Translate

Isnin, 1 Mac 2010

Lebuhraya Kedua Utara-Selatan..... Siapa Pula Yang Akan Dikayakan.

Kerajaan kini membuat kajian terperinci bagi membina Lebuh Raya Utara Selatan Kedua bagi menyediakan laluan opsyen kepada pengguna Lebuh Raya Utara Selatan yang sedia ada untuk ke destinasi mereka.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kajian itu meliputi kadar trafik serta pekan yang boleh dilalui lebuh raya baru tersebut selain kesannya terhadap ekonomi dan pembangunan setempat.

“Keperluan untuk membina lebuh raya ini sememangnya ada, namun kita harus menelitinya dengan lebih mendalam,” katanya selepas merasmikan persimpangan Setul dan Ampangan di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), di sini hari ini.

Untuk rekod, projek itu telah dirancang ketika kementerian tersebut dipegang oleh Datuk Seri S. Samy Vellu dan dijangka dibina dalam dua fasa iaitu fasa pertama menghubungkan Banting dan Sabak Bernam sebelum dihubungkan dengan Taiping dalam fasa kedua.

Mengulas perkara itu, Shaziman bagaimanapun tidak menolak kemungkinan lebuh raya tersebut hanya akan menghubungkan Sabak Bernam ke selatan tanah air jika kajian tersebut mendapati ia kurang sesuai untuk dihubungkan ke utara. – Bernama

Ulasan Musafirlalu.......

Umum mengetahui bagaimana PLUS mengaut keuntungan berbilion setahun setelah UEM (milik Umno) diberi lesen untuk melaksanakan projek Utara-Selatan dizaman Mahatdir menjadi PM. Dengan pinjaman mudah dari kerajaan dan juga daripada bank, UEM menjalankan projek tersebut tanpa modal.

Daripada konsesi perjanjian selama 25 tahun, ianya setiasa dilanjut dan terus dilanjutkan dengan berbagai-bagai alasan daripada kerajaan. Ditambah pula kenaikan yang wajib diberikan oleh kerajaan kepada PLUS, yang mana keuntungannya hanya untuk sebelah pihak sahaja dengan rakyat sebagai mangsanya.

Sekarang ini siapa pula yang akan dikayakan oleh Najib One Malaysia dengan ura-ura lebuhraya kedua Utara-Selatan. Yang pasti akan mendapat projek tersebut mestilah yang berada dekat dihati Najib One Malaysia dan Big Mama.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular