Translate

Senarai Blog Saya

Isnin, 6 April 2015

Dr Fadhil ; Usaha Gigih Kerajaan Kelantan Realisasikan Hukum Allah.

taklimat EKJS II

Saya membuat catatan selari dalam kehadiran saya di program Taklimat Enakmen Kanun Jenayah Syariah EKJS II Kelantan 1993 (Pindaan 2015) di Dewan KUIZM, Taman Melewar pada 4 Apr 2015. Di bawah adalah intisari ucapan Dato Dr Fadhli Hasan, Exco Kelantan:


01. Dimulai dgn ayat Quran ttg kewajipan taat kpd perintah Allah, jgn cari alasan utk engkar.


02. Kita tiada alasan tolak hukum Allah walaupun msyrkt Malaysia telah dihidangkan dgn hukum Inggeris sedia ada yg sebenarnya sgt asing dgn Melayu, India, Cina.



03. Undang2 Inggeris ganti undang2 adat Melayu, juga undang2 adat cina.

04. Common law of England ini diimpot ke Tanah Melayu walaupun sangat asing dan tiada kaitan dgn semua bangsa di Malaysia.



05. Undang-undang Inggeris sudah lebih 250 tahun diguna di Malaysia, dan sudah byk kali dipinda.



06. Justeru, apabila org Melayu ingin kembali kpd hukum Islam, ia seakan2 asing sedangkan ia adalah hukum sebenar utk manusia.


07. Antara yg terlibat gubal kanun ini ialah Allahyarham Tan Seri Ahmad Ibrahim, Dr Mahmud Saedon,, Tun Salleh Abbas dll terdiri dari pakar undang2

08. Kjaan Kelantan buat kptsn KJS II 1993 akan dilaksanakan pada 2015, dlm kerangka Perlembagaan, tanpa melampaui batas undang2. supaya tiada pihak boleh cabar.

09. Kjaan Kelantan terbatas asalnya dari segi bidangkuasa kerana berkait dgn federalisme. Isu-Isu kuasa kjaan pusat, kjaan negeri,  kuasa eksekutif, judikatif, legistatif.

10. Kalau kjaan Kelantan mahu langgar perlembagaan, tentu sudah berlaku semenjak 1993, tetapi PAS menggunakan saluran demokrasi, sangat beradab dan berhati2 utk memastikan supaya hukum Islam dpt dilaksanakan.

11. Amaran oleh Dr M pada 1993 kpd kjaan Kelantan supaya tak laksanakan hukum hudud.

12. Suasana 1993 di Kelantan sgt sukar. Umno mahu rampas balik Kelantan. Diberi tempoh 100 hari shj, PAS klntn dpt bertahan, seterusnya 3 bulan…sehingga skrg

13. Mageran 1978 mengajar PAS klntn berhati-hati dlm perkara ini.

14. Peruntukan 150 mgkn boleh digunakan oleh umno utk rampas kjaan.

15. Dato Nik Amar pernah bertemu pimpinan DAP beritahu bahawa kami ikut perlembagaan, demokrasi.

16. Pindaan dibuat dlm EKJS II, Seksyen 2 hanya terlaksana ke atas org Islam

17. Minta DAP supaya tidak menentang EKSJ II ini kerana ia tidak berkait dgn bukan Islam.

taklimat EKJS II soalan

18. Kesalahan hudud, qisas dlm seksyen:
      5,6,7-sariqah
      8,9-hirabah
      10,11-zina
      12, 13, 14, 15-qazaf
      22-syurb
      23-irtidad
      24-38-qisas, diat


19. Perkara 75 sebut undg2 Pusat terpakai, undg2 Negeri terbatal

20. Halangan lain-bidangkuasa mahkamah syariah terbatas.

21. PAS Klntn buat ‘hari hudud’ utk fahamkan rkyt-seminar, makalah dll. Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Strategik Kelantan mendapati 92 % menyokong hudud keseluruhannya. ( iaitu di 12 DUN lebih dari 97 % manakala di 12 DUN kedua 88 %. Overallnya 92 %)

22. Kita tunggu rkyt kaya utk laksana hudud, rupa2nya tak kaya juga

23. Kita tunggu pelbagai perkara

24. JK gubal hudud ada semenjak zaman tok guru.

25. Kepimpinan PAS Klntn skrg hanya menyambung hasrat tok guru.

26. Satu peruntukan 76A (1) kuasa beri kpd DUN utk buat undg2. Oleh itu kita nak gunapakai akta ini dgn simple majority dlm dwn rkyt utk beri kuasa kpd kjaan negeri, melalui private members bill.

27. Bidangkuasa mahkamah syariah mahu dipinda supaya dpt dihukum menurut hukum Islam.

28.  Hukum terhadap org bukan Islam dibincang oleh para fuqaha. Khilaf

29. Seksyen 83 (2) EKMS 2012 peruntukkan bukan Islam kompeten utk beri bayyinah utk org Islam jika keterangan boleh diterima ikut hukum syarak. Begitu juga bayyinah seorg pakar bukan Islam terhadap seorg Islam boleh diterima

(antara jawapan kpd ‘ambiga)
Catatan selari:
Ust Nik Muhammad NasriTYDP PAS Kemaman
4 Apr 2015

Musafirlalu
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular