Translate

Khamis, 25 Februari 2010

Sudah Lama Umno Fitnah PAS.....

Bermula dari awal penubuhannya beberapa orang pemimpin PAS pernah ditangkap dan dipenjarakan atas tuduhan membahayakan keselamatan negara Pada 28 Januari 1965, Dr Burhanuddin Al Helmy ditahan dibawah ISA dan beliau telah ditahan dan dipenjarakan tanpa bicara selama hampir 5 tahun yang mana penangkapan beliau bermotifkan politik.

Dakwaan ini boleh dibuktikan melalui penulisan oleh Datuk Ramlah Adam dalam bukunya yang bertajuk,' Dr. Burhanuddin Al Helmy ; Suatu Kemelut Politik'.  Beliau menyatakan secara jelas dan kritis mengenai penangkapan Dr. Burhanuddin, tokoh pejuang kebangsaan yang terkenal pada masa itu dengan menyatakan :

" Ini mungkin satu strategi untuk melemahkan keimanan dan ketahanannya sebagai pemimpin PAS".

Demikian penulis secara berani memaparkan bahawa tindakkan yang tercatat di atas merupakan suatu usaha musuh politik PAS untuk melemahkannya. Namun rintangan tersebut kalau kita lihat dari sudut yang positif ia boleh memperkuatkan ketahanan diri bagi mereka yang memilih untuk berjuang didalam sebuah parti pembangkang. ( Ramlah Adam adalah penyokong kuat Umno).

Sejarah telah mengambarkan bagaimana Dr. Burhanuddin yang dituduh bekerjasama dengan pihak komunis melalui sepucuk surat yang dikatakan ditulis oleh beliau. Kemudian Dr. Burhanuddin dan beberapa pemimpin parti pembangkang ditangkap dan dipenjarakan. Dengan menggunakan surat tersebut maka pihak-pihak tertentu telah melakukan ugutan dan menakut-nakutkan para pengundi dengan kata-kata berikut ;

" Kalau kamu undi PAS, bererti kamu undi komunis dan akan masuk penjara serta-merta".

Ugutan dan amaran ini menakutkan masyarakat pada waktu itu. Dengan mengguna kaedah inilah, maka PAS menerima kekalahan yang amat teruk di Perlis dan Kedah pada pilihan raya 1959 tiada satu kerusi pun dimenangi. Sedangkan PAS amat yakin akan berjaya memenangi serta memerintah Perlis. Perlis disifatkan sebagai kubu kuat PAS serta sebuah negeri yang masyarakatnya kuat pegangan kepada agama. PAS hanya dapat menawan Kelantan dan Terengganu sahaja.

Tidak hairanlah jika Singapura cukup takut kepada PAS berbanding dengan parti-parti pembangkang yang lain. Pemimpin-pemimpin PAS tidak akan berpaling tadah walau pun jutaan ringgit cuba disogokkan. Ini boleh dilihat semasa PAS Kelantan hanya mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja. Begitu juga dengan tindakkan disiplin yang dikenakan terhadap mereka, mereka tidak keluar parti jika hendak dibandingkan dengan parti-parti lain baik dari pembangkang mahu pun kerajaan.

Melainkan satu kes yang berkaitan dengan pencolekan Adun PAS pada tahun 1968 yang bertujuan untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan. Ia bermula dengan peristiwa penahanan dan penangkapan 5 adun PAS yang terdiri daripada En. Saufi Idris, Ustaz Abdullah Haji Yusof (Speaker Dun), Ustaz Abdul Rahman Salleh, En. Yusoff Abdul Latif Dan En. Omar Muhammad.

Dalam peristiwa 'Turn About' itu, mereka telah dikurung dan sentiasa diugut agar membuat pengakuan dan berjanji untuk mengistiharkan keluar PAS dan masuk Umno. Tetapi usaha yang dilakukan menemui jalan buntu apabila hanya dua dari lima orang sahaja yang bepaling tadah. Usaha Umno untuk melakukan kejutan di Dewan Undangan Negeri akhirnya menemui kegagalan.

Sesungguhnya strategi ini terus digunapakai oleh musuh-musuh politik PAS, demi untuk menakut-nakutkan para penyokong PAS maka kaedah penahanan di bawah ISA masih lagi berterusan, bertujuan untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap PAS.(Sumber Dari Tn.Hj. Mohd Fakhruddin)

Dizaman IT yang serba canggih ini, maklumat cepat disebarkan dengan tumbuhnya blog-blog bagaikan cendawan. Ada yang mengaku ahli dan penyokong PAS tetapi dalam masa yang sama mereka menjadi alat kepada musuh-musuh politik PAS atas alasan kebebasan bersuara.. Mereka menghentam pemimpin yang mereka tidak sukai dan memuji-muja setinggi gunung kepada pemimpin yang menjadi pilihan mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular