Translate

Senarai Blog Saya

Rabu, 22 April 2015

Yakjuk Dan Makjuk : Islam Di Akhir Zaman. (Bhg 6)


Satu kebetulan pula ayat-ayat alQuran dalan Surah alKahfi kebanyakannya merujuk kepada perkara ghaib iaitu kisah ashabul kahfi, nabi Musa dan Khaidir, Padang Mahsyar, sikap kufur, perangai golongan Yakjuj dan Makjuj ini.

Kecenderungan mereka mencipta barangan menjadikan hati mereka "kusyuk" terhadap kerja mereka serta bersungguh-sungguh meneroka teknologi baru sehingga mereka tidak lagi mengingati Maha Pencipta (kufur).

Bayangan dan kiasan yang disampaikan oleh para rasul kepada manusia sebenarnya jelas, akan tetapi keupayaan akal manusia yang terhad ditambah pula sikap cintakan dunia menyebabkan manusia kebanyakannya gagal mengesan kehadiran makhluk ini. 

Tidak semudah itu manusia akan terlepas dari ujian dan hanya mereka yang benar-benar ikhlas dan jujur kepada diri sendiri sahaja yang bakal mendapat sinaran kebenaran. Selebihnya adalah gulungan yang terpedaya. Anihnya, makhluk itu sendiri pun tidak tahu bahawa merekalah sebenarnya makhluk perosak itu.

Rasulullah berpesan kepada setiap umatnya supaya sentiasa mengamalkan ayat-ayat surah alKahfi sebagai pelindung dari fitnah Dajjal. Walaupun tahu mengenai pesanan ini, ramai dikalangan Muslimin tidak berbuat demikian (seolah mengingkari arahan baginda) hanya kerana Dajjal belum muncul. 

Tiada siapa yang tahu bila Dajjal akan menzahirkan dirinya, tetapi kita harus ingat bahawa Rasulullah tidak pernah menyatakan fitnah Dajjal itu hanya akan tersebar selepas kemunculannnya.

Seperkara lagi yang tidak pernah terlintas difikiran ialah kenapa surah ini (alKahfi) dijadikan "doa" pelindung dari fitnah Dajjal padahal isi kandungan surah ini tidak menceritakan perihal Dajjal sebaliknya berkisar mengenai perbuatan zalim dan ingkar sebahagian makhluk Allah dan berita mengenai Yakjuj dan Makjuj (senonim dengan perangai dan perlakuan masyarakat barat). Ini adalah bukti kukuh bahawa makhluk yang bergelar Yakjud dan Makjud ini adalah bangsa Eropah yang diterajui kaum Khazars dan perkaitan rapat dengan kemunculan Dajjal.
hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:

"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal." (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)
Dari sini kita dapat meneroka lebih jauh teori ini. Semakin lama semakin jelas petunjuk dalam membuka rahsia berita ghaib ini. Sememangnya apa yang disebut dalam surah alKahfi adalah hal yang berkaitan dengan perbuatan makhluk perosak ini supaya dihindari oleh orang-orang yang beriman. 

Fitnah yang dibawa oleh Yakjuj dan Makjuj itu juga adalah fitnah Dajjal. Wujud keadaan yang menasabah dan meyakinkan bahawa Yakjuj dan Makjuj itu telah menyebarkan fitnah yang disebut Fitnah Dajjal itu. Perkhabaran mengenai Ashabul Kahfi juga merupakan petunjuk kearah itu. 

Ashabul kahfi adalah para pemuda yang beriman kepada Allah yang berada di dalam negeri syirik, mereka keluar dari negeri itu guna menyelamatkan aqidah lalu Allah mudahkan untuk mereka hingga menjumpai sebuah gua, mereka pun masuk ke dalamnya dan tertidur di dalamnya sampai waktu yang sangat panjang sekira tiga ratus sembilan tahun.


Dimanakah perkaitannya? Cuba kita renungkan kesah tersebut. 

Ia sama seperti keadaan kita sekarang apabila kerosakan telah berlaku dan banyaknya fitnah (TV, filem, akhbar, majallah, internet, iklan, hiburan, kospirasi illuminati, riba, kerosakam akhlak, hilangnya nur syahadah, pergaulan melebihi batas, mengingkari sunnah nabi, suka kepada perbuatan dan sumber haram, membenci orang alim, mempersenda agama, lalai leka, malas, suka keseronokan, hilangnya kasih kepada keluarga, rasuah, sex luar tabii, sex bebas, menyembah keduniaan, luput budi pekerti, tidak menghormati orang tua dan beratus-ratus lagi hal yang seumpama dengannya). 

Cuma keadaannya tidak serupa kerana penceritaan itu (surah alKahfi) berdasar pada satu zaman silam dimana tidak wujud bentuk kehidupan seperti sekarang. Kita juga dikerumuni oleh kuffar terutama makhluk yang sedang kita bincangkan ini. 

Tindakan mereka melarikan diri untuk menyelamatkan iman adalah satu tauladan kepada kita hari ini (untuk siapa yang berfikir). 

Jika kita ingin selamat jauhilah hati kita (tidur) dari menghampiri, melihat atau memikirkan hal-hal yang berunsur syirik dan haram. Insyaallah, Allah akan "tidurkan" kita dengan melekakan hati kita hanya padaNya. 

Saudara sudah nampak perkaitannya? Begitulah Allah menyuruh kita memikirkan setiap firmannya supaya kita tidak tersasar. Kerana itu banyak ayat-ayat yang mempunyai maksud: "beruntunglah kepada sesiapa yang berfikir" Manusia Yakjuj dan Makjuj ini sengaja mencipta dan mencerna fitnah untuk memberi kepuasan lahiriah mereka, malahan sering memberi gambaran buruk terhadap perkara yang baik dan benar, menyanjung tinggi kepalsuan. 

Pembohongan dan muslihat menjadi amalan bahkan ianya seperti suatu kemestian dalam kehidupan seharian mereka. "Kebahagian" ditafsirkan sebagai kehidupan mewah, bebas melakukan apa sahaja, dapat melepaskan diri hukum atau tidak terikat dengan peraturan. Kebahagiaan itu ia hanya akan dapat dicapai melalui keseronokan dan kepuasan./Musafirlalu

BERSAMBUNG
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular