Translate

Selasa, 21 Julai 2009

Apabila Umno Masih Lagi Berada Didalam Kesesatan.

Jangan hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ia masih diperlukan untuk menangani keadaan-keadaan tertentu di negara ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, apa yang harus dilakukan kerajaan adalah membuat pengubahsuaian bagi membolehkannya diterima oleh semua pihak.
''Saya berpendapat, ia perlu dikemaskini tetapi jangan dihapuskan. Kerajaan perlu ubah suai ISA mengikut keadaan semasa.
''Di negara-negara lain pun, kalau tidak ada langkah-langkah pencegahan seperti ini (ISA) akan timbul masalah, contoh terdekat ialah jiran kita Indonesia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pecah Tanah Kompleks Komuniti Desa (KKD) di sini hari ini.
Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pelaksanaan ISA bukan bermakna kerajaan bebas bertindak apa sahaja tetapi setiap tindakan tersebut masih perlu berlandaskan undang-undang.
''Apa yang penting adalah memastikan setiap tindakan diambil berdasarkan akta ini tidak harus wujud keraguan atau penyelewengan," katanya.
Sementara itu, mengulas tindakan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng meninggalkan MCA untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) katanya, ia tidak menjejaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) mahu pun UMNO.
''Tidak jadi masalah dengan kita, yang penting bagi kita adakah yang diperjuangkan oleh PKR itu selari dengan jiwa pemimpin MCA ini (Jui Meng).
''Kalau kita lihat, pertelingkahan dalam parti tidak seharusnya mendorong kita keluar parti. Ini (keluar masuk parti) bukan satu perkara baru, biasa dalam politik," katanya.

Ulasan Musafirlalu;
Berbagai pihak, terutama adalah daripada para pemimpin Umno yang mempertahankan undang-undang rimba Akta Keselamatan  Dalam Negeri (ISA), mereka bermati-matian mempertahankannya walaupun rakan-rakan mereka seperti Gerakan mahu ISA dihapuskan. Sebagai seorang yang mengaku Islam, adalah amat malang apabila mempertahankan akta yang ternyata bercanggah dengan Islam. Itulah sikap Umno yang hanya bertopengkan Islam. Sebagai seorang yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama telah menghina agama yang dianutinya. Berbeza dengan Gerakan yang lebih kedepan dalam isu ISA ini. Mereka (Umno) tahu, itulah talian hayat atau benteng terakhir mereka dalam menghalalkan cara untuk kesenambungan politik mereka yang semakin ditolak oleh rakyat Malaysia.

Apakah tidak cukup lagi dengan akta-akta yang ada di Malaysia sekarang ini sehinggakan akta yang bercanggah dengan Islam itu masih dipertahankan oleh mereka. Dimanakah pegangan agama mereka (Umno), yang mengaku seorang Islam tetapi dalam yang sama, mereka menghina Islam. Apakah ISA itu menempati ciri-ciri dalam tuntutan agama. Dimanakah para ulama didalam Umno untuk memberi penerangan kepada rakyat, yang ISA tidak bercanggah dengan Islam. Kita tidak pernah mendengar dari mulut ulama Umno dalam memperkatakan tentang akta ISA. Apakah kerana sedikit kesenangan dunia yang dinikmati, maka mereka(ulama Umno) membisu bila melibatkan kepentigan Umno dengan akta zalim tersebut.

Diatas dasar apakah yang menunjukkan ISA itu halal dari segi Islam. Kerana hendak mempertahankan hayat Umno, maka matlamat menghalaslkan cara. Dimanakah mufti-mufti yang ada, untuk memberi penerangan kepada rakyat yang ISA itu tidak salah disisi Islam. Apa yang pasti ialah, Umno terpaksa mempertahankannya kerana akta tersebut adalah satu akta yang dapat membantu mereka mengekalkan pemerintahan mereka. Kerana itulah mereka bermati-matian mempertahankan akta ISA biar pun ia bercanggah dengan Islam. Adalah satu perkara yang amat malang apabila bangsa dan agama lain pula yang menolak akta tersebut. Inilah Islam acuan Umno, mereka bukannya memberi keadilan tetapi merobek keadilan tersebut. Merekalah pengkhianat agama yang membuatkan agama lain memandang serong tentang Islam. Kerana itulah kaum Cina dan India di Malaysia, mengenali Islam dan mengetahui yang Islam adalah agama yang membawa keadilan kepada semua bangsa dan agama setelah mereka mendekati PAS.

Selama ini mereka telah ditipu oleh Umno pengkhianat Islam yang menyebabkan mereka menjauhi Islam disebabkan ianya telah diselewengkan oleh Umno. Apakah Umno masih boleh berbangga dengan slogan mereka iaitu, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Mereka (Umno) adalah satu parti yang sesat lagi menyesatkan. Mereka pasti melenting apabila dikata sesat, maka tidak salahlah apa yang dikatakan oleh TGNA yang Umno adalah parti yang lebih teruk daripada Komunis dan Ayah Pin. Kerana  kesesatan Komunis dan Ayah Pin telah mereka terjemahkan secara nyata, tetapi Umno telah bertopengkan Islam. Tidakkah itu dikatakan lebih bahaya, sehinggakan mereka menyuruh TGNA bertaubat. Merekalah yang sepatutnya bertaubat dan meninggalkan Umno yang telah sesat lagi menyesatkan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular