Translate

Khamis, 31 Disember 2009

Umno Rantau Panjang lumpuh

  Perhubungan Umno Kelantan sehingga kini dikatakan gagal mengambil sebarang langkah menyelesaikan krisis yang berlaku di bahagian Rantau Panjang.

Dua kumpulan yang sedang bertelagah iaitu diketuai Abdullah Mat Yassin dan Dato’ Mohd Zain Ismail kini masing-masing sudah mengisytiharkan ‘perang’.

Ini membuatkan Umno bahagian tersebut menjadi lumpuh daripada melakukan sebarang kegiatan untuk faedah rakyat.

Akibat kemelut yang tidak berkesudahan itu juga, bahagian berkenaan tidak dapat mengadakan sebarang mesyuarat ahli jawatan kuasa bahagian.

Ini kerana ketiadaan kesefahaman di antara kedua-dua kumpulan tersebut.

Anggota jawatankuasa Umno bahagian itu, Wan Yacob Wan Ismail berkata, apakah mereka mahu melihat ratusan cawangan Umno dalam bahagian ini ditutup, baru Umno negeri akan bertindak.

Beliau yang juga bekas Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) yang dipecat memberi amaran tidak teragak-agak akan bertindak meninggalkan parti jika pemimpin atasan menganggap perkara itu tidak penting.

Seorang lagi anggota jawatankuasa bahagian, Mohd Yakob Junoh turut kesal dengan sikap pemimpin Umno negeri, terutamanya Datuk Seri Mustapa Mohamed yang didakwanya tidak menangani kemelut yang berlaku di Rantau Panjang.

“Saya bimbang jika perkara kecil seperti ini tak dapat diselesaikan segera, keadaan keseluruhan Umno Rantau Panjang akan jadi punah,” katanya.

Beliau juga beranggapan hampir keseluruhan keluarga dan rakan-rakan PPM yang dipecat akan terasa tawar hati untuk memberi sokongan kepada Umno.

Katanya, tidak mustahil akan berlaku menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti. Lebih-lebih lagi kalau gesaan diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) diabaikan begitu saja.

Yakob berkata, seiring dengan EGM, pemilihan PPM secara mengundi patut diadakan. “Oleh kerana itu saya sekali mendesak semua PPM yang dilantik Abdullah meletak jawatan supaya pemilihan penghulu akan dibuat melalui pengundian,” katanya.

Sehingga kini team B masih mengadakan majlis penerangan atas nama ‘Pemantapan Umno Bahagian Rantau Panjang’ meliputi Dun Bukit Tuku, Dun Meranti dan Dun Gual Periok.

Sekarang pula beralih ke setiap mukim dengan nama majlis asyura.(Harakah)

Rabu, 30 Disember 2009

Selamat Menyambut Tarikh Lahir Buat Isteri.

Isteri dan anak (Ana dan Hana). Kenapa tidak disebut harijadi, kerana tarikh lahir dengan hari jadi mempunyai perbedaan bagi umat Islam. Apa yang kita ketahui ialah tarikh lahir, tetapi kita tidak mengetahui bila kita dijadikan oleh Allah s.w.t. walaupun 9 bulan dalam kandungan........... Renung dan fikir-fikirkanlah.

Putera Arab Yang Kaya......

Dalam senarai 10 individu terkaya di dunia, tiada seorang Islam pun yang yang tersenarai. Begitu juga dengan angka 20, tetapi hanya seorang sahaja yang tersenarai dalam 25 individu yang terkaya didunia, iaitu putera diraja Saudi. Beliau ialah AlWaleed Bin Talal, yang menduduki tangga ke 22 setelah jatuh daripada senarai ke 19 pada tahun 2008.
Dengan nilai harta sebanyak USD 13.3 bilion setelah mengalami kerugian sebanyak USD 8 bilion dalam syarikat pelaburannya, Kingdom Holding. Beliau yang berpendidikan barat, putera yang berfikiran liberal dikenali dalam dunia pelaburan daripada Citigroup sampai ke perhotelan di Afrika. Sahamnya jatuh sebanyak 60 % yang membawa kerugian sebanyak USD 7.7 bilion daripada kekayaannya. Ada desas desus yang mengatakan beliau bakal menjadi Raja Arab Saudi, tetapi telah dinafikan mengikut sumber daripada dari negara beliau. Bahkan ianya dinafikan sebelum berlakunya kegawatan ekonomi global lagi. Sekarang beliau mempunyai masalah yang lebih besar untuk berurusan dengan kerajaannya daripada berpolitik. AlWaleed pernah di gambarkan sebagai pembeli saham murah. Tetapi sejak Januari lagi terpaksa menjual USD 1 bilion saham, hartanah dan aset-aset yang lain. Sebahagian besarnya untuk melangsaikan hutang dan juga untuk mencairkan dalam bentuk tunai untuk pelaburannya. Pada malam musim panas Oktober lalu, AlWaleed mengenakan jubah coklat, iaitu pakaian rasmi Saudi dan hiasan di kepala. Beliau menaiki Boeing 747 miliknya di Terminal Udara Diraja Riyardh dan menuju ke barat pelabuhan Jeddah. Beberapa jam kemudian beliau menemui bapa saudaranya, Raja Abdullah dengan membawa model projek pembangunan Jeddah iaitu "Menara Kerajaan Jeddah", bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian direka melebihi 3,280 kaki. Kota Kerajaan Jeddah, dengan 1,750 hektar perumahan dan pembangunan komersil akan mengelilingi menara. Ia akan menjadikan Jeddah sebuah kota raya dan juga projek kebanggaan AlWaleed. Dengan ini, beliau akan memperolehi sekurang-kurangnya 20 % setahun. Dengan pinjaman bank di seluruh dunia hampir dihentikan, AlWaleed belum menamakan baki pelabur yang akan menyertainya sebanyak 40 % bahagian (beliau dengan 2 rakannya sebanyak 60 %) dengan projek bernilai USD 10 bilion. Tetapi projek tersebut telah tersasar selama 2 tahun, jadual untuk menyiapkan menara dijangka siap pada 2016. Beliau tetap optimis dengan projek kebanggaannya, walaupun penjualan saham terkini jatuh yang mengakibatkan kerugian USD 4 bilion (daripada kerajaan menjadi USD 8 bilion). Beliau berhati-hati menjelaskan tentang penjualan saham dengan mengatakan ianya perlu dibuat mengikut perjanjian pinjaman dengan bank. "Kami boleh menggunakan wang tunai, tetapi kami memutuskan untuk menjualkan aset", tegas beliau. Sisa kerugian USD 4 bilion daripada kerajaan berasal daripada kejatuhan nilai saham di Citigroup dan 14 lainnya dari barat dan juga syarikat-syarikat di Saudi, termasuk New Corp dan syarikat pengurusan Four Seasons dan Fairmont Raffles iaitu rangkaian hotel. Walau sekaya mana pun yang ada, umat manusia tidak akan dapat menandingi kekayaan yang Allah s.w.t. berikan kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. yang tiada tolak bandingnya. Baginda tetap merendah diri terhadap apa yang telah Allah s.w.t. kurniakan kepada baginda. Jangan kata kerajaan dan kekayaan, malah semua makhluk tunduk dengan baginda. Lihat dan renungkan bagaimana Allah s.w.t. menghilangkan kekayaan yang dikumpul oleh kerajaan dan jutawan di dunia. Dalam sekelip mata sahaja Allah s.w.t. mengambilnya dengan menurunkan bala ekonomi kepada dunia, sebagaimana Allah s.w.t. menurunkan bala tsunami pada lima tahun yang lepas. Mengikut kajian dan anggaran kerugian dalam kegawatan ekonomi global ialah dunia kerugian sebanyak USD 50 trilion bersamaan RM 170 trilion. Jika diangkakan ialah USD 50,000,000,000,000,000.00 atau RM 170,000,000,000,000,000.00. Ini bukan kerja manusia yang rakus tetapi adalah bala yang Allah s.w.t. turunkan........... Masih sedarkah kita.

Selasa, 29 Disember 2009

Fitnah Yang Nyata Dari Blog......

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan dua pegawainya dipecat di samping menafikan exconya, Datuk Husam Musa meletakkan jawatan. Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di kediaman Menteri Besar hari ini, beliau memberitahu niat setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haroun untuk meletakkan jawatan sudah lama dinyatakan. Ianya dibuat atas sebab Anual mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat beliau dan juga atas masalah kesihatan anak bongsunya yang harus deberi penumpuan.

------------------------------------------------------------

(Gambar: Nik Aziz dalam sidang medianya petang ini. Di kiri dan kanan beliau adalah Datuk Mohamad Daud-ketua dewan Ulama megeri dan Nik Amar - Timbalan Pesuruhjaya III)

-----------------------------------------------------------

Manakala setiausaha akhbarnya pula, Mohd Saiba Yaakob akan habis kontrak hujung bulan ini. Apa yang berlaku katanya bukan rombakan tetapi prosedur biasa lantikan politik apabila seseorang itu tamat kontrak.

Anual Bakhri mula memegang jawatan berkenaan pada tahun 1999 selepas Datuk Husam Musa mengosongkan jawatan berkenaan untuk bertanding dalam pilihanraya umum tahun berkenaan bagi mewakili Parlimen Kubang Kerian.

Manakala Mohd Saiba pula mula memegang jawatan berkenaan pada tahun 2003.

Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar. Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan beliau. “Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini. Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.” Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.” “Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau. Husam juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan. Malah juga diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu.(Harakah)

Mikhail D. Prokhorov Kembali Sebagai Individu Terkaya Di Rusia.

Pada tahun 2007, selepas ditangkap kerana dipercayai menjadi dalang pelacuran untuk tetamu di Alp, Perancis, ia mengundurkan diri dibawah tekanan daripada peranan utama di perusahan logam terbasar Rusia, lalu menjual saham-sahamnya.

Hari ini walaupun kekayaan bersihnya menurun sebanyak 51 % pada tahun terakhir. Itulah dia Mikhail D. Prokhorov, individu terkaya di Rusia dengan nilaian aset sebanyak USD 9.5 bilion.Sekarang terdapat 32 jutawan di Rusia dengan aset bernilai USD 102 bilion.

Dengan kejatuhan ekonomi global, ramai yang menjadi mangsa, diantara yang terkenal ialah Oleg Deripaska yang mengawal industri aluminium gergasi Rusia (UC Rusal). Dengan nilaian USD 28 bilion pada tahun lalu, ia kini turun menjadi USD 3.5 bilion. Vladimir Potanin bekas rakan kongsi Prokhorov di Norilsk Nickel, telah susut daripada USD 19.3 bilion pada 2008 menjadi USD 2.1 bilion sekarang.

Prokhorov berjaya dalam keuntungan dengan cara lain daripada bencana. Sampai sekarang beliau tidak mempunyai hubungan dengan politbiro di Moskow, yang masih memutuskan siapa yang akan hidup atau mati dalam perniagaan. Kerajaan Rusia tidak mempunyai cukup wang untuk menyelamatkan semua orang.

Syarikat swasta dan milik kerajaan telah berhutang lebih USD 100 bilion daripada negara asing tahun ini dan kerajaan ingin menjaga  kestabilan Rusia daripada jatuh ke anasir luar. Oleh itu jalan terbaik bagi Moskow ialah menjadikan Prokhorow sebagai kawan baik kepada Kremlin menurut Sergei Guriev, Dekan Univesiti di Moskow.

Isnin, 28 Disember 2009

25 Manusia Terkaya Di Dunia....

Seprti kita semua, orang terkaya di dunia telah mengalami bencana kewangan pada tahun ini. Hari ini ada 793 orang yang disenaraikan sebagai 'Worlds Billioner', 30 % penurunan dari tahun lepas.

Dari 1,125 yang terkaya pada kedudukan tahun lepas, 373 orang telah terkeluar daripada senaraian, 355 daripada kekayaan mereka menurun dan 18 orang telah meninggal dunia. Ada 38 pendatang baru, ditambah 3 orang yang kembali kesenarai selepas memperolehi kedudukan ke 10 teratas.

Ini adalah pertama kalinya sejak 2003 bahawa dunia telah memiliki kerugian bersih dalam jumlah keseluruhan. Diantara yang paling kaya di dunia, banyak juga yang terkeluar dari senaraian. Kekayaan bersih koletif mereka adalah USD 2.4 trilion, turun USD 2 trilion dari tahun lalu. Kekayaan bersih rata-rata mereka turun 23 % menjadi USD 3 bilion. Kali  terakhir adalah yang palin rendah sejak pada tahun 2003.

Bill Gates kehilangan USD 18 bilion, namun kembali merebut glaran sebagai orang terkaya di dunia. Warren Buffett, tahun lalu berada dikedudukan no. 1, melihat penurunan kekayaan USD 25 bilion setelah saham Berkshire Hathaway turun hampir 50 %, tapi ia masih berjaya menyelinap sebagai ke 2 terkaya. Bilioner telekomunikasi Mexico, Carlos Slim Helu juga kehilangan USD 25 bilion dan jatuh kedudukan ke 3 terkaya.


Sukar untuk menghindari, adakah anda berada di dalam pegangan saham, komuditi, hartanah atau teknologi. Bahkan orang-orang yang menjalankan perniagaan yang menguntungkan pun jatuh akibat oleh pasaran kredit yang membeku, pengeluaran konsumen yang lemah atau penurunan mata wang.

Ini adalah kejatuhan terbesar di dunia tahun ini bermula dengan dolar. Tahun terakhir bilioner terkaya dari India, Anil Ambani kehilangan USD 32 bilion, iaitu 76 % dari kekayaannya setelah saham daripada Reliance Communications, Reliance Power dan Reliance Capital semuanya runtuh.

Ambani adalah salah seorang daripada 24 individu yang terkaya di India, semua kecuali seorang daripada mereka lebih miskin daripada setahun yang lalu. Selain daripada itu, 29 milioner hilang status sepenuhnya setelah pasaran saham India merosot sebanyak 44 % dalam tahun terakhir dan Rupee India jatuh sebanyak 18 % berbanding Dolar. Tidak ada lagi tempat utama di Asia untuk jutawan, penyerahan gelaran itu jatuh ke China, yang telah mempunyai 28 individu yang terkaya.

01. Bill Gates 111, (AS) USD 40 bilion
02. Warren Buffett, (AS) USD 37 bilion
03. Carlos Slim Helu, (Mexico) USD 35 bilion
04. Lawrence Ellison (AS) USD 22.5 bilion
05. Ingvar Kamprad (Switzerland) USD 22 bilion
06. Karl Albrecht (German) USD 21.5 bilion
07. Mukesh Ambani (India) USD 19.5 bilion
08. Lakshmi Mittal (India) USD 19.3 bilion
09. Theo Albrecht (German) USD 18.8 bilion
10. Amancio Ortega (Sepanyol) USD 19.3 bilion
11. Jim Walton (AS) USD 17.8 bilion
12. Alice Walton (AS) USD 17.6 bilion
12. Christy Walton (AS) USD 17.6 bilion
12. S Robson Walton (AS) USD 17.6 bilion
15. Bernard Arnault (Perancis) USD 16.5 bilion
16. Li Ka-shing (Hong Kong) USD 16.2 bilion
17. Michael Bloomberg (AS) USD 16.0 bilion
18. Stefan Persson (Sweden) USD 14.5 bilion
19. Charles Koch (AS) USD 14.0 bilion
19. David Koch (AS) USD 14.0 bilion
21. Liliane Bettencount (Perancis) USD 13.4 bilion
22. Putera Alwaleed Bin Talal Alsaud (Arab Saudi) USD 13.3 bilion
23. Michael Otto & Keluarga (German) USD 13.2 bilion
24. David Thomson & Keluarga (Kanada)USD 13.0 bilion
25. Michael Dell (AS) USD 12.3 bilion

Ahad, 27 Disember 2009

Buat Dr. Hassan Ali contohilah Khalid Al Walid r.a......

 
Apabila tersebarnya SMS tang berleluasa di Selangor sekarang ini yang menyarankan agar PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat. Ini berkaitan dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Displin PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan bahawa ada kes untuk menghadapkan Dr Hassan Ali untuk tindakkan selanjutnya.

Dan dikatakan satu memorendun  akan diserahkan kepada Dr. Hassan Ali oleh pemimpin Umno. Maka berbagai pihak didalam PAS yang menuntut agar memorendon tersebut tidak dilayan dan ada yang menyatakan sebaliknya pula.

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Hassan Ali bahawa beliau tidak sesekali akan meninggalkan PAS, walau apa pun tindakkan yang akan dikenakan oleh Lembaga Displin PAS terhadapnya. Jika beliau digugurkan atau dipecat daripada parti, tidakkah itu satu berita gembira buat musuh-musuhnya didalam PAS.

Oleh kerana matlamat musuhnya di dalam PAS dan PR sudah tercapai, kenapa sampai ada suara-suara amaran agar beliau tidak menerima memo tersebut. Tidakkah tindakkan ini satu perkara yang luar biasa dan apakah hak musuh-musuhnya untuk masuk campur sekiranya beliau disingkirkan dari PAS.

Bagi pendapat peribadi saya, tiada siapa yang boleh melarang atau menyokong halatuju politik beliau setelah cita-cita musuh-musuhnya untuk menghancurkan karier politik beliau berjaya.Bagi pejuang sejati parti Islam (PAS) yang meletakkan al-Quran dan Hadith sebagai perlembagaan tertinggi, jawatan bukanlah matlamat.

Sebagaimana yang berlaku kepada Panglima Islam, Khalid al-Walid r,a, yang telah dilucutkan jawatannya oleh Khalifah Umar r,a, menjadi tentera biasa yang tiada berjawatan. Beliau tidak cepat melatah dengan tindakkan yang drastik itu, malah semangat beliau bertambah berkobar-kobar untuk terus berjuang.

Seandainya Dr. Hassan Ali dipecat daripada parti, maka dengan sendirinya bai'ah beliau kepada parti PAS akan tergugur dengan sendirinya kerana beliau tidak keluar parti tetapi dipecat. Tetapi beliau menafikan akan melakukannya jita beliau digantung atau digugurkan ataupun dipecat.

Sikap beliau ini pasti akan mengecewakan musuh-musuhnya yang terlalu lantang menghentam dan mengkritik beliau. Bagi saya sikap ini patut dipuji walau apa pun tindakkan yang akan dikenakan oleh beliau. Beliau tetap komited untuk bersama-sama dengan perjuangan PAS.

Ini tidak bermakna saya menyokong ataupun membantah tindakkan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Apa yang saya mahukan ialah PAS akan tetap kukuh dan diperkasakan lagi dalam menghadapi Umno/Bn. Apa yang penting bagi PAS ialah para pendokongnya tetap bersama-sama merapatkan saf.

Kerana kita berjuang bukan kerana hendak mencari nama atau jawatan atau kekayaan tetapi semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t.............. Selamat berjuang dalam menghadapi musuh yang nyata dan dalam selimut.

Sabtu, 26 Disember 2009

Cubaan Serangan Keatas Pesawat Penumpang Amerika...

<span class=
Pemburuan sedang dilakukan di pusat bandar London selepas seorang lelaki yang disyaki ada kaitan dengan al-Qaeda yang dipercayai cuba meletupkan sebuah pesawat Transatlantik, Scotland Yard berkata hari ini. Mahasiswa dari Nigeria itu cuba menyalakan peranti agar Northwest Airlines siap mendarat di Detroit. Polis mengenal pasti suspek, Umar Farouk Abdul Mutallab, 23. Dan difahami dia adalah seorang mahasiswa teknik di University College London. Dia diketahui oleh penumpang dan anak kapal yang mencium bau asap dan mendengar apa yang terdengar seperti letupan, kata para pegawai persekutuan. Keselamatan telah dipertingkatkan lapangan terbang-lapangan terbang British untuk penumpang yang terbang ke AS, kata Jabatan Pengangkutan. Seorang pegawai berkata, seorang lelaki mengaku telah di perintahkan oleh al-Qaeda untuk meletupkan pesawat di atas bumi AS. Seorang jurucakap Scotland Yard berkata:" Kita berada dalam kerjasama penting dengan pihak berkuasa AS. Pemburuan telah dilakukan pada alamat yang diperolehi di pusat bandar London". Hal ini difahami daripada sumber-sumber keselamatan bahawa polis dan badan perisik British MI5 ingin untuk mencari maklumat "sebagai satu masalah yang serius" untuk mengetahui waktu yang ia habiskan di UK. Hal ini diyakini bahawa kakitangan dan sumber tambahan telah ditugaskan untuk siasatan sebagai masalah mendesak dan serius yang perlu diutamakan, adalah untuk menyemak sama ada ia telah terlepas dari pandangan siasatan. Penerbangan 253 dengan 278 penumpang dan 11 anak kapal itu berada sekitar 20 minit dari arahan ketika penumpang mendengar bunyi letupan, kata saksi. Setidaknya satu orang naik atas orang lain dan melompat pada lelaki itu. Tak lama kemudian, lelaki yang ditangkap itu dibawa ke depan pesawat dengan seluar panjang dipotong dan kakinya terbakar, kata seorang penumpang. Polis mengatakan luka terbakar di kakinya berpunca daripada letupan. Presiden Barrak Obama, yang sedang bercuti di Hawaii, telah mendapat maklumat mengenai situasi dan aktiviti pemantauan tersebut. Salah seorang pegawai perisikan AS mengatakan bahan letupan adalah campuran serbuk dan cecair. "Kedengarannya seperti letupan didalam bantal", kata Peter Smith, seorang pelancong dari Belanda. "Pertama ada pop dan kemudian (ada) asap".
Smith mengatakan seorang penumpang duduk berhadapan dengan laki-laki yang memanjat ke atas orang lain, menyeberangi kumpulan dan berusaha untuk menawan seorang lelaki.
Syed Jafri, seorang penumpang lain, mengatakan ia melihat cahaya dan menghidu bau asap. Lalu ia berkata, "seorang pemuda dibelakangku menyerangnya". "Kemudian yang anda tahu, keadaan menjadi panik", kata Jafri. Rumah Putih mengatakan yang mereka percaya bahawa hal itu satu cubaan pengganas, dan langkah-langkah keselamatan ketat yang dikenakan pada syarikat penerbangan. Itu tidak menentukan apa yang mereka jangkakan. Peristiwa yang telah mengemparkan British iaitu "pengebom kasut" Richard Reid, yang berusaha menghancurkan sebuah penerbangan TransAtlantik pada 2001 dengan bahan letupan disembunyikan di kasutnya, tapi dapat dihalang oleh penumpang lain. Reid sekarang ini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup. Mutallab sedang disoal siasat sekarang ini. Seorang pegawai perisikan mengatakan dia ditahan dan dirawat di hospital. Penerbangan 253 bermula di Nigeria dan pergi melalui perjalanan Amsterdam ke Detroit. Di British, seorang jurucakap Jabatan Pengangkutan berkata, "Sebagai tanggapan atas peristiwa di Detroit, kerajaan AS telah meminta langkah-langkah tambahan yang lebih ketat dikenakan setiap kali penerbangan ke AS.
"Kami memantau keadaan dan akan membuat penilaian seperti yang diperlukan dalam perkembangan ini". Walaupun keselamatan lapangan terbang awam tetap sama, dengan tidak ada perubahan untuk bagasi dan sekatan cecair, penumpang yang ingin ke AS akan dikenakan lebih banyak pemeriksaan di pintu masuk sebelum menaiki penerbangan. Operator lapangan terbang BAA mengatakan dalam sebuah kenyataan. "Penumpang yang melakukan perjalanan ke AS harus bekerjasama dengan syarikat penerbangan mereka untuk melakukan pemeriksaan keselamatan tambahan sebelum berlepas. "Untuk menghadapi perkara penting ini, yang akan memakan masa, kami akan menyarankan penumpang untuk meluangkan lebih banyak masa untuk pemeriksaan dan menghadkan jumlah bagasi yang akan dibawa ke pesawat. Jika ragu-ragu, sila hubungi syarikat berkenaan untuk maklumat lanjut". Seorang jurucakap polis di lapangan terbang Schiphol di Amsterdam enggan memberi komen tentang prosedur keselamatan di lapangan terbang. Schiphol, salah satu lapangan terbang tersibuk di Eropah dengan banyak penumpang transit dari Afrika dan Asia ke Amerika Utara, Eropah menguatkuasakan secara ketat termasuk peraturan keselamatan dan hanya membenarkan sejumlah kecil cecair di beg tangan yang harus diletakkan didalam beg plastik lut sinar. Tidak ada yang luar biasa mengenai penerbangan itu sampai pada pendekatan akhir ke Detroit, kata jurucakap pentadbiran penerbangan persekutuan, Elizabeth Isham Cory. Itu adalah ketika juruterbang menyatakan keadaan kecemasan, katanya. Menurut syarikat yang dimiliki oleh delta, dengan lapan pramugari dan tiga pilot didalam pesawat. FBI dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri mengeluarkan nota perisikan pada 20 November mengenai potensi ancaman untuk musim percutian. Pada waktu itu, para pegawai mengatakan mereka tidak mempunyai maklumat khusus mengenai rancangan serangan oleh al-Qaeda atau kumpulan pengganas lain. Pada tahun 2003, pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden mengedarkan rakaman di internet menyerukan agar Muslim di Nigeria yang kaya minyak untuk bangkit melawan salah salah satu "rejim yang menjadi budak AS". Keselamatan di Nigeria, dua lapangan terbang antara bangsa utama di ibu negara, Abuja dan Lagos tetap menjadi perhatian. Polis berseragam sering sibuk menjaga penumpang dan pemandu teksi keluar dari lapangan terbang. Bungkusan akan melalui scanner x-ray dan mereka yang menunggu termasuk penumpang biasanya mesti melalui pemeriksaan untuk mencari bahan letupan pada penumpang dan pada beg tangan atau kasut. Di pintu masuk, pekerja syarikat penerbangan akan memeriksa lagi melalui pengesan logam di tangan.

Bapa Mentua Noordin Mat Top Di Tahan.....

Polri menegaskan di sini Jumat bahawa mereka telah menangkap Bahrudin Latif, alias Baridin, salah satu daripada ayah-mertua yang dibunuh pemimpin pengganas Malaysia Noordin M. Top di sebuah desa nelayan Jawa Barat. "Kami mengesahkan maklumat tentang penangkapan Baridin. Polis tertangkap dia di Kabupaten Garut, Jawa Barat, pada Rabu pagi, jam 5 pagi," wakil jurucakap polis INSP. Agung Sulistyo Ishak kepada Antara pada hari Jumaat. Noordin M. Top, yang tewas dalam penggerebekan polisi di sebuah rumah di Kuantan September lalu, Jawa Tengah, menikahi putri Baridin, Arina. Arina adalah Noordin isteri ketiga. Baridin pergi bersembunyi selepas polis menangkap suspek pengganas di Zuhry Saefudin Nusawungu, Cilacap, bulan Jun lalu. Kemudian polis menemui bahan letupan di kebun Baridin rumah di Cilacap. Polis berkata dahulu bahawa telah Baridin menyamar sebagai nelayan di Garut, selama berbulan-bulan sebelum mereka menangkapnya pada Kamis pagi. Tempointeraktif.com melaporkan bahawa Baridin bekerja sebagai nelayan di desa Pamalayan, Cikelat kabupaten, Kabupaten Garut. Ini dekat dengan Badan Antariksa Nasional (LAPAN) melancarkan roket halaman. TVOne melaporkan dahulu bahawa polis menangkap Baridin di Jawa Barat pantai selatan, di sempadan antara Barat dan Jawa Tengah. Antara melaporkan orang-orang di desa Baridin Pasuruan, di Binangun kabupaten di Kabupaten Cilacap, Jawa Tengah, menyambut penangkapannya. "Kami merasa lega selepas mengetahui berita bahawa Pak Baridin telah ditangkap agar masalah keganasan tidak akan lagi awan desa kami," kepala desa Pasuruan Suseno Watim dikutip oleh Antara mengatakan. Watim mendakwa bahawa orang-orang di Pasuruan telah berulang kali mendesak keluarga Baridin memintanya untuk menyerah kepada polis. "Dengan penangkapan, kami berharap bahawa hukum akan menyelesaikan masalah ini," katanya. Namun, polis dan pemerhati telah memberi amaran bahawa sel-sel pengganas di seluruh negeri masih aktif merekrut ahli dan perancangan serangan di masa depan walaupun Baridin penangkapan dan kematian pada awal tahun ini dari beberapa top buronan. "Kematian * pengganas paling anda cari * * Noordin M. Top * tidak menghentikan pengganas ini," kata Kepala Detasemen Khusus 88 Brigjen. Jeneral Tito Karnavian. "Penyelidikan kami menunjukkan sel-sel yang tersisa masih aktif hari ini." "Kita harus ekstra hati-hati, kerana skala kecil bahkan konflik horizontal antara Muslim dan non-Muslim bisa dengan mudah berubah menjadi kegiatan keganasan," kata Tito. Dia menambah polis juga berjaya menjejaki pembiayaan kegiatan pengganas kembali kepada penderma asing. Tito mengatakan polis saat ini berusaha untuk de-radikal orang yang terlibat dalam kegiatan pengganas, menambah program de-radikalisasi adalah kekuatan harapan utama untuk pembongkaran fahaman radikal. Noordin merupakan tersangka utama di balik Julai 17 JW Marriott dan hotel Ritz-Carlton pemboman di Kuningan, Jakarta Selatan, ketika lima orang terbunuh dan 55 luka-luka. Beliau juga secara luas dipercayai bertanggungjawab atas pengeboman kelab malam Bali tahun 2002 yang menewaskan 202 orang, kebanyakan pelancong asing. Tito juga mengatakan kemungkinan konflik masyarakat tempatan di beberapa titik panas di seluruh negeri boleh menjadi asas yang ideal untuk sel-sel baru untuk merekrut pengikut dan melancarkan serangan pengganas.

Ulang tahun ke 5 Bencana Tsunami

Sebuah gempa kuat jauh di bawah laut di kawasan timur Indonesia pada hari Sabtu, tapi tidak ada laporan akan kerosakan atau kecederaan, kata para pegawai. Gempa bumi berkekuatan awal 6,0 berlaku pada ulang tahun kelima gempa lain yang melahirkan tsunami Asia yang menewaskan 230.000 orang tewas di berbagai negara di tepi Lautan Hindi. The 26 Disember 2004 tsunami dipicu oleh berkekuatan 9,2 gempa bawah laut dari pulau Sumatra Indonesia. Sabtu gempa berada di kedalaman 35 batu (57 kilometer), terlalu jauh di bawah permukaan bumi menyebabkan tsunami, kata Bahasa Indonesia Badan Meteorologi dan Geofizik Paulus ahli seismologi Prihandoyo. Gempa mempunyai pusat gempa sekitar 165 batu (270 kilometer) di utara Saumlaki dan sekitar 1.680 batu (2.700 km) timur ibukota Jakarta, US Geological Survey said. Penduduk di Brebes mengatakan gempa panik orang dan menyebabkan pemadaman listrik, tapi tidak ada laporan kerosakan atau kecederaan. Indonesia duduk di atas siri garisan kesalahan yang membuat negara kepulauan yang luas salah satu yang paling rawan gempa tempat di dunia. Sebuah gempa berkekuatan 7,6 dari Sumatera Barat 30 September dan menewaskan ratusan orang dan menjatuhkan ratusan rumah dan bangunan.

Majlis Pelancaran Briged Pengguna Bestari.........

Untuk maklumat semua wartawan dan blogger, anda dengan segala hormatnya dijemput kemajlis pelancaran Briged Pengguna Bistari PAS Perak. Ia akan diadakan pada jam 12 tengah hari 27/12.09 di bilik mesyuarat pejabat PAS Perak Medan Istana, Ipoh, Perak.

Majlis tersebut akan disempurnakan oleh Y.B. Datuk Mahfoz Omar, Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat. Oleh itu kehadiran anda amat-amat dialu-alukan dan buat blogger PAS, tolong panjangkan kepada semua wartawan dan bloggers.


Rabu, 23 Disember 2009

PM : Bila Bersara Baru Berkokok......

Bekas-bekas mantan PM bernai berkokok setelah bersara, sebiji macam bekas-bekas presiden Amerika. Mereka hanya nampak apa yang telah mereka lakukan selepas mereka bersara. Itulah sikap Umno yang hanya berani setelah tiada apa-apa jawatan lagi didalam kerajaan. Lihatlah Mahathir selepas bersara, beliau boleh bercakap tentang Suruhanjaya Diraja apabila ada pihak mempertikaikan wang sebanyak RM 100 bilion yang dibelanjakan semasa rejim beliau. Beliau bukan main lagi mencabar agar diadakan Suruhanjaya Diraja. Dengan syarat Pak Lah pun disiasat juga berhubung penbelanjaan sebanyak RM 280 bilion. Semasa 22 tahun beliau menjadi PM, semua orang tahu betapa liatnya beliau untuk menubuhkan Suruhan Diraja apabila diasak oleh pembangkang. Beliau merasakan hanya beliau sahaja yang pandai. Sebagai contoh, peristiwa pembunuhan orang awam dalam tragedi berdarah Memali. Apa yang kerajaan lakukan hanya mengeluarkan laporan 'Kertas Putih', peristiwa tersebut amat penting bagi rakyat mengetahui cerita sebenar. Apa yang beliau lakukan ialah membuat fitnah pula terhadap penduduk Memali. Daripada alasan ajaran sesat ditukar pula kepada alasan untuk mengulingkan kerajaan. Biar betul...... penduduk Memali hendak mengulingkan kerajaan?. Senjata apa yang mereka ada.......... cangkul, penyapu, parang dan alatan untuk pertanian untuk mengulingkan pasukan keselamatan yang mempunyai peralatan perang yang cangih. Sekarang ini semua orang dibantainya, sedangkan semasa rejim beliau memerintah semua menteri takut membantah segala arahan beliau. Kerana apabila hitam katanya maka hitamlah, putih katanya maka putihlah. Biar pun sebenarnya yang putih itu hitam, yang hitam itu putih. Sampaikan ada ahli parlimen daripada BN mengadu kepada MP PAS agar ianya dibawa semasa sesi parlimen. Ini adalah kerana takutnya mereka terhadap manusia yang bernama Mahathir. Jadi jalan keluar terbaik ialah meminta pertolongan dari MP PAS. Renungkan kembali bagaimana beliau mengizinkan pasukan dari Israel menjejakkan kaki ke Malaysia. Dan beliau juga membawa masuk remaja dari Israel melawat Malaysia, kononnya untuk menunjukkan betapa amannya Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum boleh hidup aman. Alasan bodoh sombong yang beliau berikan ialah agar belia Israel tersebut akan pulang ke negara mereka dan menceritakan kepada rakyat Israel yang mereka boleh hidup aman dengan bangsa Palestin. Sedangkan Al-Quran terang-terang menceritakan akan sikap bangsa Yahudi yang dilaknat. Apabila pemimpin membantah, mereka ditangkap semata-mata menyatakan yang benar. Kerana hendak menjaga hati Amerika, rejim Mahathir sanggup melakukan apa sahaja agar beliau dapat pujian daripada presiden Amerika. Tetapi apa yang rejim Mahathir dapat, nak bertemu dengan presiden Amerika pun terpaksa menggunakan pelobi Amerika dengan bayaran berjuta-juta wang rakyat. Saudara nilailah sendiri tindakan pemimpin kesayangan Malaysia yang diberi gelaran 'Bapa Pembangunan' itu cerdik ke atau bodoh. Bila waktu persaraannya hampir tiba, bukan main berapi beliau menghentam Israel sehingga banyak negara sekutu Israel mengutuk kembali tindakkan beliau itu. Kenapa dalam masa beberapa bulan lagi beliau bersara baru beliau berani?. Kenapa tidak melakukannya semasa era beliau belum ada niat lagi bersara. Inilah pengkhianat Islam yang tangannya masih lagi terlekat dengan darah-darah para syuhada Memali. Orang yang mengatakan ucapan salam dengan selamat pagi sama sahaja. Orang yang memegang slogan 'penerapan nilai-nilai Islam' dengan mengambil ayat al-Quran yang baik-baik sahaja kerana ada ayat Al-Quran yang tak bagus. Orang yang membela peserta ratu cantik dari didakwa. Menghina janggut Rasulullah dengan menyatakan pada zaman itu mana ada lagi pisau cukur. Menghina wanita Islam yang menutup aurat. Menyuruh Al-Quran ditafsirkan semula mengikut peredaran masa....... yang sebenarnya ialah agar ia ditafsir mengikut acuan pemerintahan rejim beliau.

Ahad, 20 Disember 2009

Ketuanan Melayu Atau Ketuanan Islam...........

Untuk menyembunyi sikap perkauman Melayunya tebal, Umno mula melagukan isu ketuanan Melayu. Ini boleh dilihat semasa DS Najib menjadi ketua pemuda Umno. Apabila isu ini dibangkitkan oleh Timbalan Presiden MCA pada era 80an dahulu. Beliau dengan penuh lantang meniupkan api perkauman Melayu apabila pemimpin MCA, Lee Kim Sai mengatakan yang kaum Melayu pun adalah kaum pendatang seperti juga dengan kaum Cina. Ketegangan kaum semakin memuncak apabila DS Najib dan Umno melakukan demontrasi besar-besaran di Kuala Lumpur.
Disebabkan perbalahan Umno dengan MCA, 'Operasi Lalang' dilaksanakan dengan menangkap para pemimpin PAS dan DAP. Sebelum 'Operasi Lalang' dilakukan, kerajaan Umno/Bn telah menyarankan agar pemimpin MCA, Lee Kim Sai yang menimbulkan isu tersebut berehat di luar negara.
Tidakkah pelik bin ajaib, berpuluh-puluh pemimpin pembangkang yang tidak ada kena mengena dengan isu tersebut diISAkan? Sedangkan pemimpin Umno dan MCA yang meniupkan isu ketuanan Melayu bebas tanpa diusik. Umno juga adalah parti perkauman Melayu yang bersifat menghisap darah(Drakula) yang akan menghisap darah parti-pari lain di dalam BN. Ini boleh dilihat perbuatannya terhadap PAS, Gerakan, MCA, MIC dan parti-parti sekutunya yang lain. Setelah darah parti-parti tersebut semakin kering, mereka mula mencari alasan untuk menyingkir parti tersebut. Apabila Umno menjadi lemah, mereka akan cuba sedaya upaya untuk menarik parti-parti yang ada kekuatan untuk menyertainya dengan berbagai janji-janji manis mereka dengan tawaran yang menarik hati para pemimpin parti tersebut. Sebagaimana mereka mengkhianati PAS semasa Umno mengalami kekalahan teruk pada era 60an sehingga berlakunya tragedi 13 mei. Atas belas kasihan PAS terhadap orang Melayu, maka PAS menghulurkan tangan persahabatan dengan menyertai Perikatan yang kemudiannya ditukar menjadi Barisan Nasional. PAS sanggup mengadaikan prinsip perjuangannya semata-mata menyelamatkan maruah politik orang Melayu yang mewakili majoriti penduduk Malaysia. Selepas Umno mula pulih dan mempunyai kekuatan, mereka mula mencari helah untuk menyingkirkan PAS daripada BN sehingga MAGERAN dikenakan terhadap Kelantan. Sekarang ini mereka melakukan perkara yang sama terhadap parti Gerakan dengan meminta jawatan pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang diserahkan kepada Umno dengan alasan hanya Umno yang mempunyai kerusi di Dun Pulau Pinang. Sikap tamak dan gila kuasa sudah menjadi sebati dengan Umno yang telah memerintah selama 52 tahun. Kenapa Umno sahaja yang menang di Pulau Pinang kerana mereka bijak membuat percanturan politik dengan mengambil kawasan-kawasan yang selamat sahaja. Bagi sekutu mereka didalam Barisan Nasional akan diberikan kawasan yang bermasaalah agar mereka terus berkuasa dengan mempunyainya majoriti penuh. Bagi blogger pengampu BPN pula, ini menunjukkan yang pemimpin Umno bijak berpolitik agar orang Melayu terus berkuasa. Hakikatnya yang nyata, ianya hanyalah untuk kaum kerabat dan kroni-kroni mereka sahaja yang akan terus berkuasa dan memperkayakan diri sendiri. Siapa yang mengatakan bahawa Umno adalah parti yang benar-benar membela orang Melayu. Sunggup malang bagi orang Melayu yang sentiasa diperbodohkan oleh para pemimpin Umno. Umno akan terus membiarkan orang Melayu mundur kerana ia akan menjadi modal mereka setiap kali diadakan pilihanraya. https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEia3uplcmtj7irgoUipZzFoY_zDTaogoMJrY_blQMBXSV2gB8vwIOc3NUoEQ2VGS40gbwwiYT7opGsAxkavCEEMXeAX7SLwXKCyeOzLdYcDa45Q_LNZtZby_mlr5S-AjwTZGro9nCTrbZ0/s400/arak.jpg Matlamat utama Umno ialah dengan terus melalaikan orang Melayu daripada Islam agar senang mereka mempengaruhi orang Melayu dengan memperbanyakkan pusat-pusat hiburan supaya orang Melayu terus lalai kerana dengan cara ini mereka akan menabur fitnah sekiranya menyokong PAS, mereka akan mengharamkan pusat-pusat hiburan. Mereka sanggup membiarkan anak-anak muda mendedahkan aurat dengan kehidupan yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Mereka juga sanggup mempertahankan orang Melayu yang ditahan oleh jabatan agama Islam kerana meminum minuman keras, berpakaian tidak senonoh, menyertai pertandingan ratu cantik dan sebagainya. Bagi Umno yang telah sesat lagi menyesatkan sanggup menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Islam selagi ia menguntungkan agenda politik mereka. Lihatlah cara isteri-isteri dan anak-anak mereka berpakaian dalam masa yang sama mereka tidak tahu malu mengaku pula sebagai parti Islam. ADEGAN YANG TIDAK INGIN KITA LIHAT Tidak dibayangkan bagaimana sekiranya Umno memerintah 50 tahun lagi, yang pasti orang Melayu akan merempat dinegara sendiri. Apakah jasa Umno setelah 52 tahun memerintah jika tidak tanah-tanah orang Melayu terus dirampas dengan mengubal kanun tanah negara atas alasan pembangunan. Sedangkan tanah rizab Melayu hanya tinggal 1/4 daripada keseluruhannya yang ditinggalkan oleh penjajah British. Semuanya telah lesap disebabkan kerakusan para pemimpin Umno yang mempunyai kepentingan untuk diri sendiri. Kerana ketamakan mereka, mereka sanggup menghabiskan beratus-ratus ribu ringgit hanya semata-mata untuk jawatan ketua cawangan. Itu baru ketua cawangan, belum lagi ketua bahagian dan peringkat yang lebih tinggi lagi. Apa yang mereka lakukan bukan kerana untuk membela orang Melayu tetapi untuk kepentingan politik mereka yang bernafsu besar. Ini semua adalah batu lompatan dalam memperkayakan diri sendiri kerana bagi mereka, persetankan orang Melayu. Janji aku dapat mengumpul harta untuk tujuh keturunan. Saudara boleh melihat bagaimana gaya kehidupan mereka setelah menang jawatan Adun, semuanya akan bertukar baru, sedangkan elaun wakil rakyat berapa sangat sebulan. Tetapi mereka mampu membeli kereta yang berharga beratus ribu. Malaysia sudah mengukir sejarah semenjak Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Pak lah, isteri beliau semakin berkuasa sehingga menjadi tanda tanya bagi rakyat Malaysia, siapa sebenarnya yang memerintah, Najib atau Rosmah. Dan Malaysia akan mempunyai seorang lagi Emelda Marcos, seorang diktator daripada negara Filipina. Perkara ini betul-betul membimbang masyarakat Malaysia apabila isteri PM mencampuri urusan pentadbiran negara. Tidak pernah berlaku pada Umno semenjak ia ditubuhkan pada 1946. Daripada era Datuk Onn Jaafar sehinggalah kepada era Pak Lah, seorang isteri pemimpin no.1 mencampuri urusan kerajaan dan kabinet yang dianggap rahsia kerajaan. Hanya Rosmah yang dapat melakukannya walau pun ada bantahan daripada menteri, ianya terpaksa disimpan didalam hati. Ini adalah untuk menjaga periuk nasi masing-masing walau pun kemarahan membara dihati. SATU TRAGEDI Oleh itu jalan terbaik bagi umat Melayu ialah mentalkinkan Umno buat selama-lamanya. Selagi wujudnya Umno, orang Melayu dan umat Islam akan berada didalam bahaya dari segi akidah Islam dan juga ketuanan Melayu. Sungguh kesihan orang Melayu apabila akidah mereka telah diselewengkan oleh Umno. Kerana hanya itu sahajalah bekalan untuk dihitung di Padang Mahsyar nanti. Kerana ketuanan Islam lebih penting daripada ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan oleh Umno.

Sabtu, 19 Disember 2009

Islam Tidak Akan Dapat Didaulatkan Selagi Wujudnya Umno.

PESAWAT tanpa juruterbang milik Amerika Syarikat yang dipanggil drones melepaskan tembakan peluru berpandu ke sasaran musuh Pemberontak di Iraq dan Afghanistan dilapor menggunakan program perisian murah untuk menceroboh sistem rakaman video secara langsung daripada pesawat tanpa juruterbang Predator, senjata utama dalam sistem intipan Pentagon yang berfungsi sebagai mata tentera Amerika Syarikat (AS) di udara untuk pengawasan dan pengumpulan data risikan.

Seorang pegawai pertahanan kanan semalam berkata, walaupun kumpulan pemberontak dapat melihat video tersebut secara maya, masih tiada bukti yang menunjukkan mereka mampu menyekat isyarat elektronik daripada pesawat itu atau mengawalnya.

Memperoleh rakaman video tersebut boleh menyalurkan pemberontak dengan maklumat penting tentang lokasi yang mungkin menjadi sasaran ketenteraan termasuk bangunan, jalan raya dan kemudahan-kemudahan lain.

Akhbar Wall Street Journal semalam melaporkan, pemberontak Syiah di Iraq menggunakan program perisian sedia ada seperti SkyGrabber yang boleh dibeli pada harga serendah AS$25.95 (RM91) dari Internet untuk berulang kali memperoleh rakaman video pesawat tanpa juruterbang AS.

Pintasan tersebut yang pertama kali dibuat tiga tahun lalu, boleh dilakukan kerana pesawat yang terbang jauh itu mempunyai jaringan komunikasi yang tidak dilindungi.

Seorang lagi pegawai pertahanan berkata, dalam tempoh beberapa bulan lalu, pihak tentera telah menemui bukti sekurang-kurangnya satu kejadian di mana pemberontak di Afghanistan turut mengawasi rakaman video pesawat tanpa manusia AS. Pegawai itu bagaimanapun tidak menyatakan perincian berapa kali ia telah dilakukan dan kumpulan mana yang melakukannya.

Jabatan Pertahanan maklum dengan isu tersebut dan sedang berusaha untuk mengenakan kod pada semua rakaman video pesawat itu di Iraq, Afghanistan dan Pakistan.

Seorang pegawai pertahanan mengatakan, menaik taraf proses pengekodan pada pesawat itu memakan masa yang lama kerana terdapat sekurang-kurangnya 600 pesawat seumpamanya bersama stesen di darat untuk diberi perhatian.

Menurut pegawai, sistem yang berada di lokasi ancaman utama akan dinaik taraf terlebih dahulu.

Bekas ketua pegawai maklumat untuk komuniti risikan AS, Dale Meyerrose, membandingkan masalah tersebut dengan jenayah jalanan iaitu mencuri dengar pengimbas polis.

"Ini adalah satu daripada isyarat, satu isyarat penyiaran dan tidak berlaku pencerobohan. Ia adalah pintasan isyarat penyiaran,'' kata Meyerrose, yang pernah bertugas mengoperasikan sistem pesawat tanpa juruterbang pada tahun 1990-an semasa berkhidmat sebagai pegawai tentera udara.

Beliau berkata, masalahnya adalah pesawat tanpa juruterbang itu pada asalnya dibangunkan menggunakan kelengkapan komersial, yang mana seiring dengan perubahan masa, ia boleh terdedah kepada pintasan. - AP

Inilah contoh yang patut kita lakukan sebagai umat Islam dengan menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. dengan sebaik-baiknya. Satu tindakkan bijak oleh pejuang-pejuang Islam yang betul-betul memalukan kuasa besar dunia itu. Tidakkah dahulu Islam menguasai tamadun dan teknologi dizaman kegemerlangannya.

Tetapi disebabkan oleh pemerintah Islam yang korup dan gila kuasa seperti Umnolah yang membuatkan negara-negara Islam terus dijajah sampai kini. Walaupun Malaysia sudah merdeka tetapi pemikiran pemimpin Umno masih lagi dijajah dengan sikap sekularnya.

Bagi mereka(Umno) yang bersikap duniawi semata-mata, sambutan tahun masehi lebih penting daripada menyambut Maal Hijrah. Walau pun kerajaan menyambutnya dengan memberi cuti umum tetapi ianya hanya untuk mengambil hati orang Melayu semata-mata.

Kita boleh lihat bagaimana setiap kali tahun baru masehi, sambutannya dibuat secara besar-besaran. Bermacam-macam program dan pesta hiburan diadakan semata-mata untuk melalaikan umat Islam kerana itulah sikap talam dua muka Umno yang mengaku sebagai parti Islam.

Jumaat, 18 Disember 2009

Jahanam Buat One Malaysia........

Sekolah Izuddin Shah dan Sekolah Taayah sudah ramai melahirkan anak-anak dengan akhlak yang tinggi dengan berteraskan agama. Tetapi dengan sikap gelojoh kerajaan kudeta Perak, mereka cuba kali kedua untuk merampas sekolah tersebut. Sekolah Izuddin Shah adalah sekolah agama lelaki dan Sekolah Taayah adalah sekolah agama perempuan yang mana pelajarnya adalah 100% Melayu Islam. Walaupun ianya sekolah milik kerajaan negeri, apakah bijak ianya dipindahkan. Semata-mata kerana mempunyai agenda yang tersembunyi, kerana itulah ianya cuba dipindahkan oleh kerajaan kudeta Zambry.
Dimanakah blogger-blogger BPN untuk mempertahankan sekolah-sekolah tersebut. Itulah sikap pemimpin Umno yang berfahaman sekular, bagi mereka ianya halal sekiranya ia membawa keuntungan. Oleh kerana sekolah tersebut berada didalam kawasan bandar, tidak dinafikan tanahnya bernilai tinggi.
Kerana itulah kerajaan kudeta beriya-iya merampasnya untuk dibangunkan menjadi kawasan elit yang pasti orang Melayu tidak mampu memilikinya. Lihatlah betapa jahatnya niat Umno yang berpaksikan keduniaan semata-mata. Setelah cubaan pertamanya tidak berjaya semasa era Ramli Ngah Talib menjadi Menteri Besar kerana mendapat tentangan penduduk setempat. Sekarang mereka membuat cubaan kedua untuk merampasnya dengan didalangi oleh kerajaan kudeta Zambry. Inikah maknanya slogan One Malaysia yang banyak memesongkan orang Melayu, agar Islam semakin kuat dipinggirkan dari pemikiran orang Melayu. Dengan memundurkan orang Melayu, senanglah Umno untuk menjaja agenda mereka. Itulah Umno yang kaya dengan slogan, daripada era Mahathir dengan slogan 'penerapan nilai-nilai Islam' kepada 'Islam hadhari' semasa zaman Pak Lah. Sekarang ini pula era Najib dengan 'One Malaysia'nya, dengan ucapan salam one Malaysia mengantikan 'Assalamualaikum'. Sudah menjadi tabiat, apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang pelik-pelik maka tidak lamalah hidupnya. Seperti juga dengan Umno yang terkenal dengan teori 'RAHMAN' dalam menentukan pemimpin mereka. Oleh kerana ketaksuban mereka terhadap teori mereka itu, Najib akan menguburkan Umno. Ini kerana selepas huruf 'N', maka tiada lagi huruf untuk menyambungnya.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1431

Begitu cepatnya masa berlalu tanpa kita sedari, kita telah menyambut awal Muharam dan hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi kita akan menyambut tahun baru masehi 2010. Kelmarin adalah sejarah hari ini kita mencipta sejarah tetapi esok belum tentu lagi apa yang akan berlaku. Apakah yang telah kita ikrarkan pada tahun lepas sudah kita tunaikan? Apa pula azam kita pada tahun ini yang akan kita ikrarkan. Diharap semuanya baik-baik belaka dan sentiasa mendapat hidayah daripada segala perbuatan kita. Di sini saya ingin mengucapkan tahniah buat tempat kelahiran saya yang mana surau di kampung saya telah mempunyai blognya sendiri, iaitu Surau Alor Tembesu, Dungun. Saudara boleh melayarinya didalam blog.... suraualortembesu.blogspot.com, sekiranya saudara ingin menimba ilmu. Ini adalah satu perkara yang menarik apabila Surau atau Masjid mempunyai blognya sendiri agar segala pengajaran agama yang disampaikan itu dapat kita layari. Ini kerana segala ilmu yang disampaikan dapat dikongsi sesama kita. Yang mengajar dapat pahala dan yang melayari pun mendapat pahala. Begitu juga kampung saya baru sahaja melancarkan politiknya yang berasingan, iaitu Pas Al0r Tembesu/Sura Gate. Saudara boleh melayarinya didalam blog...... paskgatsg.blogspot.com untuk warga Dungun yang berada di perantauan, untuk mengetahui perkembangan isu semasa di tempat kelahiran............ Tahniah buat ahli-ahli yang telah menjayakannya........... Salam berjuang.

Khamis, 17 Disember 2009

Zulkiflee Bakar : Pas hilang kuasa mutlak?

 
"Marilah kita sama-sama mengorak langkah untuk terus mara dengan memimpin rakyat dan negara ke arah perubahan yang hakiki menerusi tema muktamar kali ini iaitu, Islam memimpin perubahan. Pas ingin memimpin perubahan dengan membawa satu gagasan politik Islam yang akan menyatukan kaum di Malaysia ini dengan keadilan sejagat."
 
Kata-kata ini dilafazkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada Jun lalu.

Berdasarkan kepada ucapan ini, Pas mempunyai matlamat tersendiri iaitu ingin menjadi parti utama di pentas politik nasional.

Tetapi semua impian Pas itu hanya akan menjadi sekadar impian jika Konvensyen Pakatan Pembangkang pada Sabtu ini merealisasikan matlamat pakatan itu mewujudkan satu landasan gabungan parti yang mutlak bagi menentang Barisan Nasional (BN). Ia bermakna PKR, DAP dan Pas akan bertanding dalam pilihan raya dengan satu lambang dan satu manifesto.

Kalaulah kewujudan gabungan satu parti itu menjadi kenyataan maka impian Pas untuk mencapai matlamat 'Islam memimpin perubahan' seperti mana dilaungkan oleh Abdul Hadi hanya akan tinggal impian semata-mata.

Ia kerana PKR dan DAP sudah pasti tidak akan membenarkan matlamat Pas itu berlaku. Mana mungkin PKR yang memperjuangkan ideologi keadilan untuk semua manakala DAP dengan konsep Malaysian-Malaysia akan membuka laluan kepada Pas menjadi parti utama yang memimpin.

Mungkin Pas boleh berbuat demikian jika secara tersendiri memiliki kerusi Parlimen lebih banyak daripada kedua-dua parti itu. Tetapi persoalannya jika sudah bergabung dalam satu parti, apakah Pas masih mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan? Apakah benar PKR akan mengizinkan Pas memilih kerusi yang ia mahukan? Atau DAP akan merelakan Pas bertanding lebih banyak kerusi berbanding mereka?

Atas sebab itulah, konvensyen tersebut tidak boleh dipandang ringan oleh kepimpinan dan penyokong Pas. Mungkin mereka berasa bangga kerana mampu menyertai konvensyen yang pertama kali menunjukkan perpaduan antara semua parti pembangkang tetapi Pas harus ingat bahawa di dalamnya juga mengandungi pelbagai taktik dan manuver politik yang sudah disediakan oleh PKR dan DAP.

Oleh itu sebarang keputusan atau persetujuan yang hendak diberikan dalam konvensyen berkenaan terutamanya melibatkan penubuhan satu parti haruslah berteraskan kepada prinsip ia tidak akan menguburkan dasar perjuangan asal Pas.

Untuk rekod Fasal 3 Perlembagaan Pas menegaskan, dasar Pas adalah Islam, Fasal 4 menyatakan seruan Pas adalah Allahuakbar. Fasal 5 pula menegakkan bahawa tujuan (matlamat) perjuangan Pas ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah dan mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Persoalannya apakah akan berlaku kepada fasal-fasal ini jika Pas bersetuju bersama-sama dengan PKR dan DAP untuk mengibarkan panji-panji satu parti hanya semata-mata untuk menumbangkan BN? Inilah antara implikasi yang harus difikirkan oleh Pas dengan semasak-masaknya.

Mereka tidak harus terlalu ghairah mahukan kuasa politik bersama-sama dengan PKR dan DAP sehingga akhirnya terpaksa mengorbankan dasar perjuangan parti itu. Entah untuk ke berapa kalinya, Pas harus diperingatkan bahawa mereka bukanlah sebuah parti yang 'melukut di tepi gantang'.

Pas mempunyai kekuatan dan kemampuan sendiri dan ia sudah dibuktikan dalam pilihan raya-pilihan raya yang disertainya sejak penubuhannya pada tahun 1951.

Selama ini Pas sudah membuktikan bahawa mereka boleh hidup tanpa PKR dan DAP tetapi kedua-dua parti itu terutamanya PKR belum tentu mampu hidup tanpa Pas. Berbanding Pas, kedua-dua parti tersebut lebih memerlukan Pas.

Ia kerana Pas adalah sebuah parti politik yang mempunyai kredibiliti dan karisma yang tersendiri. Atas sebab itulah suatu ketika Abdul Hadi mampu menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen dan dari semasa ke semasa terus melebarkan pengaruhnya di negeri-negeri.

Lebih daripada itu dengan berjuang sendiri dalam pilihan raya, Pas dilihat mempunyai 'advantage' dan menjadi alternatif di kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu bila mana BN meletakkan calon bukan Melayu. Tetapi soalnya, kalaulah mereka bergabung, adakah PKR dan DAP akan membenarkan penguasaan Pas terus diperluaskan?

Seperkara lagi yang harus difikirkan ialah berbanding dengan pemimpin PKR dan DAP, pemimpin-pemimpin Pas lebih jauh dihormati dan mempunyai karisma tersendiri sehingga ia diterima oleh seluruh lapisan masyarakat.

Pemimpin Pas tidak lagi dilihat sebagai kelompok yang berjubah dan berserban, sebaliknya pemimpin Islam sederhana.

Tetapi malangnya di dalam Pas sendiri, terdapat sesetengah pemimpin dan ahlinya lebih suka 'mendewa-dewakan' pemimpin parti pembangkang lain terutamanya daripada PKR. Malah ada antara mereka menganggap kalau pemimpin tertentu dalam PKR tidak ada, sudah pasti ia akan menjejaskan kekuatan Pas dan pembangkang.

Soalnya, apakah selama berpuluh tahun Pas berjuang di pentas politik tanah air, Pas bergantung kepada pemimpin parti lain?

Mengulas perkara ini, penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad berkata, Pas adalah sebuah parti yang sebenarnya mempunyai potensi strategik yang jauh lebih baik berbanding dengan PKR dan DAP kerana fundamental Pas berupaya mewakili kehendaki majoriti rakyat negara ini iaitu Melayu-Islam.

''Semenjak Pilihan Raya Umum Ke-12, PKR tidak dilihat sebagai mampu mendokong gagasan Islam lantaran kerana orientasi matlamat dalam parti ini adalah berbeza antara kaum manakala DAP pula sudah pastilah jauh sekali,'' katanya ketika dihubungi.

Pendek kata, Pas adalah parti yang mempunyai kekuatan tersendiri sama ada dari segi kepimpinan mahupun organisasi. Pas boleh bertarung habis-habisan dalam pilihan raya biarpun hanya bersendirian, oleh itu kenapa perlu Pas tergopoh-gapah hendak bersama-sama PKR dan DAP bergabung dalam satu parti?

Pas harus ingat ketika ini mereka agak bebas membuat teguran jika ada mana-mana pemimpin PKR atau DAP melakukan tindakan di luar tata susila, termasuklah mempertikaikan hak Melayu dan kepentingan Islam atau bertindak biadap memijak gambar mana-mana pemimpin politik.

Tetapi apakah selepas ini setelah secara rasmi berada dalam satu parti, Pas akan mampu membuat teguran terhadap sebarang tindakan biadap kedua-dua parti itu? Sudah tentu tidak!

Ia kerana apabila Pas sudah menerima piagam kerjasama melalui penggabungan dalam satu parti, maka lenyaplah suara mutlak Pas.

Mereka tidak boleh lagi menggariskan sebarang matlamat perjuangan, agenda atau impian secara bersendiria,nsebaliknya perlu mendapat 'restu' daripada PKR dan DAP. Adakah ini yang dimahukan oleh pemimpin dan penyokong Pas? Terserahlah kepada mereka untuk memikirkannya.

Lebih baik saudara menjaga parti Umno sendiri  yang  sekarang ini berada didalam keadaan nazak daripada memikirkan halatuju PAS kerana PAS tahu apa yang dilakukannya. Kenapa saudara terlalu mengambil berat terhadap PAS, parti yang menjadi musuh nombor wahid  Umno/Bn.

Selasa, 15 Disember 2009

Awang Selamat Meniupkan Isu Perkauman.....

MENGAPA konsep ketuanan Melayu yang tidak dilaung-laungkan oleh masyarakat Melayu kebelakangan ini, dijadikan isu oleh DAP?

Apakah ia sebagai satu lagi strategi untuk menutup banyak kepincangan pembangkang dan menjelang perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim, yang Awang lebih condong percaya begitu.

Semua tahu bahawa DAP amat memerlukan Anwar bagi memecahkan struktur Melayu yang menjadi pasak negara ini.

Selepas turut menyerang Biro Tata Negara (BTN), parti itu mencetuskan sekali lagi isu ketuanan Melayu. Hujahnya tetap sama kononnya ketuanan Melayu tidak adil dan menjadikan kaum lain sebagai hamba. Malah Naib Pengerusi DAP, M.Kulasegaran menyatakan dia akan terus membangkitkan isu itu sampai bila-bila dan tidak takut dengan sesiapa pun.(Utusan Malaysia)

Ulasan Musafirlalu............

Awang Selamat mula meniupkan api perkauman apabila beliau mengungkitkan tentang isu ketuanan Melayu. Umno yang sememangnya terlalu kuat dengan perkauman Melayunya yang mana ianya tidak dinafikan oleh mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir sendiri.

Itulah Umno daripada bermula penubuhannya dahulu sehingga tertubuhnya PAS, apabila alim ulamanya keluar daripada Umno. Mereka membangkitkan ketuanan Melayu untuk mengalihkan pandangan orang Melayu.

Seperti Biro Tata Negara (BTN), semua orang tahu akan modul kepada para peserta krususnya. Walau sebanyak mana alasan yang diberi oleh pihak kerajaan, ianya tetap krusus perkauman dan memburuk-burukkan pihak pembangkang.

Oleh itu jika bangsa Melayu ingin bersatu kerana ketuanan Melayu, jalan keluarnya ialah dengan keluar daripada Umno dan menyertai PAS secara beramai-ramai. Umno bukan parti yang memperjuangkan bangsa Melayu, tetapi memperjuangkan kepentingan mereka, ahli keluarga mereka dan kroni-kroni mereka sahaja.

Hanya PAS sahaja yang dapat mempertahankan bangsa Melayu daripada dihina dan dipermain-mainkan oleh parti perkauman Melayu Umno. Jika PAS kuat, maka bangsa Melayu akan terus terbela. Termasuk juga dengan bangsa-bangsa lain yang berada di Malaysia ini, yang mana nasib mereka akan terus dibela.

Sudah berpuluh-puluh tahun bangsa Melayu telah ditipu oleh pemimpin Umno. Kita boleh melihat sekarang ini bagaimana anak-anak orang melayu telah dipesongkan akan nilai-nilai keIslaman mereka. Bagaimana cara mereka berpakaian, bercakap, bergaul tanpa memikirkan akan akibatnya dari sudut Islam.

Itulah matlamat sebenar Umno untuk melalaikan orang Melayu agar mereka terus berkuasa. Remaja Melayu terus dihidangkan bermacam bentuk hiburan tanpa batas agar mereka terus jauh daripada Islam. Bagi mereka selagi jauh Islam dipinggirkan dari pemikiran orang Melayu, selagi itulah mereka akan terus berkuasa.

Kita boleh melihat contohnya, bagaimana Ayah Pin yang memimpin ajaran sesat 'Kerajaan Dilangit' dibiarkan bebas di Terengganu tanpa apa-apa tindakkan. Ini kerana mereka takut untuk menghukum Ayah Pin kerana hukum Islam berlandaskan Islam telah dipinda 'Hukum Hudud' semasa PAS memerintah Terengganu.

Jika Ayah Pin ditangkap, maka beliau akan dihukum mengikut hukum syariah yang telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu. Kerana itulah kerajaan Umno/BN Terengganu takut untuk mendakwa pemimpin ajaran sesat tersebut. Mereka takut rakyat akan mengetahui akan keadilan hukum syariah, maka Umno tidak akan membiarkan perkara ini berlaku.

Apabila rakyat mengetahuinya, Umno pasti akan berada didalam bahaya. Lihatlah bagaimana kes sebat Kartika yang mana sampai hari ini tidak dilaksanakan. Jika dulu kerajaan memberi alasan kerana menghormati bulan Ramadhan dan hukuman tersebuat akan dilaksanakan selepas Ramadhan.

Ini sudah melangkaui Aidul Adha, masih lagi belum terlaksana biar pun tuan punya tubuh merelakan hukuman sebat tersebut. Mereka masih lagi berdolak dalik agar ianya tidak berlaku. Lihatlah bagaimana takutnya Umno terhadap hukuman syariah kerana jika ianya terlaksana maka ianya akan mengugat pegangan 'Assobiah' mereka. Itulah Umno yang mengaku sebagai parti Islam

Skandal PKFZ Perlu Selesai Segera Sebelum Mahathir Tiada...

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad didesak segera campur tangan untuk membantu menyelesaikan skandal Zon Bebas Perlabuhan Klang (PKFZ).

Desakan tersebut dibuat selepas tiga Pegawai Kanan Lembaga Pelabuhan Klang (PLB) didakwa di Mahkamah dua hari lalu. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendesak demikian supaya skandal PKFZ tidak terkubur begitu sahaja seperti skandal Perwaja disebabkan yang tertuduh, Tan Sri Eric Chia meninggal dunia. "Skandal Perwaja umpamanya berlaku di zaman Mahathir dan cuba diselesaikan di zaman Abdullah (Perdana Menteri) dengan mendakwa Eric Chia, cumanya skandal itu diam begitu saja apabila yang didakwa (Eric) mati saja. "Samalah seperti skandal PKFZ, Mahathir perlu tampil selesaikannya sebelum dia mati kerana ia melibatkan dia sewaktu jadi Perdana Menteri," kata Badrul. Ujarnya lagi, Mahathir tidak perlu mengangkat diri sendiri dengan mendakwa Umno seperti usus yang busuk, di dalam blognya. "Usus yang busuk yang dia (Mahathir) kata kepada Umno sebenarnya membarah sejak jadi Perdana Menteri, jadi tidak perlulah (Mahathir) mengangkat diri sendiri kalaupun nak menutup beberapa skandal yang mula berlaku di zamannya," ujarnya. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi kemudian, mendesak suatu suruhanjaya diraja yang bebas segera ditubuhkan. Ujarnya, penubuhan itu membolehkan Mahathir dan beberapa pemimpin Umno serta BN yang lain segera dalam masa. "Kalau dibuat Suruhanjaya Diraja, Tun Dr. Mahathir boleh segeralah dipanggil," tegasnya. "Bukan saja Tun boleh dipanggil jika Suruhanjaya segera dibentuk, malah Abdullah (bekas Perdana Menteri) pun boleh dipanggil kerana minit mesyuarat kabinet yang bocor itu berlaku dizamannya (Abdullah)." Beliau meminta Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak juga perlu dipanggil oleh Suruhanjaya Diraja kerana beliau selaku Timbalan Perdana Menteri kepada Abdullah turut mengetahui minit kabinet berkaitan skandal pembelian tanah nelayan di PKFZ yang telah dibocorkan. Beliau turut mendoakan Mahathir panjang umur supaya skandal PKFZ boleh diselesaikan, tidak seperti skandal PERWAJA yang terbengkalai disebabkan kematian Eric Chia. Menurut Laporan Audit Price Waterhouse Coopers (PWC) yang diumumkan pada era Mahathir, 2002, dipercayai minit kabinet berhubung menjadikan tanah Pulau Indah sebagai kawasan pelabuhan bebas bocor. Kebocoran itu mendorong salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (1997-2003) bagi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) Datuk Abdul Rahman Palil membeli tanah tersebut melalui Koperasi Pembangunan Koperasi Nelayan Selat Lumut (KPNSL), sebelum kebinet mengumumkan projek PKFZ. Abdul Rahman kemudiaannya dilaporkan mengisytiharkan dirinya sebagai Pengerusi KPNSL. Dilaporkan KPNSL menjual tanah tersebut dengan harga yang murah, RM3 perkaki persegi. Tanah itu kemudiannya dibeli oleh Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dengan harga berlipat kali ganda, RM25 kaki persegi. Menurut Laporan Audit PWC juga, skandal PKFZ di PPSB ini turut membabitkan beberapa pemimpin Umno dan BN. Antaranya, Pengerusi KDSB Datuk Seri Azim Zabidi yang juga Bendahari Umno - Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB Datuk Seri Tiong King Sing yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) - Timbalan CEO Datuk Faizal Abdullah yang juga Ketua Pemuda Umno Kapar, dan sebagainya. Dalam Hansard Parlimen Mei lalu, dilaporkan skandal yang bernilai RM1.6 bilion pada tahun 2002 itu melambung antara RM7.4532 bilion dan RM12.5 bilion.(Harakah)

Isnin, 7 Disember 2009

Susilo Digesa Laksana Syariah....

Kira-kira 2,000 penunjuk perasaan mengadakan beberapa tunjuk perasaan di bandar utama Indonesia bagi menggesa kerajaan pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melaksanakan undang-undang syariah bagi menangani rasuah yang berluasa. Penyokong pergerakan Hizbut Tahrir melancarkan beberapa bantahan di kota utama termasuk Jakarta bagi menyuarakan kemarahan atas skandal rasuah membabitkan beberapa pegawai kanan berhubung bantuan AS$700 juta (RM2.4 bilion) kepada sebuah bank. Mengikut indeks rasuah Transparency International, Indonesia berada pada kedudukan 111 daripada 180 negara.

Di Jakarta, penunjuk perasaan membawa anggota keluarga mereka membawa sepanduk mengutuk sistem kapitalis sebagai punca rasuah. "Skandak Bank Century membuktikan kegagalan sistem kapitalis," kata satu sepanduk. "Indonesia bebas rasuah jika laksana syariah," kata sepanduk lain. Anggota perundangan Indonesia kini menyiasat dakwaan rasuah berkaitan bantuan kepada bank berkenaan selepas ketua juru audit mengesan beberapa petanda 'pencabulan' serius.

"Sistem kapitalis memusnahkan ekonomi kita. Itulah punca semua masalah kita," kata jurucakap Hizbut Tahrir, Muhammad Ismail Yusanto kepada penunjuk perasaan. "Kami mahu kerajaan memenuhi janji menghukum semua pegawai awam yang terbabit dalam rasuah," katanya lagi. Bantahan turut diadakan di Surabaya dan Yog-yakarta yang berakhir dengan aman, kata penganjur. Anggota pergerakan itu juga melakukan perarakan minggu lalu sempena Hari Aids Sedunia bagi menuntut pelaksanaan syariah sambil menolak penggunaan kondom bagi menyekat jangkitan virus HIV.

Jumaat, 4 Disember 2009

Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.

Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.

Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.

Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.



Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.

Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.

“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru.

Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.

Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.

“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya.

Beliau juga mencabar pemuda Umno berdebat pada bila-bila masa untuk membincang isu royalti yang menjadi hak milik rakyat negeri ini cuba dinafikan perdana menteri.
(Harakah)


Ulasan Musafirlalu...........

Walau pun pemimpin Umno  menunjukkan muka selambar mereka, tetapi hati mereka tidak dapat dibayangkan. Mereka sebenar merasa betapa gerunnya akan doa yang dipanjatkan oleh orang-orang yang dianaiya. Lainlah jika mereka ini menganggap Islam sebagai terapan yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan memandangkan kehidupan seharian yang berpandukan sekular.


Bayangkan berpuluh-puluh ribu mengaminkan doa dan cukup hanya seorang yang diterima aminnya oleh Allah s.w.t. Inilah pengajaran buat Umno dan pemimpinnya yang telah menganaiya rakyatnya sendiri. Jika kerana kesihatan yang tidak mengizinkan, pasti saya akan ikut serta bersama-sama rakyat Maalaysia yang  lain. 

Saudara Alhusseyn awal-awal lagi menalipon saya untuk bersama-sama ke Kelantan. Kebetulannya semasa beliau mengajak saya turut serta, saya sedang terlantar diruang tamu rumah saya dan saya terpaksa menolaknya dengan hati yang berat, beliau pun memang sedia maklum akan kesihatan saya. Tetapi cukup untuk saya mengaminkan doa tersebut dirumah. Semoga Allah s.w.t. memakbulkan doa-doa orang yang di zalimi selepas rakyat Terengganu, sekarang rakyat Kelantan pula.............. AMIN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular