Translate

Senarai Blog Saya

Khamis, 23 April 2015

Yakzuk Dan Makjuk : Hukum Manusia Lebih Baik, Hukum Allah Adalah Zalim . (Bhg 7)



Sementara itu, gulungan sahabat kepada makhluk ini telah dengan mudah diperdaya, mereka dengan senang hati mengiktiraf fahaman ini sebagai satu pemodenan dan peradaban dan akhirnya menjadi agama mereka tanpa mereka sedari. Dengan itu mereka akan terus tersesat di dalam hayalan dan pemikiran palsu. 

Bagi mencapai kepuasan hidup, mereka akan bersungguh-sungguh berusaha mengumpul sebanyak-banyak harta kekayaan agar dapat berhibur disana sini mencari keseronokan. Sanggup menghalalkan penipuan dan kezaliman kerananya. Hukum agama sering diperbahaskan untuk mempersetujui pandangan mereka.

Walaupun mereka asalnya bukan makhluk perosak yang sebenar, tetapi kini telah bersatu dan bersubahat menjayakan corak pemikiran dan budaya yang di imani oleh makhluk perosak berkenaan. Memuja dan memuji apa sahaja yang telah dilakukan oleh idola mereka. 

Sering meniru dan menggayakan cara hidup yang disangkakan moden dan mewah itu. Amat malang bagi mereka yang tidak bernasib baik, iaitu mereka yang gagal mencapai kekayaan walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh. 

Mereka menyalahkan nasib dan takdir atas kegagalan itu. Mereka juga ikut terpedaya hinggakan terpaksa melakukan tindakan agresif termasuk jenayah. Terjadilah persengketaan, permusuhan, marah serta dendam terhadap sebahagian yang lain iaitu golongan yang berada. Saling salah menyalahkan dan tuduh menuduh. Inilah racun "fitnah" seperti yang dimaksudkan oleh alQuran dan hadis.

Golongan "berada" hidup dalam keadaan serba mewah. Segolongan lagi hidup menderita (lihatlah keadaan rakyat negara Afrika). Mereka yang kaya raya itu sentiasa berfikir untuk menambah kekayaan mereka. Mengutamakan diri dan keluarga mereka semata dan tidak berminat untuk membantu orang yang tidak bernasib baik atau gulungan yang sengsara. Tergamak membiarkan manusia lain kelaparan dan mengemis hanya kerana terlalu sayang kepada harta benda mereka dan bimbang kekayaan mereka akan terhakis jika membantu. 

Sekiranya terpaksa juga menyumbang, perlulah diteliti "apa yang mereka akan dapat" sebagai balasan. Keikhlasan hanya bermain dihujung lidah tidak meresap kedalam hati. Zakat tentu sekali akan dihindari seberapa boleh kerana takut kepada kemiskinan yang bakal mengurangkan kepuasan dan keseronokan mereka.
Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".
Golongan miskin sering dihina dicaci dengan kata-kata tidak sopan seperti malas dan bodoh. Mereka tidak pernah rasa bersalah atas sikap tamak dan bakhil mereka itu. Malah merasa sakit hati dan cemburu pula bila melihat ada orang lain yang lebih mewah dari mereka. Hidup bagi mereka hanya dinilai dari segi kedudukan dan kebendaan.

Lihatlah kerosakan yang berlaku amatlah dahsyat. Hanya kerana terbawa-bawa cara hidup makhluk perosak itu. Ramai yang tidak sedar kemusnahan kemanusiaan yang mereka turut lakukan sebagai ikutan terhadap apa yang dibawa oleh idola mereka. Mereka juga adalah manusia dari kalangan Yakjuj dan Makjuj kerana mempunyai sifat yang sama iaitu merosakkan.
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demisejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". (Riwayat Muslim)
Sebab itulah ia mempnyai dua nama tetapi bersamaan bentuk. Mereka ini bukan dua bangsa atau negara, sepertimana yang biasa difahami sebaliknya mereka terdiri dari dua golongan pemusnah. Yakjuj dan Makjuj. Makhluk perosak utama ialah Yakjuj atau Gog dalam kitab Injil dan Taurat. 

Sementara para pengikut atau yang bersubahat (pengamal ajaran mereka) dipanggil Makjuj atau Land of Magog. Dalam kitab lama ia tidak disebut Gog dan Magog tetapi Gog dan Land of Magog. Maksud Land of Magog ini lebih kepada menunjukkan golongan "rakyat" atau "pengikut" fahaman kumpulan Gog tadi.

Di dalam kitab suci alQuran hanya disebut sebagai makhluk perosak dan tidak dinyatakan samada mereka itu manusia atau bukan sehingga terjadi banyak perselisihan pandangan. Walau bagaimana pun perkataan "kaum" yang disebutkan alQuran itu adalah merujuk kepada sebilangan manusia.
Disokong pula oleh satu hadis yang menyatakan bahawa mereka adalah 999 dari 1000 orang manusia penduduk bumi adalah Yakjuj dan Makjuj yang akan menjadi penghuni neraka. Bersesuaian pula dengan hadis yang lain menyebut 999 dari 1000 anak cucu Adam akan menjadi ahli neraka dan hanya 1 sahaja yang berjaya memasuki syurga.

Dapat dilihat peranan Yakjuj atau "GOG" ini, mereka membina pelbagai rangkaian persatuan dan pertubuhan secara sulit untuk menjaga kepentingan mereka. Mereka menyusun strategi tanpa disedari oleh orang lain. Dari perlaksanaan rancangan tersebut lahirlah ramai "land of MAGOG" atau Makjuj. Hamba abdi mereka./Musafirlalu

BERSAMBUNG
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular