Translate

Senarai Blog Saya

Sabtu, 18 April 2015

Yakjuk Dan Makjuk : Umat Yang Ramai Tetapi Iman Yang Senipis Kertas. (Bhg 2)


kisah seribu satu malam

Mampukah manusia hari ini mengambil iktibar dari peristiwa ini? Rasanya tidak. Apabila hati sudah terpaut pada cara hidup mewah dan memanjakan nafsu, segalanya akan dicampak ke tepi. Ini adalah realiti kehidupan makhluk yang dicipta dari air yang jijik ini. Senonim dengan sifat 'bergopoh gapah' dan melebihi batas, ramai diantara kita kurang berminat untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu. Hanya sedikit yang menyedari hakikat bahawa ini semua adalah ujian sementara hidup di muka bumi. Hanya sedikit yang bersedia mengorbankan hawa nafsu. Hanya sedikit yang meletakkan agama melebihi kuasa, harta dan pangkat.

Manusia inilah yang akan selamat. Selain daripada golongan ini, semuanya akan ditawan oleh dunia. Manusia yang sedikit inilah yang berjaya melepaskan diri dari menjadi pecacai Yakjuj dan Makjuj. Selain dari itu, semuanya secara tidak langsung bertukar watak menjadi sebahagian dari Yakjuj dan Majuj ini. Seperti kata pengkaji fenomena akhir zaman, Sheikh Imran Hosein dalam salah satu ceramahnya. Jika kita memuja Yakjuj dan Makjuj dan hidup selesa sebagaimana mereka anjurkan maka kita akan ditarik masuk menyertai kumpulan Yakjuj dan Makjuj, kita makan apa yang mereka makan, kita pakai apa yang mereka pakai.

Kita akan hidup seperti mereka dalam setiap aspek kehidupan. Kita tertarik dan begitu ingin menjadi seperti mereka. Kita bangga menggunakan bahasa mereka, kita kagumi kejayaan mereka, kita selesa perpakaian sepertimana mereka. Kita meniru gaya hidup mereka. Akhirnya kita percaya terhadap falsafah dan setiap kata mereka. Dalam tidak sedar kita telah mengangkat mereka sebagai idola dan contoh kehidupan untuk diikuti.
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". (Riwayat Muslim)
Seperti yang beliau (Syeikh Imran) sebutkan, jika dibayangkan 99.9 peratus manusia adalah Yakjuj dan Makjuj, berapa ramaikah lagi yang tinggal untuk menjadi pengikut Imam Mahadi? Jelasnya, memang hanya sedikit sahaja. Bilangan pengikut Imam Mahadi tersangatlah sedikit iaitu manusia beriman (0.1 peratus). Ratio (kadar) yang boleh diperkirakan ialah, hanya seorang yang beriman di kalangan 1000 orang manusia.
"Sesungguhnya Allah berfirman pada han kiamat: Hai Adam, bangunlah, siapkanlah sembilan ratus sembilan puluh sembilan keturunanmu untuk ditempatkan ke dalam neraka, dan satu di antara mereka itu akan ditempatkan ke dalam syurga." (Ketika Rasulullah SAW menerirna firman Allah ini kemudian menyampaikannya kepada para sahabat), Rasulullah SAW menangis terisak-isak, demikian pula para sahabat lainnya, lalu beliau bersabda: "Angkatlah kepala kamu semua. Demi Tuhan yang menguasai jiwaku. (jika dibandingkan) dengan umat-umat Nabi yang lain, maka umatku bagaikan sehelai bulu putih (yang terdapat) pada kulit lembu jantan yang berbulu hitam".
(HR. Tabrani).
Adakah anda juga ikut menangis mendengar berita tersebut? Begitulah malangnya manusia akhir zaman ini. Jelas terbukti hanya sedikit sahaja yang akan selamat dari neraka Allah. Mahukah kita terus menerus mengikut cara hidup Yakjuj dan Makjuj dan akhirnya menjadi sebahagian dari mereka? Kita terdiri dari makhluk di akhir zaman ini, selain dari terpaksa menghadapi Dajjal, kita juga akan dimusnahkan oleh Yakjuj dan Majkjuj. Ini hanyalah sebuah peringatan untuk kita semua insafi, bukan bermaksud untuk memaksa anda.

Contoh, jika seluruh penduduk dunia berjumlah 10 billion orang, 10 juta orang sahaja yang menjadi pengikut Imam Mahadi nanti. Mampukah 10 juta orang beriman ini menentang 10 billion orang Yakjuj dan Makjuj selain dari Dajjal itu sendiri? Selain dari itu, kita sendiri belum pasti adakah kita termasuk di kalangan mereka "yang sedikit" itu. Tetapi harus di ingat bahawa golongan ini akan menghadapi sesuatu musibah yang sungguh dahsyat.
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. (Riwayat Tirmizi)
Bersedialah menyertai kumpulan ini dan teruslah berdoa agar, kita termasuk di kalangan "golongan yang sedikit" tersebut kerana Yakjuj dan Makjud bakal menghuni neraka, Nauzubillah.
Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat"? Nabi saw. menjawab, “Mereka adalah jamaah".
(Ada yang membuat tafsiran "jemaah" itu bermaksud Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, namun ia tentu sekali bermaksud mereka yang berkasih sayang antara sesama Muslim - kefahaman kami).
Bagi pengkaji peristiwa akhir zaman, bukanlah mudah untuk menilai dan mengagak peristiwa yang bakal terjadi, namun atas keinsafan dan ketakwaan yang kuat pastinya mendapat petunjuk. Lihatlah dengan hati yang suci bersih dan insaflah dengan sebenar-benarnya. Perkara utama yang wajib ada di antara kita ialah sifat "kasih sayang" dan menjauhi tindakan "memutuskan tali persaudaraan" sesama Islam walau dalam keadaan apa sekali pun.

Meninjau kembali sejarah Tanah Di Hujung Dunia iaitu Tanah Melayu tercinta ini, entah kenapa, bumi Melayu tidak dimusnahkan oleh pelbagai bencana alam sebagaimana negara lain, malah tidak juga menjadi mangsa serangan kaum Monggol yang ganas tersebut di era penaklukan mereka. Allah sengaja menghalang kemusnahan sebagaimana Tanah Arab. Mungkin sengaja ditangguhkan seketika untuk kemudian hari? Ataupun sememangnya bukan ditakdirkan menjadi mangsa sehina bangsa Arab pada zaman itu.

Masihkah kamu enggan bersyukur atas nikmat Allah ini? Janganlah jadi manusia yang kufur nikmat. Siksa Allah amatlah pedih.

Berbalik kepada situasi semasa, tidak mustahil kita juga akan terdedah kepada fenomena luar jangka. Menjadi mangsa kepada serangan penjajah dalam bentuk baru (??). Tidak mustahil pula kita bakal menjadi makanan kaum "Monggol" selepas ini - yang telah bertukar bentuk (??). Sila fikirkan.

Sebelum ini kami pernah membangkitkan sebuah pandangan bahawa Yakjuj dan Makjuj itu adalah makhluk berktrampilan dan bergaya dari benua Eropah dalam sebuah artikal di blog ini. Namun setelah mengkaji semula berdasarkan beberapa nas berkaitan makhluk ini, kami merasakan ada sesuatu yang ganjil atau kelompangan. Seperti ada kecacatan sedikit kerana apa yang digambarkan oleh nas-nas tersebut, makhluk ini sangat ganas melebihi binatang. Rasulullah saw sendiri menggambarkan ketakutan yang amat sangat selelah mendapat petunjuk mengenainya. Siapa sebenarnya mereka?
“Telah mulai terbuka hari ini dari dinding YAKJUJ DAN MAKJUJ sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).
Kami terus membuat kajian dan menemui beberapa penulisan yang menarik untuk dianalisa secara mendalam. Antaranya ialah sebuah tulisan ilmiah "Hancurnya Sebuah Peradaban" karya Thoriq Ahmad (disiarka di bawah). Selain dari itu, banyak lagi artikel seumpamanya sempat kami baca. Ini membuatkan kami lebih berani membuat kesimpulan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah makhluk jahat yang berduyun-duyun turun menghancurkan peradaban dunia. Kejahatan mereka dalam bentuk pelbagai.

Kejahatan mereka tertakluk kepada keadaan. Kebanyakannya memang diluar tahap pemikiran manusia. Lebih sesuai disebut di luar jangkaan. Kali ini (kemungkinan yang terakhir) bukan sahaja peradaban dunia yang akan mereka rosakkan tetapi juga peradaban kemanusiaan. Tauhid akan cuba dimusnahkan dari jiwa manusia. Mereka juga akan membawa keraguan kewujudan "TUHAN" malah mengangkat nafsu manusia itu sendiri sebagai tuhan. Sudah nampak apa yang ada di sekeliling kita? Tandanya, ia telah pun bermula.

Dunia belum kiamat, tentunya Yakjuj dan Makjuj akan datang lagi buat kesekian kalinya. Mereka tidak turun hanya sekali seperti mana yang selalu kita dengar. Air tasik diminum oleh mereka (golongan sebelumnya) dan setelah kering nanti, datang pula kumpulan berikutnya dan mengatakan "dulu tasik ini dipenuhi air". Tasik Galilee atau Tasik Tiberias menjadi indikator penting masa kedatangan Dajjal, Makjuj dan Makjuj (kumpulan terakhir) dan juga Nabi Isa as. Sekarang Yahudi Palsu (Kazaria) sedang mengeringkan tasik tersebut dengan rakusnya. Mereka juga adalah berasal kaum Yakjuj dan Makjuj ini. Saka baka Monggol juga. Mereka berpecah kepada dua puak, satu ke Barat dan satu lagi ke Timur.

Yahudi Kazar (Yakjuj Makjuj gelombang kedua) ini bakal diserang pula oleh Yakjuj Makjuj kumpulan terakhir di bumi Palestin? Siapa pula Yakjuj dan Makjuj akhir zaman ini? Teruskan berfikir.

Sementara itu cuba kita lihat ada sesuatu keganjilan yang disebut di dalam nas, dua nama yang bercantum. Pertama Yakjuj dan kedua ialah Makjuj. Adakah ia tidak membawa apa-apa makna terselindung? Semua itu tetap menjadi misteri, bagaimana keadaan sebenarnya akan terus mengasak pemikiran kita semua.

Berduyun itu maksudnya jumlah yang amat banyak. Meluru turun bermaksud pantas menuruni dari kawasan atas ke kawasan bawah secara berlumba-lumba. Apa pula indikasi yang boleh kita kaitkan Monggol dan Barat dengan Yakjuj dan Makjuj? Jika puak Khazar Zionis melalui gerakan penjajahan Barat, kita mungkin dapat menerimanya dengan mudah kerana kini mereka sudah pun bermukim di Bumi Palestin.
“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96
“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “Negeri” adalah Baitul-Maqdis,“Yakjuj dan Makjuj” adalah Yahudi (Khazars), dan “Meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Yakjuj dan Makjuj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.
dipetik dari artikel Imran Hosein.

Adakah Yakjuj dan Makjuj kumpulan terakhir ini juga ada kaitan dengan Yahudi Khazar? Mereka asalnya dari satu induk walau berlainan nama. Terkini, mereka sedang melalui proses terakhir untuk kembali kepada sifat asal mereka (makhluk perosak). Mereka bakal menjadi manusia penakluk yang baru. Keadaan menjadi semakin kompleks bila seluruh manusia mengikut cara, etika dan falsafah mereka serta bernaung di bawah kekuasaan mereka. Pembongkaran mengenai siapa mereka mungkin terpaksa dilakukan pada masa yang lain.

Apa yang boleh kita faham, Yakjuj dan Makjuj adalah dua perkataan begandingan. Ia bermakna dua puak. Puak pertama Yakjuj dan puak kedua ialah Makjuj. Sebab itu di sebut "Yakjuj wa Makjuj". Perkataan "wa" dalan Bahasa Arab itu bermaksud "dan". Dalam perkhabaran Hadis dan alQuran ia diucapkan sekaligus iaitu gabungan keduanya. Terpecah tetapi satu. Adakah mereka bergabung antara keduanya atau dua jenis manusia berlainan kumpulan tetapi mempunyai kebuasan yang sama? Jawapannya tentu sekali 'tidak'.

Bangsa Tartar atau Monggol ini adalah orang gasar. Tindakan mereka juga kasar dan ganas. Serangan brutal membumi hanguskan semua negara yang diserangnya. Sementara pihak Barat membawa pendekatan berbentuk muslihat dan tipu daya. Melakukan provokasi, konspirasi berstrategi dan dusta. Merekalah yang mencipta perang dunia melalui muslihat jahat. Mereka kedua yakni Yajkuj dan sepupu mereka Makjuj tidak pernah berganding bahu merosakkan muka bumi. Jadi bagaimana kita hendak ulas mengenai bangsa Yakjud dan satu lagi bangsa Makjuj? Atau Gog and Magog.

Ada satu fakta yang menarik. Sila baca di sini dan di sini. Kita akan lihat ada sesuatu maklumat di sana yang membolehkan kita mula berfikir untuk mengenali dua puak sejiwa ini.

Yang paling menarik ialah:
"Tapi Allah telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya sedari mula.Proses ini berterusan hari demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “Insya Allah, esok kita akan dapat membolosinya”.
Pada esoknya, mereka akan mendapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka telah tinggalkan sebelum itu, dan setelah memecahkan bakinya itulah mereka akan keluar" (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah).

Kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah anak Adam juga, iaitu dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramai, iaitu "9 kali" lebih ramai berbanding bilangan "manusia" di atas muka bumi. Manusia di sini bermaksud orang yang beriman.

Kita dapat lihat ada maklumat yang boleh mambantu kita faham kenapa Monggol itu satu dari kaum Yakjuj Makjuj. Mereka berasal dari kaum Turk yang menghuni utara Asia. Buat waktu ini tak dapat lagi dipastikan sama ada Monggol itu Yakjuj dan Barat itu Makjuj. Tetapi sebilangan pengkaji Barat menyatakan bangsa mereka (Eropah) berasal dari kaum "GOG". Lupakan dahulu mengenainya. Apa yang kami cuba bangkitkan ialah mengenai ungkapan " “Insya Allah, esok kita akan dapat membolosinya”. Apakah maksudnya?

Maksud tersembunyi ayat ini ialah perkataan "Insya Allah". Adakah mereka sudah mengenali Allah sehingga mampu menyebut perkataan tersebut? Bukankah mereka kaum yang kasar, ganas dan primitif sehingga tidak dapat difahami perkataan mereka? Malah mereka terdiri dari kaum pagan. Hanya orang yang percaya kepada kekuasaan Allah atau beriman dengan kekuasaanNya sahaja yang akan mengucapkan perkataan "Insya Allah" ini. Ayat tersebut membayangkan ada sesuatu tanda di sebaliknya. Ia tidak akan disebut secara sia-sia.

Jika perkataan "Insya Allah" itu tidak disebut, tembok Zulqarnain tentu masih kekal di sana sehingga hari ini. Yakjuj atau Makjuj juga tidak akan keluar sehingga sekarang. Begitulah cantiknya bahasa alQuranul Karim dan juga perkhabaran dari Baginda Rasulullah saw./Musafirlalu

BERSAMBUNG
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular