APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Sabtu, 17 Oktober 2009
Syiah : Kenapa Menuduh Saya
Satu tuduhan yang berat buat saya apabila ada yang menuduh saya membawa budaya Syiah di dalam PAS, parti yang saya Wa'la kan. Disini saya ingin menulis tentang kelahiran parti dalam Islam.
Setelah berlangsungnya perundingan, maka lahirlah apa yang dikatakan parti-parti politik yang pertama dalam masyarakat Islam. Antaranya ialah parti Syiah yang pro Khalifah Ali r.a., parti Ahli-Sunnah yang pro Muawiyah r.a. dan parti Khawarij yang anti kedua-dua parti tersebut.
Pati-parti ini mempunyai pendirian yang tersendiri antara satu dengan yang lain, utamanya dalam masaalah Khalifah. Masing-masing parti cuba hendak mempengaruhi orangramai supaya memihak kepada mereka. Perkembangan parti-parti politik ini kemudiannya menjadi parti agama yang mempunyai cabang-cabang yang tertentu.
Parti Syiah terdiri daripada mereka yang kasih kepada Saidina Ali r.a.. Mereka mahu supaya supaya Saidina Ali r.a. menjadi Khalifah sejak zaman Saidina Abu bakar r.a. lagi. Merka berpendapat bahawa Saidina Ali r.a. dan keturunannya sahaja yang berhak mewarisi tahta Khalifah.
Mereka mengenali jawatan Hkalifah dengan nama Imamah. Pada pandangan mereka Saidina Ali r.a. adalah Imam yang pertama kerana beliau adalah menantu Rasulullah yang menurunkan keturunan Baginda. Kemudian jawatan Imam itu turun kepada anaknya Imam Hasan, kemudian kepada Imam Husein, seterusnya kepada anak-anak Saidina Husein.
Golongan Syiah sentiasa patuh kepada Imamnya, bukan sahaja dari aspek politik, bahkan melibatkan aspek-aspek ibadat dan amalan harian mereka.
Kernan sifat-sifat ganas dan kejam yang dilakukan oleh kerajaan Umayyah terhadap mereka, utamanya keturunan Saidina Ali r.a., maka gerakan mereka menjadi gerakan bawah tanah. Mereka mengembangkan satu dasar yang disebut 'taqiyah' yang bererti bahawa mereka diizin menyembunyikan watak mereka yang sebenar ketike berhadapan dengan ancaman musuh.
Parti AhliSunnah yang pro Saidina Muawiyah r.a. berpendapat bahawa jawatab Khalifah dalam Islam bukanlah suatu perkara yang boleh diwarisi seperti harta pusaka. Khalifah hendaklah dipilih dari orangramai yang cukup syarat dengan tidak membezakan antara seorang dengan yang lain.
Mereka juga berpendapat bahawa perselisihan di kalangan Sahabat-Sahabat r.a. adalah semata-mata suatu perkara ijtihad, ataupun pendapat sendiri yang menuju kearah kebaikan. Ertinya perselihihan ini tidaklah merupakan suatu perkara asasi yang merosakkan imam.
Walaupun mereka bersimpati dengan tuntutan golongan Saidina Ali r.a. terhadap jawatan Khalifah, tetapi mereka menyokong orang yang berkuasa dan memusatkan minat kepada perlaksanaan ibadat dan pengajian agama. Golongan ini terkenal dengan nama Al-Sunnah kerana mereka dianggap tradisional, berpegang kepada Sunnah iaitu Hadis dan amalan-amalan Rasulullah s.a.w., dan tidak kepada logika dan pemikiran sebagaimana golongan Muktazilah yang lahir beberapa tahun kemudian.
Parti Khawarij(tuduhan blog Umno terhadap PAS) pula ialah golongan mereka yang marah kepada Khalifah Saidina Ali r.a., kepada Muawiyah r.a. dan kepada Amru Ibnul-As. Mereka bercita-cita dan berusaha hendak membunuh ketiga-tiga pemimpin yang terlibat dalam perundingan 'Tahkim'.
Dengan terbunuhnya mereka ini maka satu susunan politik yang baru bagi mewujudkan sebuah kerajaan Islam yang kukuh dan gagah dapat dilaksanakan. Muawiyah r.a. kufur kepada Allah kerana menuntut jawatan Khalifah kepada dirinya secara kekerasan. Saidina Ali r.a. terlibat dengan kekufuran itu kerana menerima tawatan damai melalui perundingan 'Tahkim' yang dianjurkan oleh Muawiyah r.a. Dan Amru Ibnul-As kufur kerana merancang perundingan itu.
Dalam masaalah pemilihan Khalifah pula orang Khawarij berpendapat bahawa Khalifah hendaklah dipilih oleh rakyat dengan pilihan umum yang bebas.. Jawatan ini tidaklah khusus kepada bangsa Quraisy sahaja, bahkan sesiapa sahaja yang mempunyai syarat kelayakan walaupun dari hamba abdi sekali pun adalah berhak menjadi Khalifah untuk memimpin umat Islam.
Khalifah yang dipilih tidak wajib ditaati lagi jika ia tidak menjalankan hukum yang dikehendaki oleh Islam. Pendapat mereka yang paling agresif sekali ialah, mempertahankan kebaikan Islam hendak dilakukan walau pun secara kekerasan.
Adalah tidak adil apabila menuduh saya membawa Syiah. Apa yang saya maksudkan adalah renungan bersama. Apabila kita mengambil apa yang baik walau pun bukan golongan kita, maka saya diumpamakan sesat wakau tidak disebut secara nyata. Jika itulah andaiannya, pemimpin Umnolah yang sesat lagi menyesatkan kerana berhukum menggunakan kaedah British dengan menepikan apa yang diperintahkan oleh Allah dalam masaalah berhukum.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
-
Pada 7 Jan 2001 Hartanah Taikon Tan Sri Abu diarah merobohkan pagar tembok. Masuk dalam media Utusan.Namun.. cuba lihat.. sampai hari ini...
-
8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi ...
-
Untuk renungan kita bersama tentang perintah Allah SWT kepada Iblis Laknatullah untuk menjawab segala pertanyaan Rasulullah SAW. ...
-
Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Ker...
-
Makam Rasulullah s.a.w. Makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut Makam Aisyah r.a. (i...
-
Bekas PM Ah jib dan kuncu kuncu nya akan merasmikan Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik selatan TBS BTS. [Bandar Tasik Selatan]...
-
Minta laluan ya............ bila berhujah mesti ada dalil ada nas ada fakta............ jangan pakai langgar je........... 31 tahun duduk da...
-
ISMAIL SABRI ADALAH MENTERI PALING BODOH DALAM SEJARAH MALAYSIA!? Pergghhh marah betul si Keris Putra dengan Ismail Sabri, dikat...
-
Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan, menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan