Umno Bahagian Ampang telah mengorak langkah dengan berjinak-jinak bagaimana untuk menjadi pembangkang. Satu langkah yang patut dipuji oleh Umno Bahagian-bahagian lain. Ini adalah satu langkah untuk merasai bagaimana rasanya apabila menjadi pembangkang nanti.
Satu demontrasi telah diadakan oleh Umno Bahagian Ampang dalam menyatakan sokongan mereka terhadap SPRM dan Polis. Yang pasti demontrasi tersebut diadakan tanpa permit polis, ini bermakna mereka melakukan demontrasi secara haram. Tiada tangkapan dilakukan oleh pihak polis terhadap penganjur demontrasi tersebut.
Inilah dia sikap double-standard pihak polis dalam isu demontrasi yang telah diadakan tanpa permit tersebut. Jangan kata hendak buat tangkapan, pihak polis pula yang tolong menjaga keselamatan para penyokong Umno yang melakukan demontrasi tersebut. Inilah yang dilaung-laungkan oleh para pemimpin Umno tentang 1Malaysia.
Hang sokong lah SPRM dan Polis tu semasa hang tengah berkuasa ni, pasal nanti aku nak tengok pula bila hang semua dah tak ada kuasa lagi. Aku nak tengok adegan kejar mengejar dengan pihak polis bila buat demontrasi dan untuk para pemimpin Umno pula, aku nak tengok depa lari lintang pukang apabila dikejar oleh SPRM.
Sekarang hang dok katalah Polis tu baik dan SPRM tu telus, tunggu lah masa nanti bila hang dah hilang kuasa. Aku nak tengok hang semua kutuk atau puji PDRM dengan SPRM. Tapi aku memang yakin puak-puak Umno, baik wanita ke , puteri ke mahupun putera, mereka tak beraninya nak buat demontrasi bila sudah tak berkuasa. Mereka ni memang jenis manja, pasal dah berpuluh-puluh tahun dibelai dengan manja oleh PDRM.
Masa pilihan raya pun, mereka berani gi merayu undi pun pasal ada polis tolong jaga, kalau tak .... mampuih mereka tak berani punya. Pasal tulah bila Umno-Bn bertanding jer, pasti ramai polis terpaksa ditugaskan untuk melindungi sang puteri dan sang putera. Kerana itulah dalam pilihan raya Dun Penanti tempoh hari adalah antara pilihan raya yang paling aman di Malaysia pasal Umno-Bn tak bertanding. Dan anggota polis yang bertugas pun kurang sampai abang polis pun boleh terlelap kerana amannya suasana di Penanti.
Maka kita boleh membuat andaian, sebenarnya yang selalu buat kecoh dan provokasi adalah Umno. Bila depa bertanding jer mesti kecoh. Kerana itulah kalau ada pilihan raya kecil, Umno sepatutnya diharamkan bertanding. Tetapi memandangkan kita hidup di negara yang mengamalkan demokrasi, maka mereka berhak bertanding. Syabas kepada Umno Bahagian Ampang kerana telah mula berjinak-jinak mempelajari ilmu bagaimana untuk menjadi pembangkang.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Rabu, 22 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan, menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki ...
-
ISMAIL SABRI ADALAH MENTERI PALING BODOH DALAM SEJARAH MALAYSIA!? Pergghhh marah betul si Keris Putra dengan Ismail Sabri, dikat...
-
Burj Dubai mercu tanda Emiriah Arab Bersatu. - Foto Reuters Menara catat rekod dilengkapi masjid tertinggi DUB...
-
Gerakan Anti Korupsi Gerakan Kebangkitan Rakyat Gerakan Pembela Rakyat Gerakan Anti ISA ___________________________________________...
-
Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang isu seorang model, Kartika Sari Dewi Shukarno yang telah dijatuhi hukuman sebat sebanyak 6 seb...
-
8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi ...
-
Untuk renungan kita bersama tentang perintah Allah SWT kepada Iblis Laknatullah untuk menjawab segala pertanyaan Rasulullah SAW. ...
-
Makam Rasulullah s.a.w. Makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut Makam Aisyah r.a. (i...
-
Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya di...
-
Pada 7 Jan 2001 Hartanah Taikon Tan Sri Abu diarah merobohkan pagar tembok. Masuk dalam media Utusan.Namun.. cuba lihat.. sampai hari ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan