Translate

Jumaat, 23 Oktober 2009

PAS Dalam Bahaya ( 3 ).......................

Seteleh melihat kritik-kritik yang bertubi-tubi terhadap pimpinan PAS dan yang terbaru dari Prof. Aziz Bari, sememangnya PAS telah memasuki phasa tersebut. Saya melihat teguran daripada Prof.Aziz Bari lebih bersikap mengingatkan.

Di dalam PAS tidak dinafikan bahawa ada gunting dalam lipatan, yang telah berjaya menyuntik jarumnya. Mereka telah berjaya duduk sebaris dengan pimpinan apatah lagi sudah bergelar Y.B dan MB. Negeri yang paling diberi tumpuan adalan Selangor kerana itulah tapak awal mereka dan juga sekarang.

Mereka mula betul-betul aktif setelah memdapat jawatan yang kebanyakkan bertaraf MP kerna itu adalah sasaran mereka yang lebih mengidamkan kerajaan pusat daripada daripada kerajaan negeri.

Saya melihat isu ini beleh dikatakan bermula apabila Dr. Hassan Ali melakukan sedikit pembersihan didalam diperingkat Perhubungan PAS negeri Selangor. Dari situlah bermulanya isu-isu yang remeh diperbesar-besarkan.

Ini tidak bermaksud saya menyokong membabi buta dengan tindakkan Dr. Hassan Ali dan saya tahu pasti ada yang tidak senang duduk dengan apa yang saya katakan.

Seandainya saya menyebut nama beliau pasti saudara akan mengimbas kembali apa yang terjadi setelah beliau di turunkan oleh Dr. Hassan Ali. Dan pada pandangan peribadi saya tindakan Dr. Hassan Ali itu ada kebaikkannya.

Pada pendokong PAS, tindakkah anda terfikir kenapa apabila PAS melakukan sesuatu maka semua pihak terlalu seronok melanyak, tetapi tidak pada PKR dan DAP. Dimana dasar perjuangan saudara sebagai pendokong PAS.

Dimanakah kedudukkan sebenar PAS didalam Pakatan Rakyat....... Adakah sebagai barua atau hamba. Bagi gunting dalam lipatan ini,, wa'lanya lebih kepada PKR daripada PAS sendiri.

Oleh itu sekiranya anda lebih senang bersama dengan PKR, maka dipersilakan meninggalkan PAS secara terhormat. Bukannya cara era 80an dahulu dan ambillah title MP dan Y.B walaupun menang diatas tiket PAS.

5 ulasan:

hussin berkata...

patah tumbuh hilang berganti. apa yang berlaku adalah akibat wala' yang keterlaluan, sehingga tidak mampu membezakan di antara intan dan permata. sehingga terpaksa tgna "masuk campur'.

mereka tidak dapat melihat ke mana pas cuba dibawa dengan urutan2 peristiwa yang berlaku. mereka tidak mampu kaitkan ke mana "kepimpinan ulama tercabar" hendak membawa pas. mereka hanya jadi penumpang bas yang setia tanpa mampu memperdulikan cara tidak beretika pemandu. mereka tidak ambil kisah cara memandu yang boleh memudaratkan orang ramai. peduli apa sedangkan kemudaratan yang boleh menimpa mereka pun mereka tidak sedar.

peduli apa pemimpin berbohong dalam isu "pertemuan dalam gelap". peduli apa penipuan "dipersetujui majlis syura ulama". akibatnya pas terengganu bersesak2 di jalan raja laut. "orang2 lama" berlonggok di jalan raja laut. pandangan hati sudah jadi kabur kerana termakan racun wala' dari "kepimpinan ulama" yang dipertahankan dengan cara penipuan.

racun wala' telah berjaya melalikan sehingga tak kelihatan bahawa ulama akan mencemari 'kepimpinan ulama'. tak kelihatan ulama tidak faham "konsep kepimpinan ulama". presiden dan timbalan presiden mesti ulama. mereka terikut2 rentak tarian ulama kerana tarian itu akan menjaminkan mereka ke syurga!

menolak pandangan mursyidul am, tindakan pertama oleh 'kepimpinan ulama', mesti dipatuhi. kritikan mursyidul am usah dilayan malah perlu dibakulsampahkan. peringatan almarhum fadzil noor mesti diketepikan. "wawasan" 'kepimpinan ulama' selepas muktamar ke 55 dijunjung.

inilah kepimpinana yang ada pada hari ini. lahir dari pil wala' yang diedarkan menjelang muktamar ke 55. sejauh mana kesan pil ini akan terserlah pada muktamar khas nanti, jika diadakan. hubaya, hubayalah!

jangan salahkan pemimpin. salahkan diri anda yang telah memilih pemimpin. bukan dengan sukarela dan di atas kesedaran sendiri. kerana sanggup menelan bulat2 pil wala' yang "diberi". teruslah berkhayal dan pertahankan "kepimpinan ulama tercabar"!

pandangan orang bukan politik jangan dilayan. mereka tidak layak walaupun kerana mereka ahli akademik. lihat sahaja respon hebat, canggih, berilmu dari orang politik seperti ketua penerangan pas. bak kata tuan ibrahim, mereka tidak tahu apa yang berlaku dalaman dan hanya melihat dari luar. lalu pandangan mereka adalah selekeh sekali.

pedulikan persepsi pengundi kerana pas tidak mengharapkan undi mereka. pas ada Allah, jika kita ikhlas, Allah pasti tolong pas.

wallhu'alam.

hussin berkata...

salam,

"Pada pendokong PAS, tindakkah anda terfikir kenapa apabila PAS melakukan sesuatu maka semua pihak terlalu seronok melanyak, tetapi tidak pada PKR dan DAP. Dimana dasar perjuangan saudara sebagai pendokong PAS."

maafkan saya. kita perlu perbetulkan rumah tangga kita dulu sebelum boleh tegur orang lain. dalam keadaan rumah tangga sendiri berserabut, teguran kita akan diperlekehkan. ia akan hanya seperti air ke daun keladi.

lagipun, tidakkah pas mempunyai cita2 politik untuk menggantikan umno di persada politik tanah air? sekiranya tidak, baik pas join kumpulan2 dakwah yang lain dan tinggalkan politik.

hussin berkata...

sudah tentu pas bercita2 begitu sepertimana luahan presiden "pas kerajaan yang ditunggu". apabila memberi label "pas kerajaan yang ditunggu", maka sewajarnyalah pas bergerak ke arah itu. teguran pendokong pas terhadap pas menunujukkan mereka lebih peka dan faham akan maksud dari "pas kerajaan yang ditunggu".

teguran yang diberi janganlah ditafsir sebagai mereka mempertahankan "kemaksiatan". janganlah menghina saudara sendiri seolah2 mereka tidak tahu islam. semua orang islam akur arak itu haram. termasuk orang umno. yang memberi lesen penjualan arak tanpa kawalan. apa yang dilhat adalah tindakan2 yang menolak persefahaman dan setiakawan yang memberi persepsi negatif kepada pas keseluruhanny, bukan sekadar pas selangor. janganlah bertindak semata2 ego demi menolak tuduhan yang dilemparkan ke atas pas perak, mengikut telunjuk dap. siapakah yang membuat tuduhan tersebut?

mereka bukan menjadikan apa yang berlaku di selangor sahaja sebagai hujah untuk menegur pas. apa yang berlaku di selangor ada kaitan dengan kejadian sebelumnya, yakni selepas pru 12. pokok tak akan bergoyang kalau tak ada angin. mereka melihat ia seolah2 kesimbanguan tindakan kepada muzakarah yang tidak mampu dilenyapkan apabila timbul pula kerajaan perpaduan. rentetan peristiwa2 inilah yang mendorong mereka menegur pas

hussin berkata...

tindakan mereke menegur pas adalah kerana sayangnya mereka kepada pas. bukan kerana benci. benci hanya kepada tindakan2 yang dilakukan yang tidak sedikitpun mencerminkan pas benar2 ikhlas dengan "memperkasakan pakatan rakyat". dengan "pas for all". ia boleh menimbulkan keraguan kepada pengundi yang sudah mula mendekati pas. keraguan pengundi terhadap pas telah diekplotasi sepenuhnya oleh seteru pas yang sentiasa menanti2kan "kelemahan" pas.

pas dilihat tidak mampu menggunakan "kekuatan" yang ada padanya. yang teruk, pas tidak mampu menyembunyikan "kelemahan"nya. di mana perginya "swot"?

sekadar persepsi saya, yang sentiasa boleh disanggah. kalau pas "kerajaan yang ditunggu", ia mestilah dengan kekuatan pas sendiri bukan kerana perpecahan dalam umno seperti yang berlaku di terengganu. pas tidak perlu menahan lukahnya "pas keraajaan yang ditunggu" di pergentingan "perpecahan umno. anggaplah itu satu 'hadiah' dari Allah swt untuk memantapkan lagi pas. gunakanlah dia dengan sebaik mungkin dengan penuh bijaksana bukan dengan rasa syok sendiri.

terengganu adalah satu pengajaran. pas tidak mampu mengambilalih kerajaan negeri pada dua pru selepas berjaya menang besar pada 1999. pas tewas pada 2004 dan 2008. pas political players afiled to recapture terengganu for whatever the reasons. for reasons known to them. for reasons known to the voters.

hussin berkata...

mereka yang sama kini bersesak2 di jalan raja laut. apakah ia tidak akan sedikitpun menjejaskan pas di mata umum? lebih2 lagi dengan rentetan2 peristiwa yang berlaku sejak "pertemuan dalam gelap"? the same political players who failed to recapture terengganu state are now in pas hq. persepsi ramai adalah "cara" pas terengganu kini menjadi "cara" pas pusat.

jangan pula cepat menuduh saya benci pas terengganu. ingat pepatah melayu, "sebab nila setitik, rosak susu sebelanga." perhatikan sendiri akan ucapan2 mereka serta cara mereka bertindak.

pemimpin tidak boleh menggunakan "Boleh jadi apa yang kamu tidak suka, ianya baik bagi kamu, dan apa yang kamu suka ianya tidak baik bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya" apabila berhadapan dengan ahli2.

"Boleh jadi apa yang kamu tidak suka, ianya baik bagi kamu, dan apa yang kamu suka ianya tidak baik bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya", sewajarnya menjadi pegangan dan peringatan kepada pemimpin di sepanjang perjuangan.

wallahu'alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular