Translate

Ahad, 28 Februari 2010

Sistem Dajjal : Kompilasi Terpilih...Bah 2 (BahteraWawasan)

Allah mencipta setiap hambanya menjadi makhluk yang taat, begitu juga syaitan. Pada asalnya, syaitan juga beriman kepada Allah. Namun, makhluk yang diciptakan daripada api ini ingkar kerana enggan sujud kepada manusia pertama bernama Adam. Lalu, syaitan disingkir dari syurga dengan kehendak Allah. Umat Islam tahu kisah yang diceritakan dalam al-Quran ini yang membawa kepada penyingkiran Adam dan Hawa akibat diperdaya syaitan, malah turut diceritakan dalam Bible bab  Genesis.


Kita tidak boleh terus kata Dajjal itu diciptakan sebagai makhluk kufur sejak dari permulaan dia dilahirkan. Allah tidak mencipta makhluk yang dianugerahkan akal untuk diazab, azab itu hanya diturunkan selepas sesuatu makhluk itu ingkar setelah disampaikan petunjuk dan hidayah. Allah Maha Adil, Dia tidak sekali-kali akan menghukum sesuatu makhluk tanpa kesalahan.

Jadi, apa kesalahan Dajjal yang membuatkan dia kufur, lalu Allah jadikan dia sebagai janji terhadap ancaman paling besar kepada umat manusia di akhir waktu? Amat penting untuk merungkai persoalan ini dengan cuba mengesan Dajjal dengan menjadikan calon-calon manusia kufur yang direkodkan dalam sejarah sebagai petunjuk kepada jawapan. (Allah lebih mengetahui segala rahsia, penulis hanya menyampaikan pendapat peribadi).
Namun malangnya dalam tajuk ini, kami tidak dapat mengesan siapakah orang yang menyebarkan doktrin agama sesat sejak dari permulaan sejarah sehingga melahirkan agama pagan yang terus wujud sehingga hari ini. Orang itu begitu licik dalam menjalankan kerjanya. Kami hanya menemui kesan iaitu agama pagan yang ditinggalkannya sahaja. Lalu, kami hanya mampu membuat loncatan   ‘jump to conclusion’ iaitu orang itu adalah Dajjal. Tetapi, kami tidak tahu dengan nama apakah Dajjal beroperasi ketika menyemai agama pagan di dunia pada ribuan tahun dahulu.

Jika ketika operasi meninggalkan kod-kod kehadirannya di seluruh dunia, Dajjal memperkenalkan dirinya sebagai Horus, Merlin dan sebagainya melalui mitos-mitos dan kisah-kisah lagenda. Namun, apakah nama yang digunakan manusia aneh ini ketika menyebarkan agama pagan? Tinggalkan persoalan ini sehingga bab-bab akan datang.

Kita semua sudah tahu tamadun Babilon mewariskan agama pagan kepada dunia, kesesatan yang menjadi ibu kepada kekufuran lagi syirik terhadap Tuhan Yang Satu. Babilon adalah kuasa besar dalam tamadun kuno, tamadun ini juga mewariskan ramai keturunan dari darah pemerintahnya yang menjadi pemimpin dunia hari ini. Keturunan Babilon ini terus hidup dengan semangat   survival yang tinggi, menyelinap masuk ke dalam kaum-kaum nabi terdahulu berbekalkan sifat munafik dan fasiq, mereka sanggup berbuat apa saja untuk terus hidup dengan melahirkan generasi-generasi baru sehingga akhir zaman. Kuasa-kuasa besar dunia hari ini adalah New Babylon, Kingdom of Pagan yang sentiasa memerangi negara-negara Islam, Kingdom of Light.
Bangunlah, kita cipta sejarah baru, kita cipta sejarah baru mengenai umat yang gemilang, terbilang, bermaruah dan tidak menunduk segan di hadapan orang pagan. Jangan hanya duduk diam dan hanya mampu berbangga dengan sejarah kegemilangan generasi Islam terdahulu yang sudah menjadi bahan sejarah. Buatlah sesuatu, jika kita mampu buat sesuatu secara   ‘think global’ , maka buatlah dengan berbekalkan segala sumber yang ada. Tetapi jika kita hanya mampu ‘think local’ , maka buatlah. Jangan berasa kecil dan membandingkan diri dengan ulama besar jika kita hanya mampu mengajak seorang sahaja jiran pergi ke surau setiap hari kerana kita hanya ‘think local’. Tetapi yakinlah, jika semua orang hanya mampu buat ‘think local’ secara serentak, maka ia juga akan menjadi ‘think global’.

Bersambung

Sistem Dajjal : Kompilasi Terpilih...Bah 1 (BahteraWawasan)

Pendahuluan
Sejak peristiwa Hijrah, Islam mula berkembang dengan jaya walaupun berhadapan pelbagai ancaman di saat zaman awal perkembangannya. Ia adalah hasil gigih umat Islam terawal dalam menjamin kelangsungan manusia supaya mengenal Allah, ia adalah agama yang membawa manusia kepada kebenaran dan kejayaan. Maka, kita juga perlu berhijrah dari segi kekuatan iman dan mempersiapkan diri dalam menghadapi fitnah terbesar yang dibawa Dajjal.
 
 Agenda Dajjal digerakkan melalui satu operasi sulit yang mengambil masa sangat panjang sejak zaman berzaman, rancangan sulit yang digerakkan oleh golongan penyembahnya yang dijanjikan kekuasaan dan kekayaan di dunia, ia adalah rancangan untuk kemunculan semula ketika dunia sedang dalam keadaan huru-hara di mana manusia hidup dalam keadaan ketakutan, ia adalah rancangan untuk mencetuskan perang akhir, ia adalah zaman perang besar yang memperlihatkan pertembungan antara Islam dengan Yakjuj Makjuj (kumpulan manusia yang sering disalah ertikan dengan Dajjal), ia adalah zaman Perang Dunia Ketiga yang memperlihatkan kehancuran besar-besaran terhadap sebahagian besar benua dunia, ia adalah perang nuklear. Perang terakhir dalam sejarah manusia sejak terciptanya Adam. Ia sebenarnya adalah perang akidah yang menumpahkan darah.
 
    Ketika saat manusia diselubungi ketakutan dan kelemahan iman, pada masa itulah Dajjal dari Bani Israel akan muncul sebagai penyelamat. Dia muncul tanpa kita sedari, dia muncul ketika manusia sudah lupa mengenai kisahnya, muncul ketika manusia sudah lupa tentang peringatan Muhammad kepada umatnya mengenai Dajjal, muncul ketika manusia sudah tidak mengenal Allah, muncul ketika manusia tidak ada sebarang persediaan untuk menghadapinya, muncul ketika saat manusia sangat memerlukan jaminan keselamatan semasa perang, muncul ketika saat anak-anak dan isteri kita berhadapan ancaman perang, muncul seperti janjinya dalam epik sejarah bahawa kemunculan terakhirnya adalah untuk menyelamatkan umat manusia. Ia adalah kemunculan fitnah terbesar, mengaku bahawa dirinya Tuhan dengan memperdaya manusia melalui sihir-sihir (terutama terhadap umat Islam), ia adalah dusta yang paling derhaka terhadap Allah.

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka.” (Quran, al-Baqarah: 120)

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukannya (dengan sesuatu yang lain) dan dia mengampuni segala dosa yang selain daripada kesalahan itu (syirik) bagi sesiapa yang dikehendakinya,” (Quran, an-Nisa: 48

Dajjal dan pengikutnya sudah bersedia. Bersedialah, kerana tanda-tanda Perang Dunia Ketiga begitu hampir apabila Amerika dan sekutunya kini kerap mencari alasan untuk mencetuskan perang terakhir itu dengan menjadikan program uranium Iran sebagai alasan, alasan untuk menggempur dunia Islam seiring dengan tuduhan pengganas terhadap umat Islam. Jika tidak tercetus semasa hayat kita, maka peringatkanlah anak-anak kita supaya mereka bersedia untuk menghadapi ancaman fitnah terbesar dalam sejarah manusia. Sesungguhnya kita sudah dilemahkan melalui Sistem Dajjal sejak sekian lama sehingga kita lupa terhadap tujuan kita dilahirkan pada akhir zaman.
 
Tanda-tanda mistik melalui kejadian paranormal juga semakin kerap terpampang di akhbar sejak akhir-akhir ini, ia adalah tanda-tanda yang mempunyai pertalian maksud terhadap kod kemunculan semula Dajjal. Fenomena UFO juga termaktub dalam sebahagian agenda kemunculan semula manusia misteri ini, momokan bahawa dunia akan diserang makhluk asing juga adalah sebahagian daripada agenda kotor, momokan bahawa dunia akan kiamat pada 2012 seperti dalam ramalan tamadun Mayan juga adalah sebahagian daripada agenda berkait ini. Penulis bermohon kepada Allah Yang Maha Bijaksana supaya mengizinkan penulis untuk cuba menjadikan benang-benang halus lagi tersembunyi ini bertaut sehingga jelas kelihatan. Sedarlah saudara-saudara seagama, janganlah kita menjadi golongan yang mengalu-alukan kehadiran Dajjal tanpa kita sedari. Janganlah kita menjadi hamba kepada Sistem Dajjal.
 
1. Doktrin Syaitan: Ibu segala agama selain Tauhid
 
Perjalanan Dajjal dalam pentas sejarah meninggalkan doktrin kekufuran di setiap lokasi yang disinggahnya. Manusia kufur yang dianugerahkan kepanjangan usia ini tidak pernah berhenti daripada terus berusaha untuk membuatkan manusia biasa percaya bahawa dialah tuhan yang akan muncul ketika saat dunia sudah kesuntukan masa. Sedangkan kita pada masa yang sama jarang sekali berusaha untuk meningkatkan iman, nikmat terbesar yang menjadikan seseorang manusia itu sebagai manusia.

“What can save us in the end? There is nothing but the light (iman) which make human become human. My brothers and sisters, please try to gain the strength of iman with full of effort, dawn by dawn. Insya-Allah, our Lord, The Most Gracious and The Most Merciful, The Only One God, Allah will always guide us till the end of time,” – Yusuf Islam, ucapan pada majlis Night of Remembrance 2006, Children Islamic School.

Bersambung

Rintihan Dari Bukit Aman. (Blog Kumanddieaf)


KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA


RINTIHAN DARI BUKIT AMAN



Assalamualaikum.....

Saya adalah seorang Pegawai Kanan Polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Tujuan saya menyebarkan maklumat ini adalah kerana saya berasa amat tertekan dan jijik dengan arahan yang saya terima dari pihak atasan dan saya tidak dapat lagi membendung perasaan marah.

Walaupun saya berpangkat kanan di dalam pasukan, saya juga seorang manusia, berbangsa Melayu dan berugama Islam. Saya adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan marah, sedih dan peri kemanusiaan terhadap manusia lain walau apa pun bangsa dan ugama seseorang itu.

Di dalam pasukan, kami dilatih untuk memenuhi setiap arahan ketua. Tak kira penat, siang ataupun malam. Dan di dalam situasi saya ini, saya menerima arahan dari ketua saya iaitu Tan Sri Rahim. Selaku Ketua Polis Negara, segala arahan beliau tidak pernah dapat kami pertikaikan walau di dalam mesyuarat (samalah kelakuannya seperti Dr. Mahathir) kerana di dalam Pasukan Polis keadaannya sama seperti di dalam kabinet yang sudah banyak kaki ampu, bodek dan dungu.

Di dalam kes Anwar dan Mahathir, sebenarnya KPN juga terbabit secara langsung. Ketakutan KPN kepada Anwar jelas tersebut di dalam mesyuarat kami di Bukit Aman baru-baru ini. Segala rahsia KPN berada di dalam pengetahuan saya. Semua projek-projek yang bernilai berjuta-juta ringgit yang menjadi milik KPN dan juga wang yang berjumlah RM 3.5 juta yang telah Daim Zainuddin berikan kepada KPN atas arahan Dr. Mahathir juga telah kami ketahui. KPN cuba menutup mulut kami dengan wang sebagaimana yang telah berjaya Dr.Mahathir lakukan pada dirinya. Tetapi bukan kesemua kami berkelakuan seperti binatang yang sentiasa membuka mulut jika disuap.


Ketegasan Anwar Ibrahim terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa, mencuri wang rakyat amat menakutkan KPN. Dr Mahathir telah memanggil KPN bertemu dengannya dan mengugut untuk membocorkan tembelang KPN supaya diambil tindakan oleh Anwar di mahkamah atau berkompromi dengannya untuk menjatuhkan Anwar.

TETAPI saya amat terkejut apabila mendapat arahan dari KPN baru-baru ini. KPN mengarahkan kami membuat huru-hara semasa Anwar berucap atas sebab untuk menuduh Anwar dan kumpulannya ganas dan membahayakan kemakmuran. Kami telah berjaya melakukan sabotaj dan hasilnya Anwar dan rakan-rakannya serta 125 orang penyokongnya telahpun kami tahan.

KPN juga mengarahkan kami untuk mengambil darah dari penagih dadah yang telah dikenalpasti membawa kuman AIDS dan HIV positif. Kami terpaksa melakukan arahan tersebut dengan menyerbu Lorong Haji Taib dan mengambil darah kebanyakan penagih dadah yang kelihatan teruk dan hampir mati.

Pada mulanya saya tidak tahu untuk apa kuman itu diambil. Tapi setelah terdengar katanya dari Dr Mahathir dan KPN " Rahim, have you done your job? Or should I ask somebody else to do it?". Tan Sri Rahim menjawab, " Do not worry Dato’ Seri, I’ll ask.............................(nama saya telah disebut sambil KPN menepuk bahu saya) to finish him". Dr Mahathir berkata lagi, "Can we trust him ?". KPN menjawab "Then we kill him like that goat". (Mereka menggelarkan Anwar sebagai kambing).

Tahukah tuan-tuan semua, apakah tugas Dr Mahathir perintah KPN lakukan dan KPN telah menyerahkan tugas itu kepada saya......?

SAYA TELAH DIARAHKAN SUPAYA MENYUNTIK TUBUH ATAU MENYALURKAN KUMAN AIDS DAN HIV MELALUI MAKANAN KEPADA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM.

KEJI ! Sungguh keji. Apabila Anwar ditahan dan dibawa ke Bukit Aman, saya berterus terang kepada KPN bahawa saya tidak boleh melakukan perkara tersebut. Saya diugut untuk tidak membocorkan rahsia ini dan akan menerima nasib seperti Dato’ Nalla. Saya faham ugutan ini kerana kami memang kadang kala akan meletakkan sesuatu (dadah atau senjata) ke dalam kereta atau rumah seseorang musuh dengan tidak disedari lalu kami akan mendakwa orang itu.

SEBENARNYA PELURU, PISTOL DAN DOKUMEN KERAJAAN YANG BERADA DI RUMAH DATO’ NALLA ADALAH KEPUNYAAN PIHAK POLIS. ANWAR SENGAJA DIPERANGKAP !!

Saya berani bersumpah kerana orang bawahan saya mengaku telah diberi tugas oleh KPN untuk melakukannya bagi menuduh Anwar Ibrahim belot kepada negara.

2 orang yang mengaku mempunyai hubungan liwat juga sebenarnya telah kami paksa untuk mengaku mempunyai hubungan liwat dengan Anwar. KPN telah memberi dua pilihan kepada mereka sama ada menghadapi ISA atau hukuman gantung sampai mati atau menerima RM 520,000 dan 6 bulan penjara. Kalaulah perkara ini terjadi kepada diri saya, sudah tentu saya tidak memilih hukuman gantung. Bagaimana pulak tuan ?

Tuan-tuan semua, jangan berasa hairan jika media melaporkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mati membunuh diri. Salah satu dari agenda kami di Bukit Aman ialah untuk memasukkan kuman HIV ke tubuh Anwar, membunuhnya dan mengatakan Anwar mati membunuh diri kerana malu.

Oleh kerana saya adalah orang Islam dan orang Melayu dan saya tidak boleh bersekongkol dengan rancangan KPN dan Dr Mahathir yang kejam ini ..... maka bersama surat ini saya dengan rasminya meletakkan jawatan saya sebagai anggota polis.

Pasukan Polis di Bukit Aman juga telah berpecah kepada 2. Iaitu yang bersetuju kuman AIDS disuntik ke tubuh Anwar dan yang satu golongan lagi masih berugama.

Saya merayu kepada semua anggota polis, pasukan tentera dan rakyat Malaysia supaya segera menyelamatkan Anwar Ibrahim dari mangsa jarum suntikan AIDS......... Saya bersumpah bahawa Dr Mahathir dan KPN akan membunuh Anwar. Jangan jadi Tentera atau Polis yang bodoh seperti "Algeria dan Turki".

Sabtu, 27 Februari 2010

Jejak Dajjal Dalam Sejarah: Siar semula dari Arkib Konspirasi Sepanjang Zaman (Blog BW)

orthodox-cathedral-of-cluj-napoca-romania

Ditulis Oleh: Konspirasi Teoris
Disiarkan Semula Oleh: The ASSOCIATE


(Nota dari ASSOCIATE: Tidak semua bahan dari Arkib Konspirasi Sepanjang Zaman akan disiar semula di sini, hanya artikel-artikel tertentu yang akan disiarkan semula dan yang mempunyai kaitan dengan tujuan asal blog ini iaitu berkaitan mistikal Dajjalism. Lain-lain bahan arkib boleh didapati di link-link yang akan disediakan nanti)

Mahu atau tidak mahu, kita harus meneliti sejarah kerana ia menyimpan banyak rahsia yang harus diselongkar dengan hati kita sendiri, bukan hanya menerima setiap pelajaran sejarah yang disajikan dalam buku-buku teks sekolah oleh orientalis dan evangelis Barat yang gemar merosakkan kebenaran sejak permulaan sejarah manusia lagi. Hati kita diciptakan Allah dengan sifatnya yang bersih (namun kitalah yang merosakkan hati kita sendiri), maka hati kita akan sentiasa mampu melihat kebenaran sekiranya kita sangat ingin dan amat merindukan kebenaran. Kebenaran itu ada kala pahit, dan ada kala sangat manis.

Sekadar membuat tekaan, ada segelintir pembaca yang menganggap bahan bacaan ini sedikit berat untuk difahami dan sering keliru dengan fakta sejarah. Untuk memahami sejarah secara dasarnya ialah, kita hanya perlu memahami kisahnya, bagaimana kejadian itu berlaku dan mengapa ia berlaku dan apa kesannya. Pengkaji sejarah ekstrem pula kerap kali memikirkan jawapan kepada apa ‘yang ditinggalkan tanpa jawapan’ dalam kisah sejarah itu dimana kita menganggapnya sebagai misteri…the puzzle.

Kepada peminat sejarah, anda tidak perlu garu kepala untuk menerima fakta yang ingin diketengahkan. Kepada peminat kajian kitab agama-agama, anda juga tidak perlu garu kepala untuk memahami setiap kontradiksi yang digarap untuk dijadikan sebagai sumber maklumat atau clue dalam perbincangan ini. Juga kepada peminat perkara-perkara mistik, anda mungkin akan menemui sesuatu yang baru.

Kita perlu mengenali sejarah, kita juga perlu mengenali ilmu kajian kitab (al-Quran, Old Testament, New Testament, Torah, Talmud, Habakkuk, Veda, Dead Sea Scrolls & dsb), kita juga perlu memahami perkara mistik, kita juga perlu mengenali sains….KITA WAJIB BERiLMU DAN MENJADI BIJAK SUPAYA KITA TIDAK DIPERBODOHKAN !!!

Topik yang akan disampaikan kali ini adalah sedikit berat, tetapi anda juga perlu bersedia kerana akan ada topik-topik lain yang lebih berat daripada topik ini. Kita membincangkan mengenai Dajjal, seorang manusia aneh dan mistik yang akan keluar pada akhir zaman. Kita sudah menjelaskan sebahagian kecil mengenai golongan yang bekerja untuk Dajjal iaitu gerakan Illuminati, gerakan Illuminati yang dijelaskan dalam artikel-artikel terdahulu cuma sebahagian kecil dan banyak lagi yang berselindung, anda mungkin menangis jika menemui kebenaran yang sudah diputar belit oleh Illuminati untuk memperbodohkan kita semua.

Dajjal adalah manusia mistik. Maka untuk mengupas persoalan Dajjal, kita juga perlu mengambil pendekatan mistik tetapi kita perlu ingat bahawa kita WAJIB berlandaskan ketetapan ALLAH. Kami menjadikan sumber Islam (Quran & Hadis) sebagai penanda aras dalam mengupas persoalan Dajjal berpandukan maklumat sejarah dalam kitab-kitab Yahudi, kitab-kitab Hindu, kitab-kitab pagan, hasil-hasil kajian arkeologis terdahulu dan hasil-hasil kajian saintifik moden dalam menjejak seorang manusia yang umat Islam gelar sebagai Dajjal, juga digelar Anti-Christ oleh umat Kristian dan The King of Kings oleh Yahudi. Sesungguhnya, masa untuk Dajjal keluar sudah terlalu hampir, ia jelas melalui tanda-tanda mistik dan tanda-tanda perubahan politik dunia hari ini. Usah tidur lagi.

Dajjal ialah manusia misteri yang pintar dan mempunyai kepakaran dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya… kita tidak boleh menjadi bodoh dan terus diperbodohkan kerana musuh kita adalah seorang yang bijak.. kita perlu berilmu dalam semua cabang ilmu (kecuali sihir) untuk menghadapi fitnah Dajjal. Dajjal lebih mengenali kita, dia tahu kekuatan serta kelemahan kita untuk memperbodohkan kita dalam setiap ilusi dunia yang dirancang bersama pengikut setianya (secret societies) sejak zaman berzaman. Tetapi adakah kita arif mengenai musuh kita itu? Kita diperbodoh sehingga melihat sejarah dunia sebagai satu kebetulan tanpa kita melihat satu ‘garisan benang halus’ yang menghubungkan setiap kejadian dalam sejarah. Di sini, anda lihatlah benang halus yang ingin cuba disampaikan kepada anda semua. Semoga niat ini dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana.

KENALI LELAKI DARI KISAH-KISAH SEJARAH: DAJJAL.

Mengenalpasti & Menyusun kod
Kod-kod mengenai Dajjal dalam sumber Islam

Untuk menjejak Dajjal ini, kita harus memahami kod-kod penting yang disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui hadis-hadisnya pada lebih 1430 tahun lalu.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.
Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulallah:

Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata:

“Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?” Seorang sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Lalu baginda menyambung: “Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua perihal Dajjal.”

“Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata: “Apakah kamu ini?”. 

Makhluk itu menjawab: “Aku pengintip rahsia (Jassasah)”

Mereka bertanya lagi: “Pengintip apa?”. 

Makhluk itu menjawab: “Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu.”

Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali. 

Kemudian mereka bertanya: “Siapa kamu ini?”

Lelaki yang dipasung itu menjawab: “Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan.” 

Mereka menjawab: “Ia sudah hampir tidak berbuah lagi.”

Lelaki dipasung itu bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?” 

Lalu mereka jawab: “Airnya hampir kering.”

Dia bertanya lagi: “Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?”

Mereka menjawab: “Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah).”

Dia bertanya: “Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?”

Mereka menjawab: “Ya. Mereka memeranginya.”

Dia bertanya lagi: “Bagaimana perlakuan mereka?”

Mereka jawab: “Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya.”

Lelaki itu berkata: “Itu benar terjadi?”

Mereka menjawab: “Benar. Itu yang benar terjadi”

Lelaki itu berkata: “Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik kepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat.”
Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah pun berkata: “Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut Yaman, di arah Timur”

Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: “Itulah yang aku dengar dari Rasullallah.”

Hadis ini menjelaskan tentang satu clue iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit.
Lain-lain kod melalui Hadis pula menjelaskan, ketibaan Dajjal itu adalah seperti berikut:
- akan muncul pada akhir zaman
- mengaku bahawa dia adalah Tuhan
- menyebar fitnah dan dusta

Kod-kod sumber Yahudi

“This calls for wisdom: let anyone with understanding calculate the number of the beastfor it is the number of a man. Its number is six hundred three score and sixty-six (666).” (Bible, Revelation 13:18)
- ayat ini bermaksud, hanya mereka arif sahaja akan menyedari rahsia angka 666.
“For many deceivers are entered into the world, who confess not that Jesus Christ is come in the flesh. This is a deceiver and an antichrist.” (Bible King James, John 1:7)
- ayat ini pula bermaksud, dia adalah seorang yang digambarkan sebagai seorang freud atau pendusta

Kod-kod sejarah mengenai ‘manusia hebat’ , ‘tuhan matahari’ dan sebagainya.
the-ferons
Gambar: Simbol triniti Mesir iaitu tiga tuhan bersaudara
Osiris, Isis dan Horus (simbol mata di sebelah kiri bawah adalah Horus)
Kod #1: Horus The One-Eyed Sun God

Kita selongkar kisah Horus The Sun God iaitu salah seorang anak Firaun semasa zaman Mesir purba. Salah satu epik terkenal dalam sejarah Horus adalah pertarungannya dengan Storm God bernama Seth. Dalam epik tersebut, Seth digambarkan sebagai seorang yang jahat dan tamak kuasa, manakala Horus pula digambarkan sebagai seorang pemimpin yang baik dan mahu membebaskan sebilangan besar orang Mesir daripada kekejaman Seth.

Peperangan tersebut menjadi satu perang besar antara angkatan kerjasama Horus, Thoth dan Ra dalam menentang Seth dengan angkatan besarnya di daerah Nubia.

Horus dikatakan bermati-matian menentang Seth selama berhari-hari demi membebaskan orang Mesir daripada kekejaman Seth. Horus juga dikatakan membalas dendam terhadap kematian abangnya, Osiris yang mati dibunuh Seth.

Dalam pertarungan itu, Horus menggunakan pengetahuan sihirnya dengan bantuan Thoth. Gabungan sihir Thoth dan Horus juga dikatakan telah menukar bentuk Horus kepada cakera matahari dalam pertarungan yang penuh magis itu. Seth yang ketakutan kemudian lari ke arah Sungai Nil dan menggunakan sihir untuk menyerupai buaya bagi tujuan bersembunyi.

Bagaimanapun, Horus The Sun God pula dikatakan terus mengejar dan apabila tiba di tebing Sungai Nil, dia telah diserang oleh buaya (Seth) tadi sehingga sebelah matanya buta, kemudian digelar One-Eyed Sun God. Akibat serangan itu, Horus menjadi sedikit lemah dan ia menjadi peluang keemasan Seth untuk merangka strategi menyelamatkan diri sebelum kedatangan Ra dan Thoth ke tebing sungai itu.

Setelah beberapa tahun selepas peperangan itu, dikatakan Seth tidak muncul lagi dan orang-orang Mesir yang menjadi mangsa kekejaman Seth pula dibebaskan oleh Horus dengan restu Ra. Namun Horus terus menjadi sasaran Seth dalam diam dan mula mempelajari sihir baru untuk mengenakan Horus.

Melalui epik itu juga, Seth pada satu malam dikatakan telah mengenakan sihir yang mengubah wajah Horus menjadi wajahnya. Disebabkan sihir itu, Horus kelihatan seperti Seth dan Seth pula kelihatan seperti Horus. 

Dalam keadaan itu, Horus yang kelihatan seperti Seth telah diperintahkan ditangkap oleh Ra. Selepas ditangkap, Ra menetapkan bahawa Seth (sebenarnya Horus) dijatuhkan hukuman salib.

Semasa disalib dan ditikam sehingga memancut darah, dikatakan wajah Horus perlahan-lahan kembali pulih ketika matahari mula terbit dan tidak lagi kelihatan seperti Seth. Sebaik matahari mula cerah, Horus yang sudah tenat menjerit dengan kuat bahawa DIA AKAN KEMBALI PADA AKHIR ZAMAN untuk membebaskan manusia, menyatukan Afrika dan Timur Tengah (salah satu New World Order?) dan terus memburu Seth untuk membalas dendam. Selepas itu, Horus mati dan dikatakan jasadnya diangkat ke matahari untuk bersemayam di sana sambil memerhati semua manusia sementara menunggu masa yang sesuai untuk kembali ke bumi. – SUMBER: Ancient Egyptian Myths Book of the Deads.

kod 2:
quetzacoatyl
Quetzalcoatl menjelma dalam bentuk reptilia (kanan)
menurut kepercayaan kaum Mayan. Dia juga kelihtan
seperti makhluk asing dari jenis Reptilian
Kod #2: Quetzalcoatl, The God of Mayan

Lelaki ini digambarkan sebagai seorang tua yang bijak, berambut putih, berjanggut dan bermisai. Dia juga dikatakan pada waktu tertentu menjelma dalam bentuk reptilia bersisik. Dan dia mengajar kaum Mayan (di Mexico) mengenai pelbagai bentuk pengetahuan seperti astronomi, kejuruteraan bangunan sehingga terbinanya piramid Mayan, arkitektur binaan pelik dan sebagainya.

Sekali difikirkan, tamadun kaum Mayan yang berada di tengah hutan di Mexico tidak mungkin mempunyai sumber pengetahuan yang luas kerana mereka tidak berhubung langsung dengan dunia luar kerana ketiadaan fasiliti perhubungan antarabangsa seperti pelabuhan. Mana mungkin mereka meneroka ilmu tanpa sedikit pun pendedahan dengan tamadun luar.
pyramid-of-the-sun-in-teotihuacan-mayan
Piramid Mayan dalam bentuk seperti separuh siap
dengan ketiadaan bucu

Adrian Gilbert and Maurice Cotterell dalam buku mereka The Mayan Prophecies menjelaskan, tamadun Mayan dibina dengan bantuan seorang lelaki pelayar yang mengajar mereka mengenai pelbagai cabang ilmu. Tanpa Cotterel dan Gilbert sedar, pendapat mereka adalah selari dengan sebuah hadis Tamim ad-Dari yang terkenal yang mengisahkan Tamim berjumpa dengan seorang lelaki misteri di sebuah pulau ketika tersesat di tengah lautan, lelaki itu menyatakan dia adalah Dajjal. Dalam hadis itu, diceritakan Dajjal dipasung di sebuah pulau dan dijaga oleh makhluk bernama Jassasah. Semasa Tamim ad-Dari bertemu dengan Dajjal, Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai seorang nabi di Tanah Arab. Dan Tamim memberitahu kepada Dajjal bahawa hampir semua orang Arab kini beriman kepada Allah, dan Dajjal menjawab… “sesungguhnya masa untuk aku dibebaskan sudah begitu hampir..” Kisah tersebut yang kemudiannya disampaikan Tamin ad-Dari kepada Rasulullah kemudian disahkan sendiri oleh Nabi. Dan Dajjal yang dipasung itu kemudian dibebaskan selepas kewafatan Rasulullah (sollalahu alaihi wassalam, wa ‘ala alihi wa as habihi ajma’in).

Teori Cotterell dan Gilbert juga selari dengan epik Atlantis, sebuah pulau bertamadun maju yang dikatakan tenggelam dan hilang dalam lipatan sejarah. Malah, Cotterel dan Gilbert juga mengaitkan pelayar yang bertanggungjawab memajukan tamadun Mayan adalah lelaki sama yang terselamat dalam kejadian tenggelamnya Atlantis. Teori di sini ialah, Atlantis itu mungkin pulau yang dihuni Dajjal sebelum dibebaskan, dan tenggelam sebaik sahaja Dajjal dibebaskan. Dan dalam epik Atlantis, pulau Atlantis yang tenggelam itu juga dikatakan akan timbul kembali pada akhir zaman.
mayan2calendar
Kalendar Mayan yang berbentuk matahari

Dalam tamadun Mayan, Quetzalcoatl disembah seperti tuhan dan mengajar kaum Mayan mengenai pelbagai ilmu. Mereka mampu membina kalendar bintang dan mampu menghitung hari di planet Venus dengan tepat. Malah dalam satu teori terkenal dan sudah difilemkan, bahawa kaum Mayan meramalkan dunia akan berakhir pada tahun 2012 berdasarkan kiraan perjalanan planet dan bintang di galaksi. Atau mungkin, Dajjal akan keluar pada 2012?

Kisah Quetzalcoatl dalam tamadun Mayan tiba-tiba hilang begitu sahaja secara misteri dengan meinggalkan satu mesej iaitu dia akan kembali pada satu hari nanti. Sudah terbiasa dengan pernyataan AKAN KEMBALI? Juga selari dengan Hadis Nabi mengenai Dajjal AKAN KELUAR pada akhir zaman? AKAN KEMBALI dan AKAN KELUAR, maksudnya hampir sama.

kod 3:
china-pyramid
Sebuah piramid di wilayah Xian di China. Piramid Xian yang dibina pada zaman Shi Huangdi ini berbentuk separuh siap. Mungkinkah piramid yang separuh siap ini juga simbolik kepada segitiga bermata satu akan terapung diatasnya pada akhir zaman nanti?
one-dollar-bill
Piramid Xian dan Mayan tersebut mungkin separuh siap seperti piramid dalam rajah ini.. hanya menunggu ketibaan semula mata itu.  Segala-galanya mengenai matahari, segitiga bermata satu itu juga digambarkan bersinar sebagaimana matahari.


Kod #3: Maharaja Shi Huangdi, God of Earth

Kita teroka pula dalam kisah sejarah tanah asal keturunan Li (The Li Bloodlines) di China. Sejarah yang berlaku di China nampak seperti kebetulan tetapi ia tidak berlaku secara kebetulan. Terdapat mesej cryptic dalam tamadun China, sehingga menyebabkan Merovingain British begitu berminat untuk menjejak ‘Tuhan’ mereka (Dajjal - God of Pagan) di China semasa era penjajahan.

Monumen dan artifak Terracota Warriors yang hanya ditemui pada tahun 1974 menyimpan satu maklumat besar mengenai kewujudan lelaki misteri di sebalik pemerintahan Maharaja Shi Huangdi, raja pertama yang menyatukan China (salah satu daripada New World Order yang terawal?). Kod-kod yang ditinggalkan adalah sama seperti kod-kod yang ditinggalkan di Mayan, Mesir dan beberapa lokasi lain di dunia.
3295192203_d9be27ea1b
Setiap patung mempunyai kod tersendiri dan gabungan semua
kod pada patung ini meninggalkan mesej yang tersembunyi

Tamadun China juga meninggalkan salah satu kod iaitu piramid di wilayah Xian, sama seperti kod piramid yang ditinggalkan oleh tamadun Mesir dan Mayan. Manakala Terracota Warriors pula menyimpan mesej secara cryptic melalui mimik-mimik muka setiap patung mengikut barisan, susunanya sama seperti baris-baris dalam tulisan Cina.

Bahasa Cina dibina daripada gabungan suku kata sehingga membentuk perkataan baru. Mimik muka yang digambarkan pada wajah patung-patung itu pula mewakili satu suku kata, dan apabila disusun suku kata itu, ia membentuk perkataan dan seterusnya membentuk ayat mengandungi mesej kod apabila dihubungkan semua suku kata itu bermula barisan patung dari atas ke bawah seperti membaca tulisan Cina. Salah satu kod yang ditinggalkan ialah “…pemerintah akan kembali…..penghujung waktu…” – SUMBER:  The Secret Codes of Terracota Warriors, Maurice Cotterell.

Siapa pemerintah yang dikatakan akan kembali itu? Melalui teori itu, sudah tentu Maharaja Shi Huangdi yang akan kembali, dan menjadi God of Earth semula. Dia meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali untuk menjadi tuhan.

kod 4:
japan_1

japan_7

japan_8

okinawa
Sebuah piramid misteri di dasar laut di perairan Okinawa di Jepun

Kod #4: Piramid Misteri di Dasar Laut Jepun

Setiap jejak Dajjal di tamadun-tamadun kuno meninggalkan kod hampir sama yang hanya difahami oleh penyembahnya sejak zaman berzaman. Salah satu kod ialah piramid, bongkah berbucu ini wujud di banyak lokasi seluruh dunia dan mengandungi misteri sejarah. Sejarah purba Jepun juga mempunyai binaan piramid yang misteri dan masih tidak mempunyaipenjelasan kukuh berhubung penemuan bongkah piramid gergasi di dasat laut di Okinawa. Ia tenggelam (tenggelam atau memang dibina di dasar air?) pada kedalaman 60 hingga 100 kaki di dasar laut. Menurut perkiraan para penyelam di Jepun, saiz piramid itu dianggarkan kira-kira 666 kaki lebar dan 99.9 kaki tinggi, ia dipercayai dibina pada sekitar tahun 8000 SM sebelum ais di kutub mencair (atau sebelum peristiwa Banjir Besar Nabi Nuh? dan tenggelam hingga hari ini akibat peristiwa Banjir Besar?), ia dibina kira-kira 3000 tahun lebih dahulu sebelum piramid Mesir dibina.

Paling menarik, juga wujud satu binaan berbentuk hexagon (penyamaran hexagram? star of david?). Namun tidak banyak maklumat mengenai piramid ini atau tamadun misteri ini yang dibuat kajian oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Apa yang jelas ialah, kod piramid wujud di hampir semua tamadun kuno.

Manakala teori kami pula, ia menandakan kewujudan manusia hebat dan pintar ini dalam pentas sejarah sejak sekian lama kerana dipanjangkan usianya oleh Allah. Dajjal meninggalkan kod-kod ini supaya para penyembahnya dapat memahami maksud terbesar di setiap binaan pelik di setiap penjuru dunia bagi menjayakan perancangannya sementara menunggu kemunculan terakhirnya di akhir waktu.
kod 5:
2147981830_5e2bab3f79
Sebuah obelisk di kota Kristian, Vatican City
Kod #5: Obelisk, struktur pelik sejak zaman sejarah

Obelisk ialah struktur tiang tegak berbucu seperti piramid di atasnya. Struktur ini wujud sejak zaman sejarah di Mesir, Assyria, Ethiopia dan terus dibina di beberapa lokasi ‘terpilih’ di seluruh dunia ketika zaman moden. Kewujudannya juga mengandungi misteri yang tidak terjawab secara konkrit, motif pembinaannya kekal misteri.
axumobelisk405a-1700-yo-etopia
Obelisk di Ethiopia

obeliskegypt
Di Mesir

obeliskparis
Paris

obelisklondon
London

obeliskturkey
Turki

washington
Washington, Amerika

Ada juga obelisk yang tertera tulisan kuno dalam bahasa Mesir dan Assyria. Ia seperti meninggalkan mesej kepada umat manusia mengenai sebab ia dibina, juga mungkin mesej mengenai ‘seorang manusia’. Obelisk dipercayai pertama kali dibina di Assyria oleh Raja Shamanesser III pada kurun ke-9 Sebelum Masehi (SM).
Ia juga mungkin sebagai salah satu ‘tanda’ kewujudan Dajjal di sesuatu lokasi itu, ia adalah kod kehadiran Dajjal di situ.

kod 6:
91545697ba79a5a0
Stonhenge ketika matahari terbit
Kod #6: Stonehenge, satu lagi struktur pelik

Para pengkaji sejarah menemui fakta di mana Stonehenge dibina pada zaman purba bagi tujuan kaji bintang. Binaan itu juga dipercayai menjadi lokasi kajian astrologi oleh manusia purba dan juga lokasi kegiatan ritual.
Stonehenge dikatakan dibina untuk merekod pergerakan matahari bermula daripada ia terbit hingga terbenam. Malah, kedudukan batu (setiap batu kira-kira berat 40 tan) yang disusun secara pelik tersebut juga mewakili planet-planet di galaksi Bima Sakti secara tepat.

Ia juga menjadi kompas bintang di bumi yang menunjukkan arah taburan bintang dan kedudukan planet-planet dan matahari. Ketika matahari mula terbit pada setiap pagi pula, cahayanya terus menyuluh ke arah tengah Stonehenge dalam bacaan paling strategik dan paling tepat dengan kedudukan aras bumi dengan matahari.

Timbul persoalan, kenapa manusia zaman purba membina monumen kaji bintang ini? Apakah keperluan mereka untuk mengkaji pergerakan bintang dan matahari? Atau ia dibina oleh seseorang untuk tujuan khusus?
Jika diperhatikan, segala-galanya mengenai matahari. Mungkin ia dibina oleh seorang lelaki yang mahu kehebatannya disebut-sebut oleh manusia hari ini kerana mampu membina monumen astronomi yang melampaui pengetahuan purba ketika itu. Ia juga salah satu kod yang ditinggalkan kepada para pengikutnya bagi memberitahu kewujudannya di situ pada satu masa dahulu.

kod 7:
250px-pieter_bruegel_toren_van_babel_groot
Menara Babel di Babilon seperti diceritakan dalam al-Quran melalui kisah Namrud
Kod #7: Triniti agama pagan

Sesuatu yang masih menjadi pertanyaan dalam agama Kristian adalah kesukaran untuk menjelaskan maksud doktrin triniti. Doktrin triniti yang mula digunapakai dalam agama Kristian dipercayai bermula pada tahun 325 M dalam Konsili Nicea, iaitu selepas ketiadaan Nabi Isa.
Namun pegangan triniti sudah bermula seawal zaman Babilon, Greek dan Gnostik Yahudi, sebelum kedatangan Isa lagi. Dan, Gereja Katolik pula menetapkan, barangsiapa yang tidak mempercayai triniti seperti dalam kepercayaan terdahulu adalah tergolong dalam golongan yang ‘tidak dapat diselamatkan’. Ia juga bermaksud, fahaman triniti sengaja diserap dalam agama Kristian sebagaimana pernah dipegang masyarakat Babilon, Mesir dan Greek bagi menjamin kesinambungan satu kepercayaan lain. Ia adalah kepercayaan pagan.

Semua agama pagan sejak zaman Babilon mengamalkan kepercayaan dalam kitaran ‘keluarga tuhan’ iaitu tuhan mempunyai anak – ia pula lebih menjurus kepada menyembah selain tuhan yang satu. Dalam kepercayaan Babilon, triniti adalah Nimrod (Namrud), Semiramis dan Tammuzi. Manakala dalam kepercayaan Mesir, ia adalah Osiris, Isis dan Horus. Dalam kepercayaan Gnostik Yahudi, triniti adalah Kether, Hokhmah dan Binah. Triniti dalam kepercayaan Greek pula adalah Zeus, Athena dan Apollo.
Ia seakan menyampaikan kesinambungan satu agama sejak zaman berzaman, dan kesinambungan itu pula secara terang mengambil kesempatan terhadap keajaiban kelahiran Isa dan seterusnya menyesatkan ajaran Isa sehingga wujudnya agama triniti baru iaitu Kristian. Triniti dalam Kristian pula ialah Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Jesus) dan Roh Suci.

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah (wahai Muhammad): “Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit (mengenainya). (Quran, al-Isra: 85)

“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya al-Masih Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan : “(Tuhan itu) tiga”, berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.” (Quran, an-Nisa: 171)

“Sesungguhnya kafir lah orang yang mengatakan bahawa Allah adalah salah satu dari yang tiga. Padahal Allah hanya Satu!”(Quran, al-Maidah: 73)

“Dan mereka berkata “Allah punya Anak” sesungguhnya kamu yang berkata demikian telah mendatangkan sesuatu hal yang sangat mungkar, hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu dan bumi terbelah dan gunung-gunung runtuh karena (mereka) telah menuduh Allah mempunyai Anak, adalah hal aneh bahwa Allah mempunyai anak” (Quran, Maryam: 90)

“Orang-orang Yahudi berkata “Uzair (Ezra) itu anak Allah dan orang nasrani berkata al-Masih (Isa) anak Allah” demikian ucapan mereka meniru kata-kata orang-orang kafir sebelumnya. Allah pasti membinasakannya, bagaimana mereka dapat berpaling?”(Quran, at-Taubah: 30)

Benarlah kata-kata Allah, Dia tidak mempunyai anak.
Dalam agama Mesir purba, proses kelahiran Horus (ingat kedudukan bintang dalam artikel sebelum ini? Mesej kedudukan bintang ini pula seperti mahu disampaikan dalam binaan Stonehenge yang memetakan kedudukan bintang-bintang) dan kematiannya adalah sama dengan riwayat penyaliban Isa dalam agama Kristian. Adakah ia satu kebetulan atau sengaja dirancang sebegitu dengan mengambil kesempatan terhadap peristiwa salib? Licik.

Namun dalam kitab Old Testament, tiada istilah triniti dalam menghurai maksud ketuhanan. Tuhan dalam Old Testament (Perjanjian Lama) Yahudi dirujuk sebagai SATU, bukan tiga. Namun, agama Kristian pula melahirkan New Testament (Perjanjian Baru) bagi menyokong triniti, ia memang dirancang bagi mewujudkan kekeliruan dengan menetapkan New melengkapkan Old, dan menolak al-Quran (The Final Testament).

Berikut adalah petikan dalam Old Testament mengenai SATU TUHAN, tiada ayat dalam Old Testament yang mengatakan Tuhan itu lebih daripada Satu, yang ada hanya penrnyataan bahawa TUHAN ITU SATU:

EXODUS 20:3 Thou shalt have no other gods before me.
ISAIAH 45:22 Look unto me, and be ye saved, all the ends of the earth: for I am God, and there is none else.
ISAIAH 44:6 Thus saith the LORD the King of Israel, and his redeemer the LORD of hosts; I am the first, and I am the last; and beside me there is no God.
ISAIAH 46:9 Remember the former things of old: for I am God, and there is none else; I am God, and there is none like me.
ISAIAH 44:8 Fear ye not, neither be afraid: have not I told thee from that time, and have declared it? ye are even my witnesses. Is there a God beside me? yea, there is no other God beside me; I know not any.

Dalam satu hadis, dikatakan Dajjal itu adalah Yahudi. Maka adalah relevan jika maklumat untuk menjejak Dajjal juga perlu diteroka dalam manuskrip-manuskrip Yahudi. Satu fakta yang perlu diketahui, Isa adalah Yahudi dan bangsa Yahudi tidak suka lelaki berambut panjang dan berjanggut serta bermisai sejak ketika zaman antara tempoh Daud/David hingga zaman penjajahan Rom (zaman Isa), maka ia bertentangan dengan imej Jesus yang digambarkan melalui lukisan-lukisan dan patung-patung Jesus dalam kepercayaan Kristian. Maka juga, gambaran rupa bentuk Jesus juga bolehlah dikatakan sebagai satu lagi kod.

Dalam kepercayaan Kristian juga, Isa akan kembali pada akhir zaman. Pendapat ini sama seperti kepercayaan dalam Islam iaitu Isa akan kembali membunuh Dajjal. Manakala dalam Kristian pula, Jesus akan kembali menentang The Anti-Christ. Wujud satu keadaan yang kompleks hampir serupa dalam kes ini. Kita akan mendalami kompleksiti ini dalam tajuk khas nanti.
caio-dai-simbol
Simbol agama Cao Dai di Indo-China, imej satu mata tersebut
adalah tuhan yang disembah oleh penganut agama ini

Dan sesuatu yang berlaku di Indo-China (dekat dengan Asia Tenggara) wujud satu agama baru sejak 1926 iaitu agama Cao Dai yang menjadikan simbol satu mata sebagai simbol ketuhanan. Agama itu juga mengamalkan mistisism melalui ritual-ritual yang sukar difahami. Ia adalah petanda bahawa fitnah Dajjal sudah hampir, dia sudah pun dijadikan tuhan. Agama ini dianggap sebagai ajaran sesat di Vietnam, namun amalannya terus berkembang dengan pembiayaan dana dari sumber yang tidak diketahui. Pengembangan agama ini mungkin sengaja dipilih untuk ditempatkan di Indo-China kerana gugusan negara Asia ini sememangnya mempunyai banyak agama pelik yang tersendiri, ia menjadikan pergerakan agama Cao Dai ini berkembang dengan teratur.

kod 8:
merlin
Merlin, tukang sihir terkenal dalam epik King Arthur
Kod #8: Merlin, The Prophet of Magic

Merlin, tukang sihir dan juga penasihat King Arthur (Raja pertama England) digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru yang mengaja pelbagai pengetahuan kepada King Arthur dan rakyat England ketika zaman awal negara itu. Orang England ketika itu menggelar Merlin sebagai Nabi Sihir.

Perwatakan Merlin dikatakan kerap muncul dan kemudian hilang. Dia dikatakan kerap ke hutan untuk bersendiri selama berbulan-bulan sebelum muncul semula. Merlin juga dikatakan sebagai ‘penyimpan rahsia dunia’ , ‘ketua pengetahuan’ dan ‘druid Celt terakhir’.

Dalam buku Historia Regum Brittanniae (ditulis pada tahun 1337) yang ditulis Geoffrey of Monmouth, Merlin dikatakan sebagai bukan anak manusia, dia dikatakan anak syaitan tetapi masih tertakluk kepada hukum Tuhan. Geoffrey juga mengatakan Merlin dilahirkan oleh seorang wanita dari tanah putih (Timur Tengah) (mungkin wanita Yahudi Timur Tengah). Geoffrey juga mengatakan kebolehan sihir Merlin adalah hasil campuran antara Manusia dan Syaitan. Secara tidak langsung, pandangan Geoffrey ini juga selari dengan pendapat para ilmuwan Islam iaitu Dajjal adalah anak seorang wanita yang lahir hasil dari benih syaitan.

Namun kisah Merlin juga hilang begitu sahaja secara pelahan-lahan apabila kuasa England semakin kuat dan mampu berdiri sendiri tanpa bayangan Merlin. Namun berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan, Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali. Merlin dikatakan membina Stonehenge di Salisbury dengan mengangkut batu-batu besar nun jauh dari Gunung Killaraus di Ireland untuk dibawa ke England, di mana monumen yang dibina itu menunjukkan satu kod iaitu kitaran bintang Sirius akan berada selari dengan matahari pada satu tarikh pada akhir zaman (terbiasa dengan tahun 2012 dalam kalendar Mayan?)…dan dia juga meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali pada waktu itu iaitu semasa Sirius dan matahari kembali dalam garis selari untuk memimpin England dalam menyatukan dunia.

kod 9:
red-david
Star of David
Kod #9: Star of David
Jika diperhatikan melalui pandangan skeptikal dan cryptic, Star of David mengandungi mesej syaitan iaitu 666. Simbol ini terbina dengan bentuk bintang berbucu 6, di bucu bintang itu pula tersusun 6 piramid dan ditengah simbol itu pula terletaknya sebentuk segi 6. Maka ia adalah simbol 666, number of the beast, nombor manusia syaitan.

Simbol ini bukan sahaja wujud dalam agama Yahudi, malah ia juga wujud dalam agama selain Yahudi, iaitu Hindu. Bangsa Yahudi terkenal dengan sikap mereka yang tidak mahu berkongsi Tuhan, namun simbol yang dikatakan sebagai simbol rasmi agama Yahudi ini juga wujud dalam agama Hindu. Bagaimana ini boleh berlaku?
krishna-playing-the-flute-and-dancing-with-the-milkmaids-ca-1700-1900-in-the-asian-art-museum-san-francisco-southern-india
Imej Dewa Krishna di tengah simbol Star of David

monkey-temple-in-kathmandu
Juga perhatikan simbol Star of David di sebuah kuil Dewa Monyet di Kathmandu, perhatikan juga simbol swastika di tengah antara dua bintang.. swastika dalam bulatan matahari


3286689203_b2235fdf03
Juga imej Jesus Christ di tengah Star of David


Ia mungkin dibawa oleh seseorang untuk dimasukkan ke dalam tamadun Hindu sejak zaman purba lagi. Atau satu agama dahulu kala (sebelum berubah menjadi agama Hindu) mungkin berasal daripada ajaran yang pernah dibawa oleh nabi-nabi Yahudi sehingga menyebabkan serpihan agama itu berkembang ke tanah India. Atau mungkin juga agama Hindu berasal daripada ajaran Tauhid sebelum menjadi terpesong sehingga elemen banyak tuhan mula mencemari agama ini tanpa kawalan. Atau juga mungkin India pernah disinari ajaran seorang nabi satu ketika dahulu, kemudian bangsa ini didatangi seorang Yahudi untuk merosakkan agama Tauhid ini dengan memasukkan elemen sesat dan simbol-simbol Israeliah bagi menandakan kehadirannya. 

Lama-kelamaan simbol Star of David menjadi sebati dan menjadi salah satu simbol agama Hindu itu sendiri, sama seperti agama Yahudi. Malah juga terdapat Tuhan Matahari dalam agama Hindu iaitu Krishna dan Surya. Kenapa hampir setiap agama mesti ada Tuhan Matahari? Ia satu kebetulan atau memang ada seseorang yang mahu menjadi tuhan? Kali ini, kami biarkan anda membuat kesimpulan sendiri.


Anda keliru dengan hadis Rasulallah bahawa Dajjal itu akan keluar selepas kewafatannya, tetapi kami pula mengatakan kewujudan Dajjal bermula sejak sebelum Nabi Muhammad lagi? Di sini ingin jelaskan bahawa melalui hadis-hadis, Dajjal hanya dipasung semasa kenabian Muhammad kerana untuk menjauhkan dakwah Nabi daripada fitnah Dajjal.

Anda ingat lagi dengan hadis mengenai pertemuan Tamim ad-Dari dengan Dajjal di sebuah pulau? Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai pohon kurma di Baisan dan air di Tasik Thabariya…ini bermakna Dajjal pernah ke kawasan itu sebelum dia dipasung dan dia pernah keluar sebelum itu. Dajjal juga bertanya mengenai adakah orang Arab sudah mula menerima ajaran Muhammad… dan Dajjal diberitahu bahawa sudah ramai orang Arab mengikuti ajaran Islam, lalu Dajjal berkata bahawa masa untuk dia dibebaskan sudah semakin dekat. Ia adalah bukti bahawa Dajjal pernah keluar ke dunia sejak zaman-zaman sebelum kelahiran Muhammad lagi.

Dajjal sebenarnya dikatakan lahir sejak seawal zaman Nabi Sulaiman, atau lebih awal iaitu zaman Nabi Daud atau jauh lebih awal iaitu sejak zaman Nabi Nuh. Ingat lagi dengan sepotong ayat dalam hadis…”sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kepada kaumnya…?”. Berdasarkan epik Horus, ciri-ciri kod yang ditinggalkan iaitu ‘akan kembali pada akhir zaman’ memberi gambaran bahawa Dajjal sudah wujud sebelum kenabian Musa. Malah Horus juga dikaitkan dengan ‘mata satu’ dan menganggap dirinya tuhan yang akan kembali ke dunia. Kemudian selepas kewafatan Muhammad, Dajjal yang dipasung sepanjang hayat Muhammad itu kemudian dibebaskan untuk meneruskan kerja sulitnya dengan izin Allah (hanya Allah lebih mengetahui kebenaran terhadap teori ini). Dajjal menyambung tugas sulitnya dalam menyesatkan manusia dengan bantuan syaitan dan kelompok-kelompok manusia yang menyembahnya. Kemudian lahirlah tamadun Mayan selepas kewafatan Muhammad, wujudlah manusia-manusia hebat dalam pentas sejarah yang mengatakan dia akan kembali lagi melalui kod-kod yang sama. Jika Quetzalcoatl, Merlin, Horus, Shi Huangdi dan imej manusia yang digambarkan sebagai Isa dalam agama Kristian itu adalah semua individu berbeza, mengapa pula mesej kod mereka adalah sama?

Dajjal mungkin sudah wujud sekian lama sebelum kelahiran dan kenabian Muhammad berdasarkan kesan-kesan kod sejarah yang ditinggalkannya, tetapi Dajjal dipasung dan dikurung sebaik sahaja Muhammad dilahirkan dan diangkat menjadi Rasul. Dia sejak sebelum kelahiran Muhammad telah lama menjalankan rancangan dan persiapan untuk kemunculan ‘bergaya’ di akhir zaman, dia kemudian dikurung apabila Muhammad lahir bagi menghentikan fitnah buat sementara waktu dan dibebaskan semula selepas wafatnya nabi terakhir yang kita kasihi. Dia kemudian dibebaskan dengan izin Allah dan dengan janji Allah kepadanya untuk menjadi ujian terbesar kepada umat manusia. Segala perancangannya bagaimanapun tidak lebih besar daripada perancangan Allah Yang Maha Bijaksana.

Mengapa ditinggalkan piramid dan obelisk di kebanyakan lokasi di dunia tanpa penjelasan kukuh? Ia adalah kod-kod rahsia yang hanya difahami oleh golongan manusia yang diterangi dengan pengetahuan terahsia, Illuminati. Golongan Illuminati ini menerima jaminan Dajjal bahawa mereka akan mmperoleh kuasa untuk mentadbir dunia sementara menunggu dan membuat persiapan menunggu kemunculan terakhirnya nanti.
Jika direnung, satu benang halus yang tersembunyi sudah dilihat dengan jelas iaitu kod-kod rahsia melalui kisah-kisah epik dan binaan-binaan misteri. Mesej mengenai Tuhan Matahari pula begitu banyak wujud dalam tamadun dunia, tidak terkecuali juga dalam kepercayaan Hindu melalui penyembahan Tuhan Krishna dan Surya yang juga Tuhan Matahari dalam kepercayaan Hindu.

Apabila kod-kod ini disusun, maka ia menjadi sedikit mudah untuk dipecah dan difahami. Apabila dipecahkan, akan jelas kelihatan satu ‘sistem’ yang sengaja diwujudkan oleh ‘seseorang’ sejak zaman berzaman untuk menguasai pemikiran manusia sejak sekian lama. Sistem ini kemudian menyerap masuk dalam pemikiran manusia dan menjadikan setiap perancangan Dajjal pada zaman moden diteruskan dengan mudah tanpa disedari.

Ia adalah satu sistem yang sangat licik, halus, teratur, terancang dan bergerak secara senyap dalam perjalanan sejarah manusia. Sistem inilah yang telah menidurkan manusia sejak sekian lama, sistem inilah yang menjadikan kaum setiap para nabi menentang ajaran Tauhid yang dibawa oleh para nabi sebelum Muhammad. Sistem inilah yang menjadi doktrin kepada keengganan manusia menyembah Allah. Ia adalah Sistem Dajjal.

Dajjal adalah seorang manusia, setiap perancangannya pula pada zaman moden ini digerakkan oleh segolongan penyembahnya...

Sejarah Islam : Daulah Osmaniyah... Sultan Muhammad Al-Fatih. (Blog BW)

Sebelum kita meneruskan dengan artikel berkaitan dengan Sejarah Islam ini, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat menyambut Hari Maulidul Rasul', semoga dengan memperingati akan kelahiran Rasulullah s.a.w. ini akan bertambah kuat pegangan kita akan sunnah yang ditinggalkan baginda dan kita akan terus berusaha memperkukuhkan lagi Sunnah baginda yang menjadi teladan kita sehingga ke akhir hayat di dunia ini.

Barangkali yang masih kurang diketahui ialah bahawa Salahuddin Al-Ayyubi juga merupakan orang pertama yang mengusulkan agar peringatan maulid Nabi Muhammad SAW diadakan semula setelah sekian lama telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.

Sejarah perayaan maulidur Rasul bermula pada zaman kekhalifahan Fatimid (keturunan dari Fatimah az-Zahrah, putri Nabi Muhammad SAW). Ketika itu, Salahuddin merupakan panglima perang, dan Masjid Al-Aqsa di Palestin berada dalam genggaman musuh. Umat Islam yang berada di Jerusalem telah dianiaya dan ditindas.
Untuk membebaskan Masjid Al-Aqsha dengan cara yang terhormat, Salahuddin berpendapat bahawa tenteranya dan umat Islam keseluruhannya perlulah meneladani sifat-sifat juang dan kemuliaan peribadi Nabi Muhammad SAW. Untuk itu, sejarah kehidupan Rasulullah hendaklah dihayati. Beliau lalu mengusulkan kepada khalifah agar mengadakan peringatan maulid Nabi Muhammad SAW.
Hasilnya, semangat jihad kaum muslimin berkobar. Tentera muslimin di bawah pimpinan Salahuddin merupakan pasukan yang berdisiplin, bermoral tinggi dan penuh etika.

Adapun perarakan yang dibuat Sultan lebih kepada perarakan tenteranya yang beramai-ramai ke medan perang sehingga sebahagiannya menemui syahid, sedang yang sebahagian lagi yang masih hidup berjaya menakluki Baitulmaqdis pada 1187 (583 H). Akhirnya sambutan ini telah menjadi tradisi dibeberapa negara termasuk di Malaysia. Walau bagaimana pun sambutannya bukanlah perkara yang diwajibkan dalam Islam, begitu juga jika mahu mengadakan perarakan kerana Islam lebih menuntut umatnya mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. dan menjunjung Islam sebagai panduan hidup.

Tidaklah ada maknanya seandainya kita berkobar-kobar menyambut Hari Kelahiran Baginda s.a.w sedangkan dari segi pengamalan telah jauh dari apa yang telah ditunjuki oleh baginda. Jadi untuk itu marilah kita bersama muhasabah diri dan memperingati agama yang sebenar-benar agama yang telah di bawa oleh baginda Rasulullah s.a.w. ini.

Baginda Rasulullah s.a.w. tidaklah terus dilahirkan di dalam keadaan agama Islam sepertimana kita hari ini. Bahkan baginda juga berdepan dengan umat yang sudah jauh terpesong di dalam agama yang menyembah selain Allah. Tetapi baginda yang telah dikurniakan satu bentuk keperibadian hidup yang baik di mana sedari awalnya baginda di gelar dengan Al-Amin iaitu seorang yang boleh dipercayai atau juga seorang yang jujur.

Di atas fikir dan risaunya terhadap umat pada ketika itu lalu pergilah beliau mengasingkan diri dengan berseorangan, menangis beliau kerana permasaalahan manusia pada ketika itu serta mengharapkan agar dikurniai suatu cara untuk menyelesaikan permasaalahan yang berlaku ketika itu. Sehinggalah lamanya 7 tahun di mana baginda dikurniai oleh Allah wahyu yang pertama yang membuktikan akan wujudnya Tuhan yang Maha Esa lagi amat Mengasihani.

Begitulah seterusnya beliau menerima wahyu dalam mengajak para sahabat dan menunjukkan cara sebagaimana yang diredhoi oleh Tuhan yang Maha Esa. Baginda membentuk Para sahabat bukanlah satu perkara yang mudah, para sahabat yang terdiri daripada berbagai ragam jenis manusia dan yang ternyata sekali akan ke'brutal'an mereka, tetapi dengan wahyu Allah s.w.t. ternyata ianya dapat menyelesaikan segala permasaalahan manusia. Wajiblah bagi kita mengetahui akan cara untuk melaksanakan Firman-firman Allah s.w.t. ini adalah melalui cara yang ditunjuki oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Wajiblah bagi kita umat yang akhir zaman ini saling ingat memperingati sesama kita dalam menuju keredhoan Allah s.w.t. bahawasanya Nabi juga pernah bersabda yang bermaksud. "Sesungguhnya agama itu nasehat-menasehati". Ingatlah sesama kita, barangsiapa yang inginkan kebaikan sudah tentu kehidupannya akan mendorong ke arah kebaikan dan begitu juga sesiapa yang ingin hidup bertuhankan Allah sudah tentu kehidupan akan terdorong mengerjakan apa yang diperintahkan Allah s.w.t.dengan cara yang sudah semestinya yang di bawa oleh baginda Rasulullah s.a.w. Begitulah Allah s.w.t. menjadikan Rasulnya yang dikasihi dari kalangan manusia agar kita juga akan mendapat keyakinan sebagaimana yang telah diperolehi Baginda Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada kita agar hidup bertuhankan Allah s.w.t.,meyakini akan Allah s.w.t, meyakini akan perantaraan para Malaikat, meyakini akan cara yang telah baginda bawakan kepada kita, meyakini akan panduan kitab-kitab, menyakini akan berlakunya hari kebangkitan dan meyakini segalanya di atas Qada dan Qadar Allah s.w.t. InsyaAllah, bersama kita saling memperingati sesama kita dalam mengamalkan sepertimana yang telah ditunjuki oleh Baginda Rasulullah s.a.w. sejak dari mula bagaimana baginda mengenal Allah seterusnya melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t.

wallahualam.

Sultan Muhammad Al-Fatih

Sultan Muhammad lebih terkenal dengan gelaran "Al-Fatih" (penakluk) dan beliau adalah umpama mahkota di atas kening sejarah Bani Osman khususnya dan sejarah Islam umumnya. Bahkan menjadi pembuka pintu bagi perubahan perpindahan Sejarah Dunia dari zaman Tengah kepada zaman baru. Kerana beliaulah yang menaklukkan kota Konstantinopel tempat kedudukan Kerajaan Rom Timur atau Byzantium beratus tahun lamanya.

Tersebut di dalam sejarah bahawasanya tatkala kota Madinah Al-Munawwarah di kepung oleh Sekutu Musyrikin dengan Yahudi dalam perang yang terkenal iaitu :Perang Khandak", seketika Rasulullah s.a.w. menghentakkan tembilangnya hendak memecahkan batu untuk dijadikan parit sebagai pertahanan (khandak) maka memancarlah cahaya api kerana pertembungan besi keras dengan batu keras dan dengan secra sepontan baginda mengucapkan takbir sampai tiga kali berturut-turut kejadian itu dan tiga kali pula beliau mengucapkan takbir itu. Seketika ditanyailah oleh sahabat-sahabat beliau, mengapa beliau bertakbir ketika memancarnya cetusan api itu tiga kali, seraya baginda pun menjawab :bahawa pada cetusan api yang pertama beliau ternampak bayangan di udara istana putih di negeri Yaman, pada cetusan api yang kedua pula beliau melihat bayangan Iwan Kisra di tanah Parsi dan pada cetusan api yang ketiga pula beliau melihat Mahligai raja-raja Konstantinopel! Akhirnya, meskipunketika itu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat tengah di dalam kesulitan dan bahaya yang mengancam sangat hebatnya, namun suatu waktu kekuasaan Islam akan meluas juga sampai ke hujung Arab Selatan sampai ke Utara dan akan menyeberang sampai ke Konstantinopel yang ketika itu masih menjadi pusat yang kuat dari Kerajaan Rom Timur (Byzantium).

Dan pernah pula beliau mengatakan di dalam salah satu sabdanya : "Pastilah kamukelak akan menaklukkan kota Konstantinopel. Maka yang sebaik-baiknya Amir, Amir yang memimpin penaklukkan itu dan sebaik-baik tentera pula adalah tenteranya." Dan telah berulang kali pahlawan-pahlawan Islam sejak dari zaman sahabat-sahabat Nabi ketika di zaman Bani Umayyah telah cuba untuk mengepung Kota itu samapi kepada zaman Bani Abbas di zaman pemerintahan Harun Al-Rashid tetapi belum juga dapat ditaklukkannya. Bahkan seorang sahabat Nabi yang utama, Abu Ayob Al-Ansary yang menyediakan rumahtangganya untuk menyambut Nabi Muhammad s.a.w. seketika berpindah ke Madinah sebelum Beliau mendirikan rumahnya sendiri telah meninggal ketika tentera Islam mengepung Kota Konstantinopel pada tahun 52 Hijrah dibawah pimpinan Yazid ibn Mu'awiyah di zaman pemerintahan Mu'awiyah sendiri. Maka banyaklah kitab-kitab sejarah Islam mengisahkan percubaan mengepung yang berkali-kali terhadap kota itu oleh tentera Islam.

Dan semuanya masih gagal. Bahkan Bayazid datuk kepada Sultan Muhammad dan ayahnya sendiri, Murad, berusaha pula hendak mencapai gelar "Penakluk" itupun gagal juga.

Ada tiga hal yang menimbulkan keinginan besar bagi pahlawan-pahlawan Islam zaman itu untuk menaklukkan Konstantinopel. Pertama kerana dorongan Iman kepada Tuhan yang disemangati oleh apa yang telah disabdakan oleh Baginda yang menjanjikan kota itu akan dapat ditakluk dan amirnya adalah yang sebaik-baik amir serta tenteranya pula adalah sebaik-baik tentera. Sebagai orang Muslimin mereka ingin semoga merekalah orang yang dipuji Nabi itu. Yang kedua ialah kerana beratus tahun lamanya Kota Konstantinopel menjadi pusat kemegahan bangsa Romawi. Pusat peradaban dan kebudayaan. Orang Islam telah dapat menakluk Madain iaitu pusat kekuasaan bagi orang Parsi.

Maka belumlah cukup kekuasaan itu sebelum kota lawan Parsi iaitu ibukotanya dapat ditaklukkan pula. Yang ketiga adalah keindahan negeri itu dan letaknya yang sangat strategis, perhubungan antara dua benua besar Eropah dan Asia. Lama kemudian, Napoleon Bonarparte pernah mengatakan bahwa dia tidak akan merasa berat menjadi kaisar memerintah seluruh alam bilamana pusat kekuasaannya diletakkan di Konstantinopel.

Letaknya indah dari segi keindahan alam. Tiga kota di tepi laut yang sangat mengkagumkan di dunia, pertama Napoli di Italy, Kedua Lisbon ibu negeri Portugal dan ketiga Konstantinopel dan yang ketiga inilah yang terindah diantara yang indah.

Rencana Penaklukan

Bani Osman telah merasa bahawasanya kekuasaannya yang telah sekian lama luas di Asia-Kecil dan Eropah Timur belumlah akan kukuh, kalau Konstantinopel tidak ditakluki. Penaklukan Konstantinopel adalah urusan hidup-hidup bagi Kerajaan Osmani. Oleh sebab itu dari nenek turun ke cucu, turun-temurun niat itu dihidupkan dan diapikan terus. Suara Nabi Muhammad s.a.w., bahawa suatu waktu negeri itu pasti ditakluk dan cetusan cahaya ketika penggalian sewaktu perang Khandak melekat menjadi sebahagian Iman dan keyakinan bagi Bani Osman. Dan pada waktu itu mereka yakin benar, bahawa mereka berjuang ialah berjihad membangun agama Allah dan hidup danmati mereka adalah kerana membangunkan Agama Allah. Maka penakluk yang terlebih dahulu, berturut-turut dilancarkan ke negeri-negeri Eropah Timur; Yunani Bulgaria, Serbia, Montenegro dan juga yang lelainnya di mana terdapat pertalian dengan maksud pengepungan kota besar yang menjadi idaman itu. Bila seluruh negeri itu telah ditakluki maka terkepunglah Konstantinopel di tengah-tengah kekuasaan bangsa Turki sehingga akhirnya dengan mudah dapat dikuasai.

Kerajaan Byzantium bertambah yakin bahawa kerajaan besar itu tidak akan dapat lagi dilawan dengan mata pedang di medan pertempuran. Bahkan hidup matinya kerajaan Byzantium pada waktu itu semata-mata bergantung kepada belas kesihan kerajaan Turki. Maka tidak ada jalan lain yang dapat dipilihnya hanyalah dengan memakai tipu daya, menimbulkan provokasi dan intimidasi ke Asia Kecil atau ke Eropah. Bukan sedikit usaha Kerajaan Byzantium mempengaruhi Timurlane sehingga terjadi peperangan dengan Bayazid dahulu. Dan kalau ada amir-amir atau anak-anak raja Bani Osman yang memberontak terhadap kekuasaan yang sah jika mereka lari melindungkan diri ke Konstantinopel selalu mendapat perlindungan dari Kaisar. Mereka dijadikan 'tawanan politik' yang berkedudukan sebagai anak catur yang mana bila perlu mereka ini dapat diketengahkan untuk melakukan kacau-bilau. Diberi belanja dan perbantuan bagi melawan kaumnya sendiri. Sehinggakan Kerajaan Osmani selalu menghadapi masaalah dalam urusan yang seperti ini saja. Lagi pula ketika itu Kerajaan Osmani belum mempunyai armada yang kuat sedangkan Kerajaan Genoa, Republik Venesia dan Paus sendiri mempunyai armada. Sebab itu bukan sekali dua kali pemindahan tentera dari Asia Kecil terhalang di laut Marmora dan Selat Dardanella dihalangi oelh armada-armada itu. Ingat saja tentera Murad II yang hampir saja musnah kalau beliau tidak segera memberi suapan kepada armada Genoa. Oleh sebab itu belumlah ada ertinya kekuasaan besar itu sebelum Dardanella dalam rangkaiannya dengan Konstantinopel dikuasai.

Sultan Murad di hari tuanya mencuba mengepung Konstantinopel tetapi gagal.

Mulanya Sultan Muhammad masih mempelajari dengan sedalam-dalamnya dan menyediakan perlengkapan meskipun bertahun-tahun agar waktu mengadakan penyerangan tidak menghadapi kegagalan sepertimana kegagalan raja-raja Islam yang terdahulu. Dan diadakan perdamaian untuk beberapa tahun dengan Kaisar. Dan seketika Kaisar di dalam mengadakan perjanjian damai itu menuntut perbelanjaan bagi Amir Ourkhan salah seorang paman Sultan Muhammad yang melindungkan diri kepada Kaisar, Sultan Muhammad menerimanya. Maka dengan adanya perdamaian itu Sultan dapat melangsungkan perancangannya, menyempurnakan penaklukan Balkan sekali lagi bagi melanjutkan rencana bapanya.

Tetapi baru saja selesai peperangan di Balkan itu tiba-tiba memberontak pula amir-amir Asia Kecil yang dikepalai oleh Ibrahim, Amir Qarmiyan, dibantu oleh amir-amir yang lain dengan alasan bahawa mereka adalah keturunan dari amir-amir di Kirmian, Aiden Muntasha. Mereka menuntut hak dengan mengangkat senjata. Maka terkejutlah Sultan lantaran pemberontakan yang tiba-tiba itu sehingga dikirimnya tentera di bawah pimpinan Ishak Pasha "Amiril Umara" di Anatolia bagi menundukkan mereka dan kemudian diikuti oleh Sultan sendiri. Jika tadinya Sultan terkejut melihat pemberontakan yang tiba-tiba itu, Amir Ibrahim lebih terkejut pula melihat cepatnya Sultan bertindak sehingga patahlah semangat lawan melihat kekuatan yang dilawan. Maka datanglah Amir Ibrahim menyerah diri kepada Sultan dan memohon ampun seraya membawa anak perempuannya dan menyerahkannya kepada Sultan sebagai alamat tunduk dan tidak akan melawan lagi.

Maka Sulatn pun merasa kasihan melihat keadaan amir itu dan memberinya ampun. Tetapi di saat itu juga datanglah utusan membawa surat dari Kaisar Byzantium mendesak supaya perbelanjaan Amir Ourkhan yang telah dipersetujui dahulu itu segera dikirim dan ditambah dua kali ganda sebab setelah dihitung tidaklah mencukupi. Kalau tidak segera dikirm maka Kaisar tidak merasa bertanggungjawab lagi kalau Amir Ourkhan meninggalkan Konstantinopel dan menyusun tentera bagi merampas kekuasaan dari tangan Sultan Muhammad.

Dengan yang amat sangat menahan kesabarannya serta menundukkan kesabaran yang kadang-kadang membosankan orang besar-besarnya dan setengahnya hairan melihat Sultan sebesar itu pada hal dia masih muda maka Sultan menyambut utusan Kaisar itu dengan penuh hormat. Didengarnya pesan Kaisar dan dibacanya surat dengan tenang lalu dijanjikannya bahawa wang ganti kerugian Amir Ourkhan akan segera diselesaikannya bila dia tiba kembali di ibu kota (Adrianopel). Lalu dilepasnya utusan Kaisar itu dengan baik. Setelah utusan itu pergi diselesaikannya pula sebaik-baiknya urusan Amir Ibrahim sampai memuaskan. Setelah itu barulah dia kembali segera ke Adrianopel. Di sana nampak bahawa kesabarannya yang luar biasa sekali di Asia Kecil itu adalah suatu siasat. Kerana seandainya dia menunjukkan kemarahannya dan utusan Kaisar pulang terlebih dahulu sebelum baginda ada kembali di kerajaannya mungkin armada Sekutu Eropah mengepung dan menduduki Dardanella dan terputus jalannya pulang.

Sampai di Adrianopel barulah dinyatakannya sikap tegas bahaw bantuan buat Amir Ourkhan mulai saat itu ditarik balik. Setelah itu dengan segera baginda Sultan mengikat perjanjian damai dengan tidak serang menyerang dan memberi beberapa hak-hak kepada Prince dan Raja Maghyar dan Bosnia den juga Republik Venesia.

Dengan Hyunade dibuat perjanjian tidak serang-menyerang selama tiga tahun. Setelah itu beliau perintahkanlah mendirikan sebuah benteng yang kuat dan teguh di pinggir Bosporus iaitu di pantai bahagian Eropah berhadap-hadapan dengan benteng di seberang menyeberangnya iaitu di pantai bahagian Asia yang didirikan oleh neneknya Bayazid dahulu. Dengan selesainya benteng ini tidak mungkin lagi Konstantinopel mendapat bantuan alat senjata atau kepentingan lain dari Laut Hitam. Ketika membuat benteng itu Sultan yang masih muda itu menunjukkan benar-benar semangat keperwiraannya. Dia sendiri turut bekerja membuka baju dan serbannya mengangkat batu dan pasir sehingga ulama-ulama dan Pasha-pasha terpaksa ikut bekerja pula. Dengan demikian bersemangatlah seluruh tentera dan pekerja yang di datangkan dari seluruh bahagian negeri Osmani.

Sangatlah cemas Kaisar melihat pekerjaan besar itu dikerjakan orang di hadapan matanya sendiri sehingga satu waktu dikirimnya utusan kepada Sultan agar tidak lagi menuntut  gaji Ourkhan melainkan memohon sungguh-sungguh supaya pekerjaan membuat benteng itu dihentikan saja. Sebab Kaisar tidaklah bermaksud hendak berperang dengan Sultan yang sejak dari bapanya dahulu telah membayar upeti kepada Kerajaan Osmani. Maka dijawab Sultan bahawa maksudnya mendirikan benteng itu bukanlah buat menyerang Konstantinopel melainkan menjaga Kerajaannya sendiri dan memelihara kekuasaannya yang meliputi Asia Kecil dan EropahTimur. Kalau tidak dia mendirikan benteng di sana dia takut akan datang lagi serangan-serangan seperti yang telah berkali-kali dilakukan orang di masa hidup bapanya. Dan kalau dia di Asia Kecil, nescaya sukar dia menyeberangi bahagian Eropah. Tidaklah maksud memungkiri janji sebab Kaisar hidup bebas danmerdeka di dalam kotanya yang dipertahankan dengan benteng-benteng dan pagar kota dengan teguhnya. "Kami perlu mempunyai dua benteng. Yang di bahagian Asia bagi menjaga kaum Muslimin sebab itulah penduduknya dan bahagian Eropah perlu sangat sebab bangsa Rom tidak sanggup mempertahankannya lagi." Demikian jawab Sultan.

Sebagai penutup bicaranya Sultan pun berkata :"Sampaikanlah kepada Kaisarmu bahawa Sultan Muhammad jauh berbeza dengan nenek moyangnya. Bila pekerjaannya telah dimulainya, seorang pun tidak ada yang dapat membantah. Dan tidak perlu Kaisar mengirim utusan lagi. Kalau datang lagi utusan kepada ku, maka kepalanya saja nanti yang akan ku kirim kembali, mengerti!."

Utusan Kaisar pulang dengan serba ketakutan dan Sultan meneruskan pekerjaannya. Dalam tiga bulan saja selesailah pembikinan benteng besar yang dahsyat dan menakutkan itu (akhir ogos 1452M). Terkenal namanya dengan Rumli Hisar, benteng Rum, bertentangan dengan benteng yang didirikan neneknya Bayazid Kuzal Hisar, ertinya benteng yang indah. Dari sana dijaga keras kapal yang lalu lintas melalui Selat yang sempit itu. Di sanalah mulai dikumpulkan segala persediaan perang bagi menerjah Konstantinopel.

Pada 21,bulan Syaaban 856H bersamaan 28 Ogos 1452M bersama-sama dengan pengiring-pengiringnya Sultan mengelilingi parit pertahanan Konstantinopel buat melihat kekuatan dan segi-segi kelemahannya dan setelah tiga hari kemudiannya dia pun pulang sementara ke Adrianopel dan disambut rakyat dengan penuh kegembiraan.

Baginda maklum bahawa pengepungan ini akan meminta tenaga yang besar dan rancangan yang sempurna dan tidak boleh gelabah. Pada bulan Oktober disuruhnya seorang kepala perangnya, Tarkhan Pasha menemui penguasa negeri Mora, Thomas dan Demitrius, keduanya saudara kandung Kaisar, memberitahukan niatnya hendak menaklukkan Konstantinopel itu dan memberi nasihat kepada mereka berdua supaya berdiam diri jangan membantu Kaisar supaya mereka selamat.

Maka tibalah musim dingin, Bukan main dinginnya pada semusim itu. Kaisar mengharap mungkin kerana sangat dingin maka tentera Turki tidak akan tahan lalu mengundurkan diri. Sekali lagi dicubanya memujuk Sultan mengurungkan niatnya dan dengan pendek Sultan menjawab: "Kalau Kaisar tidak suka berperang, serahkanlah saja kota Konstantinopel dengan baik. Sultan berjanji akan menyelamatkan Kaisar dan menyelamatkan setiap penduduk. Tidak ada orang yang akan diganggu dan tidak ada harta benda yang akan diambil dan mana yang ingin hendak keluar dari dalam kota, Sultan  tidak akan menghalangi mereka. Itu pun suatu langkah yang sebaik-baiknya untuk menghindarkan perang". Tetapi ternyatalah bahawa Kaisar tidak pula sanggup menerima tawaran itu bahkan bertambah lama semakin kecutlah hati beliau memikirkan keadaan itu. Rupanya penyerangan Turki ke atas Konstantinopel tidaklah dapat diundurkan lagi.

Dengan segenap sisa kecerdikan yang ada padanya, Kaisar selalu berusaha bagaimana kesulitan in dapat di atasinya. Bahkan menteri-menteri Sultan sendiri dipujuknya dengan harta benda yang banyak seandainya dapat membelokkan perhatian Sultan daripada menyerang Konstantinopel. Tetapi tidaklah ada yang dapat membelikkan kemahuan Sultan yang masih muda itu. Sultan sendiri tahu bagaimana kuatnya pertahanan kota Konstantinopel tetapi segenap kekuatan dikumpulkannya pula ke sana.

Kaisar sangat mengharap pertolongan kerajaan-kerajaan Eropah, baik dari Eropah Timur mahupun dari Barat. Tetapi Sultan terlebih dahulu telah mengikat beberapa perjanjian tiada serang-menyerang dengan negeri-negeri dari Eropah Timur. Negeri-negeri Eropah Barat tidaklah ada kesanggupan rupanya mengirim tenteranya di saat yang penting itu. Hanyalah Genoa saja yang sanggup mengirimkan bantuan iaitu suatu armada laut yang tidak berapa besar di bawah pimpinan seorang pahlawan yang gagah berani bernama Justinianus yang telah sanggup masuk ke dalam pelabuhan setelah bertempur beberapa lamanya terlebih dahulu dengan angkatan perang Turki.

Salah satu sebab utama dari kegagalan pertahanan Konstantinopel ialah perselisihan faham agama yang telah sangat mendalam di antara Rom-Katholik di bawah pimpinan Paus yang berpusat di Rom dengan faham Orthodox yang berpusat di Konstantinopel sendiri. Pertengkaran dan perselisihan faham itu adalah sangat mendalam. Yang dibicarakan ialah darihal kepercayaan kepada ketuhanan Nabi Isal Al-Masih bagaimana hubungan kesatuan tiga uknum itu dalam diri yang satu dan tentang bagaimana sifat-sifat Nabi Isa dalam ketuhanannya dan dalam kemanusiaannya.

Perselisihan ini diliputi oleh suasana fanatik yang sangat mendalam sehingga tidaklah dapat diikhtiarkan lagi mempersatukan kedua gereja itu. Kaisar Konstantinopel yang telah mengerti bahaya yang mengancam negerinya dari serangan bangsa Turki yang pasti akan datang itu telah berusaha bagaimana persatuan itu dapat dicapai. Pernah beliau sendiri menghadap Paus di Rom menyatakan bersedia bersatu. Dia menyembah menjongkok sambil mencium hujung jubah Paus untuk bersatu kembali. Tetapi sambutan Paus sendiri tidaklah memuaskan sebab beliau menyangka bahawa ini adalah politik semata-mata kerana Kaisar telah tahu bahaya yang mengancam Kerajaannya. Dan seketika Kaisar pulang tidaklah pula mendapat sambutan yang baik dari orang-orang besarnya. Beliau dituduh telah berkhidmat kepada pendirian yang sekian lama dipertahankan. Dengan tunduknya Kaisar kepada Paus bererti ia mengorbankan kemerdekaan negeri dan keyakinan agamanya.

Maka tatkala sudah sangat hebat kepungan atas kota yang besar dan telah beratus tahun menjadi pusat peradaban dan kebudayaan Kristian itu dan tentera Turki telah ada dikelilingnya, namun di dalam kota masih sangatlah hebatnya pertengkaran di antara ahli-ahli agama yang setuju persatuan kembali dengan Rom dan yang tidak menyetujuinya, sampai ada yang berkata di kalangan orang besar:"Saya lebih suka melihat serban bangsa Turki di dalam kota ini daripada melihat topi orang Rom!".

Setelah 9 bulan kota yang megah itu dikepung, akhirnya datanglah masa yang dinanti-nantikan oleh tentera Islam dengan hampir hilang kesabaran itu dan dinanti pula oleh penduduk kota dengan dada yang berdebar. Dimulai penyerangan sesudah pengepungan yang berjalan lama. Selat Bosporus yang sempit itu dipagari dengan rantai-rantai besar sehingga sukar bagi kapal-kapal perang Turki memasukinya. Tetapi Sultan mendapat akal yang luar biasa.

Selama satu bulan penyerangan belum ada hasil yang dicapai. Namun menjelang berakhirnya Bulan Purnama, Sultan mendapat idea untuk menarik kapal-kapal perangnya ke daratan.

Diperintahkannya sewaktu malam buta memindahkan 70 buah kapal dengan melalui daratan yang tiga batu panjangnya, dilakukan di atas upang-upang kayu yang dilicinkan dengan minyak hingga mudah ditolak bersama-sama supaya terlepas dari tempat yang berpagar rantai yang besar-besar itu. Setelah itu dimulainyalah penyerangan besar-besaran.Penyerangan lebih dipermudahkan lagi kerana datang seorang bangsa Yunani ahli pembuat meriam, Urban namanya. Orang itu menunjukkan dan memimpin membuat meriam-meriam sebagai alat penyerangan yang dahsyat yang memuntahkan peluru-pelurunya ke kota pertahanan itu. Ketika telah terjadi pertempuran yang dahsyat itu diakuilah bahawa penduduk Konstantinopel telah bertahan dengan gigih dan gagah berani pula. Terutama Justinianus pahlawan bangsa Genoa yang telah turut bersama berjuang itu.


 Rakyat Byzantium yang menyaksikan kapal-kapal yang berayar di daratan itu begitu terkejut, mereka mengira itu karena bantuan jin atau setan, sebagian dari mereka menggosok-gosok mata, mencubit pipi, untuk memastikan bahwa ini bukan mimpi.

Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera Osmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini.

Pagi 22 April itu, penduduk Konstantinopel dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, "Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!"

Tetapi seketika dia dengan gagah perkasa bertahan di satu pihak, tentera Turki akhirnya dapat juga masuk di pihak yang lain kerana pengepungan sangat teratur. Justinianus sendiri di dalam keadaan luka parah mengundurkan diri ke dalam kapalnya dan lari. Oleh sebab itu maka harapan penduduk Konstantinopel bahawa malaikat akan turun dari langit membebaskan negeri mereka daripada bahaya orang Islam itu rupanya tidaklah berhasil. Adapun Kaisar sendiri setelah melihat bahawa segala pertahanan telah roboh dan tentera Turki telah masuk ke dalam kota bagaikan anai-anai, dilemparkannyalah segala pakaian kebesarannya dan dengan sebilah pedang dia menyerbu ke tengah-tengah musuh yang masuk ke dalam kota kebesarannya turun-temurun itu. Maka tewaslah beliau dalam gelombang orang yang banyak itu. Setelah seluruh kota diduduki dan perlawanan tidak ada lagi barulah orang dapat melihat bahawa di antara bangkai-bangkai yang bergelimpangan itu terdapatlah mayat Kaisar Byzantium yang paling akhir. (29 Mei 1453M) Waktu subuh.

Dan setelah datang waktu zohor, Sultan pun masuklah ke dalam kota itu dengan serba kebesaran diiringkan oleh orang besar dan ulama. Laungan "Allahu Akhbar" terdengar di kiri dan kanan jalan itu di mana tempat balatenteranya yang gagah perkasa itu berdiri menyambut kedatangan pahlawannya dan baginda sendiri mengenderai kudanya yang bernama "Jambulat", memasuki kota dengan langkah yang tenang tenteram dan penuh rasa kebahagiaan. Tidak kelihatan kesombongan pada airmuka baginda. Bahkan sesampai di hadapan gereja besar 'Aya-Sophia', baginda turun dari kudanya dan sujud ke bumi mengucapkan syukur kepada Tuhan dan diambilnya segenggam tanah lalu disiramkan ke kepalanya sendiri sebagai alamat merendahkan diri kepada Ilahi.

Seketika baginda masuk ke dalam gereja yang bersejarah itu didapatinya beberapa orang yang taat berugama sedang menegadah ke langit di bawah pimpinan penditanya, bersembahyang  dengan sangat khusyuk memohonkan perlindungan dan biarlah mati dalam sembahyang. Kebetulan hari itu adalah hari sembahyang memperingati Orang Suci mereka iaitu St Theodosie. Baginda tertegun melihat orang yang sembahyang dengan khusyuk dan penuh ketakutan itu apatah lagi mereka melihat orang yang sangat ditakutiitu telah berdiri di hadapan mereka dalam gereja tempat mereka bersembunyi. Sedang baginda tertegun sebentar itu kedengaranlah oleh baginda suara orang menokok-nokok dan disuruhnya memeriksa kerana perbuatan itu menganggu orang yang bersembahyang itu. Rupanya tentera Turki yang datang dari Anatoli sedang memukul sebuah tonggak marmar gereja.

Lalu baginda pun bertanya, "Apakah maksudmu berbuat begitu?" Maka seldadu itu pun menjawab: "Bukankah saya ini seorang Muslim? Bukankah semuanya ini berhala tempat kafir menyembah selain Allah?"

Masa itulah kelihatan wajah Sultan begitu murka sekali. Diambilnya penggada itu dari tangan seldadu yang bodoh itu dan dihayunkannya ke kepalanya sambil berkata dengan marah: "Tidak boleh merosakkan tempat ibadat".

Kalau sekiranya tepatlah palu itu mengenai kepalanya nescaya matilah seldadu itu. Sikap Sultan yang demikian itu menghairankan bagi orang-orang Kristian yang sedang sembahyang itu. Kian lama mereka dengan tidak ragu-ragu mendekati Sultan dan yang bersembunyi pula kelurlah dari tempat persembunyiannya. Demikian terharunya kerana amat berbeza dengan yang mereka sangkakan, maka adalah di antara mereka yang terus memasuki Islam pula. Di antaranya seorang pendita yang kemudian lebih terkenal dengan nama Baba Muhammad.

Pada waktu itu dinyatalah dengan terus -terang bahawasanya gereja-gereja yang ada di Konstantinopel tetaplah menjadi gereja kecuali beberapa buah yang akan dijadikan masjid. Yang terutama adalah 'Aya Sophia' sendiri. Pada waktu asar di hari itu juga disembahyangilah gereja itu secara Islam dan ditukar namanya menjadi Masjid "Aya Sophia", sesudah dihindarkan segala tanda-tanda yang ada di dalamnya.
Aya Sophia atau Masjid Biru
Dari sana Sultan meneruskan perjalanannya ke dalam istana Kaisar. Sampai di dalam terharulah Sultan melihat istana yang dahulunya penuh kebesaran itu tetapi ketika itu amat muram kerana kepungan 9 bulan dan lama sebelum itu Konstantinopel telah miskin sehinggakan banyak alat istana yang terjual.

Maka terloncatlah dari mulut baginda seketika melihat istana itu, serangkum syair bahasa Parsi : "Lawa-lawa telah menjalin sarangnya dalam istana Maharaja dan burung hantu telah bernyanyi lagu dukacita".

Lalu baginda tanyakan di mana Kaisar, bagaimana nasibnya dan di mana pahlawan Justinianus yang gagah perkasa, di mana Naib Kaisar Notaras. Hanya Notaras yang dapat datang. Dialah yang menjadi Wali-Kota Konstantinopel ketika kota itu dikepung.

Seketika didengarnya berita bahawa Justinianus lantaran luka pergi bersembunyi di dalam kapal, diutusnya utusan bersama tabibnya sendiri mencari pahlawan itu danmembawa ubat serta diperintahkan memeliharanya sampai sembuh. Sebab Sultan sangat kagum melihat keberaniannya.

Kemudian datanglah seorang seldadu Sultan bangsa Serbia. datang tergesa-gesa dengan wajah yang sangat gembira membawa bersama kepala orang. Terus disembahkannya ke hadapan Sultan, sangat terkejut Sultan melihat kepala yang tercerai dri badn itu, sebab Sultan kenal, itulah Kaisar! Dan dengan terpekik Notaras melihat kepala Kaisrnya! Seldadu itu menyangka bahawa kan mendapat pujianlah dari Sultan lantaran perbuatannya itu. Dengan muka yang penuh azam Sultan bertanya: "Bertempurkah engkau dengan Kaisar?" Maka dijawabnya: "Tidak, Tuanku! Ketika hamba berkeliling melihat-lihat bangkai bergelimpangan, terlihat aku bangkai orang ini. Di kelilingnya ada beberapa orang meratap, menyebut 'Kaisar! Kaisar! Melihat keadaan itu yakinlah hamba, bahawa inilah bangkai musuh kita. Lalu hamba potong kepalanya dan hamba bawa kemari."

"Pengecut!" Kata Sultan dalam keadaan yang sangat murka, lalu disuruhnya tangkap seldadu itu dan hukum mati waktu itu juga dan dipotong kepalanya.

Maka baginda jatuhkanlah perintah kepada orang-orang besar Byzantium dalam majlis itu agar Kaisar dikebumikan dengan upacara yang layak yang diadatkan terhadap Kaisar-kaisar turun-temurun. Kemudian baginda keluarkanlah perintah bahawasanya tentera Islam sekali-kali tidak boleh menggangu orang Kristian. Beberapa orang tawanan yang terdiri dari orang besar-besar Kerajaan lama, baginda tebus sendiri dengan hartanya yang khusus dan baginda merdekakan. Kedai-kedai disuruh buka kembali dan syiar agama Kristian boleh dijalankan sebagaimana biasa.

Beberapa hari kemudian diundangnyalah beberapa orang Uskup dalam kerajaan Rom itu. Lalu baginda sampaikanlah kehendak baginda, bahawa baginda ingin sekali orang Nasrani mengerjakan agamanya dengan sungguh-sungguh dan menghilangkan perselisihan sesama mereka. Maka supaya masyarakat Kristian berjalan dengan baik dan tidak terhalang baginda anjurkan supaya Uskup-uskup itu memilih sendiri dari kalangan mereka siapa yang layak menjadi Petrick. Sultan menyatakan bahawa baginda tidaklah mempunyai anjuran apa-apa atau memaksakan dengan halus siapa yang akan dipilih. Siapa yang patut terserahlah kepada mereka. Tetapi hendaklah dengan segera supaya segala perbelanjaan perlantikan Petrick dapat ditanggung oleh Sultan.

Mulanya tercengganglah mereka menerima titah itu, seakan-akan tidak percaya. Sebab pernahlah negeri mereka itu diserang dan diduduki pula oelh kawan seagamanya sendiri seketika terjadi Perang Salib, dalam perjalanan tentera Salib itu menuju Palestin. Turun-temurun manjadi buah mulut bagaimana kejam sikap tentera pendudukan orang Katholik itu di tanahair mereka. Itu pun slah satu sebab mereka tidak mahu bersatu di bawah pimpinan Paus. Mereka sangka akan begitu jugalah nasib mereka dan sudah lamalah negeri mereka tidak mempunyai Petrick. Maka setelah nyata titah itu, mereka pun memilih Agnadius menjadi Petrick,  pendita yang terkenal menentang keras persatuan dengan Rom dahulu. Selesai perlantikannya itu, maka bersama-sama dengan Uskup yang lain-lain pergilah dia menghadap Sultan ke istana. Dan disambut dengan serba kehormatan dan makanlah dia bersama-sama Sultan dalam satu hidangan. Setelah selesai makan dan minum sambil berckap-cakap, Sultan memberikan isyarat. Maka keluarlah dari dalam seorang pengawal membawa tongkat kebesaran Petrick yang termasuk menjadi slah satu barang rampasan upacara dan khidmat serta Sultan bertitah: "Tuan adalahg Petrick kaum Nasrani dalam negeri ini! Semoga Tuhan Allah memberikan perlindungannya bagi tuan, Pandanglah selalu bahawa saya adalah sahabat tuan dan sahabat jemaah tuan. Segala hak-hak tuan yang dipusakai sejak dari nenek-moyang tuan pakailah kembali".

Setelah selesai upacara, Petrick memohon diri hendak pulang. Sultan pun berdiri dari duduknya dan bersama orang besar-besar mengiringkan Petrick sampai ke pintu. Di halaman istana telah menunggu kuda kenderaan beliau yang telah disediakan. Sampai terloncat dari mulutnya perkataan yang sebenarnya mesti dirahsiakannya, kerana sangat terharunya: "Kaisr-kaisar kami sendiri tidaklah pernah melakukan begini kepada kami!".

Kemudian itu keluarlah titah yang rasmi dari baginda bahawasanya Petrick aman dalam perlindungan Sultan dankedudukan beliau disamakan dengan wazir-wazir (menteri) yang lain dalam Kerajaan Osmani yang bertugas mengurus rakyat Sultan yang beragama Nasrani, baik dalam urusan sivil mahupun urusan agamanya.

Dari sebab itu maka Petrick Konstantinopel mempunyai dua tugas, iaitu memimpin golongannya sendiri dan menjadi satu di antara Menteri-menteri Kerajaan Osmani yang sama haknya dengan menteri-menteri yang lainnya.

Konstantinopel menjadi ibukota

Sejak waktu itu dirasmikanlah bahawa kota Konstantinopel menjadi Ibu Kota Kerajaan Osmani dan dipiindahkanlah kerusi kerajaan dan alat-alatnya dari Adrianopel ke sana. Dan sejak pemindahan ibu kota itu Sultan pun lebih lancarlah menjalankan maksudnya memperluaskan kekuasaan dan kerajaannya. Sejak tahun 1458 sampai tahun 1460 baginda berjuang menundukkan negeri Serbia sampai akhrnya negeri itu ditaklukan terus sebagai suatu daerah yang selama ini senantiasa menyusahkan Kedudukan Kerajaan Osmani. Dan pada tahun 1456 baginda taklukkan pula wilayah Athen sehabis pertempuran yang dahsyat. Di tahun 1460 ditaklukkan pula Mora, sehabis itu dipalingkanyalah mukanya kembali ke Asia Kecil bagi menundukkan sisa-sisa kerajaan yang masih belum tunduk dan di antaranya Trabzun. Di tahun 1464, Bosnia baginda tundukkan pula lalu dijadikan satu wilayah di antara wilayah-wilayah Kerajaan Osmani. Maka seluruh pantai Krimia pun jatuhlah ke bawah kuasa baginda. Setelah itu ditundukkan pula Aga Karman dan dalam tahun 1477 baginda serang pulau-pulau Venesia dan ditaklukkannyapula Kroatia dan Sekudra.

Di tahun 1480 pulau-pulau di hadapan pantai Yunani dan Italia, kemaslah ke dalam kuasa baginda dan akhir pertempuran ialah menaklukkan Toronto di negeri Italia.

Semua peperangan itu menjadi lancar perjalanannya sebab kunci hubungan Asia dengan Eropah telah menjadi pust kekuasaannya; Konstantinopel.

sumber : Sejarah Umat Islam - hamka

Empayar Turki Osmaniyyah

    * 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
    * 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
    * 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Osmaniyyah.
    * 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
    * 1389M- Tentera Osmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
    * 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
    * 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
    * 1453M- Konstantinopel ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
    * 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
    * 1526M- Perang Mohacs
    * 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
    * 1571M- Perang Lepanto berlaku.
    * 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
    * 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
    * 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
    * 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
    * 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
    * 1792M- Perjanjian Jassy.
    * 1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
    * 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
    * 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
    * 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
    * 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
    * 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
    * 1829M- Perjanjian Adrianople.
    * 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
    * 1841M- Konvensyen Selat.
    * 1853M- Bermulanya Perang Crimea.
    * 1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
    * 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
    * 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
    * 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Osmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
    * 1912M- Perang Balkan pertama.
    * 1913M- Perang Balkan kedua.
    * 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
    * 1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
    * 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
    * 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular