Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 24 April 2015

Yakjuk Dan Makjuk : Si Jahil Mengajar Agama, Para Munafik Di Jadikan Pemimpin. (Bhg 8)



Untuk mengawal atur (MIND CONTROL) penganut agama nabi Isa as, MEREKA MERANCANG DAN MELAKSANAKAN KEROSAKAN AKIDAH dengan menokok tambah ajaran Rasul Allah itu dengan mengatakan "Allah itu mempunyai anak", sesuai dengan pegangan mereka (PAGAN - sembahan berhala, sihir dan iblis). Allah menyatakan bahawa, "bumi dan gunung ganang bergoncang mendengar dakwaan mereka itu". Betapa dahsyatnya kemungkaran yang mereka lakukan.

Firman Allah, surah alKahfi;

[102Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.
Golongan makhluk perosak ini juga amat suka kepada ciptaan pelbagai barangan dan peralatan. Sentiasa berkerja keras mempercanggih ciptaan mereka sehinggalah akhirnya tersesat bertuhankan ciptaan mereka sendiri. Hidup mereka ditumpukan kepada usaha ini dan merekabentuk sesuatu yang baru untuk diniagakan. Mereka amat terpesona dengan kejayaan mereka itu dan membanggakannya kepada seluruh penghuni dunia. Fitnah inilah yang paling berjaya menjerat manusia.


Selanjutnya fahaman ini (dunia moden) menjadi ikutan sebahagian besar umat manusia setelah terpengaruh dan terpegun dengan kemajuan Sains dan Teknologi. Terjadilah mereka ini sebagai golongan 'perosak' juga bertepatan dengan hadis Rasulullah saw, 

"sesiapa yang mengikut mereka adalah tergolong dari kalangan mereka". 

Maka bertambahlah bilangan makhluk perosak yang akan menghuni neraka kerana mereka telah menyertai kumpulan Yakjuj dan Makjuj ini. 99.9 peratus penduduk dunia ini adalah manusia yang akan disiksa da akhirat, "999 dari 1000 manusia dimuka bumi ini adalah YAKJUJ DAN MAKJUJ", kata Rasulullah saw. Alangkah besarnya kerosakan ini, kerosakan akidah adalah kerosakan yang paling parah dan trajis, mengheret ramai manusia ke neraka. Allah awt telah berjanji menyediakan neraka untuk manusia Yakjuj dan Makjuj ini.

Mereka telah rosak (agamanya) dan cuba merosakkan orang lain pula melalui kepercayaan baru yang mereka anuti dipanggil: Sains dan Teknologi. Allah telah dikesampingkan, akhirnya wujudlah pula kaum baru iaitu gulungan atheis (tidak lagi mempercayai kewujudan tuhan) yang dipelopori oleh ahli sains Yahudi yang diagungkan, Charles Darwin.

CHARLES DARWIN

Surah alKahfi menceritakan perihal ini. Mereka terlalu bangga dengan kejayaan sains dan teknologi ciptaan mereka sehingga merasakan tuhan itu tidak wujud. Mereka berjaya kerana usaha dan kekuatan ilmu yang mereka miliki. 
“Apakah orang-orang kafir mengira bahwa mereka dapat mengambil hamba-Ku sebagai pelindung selain Aku?… Katakan Apakah Kami beritahukan kepada kamu orang-orang yang paling rugi perbuatannya? (Yaitu) orang yang tersesat jalannya dalam kehidupan dunia, dan mereka mengira bahwa mereka adalah orang yang mempunyai keahlian dalam membuat barang-barang.” (18: 102-104).
Kumpulan yang ekstrim dikalangan mereka telah menubuhkan kesatuan komunis dan berjaya menyesatkan lebih ramai manusia yang berada dibawah kekuasaan mereka. Beberapa negara masih lagi kekal dengan dasar dari doktrin komunisnya seperti Russia, China dan Cuba. Karl Marx (pengasas fahaman sosialis komunis) dan Lenin juga orang Yahudi Khazars.

Karl Marx

Terdapat sedikit keganjilan, kenapa perihal Dajjal hanya ada dalam hadis-hadis Rasulullah saw sahaja, tidak disebut di dalam alQuran. Mengenai Yakjuj dan Makjuj pula hanya disentuh 2 kali sahaja. Tentu sahaja ada perkaitan yang rapat antara keduanya, Dajjal dan makhluk perosak ini kerana kedua-duanya muncul pada akhir zaman dan kedua-duanya menjalankan muslihat dan tipudaya yang merosakkan.

Dajjal menjadi perancang kejahatan sekala maksima bersadur falsafah dan idologi untuk memalingkan keyakinan manusia dan memperakui dia adalah tuhan. Sementara makhluk perosak ini pula memusnahkan apa sahaja yang ada terutama melaksana apa yang dirancang oleh Dajjal (agen pelaksana). Tidak syak lagi, merekalah pembantu Dajjal, menjadi pekerja setia dan wakil Dajjal menyesatkan seramai mungkin umat manusia.

Manusia akan tertipu dengan FITNAH akhir zaman. Bilamana Dajjal menjanjikan kesenangan hidup, pastinya manusia yang telah terpedaya ini akan menurut sahaja apa yang diperintahkan, termasuk mengaku bahawa Dajjal itu adalah tuhan.

Sesuai dengan beberapa keterangan dari hadis Rasulullah bahawa Yakjuj dan Makjuj ini akan dihapuskan oleh Allah sendiri atas perkenan doa nabi Isa as. Mereka terlalu ramai, 99.9% penduduk bumi akan dihapuskan setelah kematian Dajjal. Selepas itu, 0.1% sahaja manusia yang tinggal, mereka ini adalah orang yang taat dan patuh kepada Allah swt. Manusia beriman. Dunia akan dipenuhi keberkatan, dilimpahi rezeki, dipenuhi keadilan dan semua manusia ketika itu hidup dalam aman dan sentosa.

Pada waktu itu, penduduk dunia hanyalah sekitar 7 juta orang sahaja atau mungkin kurang dari jumlah tersebut. Kiraan dibuat perdasarkan perangkaan yang ada pada hari ini,(tahun 2010) jumlah penduduk dunia dianggarkan sebanyak 6 hingga 7 billion orang. Kadar pertambahan yang direkodkan ialah melebihi 2.0% setahun (lebih kurang 160 juta). 

Jika kita ambil kiraan dari perangkaan ini, bilangan penduduk bumi selepas era Imam Mahadi hanyalah 7 juta orang sahaja. (0.1% dari jumlah 7 billion). Ini hanya anggaran berdasarkan hadis di atas. Perlu diingat tentera yang berjuang bersama Imam Mahadi yang terselamat hanyalah satu pertiga sahaja. Satu pertiga menjadi kafir dan satu pertiga lagi syahid termasuk PEMUDA BANI TAMIM, pemimpin tentera Imam Mahadi yang gagah perkasa berhati sekental besi dan tidak pernah dikalahkan./Musafirlalu

BERSAMBUNG
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular