Translate

Senarai Blog Saya

Isnin, 13 April 2015

Apabila Penasihat DAP Mati Akal.


Lim Kit Siang adalah veteran politik yang hampir-hampir di angkat sebagai negarawan. Sebagai ahli politik veteran yang juga Penasihat DAP, beliau sepatutnya jujur dalam memperkatakan tentang politik dan pemerintahan. Ahli politik sebenar ialah mereka mendalami bab pemerintahan tanpa mengira pegangan politiknya. Sebagai pemimpin parti berasaskan sosialis, adakan beliau hanya membaca bab sosialis sahaja sedangkan negara ini ada banyak parti politik yang mempunyai ideologi masing-masing.

Beliau tidak boleh menipu pengikutnya demi mempertahankan konsep 'Malaysian Malaysian' yang berteraskan sosialis. Sedar tidak sedar beliau mula bertindak melulu dengan membangkitkan 'majoriti negara Islam tidak melaksanakan hudud'. Adakah beliau begitu bodoh membuat perbandingan tanpa membuat kajian sedangkan beliau hidup di dalam lingkungan penganut Islam dan sebagai ahli politik yang matang pasti beliau tahu serba sedikit tentang Islam.

Mungkin beliau keliru atau sengaja mengelirukan para pengikutnya perkataan 'Negara Islam' kerana 'Negara Islam' dengan 'Negara Umat Islam' amat jauh bezanya. Bukan beliau tidak tahu umat Islam di larang berjudi atau mengambil minuman keras di mana beliau mungkin melihat hari-hari orang Islam melakukan perkara yang ditegah keras oleh Islam. Beliau patut menunjukkan satu sahaja mana negara Islam yang tidak melaksanakan hukum Hudud kerana apa yang beliau lihat ialah negara umat Islam.

Negara yang di perintah pemimpin Islam yang majoriti penduduknya pun umat Islam tetapi melaksanakan undang-undang ciptaan manusia tidak boleh di katakan 'Negara Islam' tetapi dipanggil 'Negara Umat Islam'. Adakah penasihat DAP ini patut masuk sekolah politik semula agar memahami apa itu 'Negara Islam', jika bacaan politiknya begitu tidak mustahil beliau sendiri tidak memahami konsep sosialis yang menjadi anutannya. Malang sungguh DAP apabila penasihat tertinggi mereka sendiri buta sejarah, anaknya hanya pandai menyerang secara biadap TGHH. Bapak kencing berdiri anak kencing berlari, para pemimpin pula mula terikut-ikut hingga kencing melompat.

Negara Islam adalah negara yang mengamalkan agama Islam secara total bukan setakat cara kehidupan, malah ia merangkumi pemerintahan dan berhukum tanpa mengira pangkat atau darjat. Tiada pilih kasih bila melakukan kesalahan kerana dalam soal berhukum, pemimpin tertinggi dengan rakyat marhaen yang daif adalah sama. Begitu juga jika ia melibatkan antara penganut Islam dengan penganut agama lain. Malah penganut agama lain diberi kebebasan untuk memilih hukum Islam atau pun mengikut hukum agama masing-masing selagi ia tidak melampaui batas.

Keadilan di dalam Islam bermaksud adil pada tempatnya, sebagai contoh jika kita mempunyai anak kembar seorang lelaki seorang perempuan tetapi adakah adil bila kita membeli pakaian yang sama seperti pakaian lelaki atau perempuan untuk kedua-duanya disebabkan mereka kembar. Adil bermakna kita membeli pakaian lelaki untuk anak lelaki dan pakaian perempuan untuk anak perempuan bukannya pakaian yang sama kerana mereka kembar.

Majoriti negara Kristian tidak melaksanakan hukum yang di perintahkan ke atas penganutnya, maka bolehkah LKS mengatakan yang mereka anti Kristian kerana menolak hukum yang termaktub di dalam Injil atau Taurat. Bagaimana sebagai orang lama dalam politik atau pentadbiran boleh begitu dangkal hujahnya melainkan beliau baru bertatih dalam politik. Amat memalukan hujah itu keluar dari mulut penasihat DAP yang cukup arif dalam soal propaganda dan perang saraf.

Bagaimana beliau boleh menerima bulat-bulat propaganda yang di hidangkan oleh media barat tentang kekejaman yang dikatakan pejuang Islam sedangkan beliau sendiri mengetahui akan sikap negara barat terhadap Islam. Sikap barat yang cukup anti Islam dengan berbagai tohmahan di lontarkan terhadap Islam yang mana kekejaman dipertontonkan tiada kena mengena dengan sikap sebenar umat Islam yang benar-benar muslim.

Jangan kata bab berhukum, malah dalam peperangan pun tentera Islam di larang memusnahkan pokok-pokok, rumah-rumah ibadat atau membunuh warga tua, orang awam dan kanak-kanak. Mereka wajib diberi pelindungan oleh tentera-tentera Islam dan adakah LKS melihat perkara seperti itu berlaku, jika jawapannya tidak maka itu bukan tentera Islam atau pejuang Islam. Jika hukum Hudud di laksanakan di negara ini pasti DSAI tidak akan meringkuk 5 tahun di dalam penjara. 

Jangan sampai orang hilang hormat kepada veteran DAP ini kerana menuduh dulu baru mencari fakta sebagaimana beliau menuduh PAS nak berUG dengan Umno yang sedang nazak sedangkan beliau sendiri menawar diri untuk berUG dengan BN semata-mata untuk kepentingan politik DAP. Sudah baling batu jangan sembunyi tangan kerana orang ramai sudah nampak. Cukuplah perbodohkan rakyat marhaen macam Umno/BN kerana bacaan politik orang sekarang tidak sama dengan era 60 hingga 90 an./Musafirlalu
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular