Translate

Senarai Blog Saya

Khamis, 31 Julai 2014

Israel Mula Celaru Bila Ketakutan Tentera Mereka Pada Pejuang Al-Qassam Seperti Berjumpa Hantu.

Briged al-Qassam membuat kejutan dengan melakukan strategi baharu peperangan.
Briged al-Qassam membuat kejutan dengan melakukan strategi baharu peperangan.

Diharap benar apa yang dilihat dan yang pasti jet pejuang dan helikopter apache Israel berjaya ditembak jatuh.

KECEKAPAN pejuang Hamas menggunakan terowong, perangkap samar dan penembak tepat, benar-benar menggerunkan tentera Israel di Genting Gaza.

Kepintaran taktikal bahari itu membuahkan hasil apabila puluhan askar Israel maut dan ada yang tekad membunuh diri.

Israel mengakui, senjata dan pengetahuan dibekalkan pejuang Hizbullah berjaya membentuk barisan hadapan yang mantap di kalangan pejuang Hamas.

Kira-kira enam hari lalu, selepas Israel melancarkan serangan darat di kubu kuat mereka di daerah Shejaia beberapa askar Israel dilaporkan cedera sehingga kawasan itu gagal dikawal jauh sekali untuk ditawan.

Serangan paling dahsyat tersebut menyaksikan asap menjulang ke angkasa dengan puluhan Iron Drone Israel memintas puluhan roket yang dilepaskan Hamas hingga daerah di sempadan timur Gaza lumpuh dan musnah sepenuhnya.

Bunyi dentuman letupan dan hujan roket serta api meriam bergema semalaman. Israel akui pejuang Hamas cekap

Sejak hari pertama, pejuang Hamas dikatakan sudah mempunyai taktik serangan yang strategik.

Kecekapan menggunakan rangkaian terowong rahsia dan meletupkan kenderaan tentera dengan alat kawalan jauh telah mengakibatkan lebih 30 askar Israel terbunuh.

Jumlah ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi ketika Perang Gaza pada 2008 hingga 2009.

“Briged al-Qassam membuat kejutan. Setiap hari, kami cuba menggagalkan ramal mereka dengan mengubah bentuk taktik serangan.

“Kami berjuang dengan cara bersemuka dengan musuh sebagai membalas dendam atas kematian para syuhada yang terbunuh setiap hari, “ kata seorang ahli kumpulan al-Qassam.  

Pada konflik kali ini, pejuang Hamas melangkaui batas dalam serangan berbanding sayap pejuang kumpulan Jihad yang lain.

Mereka mempunyai aset pesawat, komando skuba dan askar nekad yang setia menjaga terowong rahsia untuk memerangkap askar Isarel.

Taktik penyamaran juga digunakan pejuang Hamas dengan memakai seragam penuh Israel namun mereka tewas apabila  senapang Kalashnikov, M16s atau Tavor itu bukan menyerupai senapang yang digunakan Israel dalam peperangan ini.

Ahad lalu, Hamas membuat serangan paling merbahaya dengan memusnahkan terowong yang dipenuhi senjata dan perangkap samar yang di tanam di beberapa laluan strategik.

“Kami membina beberapa terowong rahsia untuk mengaburi dan bersembunyi dari musuh, “ kata jurucakap kumpulan itu.

Bagaimanapun, segala kegagalan itu disangkal oleh Israel menerusi laporan media Barat yang berat sebelah.

Israel dalam satu laporan menyebut kenderaan mereka dibedil akibat ledakan peluru berpandu dan bukannya diletupkan dengan alat kawalan jauh atau perangkap samar.

Bagi menggelakkan mereka malu, Israel mendakwa hanya seorang askar mereka terbunuh dan lainnya cedera ringan.

Tindakan ini dilakukan bagi menutup kegagalan tentera mereka dalam usaha menentang pejuang Hamas yang sebelum ini dilabelkan sebagai askar ‘penakut’ dan ‘bodoh’.

Jurucakap tentera Israel, Leftenan-Kolonel Peter Lerner yang berkali-kali membela imej askar Israel akhirnya akur bahawa terdapat peningkatan kemahiran ketenteraan di kalangan pejuang Hamas.

“Tentera kami cekap, bermotivasi dan berdisiplin. Kami telah bertemu dengan musuh paling hebat di medan perang.  

“Kami tidak terkejut dengan kecekapan mereka kerana kami sudah tahu bahawa mereka telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan peperangan ini. Mereka sudah membina terowong rahsia ini sejak dua atau tiga tahun lalu, “katanya.

Gerakan bawah tanah

Pegawai tentera Israel berkata, pejuang Hamas sudah menggunakan segala kepakaran serangan seperti peluru berpandu, serangan hendap, menggunakan keldai dan anjing untuk melakukan serangan nekad.

“Serangan di Shejaia telah memecahkan rahsia kecekapan mereka. Kami percayai segala perancangan ini sudah dibuat sejak lapan tahun lalu berdasarkan laluan bawah tanah yang kami jumpai. Ia menakjubkan,” katanya.

Terkurung di wilayah yang mempunyai kepadatan penduduk 1.8 juta dan mempunyai jaluran kemiskinan dan pengangguran kira-kira 40 peratus, sudah tibanya penduduk Gaza bangkit  bagi  memecahkan segala sekatan Israel dan Mesir .

Bertitik tolak dari situ, pemimpin Hamas berharap matlamat tersebut dapat dicapai demi membebaskan penduduk Palestin dari jurang negara antarabangsa.

Semangat jitu pejuang Hamas untuk menentang kekejaman Israel pernah dilaporkan sebelum ini oleh agensi berita Reuters pada April lalu ketika mereka meninjau sendiri kesipuan seharian penduduk Palestin.

Menurut laporan itu,  semua golongan muda dan remaja dibekalkan dengan ilmu pengetahuan mendalam tentang teknik gempuran dan serangan untuk menghadapi askar Israel.

“Kami melihat kumpulan pejuang remaja berada di dalam sebuah kelas dan belajar taktik pertempuran. Mereka juga melakukan latihan praktikal dan menyesuaikan diri dengan situasi peperangan melalui simulasi hujan mortar, teknik menyelinap ke dalam terowong untuk menyelamatkan diri,” memetik laporan itu.

Bukan kerugian besar

Dalam tempoh dua minggu ini, lebih 1,000 roket kebanyakannya buatan sendiri telah dilancarkan ke Israel sekali gus memaksa kumpulan pejuang menambah kapasiti persenjataan.

Penganalisis perang Gaza Adnan Abu Amer berkata, selain berjuang pemimpin-pemimpin Hamas juga memberikan mesej tersirat bahawa mereka mampu menghasilkan roket buatan Gaza dan masih juga menguji keupayaan roket buatan asing.

“Ini bukan satu kerugian buat Gaza tetapi satu pelaburan dalam menentang musuh yang kuat. Terdapat laporan bercanggah mengenai kerugian Hamas dari segi set pejuang.

“Israel mendakwa Hamas mempunyai 20,000 pejuang dan seramai 60 atau 70 syahid. Perkara ini tidak boleh menggambarkan sebagai satu kehilangan besar buat mereka,” katanya.

Seorang lagi penganalisis perang Charles Lister berpendapat, video yang diedarkan oleh al-Qassam benar-benar menunjukkan kekuatan aset persenjataan kumpulan itu.

“Penggunaan kereta kebal anti-peluru berpandu bersaiz kecil berbanding yang dimiliki Israel jelas menunjukkan kumpulan al-Qassam mempunyai sistem pertahanan perisai unggul,” katanya.

Ajaran Hizbullah

Ketika Gaza selama 22 hari, pejuang Hamas dan kumpulan sayap pejuang lain gagal melindungi wilayah Gaza.

Ketika itu, hanya enam askar Israel dilaporkan terbunuh diikuti perang lapan hari pada 2012 dengan dua kematian tentera Israel dilaporkan.

Bekas askar Isarel Lerner berkata, sepanjang Intifada pertama dan kedua diikuti perang lapan hari pejuang Hamas kurang menyengat.

“Kebanyakan mereka adalah anggota baharu. Mereka mendapat pendidikan latihan ketenteraan dari Iran. Bentuk serangan banyak menyerupai taktik serangan dilakukan Hezbollah dan kami sudah dapat membaca segala pergerakan itu.

Ketika Intifada kedua pada 2005, seramai 12 askar Israel terbunuh dalam sehari dan itu adalah catatan tertinggi perdah berlaku dalam sejarah peperangan Israel.

Pegawai perisik Israel berkata, Syria, Iran dan Hizbollah adalah individu yang bertanggungjawab melatih pejuang Hamas dalam memperkenalkan taktik baharu seperti yang disebarkan di Internet.

Strategi Hamas menjadi

Taktik membina terowong sepanjang 1 hingga 7 kilometer, meletupkan terowong dan bersembunyi didalaminya adalah taktik yang tidak pernah terfikir oleh tentera Israel, menurut menganalisis perang Israel, Ehud Yaari.

“Kami sukar menjangkakan kewujudan terowong bawah tanah di Gaza. Ia adalah serangan paling digeruni kerana tiada sebarang tanda amaran. Strategi peperangan mereka sangat sistematik hingga menyukarkan kami untuk melakukan serangan,” katanya.

Taktik yang digelar ‘subterranean warfare’ ini adalah inovasi terkini dan kejayaan pejuang Hamas .

Selepas memperuntukkan bertahun-tahun dan jutaan dolar untuk membina terowong tersebut , Hamas layak untuk menempa kejayaan atas usaha itu.

“Hamas menggunakan kaedah serangan melalui bawah tanah. Serangan tersebut benar-benar memberi tekanan hebat kepada askar kami,” katanya.

Tidak kira apa juga taktik serangan dan kehebatan kedua-dua kumpulan ini, ada perkara yang lebih penting iaitu gencatan senjata perlu dilakukan segera oleh mereka.

Ketika sidang media hari ke-empat, pemimpin Hamas mengaku, peperangan ini adalah satu perkara sangat memeritkan buat mereka.

Namun, sebagai penduduk dunia, peperangan ini perlu segera dihentikan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa melayang.

Sama ada Hamas atau Israel mencipta kejayaan dalam peperangan ini ianya kini bukan lagi sesuatu yang ingin dilihat.

Perkara lebih penting ianya harus diberhentikan segera kerana peperangan ini sudah menjadi peperangan jenayah kemanusiaan paling besar pernah dicatatkan di bumi Gaza./musafirlalu

Ahad, 27 Julai 2014

Selamat Menyambung Aidil Fitri Dan Semoga Anda Diberkati.... Insyaallah


Group Tina Tinot Shaklee

Team Bina Tinot Online ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI. Team kami dengan rendah hati ingin memohon seribu kemaafan jika ada salah-silap yang  disedari mahu tanpa diluar kesedari kami. Di bulan yang mulia ini marilah kita ruangkan sedikit masa buat renungan saudara-saudara kita di Gaza, Mesir dan di seluruh dunia yang disembelih tanpa tanpa belas kasihan.

Semoga segala amalan kita diterima Allah S.W.T. dengan rendah diri kerana siapalah kita untuk menyatakan, aku dah buat semua yang disuruh dan hindari segala yang dilarang oleh Allah S.W.T. Aku memberi derma kepada semua anak yatim tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Tetapi renunglah dengan mata hati kita adakah apa yang aku lakukan itu adalah ikhlas tanpa mengetahui apa itu ikhlas. Sama-sama kita renungkan bersama tanpa ada prasangka buruk..... Insyaallah.

Kepada yang baru pulang ke kampung, pihak kami doakan agar selamat sampai ke kampung halaman yang dicintai bak kata orang-orang tua 'hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri' lebih baik duduk negeri orang. Bila hujan jer kaya raya kita duk kutip emas. Tapi apa kan daya hujan yang ditunggu kat negeri Selangor tak turun-turun, Jangan pula ada yang terasa, sekadar gurauan sahaja agar terpancar sedikit senyuman selepas mencuka disebabkan trafik sesak di semua jalan keluar dari Kuala Lumpur. Jangan lupa baca doa naik agar selamat perjalanan kita.... Insyaallah./tinatinot

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Selasa, 22 Julai 2014

Disebalik Kecergasan Dan Kelicikan Bangsa Yahudi, Ada Sesuatu Yang Patut Kita Tahu.



Bangsa Yahudi adalah salah satu bangsa yang menguasai dunia karena kecerdasan dan kelicikannya baik dari segi sains, bisnes, maupun teknologi. Allah Ta'ala memang telah menganugerahkan kepada bangsa Yahudi suatu kelebihan berupa otak yang cemerlang. Dan sungguh sangat menarik mengetahui kenapa orang Yahudi begitu pintar dan mempunyai kelebihan dibanding bangsa-bangsa lain di dunia ini. Tentu saja dalam hal ini hanyalah antara kelebihan mereka dalam hal urusan keduniawian, Facebook dan google yang sedang dan sering kita gunakan ini pun adalah hasil karya mereka".

Berikut ini sebuah artikel yang akan memaparkan serba sedikit  dari fenomena kelebihan mereka ini. Marilah kita rungkai dengan seksama artikel di bawah ini, kemudian membahasnya bersama dan jangan lupa mari kita SHARE / BAGIKAN agar saudara-saudara kita juga mempunyai kesempatan membaca artikel berharga ini. 

Artikel Dr Stephen Carr Leon patut menjadi renungan bersama. Stephen menulis dari pengamatan langsung.  Setelah berada 3 tahun di Israel karena menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana. Dirinya melihat ada beberapa perkara yang menarik yang dapat dijadikan sebagai bahan tesisnya, yaitu, "Mengapa Yahudi Pintar?"

Ketika tahun kedua, akhir bulan Desember 1980, Stephen sedang mengira hari untuk pulang ke California, terlintas di benaknya, apa sebabnya Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau hasil usaha sendiri?Maka Stephen tergerak membuat tesis untuk Phd-nya. Sekadar untuk Anda ketahui, tesis ini memakan waktu hampir lapan tahun. Karena harus mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Persiapan Melahirkan

Marilah kita mulai dengan persiapan awal melahirkan anak. Di Israel, setelah mengetahui sang ibu sedang mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. Si ibu dan bapak akan membeli buku matematika dan menyelesaikan soal bersama suami.

Stephen sungguh heran karena temannya yang mengandung sering membawa buku matematika dan bertanya beberapa soal yang tak dapat diselesaikan. Kebetulan Stephen suka matematika.Stephen bertanya, "Apakah ini untuk anak kamu?

"Dia menjawab, "Iya, ini untuk anak saya yang masih di kandungan, saya sedang melatih otaknya, semoga ia menjadi jenius.

"Hal ini membuat Stephen tertarik untuk mengikut terus perkembangannya.Kembali ke matematika tadi, tanpa merasa jenuh si calon ibu mengerjakan latihan matematika sampai genap melahirkan.

Cara Makan

Hal lain yang Stephen perhatikan adalah cara makan. Sejak awal mengandung dia suka sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu. Tengah hari makanan utamanya roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang dicampur dengan badam dan berbagai jenis kacang-kacangan.

Menurut wanita Yahudi itu, daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merusak perkembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung. menjadi semacam kewajiban untuk ibu yang sedang mengandung mengonsumsi pil minyak ikan.

Ketika diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi. Begitu Stephen menceritakan, "Perhatian utama saya adalah menu mereka. Pada setiap undangan yang sama saya perhatikan, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet),"
ungkapnya.

Biasanya kalau sudah ada ikan, tidak ada daging. Ikan dan daging tidak ada bersama di satu meja. Menurut keluarga Yahudi, campuran daging dan ikan tak bagus dimakan bersama. Salad dan kacang, harus, terutama kacang badam.

Uniknya, mereka akan makan buah buahan dahulu sebelum hidangan utama. Jangan terperanjat jika Anda diundang ke rumah Yahudi Anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk.

Akibatnya lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

ROKOK

Di Israel, merokok adalah tabu, apabila Anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok. Tanpa nasihat mereka akan menyuruh Anda keluar dari rumah mereka atau menyuruh Anda merokok di luar rumah mereka. Menurut ilmuwan di Universitas Israel, penelitian menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen. Artinya, keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh). Suatu penemuan yang dari saintis gen dan DNA Israel. 

Perhatian Stephen selanjutnya adalah mengunjungi anak-anak Yahudi. Mereka sangat memperhatikan makanan, makanan awal adalah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Dalam pengamatan Stephen, anak-anak Yahudi sungguh cerdas. Rata rata mereka memahami tiga bahasa, Hebrew, Arab dan Inggris. Sejak kecil mereka telah dilatih bermain piano dan biola. Ini adalah suatu kewajiban. Menurut mereka bermain musik dan memahami not dapat meningkatkan IQ. Sudah tentu bakal menjadikan anak pintar. Ini menurut saintis Yahudi, hentakan musik dapat merangsang otak.

Tak heran banyak pakar musik dari kaum Yahudi.

1 - 6 SD

Seterusnya di kelas 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematika berbasis perniagaan. Pelajaran IPA sangat diutamakan. Di dalam pengamatan Stephen, "Perbandingan dengan anak anak di California, dalam tingkat IQ-nya boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !" katanya.


Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi olahraga juga menjadi kewajiban bagi mereka. Olahraga yang diutamakan adalah memanah, menembak dan berlari.

Menurut teman Yahudi-nya Stephen, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus. Disamping itu menembak bagian dari persiapan untuk membela negara.

Sekolah Menengah - Perguruan Tinggi

Selanjutnya perhatian Stephen ke sekolah tinggi (menengah). Di sini murid-murid digalakkan dengan pelajaran sains. Mereka didorong untuk menciptakan produk. Meski projek mereka kadangkala kelihatannya lucu dan memboroskan, tetap diteliti dengan serius.

Apa lagi kalau yang diteliti itu berupa senjata, medik dan teknik. Idea itu akan dibawa ke peringkat lebih tinggi. 
Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti ekonomi. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka belajar ekonomi. Diakhir tahun diuniversita, mahasiswa diharuskan mengerjakan projek. Mereka harus memperaktekkanya.

Anda hanya akan lulus jika team Anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US 1 juta! 
Anda terperanjat? 
Itulah kenyataannya.


Kesimpulan, pada teori Stephen adalah, melahirkan anak dan keturunan yang cerdas adalah keharusan.. Tentunya bukan perkara yang bisa diselesaikan semalaman. Perlu proses, melewati beberapa generasi mungkin?

Kebenaran dari apa yang terpapar disini tentulah bukan hal yang mutlak,memikir dan menimbang adalah wajib..sialahkan share pendapat anda./Musafirlalu
 Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular