Translate

Rabu, 12 September 2012

Kerana Kesombongan Najib Dan Kedegilan Sesetengah Peneroka, Semua Jadi Mangsa.

Akibat kerajaan tidak mahu mendengar pandangan orang lain termasuk pegawai Felda serta peneroka, saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) mencecah serendah RM4.57 seunit.


AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar) berkata kejatuhan saham itu paling rendah sejak ianya mula merudum beberapa hari lalu sebanyak RM4.69 seunit selepas mencatat kedudukan paling tinggi sejak Julai lalu, RM5.55.

Katanya, apa yang berlaku akibat tindakan kerajaan memperdagangkan masa depan peneroka Felda melalui penyenaraian saham Felda sehingga menjadikan saham sebagai barang dagangan negara dan di peringkat antarabangsa.

Katanya, saham Felda itu kini telah menjadi milik syarikat-syarikat asing, syarikat judi yang mana semua syarikat itu motif utama mereka adalah perniagaan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui pada majlis Aidilfitri bersama peniaga Kedai Bebas Cukai, Pengkalan Kubur, di sini semalam sebagai mengulas saham Felda menjunam jatuh sehingga RM4.57 seunit.

Katanya lagi, apabila ekonomi tidak lagi memberikan keuntungan yang mudah kepada pemegang saham itu mereka sewenang-wenang akan menjualkannya tanpa mengira kesannya terhadap peneroka.

“Walaupun jumlah unit saham hanya 800 sahaja, tetapi dengan kerugian yang dialami, mereka terpaksa membuat pinjaman bank dan pinjaman yang lain untuk membeli sahaja-saham itu,” ujarnya lagi.

Kamaruddin seterusnya berkata, peneroka tidak pandai menjual atau membeli saham apa lagi menguruskannya, tetapi apabila disedari tiba-tiba harga menjadi rendah.

“Bila dicampur dengan kos kerugian, pinjaman dan sebagainya peneroka mengalami kerugian yang amat besar berikutan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan rakyat serta pihak lain,” ujarnya.

Katanya, Felda, hasilnya dan bumi Felda sepatutnya seratus peratus dimiliki oleh peneroka dan seterusnya generasi kedua kedua atau ketiga dan seterusnya.

Beliau tidak menafikan apa yang berlaku itu ‘permainan’ saham dan lumrah berlaku, sebaliknya risiko yang tidak sewajarnya berlaku terpaksa ditanggung oleh peneroka kerana ‘offer’ tidak bijak kerajaan untuk rakyat.

“Kerana kedegilan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan pegawai Felda, ramai antara mereka disisihkan, ditukar dan berbagai lagi dan sekarang kita tengok apa yang berlaku,” ujarnya.

Katanya, bagi membantu kerajaan menampung kerugian dalam saham itu, KWSP pula diminta membantu.

Sambungnya, jika langkah itu diambil dividen yang diperolehi pencarum juga akan menjadi kecil jumlahnya.

Katanya, kerajaan seharusnya menjadikan pengalaman Tabung Haji Plantation  yang gagal sebagai panduan sebelum saham Felda disenaraikan.

“Soalan kita, adakah ahli-ahli Tabung Haji mendapat keuntungan yang besar atau dividen yang tinggi selepas ianya disenaraikan sebagai saham.

“Hujah yang sama diberikan pada saham FGVH ini, jangankan mendapat untung yang besar, rugi pula yang terpaksa ditanggung,” ujarnya. Sumber

Khamis, 6 September 2012

Saham FGVH: Akhirnya Ahmad Maslan Mengaku Peneroka Ditipu.


























Akhirnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mengakui 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) yang diagihkan kepada peneroka semasa penyenaraian dulu, adalah dalam bentuk hutang dan bukannya pemberian atau ‘durian runtuh’.

Pengakuan tersebut diucapkan oleh Ahmad semasa menutup Kem Anak Muda Generasi Felda (Kemuda) dan Kursus Induksi Permuafakatan Siswa/Siswi Felda (Persada) 2012 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang baru-baru ini.

Cuma cara pengakuan beliau itu agak lunak sedikit iaitu dengan mengatakan “peneroka tidak perlu lagi membayar kepada bank mulai bulan depan apabila hutang mereka itu diambil alih Felda” setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan dana RM360. 

Di bawah tajuk berita “Felda ambil alih hutang peneroka beli saham mulai 1 September” yang disiarkan sebuah akhbar, Ahmad berkata, peneroka akan membayar balik kepada Felda dalam tempoh lima tahun iaitu kira-kira RM50 sebulan.

Tambahnya, pembayaran balik kepada Felda dilakukan dengan potongan pendapatan daripada hasil tuaian ladang peneroka. Dengan lain-lain perkataan, saham FGVH yang diagihkan kepada peneroka adalah hutang yang mesti dibayar (melalui potongan) sama seperti hutang-hutang lain (baja, membesarkan rumah, tanah ladang, jalan pertanian dan lain-lain).

Jadi apa hebatnya peneroka mendapat saham jika pemberian tersebut dikira hutang? Sedangkan Timbalan Menteri yang juga Ketua Penerangan Umno itu pernah berhujah di parlimen satu ketika dulu berhubung penyenaraian saham FGVH bahawa tujuannya untuk meningkatkan taraf hidup peneroka.

Setelah dihamburkan dengan pelbagai janji yang indah-indah kononnya peneroka akan melalui tranformasi besar dalam kehidupan baru mereka, kononnya peneroka akan keluar daripada tradisi berladang kepada pemain saham dunia apabila saham kedua terbesar selepas Facebook itu disenaraikan, rupa-rupanya 112,635 warga peneroka masing-masing hanya mendapat 800 unit. Itupun dikira berhutang.

Dalam berita tersebut juga, Ahmad mengaku jumlah keseluruhan pemilikan saham peneroka hanya 5%. Bakinya dijual kepada bukan peneroka dan pelabur-pelabur luar negeri. Manakala 180,000 unit saham yang dianugerahkan kepada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad, tidak diketahui sama ada dikira hutang atau sebaliknya.

Jadi inikah  maksud Ahmad Maslan bahawa peneroka akan dapat manfaat besar daripada penyenaraian saham FGVH? Bagaimana pula nasib tanah rizab Melayu seluas 360,000 ekar yang dicagarkan selama 99 tahun?

Hutang saham: Kenapa tidak bercakap benar?

Apa yang menjadi kemusykilan banyak pihak, kerajaan dan Felda tidak berkata benar ketika mahu menyenaraikan FGVH ke Bursa Kuala Lumpur 28 Jun lalu.

“Sudah jenuh kami berkempen sebelum ini mengatakan saham 800 unit yang diberi bukan dengan percuma, tetapi amaran kami itu bukan saja dipandang sepi malah kami dicerca dan dihina kononnya kami pengkhianat Felda.

“Tetapi sekarang Ahmad Maslan sendiri sahkan bahawa saham itu bukannya durian runtuh atau percuma, tetapi hutang,” kata Pengerusi Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) negeri Pahang Abdul Rahim Abdul Rahman yang ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kuala Krau baru-baru ini.

Beliau merupakan salah seorang daripada 8 peneroka yang memfailkan saman terhadap Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Temerloh bulan lalu kerana ungkapan menghina ‘haram jadah’ terhadap mereka.

Sebelum penyenaraian FGVH, Pakatan Rakyat, Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) dan aktivis-aktivis peneroka yang bergabung dalam Gerakan Selamatkan Felda (GSF) membuat road show di seluruh negara bagi menghalang penyenaraian FGVH. Himpunan Oren juga diadakan pada 14 Julai lalu bagi memohon Yang Dipertuan Agong masuk campur kerana penyenaraian FGVH tidak menguntungkan peneroka tetapi beberapa kerat individu tertentu. 

Meskipun gagal menghalang penyenaraian FGVH, sekurang-kurangnya mereka berjaya menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada terjerumus sama dalam penyenaraian FGVH.

Usaha selamatkan Felda dicemuh pro Umno

Malangnya mereka diherdik dan dicemuh semahunya oleh kumpulan peneroka pro-Umno yang memang pengampu kerana berkepentingan lalu mereka membuat demonstrasi di sana sini serta menghalang pihak tersebut memberi penerangan kepada umum.

Laporan polis juga dibuat seluruh negara bagi menggambarkan pejuang-pejuang nasib warga Felda itu pengkhianat. Cercaan demi cercaan dihamburkan bagi melemahkan semangat mereka.

Kemuncaknya ialah apabila Najib sendiri ketika mengumumkan "durian runtuh" di Jengka 8 Mei lalu menggelarkan pejuang kebenaran warga Felda sebagai haram jadah. Sudah tentu ia amat memeranjatkan kerana ungkapan  itu paling kasar, biadab dan tidak bertamadun yang pernah diluahkan oleh seorang Perdana Menteri terhadap rakyatnya. Ungkapan menghina itu pula dibuat di hadapan lebih 40 ribu yang hadir dan liputan langsung media.

Tidak cukup begitu, ketika para peneroka tersebut mengambil wang hak mereka sendiri yang diumumkan Najib sebagai "durian runtuh", media pro-Umno terus mengaibkan mereka seolah-olah "keselak" atau kemaruk sangat dengan wang yang diagihkan Felda itu.

Najib sendiri ketika berceramah di Pekan, terus mengaibkan mereka dengan gelaran "muka tak malu".

Namun apabila sebuah akhbar harian menyiarkan kenyataan Ahmad Maslan bahawa saham sebanyak 800 unit itu sebenarnya hutang, ia mula mendedahkan apa yang sebenarnya kerana sebelum ini pihak kerajaan dan Felda tidak berkata benar atau sengaja menyembunyikannya.

Ahmad Maslan turut membenarkan, pemilikan saham peneroka seluruh negara hanya berjumlah 2.5 peratus secara keseluruhan. Jadi benarlah dakwaan dan amaran yang pernah diberi oleh PR, Anak dan GSF. Bahkan amaran risiko harga saham turun naik, memang tepat. Lihatlah saham FGVH terus merudum. Tidak sebagaimana janji pemimpin Umno bahawa jika saham Felda disenarai, peneroka-peneroka akan menjadi kaya raya, dapat durian runtuh dan akan mengalami perubahan besar dalam kehidupan selepas 50 tahun!

Akhirnya semuanya temberang. Yang betulnya hanyalah amaran PR, Anak dan GSF tadi. 

“Sudahlah peneroka yang majoritinya berusia 50 tahun ke atas itu dipaksa berhutang, apa pula yang mereka tahu tentang bermain saham? Malah hutang yang dipaksa ke atas peneroka bukannya mereka yang untung tetapi dikaut oleh bank, peguam dan broker.

“Inilah yang Pakatan dan  GSF perjuangkan sekarang,” kata Abdul Rahim.

Tambahnya, jika saham terus menjunam dan peneroka tidak mampu membayar balik hutang bank apa yang akan terjadi? Oleh itu jangan diperkecilkan jika peneroka berasa bimbang dengan tergadainya tanah ladang 10 ekar dan tapak rumah mereka.

“Jadi kami dari Bangkit dan GSF bertungkus lumus menyelamatkan nasib peneroka kerana tidak mahu bak kata pepatah ayam terlepas tangan bau tahi,” katanya. Sumber

Rogol Bawah Umur Atau Suka Sama Suka: Undang-Undang Rimba Yang Membela Golongan Elit.

Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu yang membebaskan seorang juruelektrik dengan ikat jamin RM25,000 dan bon jaminan berkelakuan baik atas tuduhan merogol gadis bawah umur. 
    
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan semalam berkata rayuan tersebut telah difailkan pada 29 Ogos lalu.

Jabatan itu juga akan memohon agar pendengaran rayuan di Mahkamah Tinggi  dipercepatkan kerana berpendapat ia wajar dihujahkan semula isu tafsiran undang-undang berkaitan hukuman bagi kesalahan rogol terhadap kanak-kanak serta
pemakaian sewajarnya peruntukan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah terhadap kesalahan serius sedemikian, katanya.
    
Dalam kes tersebut, Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, yang dihakimi mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol teman wanitanya berusia 12 tahun, tahun lepas, setelah mengambil kira faktor usia tertuduh yang masih muda dan ini merupakan kesalahan pertamanya.
    
Abdul Gani berkata jabatan itu juga meneliti keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Melaka terhadap satu lagi kes rogol, yang mana pemain boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang disabit di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah telah dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh Melaka pada 2009. 

Katanya pihaknya mengambil kira bahawa kes itu telah dibicara dan didengar sehingga ke tahap mahkamah yang terakhir mengikut undang-undang, yang mana pembuatan rayuan lanjut ke Mahkamah Persekutuan tidak lagi mungkin.

Dalam hal ini, katanya, Jabatan Peguam Negara sedang menimbangkan penggunaan kuasa inheren mahkamah dengan mengambil kira bahawa kuasa untuk membuat semakan tersebut sepatutnya terbatas kepada salah aturan tatacara yang tidak melibatkan kesalahan atau perkara substantif.
    
"Jabatan ini juga perlu mengambil kira keperluan bagi kemuktamadan sesuatu keputusan mahkamah khususnya apabila keputusan kes telah berakhir di Mahkamah Rayuan berdasarkan bidang kuasa rayuannya.

"Jabatan berpendapat bahawa penyimpangan keadilan ini bagi mereka yang paling memerlukan perlindungan undang-undang perlu diperbetulkan," katanya. 

Beliau berkata Jabatan Peguam Negara memandang serius kedua-dua keputusan mahkamah tersebut dan berpendirian bahawa kes rogol menghendaki hukuman deteren dikenakan untuk menunjukkan kebencian dan ketidaksenangan masyarakat terhadap perbuatan jenayah hina sedemikian. 

"Jabatan ini berpendapat bahawa kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, terutamanya kesalahan yang melibatkan mangsa kanak-kanak, yang pada hakikatnya meningkatkan keseriusan kesalahan tersebut, bukan suatu kesalahan di bawah hal keadaan yang meringankan dan bukan kes yang mewajarkan budi bicara mahkamah di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah digunakan, tidak kira sama ada pesalah merupakan pesalah kali pertama mahupun pesalah muda," katanya. 

Abdul Gani berkata secara prinsip dan moralnya, seseorang yang melebihi umur 18 tahun, terutamanya yang dikenali dan dipercayai oleh mangsa kanak-kanak tidak wajar mengambil kesempatan terhadap seseorang kanak-kanak kerana kanak-kanak pada usia bawah 18 tahun masih belum mencapai kematangan yang sewajarnya. 

Katanya, walaupun dikatakan terdapat keizinan daripada seorang mangsa kanak-kanak bagi sesuatu perlakuan seksual, namum kesahihan keizinan tersebut perlu dipersoal memandangkan usia dan ketidakmatangan fikiran kanak-kanak tersebut. 
    
"Pada hakikatnya, adalah mustahil seorang kanak-kanak yang belum matang fikirannya dapat memahami kesan dan akibat keizinan yang diberikan untuk membolehkan suatu keizinan yang berkesan di sisi undang-undang," katanya.

Abdul Gani berkata kes jenayah rogol terhadap mangsa di bawah masing-masing umur 16 dan 12 tahun kian menurun. 

Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pada tahun 2009, kes rogol melibatkan mangsa bawah 13 tahun ialah 281 kes, sementara yang melibatkan mangsa antara 13 dan 15 tahun ialah 1,767 kes. 

Statistik ini menurun kepada 1,777 kes pada tahun 2010 (214 kes bagi bawah 12 tahun, 1,563 kes bagi 13 hingga 15 tahun), dan seterusnya kepada 1,652 kes pada tahun 2011, iaitu 202 kes melibatkan mangsa berumur bawah 12 tahun dan 1,450 melibatkan mangsa berumur antara 13 dan 15 tahun. 

Setakat Julai tahun ini, jumlah kes rogol statutori yang dilaporkan ialah 859 kes, iaitu 109 melibatkan mangsa bawah 12 tahun dan 750 kes melibatkan mangsa berumur 13 hingga 15 tahun. 
    
"Salah satu faktor penurunan tersebut ialah hukuman berat yang telah diperkenalkan pada tahun 2007 dan dilaksanakan dengan sewajarnya oleh mahkamah setakat ini," katanya. 

Abdul Gani berkata merujuk kepada statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung pendaftaran kelahiran anak tanpa maklumat bapa di mana ibu berumur di bawah 18 tahun, ia jelas menunjukkan bahawa ramai kanak-kanak bawah 18 tahun telah melahirkan anak luar nikah akibat daripada tindakan seseorang dewasa yang telah mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak tersebut. 
    
Beliau berkata mengikut statistik JPN dari tahun 1997 hingga Julai 2012 mengenai perkara tersebut mengikut keturunan, sebanyak 14,370 kes telah dilaporkan iaitu kaum Melayu mencatatkan sebanyak 8,269 kes, diikuti dengan kaum lain-lain iaitu sebanyak 4,940 kes. 
    
Kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan 739 dan 423 kes.

- Bernama

Sabtu, 1 September 2012

Memang Kerajaan Syaitan Yang Bina Putrajaya, Tapi Duit Sape...!!!!


Anggota BN perlu bersatu hati membentuk "sekatan politik" untuk memastikan hasrat dan langkah pembangkang merampas Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang dapat dihalang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata sebab itu Umno dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan sahaja boleh menang tetapi menang besar dengan cukup bergaya.

"Kalau mereka (pembangkang) ada slogan 'The Road To Putarajaya' (Laluan Ke Putrajaya), kita nak sekat mereka jangan sampai ke Putrajaya, kita tak nak buat 'roadblock' (sekatan jalan) polis tapi kita buat 'roadblock' daripada segi politik kerana mereka tidak layak duduk di Putrajaya.

"Sebab kitalah (BN) yang membangunkan Putrajaya, mereka tidak layak sebab telah lakukan  pembohongan demi pembohongan...janji tidak pernah dikotakan dan banyak cerita-cerita mereka yang masih tidak selesai," katanya.

Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Putrajaya di Putrajaya hari ini. Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Justeru, perdana menteri berkata secara simboliknya Umno Bahagian Putrajaya mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya, maka maju mundur bahagian itu menjadi penentu kepada usaha untuk mempertahankan tampuk pemerintahan negara.

"Jadi kita mesti suburkan kekuatan kepada Umno Putrajaya sebab itu kita mesti bersemangat, jangan rasa letih dan tidak boleh rasa letih...jangan begitu, teruskan perjuangan kita.

"Pastikan yang kita tidak akan berundur walau seinci atau sesaat pun... sebaliknya akan mara terus ke hadapan untuk menjamin masa depan negara yang lebih hebat," katanya.

Najib berkata perjuangan Umno juga selari dengan pejuangan kemerdekaan negara, walaupun perlu berdepan dengan pelbagai cabaran dan terpaksa mengemudi perjalanan yang payah.

"Banyak ramalan menyatakan negara akan menghadapi perjalanan sukar untuk memjadi negara yang berjaya tetapi selepas 55 tahun kemerdekaan ternyata ramalan itu meleset sama sekali dan hari ini negara masih dianggap sebagai contoh dan model yang boleh diikuti negara lain," katanya.

Najib berkata kebanyakan anggota perwakilan Umno Bahagian Putrajaya terdiri daripada generasi pasca merdeka dan oleh itu jangan lupa intipati dalam perjuangan iaitu berkorban apa sahaja dan bersatu-padu untuk mencapai kejayaan.

"Pada masa kini juga 45 peratus pengundi adalah generasi muda, apakah pemikiran dan jangkaan mereka sama dengan generasi terdahulu. Walaupun mereka lahir selepas merdeka dan mendapat pendidikan serta biasiswa hasil daripada perjuangan Umno dan BN, persoalannya apakah dalam hati mereka menyokong kita sepenuh hati," katanya.

Najib berkata itulah realiti dan persekitaran baru yang mesti difahami, di samping perlu mengekalkan nilai-nilai lama dan menurutnya adaptasi persekitaran baru juga amat penting kerana dalam demokrasi berparlimen tidak wujud kekebalan politik.

"Walaupun pernah melalui mimpi ngeri pada (pilihan raya umum) 2008 tapi kita sudah bangun dari mimpi, bina semula kekuatan sikit demi sikit dengan pengorbanan serta susah-payah.

"Jadi mari bersama-sama rapatkan barisan, teruskan perjuangan bagi memastikan tampuk pemerintahan kekal di tangan BN," katanya.

- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular