Translate

Senarai Blog Saya

Isnin, 20 April 2015

Yakjuk Dan Makjuk : Akidah Umat Islam Telah Rosak. (Bhg 4)


Perkhabaran yang telah disampaikan kepada kita menunjukkan "makhluk perosak" yang yang bakal menghancurkan muka bumi ini amat merbahaya, buas dan rakus seumpama haiwan liar. Mereka memakan apa sahaja yang dijumpai termasuklah bukit bukau dan gunung ganang. Melakukan keganasan dan kemusnahan seolah-olah mereka itu makhluk gergasi yang cukup menggerunkan. Mereka akan berduyun-duyun (gambaran: terlalu banyak) meluru dari segenap tempat yang tinggi. Melakukan kerosakan demi kerosakan ke atas muka bumi ini. Tidak pula ada sebarang cerita tentang kebaikan mereka.

Tiada siapa yang berupaya menghalang apa lagi untuk menghapuskan mereka. Walaupun seorang maharaja yang gagah perkasa serta mempunyai bilangan tentera yang ramai (Zulkarnain, seorang raja yang mempunyai kerajaan besar dari barat hingga ke timur. Memerintah satu pertiga bumi).

Apakah kerana terlalu ramainya bilangan mereka atau kerana sifat ganas yang mereka miliki menghalang Zulkarnain menghancurkan manusia perosak ini? Adakah mereka ini amat kuat dan "sakti" sehingga tidak terkalahkan? Tidak !! Sememangnya Allah telah menetapkan sedemikian. Begitu juga Dajjal, tiada siapa yang mampu membunuhnya melainkan Nabi Isa as.

Makhluk perosak ini dikatakan akan meminum air danau yang dijumpai dalam laluannya sehingga kering. Sementara itu, untuk menghindari dari kekejaman makhluk ini, orang-orang yang beriman dan taat terpaksa menyelamatkan diri dibukit-bukit yang tinggi. (Saya akan huraikan maksud tersembunyi dari maksud hadis tersebut di post-post akan datang, insyaallah).


Apakah yang kita dapat bayangkan jika kita mendengar khabar sebegitu? Tentunya terlintas difikiran kita wajah-wajah hodoh dan menjijikkan, bentuk tubuh badan yang tentunya tidak menarik serta meloyakan (pernah saksikan filen-filem allien?) dan perlakuan mereka pula semestinya amat menakutkan.Nota: Ada sebab tertentu kenapa filem-filem allien direka dan dipopularkan.

Bagaimana pula jika kita diberitahu bahawa makhluk ini cukup mempesonakan, segak dan jelita. Apa reaksi kita? Adakah kita akan percaya bahawa makhluk yang dikatakan "perosak" ini adalah manusia yang berwajah tampan dan bergaya, bijak dan glamour. Pastinya kita menggeleng-geleng kepala kerana tidak masuk akal.



Walaupun pada peringkat awalnya kita mengandaikan makhluk perosak ini adalah makhluk yang amat di geruni oleh seluruh manusia pada akhir zaman, namun hasil kajian para pemikir masa kini menemui fakta sebaliknya. Makhluk ini telah lama menguasai dunia dan sudah sekian lama pula melakukan pelbagai kerosakan yang dahsyat ke atas muka bumi tanpa kita sedari. Atas alasan kemodenan dan tamadun.


Mereka berada ditiap-tiap tempat yang tinggi (?) dan berduyun-duyun turun menguasai bukit dan lurah. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tiap-tiap tempat ? Bermaksud semua, segenap tempat yang tinggi adalah milik mereka. Siapakah mereka yang bermukim di setiap tempat yang tinggi? Memang benar mereka berada di kedudukan yang tinggi ketika ini. Ketinggian yang dimaksudkan ialah kekuasaan ekonomi, meneraju pusat pendidikan tinggi, bernegara maju dan berpengaruh, ketinggian taraf hidup, menguasai teknologi dan kejuruteran yang hebat dan yang paling penting ialah mendapat pengiktirafan dan sanjungan penduduk dunia. Apa pula maksud "meluru turun"?


Malah mereka juga adalah super power. Amat gagah dan berkuasa, tiada siapa yang mampu menghalangnya. Sebenarnya mereka adalah pemangsa dan kita semua telah pun menjadi mangsa makhluk ini sejak zaman penjajahan. Selama ini kita gagal mengenali mereka atas sifat luaran mereka yang amat segak dan menawan, penuh gaya. Sehingga kita tidak terlintas bahawa hakikatnya merekalah makhluk perosak yang dimaksudkan dalam nas.


Saya percaya ada sesuatu yang disembunyikan dalam perkhabaran yang disampaikan kepada kita mengenai makhluk ini. Mungkin ia menjadi satu keperluan untuk menguji keimanan disamping membolehkan segala yang telah ditetapkan itu berlaku seadanya.


Jika manusia tahu dan kenal akan makhluk ini, ia tidak lagi menjadi ujian kepada mereka kerana masing-masing akan kembali kepada agama selepas tanda akhir zaman itu nyata. Itu merupakan hikmah kenapa hanya sedikit maklumat sahaja yang disampaikan. Sedikit pula hamba Allah yang menyedarinya. Amat sedikit yang terselamat kerana bukan mudah untuk menjaga iman pada masa fitnah menguasai seluruh kehidupan. Tidak salah jika kita terus berfikir untuk mengetahui rahsia ini kerana ia penting untuk kita melihat kebenaran disamping dapat menghidu kepalsuan. Tanpa kekuhuhan iman, manusia akan terjerumus ke dalam gaung yang amat licin dan curam, tentunya amat sukar untuk kembali lagi melainkan mendapat kurnia rahmat dan pertolongan dari Allah.
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam baraapi”. (Riwayat Tirmizi)
Kebanyakan manusia masih mendakwa mereka adalah orang beriman, sedangkan mereka telah menjadi hamba kepada makhluk perosak ini dengan menerima cara hidup, sistem pendidikan dan sistem pemerintahan yang mereka anjurkan (sekular)./Musafirlalu

BERSAMBUNG
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular