Translate

Senarai Blog Saya

Khamis, 22 Mei 2014

Bagaimana Jika Parlimen Dan DUN Yang Dikuasai Umno/BN Diceroboh?.


Saya tidak menyokong mana-mana Adun yang mengeluarkan kenyataan provokasi terhadap lawan mereka tetapi apa yang berlaku di DUN Pulau Pinang amat memalukan. Siapa di sebalik mereka yang begitu berani melakukan perkara ini tanpa ada tindakan dari pihak polis. Mungkin pihak polis akan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tiada kuasa untuk bertindak tanpa arahan speaker.

Adakah pihak polis akan berpeluk tubuh jika Dun itu dikuasai oleh Umno/BN sebagaimana mereka lakukan di Perak. Speaker DUN Perak diseret dan dikurung oleh anggota polis berpakaian biasa dengan begitu biadab sekali. Inilah sikap double standard pihak polis apabila melibatkan pembangkang.


Protes bingit di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini berjangkit ke dewan.

Kira-kira 10 orang dilihat memasuki DUN hari ini, malah ada daripada mereka cuba memanjat meja speaker Law Choo Kiang.Law tiada di situ pada masa itu.Mereka menjerit bertanyakan di mana kerusi RSN Rayer. |Bantahan itu ekoran kenyataan Rayer, wakil rakyat Seri Delima daripada DAP yang menggelarkan seorang pemimpin Umno negeri sebagai celaka.
Galeri foto kekecohan di luar DUN Pulau Pinang
Sumber dan FotoMK






















































Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular