Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 21 Februari 2014

Daim Yang Diam Raja Korporat Malaysia


BISNES Ekoran peletakan jawatan Tun Daim Zainuddin daripada portfolio kewangan pada 2001, beliau bergerak senyap, mencipta tanggapan untuk sesetengah pihak bahawa beliau bersara.

Tanggapan itu berubah pada 2004 apabila beliau mencuri perhatian ekoran penglibatan pembelian saham Alliance Financial Group (AFG) milik penuh Alliance Bank Malaysia, oleh Temasek Holding.

Ini bukan satu-satunya penglibatannya dengan Temasek.

“Memandangkan saya tahu tentang Temasek, mereka kata mereka mencari peluang di Malaysia. Mereka minta saya buat penelitian,” Daim dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan Far Eastern Economic Review berhubung penglibatannya dengan Temasek.

Tiga tahun kemudian, tanggapan bahawa Daim bersara sama sekali berubah.

Sebaliknya gambaran baru muncul – Daim kelihatan maju ke peringkat global, termasuk menasihatkan kerajaan Singapura dan Brunei berhubung pelaburan mereka.

Pada 17 Mei 2007,  London Alternative Investment Market (AIM) mengalu-alukan penyenaraian baru ICB Financial Group Holdings AG, yang mempunyai lebih sedozen anak syarikat di pelbagai negara, termasuk Eropah, Afrika dan Asia.

Dua tahun selepas penyenaraian,  ICB Financial Group mempunyai aset keseluruhan sebanyak AS$1.32 bilion (RM4.35 bilion).

Sebelum penyenaraian ICB Financial Group di bursa saham London, Daim adalah pemegang saham tunggal untuk operasi perbankan global itu.

Beliau mengekalkan pegangan majoriti selepas tawaran awam permulaan (IPO).

Daim dikatakan “jatuh cinta dengan bank” oleh teman rapatnya. Malah, beliau terlibat dengan bank sebelum menyertai kabinet sekitar tahun 80-an.

Ketika dihubungi KiniBiz, Daim enggan memberikan reaksi segera terhadap artikel ini. MK
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular