Translate

Senarai Blog Saya

Sabtu, 20 September 2014

PKR Hanya Bincang Senorio Sultan Lantik Azmin


Dikemaskini Sumber PKR menafikan desas-desus bahawa parti itu bersetuju dengan pelantikan timbalan presidennya, Azmin Ali sebagai menteri besar baru Selangor.

Menurut sumber, pemimpin tertinggi PKR dalam mesyuarat pada malam tadi hanya membincangkan mengenai senario yang mungkin berlaku sekiranya sultan Selangor benar-benar berhasrat agar Azmin dipilih menjadi MB.

 “Keputusan semalam hanya untuk mempertegas pilihan yang dibuat sebelum ini iaitu (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) sebagai menteri besar,” kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR itu lagi.

Cakap-cakap yang mendakwa PKR bersetuju dengan pelantikan Azmin itu timbul susulan kenyataan beberapa pengikut Azmin di Twitter selepas mesyuarat parti pada malam tadi.

Senario lain yang dibincangkan dalam mesyuarat biro politik itu adalah kemungkinan ADUN PAS dipilih oleh Istana menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Sumber itu turut menyatakan bahawa isu ini akan diadukan kepada sultan apabila wakil PKR dibenarkan menghadap kelak.

'MB perlu sokongan majoriti' 

Beliau menyatakan bahawa PKR mempunyai hak untuk menjelaskan pendirian mereka kerana Wan Azizah telahpun disokong oleh majoriti ADUN Selangor.

"Kerana itulah kita buat keputusan seperti yang dinyatakan dalam kenyataan kita semalam. Kita hormat keputusan sultan tetapi kita masih mendukung perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Selangor.

"Dalam itu sebut menteri besar perlu dapat sokongan majoriti dewan," kata beliau.

Sementara itu Malaysiakini difahamkan bahawa Azmin telahpun bertemu ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi untuk membincangkan hal itu dan mengelak salah faham antara mereka.

Sumber dari kem Azmin turut memberitahu Malaysiakini bahawa "perbincangan" tersebut masih lagi berterusan.

Bagaimanapun butir perbincangan peribadi masih lagi tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini.

Azmin sebelum ini secara terbuka menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar walaupun dicalonkan oleh PAS dalam mesyuarat mereka bulan lalu.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular