Translate

Senarai Blog Saya

Isnin, 23 Jun 2014

Kehilangan Besar Buat Umat Islam Dan PAS.

Alfatihah

Apabila saya membuka Harakah Daily pagi ini, saya sangat terkejut dengan berita pemergian Ustaz Abu Bakar Chik, AJK PAS Pusat pada jam 3.16 pagi. Allahyarham dikatakan terlibat dalam satu kemalangan di KM 390 Bukit Besi-Ajil bersama pembantunya, Hasmizi Hasan yang hanya mengalami kecederaan dan laporan menyebut Allahyarham meninggal dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu.

Hati saya amat tersentuh kerana beberapa bulan lepas saya ada menyatakan kepada isteri yang saya rasa "tak sedap hati ajer". Apabila isteri saya tanya kenapa rasa tak sedap hati, saya kata saya sendiri pun tak tahu dan mungkin ini salah satu sebabnya. Apakah ini salah satu tanda-tanda di mana pada akhir zaman Allah S.W.T mencabut nama para alim ulama yang mana mereka dimatikan dengan tiupan angin yang sejuk.

Selepas Al-Marhum Ustaz Azizan, beberapa para alim ulama mengikut jejaknya termasuk Al-Marhum Ustaz Harun Taib dan sekarang ini Al-Marhum Ustaz Abu Bakar Chik pula mengikut jejak para solehin. Al-Marhum adalah seorang yang pemimpin PAS yang cukup lasak yang berpendirian tegas apabila ia berkaitan dengan agama walau pun Al-Marhum tidak setegas Al-Marhum Ustaz Harun Taib.




Bekas Ketua Pemuda PAS, AJK PAS Pusat dan juga bekas Exco semasa PAS memerintah Terengganu pada 1999-2003. PAS adalah jiwanya yang didokong sehingga ke nafas yang terakhir walau pun sentiasa difitnah oleh yang tidak sependapat dengannya lebih-lebih lagi oleh mulut-mulut dan tangan-tangan yang mengaku mereka adalah ahli PAS. 

Sebagaimana Al-Marhum Ustaz Harun Taib difitnah gila jawatan pada saat-saat akhir semasa Muktamar PAS yang lalu. Beliau tidak bertanding di Dun Manir pada PRU13 atas faktor kesihatan tetapi masih mengekal jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. 

Ketika menghadiri Muktamar terakhir itu, beliau terpaksa bekerusi roda dan pada masa itulah ada mulut jahat perwakilan yang berkata, "Dah bekerusi roda pun masih inginkan jawatan, bagilah kat orang pula". Andainya jika saya ada ketika itu, pasti saya akan bagi penampar kat yang mulut celupar sangat tu. Baru setahun jagung menjadi perwakilan pun dah mula gilakan jawatan.

Antara individu yang ditahan oleh rejim Mahathir dalam operasi lalang yang mana itu adalah operasi besar-besar rejim Mahathir menahan para pemimpin pembangkang dari PAS dan DAP. Adakah Mahathir dan konco-konconya sempat memohon maaf atau di maafkan oleh Al-Marhum, hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya.

Semoga Al-Marhum ditempatkan di kalangan para-para solehin dan salam takziah buat keluarganya. marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah. Pemergianmu ditangisi dan legasimu akan tetap diteruskan oleh para pemimpin yang berhati kental demi melihat tertegaknya Hukum Allah S.W.T walau pun seribu rintangan bakal dan sedang menanti.

Jenazahnya akan di bawa ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah (MTT) Tok Jiring untuk disolatkan dan dikebumikan.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular