Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 4 Mac 2015

Kerana WhatsApp...



Jamuan majlis perkahwinan seorang Datuk.(Besan aku)
        Nih ler gambar aku
                           
Dulu orang cukup menggemari Facebook tetapi masa semakin berubah bila banyak laman-laman sosial diwujudkan oleh pemain utama internet seperti Google atau Yahoo. Ketika ini antara laman yang paling digemari ialah WhatsApp yang mana banyak group-group di jadi medium untuk mengumpul kembali rakan-rakan atau keluarga yang terpisah.

Saya tidak menafikan banyak kebaikan yang diperolehi oleh kita jika kita tidak menyalah gunanya. Sebagai contoh saya yang sudah lama duduk dan bermukim di perantauan telah berjaya berbicara melalui WhatsApp. Walau pun tidak bersua muka kerana masing-masing sudah berkeluarga yang merantau di seluruh negara. 

Antara WhatsApp yang diwujudkan oleh bekas rakan-rakan sekampung dan yang sama bersekolah, baik dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Antara WhatsApp Group yang paling aktif diwujudkan oleh rakan saya Tengku Nasir dan Shahdan ialah 'Geng Smso 83', 'SRSO Menggamit Kenangan', 'Black Gate', 'anok beranok kite' dan berbelas lagi yang tidak perlu saya sebutkan.

Bak kata pepatah 'jauh berjalan luas pandangan' 'yang jauh lagi dikenang apatah lagi yang dekat', 'dimana ada kehendak di situ ada kemahuan'. Walau pun masing-masing duduk di serata negeri, ia terasa amat dekat dan semuanya ramah-ramah memandangkan umur kita sudah hampir mencecah setengah abad. 

Ia juga satu kelebihan bila ada sudah berkampung di KL, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan, Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, P.Pinang, Perlis, Sarawak dan Dungun Terengganu amnya kerana ia akan memberi kita kemudahan bila kita bertandang di negeri-negeri di atas. Kerana itulah saya dengan rendah hati memberi kredit kepada Tengku Nasir, Shahdan dan rakan-rakan yang lain.

Dari kecil kita berkawan, bertengkar, berbalah, bermacam muka dan bermusuh tetapi kita kita berkawan, malah ianya bertambah rapat walau pun masing-masing tidak beberapa mengenal rupa terbaru masing-masing. Apabila umur masing-masing sudah meningkat, ingatan semakin pudar tetapi segala kenakalan kita pada masa lalu kita ketepikan. 

Apabila kita mengimbas kembali akan diri kita 35 yang lepas, bagi saya yang cukup nakal dan selalu mencari gaduh nih bagai mengalir air mata apabila saya boleh berbual-bual kembali dengan rakan-rakan yang berkawan dari kecil. Sebenarnya saya masih kurang dapat mewajahkan rajah-rajah mereka dalam fikiran saya. Saya yakin satu hari nanti kita akan dipertemukan semula dengan izin Allah S.W.T.

Secara jujurnya saya masih kurang kenal akan rakan-rakan group Geng SMSO 83 dan SRSO Menggamit Kenangan. Andai kata kita buat satu perjumpaan pasti meriah kerana masing-masing akan disoal dan berkongsi cerita. Dulu saya sudah cuba mencari group SRSO melalui Facebook tetapi gagal kerana tidak sesuai dengan tahunnya sehinggalah saya jumpa satu group yang sudah pun membuat perjumpaan yang diusahakan oleh Tengku Nasir. 

Tahniah Ku Sir atas usaha kamu itu kerana apa yang kamu buat itu adalah satu amalan yang cukup baik dalam Islam. Semoga lebih ramai lagi rakan-rakan kita yang belum dijumpai akan bersama dengan kita.... Insyaallah. Jika ada silap saya Syed Mohamad menadah sepuluh jari memohon keampunan kerana sesiapa sahaja yang mengenali saya. 

Sebelum aku mengundur diri, pastikan ayat-ayat digunakan ayat-ayat biasa jer kerana aku pernah di intip oleh PDRM bahagian risikan dan pemantauan yang cukup serius dari SKKM yang selalu melilau mati mengintip aktiviti laman sosial nih kerana ia cukup senang digodam atau dighaibkan dari alam maya. Dengan sembang-sembang kita ini ia tidak membawa apa-apa kesan pada SKKM.

Bila umur sudah hampir setengah abad, kita tidak tahu yang siapa dulu yang kita boleh berjumpa, rakan atau Israil a.s. Moga jasa baik teman-teman tidak terbalas dan jika yang jumpa dengan saya tu tegur lah kerana saya sendiri ingatan semakin kurang. Saya sendiri tidak menyangka bahawa saya masih mempunyai rakan-rakan sepermainan. Terima kasih buat semua di atas kesungguhan kalian menjayakannya. Semoga kalian diberi keredhaan Allah S.W.T di atas jasa kalian./Musafirlalu
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular