Translate

Ahad, 7 Mac 2010

Sistem Dajjal : Tenaga Ritual...Bah.8 (BahteraWawasan)

Definisi - Tenaga Ritual:
Daya yang terhasil kesan daripada perbuatan-perbuatan sengaja atau tidak sengaja yang bersifat ritualistik yang dilakukan secara langsung atau tidak langsung .” – Ensiklopedia Konspirasi Sepanjang Zaman.

Dalam kotak pemahaman umum, ritual dikaitkan dengan perbuatan yang dibuat bagi tujuan keagamaan secara tertib mengikut urutan-urutan tertentu bagi membolehkan ia disempurnakan.

Namun dalam keadaan tertentu juga, sesuatu perbuatan itu (kebanyakannya ialah perbuatan yang bukan amalan dalam Islam) boleh dianggap sebagai ritual walaupun dilakukan tanpa niat.

Menurut Collin Low dalam teorinya bertajuk Ritual Theory and Technique, setiap perbuatan boleh menjadi elemen penggalak dalam sesuatu ritual (biasanya sihir) kerana ritual itu adalah prosedur agama yang dicipta dengan ilham yang diberikan oleh sesuatu yang bukan manusia. Low menjelaskan, ritual bersifat jahat pula lazimnya dibuat berdasarkan budaya atau perbuatan-perbuatan jahat yang disukai manusia. Ia bagi membolehkan ritual itu dapat dijalankan setiap masa tanpa manusia sedar.

A difficulty in trying to understand traditional ritual is that, it is framed within the world view of a time and culture. An example of this was the belief throughout medieval times that magic operated through the agency of an evil power..” –Collin Low
Dalam penjelasan mudah, ritual bersifat jahat itu dibuat mengikut kesesuaian berdasarkan budaya yang disukai manusia. Ia dibuat sedemikian bertujuan untuk menggerakkan ritual itu sepanjang masa supaya ia mampu menjadi ‘daya sokongan’ kepada pengamal sihir penyembah syaitan ‘Dajjalism’ dalam ritual sebenar.

Global Satanic Ritual: Daya ritual kesyaitanan





Moloch atau Tuhan Lembu Matahari

Kita ambil satu ritual dalam amalan Satanism yang dipetik dari sumber pengikut Anton LaVey (pengasas agama syaitan moden) di New York iaitu ‘Ritual for Moloch’. Moloch ialah Tuhan Lembu Mataharidalam agama Satanism. (tahu kisah Samiri menyesatkan kaum Yahudi dengan patung lembu? mungkin inilah patung lembu itu yang masih disembah manusia sesat sehingga hari ini). Dalam ritual itu, pengamal sihir Satanism atau Dajjalism perlu meletakkan simbol pentagram di setiap titik utama di tempat upacara ritual mereka. Dikatakan, syaitan akan berada di tengah pentagram (pentagon) itu sepanjang ritual berlangsung. (Dalam upacara ritual Bohemian Grove, Moloch dirujuk sebagai patung burung hantu)
Ritual for Moloch

(syaitan dijadikan daripada api dan api pula hanya akan menyala jika ada objek untuk ia ‘menumpang’ seperti kayu atau sebagainya. Maka, dapat disimpulkan bahawa sifat syaitan itu sama seperti api iaitu akan menumpang bagi membolehkan ia bergantung. Samalah juga jika dikatakan kehadiran syaitan itu dapat dikesan apabila ada objek seperti langsir, pokok atau sebagainya yang tiba-tiba bergoyang tanpa sebab, ia adalah kerana syaitan hadir menumpang di objek-objek itu. Syaitan juga menumpang di hati kita, dia menumpang dalam susuk yang dipakai, menumpang dalam tangkal-tangkal, menumpang di setiap tempat yang selesa baginya. Dalam konteks ini, syaitan menumpang di dalam simbol pentagram)

Pentagram pada baju

Juga jika boleh, mereka mahu pentagram ditempatkan di setiap titik utama bumi (jajaran ley lines?) bagi membolehkan ‘raja syaitan’ keluar menyaksikan ritual itu. Pentagram normal pula ditempatkan secara berselang-seli dengan pentagram terbalik.

Realitinya, pentagram sudah pun ditempatkan di setiap pelusuk dunia, bukan sahaja di titik-titik utama yang kita andaikan di jajaran ley lines semata-mata. Pentagram kini sudah ditempatkan di seluruh dunia dengan jayanya tanpa mengira apa saja jenis titik. Bagaimana mereka melakukannya? Caranya mudah dan sangat berkesan, sudah tentu melalui projek masterpiece.. mind control.. menggunakan medium hiburan.

Mereka menyebarkan melalui muzik, kita ambil contoh paling dekat iaitu muzik-muzik bingit..metal (black metaldeath metal dan seangkatan dengannya). Peminat muzik bingit ini pula lazimnya gemar memakai aksesori pentagram (mungkin terikut memakai pentagram disebabkan sudah terkena ‘potion’ mind control) bilangan mereka pula begitu ramai di seluruh dunia. Nampak pertalian ini? Mereka mempromosikan budaya memakai pentagram melalui medium muzik bingit bagi mewujudkan jiwarebellious di kalangan manusia (bukankah jiwa yang memberontak tanpa berlandaskan iman itu amat disukai syaitan?), jiwa rebellious itu juga tenaga (ingat HEF dan UEF dalam ulasan chakra dalam babTenaga Ritual bahagian 2?) jiwa rebellious itu juga tenaga yang akan memudahkan proses pengaliran tenaga pasif yang dijana melalui pentagram yang dipakai. Pentagram ditempatkan di seluruh dunia melalui ‘penjana pasif’ yang menjadikan pentagram sebagai lambang identiti peminat muzik bingit itu. Di sini, kita bukan mahu menuduh semua peminat black metal melakukan ritual tapi mahu memberi gambaran yang kelihatan samar selama ini. Lihatlah, betapa pentagram sudah ditempatkan di seluruh dunia bagi menjadi ‘daya sokongan’ kepada Ritual for Moloch.

Pemakaian pentagram disifatkan sebagai ‘daya sokongan’ untuk melengkapkan ritual supaya ‘kawasan liputan’ ritual itu dapat diluaskan radius ke peringkat global. Apa sudah jadi sekarang? Seluruh dunia sekarang sudah menjadi ‘kawasan liputan’ terluas dalam menjayakan ritual-ritual Satanism. Ia adalah perbuatan tidak sengaja yang mempunyai sifat ritualistik.

Kita renungkan dengan hadis Rasulallah:

Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu." (Hadis riwayat Abu Daud)

Kita selongkar lagi, kita ambil pula contoh ini iaitu bacaan pelik dalam bahasa bercampur aduk yang dibaca oleh segolongan penyembah syaitan dalam upacara ritual sebenar:

“Who hail thy name, but hail nay EL, tu 
satan Ave
, Fenris y Ragnarok, shalt live Satan Empire. Tu Lex Talionis, Ha-Satan.”

(nay dalam bahasa Inggeris kuno bermaksud ‘no’. ‘thy’ dalam bahasa Inggeris kuno bermaksud ‘your’. ‘y’ atau disebut ‘e’ dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘and’ atau ‘dan’. shalt dalam sebutan Inggeris kuno bermaksud ‘shall’ atau ‘will’ atau ‘akan’ dalam bahasa Melayu. ‘tu’ dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘you’.)

(EL atau ELOAH juga bermaksud Allah, ini juga bermaksud mereka tahu bahawa Allah itu Tuhan yang wajib disembah, tetapi mereka sengaja memilih jalan syaitan. Jelas bahawa Dajjal dan syaitan ada penyembah setianya di kalangan manusia yang sanggup menderhaka terhadap Allah)

Ada perasan dengan ayat ‘who hail your names….live satan empire’ atau bermaksud.. ‘sesiapa yang menyeru/menyebut nama-nama engkau tetapi melupakan EL….akan menghidupkan empayar syaitan’ dan ada perasan dengan perkataan ‘Ragnarok’? Tidak perasan dengan video game ‘Ragnarok’ yang menjadi ‘sebutan’ sebilangan orang? Bukankan penyembah syaitan menganggap ia satu ritual walaupun hanya sekadar menyebut? Ia juga sebagai daya sokongan untuk melengkapkan ritual.


Bersambung

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular