku atau meminta nasihat daripada mereka yang tahu melakukannya. Tetapi saya tahu semut-semut tidak mendapat latihan seperti ini.
    Sekarang baru saya faham apa yang menyebabkan kamu dan sahabat-sahabat kamu begitu mahir. Kamu telah diprogramkan untuk melakukan tugas-tugas kamu. Contohnya, attas telah wujud di dunia ini dalam keadaan telah sedia mengetahui tentang perladangan. Sudah tentu, Allah, Pencipta semua hidupan, telah memberikan kemahiran ini. Allahlah yang telah menjadikan kamu dan sahabat-sahabat kamu dengan sifat-sifat yang hebat ini.

    Attas membawa daun-daun yang mereka potong.

    Si Semut: Kamu betul, Omar. Kami mengetahui perkara-perkara ini secara semula jadi. Pencipta kami, Allah, memberikannya kepada kami sebagai satu nikmat.
    Omar telah lewat lagi. Dia mengucapkan terima kasih kepadanya, dan pergi ke sekolah. Ketika berjalan, perkara-perkara yang sahabat semutnya telah beritahunya masih bergema di dalam telinganya. Sementara itu, dia terus berfikir.
    Perlakuan-perlakuan mahir semut menunjukkan kepada satu kebijaksanaan hebat. Tetapi kebijaksanaan ini tidak mungkin kepunyaan semut-semut itu sendiri. Tambahan pula, mereka hanyalah makhluk-makhluk kecil. Kalau begitu, sudah tentu semua kemahiran semut menunjukkan kepada manusia kebijaksanaan Allah. Untuk menunjukkan kehebatan-Nya dan kesenian rekaan-Nya, Pencipta semut ini, telah menjadikan makhluk-makhluk kecil ini melakukan tugas-tugas yang tidak dapat mereka lakukan dengan kebijaksanaan dan kehendak mereka sendiri.
    Sahabatnya memiliki kebijaksanaan, kemahiran dan pengorbanan semula jadi kerana dorongan Allah. Semua yang dilakukannya menunjukkan bahawa ia bukan kuasa dan kebijaksanaannya, tetapi Allah.

    Memikirkan perkara-perkara ini, dia menyedari bahawa beberapa perkara yang digambarkannya sebelum ini secara berbeza telah digantikan oleh pandangan-pandangan fakta yang sebenar. Dia juga memahami kini bahawa cerita-cerita tentang hidupan, bagaimana mereka wujud secara kebetulan, bagaimana mereka memperoleh kemahiran-kemahiran yang mereka miliki secara kebetulan melalui satu jangka masa, adalah dusta. Bagaimana ia boleh menjadi benar? Cuba fikirkan, bagaimana semut-semut ini "bercakap" di antara satu sama lain dengan begitu sempurna jika mereka wujud secara kebetulan? Bagaimana mereka dapat berhubung di antara satu sama lain tanpa sebarang kekeliruan, dan membina sarang yang sempurna? Lagipun, jika semua semut-semut ini telah wujud secara kebetulan dan jika mereka hidup hanya untuk mempertahankan diri, bagaimana mereka dapat melakukan pengorbanan yang sangat besar di antara satu sama lain?Dia memikirkan perkara ini sepanjang hari di sekolah. Apabila dia pulang pada sebelah petangnya, dia memilih untuk membaca al-Quran, yang telah Allah turunkan kepada semua manusia. 
    Ayat pertama yang dibacanya adalah seperti berikut:
    Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
    (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Surah Ali Imran: 190-191)

    Dia yakin bahawa Allah telah menjadikan semut, dirinya, ibunya dan bapanya, saudaranya dan segalanya di alam semesta ini. Sahabat kecilnya telah mengingatkannya tentang satu kenyataan penting di dunia ini: iaitu tiada pencipta selain daripada Allah.
    Saya percaya apabila kamu membaca ayat-ayat ini, kamu semua akan memahami kebenarannya seperti Omar, dan mengetahui bahawa Allahlah yang telah menjadikan segalanya. Kemudian kamu akan berkata: "Darwin, yang menyatakan bahawa hidupan tidak dijadikan, tetapi telah wujud secara kebetulan, adalah suatu pembohongan besar. Apabila kita dikelilingi oleh makhluk-makhluk yang mempunyai banyak kemahiran menakjubkan, adalah mustahil untuk memikirkan bahawa ia wujud secara kebetulan".
    Jadi, seperti Omar kamu juga mungkin menemui suatu hari nanti seorang kawan baik, jangan lupa bahawa banyak yang dapat kamu pelajari daripadanya. Kaji dan fikirkan tentang kesempurnaan di dalam kesenian Allah, Yang menjadikannya. Dan jika kamu bertemu dengan pendusta-pendusta seperti Darwin, ceritakan kepada mereka tentang sifat-sifat sahabat kecil kamu dan katakan bahawa kamu tidak akan mempercayai penipuan-penipuan mereka yang tidak masuk akal.


    HARUN YAHYA

    Rabu, 15 Jun 2011

    Kenyataan Jahat Zahrain Dan Zul Kulim.


    Satu kenyataan jahat dari si katak Zahrain dan Zul Kulim apabila menuduh pihak penganjur BERSIH 2.0 telah menyuruh rakyat merusuh sepertimana yang berlaku di Tunisia dan Mesir. Tindakan beliau membawa isu ini ke parlimen telah ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

    Beliau juga mahu persidangan mendesak BERSIH supaya membatalkan cadangan mengadakan demonstrasi baik di Kuala Lumpur, mahupun di mana-mana negeri demi keselamatan rakyat dan negara. Zahrain berkata tindakan BERSIH tidak mencerminkannya sebagai sebuah badan yang benar-benar memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan telus, sebaliknya bermotifkan politik kepartian.

    Inilah kerja beliau dan Zul Kulim selepas menjadi pencacai Umno dengan menggunakan kedudukannya sebagai ahli parlimen. Kenyataan Zul kulim yang melemparkan tuduhan bahawa rusuhan semasa pemecatan Anwar adalah arahan pihak pembangkang supaya melakukan huru hara di Kuala Lumpur lalu adalah bersifat jahat. Sudahlah hasil yang beliau perolehi sebagai ahli parlimen adalah kerana penat lelah dan sumbangan dari penyokong Pakatan Rakyat.

    Saya mengharapkan agar segala sumbangan tenaga dan wang ringgit dari penyokong pakatan Rakyat sehingga memenangkan beliau tidak akan di redha dunia dan akhirat. Saudara sendiri nilai bagaimana moral seorang yang sentiasa berkopiah dan memang tepatlah apabila PAS tidak mencalonkan beliau sehingga terpaksa bertenggek kepada PKR. 

    Beliau sekarang ini telah menghalalkan apa yang beliau haramkan semasa berada dalam Pakatan Rakyat. beliau menglalalkan perbuatan Najib meletakkan kalungan bunga di kubur Mustafa Kamal Antatturk laknatullah dengan memberi hujah yang cukup dangkal dengan alasan ianya sudah menjadi kebiasaan di Turki.
    Kesudahannya untuk membalas jasa kemunafikan beliau, gelaran 'Datuk' diberikan selepas ke pulangannya ke Malaysia.

    Inilah antara contoh manusia yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul Nya, mereka-mereka yang sanggup menjual agamanya dengan harga yang murah. Segala kata-kata beliau terhadap Umno semasa berada dalam Pakatan Rakyat telah ditelan kembali hanya kerana mencari publisiti murahan agar ianya menyenangkan hati Najib dan Rosmah. 

    Untuk mengampu Umno, beliau menuduh pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempunyai maruah dan hanya beliau sahaja yang mempunyai maruah. Makcik-makcik penjual nasi lemak lebih bermaruah daripada beliau dan layaklah beliau digelar firaun besar. Apakah beliau dan Zahrain merasakan Umno amat-amat memerlukan mereka sedangkan para katak-katak ini hanyalah tahap pencacai sahaja bagi Umno.

    Apakah mereka sedar yang jasa mereka sebagai mengampu Umno akan dibalas dengan mencalonkan mereka pada PRU 13 nanti. Jangan berangan-angan yang Umno akan melakukannya kerana selepas parlimen dibubarkan, mereka tidak diperlukan lagi. Para pemimpin Umno bahagian sendiri tidak menyukai mereka kerana sifat munafik yang tonjolkan dan mereka tidak layak untuk menjadi calon BN di kawasan yang mereka menang hasil ehsan Pakatan Rakyat.

    Makanlah hasil pencen sebagai bekas ahli parlimen tanpa dihalalkan oleh penyokong Pakatan Rakyat dan inilah hasil haram yang mereka suapkan kepada keluarga mereka.  

    BERSIH: Dewan Rakyat Tolak Usul Bantah Himpunan BERSIH

    Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi mengecam tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai depan bagi menuntut reformasi dalam pelaksanaan pilihan raya di negara ini.
    zahrain hashim parliament 180310Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengambil ketetapan menolak usul yang dibawa Datuk Seri Zahrain Hashim (Bebas-Bayan Baru) mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) itu selepas berpuas hati bahawa usul itu tidak perlu disegerakan.

    "Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia telah mengambil langkah perlu sebagai persediaan untuk menangani perhimpunan BERSIH itu dan akan sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan agar dapat dibanteras dan dipastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara," katanya.

    Terdahulu, Zahrain yang mengemukakan usul itu sebaik sesi soal jawab selesai, meminta dewan mengambil ketetapan untuk mengecam sekeras-kerasnya segala tindakan BERSIH, terutama menghasut rakyat agar merusuh di jalanan sepertimana yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah, termasuk Tunisia dan Mesir.
    bersih rally 271207 03Beliau juga mahu persidangan mendesak BERSIH supaya membatalkan cadangan mengadakan demonstrasi baik di Kuala Lumpur, mahupun di mana-mana negeri demi keselamatan rakyat dan negara.

    Zahrain berkata tindakan BERSIH tidak mencerminkannya sebagai sebuah badan yang benar-benar memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan telus, sebaliknya bermotifkan politik kepartian.

    "Kegiatan lampau BERSIH membuktikan kumpulan ini mempunyai agenda politik sempit dan berhasrat mengelirukan rakyat demi mencapai matlamat politik mereka," katanya.
    bersih rally 271207 01Pada 2007, BERSIH menggunakan slogan 'Gelombang Kuning' telah menganjurkan perhimpunan aman bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Jalan Tuanku Syed Putra, atas alasan sama.

    Perhimpunan yang bermula di Dataran Merdeka itu berjaya mengumpulkan 40,000 peserta.

    Perhimpunan kedua BERSIH pada bulan depan antara lain untuk menuntut pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil.

    - Bernama

    BERSIH: Polis Akan Buat Tangkapan, Bagaimana Pula Dengan Perkasa.


    Polis akan mengambil tindakan perlu termasuk membuat tangkapan pencegahan sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
    NONEKatanya, polis tidak akan mengeluarkan permit untuk perhimpunan BERSIH atau kumpulan lain yang menentangnya, kata Khalid, lapor The Star.

    Khalid berkata, keputusan itu dibuat kerana perhimpunan itu bukan sahaja akan mengganggu keamanan, tetapi juga mencetuskan kekacauan.

    Menurutnya, polis menerima 418 laporan dari para peniaga, ejen pelancongan dan individu yang membantah perhimpunan itu diadakan di Kuala Lumpur pada tarikh 9 Julai.

    Bercakap kepada media di Akademi Polis di Cheras hari ini, Khalid berkata polis difahamkan kumpulan lain juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di lokasi dan tarikh yang sama dengan perhimpunan BERSIH. MK
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Catatan Popular