Hang bolehlah cakap macam-macam pasal hang kena soal aje, bukannya kena ugut, SPRM siasat hang pun pasal ambil syarat je. Nak tunjuk konon SPRM tak pilih kasih. Tapi setiap kali melibatkan pemimpin Umno-Bn, kes pasti tutup. Semua orang tahu macam mana kerja SPRM, kalau dulu SPR. Kita tunggulah bila Umno-Bn tumbang dan bebaskan SPRM dari kakangan kerajaan. Kita tengok siapa pemimpin Umno-Bn yang akan puji dengan siasatan SPRM. Kita pakat letak SPRM dibawah Parlimen, biar betul-betul bersih. Aku nak tengok macam mana Khir Toyo, beliau puji ke atau dia hentam SPRM. Hang cakap macam tu pasal SPRM masih tak berani nak sentuh hang. Hang tu cakap pakai lepas je, dalam siasatan SELCAT pun hang tak datang pasal hang rasa hang tu kebal.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Jumaat, 17 Julai 2009
Bila Khir Toyo Bercakap Tentang SPRM.
Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkataadalah tidak adil bagi DAP dan PKR membuat pelbagai kenyataan bagimenimbulkan keraguan dan kebencian umum kepada Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian setiausaha politik excokerajaan Selangor.
Beliaumengucap takziah kepada keluarga Teoh Beng Hock ekoran kematiannyasangat tragis dan kontroversi dan berharap mereka, termasuk tunangnyatabah dan sabar menunggu keputusan siasatan Polis.
"Saya jugaingin meyatakan bahawa adalah tidak adil membuat tuduhan semberonoterhadap SPRM tanpa menunggu keputusan hasil siasatan.
"Biarlahpolis menyiasat terlebih dahulu dan jika tidak berpuas hati, mungkinsatu suruhanjaya siasatan boleh ditubuhkan untuk melakukan siasatan,"tulis Khir dalam blognya.
Mayat Teoh - setiausaha politik excoSelangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui pada jam 1.30 tengahari semalam,selepas disoal siasat berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN.
Mayatnya ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
"Kitakena faham siasatan SPRM bukan untuk dipolitikkan kerana ia memberibanyak tekanan emosi kepada ahli keluarga mereka yang terbabit jikadisiarkan secara besar-besaran di dalam akhbar.
'Isu banglo mewah'
"Initurut dirasai oleh isteri dan anak-anak saya yang masih bersekolah,"katanya sambil menambh beliau melalui keadaan yang sama apabiladisiasat oleh SPRM apabila dilempar dengan tuduhan semasa dan selepasmenjadi menteri besar.
"Malah semasa saya menjadi menteri besardahulu, bukan sahaja fail dan dokumen diambil, saya sendiri dirakampercakapan selama lapan jam.
"Selepas tidak menjadi menteribesar pun boleh dikatakan setiap kes yang ditohmahkan ke atas saya akandisiasat oleh SPRM. Ini termasuk isu banglo saya yang mula disiasatoleh SPRM minggu lalu," katanya.
Bagaimanapun, katanya, beliautidak menjadi seperti beberapa ahli politik yang dengan sukarelamemanggil sidang akhbar memberitahu dan mempersoalkan tindakan SPRMmengambil dokumen dan menyiasat pejabat mereka.
"Seingat sayatidak pernah SPRM membawa wartawan atau media ke mana-mana serbuanmereka. Malah jika tidak silap saya isu siasatan ini menjadi besarkerana wakil rakyat dari DAP sendiri membocorkannya kepada pemberita.
"Jadikanlahtragedi ini satu pengajaran yang terbaik kepada kita semua. Janganpolitikkan siasatan SPRM sehingga menjadikan seolah-olah suruhanjayaini bertindak atas kepentingan politik parti tertentu.
'Mahu menagih simpati'
"Hakikatnyalayanan yang sama termasuk pengambilan kenyataan selama lapan jamberlaku ke atas sesiapa sahaja yang difikirkan perlu oleh SPRM tanpamengambil kira kedudukan dan parti," katanya.
Khir berkata,kebanyakan pemimpin BN akan cuba mengelakkan publisiti mengenaisiasatan terhadap mereka, tetapi mendakwa pemimpin Pakatan sukamengambil tindakan menghebahkan tindakan SPRM ke atas mereka bagitujuan menagih simpati dan mewujudkan keraguan ke atas siasatan yangdilakukan.
"Saya berharap ADUN dan Exco Kerajaan Pakatanbersedia disiasat dan jangan menyalahkan SPRM. Jangan gunakan mediauntuk meraih simpati.
"Jika mereka merasa marah, geram dansakit hati kerana disiasat SPRM, demikian jugalah yang berlaku kepadapemimpin BN yang terpaksa melalui proses siasatan yang sama akibattuduhan dan laporan yang dibuat oleh mereka sebelum ini.
"Cuma kami tidaklah menjadikan SPRM sebagai kambing hitam," katanya.(malaysiakini)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijri di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
Parti PAS adalah parti yang menggunakan lambang Bulan dan BN menggunakan lambang Dacing. Dari segi logik akal, apabila seseorang wanita itu ...
-
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu yang membebaskan seorang jur...
-
Sebelum kita meneruskan dengan artikel berkaitan dengan Sejarah Islam ini, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'S...
-
BERCANGGAH TENTANG HUKUM FARAID Hukum Allah bukan satu pilihan untuk dipatuhi tetapi satu kewajipan http://kehidupanalguran.blogspo...
-
Apabila sesetengah orang Islam mempertikaikan hukum Islam untuk di laksanakan di Malaysia, antara alasan yang kuat ialah mencari saksi yang ...
-
Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Ker...
-
Dalam tercari-cari dan selongkar, saya tertarik kepada satu artikel yang sudah lama dikeluarkan, yakni pada Febuari 2009 oleh laman Ibnu Ha...
-
Isteri dan anak (Ana dan Hana). Kenapa tidak disebut harijadi, kerana tarikh lahir dengan hari jadi mempunyai perbedaan bagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan