Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 27 Jun 2014

Adakah Darah Ditangan Bapa Boleh Dicuci Anaknya?



'Tiada semudah itu dapat kemaafan penduduk Memali'

Ungkapan tahniah Dewan Pemuda PAS Kedah ucapkan kepada menteri besar (MB) Kedah kerana julung-julung kali MB daripada kerajaan BN, turun memberi bantuan ke kampung Memali.

Kampung yang dahulunya pernah berlaku peristiwa hitam sehingga kerajaan BN melabelkan pengikut Allayarham Ustaz Ibrahim Libya sebagai ‘bughah’ atau penderhaka.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menteri besar Kedah bersama ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim, juga Exco kerajaan negeri Kedah, Datuk Tajudin, Datuk Rawi, YB Aminuddin dan ADUN Bayu, Datuk Azmi telah hadir pada 22 Jun lalu untuk memberi bantuan kepada golongan kurang upaya dan ibu tunggal. Beberapa balu syuhada’ Memali juga diberikan bantuan.

Dewan Pemuda PAS Kedah melihat situasi ini sebagai suatu usaha normalisasi Umno melalui tindakan Datuk Seri Mukhriz mengunjungi kampung yang suatu ketika dahulu dihina dan dimalukan dalam Parlimen beberapa kali.

Normalisasi bukan suatu usaha yang mudah, tambahan pula jika ia dilakukan tanpa keikhlasan dan konsisten.

Lihat sahaja konsep normalisasi Jepun terhadap China dan Korea yang sehingga kini masih belum berjaya 100 peratus kerana bisa dan luka lama penyiksaan, jenayah perang kerajaan Jepun belum boleh dimaafkan oleh rakyat dua negara berkenaan.

Normaliasi boleh kelihatan berpura-pura atau wayang jika hubungan mesra hanya melalui media cetak dan media elektronik.

Misalnya lagu Jepun dikatakan popular di Korea menandakan rakyat Korea memaafkan kerajaan Jepun. Pastilah konsep ini salah dan tidak tepat dengan keadaan sebenar.

Sehingga kini tiada ungkapan rasmi kerajaan BN memohon maaf kepada penduduk kampung Memali dan PAS khususnya yang dipalit dengan tuduhan penderhaka, komunis, pengganas dan penganut ajaran sesat.

Jika dalam hal pemecatan Tun Salleh Abbas oleh Tun Mahathir Mohamad, kerajaan boleh memohon maaf, mengapa dalam hal kes Memali kerajaan mendiam diri.

Adakah dengan mengumpan bantuan, Umno-BN harapkan kemaafan daripada penduduk kampung berkenaan?

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.

Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dihebahkan juga sebagai pengikut ajaran Komunis (rujuk luahan memoir isteri Ustaz Ibrahim Libya).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Walaupun ribuan risalah bughah disebar seluruh Kedah menuduh pengikut Allayarham sebagai penderhaka, Sultan Kedah tetap menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka.

Dewan Pemuda PAS Kedah menyokong penuh saranan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang menggesa kerajaan membuka semula penyiasatan insiden berdarah di kampung Memali, yang meragut 18 nyawa termasuk empat anggota polis.

Kata Mat Zain sebelum ini  jika kes pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali atau "Batang Kali Massacre" pada 1948 yang melibatkan kaum Cina dan kerajaan British boleh dibuka semula, bukti baru yang didedahkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengenai Dr Mahathir berada di Malaysia semasa insiden itu dan bukan di China seperti dipercayai sebelum ini, cukup kuat untuk dijadikan asas memulakan semula siasatan.

AHMAD TARMIZI SULAIMAN adalah ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

Isnin, 23 Jun 2014

Kehilangan Besar Buat Umat Islam Dan PAS.

Alfatihah

Apabila saya membuka Harakah Daily pagi ini, saya sangat terkejut dengan berita pemergian Ustaz Abu Bakar Chik, AJK PAS Pusat pada jam 3.16 pagi. Allahyarham dikatakan terlibat dalam satu kemalangan di KM 390 Bukit Besi-Ajil bersama pembantunya, Hasmizi Hasan yang hanya mengalami kecederaan dan laporan menyebut Allahyarham meninggal dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu.

Hati saya amat tersentuh kerana beberapa bulan lepas saya ada menyatakan kepada isteri yang saya rasa "tak sedap hati ajer". Apabila isteri saya tanya kenapa rasa tak sedap hati, saya kata saya sendiri pun tak tahu dan mungkin ini salah satu sebabnya. Apakah ini salah satu tanda-tanda di mana pada akhir zaman Allah S.W.T mencabut nama para alim ulama yang mana mereka dimatikan dengan tiupan angin yang sejuk.

Selepas Al-Marhum Ustaz Azizan, beberapa para alim ulama mengikut jejaknya termasuk Al-Marhum Ustaz Harun Taib dan sekarang ini Al-Marhum Ustaz Abu Bakar Chik pula mengikut jejak para solehin. Al-Marhum adalah seorang yang pemimpin PAS yang cukup lasak yang berpendirian tegas apabila ia berkaitan dengan agama walau pun Al-Marhum tidak setegas Al-Marhum Ustaz Harun Taib.




Bekas Ketua Pemuda PAS, AJK PAS Pusat dan juga bekas Exco semasa PAS memerintah Terengganu pada 1999-2003. PAS adalah jiwanya yang didokong sehingga ke nafas yang terakhir walau pun sentiasa difitnah oleh yang tidak sependapat dengannya lebih-lebih lagi oleh mulut-mulut dan tangan-tangan yang mengaku mereka adalah ahli PAS. 

Sebagaimana Al-Marhum Ustaz Harun Taib difitnah gila jawatan pada saat-saat akhir semasa Muktamar PAS yang lalu. Beliau tidak bertanding di Dun Manir pada PRU13 atas faktor kesihatan tetapi masih mengekal jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. 

Ketika menghadiri Muktamar terakhir itu, beliau terpaksa bekerusi roda dan pada masa itulah ada mulut jahat perwakilan yang berkata, "Dah bekerusi roda pun masih inginkan jawatan, bagilah kat orang pula". Andainya jika saya ada ketika itu, pasti saya akan bagi penampar kat yang mulut celupar sangat tu. Baru setahun jagung menjadi perwakilan pun dah mula gilakan jawatan.

Antara individu yang ditahan oleh rejim Mahathir dalam operasi lalang yang mana itu adalah operasi besar-besar rejim Mahathir menahan para pemimpin pembangkang dari PAS dan DAP. Adakah Mahathir dan konco-konconya sempat memohon maaf atau di maafkan oleh Al-Marhum, hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya.

Semoga Al-Marhum ditempatkan di kalangan para-para solehin dan salam takziah buat keluarganya. marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah. Pemergianmu ditangisi dan legasimu akan tetap diteruskan oleh para pemimpin yang berhati kental demi melihat tertegaknya Hukum Allah S.W.T walau pun seribu rintangan bakal dan sedang menanti.

Jenazahnya akan di bawa ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah (MTT) Tok Jiring untuk disolatkan dan dikebumikan.

Jumaat, 20 Jun 2014

Kelebihan Bulan Rejab, Syaaban Dan Ramadhan



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah dapat ana mendengar kuliah selepas Maghrib kali ini yang akan diberikan oleh Ustaz Hanafiah Kris yang merupakan pembantu daftar bagi mahkamah Syariah di Gerik, di mana sebelum ini ustaz merupakan pembantu daftar bagi mahkamah Syariah di Kuala Kangsar. Antara pengajian yang pernah dilalui ialah pengajian empat bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa arab, bahasa inggeris dan bahasa mandarin. Tajuk pengajian yang dibawa ialah kelebihan Rejab, Syaaban dan Ramadhan.

Ustaz memulakan pengajian dengan menyebut semula doa yang dibaca oleh imam selepas solat bermula bulan Rejab seperti yang telah dibaca oleh Rasulullah s.a.w.

Ustaz menyatakan terdapat banyak hadith dan juga pertikaian ulama berkaitan kelebihan berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban. Ini kerana tidak disebut secara khusus kecuali puasa pada 14,15 dan 16 yang menjadi sunat muakad pada setiap bulan. Namun begitu, pada bulan Syaaban dilarang berpuasa separuh bulan ke atas sekiranya tidak pernah berpuasa pada separuh bulan sebelumnya.

Ustaz melarang berpuasa penuh sepanjang dua bulan ini kerana memang tiada dalam Islam sedemikian. Walhal di dalam buku Tasawuf Kontemporari, diberitahu bahawa puasa yang paling afdal adalah puasa selang iaitu puasa seperti puasa Nabi Daud. Hadithnya adalah seperti dibawah.

Diriwayat Abdullah ibn A’mar r.a menyatakan bahawa beliau bersumpah untuk berpuasa sepanjang hari dan bertahajud setiap malam selagi hayat dikandung badan. Peristiwa ini disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya engkau tidak mampu bagi perkara itu. Maka berpuasalah dan berbukalah. Bangunlah pada malam hari dan tidurlah. Berpuasalah tiga hari daripada setiap bulan kerana satu kebaikan sama dengan sepuluh ganjaran, dan itu seumpama puasa sepanjang tahun.”

Abdullah menyatakan bahawa beliau mampu melakukan lebih banyak lagi. Maka Rasulullah s.a.w bersabda sebagai alternatif amalan, “Maka berpuasalah satu hari dan berbukalah (jangan berpuasa) selama dua hari.”

Sekali lagi Abdullah menyatakan bahawa beliau mampu melakukan lebih baik daripada itu. Maka sekali lagi Rasulullah s.a.w bersabda, “Maka berpuasalah satu hari dan berbukalah satu hari, maka itu adalah puasa Nabi Daud a.s dan itulah puasa yang paling afdal.”

Abdullah tetap menyatakan bahawa beliau masih mampu melakukan lebih daripada itu. Maka akhirnya Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada yang lebih afdal daripada itu.” Hadith riwayat Bukhari.

Pada setiap bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan ada peristiwa-peristiwa besar dan hebat yang berlaku.

Pada bulan Rejab, berlakunya peristiwa Isra’ Mikhraj yang berlaku pada 27 Rejab. Tahun berlakunya Isra’ Mikhraj dipanggil Tahun Dukacita kerana pada tahun itu, Rasulullah s.a.w kehilangan dua insan yang disayangi iaitu isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Maka Allah menceriakan Rasulullah s.a.w melalui peristiwa Isra’ Mikhraj.

Selain dari itu, bulan Rejab ialah berlakunya solat umat Islam lima waktu yang pertama. Sebelum ini, umat Islam hanya bersolat dua waktu iaitu waktu pagi dan petang namun sebaik sahaja solat difadhukan lima waktu maka dua waktu sebelumnya diharamkan oleh umat Islam bersolat. Solat pertama ialah solat Subuh, iaitu sebaik sahaja Rasulullah s.a.w kembali dari Isra’ Mikhraj.

Pada bulan Syaaban pula, adanya malam Nisfu Syaaban. Terdapat nas yang berkaitan dengan Nisfu Syaaban yang datang dengan penambahan iaitu pada malam Nisfu Syaaban, malam ke 15 Syaaban, Allah berfirman bahawa sesiapa yang meminta ampun kepada Allah melalui doanya maka doanya akan diperkenankan oleh Allah kecuali tiga golongan iaitu:-
  1. Orang yang syirik kepada Allah.
  2. Orang yang berzina dan tidak bertaubat nasuha. Malahan orang berzina ini meskipun orang lain berdoa untuk dirinya maka tidak diterima oleh Allah.
  3. Orang yang bermusuhan sesama Islam.
Bulan Ramadhan adalah satu-satunya bulan Islam yang disebut di dalam Al-Quran. Bulan-bulan lain tidak pernah disebut dalam Islam. Bulan Ramadhan adalah bulan di mana Al-Quran diturunkan, malahan kitab Samawi yang lain seperti kitab Injil, Taurat dan Zabur juga turun pada bulan Ramadhan.
Berlaku perselisihan pendapat ulama tentang penurunan Al-Quran di bulan Ramadhan namun kata ustaz, biarlah ulama berdebat, kita terima sahaja kerana mereka lebih tahu. Terdapat dua pendapat berkaitan hal ini :-
  • Maksud Al-Quran turun pada bulan Ramadhan adalah Al-Quran dibawa oleh Jibrail di dalam bentuk wahyu untuk diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
  • Maksud Al-Quran turun pada bulan Ramadhan adalah Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz kepada langit dunia pada bulan Ramadhan.
Di dalam ayat Al-Quran di mana Allah berfirman bahawa Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, Allah menyambung bahawa Al-Quran adalah sebagai petunjuk. Ini bermakna jika ada permasalahan, maka rujuklah Al-Quran kerana disitu ada penyelesaian. Kes-kes gejala sosial (atau musibah sosial) berlaku kerana tindakan susulan tidak mengikut Al-Quran.
Menurut ustaz, Al-Quran itu datang dengan tiga jenis petunjuk.
  • Petunjuk Umum – Petunjuk ini difahami oleh semua makhluk termasuklah haiwan, tumbuhan, dan apa juga makhluk ciptaan Allah.
  • Petunjuk Kebaikan – Petunjuk ini ditunjukkan kepada golongan bukan Islam untuk menunjukkan kebaikan dan keindahan Islam agar mereka tertarik memasuki Islam.
  • Petunjuk Hidayah – Petunjuk ini hanya dapat dirasai dan dilihat oleh orang-orang yang beriman sewaktu mereka membaca Al-Quran dan memahami isi maksudnya secara rohaniah.
Sebelum ini, orang arab tidak mempunyai bulan-bulan. Mereka meletakkan sesuatu berdasarkan suatu peristiwa. Apabila Abrahah menyerang Mekah, mereka meletakkan waktu itu sebagai waktu asal bagi Tahun Gajah. Kemudian, ketika Rasulullah s.a.w lahir mereka mengubah sistem tahun kepada “Tahun Kenabian”. Bulan-bulan Islam telah wujud sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w lagi cuma orang arab tidak mengetahui mengenainya.

Pada bulan Ramadhan, syaitan-syaitan diikat. Isu syaitan diikat ini pun ada beberapa perselisihan pendapat ulama. Seperti kata ustaz, biarkan saja ulama berdebat, kita terima sahaja. Terdapat dua pendapat tentang syaitan diikat.
  • Syaitan diikat secara fizikal. Ini bermakna syaitan dibelenggu dan memang tidak dapat berkeliaran.
  • Syaitan dilemahkan, dan perkataan ikat itu sebagai sindiran kepada syaitan di mana syaitan terhalang dari mengganggu orang yang beriman.
Berkaitan pendapat pertama, ada pertanyaan jika syaitan diikat secara fizikal, mengapa orang masih berbuat jahat? Menurut ustaz, perkara ini pernah ditanya (berulang kali) dan jawapan paling baik ialah roti canai (roti canai lagi…macam contoh ceramah sebelum ini). Kata ustaz, hati itu ibarat tempat pembakar roti canai dan syaitan itu api. Setelah lama memanaskan pembakar roti itu, meskipun api sudah dipadamkan namun tempat pembakar roti canai itu masih panas. Sama juga halnya dalam keadaan ini. Setelah 11 bulan syaitan membakar hati, 1 bulan masih terasa panasnya meskipun syaitan dibelenggu.

Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan besar-besaran. Allah mengampuni semua dosa umatnya yang memohon ampun secara ikhlas kepada Allah kecuali dosa yang berkaitan dengan manusia.

Bulan Ramadhan juga adanya solat Tarawikh. Solat Tarawikh adalah khusus kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana umat terdahulu tidak diberikan kelebihan solat Tarawikh. Solat Tarawikh tidak mempunyai had berapa rakaat yang boleh dilakukan maka tidak perlu diperdebatkan. Rasulullah s.a.w buat 8 rakaat namun disambung dengan solat sunat di rumah.

Di bulan Ramadhan, amalan dilipat gandakan. Pada bulan Ramadhan, pahala amalan bagi perkara sunat ialah pahala sunat+pahala wajib. Manakala pahala amalan bagi perkara wajib ialah 70 kali ganda dari bulan-bulan yang lain. Namun begitu, pahala amalan di Masjidil Haram dan sekitarnya ialah 100,000 kali ganda. Masjidil Haram dan sekitarnya adalah satu-satunya tempat di mana umat Islam dapat bersolat tanpa had. Selepas Asar pun boleh solat sunat, tidak seperti tempat lain di mana ia diharamkan.

Berpuasa 6 hari selepas bulan Ramadhan di bulan Syawal akan mendapat pahala seperti berpuasa selama setahun.

Sebelum menutup pengajian, ustaz menasihati diri sendiri dan kariah bahawa dunia ini diibaratkan sebagai kedai runcit. Sekiranya di kedai runcit itu sendiri pun sudah merasai betapa hebatnya nikmat yang ada, maka sudah pasti akan terasa lebih hebat nikmatnya di akhirat yang mana ia ibarat Shopping Mall yang sangat-sangat besar dan berbagai isi di dalamnya. Sumber

Rabu, 18 Jun 2014

Penyakit Gatal/Psoriasis Dan Kesannya Pada Tubuh

Semalam ada seseorang call isteri saya untuk mengetahui tentang produk Shaklee. Beliau menanyakan ada ker ubat untuk penyakit Badam atau kegatalan kerana sudah lama beliau berusaha merawat penyakit tersebut tetapi masih tidak berjaya. Isteri saya menunjukkan sms yang beliau balas kepada penanya berkaitan penyakit Badam atau dikenali sebagai Psoriasis dan satu senarai produk Shaklee yang boleh membantu mengurangkan kesan penyakit itu.

So.... Pagi tadi saya mula mencari info berkaitan penyakit Badam atau Psoriasis didalam internet untuk mengetahui lebih mendalam berkaitan penyakit ini. Jika mengikut cara kampung, biasanya dirawat dengan Daun Pahit (istilah orang Terengganu) dengan menumbuk sehingga lumat lalu di lumur pada kulit. Berkaitan produk Shaklee pula, saya bukannya pandai untuk memberi buah fikiran kerana saya hanya menulis artikel ajer. 

Oleh kerana banyak masa terluang maka saya mula melihat dan membaca kegunaan produk Shaklee. Saya jumpa empat jenis produk yang amat sesuai untuk mencerah/rawat penyakit Badam atau Psoriasis yang mana banyak lagi produk Shaklee yang boleh disenarai panjangkan. Empat produk Shaklee yang tersenarai dibawah adalah berpandukan daripada testimoni dari pengguna yang pernah mengalami akan penyakit tersebut.

Psoriasis PADA back1.jpg

Psoriasis adalah perkataan dari Yunani yang bermaksud "Keadaan Gatal-Gatal" atau "Yang Gatal" atau dikenali dengan nama 'Penyakit Badam" atau "Kurap" bagi masyarakat Melayu. Kulit penghidap psoriasis boleh berubah daripada kecil kepada keseluruhan tubuh apabila kegatalannya semakin teruk. Penyakit ini memberi kesan kepada 2-4 peratus daripada penduduk dunia dan ia amat memalukan bagi yang mengalaminya.
Mengikut kajian sains, terdapat 5 jenis Psoriasis :

  1. Plaque
  2. Guttate
  3. Songsang
  4. Berjerawat
  5. Erythrodermic
Psoriasis Plaque adalah bentuk yang paling biasa dan biasanya menjelma sebagai tompok bersisik merah dan putih pada lapisan atas kulit.  Sel-sel kulit dengan cepat mengumpul di laman-laman plak dan mewujudkan penampilan perak-putih. Plak kerap berlaku pada siku dan lutut , tetapi boleh menjejaskan mana-mana kawasan, termasuk kulit kepala, tapak tangan, tapak kaki dan alat kelamin. Berbeza dengan ekzema, psoriasis adalah lebih di sebelah luar sendi. kuku dan kuku kaki sering terjejas  dan boleh dilihat sebagai satu tanda yang terpencil. Keradangan sendi dalam konteks penyakit psoriatik , yang dikenali sebagai artritis psoriatik , menjejaskan sehingga 30% daripada individu dengan psoriasis.





Punca-punca psoriasis tidak difahami sepenuhnya. Psoriasis bukan semata-mata penyakit kulit dan boleh memberi kesan negatif ke atas sistem organ banyak. Psoriasis telah dikaitkan dengan peningkatan risiko tertentu kanser , penyakit kardiovaskular dan lain-lain imun-pengantara gangguan seperti penyakit Crohn dan kolitis ulser . Ia secara amnya dianggap sebagai penyakit genetik dianggap dicetuskan atau dipengaruhi oleh faktor-faktor alam sekitar.



Psoriasis terjadi apabila kesilapan sistem imun yang normal sel kulit untuk patogen , dan menghantar rosak isyarat yang menyebabkan kelebihan pengeluaran sel-sel kulit baru. Ia tidak berjangkit. Tekanan oksidatif,  tekanan dan pengekstrakan yang sistemik kortikosteroid masing-masing telah dicadangkan sebagai pencetus untuk psoriasis.  Kecederaan pada kulit boleh mencetuskan perubahan kulit psoriatik tempatan yang dikenali sebagai fenomena Koebner .

 
Tiada penawar tersedia untuk psoriasis, tetapi pelbagai rawatan boleh membantu untuk mengawal gejala-gejala. Walaupun banyak rawatan boleh didapati, psoriasis boleh menjadi sukar untuk merawat kerana sifat kronik yang berulang. Generasi baru terapi imun disasarkan sedang tertakluk kepada siasatan yang rapi untuk maju pilihan rawatan untuk psoriasis.

 Plaq Psoriasis
Lengan yang diliputi dengan Psoriasis Plaq
Psoriasis di tapak tangan.
Psoriasis Berjerawat
Psoriasis Guttate

Kira-kira satu pertiga daripada orang-orang dengan psoriasis laporan sejarah keluarga penyakit ini, dan penyelidik telah mengenal pasti genetik lokus yang berkaitan dengan keadaan. Sama berkembar kajian menunjukkan peluang 70% daripada kembar membangunkan psoriasis jika berkembar yang lain mempunyai masalah penyakit. Risiko adalah kira-kira 20% bagi kembar bukan serupa . Baca Lagi


Jumaat, 13 Jun 2014

Aku Seorang Yang Gagal. ( Bhg2 )



Sebagai boss, saya mesti mempunyai sikap yang tegas kepada setiap kerja yang dilakukan oleh para pekerja. Yang silap mesti ditegur dan bagus mesti dipuji di mana boss dan pekerja mempunyai sempadan semasa waktu kerja tetapi menjadi kawan selepas habis bekerja. Bila menyebut boss maka saya pasti terkenang kepada kerenah bekas pekerja-pekerja saya kerana itulah gelaran mereka untuk saya, "Baik Boss".

Memang saya cukup cerewet dengan setiap kerja yang dilakukan, disebabkan itulah juga pekerja saya cukup takut bila mereka melakukan kesilapan dalam sesuatu kerja. Mereka tahu tahu jika berlaku kesilapan maka masa dan kos yang meningkat. Adakah saya akan marah...!!!!, itu sudah pasti tetapi saya bagi tahu mereka bahawa setiap kesilapan yang mereka lakukan memang mendatang kerugian buat syarikat tetapi setiap kesilapan itulah yang akan menjadi ilmu.

Jika kamu melakukan satu kesilapan, kamu pasti tidak akan mengulangi lagi kesalahan yang dilakukan. Saya memberi mereka satu contoh pencipta mentol, Thomas Edison yang melakukan beribu kesilapan sebelum berjaya mencipta sebiji mentol yang boleh bertahan lama untuk menerangi malam. Saya menerangkan kepada mereka akan kedudukan saya ketika itu (berjaya) adalah hasil dari kesilapan demi kesilapan yang telah saya lakukan dan saya menjadikannya satu pedoman buat diri saya sendiri. BACA LAGI

Khamis, 12 Jun 2014

Orang Yang Gagal....????


  بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dulu saya seorang Civil Contractor. Yang berjaya dengan memiliki pekerja tetap seramai 8 orang dan pekerja kontrak lebih kurang seramai hampir 20 orang. Walau pun syarikat saya tidak besar tetapi saya mempunyai pelanggan yang cukup ramai. Ada kala saya terpaksa menolak permintaan pelanggan untuk melakukan kerja-kerja ubah suai kediaman mereka disebabkan tidak menang tangan tetapi ada yang cakap "Encik Said....saya sanggup tunggu". Kenapa mereka sanggup tunggu saya lakukan walau pun ia memakan masa yang lama?.

Apa rahsia saya sehingga pelanggan saya begitu percayakan kerja-kerja yang saya lakukan?. Jawabnya cukup mudah iaitu "AMANAH". Apabila anda amanah terhadap kerja-kerja yang lakukan, maka anda tidak akan menipu pelanggan dengan melakukan kerja sambil lewa atau pun menipu menggunakan bahan-bahan mentah yang kurang kualiti untuk mengaut keuntungan besar.

Apa kemahiran yang saya miliki ialah saya boleh membina sebuah rumah dari A sampai Z tanpa mencari eletrician, pipingman, decoration atau membina kabinet kerana semuanya saya boleh lakukan. 18 tahun lalu ketika saya berhijrah ke Ipoh dari Dungun dengan notis 24 jam kepada syarikat Korea, Hyundai yang memenangi kontrak Petronas untuk membina loji penapisan gas di Kerteh. Saya tidak mengenali sesiapa pun melainkan isteri saya.

Betapa perit rasanya apabila tiada seorang pun yang saya kenali dan kepayahan mencari pekerjaan sehinggakan akaun bank kosong. Masih segar dalam ingatan bagaimana saya mencari kayu-kayu terbuang di tempat pembuangan sampah untuk di jadi cenderahati dengan harga RM 2 satu. Itulah sumber saya untuk hidup kerana dari sudut pandangan saya, di Ipoh saya tidak pernah berjumpa dengan Civil Contractor berbangsa Melayu kerana yang ada semuanya Cina. Bak kata pepatah 'Benih yang elok jika dibuang ke laut menjadi pulau'.

Dengan pertolongan isteri saya yang mempunyai kenalan di kalangan guru-guru, mula ada yang bertanya adakah saya boleh melakukan wiring atau baiki atap atau baiki paip atau apa saja kerana moto saya tiada istilah 'Tidak Boleh', melainkan semuanya boleh walau pun saya tidak tahu melakukannya. Sebagai contoh bila saya diminta melakukan kerja plastersiling yang baru bagi saya, maka tempat lepak saya ialah di kedai buku MPH. Di situlah tempat saya belajar cara-cara untuk melakukan kerja-kerja yang diberikan.

Kenapa saya diminati oleh pelanggan saya sehingga ada yang sanggup menunggu walau pun saya terlalu sibuk. Ini disebabkan mereka tidak perlu mencari electrician jika berlaku kerosakan atau melakukan wiring baru. Mereka tidak perlu mencari tukang paip jika paip mereka rosak. Mereka tidak perlu mencari tukang kayu jika ada kerosakan pintu atau melakukan kerja-kerja yang melibatkan ketukangan kayu, mereka hanya perlu memanggil saya kerana saya adalah 'Semua Dalam 1'. (KLIK SINI )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular