Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 11 Julai 2014

Dimana Kita Ketika Saudara-Saudara Dibunuh Oleh Rejim Israel Laknatullah.




Ketika abang saya berhubung dengan rakan-rakannya dari Saudi tentang pembunuhan rakyat Palestin oleh bangsa Yahudi Laknatullah, mereka menyuruh abang saya menghayati surah Al-Isra ayat 4 hingga 7 yang mana Allah S.W.T sudah memberi pengingatan kepada kita 1500 tahun yang lepas. Dan demi Allah, ianya telah berlaku di hadapan mata kita sekarang ini dan di mana kita yang mengaku sebagai seorang muslim sejati.

وَقَضَيۡنَآ إِلَىٰ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوًّ۬ا ڪَبِيرً۬ا (٤) فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ أُولَٮٰهُمَا بَعَثۡنَا عَلَيۡڪُمۡ عِبَادً۬ا لَّنَآ أُوْلِى بَأۡسٍ۬ شَدِيدٍ۬ فَجَاسُواْ خِلَـٰلَ ٱلدِّيَارِ‌ۚ وَكَانَ وَعۡدً۬ا مَّفۡعُولاً۬ (٥) ثُمَّ رَدَدۡنَا لَكُمُ ٱلۡڪَرَّةَ عَلَيۡہِمۡ وَأَمۡدَدۡنَـٰكُم بِأَمۡوَٲلٍ۬ وَبَنِينَ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ أَڪۡثَرَ نَفِيرًا (٦) إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡ‌ۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَا‌ۚ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ ٱلۡأَخِرَةِ لِيَسُـۥۤـُٔواْ وُجُوهَڪُمۡ وَلِيَدۡخُلُواْ ٱلۡمَسۡجِدَ ڪَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ۬ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوۡاْ تَتۡبِيرًا(٧ 
 Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. (4) Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. (5) Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. (6) Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. (7) 
(Surah Al-Isra ayat 4-7) 

Tiba-tiba keluar seorang yang mengaku dirinya ulama muda yang berwibawa dengan mengeluarkan fatwa songsang bahawa tiada JIHAD di bumi Palestin. Dengan memberi dalil-dalil yang tidak masuk akal bagi kita yang bukannya dari kalangan ulama.


Orang-orang Palestin ketika ditanya mengapa mereka tidak pergi saja dari sana dan mengungsi ke negara tetangga, kerana cubaan Yahudi terhadap mereka begitu besar, mereka menjawab..
 "Jika kami keluar dari tanah ini (Palestina), maka siapa lagi yang akan menjaga masjid suci al-Aqsha?. Siapa lagi yang akan menjaga tanah waqah umat Islam?. Biarlah kami tetap disini, mewakili kalian (seluruh umat Islam di dunia), saudaraku".

Jawapan ini juga adalah bertetapan dengan fatwa budak setengah masak ini. Atas alasan tidak cukup kuota dan panji-panji maka tiada jihad bukan dibumi Palestin sahaja malah di seluruh dunia. Inilah yang dikatakan ulama su'b yang sanggup menjual agamanya dengan harga yang murah dan mereka-mereka ini hanya boneka yang sanggup melihat kanak-kanak, orang-orang tua dan wanita-wanita Islam disembelih dengan kejam demi untuk sesuap nasi. Saya ada menulis satu artikel menyanggah fatwa dari bukan yang kurang masak ini ketika beliau mula-mula mengeluarkan fatwa songsangnya.



Al-Qassam HAMAS telah mengisytiharkan tanggungjawabnya: Pasukan Komando Al-Qassam telah menyusup masuk melalui pantai Gaza ke Pangkalan Tentera Laut Zionis Ziquim dalam Almajdal bandar "Ashkelon". Kedengaran pertempuran dalam kawasan tersebut di antara Mujahideen Al-Qassam dan tentera Zionis Laknatullah. Mereka akan berbuka puasa sama ada dalam Almajdal atau dalam Al-Jannah! 


Pada hari Sabtu, 17 April 2004 kerajaan haram Israel sekali lagi mengejutkan dunia dengan pembunuhan pemimpin HAMAS, Dr Abd Aziz Ar-Rantisi selepas mereka membunuh As-Syahid Ahmad Yasin hanya beberapa bulan sebelumnya. Namun As-Syahid Dr Abd Aziz Ar-Rantisi pernah mengejutkan dunia dengan kata-katanya pada tahun 2004: "Kami akan menyerang Israel sehingga ke Haifa" kata-kata beliau ternyata hampir menjadi kenyataan sekarang.

Daripada lebiih 250 roket yang lancarkan oleh al-Qassam, hanya 1/4 sahaja yang dapat dimusnahkan oleh dome penangkis peluru berpandu milik Israel. Kejayaan al-Qassam cuba ditutup oleh tentera Israel dengan alasan peluru berpandu yang dijangka jatuh di kawasan tidak berpenghuni dibiarkan./Musafirlalu
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular