Translate

Isnin, 19 Oktober 2009

PAS dalam Bahaya..................

Satu gerakan mungkin telah diatur oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan Tuan Presiden. Diharap perkara ini tidak benar sama sekali.

Gerakan halus yang telah dimainkan boleh dilihat kepada kecaman-kecaman terhadap orang-orang Ptesiden.

Apa yang sebenarnya di dalam PAS tiada sikap berpuak-puak. Kerana itulah dalam tulisan saya yang lepas, saya menyatakan bahawa IRC mula bertapak kembali didalam PAS.

Ini adalah satu permainan yang bahaya buat PAS dalam usaha mereka mengembangkan pengaruh mereka. Mereka ini seumpama 'campak batu senbunyi tangan', mereka memulakan isu tetapi bersembunyi dibelakang pemimpin yang berpengaruh.

Pemimpin yang paling banyak dikritik adalah Ustaz Nasha kerana beliau dikatakan sebagai penyokong kuat Tuan Guru Haji Hadi. Apa yang mereka lakukan terhadap Ustaz Nasha sebenarnya sebagai simbolik kepada penentangan mereka terhadap TGHH.

Mereka tidak berani menyentuh tubuh TGHH kerana mereka tahu dan faham akan pengaruh yang masih dimiliki oleh TGHH.

Kerana itulah saya menyeru agar satu pembersihan secara besar-besaran dilakukan didalam parti PAS. Jika kita sayangkan PAS, maka sudah tiba kita untuk nyahkan perosak-perosak ini daripada PAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ana rasa anta banyak ketinggalan dalam apa yg berlaku dalam PAS.tidak ada gerakan halus spt di nyatakan cuma apa yg berlaku adalah response dan keresaan ahli dan penyokong dengan telatah golongan ust nasa dan bebrapa pimpinan yg sehaluluan yg sebenarnya akan melemah kan PAS.

ana tidak tahu anta tinggal di mana ,mungkin di terengganu.tapi jika ada referundum dr ahli PAS seluruh malaysia teruntama kepada ahli yg aktif, ana pasti pemimpin spt ust nasa,dr hassan, mustafa ali , dian tentawai akan di tolak.

kami sayangkan PAS dr individu2 ini

Tanpa Nama berkata...

Orang marah pada Nasa kerana bersekongkol dengan UMNO. Kena paham tu.

Tanpa Nama berkata...

Pas patut bersarakan mereka yg disebut oleh tanpa nama diatas.Kepimpinan mereka tidak boleh diterima rakyat Malaysia.no idea.Bab agama boleh sokong ,kepimpinan out.

musafirlalu berkata...

Saya menyokong penuh agar individu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada PAS dibersarakan untuk memulihkan PAS.Tidak perlu mempertikaikan dari mana asal saya dan saya tidak ketinggalan dalam kerenah politik PAS. Apabila saudara mengatakan saya berasal dari Terengganu, ini membawa maksud yang saya bersifat kenegerian. Apa yang saya tuliskan kerana tidak mahu PAS diperlekehkan oleh parti2 lain. PAS bukannya parti pak turut, yang boleh dipermain2kan kerana PAS tidak boleh meninggalkan dasarnya semata2 hendak menjaga hati kawan2 dalam PR. Mereka mesti menjaga hati PAS sebagaimana PAS menjaga hati mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular