Translate

Khamis, 29 Oktober 2009

Mesyuarat Khas PAS...........

Sumber yang dperolehi dari IbuPejabat PAS melalui sahabat saya, panzer :Sidang akhbar sudah berakhir. Kenyataan dari keputusan meeting malam tadi telah dikeluarkan.

1.40am
1] Perkukuhkan Pakatan Rakyat. Semua pimpinan dan ahli PAS diminta beriltizam untuk untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Satu seminar khas mengenai pengukuhan Pakatan rakyat akan dilangsungkan. Penulis merasakan seminar itu adalah seminar yang sama yang akan dijalankan pada bulan Disember nanti.

2] Satu lembaga displin dibentuk dengan diketuai oleh Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man bagi menangani isu-isu displin yang sedang berlaku di Negari selangor.

3] Isu Unity Government atau Kerajaan Perpaduan sudah tidak berbangkit lagi. Tiada lagi kerajaan perpaduan selepas ini.

*Mustafa Ali, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslam Sms masih lagi mengekalkan status quo masing-masing.

12.10am

Mensyuarat Khas masih belum tamat. Sidang PC belum diadakan.

Kredit terbanyak untuk saudara Panzer, wartawan dari Utara Online. LIVE dibawakan oleh beliau di sini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

awat yg tak buang saja mustafa ali 2.tot2 lps ni dia buat pasal plk...tp dah mesyuarat x buang x pa la,,mai kt pkt2 pekukuh pr!kt twn putrajaya...takbir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular