Translate

Jumaat, 17 Julai 2009

'100 hari Najib' Gagal Di Manek Urai

Kayu ukur bagi menilai prestasi sebenar Umno hanya boleh dilihat pada pilihan raya umum Ke-13 dan bukannya pilihan raya kecil Manek Urai.

Pengarah Pilihan Raya KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pilihan raya kecil tidak boleh dijadikan ukuran yang tepat memandangkan Umno hadir bersama jentera kerajaan Malaysia.

Biar apa pun katanya, kejayaan Pakatan Rakyat bermula di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu merupakan isyarat awal kepada penolakan Umno.

"Kegagalan Umno di Bukit Gantang dan Bukit Selambau berlaku selepas tiga hari selepas Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah.

"Hari ini Najib sudah pun 100 hari menjadi Perdana Menteri. Namun satu kajian lapangan yang dibuat menunjukkan popularitinya hanya melepasi markah lulus 60 peratus," katanya ketika ditemui di sini.

Saifuddin berkata, 100 hari kepemimpinan Najib tidak lebih meniru apa yang telah dilakukan Pakatan Rakyat misalnya penghapusan 30 peratus kouta dan mewujudkan biasiswa nasional.

"Kita mengangkat agenda ekonomi negara mesti melalui proses reform. Polisi dibuat bukan berasaskan warna kulit. Kemudian Najib mengumumkan 30 peratus kouta.

"Najib meleberalisasikan 27 sub-sektor untuk menunjukkan perubahan dasar ekonomi yang lebih terbuka setelah negara hilang daya saing," ujarnya.

Jadi kata beliau kejayaan besar 100 hari Najib ialah kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor bagi membina kelangsungan politiknya.

Beliau yang juga anggota Parlimen Machang ketika diminta mengulas dakwaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin strategi BN berjaya di Manek Urai, katanya anggota parlimen Rembau itu terlupa asas kerjasama Pakatan Rakyat sebenarnya semakin terbukti.

"Pendekatan politik 'pecah dan perintah' yang digunakan Umno sebenarnya tidak mampu mengubah pendirian pengundi Manek Urai," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular