Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 5 Ogos 2014

Kenapa Pemimpin Arab Mula Bersuara Ketika Israel Mula Kalah Dan Mufti Bermata Satu Saudi Keluar Fatwa Haram Menyokong Gaza.

Tentera Israel bersiap sedia untuk melancarkan gelombang keganasan baharu di Genting Gaza.
Tentera Israel bersiap sedia untuk melancarkan gelombang keganasan baharu di Genting Gaza.

pengikut dajal
Mufti Arab Saudi Sheikh Abdul Aziz,"Islam melarang demonstrasi bagi menyokong Gaza"

SELEPAS kira-kira 20 hari pertempuran di Gaza, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) diketuai Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu seperti ‘cacing kepanasan’ apabila rejimnya kehabisan semua aset pertahanan.

Memasuki hari ke-26 semalam, beliau semakin tertekan apabila mula meminta bantuan daripada Amerika Syarikat (AS) dan Rusia.

Portal berita Jerusalem Post melaporkan, Israel sudah menggunakan lebih 50,000 bom menyebabkan lebih 1,500 penduduk Palestin terkorban, 6,318 bom dilepaskan dari pesawat pejuang F-15, 13,866 serangan bom dilepaskan dari tentera laut dan 30,581 serangan bom dari kereta kebal.

Susulan itu, beliau menagih simpati buat kali kedua kepada AS untuk mendapatkan bantuan aset ketenteraan seperti peluru berpandu, kereta kebal dan askar.

Menteri Israel akui kekalahan

Menteri Pelancongan Israel, Uzi Landau mengakui kekalahan rejim Zionis dalam pertempuran dengan Hamas di Genting Gaza.

“IDF tidak mencapai sebarang objektif dalam operasi ketenteraan pada kali ini. Mereka gagal menghalang serangan peluru berpandu yang dilancarkan Hamas walaupun mempunyai sistem pertahanan lebih canggih,” katanya.

Anggota Parti Yisrael Beiteinu, pimpinan Menteri Luar Avigdor Lieberman itu turut mengkritik dasar Netanyahu dengan menyatakan jika kegagalan ini berterusan, IDF hanya akan mendedahkan kelemahan mereka kepada masyarakat dunia terutamanya organisasi anti-Israel.

Ia sememangnya kekalahan memalukan,” menurutnya.
AS bantu Israel

Minggu lalu, AFP melaporkan, AS menghantar 1,600 askar yang didakwa sebagai ahli bomba, Britain pula menghantar lebih 100 askar yang didakwa remaja sukarela sebagai membantu menghapuskan Hamas. Tetapi, sehingga mana dakwaan itu benar? Segalanya masih belum terjawab.

Pada pagi Khamis lalu, AS membenarkan Israel memaksimumkan penggunaan stok simpanan peluru berpandu sebagai sebahagian daripada perjanjian War Reserve Stock Alluies-Israel (WRSA-I) yang dimeterai menerusi United States European Command (EUCOM) iaitu ketika Perang Lebanon kedua pada 2006.

Susulan keadaan meruncing itu, Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel, menggesa Kongres meluluskan pembiayaan tambahan AS$225 juta (RM720 juta) untuk Israel bagi menampung pembiayaan sistem pertahanan peluru berpandu negara Iron Dome.

Namun, pemimpin majoriti Senat, Harry Reid sebulat suara meminta Kongres mempertimbangkan semula permintaan untuk kelulusan terbabit.

Ini bermakna, cubaan untuk meluluskan permintaan tersebut yang sepatutnya dibuat dalam sehari adalah gagal.

Pada petang Jumaat , selepas 24 jam masa berlalu, Kongres akhirnya bertindak meluluskan pembiayaan tambahan itu dengan undi 395-8.

Senator Lindsey Graham berkata, tujuan pembiayaan itu adalah bagi melindungi Israel dari terus dibedil.

“Kami bersama Israel kerana mereka semakin tertekan dan tidak boleh mempertahankan diri sendiri,” katanya.

Helah Israel

Jika dilihat dari sudut berlainan, sejak serangan dilancarkan Israel sudah empat kali melakukan gencatan senjata dan berkemungkinan tindakan itu dilakukan kerana mereka kehabisan peluru atau peluru berpandu.

Maka, jika benar Israel kuat, mengapa mereka gagal mengumumkan kemenangan selepas mendakwa dapat memusnahkan lebih 3,000 premis dan terowong yang dikatakan menjadi depoh simpanan senjata milik Hamas.

Israel selama ini sering mendakwa Hamas mencabuli gencatan senjata bagi mengalihkan pandangan dunia untuk menuduh Hamas bersama sayap Briged al-Qassam yang terlebih dahulu mencabuli gencatan senjata dan bukan lagi satu perkara baharu.

Realitinya, Israel tersilap percaturan kerana memandang rendah kebolehan Hamas pada pertempuran kali ini berbanding ketika Intifada pertama yang berlaku selama enam tahun iaitu pada 1987-1993 diikuti Intifada kedua pada 2000-2005 selama lima tahun serta Perang

Lapan hari pada November 2012.

Namun, masyarakat antarabangsa tidak mudah terpedaya dan bukannya buta atau bodoh dengan pelan propaganda Israel dan AS.

Perkara ini dapat dilihat melalui protes mega anti-Israel di seluruh dunia dari Malaysia hingga ke benua Eropah. SH
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular