Translate

Senarai Blog Saya

Ahad, 16 Februari 2014

Kaabah Dan Masjid Nabawi Mula Dibinasakan Atas Nama Pembangunan.

 Sedar tak sedar sebelum wujudnya jam yang maha besarnya, para tetamu Allah akan hanya meletakkan Kaabah dihati mereka tetapi sekarang ini Bani Saud telah memesongkan penglihatan umat Islam agar melihat sekertika jam yang dikatakan tertinggi didunia demi melalikan sesaat dua zikir kita terhadap Allah dengan masing-masing akan bercakap tentangd jam terserbut. Jika bagi yang dengan apa yang asaya katakan pasti akan memahaminya..... Insyaallah/

Diceritakan saat itu kaabah sudah tidak mempunyai apa-apa makna. Tiada yang menjaga dan menjadikannya sebagai rumah ibadat utama umat Islam dari seluruh dunia.

Sehingga datang seorang lelaki berkulit hitam yang botak kepalanya dari Habsyah (Ethopia) bernama Dzu Suwaiqatain yang terus menghancurkan Kaabah. Dia merosakkan segala yang ada pada Kaabah. Mengoyak dan menjatuhkan kelambu (kiswah) dan mengambil batu-batu dinding dengan pencedok dan cangkul.

Ini sebagaimana yang diambil dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, iaitu bererti sebuah hadis sahih.

Melihatkan pada keadaan cuaca panas, sejuk, hujan, ribut dan banjir yang kebelakangan ini yang tidak diduga dan menentu berlakunya di seluruh dunia, maka dikatakan juga termasuk sebagai tanda-tanda akhir zaman.

Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: "Tidak berlaku kiamat selagi hujan tidak mencurah-curah di atas manusia sehingga rumah-rumah dan tembok tidak lagi dapat bertahan. Tiada yang dapat berlindung daripadanya kecuali khemah-khemah yang berada di padang pasir."

Mengandungi lima bab, buku ini sebenarnya tidak sekadar menghuraikan mengenai rukun iman yang kelima, iaitu percaya kepada hari kiamat. Tetapi kehadiran buku ini sangat tepat pada masa manusia yang ramai mendabik dada bahawa tidak takut mati. Namun, buku ini meminta kita agar sekurang-kurangnya takut pada kehadiran hari kiamat.

Jika kita meletakkan iman dan kepercayaan yang cukup tinggi kepada hari kiamat maka tentulah tiap manusia akan sedar akan janji Allah bahawa setiap kita akan tetap mati.

Maka kita akan melakukan persediaan untuk menghadapi detik-detik kematian dan kiamat itu sendiri.


Agak menarik apabila penulis dapat menyenaraikan hampir 16 tanda-tanda walaupun disifatkan sebagai kecil tetapi semua ini memberi peringatan kepada kita semua.


Ini termasuklah riba yang bermaharajalela, meluasnya perbuatan seks luar nikah, minum arak dianggap perkara biasa, berlumba-lumba meninggikan bangunan, manusia bermegah-megah membangunkan masjid, pasar-pasar semakin dekat jaraknya, meniru tingkah laku mereka yang bukan Islam, muncul-munculnya wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, orang tua menyerupai orang muda, banyaknya pembohongan dan kesaksian palsu.


Malah tersebarnya buku dan hasil karya juga dikatakan termasuk dalam tanda-tanda ke arah berlakunya hari kiamat yang Allah sahaja mengetahui bila akan berlaku.

Mungkin kita sudah biasa mendengarkan semua ini dan kita menyedari perkara tersebut telah banyak pun dan dibawah ini adalah peringatan yang telah diberikan oleh Rasulullah SAW yang hadish-hadish itu adalah hadist Sahih yang telah diakui oleh Iman Bhukhari dan Muslim dalam kitab karangan mereka.


Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:"Kaabah akan dimusnahkan oleh Zul al-Suwaiqatain (lelaki berkaki kurus) dari Habsyah (kini Ethopia").Al-Bukhari no 1591


"Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullullah SAW bersabda:
"Kaabah akan dimusnahkan oleh Zu As-Suwaiqatain (lelaki yang berkaki kurus) dari Habsyah (Ethiopia) (Riwayat Bukhari)Manakala diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seolah-olah aku dapat melihatnya,hitam dan berkaki pengkar (tempang),dia meruntuhkan batunya (Kaabah) satu demi satu."

Daripada Ali r.a berkata:"Lakukanlah tawaf di rumah (Kaabah) ini sebanyak mungkin sebelum kamu di halang daripada melakukannya.Seolah-olah aku dapat melihatnya (seorang lelaki dari Habsyah) dengan kepala dan telinga yang kecil menghancurkannya (Kaabah) dengancangkulnya."(Al-Fakihi,Akhbar Makkah 1/194 no.313 (sanadnya sahih),dan Fath al-Bari 3/538)


Oleh Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda:"seolah-olah aku dapat melihatnya,hitam dan berkaki tempang.Dia meruntuhkan batunya (Kaabah) satu persatu."(Al-Bukhari no.1595)


Rasulullah SAW bersabda: "Seolah-olah aku dapat melihatnya,hitam dan berkaki pengkar (tempang),dia meruntuhkan batunya (Kaabah) satu demi satu." (Riwayat Bukhari)
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular