Translate

Sabtu, 6 Februari 2010

Umno Dan Liwat Ibarat Isi Dengan Kuku...

Kenapa Umno cukup sinonim dengan isu liwat, lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Sampaikan rakyat One Malaysia terbawa-bawa dengan isu tersebut yang banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Susah bagi ibubapa untuk menerangkan kepada anak-anak mereka apabila ditanya makna 'LIWAT'.
Adakala menjadi gurauan antara suami dengan isteri seperti kata isteri kepada suaminya,"Depan abang punya, belakang kerajaan punya". Isu tuduhan liwat adalah isu yang  cukup mudah untuk eka.menjatuhkan seseorang musuh terhadap lawannya. Apatah lagi jika seseorang itu mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat.

Kenapa mereka-mereka ini tidak menggunakan tuduhan-tuduhan yang tiada kaitan dengan liwat?. Jawapannya cukup mudah, kerana perbuatan tersebut bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan apatah lagi jika ianya seorang yang beragama Islam. Dalam kontek masyarakat  orang Melayu yang kaya  dengan sikap berbudi bahasa, liwat cukup-cukup menjijikkan dan Islam melarang sama sekali terhadap hubungan luar tabi'i.


 
Budaya Melayu tidak mengizinkan benar-benar kalau bab hubungan sejenis ni............ pantang tok nenek. Sebab itulah Umno cukup suka berkaitan liwat...........  liwat sudah sebati dengan Umno............ kerana itulah semuanya diliwat. Daripada PDRM, SPRM, SPR, Mahkamah dan banyak lagi, semata-mata untuk memanjangkan hayat politik mereka. Jangan kata diliwat dan diliwat dan diliwat......... malah institusi tersebut turut dilacurkan secara beramai.
Dek kerana peranan yang dimainkan oleh Umno ini telah merosakkan pemikiran anak-anak muda yang sebelum itu sesuci Saiful. Salah satu buktinya bagaimana pengaruh media cetak dan elektronik sebagai pengampu bertaraf dunia, lahirlah orang-orang seperti Parpukari dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya. Kalau tidak memaki hamun dalam satu hari, boleh kena serangan jantung kerana mereka-mereka ini sudah tahap level 99......... bahasa yang paling mudah ialah dah ketagihan............ kesian depa........... nooooooo.

Hatta didalam hukum Syariah, si suami akan dihukum jika meliwat isterinya walaupun tidak termasuk didalam hukum Hudud tetapi si suami akan dihukum mengikut hukum Qisas. Hinggakan Menteri Perpaduan Wanita, Sharizat Jalil pun mempertikaikan kenapa si suami tidak dikenakan hukum Hudud apabila membaca draf yang dibentangkan oleh kerajaan PAS Terengganu. 
Kerana itulah apabila kerajaan PAS terengganu membentangkan Eknemen Kanun Jenayah Syariah di Dewan Undangan Negeri dan diluluskan oleh Sultan Mizan, mereka kata itu hukum 'Hudud PAS'. Mentang-mentanglah beliau seorang peguam, konon hendak tunjuk kepada rakyat One Malaysia yang beliau seorang yang arif tentang undang-undang. Ini yang susahnya apabila seorang berpendidikkan 'Sekular Law' cuba bercakap tentang 'Islamic Law'.

Nampaknya dalam banyak-banyak kakitangan awam, yang saya lihat dari dulu lagi.......... mereka (polis) cukup bernasib baik kerana ditantang bagai minyak penuh, atau 'Anak Emas'. Sentiasa diberi keistimewa dalam segala hal............. negara polis............ dah nak buat macam mana........... rakyat sentiasa berada didalam ketakutan kerana............. Inilah jadinya bila kuasa polis terlalu besar di negara One Malaysia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular