Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 11 Mac 2014

Sate Kajang : Wan Azizah Vs Chew Mei Fun.


Di samping tumpuan rakyat Malaysia kepada hasil usaha mencari pesawat MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan krunya, PRK DUN Kajang dijangka turut mendapat perhatian apabila kempen bermula selepas penamaan calon hari ini.

Ia berlangsung di Kompleks Sukan MPKJ, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi pagi ini.

PRK DUN Kajang bakal menyaksikan pertembungan antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mewakili Pakatan Rakyat dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili BN.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, yang sebelum ini berhasrat bertanding di situ, menarik diri selepas Wan Azizah diumumkan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Ia ekoran keputusan Mahkamah Rayuan minggu lepas menerima rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar dalam kes Liwat II, dan menjatuhka hukuman lima tahun  penjara ke atasnya.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya dari PKR, Lee Chin Cheh meletakan jawatan pada 27 Januari lalu, untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ.

Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lalu, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 39,278 pemilih berdaftar layak mengundi dalam PRK tersebut, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.
  
Manakala anggaran kos perbelanjaan bagi pilihan raya kecil ini ialah RM1.6 juta.
  
Daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013, Suku Tahun Kedua 2013 dan suku tahun ketiga 2013 yang dikemaskini sehingga 26 Januari 2014, iaitu sehari sebelum peletakan jawatan penyandang.Sumber

Isnin, 3 Mac 2014

Demi Masa : Semoga Segala Sumbangan Dan Pengorbanan Akan Membantu Kita Di Padang Mahsyar.


Bangunan baru untuk menampung kesesakan pelajar yang masih memerlukan dana sebanyak RM50,000 

Sesungguhnya Islam itu indah dan mengajar umatnya agar berkongsi dan bantu membantu sesama muslim di antaranya ialah zakat. Ingatlah bahawa Allah S.W.T yang Maha Adil dengan setiap apa yang kita lakukan akan dibalas dan kita amat beruntung menjadi umat Muhammad S.A.W. Kita telah dijanjikan setiap RM yang kita hulurkan akan dibalas dengan sepuluh kali ganda tanpa berkurang sedikit pun kerana Allah S.W.T Maha Pemurah. Dengan mengeluarkan zakat tanpa kita sedari ia akan menyucikan diri kita sendiri dan ditambah pula dengan rezeki.Lapan golongan (asnaf) yang layak menerima zakat. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Tawba ayat 60 bermaksud :

 إِنَّمَا ٱلصَّدَقَـٰتُ لِلۡفُقَرَآءِ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱلۡعَـٰمِلِينَ عَلَيۡہَا وَٱلۡمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُہُمۡ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَٱلۡغَـٰرِمِينَ وَفِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ‌ۖ فَرِيضَةً۬ مِّنَ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَڪِيمٌ۬ (٦٠)

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil yang menguruskannya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".


  1. Fakir (al-Fuqara) adalah orang yang tiada harta pendapatan yang yang mencukupi untuk dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.
  2. Miskin (al-Masakin) mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperolehi RM8.
  3. Amil - orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
  4. Muallaf - seseorang yang baru memeluk agama Islam. 
  5. Riqab - seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri. 
  6. Gharimin - penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawad yang wajib ke atasnya.
  7. Fisabillillah - orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.  
  8. Ibnus Sabil - musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada pembekalan di jalanan.   

Oleh itu saya menyeru kepada umat Islam agar membantu Sekolah Rendah Agama Tarbiyyah Islamiyyah di Ipoh yang terbina atas sumbangan orang ramai untuk menyiapkan pembinaan bangunan tambahan yang akan menempatkan kelas-kelas kerana kelas-kelas yang ada tidak lagi mampu menampung para pelajar yang semakin meningkat. 

Sebarang sumbangan / zakat Fisabillillah boleh melalui akaun - SRAR Tarbiyyah Islamiyyah - BIMB- 08013010015477 atau anda boleh berhubung terus dengan Mudir Srati, Tn.Haji Zainul Kamal bin Haji Abd Raof di talian pej. 05-5334705 Fax 05-5335385 atau hp.013-5301399Segala sumbangan anda adalah saham anda di Padang Mahsyar nanti dan beruntunglah anda kerana anda sendiri boleh melihat ke mana perginya sumbangan/ zakat anda. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman Srati Ipoh

Demi melihat generasi akan datang lebih beragama maka marilah kita sama-sama menjayakannya. Semoga apa yang kita lakukan mendekatkan kita kepada Rahmat Allah S.W.T walau pun anak-anak kita tidak menimba ilmu di sini. Sekurang-kurangnya zakat harta yang kita keluarkan pergi ke tempat yang kita sendiri melihatnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular