Translate

Senarai Blog Saya

Khamis, 14 Ogos 2014

Hanya Rakyat Palestin Yang Mampu Menentang Rejim Israel.

Saya masih ingat akan kata-kata para mujahid Palestin dan disokong oleh pemimpin gerakan Islam sedunia bahawa hanya mujahid-mujahid Palestin sahaja yang mampu melawan rejim Zionis laknatullah di bumi Palestin. Walau pun mereka memerlukan sokongan umat Islam dari segi moral mahu pun bantuan kemanusiaan ia sudah memadai kerana bagi mereka tetapi amat malang bila pemimpin Mesir dan Jordan yang mengaku Islam menutup sempadan negara mereka demi menjadi tali barut rejim Zionis.

Rejim Zionis berjaya dengan agenda mereka bila Presiden Mursi digulingkan oleh as-Sisi dengan dana lebih USD1 bilion dari rejim Saudi dan bantuan senjata dari rejim Zionis untuk membunuh para penyokong Mursi yang majoritinya adalah dari Ikhwan Muslimim. Apabila as-Sisi membunuh beramai-ramai rakyat Mesir dan mengebom rakyat Palestin di sempadan Gaza, mereka menyangka yang mereka telah berjaya melumpuhkan  gerakan Hamas agar rejim Zionis boleh meluaskan lagi penempatan bangsa Yahudi.

Sesungguhnya ketentuan Allah S.W.T adalah di sebaliknya, walau pun pemerintahan Mursi dengan dokongan ikhlas Ikhwan Muslimim cukup singkat, mereka berjaya membantu sayap Hamas Briged Al-Qassam memperkuatkan persenjataan mereka. Satu kejutan yang amat memeranjatkan rejim Zionis dan sekutu mereka Amerika, rejim as-Sisi, rejim Saudi. Andainya Mursi masih memerintah Mesir, pasti kita akan melihat dalam sejarah penghijrahan beramai-ramai bangsa Yahudi keluar dari bumi Palestin. Tidak pernah berlaku apabila rejim Zionis mempergunakan PBB agar satu gencatan senjata diadakan yang kononnya untuk kemasukan bantuan kemanusiaan di Gaza.

Sedar atau tidak ianya hanya satu helah rejim Zionis untuk mendapat bantuan senjata setelah mereka kehabisan peluru berpandu untuk dilancarkan ke atas Gaza. Amerika dan British telah menghantar tentera mereka untuk membantu rejim Zionis setelah ramai tenteranya terkorban dan lari dari peperangan kerana terlalu takut apa yang mereka hadapi. Briged Al-Qassam berjaya membina drone kawalan jauh yang dilengkapi peluru berpandu masuk kedalam wilayah rejim Israel. Lihatlah kecanggihan pesawat Ababil milik Briged Al-Qassam./Musafirlalu


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular