Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 24 Februari 2013

Sambutan Kepulangan PI Bala Di KLIA. (Bergambar)


PI Bala selamat tiba di KLIA sekitar jam 6.40 ptg tadi. Sekitar 200 orang telah menunggu beliau sejak dari jam 6.00

Turut menyambut ketibaan beliau ialah YB Siva, Chegubard, Ketua Jingga 13 Fariz Musa. YB Tian Chuan juga ada bersama walaupun terlewat.

Bala akan bercerita segala-galanya pada Rabu 27 Feb 2013 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selagor jam 8.40 malam. Datang beramai-ramai



































p/s;  Ada laki bini tu dah mula tak sedap perut. Mula lah tidor pun tak lena lepas ni .... hahahaha       ada pemberita tanya tidak kah Bala merasa takut, akan mengalami nasib yang sama dengan Altantuya?        Bala menjawab kalau terjadi apa-apa pada beliau, seluruh rakyat Malaysia akan tahu angkara siapa                                                               kan?  

 .AKUAN BERSUMPAH  BALA

Saya, Balasubramaniam a/l Perumal (K/P NO: xxxxxx-xx-6235), seorang warganegara Malaysia yang sudah dewasa dan tinggal di [dipadam], Selangor, menyatakan dengan tegas dan ikhlas seperti yang berikut:

1. Saya adalah pegawai polis dengan Polis Diraja Malaysia, yang mana saya menyertai pasukan polis sebagai konstabel pada tahun 1981, yakni bertugas dalam Pasukan Lapangan Polis. Saya kemudiannya dinaikkan pangkat kepada Lans Korporal dan akhirnya berhenti pada tahun 1998, iaitu ketika bertugas dalam Cawangan Khas.

2. Semenjak meninggalkan Pasukan Polis, saya bekerja sebagai Penyiasat Persendirian.

3. Antara bulan Jun dan Julai 2006, saya diupah oleh Abdul Razak Baginda bagi jangka masa 10 hari, yakni bagi melindunginya di pejabatnya di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, antara jam 8:00 pagi dan 5:00 petang setiap hari. Dia kelihatan seperti diganggu oleh pihak ketiga.

4. Saya melepaskan tugasan ini selepas 2 ½ hari kerana saya tidak menerima arahan yang tepat.

5. Saya kemudiannya diminta untuk kembali memberikan perkhidmatan saya pada 05-10-2006. Ini kerana dia menerima telefon daripada seorang lelaki Cina yang memanggil dirinya ASP Tan. Lelaki Cina itu mengugutnya dengan arahan supaya membayar hutang-piutangnya. Saya kemudiannya mendapat tahu bahawa lelaki itu sebenarnya adalah seorang penyiasat pensendirian bernama Ang yang diupah oleh seorang perempuan Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.

6. Abdul Razak Baginda bimbang bahawa seorang yang bernama Altantuya Shaariibuu, yakni seorang wanita Mongolia adalah dalang di sebalik ancaman itu dan bahawa dia akan tiba di Malaysia tidak lama lagi, dan akan cuba menghubunginya.

7. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa beliau khuatir akan hal ini kerana dia diberitahu bahawa Altantuya Shaariibuu telah diberikan kuasa oleh 'bomoh' Mongolia dan disebabkan ini, dia (Abdul Razak Baginda) tidak akan berupaya melihat wajahnya.

8. Apakah saya bertanya akan identiti wanita Mongolia itu, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa dia adalah kawannya yang diperkenalkan kepadanya oleh seorang VIP. Menurutnya, VIP itu memintanya untuk memastikan segala keperluan kewangan wanita itu terjaga.

9. Saya menyarankannya untuk membuat laporan polis mengenai ancaman seorang Cina yang dikenali sebagai ASP Tan terhadapnya, tetapi dia menolak untuk berbuat demikian kerana menurutnya, individu berpangkat tinggi juga terlibat dalam permasalahan itu.

10. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa Altantuya Shaariibuu adalah pembohong besar. Menurutnya, Altantuya suka mendesak dari segi kewangan dan bahawa dia (Abdul Razak Baginda) telah membiayai pembelian hartanah untuknya di Mongolia.

11. Abdul Razak Baginda kemudiannya membiarkan saya mendengar beberapa mesej suara melalui telefon bimbitnya, yang mana mesej itu memintanya untuk membayar sesuatu yang terhutang olehnya. Jika tidak, dia akan dicederakan dan anak perempuannya akan diganggu.

12. Jadi, selain dirinya, saya juga sepatutnya melindungi anak perempuannya, iaitu Rowena.

13. Pada 09.10.2006, saya menerima panggilan telefon daripada Abdul Razak Baginda pada sekitar 9:30 pagi. Dia memberitahu saya bahawa Altantuya berada di pejabatnya dan dia mahu saya datang dengan segera. Disebabkan saya sedang melakukan pengawasan, maka saya menyuruh pembantu saya, Suras untuk pergi ke pejabat Abdul Razak Baginda, manakala saya menyusul kemudian. Suras berjaya mengawal situasi dan memujuk Altantuya dan dua orang kawannya untuk meninggalkan tempat itu. Altantuya meninggalkan nota dalam Bahasa Inggeris, yang ditulis di atas kertas tulis Hotel Malaya. Dalam surat itu, dia meminta Abdul Razak Baginda untuk menelefon telefon bimbitnya (nombor diberikan). Dia turut menuliskan nombor biliknya.

14. Altantuya memperkenalkan dirinya sebagai 'Aminah' kepada Suras dan memberitahu Suras bahawa dia berada di situ untuk bertemu dengan teman lelakinya, Abdul Razak Baginda.

15. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga gadis Mongolia itu sekali lagi datang ke pejabat Abdul Razak Baginda di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang pada keesokan harinya, iaitu pada sekitar jam 12.00 tengah hari. Mereka tidak memasuki bangunan itu tetapi sekali lagi memberitahu Suras bahawa mereka ingin bertemu dengan teman lelaki Aminah, iaitu Abdul Razak Baginda.

16. Pada 11.10.2006, Aminah datang ke pejabat Abdul Razak Baginda secara bersendirian dan memberikan nota kepada saya, yakni untuk diserahkan kepada Abdul Razak Baginda. Saya menyerahkan nota itu kepada Abdul Razak Baginda. Abdul Razak Baginda menunjukkan nota itu kepada saya, yang mana Aminah memintanya untuk menelefonnya dengan segera.

17. Saya mencadangkan kepada Abdul Razak Baginda bahawa jika dia terus diganggu oleh Aminah, adalah langkah yang bijak bagi mendapatkan bantuan polis bagi menangkap wanita itu. Namun Abdul Razak Baginda menolak karena dia yakin bahawa Aminah akan pulang ke Mongolia apabila dia kehabisan wang.

18. Sementara itu, saya mengarahkan Suras untuk memgawasi Hotel Malaya, dengan tujuan memantau pergerakan 3 gadis Mongolia itu. Walau bagaimanapun, mereka berjaya mengecamnya. Rupa-rupanya, selepas kejadian itu, Suras menjadi kawan mereka, bahkan tidur selama beberapa malam di bilik hotel mereka.

19. Apabila Abdul Razak Baginda mendapat tahu bahawa Suras makin akrab dengan Aminah, dia meminta saya supaya tidak lagi menugaskan Suras untuk mengawasi Hotel Malaya.

20. Pada 14.10.2006, Aminah muncul di rumah Abdul Razak Baginda di Bukit Damansara, yakni ketika saya tiada di situ. Abdul Razak Baginda menelefon saya untuk memberitahu saya tentang perkara itu. Lalu, saya bergegas ke rumahnya. Apabila saya tiba di situ, saya ternampak Aminah di luar pintu pagar sambil berteriak "Razak, keparat, keluar kau dari rumah". Saya cuba menenangkannya tetapi gagal. Jadi, saya menelefon polis yang kemudiannya datang dalam dua kereta peronda. Saya menjelaskan mengenai situasi itu kepada polis, yang kemudiannya membawanya (Aminah) pergi ke Balai Polis Brickfields.

21. Dengan menggunakan teksi, saya mengekori dua kereta peronda itu ke Balai Polis Brickfields. Saya menelefon Abdul Razak Baginda dan peguamnya, Dirren, yakni supaya mereka membuat laporan polis. Tetapi mereka enggan melakukannya.

22. Ketika saya berada di Balai Polis Brickfields, Penyiasat Persendirian Aminah, iaitu En. Ang tiba dan kami berbincang. Saya disuruh menyampaikan tuntutan (Aminah) kepada Abdul Razak Baginda berupa USD$500,000.00 dan 3 tiket (penerbangan) ke Mongolia, iaitu sebagai komisen yang terhutang kepada Aminah ekoran urusniaga di Paris.

23. Disebabkan pada ketika itu, Aminah sudah pun beransur tenang, maka seorang polis wanita di Balai Polis Brickfields menyarankan supaya saya pulang dan menyelesaikan masalah itu secara baik.

24. Saya memberitahu tentang tuntutan Aminah kepada Abdul Razak Baginda. Saya juga memberitahunya bahawa saya sangat kecewa kerana tiada siapa yang setuju dengan syor saya supaya laporan polis dibuat. Kami berbincang panjang lebar tentang situasi itu. Saya langsung menyatakan bahawa saya ingin menarik diri dari tugasan itu.

25. Dalam perbincangan itu dan dalam usahanya untuk memujuk saya untuk terus memberikan perkhidmatan kepadanya, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa:--

25.1. Dia telah diperkenalkan kepada Aminah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pameran berlian di Singapura.

25.2. Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Abdul Razak Baginda bahawa beliau mempunyai hubungan seksual dengan Aminah dan bahawa dia (Aminah) rentan terhadap seks anal.

25.3. Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Abdul Razak Baginda menjaga Aminah kerana dia tidak mahu Aminah mengganggunya, yang kini sudah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

25.4. Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah pernah menghadiri suatu majlis makan malam di Paris.

25.5. Aminah menuntut wang daripadanya kerana dia berasa bahawa dia berhak mendapat komisen USD$500,000.00 atas bantuan yang diberikannya bagi satu urusniaga kapal selam di Paris.

26. Pada 19.10.2006, saya tiba di rumah Abdul Razak Baginda di Bukit Damansara bagi memulakan tugasan malam. Seperti biasa, saya meletakkan kereta saya di luar. Saya kemudiannya melihat sebuah teksi Proton Perdana berwarna kuning berlalu. Terdapat 3 orang wanita di dalamnya, yang mana salah seorang daripadanya adalah Aminah. Teksi itu melakukan pusingan U, lalu berhenti di depan rumah. Kemudian, wanita-wanita itu menurunkan tingkap teksi dan mengucapkan "Selamat Deepavali”. Selepas itu, teksi berkenaan berlalu pergi.

27. Sekitar 20 minit kemudian, teksi yang sama kembali, tetapi dengan hanya Aminah di dalamnya. Dia keluar dari teksi dan berjalan ke arah saya, lalu mula bercakap dengan saya. Saya menghantar SMS kepada Abdul Razak Baginda, "Aminah ada di sini". Saya menerima SMS daripada Razak, "Tahan dia sampai orang saya datang".

28. Semasa kami berbual, Aminah memberitahu saya tentang perkara yang berikut:--

28.1. Bahawa dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda di Singapura dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

28.2. Bahwa dia juga bertemu dengan Abdul Razak Baginda dan Datuk Seri Najib Tun Razak di suatu majlis makan malam di Paris.

28.3. Bahawa dia dijanjikan USD$500,000.00 sebagai komisen atas bantuannya dalam satu urusniaga kapal selam di Paris.

28.4. Bahawa Abdul Razak Baginda telah membelikan sebuah rumah di Mongolia untuknya, tetapi adik lelakinya telah membiayai semula rumah itu. Jadi, dia memerlukan wang bagi menebusnya (rumah itu).

28.5. Bahawa ibunya sakit dan dia memerlukan wang bagi menampung kos rawatan ibunya.

28.6. Bahawa Abdul Razak Baginda telah mengahwininya di Korea, yang mana ibunya berbangsa Korea sementara ayahnya adalah kacukan Mongol/Cina.

28.7. Bahawa jika saya tidak membenarkannya berjumpa dengan Abdul Razak Baginda, dapatkah saya membantunya untuk bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

29. Setelah berbual dengan Aminah selama sekitar 15 minit, sebuah kereta Proton Aeroback berwarna merah tiba dengan seorang wanita dan dua orang lelaki. Saya kini tahu bahawa wanita itu adalah Lans Korporal Rohaniza, manakala dua orang lelaki itu adalah Azilah Hadri dan Sirul Azahar. Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arah saya sementara dua yang lain menunggu di dalam kereta.

30. Azilah bertanya kepada saya sama ada wanita itu adalah Aminah dan saya berkata “Ya”. Dia kemudiannya berjalan pergi dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Sepuluh minit selepas itu, sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu berlalu dengan perlahan-lahan. Tingkap kereta itu diturunkan dan pemandunya memerhatikan kami.

31. Azilah kemudiannya memberitahu saya bahawa mereka akan membawa Aminah pergi. Saya memberitahu Aminah mereka akan menahannya. Kemudian, dua orang lain yang berada di dalam Proton merah itu bertukar tempat duduk. Ini dilakukan supaya Lans Korporal Rohaniza dan Aminah berada di belakang, manakala Azilah Hadri dan Sirul Azahar berada di depan. Mereka memandu pergi dan itulah kali terakhir saya melihat Aminah.

32. Semasa semua ini berlaku, Abdul Razak Baginda tiada di rumah.

33. Selepas 19.10.2006, saya terus bekerja untuk Abdul Razak Baginda di rumahnya di Bukit Damansara, iaitu antara jam 7:00 malam dan 8:00 pagi keesokan harinya. Ini kerana dia telah menerima beberapa SMS berbau ancaman daripada seorang wanita bernama 'Amy', yang tampaknya adalah sepupu 'Aminah’ di Mongolia.

34. Pada malam 20.10.2006, kedua-dua orang kawan Aminah datang ke rumah Abdul Razak Baginda bagi menanyakan tentang keadaan Aminah. Saya memberitahu mereka bahawa dia (Aminah) telah ditangkap pada malam sebelumnya.

35. Dua malam kemudian, kedua-dua gadis Mongolia itu, En. Ang dan seorang gadis Mongolia lain bernama 'Amy' datang ke rumah Abdul Razak Baginda bagi mencari Aminah. Mereka kelihatan yakin bahawa dia (Aminah) ditahan di dalam rumah itu.

36. Disebabkan kekecohan berlaku, saya menelefon polis. Tidak lama kemudian, sebuah kereta peronda tiba. Sebuah lagi kereta peronda sampai tidak lama kemudian, iaitu yang membawa pegawai penyiasat dari Balai Polis Dang Wangi. Pegawai itulah yang mengetuai siasatan berkenaan laporan kehilangan yang dibuat oleh salah seorang daripada gadis berkenaan. Saya percaya bahawa laporan itu dibuat oleh Amy.

37. Saya menelefon Abdul Razak Baginda yang pada masa itu berada di rumah bagi memberitahunya tentang peristiwa yang berlaku di depan rumahnya itu. Dia kemudiannya menelefon DSP Musa Safri. Selepas itu, dia menelefon saya semula dan memberitahu saya bahawa Musa Safri akan menelefon telefon bimbit saya, dan saya perlu menyerahkan telefon bimbit saya kepada inspektor dari Balai Polis Dang Wangi itu.

38. Saya kemudiannya menerima panggilan telefon daripada Musa Safri dan menyerahkan telefon bimbit saya kepada inspektor dari Balai Polis Dang Wangi itu. Perbualan itu berlangsung antara 3 dan 4 minit. Selepas itu, dia (inspektor) menyuruh gadis-gadis itu beredar dan datang menemuinya keesokan harinya.

39. Pada atau sekitar 24.10.2006, Abdul Razak Baginda menyuruh saya menemaninya ke Balai Polis Brickfields. Ini kerana dia dinasihatkan supaya membuat laporan polis berhubung dengan gangguan oleh gadis-gadis Mongolia tersebut.

40. Sebelum itu, Amy ada menghantar SMS bagi memberitahu saya bahawa dia akan ke Thailand untuk membuat laporan kepada Konsulat Mongolia mengenai kehilangan Aminah. Rupa-rupanya, dia menghantar SMS yang sama kepada Abdul Razak Baginda. Disebabkan itulah maka Abdul Razak Baginda dinasihatkan untuk membuat laporan polis.

41. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa DSP Musa Safri telah memperkenalkan DSP Idris kepadanya. DSP Idris adalah Ketua Bahagian Jenayah, Balai Polis Brickfields. Abdul Razak Baginda kemudiannya dirujuk oleh Idris kepada ASP Tonny.

42. Ketika Abdul Razak Baginda membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields, iaitu di depan ASP Tonny, beliau diminta untuk membuat kenyataan. Tetapi beliau enggan kerana menurutnya, beliau akan berangkat ke luar negara. Namun begitu, beliau berjanji untuk menyediakan kenyataan dan menyerahkan thumb drive kepada ASP Tonny. Saya tahu bahawa ini tidak dilakukannya, sebagaimana yang diberitahu oleh ASP Tonny kepada saya.

43. Keesokan harinya, ASP Tonny meminta saya untuk memberikan kenyataan. Saya melakukannya.

44. Saya berhenti bekerja untuk Abdul Razak Baginda pada 26.10.2006 kerana itu adalah hari dia berangkat ke Hong Kong secara bersendirian.

45. Pada pertengahan November 2006, saya ditelefon oleh ASP Tonny dari IPK Jalan Hang Tuah. DIa meminta saya untuk berjumpa dengannya berhubung dengan kes Aminah. Sebaik sahaja saya tiba di situ, saya terus ditahan di bawah S.506 Kanun Keseksaan atas ugutan jenayah.

46. Saya kemudiannya ditempatkan di dalam lokap dan direman selama 5 hari. Pada hari ketiga, saya dibebaskan dengan jaminan polis.

47. Pada akhir November 2006, Jabatan D9 IPK berkenaan menghantar seorang detektif ke rumah saya untuk mengiringi saya ke IPK Jalan Hang Tuah. Apabila saya sampai, saya diberitahu bahawa saya ditahan di bawah S.302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh. Saya ditempatkan di dalam lokap dan direman selama 7 hari.

48. Saya dibawa ke Bukit Aman, di mana saya disoal siasat tentang SMS yang saya terima daripada Abdul Razak Baginda pada 19.10.2006, yang berbunyi, "Tahan dia sampai orang saya datang". Mereka memperoleh SMS ini dari telefon bimbit Abdul Razak Baginda.

49. Mereka kemudiannya merakam kenyataan saya dari jam 8:30 pagi hingga jam 6:00 petang setiap hari, yakni selama 7 hari berturut-turut. Saya memberitahu mereka segala-gala yang saya tahu, termasuklah pernyataan oleh Abdul Razak Baginda dan Aminah tentang hubungan mereka dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Tetapi maklumat ini tiada apabila saya diminta menandatangani kenyataan saya.

50. Saya telah memberikan keterangan semasa perbicaraan yang membabitkan Azilah, Sirul dan Abdul Razak Baginda di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pendakwaan tidak mengajukan sebarang soalan berhubung dengan hubungan Aminah dengan Datuk Seri Najib Tun Razak ataupun panggilan telefon yang saya terima daripada DSP Musa Safri, yang saya percaya adalah ADC bagi Datuk Seri Najib Razak dan/atau isterinya.

51. Pada hari Abdul Razak Baginda ditangkap, saya ada bersama dengannya di pejabat peguamnya pada pukul 6:30 pagi. Abdul Razak Baginda memberitahu kami bahawa dia telah menghantar SMS kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam sebelumnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai sebab dia akan ditahan. Walau bagaimanapun, SMS itu tidak dijawab.

52. Tidak lama kemudian, iaitu pada sekitar pukul 7:30 pagi, Abdul Razak Baginda menerima SMS daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan menunjukkannya kepada saya dan peguamnya. SMS itu berbunyi, "Saya akan berjumpa dengan IGP pada pukul 11.00 pagi hari ni... masalah ni akan diselesaikan... bawa bertenang.”

53. Saya mendapat maklumat bahawa Abdul Razak Baginda ditahan pada pagi yang sama di pejabatnya di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang.

54. Matlamat Akuan Bersumpah ini adalah untuk:--

54.1. Menyatakan kekecewaan saya pada standard penyiasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menyiasat pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

54.2. Membawa kepada perhatian pihak berkuasa yang berkaitan tentang kemungkinan besar bahawa ada orang lain selain ketiga-tiga yang tertuduh, yang telah memainkan peranan dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

54.3. Meyakinkan pihak berkuasa yang relevan untuk membuka semula siasatan bagi kes ini dengan segera, sehingga bukti baru dapat dikemukakan kepada Mahkamah sebelum penyerahan pada peringkat akhir kes Pendakwaan.

54,4. Menegaskan fakta bahawa selepas menjadi anggota Polis Diraja Malaysia selama 17 tahun, saya benar-benar yakin bahawa mana-mana pegawai polis pun tidak akan menembak seseorang di kepala dan meletupkan tubuhnya tanpa menerima arahan khusus daripada ketua mereka.

54.5. Menyatakan keprihatinan saya bahawa jika pembelaan tidak dipanggil dalam perbicaraan kes bunuh tersebut, maka Sirul akan Azilah tidak perlu bersumpah dan memberi keterangan tentang arahan yang mereka terima dan siapakah yang memberikan arahan itu.

55. Saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa yang disebut di dalamnya adalah benar dan menurut Undang-undang Surat Akuan 1960.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya

Diakui oleh orang yang tersebut namanya di atas

Balasubramaniam a/l Perumal

1 Julai 2008

Di hadapan saya,


... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ....

Pesuruhjaya Sumpah


Kuala Lumpur

Sabtu, 23 Februari 2013

Apabila Ayah Chik Berbahasa Cina.....


Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang lebih rela menjadi khadam rakyat dan menjadi nelayan daripada bercita-cita mencari jawatan, mengkagumkan pelbagai sekali lagi semalam ketika Program Pelancaran Karnival Tahun Baru Cina di Alor Setar.

(Ustaz Hadi ketika membantu seorang mangsa lemas di pantai Rusila 2010 lalu)

Saya tidak mengenali Ayah Chik, nama panggilan manja untuk TG Hadi, secara dekat mahupun lama, tapi sekadar melalui kenyataan-kenyataan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar Ayah Chik yang dilaporkan di media mulai 2010.

Kali pertama, Ayah Chik mengkagumkan saya ialah melalui kemunculan video bagaimana Ayah Chik sanggup terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang hampir lemas di Pantai Rusila pada 2010.

Tiada ego, tiada terasa dirinya sebagai seorang VIP dan terlupa dirinya sebagai seorang presiden parti kedua terbesar Malaysia, itulah antara bacaan saya tatkala saya menonton video aksi Ayah Chik bertungkus lumus cuba menyelamatkan satu nyawa dalam keadaan berkain pelikat tanpa memikirkan keadaan dirinya yang sudah tidak muda.

Kali kedua, Ayah Chik mengkagumkan saya ialah tatkala Ayah Chik menggulung Muktamar PAS ke 58.

Itu adalah pertama kali saya terhibur, tersentak dan terpegun dengan isi ucapannya yang begitu padat dan bernas.

Tiada satu saat yang saya terasa mengantuk. Ucapan Ayah Chik sudah bertambah hebat sebab akhirnya saya terasa mudah diikut, walaupun untuk seorang bukan Islam seperti saya. Ucapan ini jauh berbeza dengan ucapan Ayah Chik yang terdahulu – kali ini cukup ralik, cukup berazam dan cukup mempunyai roh dengan berselang-seli dengan klasik hiburan tersendiri.

Daripada wajah ahli-ahli PAS yang mendengar, ternyata di hati mereka, Presiden PAS ialah ‘Ayah Chik’ mereka. Tuan Guru Presiden sudah dianggap sebagai seorang bapa kepada semua ahli PAS yang tertawan dengan ilmu yang terserlah daripada diri Ayah Chik.

(Membantu memadamkan api dalam kebakaran di asrama Maahad Darul Quran)

Kemudian, saya terkagum buat kali ketiga apabila melihat Ayah Chik dengan berpakaian pelikat dan pakaian di dalam rumah membantu menyelamatkan kebakaran di Sekolah Maahad Darul Quran yang merupakan sekolah Ayah Chik sendiri yang selalu memberikan kuliah di situ.

Apabila Ayah Chik berbahasa Cina semalam di Kedah ketika berucap di majlis Tahun Baru Cina, saya kagum untuk buat kali keempat.

Seorang Tuan Guru yang disanjung tinggi, seorang pakar agama Islam, berbangsa Melayu, belajar bahasa Cina untuk menghiburkan hadirin yang hadir – cukup berbeza dan cukup terkesan. Tuan Guru Presiden PAS berucap dalam Cina? Biar betul? Betul.

Menurut setiausaha politik Ayah Chik, Dr Ahmad Samsuri, Ayah Chik belajar berbahasa Cina dengan seorang guru Mandarin petang sebelum majlis bermula.

Bukan itu sahaja, Ayah Chik turut menulis kaligrafi Cina "吉" yang bererti ‘tuah’ untuk dihadiahkan kepada warga Tiong Hua dalam majlis tersebut.

Mengapa perkara ini bermakna? Selain tulisan itu betul (bukan sepertimana yang tersilap tulis dalam sebuah video ucapan Tahun Baru Cina seorang VIP yang dipaksa tontonkan berulang-kali kepada warga Tiong Hua di setiap pawagam) dan tulisan itu ditulis begitu indah oleh Ayah Chik.

(Menulis kaligrafi Cina di Alor Setar semalam)

Dalam acara menggaul Yee Sang selepas itu, boleh dilihat cara Ayah Chik memegang chopstik seperti seorang yang telah menggunakannya untuk waktu yang lama.

Peristiwa-peristiwa ini pada hemat saya, menunjukkan kehebatan Ayah Chik sebagai pemimpin yang keluarbiasaannya ialah sifat kesantaian dan ‘rakyat biasa’nya.

Kehebatan Ayah Chik menyerlahkan lagi slogan yang dicanangkan kebelakangan ini – “Kita juga rakyat biasa, Kita adalah Pakatan Rakyat.”

Ayah Chik adalah contoh terbaik  kepada rakyat bahawa inilah Pakatan Harapan Rakyat – yang dipilih rakyat, ditadbir rakyat dan bekerja untuk rakyat – yang menerajui Putrajaya pada PRU13 nanti.
Akhir sekali, Hidup Rakyat! Takbir!

Nukilan Li Fook Gao

Jumaat, 22 Februari 2013

Pencerobohan Lahad Datu, Apa Kata Penduduk.


Sejurus selepas berita mengenai pencerobohan orang asing yang bersenjata di kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17 tersebar, suasana di bandar Lahad Datu bertukar menjadi sibuk dengan aktiviti-aktiviti pihak berkuasa.

Menurut sumber dari penduduk Lahad Datu, ekoran daripada kejadian itu, banyak trak-trak tentera kelihatan bergerak ke arah Jalan Silabukan menuju ke lokasi kejadian.

NONEDi samping itu, tentera bersenjata turut dilihat berjalan kaki membuat rondaan bandar. Rondaan helikopter polis juga dilihat dibuat berterusan. Pemeriksaan polis turut dilakukan di beberapa kawasan bandar terutamanya Jalan Silabukan.

Manakala sekolah-sekolah di sepanjang jalan tersebut yang meliputi Bakapit, Tungku, Felda dan lain-lain turut ditutup. Askar tambahan juga telah ditempatkan di Felda.

Berdasarkan maklum balas yang diterima dari penduduk sekitar bandar Lahad Datu menunjukkan reaksi yang berbeza. Ada yang merasa suasana tegang dan ada juga yang tidak terasa sedemikian.

Prichard Jimmy menggambarkan, walaupun kehadiran ramai tentera membuat rondaan, tetapi keadaan adalah seperti biasa dengan banyak kedai masih dibuka.

NONE"Keadaan di sini masih seperti biasa. Masih banyak kedai dibuka. Tapi ada juga yang tutup. Penduduk tidak berapa panik sebab mereka tahu pemeriksaan jalan raya oleh pihak berkuasa sedang dijalankan dengan ketat. 

"Banyak helikopter yang terbang ulang-alik ke Tungku. Tapi saya takut jalan malam sebab takut diculik," katanya.

Menurutnya lagi, ramai yang mengelak untuk pergi ke Jalan Silabukan melainkan mereka yang tinggal di kawasan sepanjang jalan tersebut.

Seorang lagi penduduk, Nihal Singh mengesahkan apa yang dikatakan oleh Prichard mengenai banyak kedai yang ditutup. 

Selain itu, ramai penduduk khususnya kaum Cina juga telah meninggalkan bandar Lahad Datu, kata Nihal lagi.

NONE"Ramai orang Cina dari Semenanjung sudah keluar dari bandar ini. Mungkin ada yang pergi ke bandar lain dan mungkin ada juga yang balik ke Semenanjung. 

"Selain ini, ada juga yang enggan menghantar anak-anak mereka ke tadika, termasuk saya," katanya.

Sementara itu, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Siti pula berkata, dia ada terserempak dengan tujuh trak askar yang diiringi oleh dua penunggang motorsikal.

Trak-trak itu kelihatan kosong, akui Siti cemas yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Semporna.

Manakala bagi Anthony Teo pula, dia juga ada terserempak dengan banyak kenderaan tentera yang dilihat bergerak ke arah kawasan Felda Sahabat dan juga merasakan keadaan yang tegang.

Berlainan pula dengan keadaannya di sekitar kawasan Felda Sahabat.

Walaupun urusan harian berjalan seperti biasa, tetapi keadaan menjadi sunyi semenjak kejadian tersebut.

azlanSeorang pekerja sebuah institusi kewangan di sana mengatakan, situasinya adalah menakutkan dan beliau keberatan untuk turun kerja dengan keadaan tersebut.

Malah, beliau risau kerana lokasi kejadian hanya kira-kira 16km dari tempat beliau bekerja.

Kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan tidak menggambarkan perkara sebenar, katanya yang enggan namanya disiarkan.

Seorang lagi penduduk kampung yang tinggal di sepanjang Jalan Silabukan pula berkata, sudah banyak trak tentera lalu di kawasan mereka.

"Helikopter juga tidak henti-henti membuat rondaan manakala jalanraya menjadi lengang. Suasana sini tegang dan menakutkan," katanya yang juga enggan namanya disiarkan.

Antara khabar angin yang tersebar di kalangan segelintir penduduk Lahad Datu adalah, orang-orang asing yang menceroboh tersebut adalah askar-askar veteran Abu Sayaff yang telah berusia. Sumber

Selasa, 19 Februari 2013

Tun Det Baling Batu Sembunyi Tangan.


Subky Latif

KATA Hitler, bohong kalau diulang-ulang, tidak lagi dipercayai sebagai bohong.

Adakah kata-kata Hitler itu dipercaya orang apabila dia berkata, PAS tersingkir dari BN ketika dia jadi Timbalan Perdana Menteri, bukan kerana ditendang UMNO tetapi gara-gara perpecahan dalam PAS sendiri.

Semua tahu segala kerja dan keputusan untuk  menendang PAS itu dibuat oleh Dr. Mahathir sebagai Timbalan Presiden UMNO ketika Perdana Menteri Hussein Onn tiada dalam negeri.

Orang tua itu (Hussein) yang tidak  tahu apa, menerima saja keputusan pimpinan UMNO, bersetuju menentang PAS dengan merancang membentangkan di Parlimen usul meMAGERANkan Kelantan dan meletakkan kerajaan Kelantan di bawah tadbir kerajaan Persekutuan.

Apa yang  dikatakan perpecahan  PAS itu adalah gara-gara campur tangan UMNO  dalam urusan PAS. PAS memutuskan Menteri Besar dalam kerajaan BN Kelantan ia Wan Ismail Ibrahim. Memang ada pandangan kedua dari kalangan PAS terhadap calon itu, tetapi PAS telah telah ada keputusannya.

UMNO  mengambil kesempatan dari keadaan itu mendapatkan perkenan istana memperkenan Dato Mohamad Nasir menjadi Menteri Besar. Tiada keupayaan PAS untuk bercanggah dengan istana.

Tetapi Dato Nasir lebih dilihat sebagai  MB UMNO dari MB PAS. Dia pun terasa bahawa pemilihannya sebagai Menteri Besar bukan dibuat oleh PAS tetapi oleh UMNO. Maka ia melebarkan pergolakan dalam PAS dan meletakkan PAS rasa tertekan dalam kerajaan BN itu sejak dari mula. Tetapi PAS menerima dalam bersabar kerana perpaduan dan penyatuan Islam dan Melayu bukan suatu yang mudah dicapai.

Demi memelihara percubaan penyatuan umat Islam dan Melayu, PAS meneruskan muafakat itu  walaupun perancang utamanya Tun Razak sudah meninggal.

PAS sebagai parti yang bermaruah cuba memastikan program dan dasar PAS berjalan  di Kelantan, maka ia memutuskan Menteri Besar diganti dengan orang lain.

Maka dijadikan alasan yang baik bagi UMNO untuk menamatkan  kerjasama yang sukar dicapai itu. Ia tidak melakukan sesuatu yang boleh mengekalkan penyatuan, tetapi merancang memecahkannya dengan memutuskan untuk membentang usul di Parlimen, mengambil alih pentadbiran Kelantan, mengekalkan Menteri Besar tanpa kuasa, pentadbiran negeri diletakkan di bawah pegawai kerajaan pusat.

Mana-mana komponen BN yang tidak menerima usul itu dengan sendirinya gugur dari kenggotaan BN.

Siapa saja berada di tempat PAS,  sebagai pihak yang bermaruah, menolak usul itu dalam Majlis BN sebelum ia dibentangkan di Parlimen. Tiada pilihan bagi PAS setelah BN membuat keputusan demikian melainkan keluar dari komponen itu.

Nampaklah seolah-olah PAS yang keluar dari BN dari segi tekniknya tetapi teknik itu dirancang oleh UMNO bagi mengeluarkan PAS.

Di situlah letaknya kiraan PAS ditendang dari BN.

Masalah dalam rumah tangga  PAS tidak wajar dari satu alasan bagi BN menendang kerabatnya. MCA berkali-kali  berdepan dengan krisis pimpinan. Dr. Lim Keng Yik menentang Tun Tan Siew Sin, San Choon dicabar Michel Chen, Neo Yee Pan ditentang Tan Koon Swan, Ling Leong Sik dikritik secara terbuka oleh Lee Kim Sai dan kemudiannya oleh Chua Jui Meng, dan terakhir Dr. Chua Soi Lek menentang Ong Tee Kiat.

Tetapi tidak pula UMNO mengambil langkah mengeluarkan MCA dari BN. Sekalipun MCA seolah sudah jadi biawak hidup bagi UMNO tetap ia dikekalkan dalam BN.

Apa yang Mahathir kata tentang BN tidak tendang PAS tetapi masalah dalaman PAS yang menyebabkan ia terkeluar adalah seperti membaling batu sembunyi tanganSumber

Khamis, 14 Februari 2013

Andainya Kelantan Dan Terengganu Tidak Memandatangani Penjanji Persekutuan Tanah Melayu, Pasti Sultan Kedua-Dua Negeri Akan Sekaya Sultan Brunei.


Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya didunia, sebaris dengan kekayaan Sultan Brunei. Kita mengetahui bagaimana kemewahan hidup yang dikecapi oleh rakyat Brunei walaupun mereka berada didalam pemerintahan Raja Mutlak. Kemiskinan di Brunei adalah sifar dengan berbagai ke istimewa yang tidak dimiliki oleh rakyat didunia ini. Kemakmuran dengan merakyatkan lebih dari segala-galanya. 

Tiada LHDN, tiada roadtax dengan harga minyak yang murah rakyat Brunei dikatakan amat beruntung kerana memiliki seorang Raja yang amat prihatin terhadap rakyatnya. Semua rakyat Brunei tanpa mengira bangsa dan ideologi menikmati segala kekayaan negara walaupun negara itu mengamalkan sistem monarki mutlak. 

Yang menjadikan Sultan Brunei hebat ialah baginda cukup mendengar pandangan para ulama yang sentiasa tanpa merasa takut untuk mengatakan yang bathil. Baginda cukup meminati bidang agama dan telah mengarahkan agar Hukum Syariah wajib dilaksanakan di negara Brunei tanpa membuang terus perlembagaan penjajah British. Malah rakyat Brunei diberi pilihan oleh baginda untuk mengambil hukum mana yang mereka rasakan ia baik untuk mereka. Inilah negara Islam yang diberkati oleh Allah s.w.t. kerana kekayaan yang diberikan kepada Sultan Brunei tidak sesekali mengaburi mata baginda.

Tidak dinafikan yang baginda mempunyai hobi mengumpul belasan ribu kereta-kereta mewah sehinggakan satu bangunan dibangunkan hanya untuk menyimpan koleksi kereta-kereta mewah baginda. Walaupun minat baginda bercita tinggi tetapi baginda tidak pernah meminggir rakyatnya sendiri. Tidak pernah saya mendengar ada rakyat Brunei hidup dalam keadaan papa kedana. Di Brunei banyak Tabung-Tabung. Dana-Dana, Yayasan-Yayasan ditubuhkan untuk membantu rakyatnya yang memerlukan bantuan.
Sultan Mizan Bersama Keluarga
Tidak dinafikan akan jasa-jasa TGHH mentarbiahkan Sultan Mirzan Dan Kerabatnya. Apabila umara dan ulama bersama, negeri akan diberkati oleh para malaikat yang sentiasa mendoakan mereka.

Sekiranya penubuhan Tanah Melayu tidak diiktiraf oleh Sultan Terengganu dan Kelantan, mungkin Sultan Mirzan adalah Sultan terkaya di dunia mengikut rizab minyak yang dimiliki oleh kerajaan Terengganu. Kelantan lebih beruntung kerana memiliki Sultan yang paling zudud di kalangan Sultan-Sultan yang berada di Malaysia. Terengganu dana Kelantan pasti akan menjadi kotaraya yang hebat seiring dengan sekolah-sekolah pondok moden. Para pentadbir tidak perlu runsing tentang perbelajaan kerana kerajaan yang baik akan sentiasa menyalurkan segala kewangan yang diperlukan.

Rakyat Terengganu dan Kelantan akan mendapat pendidikan percuma setinggi mana pembelajaran yang mereka mahukan kerana mereka dapat belajar dengan tenang tanpa memikirkan masalah kewangan kerana segala-galanya akan ditanggung tanpa perlu membuat bayaran balik. Bila berada di luar negara seperti Jordan, Mesir, Mekah, Madinah atau negara barat seperti UK, AS atau mana negara, rakyat tidak perlu khuatir kerana kerajaan Kelantan dan Terengganu sudah menyediakan kediaman yang amat selesa dengan pegawai-pegawai yang berdedikasi. Mahasiswa-maha siswi inilah yang akan mencorakkan kembali negara dengan ilmu yang mereka miliki.
Bukankah Sultan itu Raja untuk rakyatnya. Inilah contoh terbaik seorang Sultan menjadi Iman dan bukannya makmun.
Pernah adakah dalam sejarah yang Sultan turut sama ke lubang kubur untuk menyempurnai jenazah rakyatnya?
Percayalah yang rakyat Kelantan amat bertuah mempunyai seorang Raja yang berjiwa rakyat.

Realitinya, bolehkah Sultan Brunei berada dikedudukannya sekarang ini sekiranya baginda menandatangani kemasukkan Brunei kedalam Malaysia. Kita boleh kata yang nasib Sultan Brunei sebaris dengan Sultan-Sultan yang sudah menandatangani perjanjian kemasukan Brunei kedalam Malaysia. Mungkin Sultan-Sultan 9 negeri yang berasa didalam persekutuan tanah melayu akan menyesal tidak sudah tetapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur kerana yang kara-raya di Malaysia hanyalah para pemimpin Umno, keluarga , kroni-kroni dan para pencacai mereka.

Bagi Umno, Sultan tiada apa pun dapati mereka melainkan boneka semata. Apabila mereka cukup kuat Sultan/Raja dihina sehinanya sehinggakan saya sendiri sedih akan perkara ini. Tidak saya nafikan ada sultan-sultan tidak menjalankan amanah yang diberikan kepada mereka sebagai 'Ketua Agama Islam Negeri' tetapi mereka sendiri mencemarinya dengan pesta-pesta arak, berjudi tidak mengira siang malam. Bila kalah, call sahaja tauke Cina kaya agar menghantar wang yang diminta. Sehinggakan di Pahang cukup sinonim dengan nama seorang tauke balak Cina dengan gelaran 'Tengku Wong'. Betapa hebatnya penangan arak dan judi apabila ia sudah menguasai diri, gelaran kerabat pun Cina Boleh dapat. Saya sebenarnya banyak lagi tahu tentang skandal-skandal Raja-Raja Melayu tetapi biarlah ia dirahsiakan untuk kebaikan anak-anak cucu kerabat.


Sultan yang hebat
Sultan yang tidak meninggalkan rakyatnya dalam kesusahan.
Sultan yang inginkan tertegaknya Daulah Islamiah di Negara Brunei.

Tentang pemilikan 3 atau 5 batu nautika dijadikan isu, adakan negara Brunei pun akan mengamali nasib yang sama seperti negeri-negeri yang berada di Malaysia. Kenapa Brunei boleh meneroka minyak sehingga kelaut dalam adalah kerana mereka adalah sebuah negara dan bukan negeri seperti Kelantan dan Terengganu. Jika Terengganu dan Kelantan mengikut jejak negara Brunei maka jadilah Kelantan/Terengganu sebuah negara yang berdaulat mengikut piagam PBB iaitu Negara Kelantan dan Negara Terengganu.

Darul Salam, Darul Iman dan Darul Naim adalah juga digelar sebagai Negara Islam dan bukannya negara sekular yang cuba didakwa oleh pemimpin Umno yang Malaysia adalah Negara Islam Darul Kasino. Alangkah indahnya apabila umat Islam dinaungi oleh seorang Sultan yang zuhud yang sanggup bersusah payah turun keliang lahat untuk penyempurnai jenazah rakyatnya. Semoga Allah s.w.t. memberkati Sultan Muhammad dari doa=doa rakyatnya sendiri./Musafirlalu 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular