Translate

Senarai Blog Saya

Khamis, 4 September 2014

Cukup Dengan Fitnah Kamu Terhadap Pimpinan Kami.

Demi kerakusan seorang politik yang masih belum lagi berkuasa maka negeri Selangor kehilangan seorang pakar ekonomi yang berjaya mengurus Selangor sehinggakan pertama kali negeri Selangor mempunyai tunai hampir RM 4 bilion dan itu belum dikira dengan aset-aset lain milik kerajaan negeri. 


Walau pun beliau dipecat beliau masih menjaga aset dengan tidak membubarkan DUN Selangor dan beliau boleh melakukannya tetapi bagi beliau ia akan akan merugikan wang rakyat.

PKR sekarang sedang mengali kubur mereka sendiri kerana jika semua nama untuk jawatan MB ditolak, tidak mustahil Sultan Selangor akan mencadangkan pembubaran DUN melalui TSKI. 


Inilah wajah sebenar DSAI yang belum berkuasa pun sudah menunjukkan sikap seorang pemerintah kuku besi. Semua parti dalam Pakatan mesti mengikut telunjuknya dan jika tidak.... lihat bagaimana PAS diserang, difitnah, ditikam baik dari luar mahu pun dari dalam melalui barua-barua beliau yang telah dari awal diletak.

Sudah tiba masanya PAS melakukan pembersihan secara besar-besaran pada Muktamar Pemilihan nanti. 


Sebagai pendokong gerakan Islam (PAS), saya berharap para pengkhianat yang berada di dalam PAS keluar secara bermaruah. Sebagai akar umbi PAS yang bekerja tanpa mengharapkan ganjaran dunia, kami sanggup kehilangan kerusi atau mengalami kekalahan jika PAS tidak diperlukan lagi dalam PR. Lebih baik kalah dengan kemuliaan daripada menang dalam kehinaan. Kesabaran kami ada batasnya dan memfitnah pimpinan kami TGNA, TGHH dan Majlis Syura adalah penamat kepada kesabaran kami. 


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular