Translate

Ahad, 25 April 2010

Majoriti 1,725 Undi, BN Menang Dalam Kalah.... Tahniah.

Mengikut kiraan undi, BN menang dengan majoriti bawah daripada 2,000 undi. Walau pun menang, BN tetap tidak dapat tersenyum lebar kerana mereka boleh dikatakan menang dalam kalah.
Memang tidak dinafikan mengikut sistem demokrasi, walau satu undi pun akan dikira menang. Tetapi bolehkah BN bermegah dengan kemenangan mereka setelah semua jentera dikerah dan banyak wang ringgit ditabur?.
Kawasan Hulu Selangor bukanlah kawasan selamat buat pembangkang, tetapi sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat dapat memalukan BN dengan menafikan majoriti yang besar. BN hanya menang dengan majoriti 1,725 sahaja.
Muhyiddin menjangkakan yang BN akan menang dengan majoriti 5,000 undi. Beliau mengambil kira kerana 3 DUN yang berada di parlimen Hulu Selangor telah dimenangi oleh BN pada PRU12 yang lepas.
Tanpa mengambil kira sentimen rakyat terhadap pentadbiran Najib One Malaysia yang banyak menyusahkan rakyat sejak beliau mengambil alih jawatan PM dari Pak Lah. Disebabkan ingin memulihkan kepercayaan rakyat terhadap perbuatan beliaulah yang membuatkan beliau sendiri turun berkempen.
Berkemungkinan beliau tidak mempercayai gerak kerja yang telah diserahkan kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin. Atau pun sudah ada bibit-bibit pengeseran antara beliau dengan timbalannya. Hanya masa yang akan menentukan seteruk mana pertembungan antara beliau dengan timbalannya.
Walau pun Pakatan Rakyat tewas, ianya boleh diibaratkan kalah dengan penuh bermaruah. Ini telah melangkar sejarah bagaimana eratnya PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Sedangkan parti-parti dalam BN semakin hari semakin tidak bermaya dengan bermacam-macam masaalah............ Syabas buat pendokong-pendokong Pakatan Rakyat kerana berjaya memalukan BN walau pun kalah.

Kiraan Undi Tidak Rasmi Di Parlimen Hulu Selangor.

BN menang Hulu Selangor - majoriti undi tidak rasmi 2,000

Kiraan Undi Tidak Rasmi Di Parlimen Hulu Selangor.

8.12pm: Undi untuk calon BN meningkatkan kepada 24,669 undi selepas lebih banyak peti undi dikira. Calon PKR pula kini memperolehi 22,986 undi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan juga sedang dalam perjalanan ke tempat pengiraan undi.

8.07pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan dalam perjalanan ke pusat pengiraan undi. Ini dilihat sebagai petanda bahawa BN menuju kemenangan.

8.05pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN terus menambah undi kepada 22,395 undi, manakala PKR memperolehi 2,0815 undi.

7.50pm: Sumber-sumber BN mendakwa calon BN P Kamalanathan memang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dengan majoriti kira-kira 1,500 undi.

Difahamkan, sehingga ini, Kamalanathan mendapat 21,919 undi, manakala PKR mendapat 20,305 undi.

Secara tidak rasmi, difahamkan kepimpinan PKR menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

7.36pm: Sumber-sumber BN mendakwa mereka mendahului dengan sebanyak 3,000 hingga 4,000 undi.

BN - 19,067 PKR - 17,554 Majoriti - 1,513

Keputusan rasmi SPR (7.41pm)

PKR - 4,082 BN - 3,398 Majoriti - 497

Keputusan rasmi SPR (7.22pm)

PKR - 3,153 BN - 2,888 Majoriti - 234

Keputusan rasmi SPR (7.20pm) PKR - 2,722 BN - 2,468 Majoriti - 258 7.15pm: Ulasan

Kemenangan awal menunjukkan PKR memang dua pertiga undi daripada kawasan majoriti pengundi Cina - di bawah 85 peratus yang menurut pemimpin PKR, Lim Kit Siang, perlu diperolehi calon PKR. PKR dijangka kalah besar di gugusan Felda yang majoriti pengundinya adalah Melayu. Keputusan rasmi SPR PKR - 2,173 BN - 1,934 Majorii - 239

_________________________________________________

7.128pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 9,133 BN - 7,261 Majoriti - 1,872

Kira-kira 33 peratus undi telah dikira

7.08pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 8,557 BN - 7,116 Majoriti - 1,639

7pm: Ulasan

Undi di sebahagian besar kawasan majoriti pengundi Cina telah dikira, dengan PKR mendahului dengan 1,226 undi. Kira-kira 30 peratus telah dikira.

Pengiraan undi dari kawasan majoriti Melayu belum diperolehi. PKR difahamkan tidak dapat banyak undi dari kawasan berkenaan.

6.58pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 7,770 BN - 6,504 Majoriti - 1,266

6.57pm: Keputusan tidak rasmi PKR - 7,410 BN - 6,339 Majoriti - 1,071 6.54pm: Keputusan tidak rasmi PKR -7,053 BN - 6,010 Majoriti - 1,034 6.45pm: Keputusan tidak rasmi PKR - 6,389 BN - 5,385 Majoriti - 1,004 Kira-kira 11,674 undi, atau 25 peratus, telah dikira. 6.43pm: Keputusan tidak rasmi PKR - 5,596 BN - 5,041 Majoriti - 555 6.41pm: Keputusan tidak rasmi PKR - 4,204 BN - 3,592 Majoriti -612

6.34pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77 Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73 Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56

Tidak rasmi - PKR 666, BN 206

6.29pm: Unofficial results (PKR 2,972, BN 2,259)

Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82 Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212 Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205 Tidak rasmi - PKR 897, BN 499

6.23pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58 Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184 Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216 Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168 Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172 Tidak rasmi - PKR 901, BN 798

6.23pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Batang Kali (kawasan Cina), saluran 1- PKR 220, BN 58 Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184 Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216 Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168 Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 901, BN 798 6.18pm: Keputusan tidak rasmi Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 - PKR 62, BN 176 Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 - PKR 98, BN 128 Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75 Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122 Tidak rasmi - PKR 729, BN 501 6.13pm: Keputusan tidak rasmi Kuala Kalumpang, saluran 1 - PKR 98, BN 128 Ulu Yam Barat, saluran 1 - PKR 171, BN 94 Kg Bharu Kerling, saluran 1 - PKR 172, BN 83 Pertak Bukit Fraser - PKR 22, BN 15 Pertak, saluran 2 - PKR 18, BN 98 Ampang Pecah, saluran 1 - PKR 105, BN 155 Tidak rasmi - PKR 491, BN 445 6.10pm: Proses pengiraan undi sudah bermula. Menurut keputusan tidak rasmi, BN menang undi pos. BN: 767 PKR: 120

(Malaysiakini)

Kiraan Undi Tidak Rasmi Di Parlimen Hulu Selangor.

Hulu Selangor: 40 saluran peti undi - BN: 5,949; PKR: 6,552

Kiraan Undi Tidak Rasmi Di Parlimen Hulu Selangor.

TERKINI PAKATAN RAKYAT 9508 BN/UMNO 7699

Hari Pengundian PRK Hulu Selangor Ditutup Pada Jam 5 Petang.


5.00 pm : Proses pengundian tamat. Semua pusat pembuangan undi ditutup.
4.30 pm : Ketua petugas Pakatan Rakyat di Sek Ren. JK (C) Khing Ming membahagikan petugas kepada 5 kumpulan.
Mereka masing-masing ditugaskan menjaga pintu masuk ke pusat mengundi bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku di saat-saat akhir waktu pengundian.
4.20 pm : Sehingga jam 4 petang, 73.82 peratus atau 47,615 sudah selesai menunaikan tanggungjawab keluar mengundi.
4.15 pm : Jam terakhir waktu pengundian, beberapa pengundi kaum Cina dilihat masuk ke tempat pengundian di Sek Ren. JK (C) Khing Ming
4.00 pm : Di Sek Ren. JK (C) Khing Ming, FRU menyekat laluan utama masuk ke tempat mengundi namun dibantah petugas PKR.
FRU kemudiaanya membuka kembali laluan

Doakan Kemenangan BN, Insyaallah... Macam Doa Abu Jahal Je Bunyinya.

Ini aku gerenti nasi bungkus dengan milo ais belum sampai
Kesian no...berteriak sampai hilang suara dan pastikan BN bayar lebih pasal Najib One Malaysia sendiri yang turun pandan dengan 3 kontena al-fulus.... pastikan dapat jangan tak dapat kerana Najib One Malaysia sendiri yang turun, pastikan seorang dapat RM 1,000 dan minta duit cash dan jangan terima cek...... jika tidak menangis tak berlagulah.
Yang confrim suku sakat 'Katak Hee' dari Perak.
Yang ni aku confuse sikit, semua perayu undi ke.
Senang hati bro...... poket sudah penuh ke atau tunggu yang separuh lagi. Oleh itu baik jaga-jaga pasal kalau kalah, alamatnya gigit jarilah. Tapi tak apa, kerja...... kerja....... kerja.......... jangan tak kerja.
Dey... mari kita doakan kemenangan BN...Insyaallah. Tapi siapa pula yang tukang baca doa....... Mungkin India yang pakai baju oren sambil mengangkap kedua belah tanggannya itu. Tak sangka Umno dapat juga cari tok iman bidang terjun.

Sekitar Hari Mengundi Parlimen Hulu Selangor.


4.30 pm : Ketua petugas Pakatan Rakyat di Sek Ren. JK (C) Khing Ming membahagikan petugas kepada 5 kumpulan.
Mereka masing-masing ditugaskan menjaga pintu masuk ke pusat mengundi bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku di saat-saat akhir waktu pengundian.
4.15 pm : Jam terakhir waktu pengundian, beberapa pengundi kaum Cina dilihat masuk ke tempat pengundian di Sek Ren. JK (C) Khing Ming
4.00 pm : Di Sek Ren. JK (C) Khing Ming, FRU menyekat laluan utama masuk ke tempat mengundi namun dibantah petugas PKR.
FRU kemudiaanya membuka kembali laluan.(HarakahDaily)

Muhyiddin : BN Sasar 6,000 Undi Majoriti.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN meletakkan sasaran 6,000 undi sebagai KPI mereka dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Katanya, sasaran itu dibuat berdasarkan kepada pencapaian BN di peringkat DUN dalam pilihan raya umum yang lalu.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN menguasai ketiga-tiga DUN - Hulu Bernam, Kuala Kubu Bahru dan Batang Kali tetapi tewas di peringkat parlimen dengan majoriti tipis 198 undi.

Ditanya mengapa meletakkan saran tersebut, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata, beliau tidak perlu terang, sebaliknya menegas supaya memastikan pekerja parti perlu kerja dengan lebih keras.

Muhyiddin menambah, beliau optimis bahawa BN akan dapat mencapai kejayaan kali ini, berdasarkan dua minggu turun di Hulu Selangor.

"Sentimen kebanyakan pengundi pro-BN, saya harap diterjemahkan menjadi satu undi (kepada kita)," katanya dalam sidang media di Ibu pejabat polis Daerah Kuala Kubu Bharu.

Ditanya berhubung tinjauan pelbagai badan yang meramalkan kemenangan tipis dalam pilihan raya ini, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata:

"Kita tidak perlu membuat spekulasi, proses pengundi masih berjalan," katanya.

Sementara itu, mengulas kewujudan pondok panas oleh kedua-dua pihak, walaupun dilarang oleh SPR, Muhydin berkata beliau berharap selepas ini SPR dapat mencadangkan garis panduan yang lebih jelas dan spesifik berhubung perkara itu.

Ini kerana katanya jarak antara pusat mengundi dan kawasan penyokong berhimpun sukar untuk ditentukan.

"Saya, kalau tidak ada halangan, saya hendak duduk depan pintu sekolah," katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa tiada masalah berlaku, walaupun pihak pembangkang dilihat "lebih agresif".

Ditanya mengenai dakwaan yang menyatakan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim tidak dapat menghampiri kawasan pengundian, kerana dihalang oleh penyokong BN, Muhyiddin berkata:

"Dia tak berani turun, dia takut kena boo sebab ada banyak penyokong BN. Tapi kalau saya, saya salam dengan semua penyokong PKR dan PAS," katanya.

Muhyiddin yang juga mengetuai jentera pilihan raya BN di Hulu Selangor, menyifatkannya sebagai satu semangat muhibbah.(Malaysiakini)

Sekitar Pilihanraya Parlimen Hulu Selangor.


Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dengan 136 saluran dibuka di 47 sekolah dan dewan masyarakat mulai jam 8 pagi ini.
3.39ptg: 32 orang ditahan polis kerana pelbagai kesalahan sepanjang tempoh pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, termasuk enam orang yang ditahan hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di pelbagai lokasi kerana dipercayai menjadi "tukang kecoh" dan cuba menimbulkan kekacauan.

"22 termasuk tiga wanita ditahan sepanjang tempoh dari hari penamaan calon (17 April) hingga tempoh (tamat) berkempen (12 tengah malam tadi) manakala enam lagi ditahan pada hari ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua 22 orang itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan mereka diambil.

Katanya sementara lima daripada enam lelaki yang ditahan hari ini disiasat mengikut Seksyen 147, Kanun Keseksaan kerana merusuh manakala seorang lagi disiasat mengikut Seksyen 427 kanun yang sama kerana khianat.

Khalid berkata polis akan menyiasat laporan sebuah portal berita yang disiarkan hari ini yang mendakwa polis menahan pengundi hantu yang membawa senjata ke pusat pengundian.

"Saya nafikan laporan tersebut yang dilihat boleh menimbulkan perasaan takut kepada pengundi dan kita akan buat laporan polis terhadap media terbabit dan memanggil wartawan yang menulisnya," katanya sambil memberi jaminan bahawa keselamatan pengundi adalah terjamin.

3.30ptg: Sehingga jam 3 petang, 67.18 peratus atau 43,333 sudah keluar mengundi.
2.48ptg: Hujan renyai di Batang Kali.
2.30ptg: Sehingga jam 2 petang, 63.74 peratus atau 41,112 sudah keluar mengundi.

2.15ptg: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN meletakkansasaran 6,000 undi sebagai KPI mereka dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Beliau memberitahu sidang media di ibupejabat polis daerah Kuala Kubu Bahru bahawa sasaran itu dibuat berdasarkan kepada pencapaian BN di peringkat DUN dalam pilihan raya umum yang lalu.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN menguasai ketiga-tiga DUN - Hulu Bernam, Kuala Kubu Bahru dan Batang Kali tetapi tewas di peringkat parlimen dengan majoriti tipis 198 undi.

2.05ptg: Restoran mamak dan restoran Melayu di Hulu Bernam sesak dengan penyokong BN. Manakala petugas Pakatan sudah kembali semula ke pusat pengundian untuk mencari undi.

Juga tiada tanda hujan akan turun walaupun Jabatan Kajicuaca meramalkan petang ini akan hujan.

1.30 tengahari:Sehingga jam 1 tengahari ini, 56.82 peratus atau 36,650 sudah keluar mengundi.

12.42tengahari:Pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor berjalan lancar sehingga kini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.
12.30pm: Menurut petugas PKR, di Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Baru, 765 daripada 1,749 pemilih telah keluar mengundi.

Manakala anggota polis ditempatkan mengawal di antara penyokong PKR dan BN. 

Penyokong BN, sebahagian besarnya terdiri daripada remaja Melayu, India dan Cina, melaungkan "kaki judi" "lumba kuda" - merujuk kepada calon PKR.

12.30 tengahari: Sehingga jam 12 tengahari ini, 49.4 peratus atau 31,632 sudah keluar mengundi.

12.05tengahari:Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim melawat pusat mengundi di Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam. Penyokong PKR menyambut beliau dengan laungan "Reformasi", manakala Pemuda Umno melaungkan "tauke babi)". Penyokong PKR membalas dengan laungan "Altantuya" dan "rasuah".

12 tengahari: Exco Selangor, Elizabeth Wong mengesahkan'halangan' di dua kampung Orang Asli telah dibuang selepas jam 3 pagi tadi, setelah laporan polis dibuat mengenainya.
11.53pagi: Menurut petugas PKR, pondok maklumat parti itu di SRJK (C) Khing Ming di robohkkan oleh SPR.

11.48pagi: P Kamalanathan dan isteri S Shobana melawat Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Baru.

11.30pagi: Menurut SPR, sehingga jam 11 pagi tadi, 38.21 peratus atau 24,645 sudah keluar mengundi.
Menurut petugas PKR, kadar pengundian di Sekolah Agama Serendah setakat ini kira-kira 25 peratus daripada 1,898 pengundi.

Terdapat juga laporan mengenai pengundi, terutama warga emas, yang pergi ke pusat pengundian yang salah kerana tidak tahu yang nama mereka telah dipindah ke tempat lain.

Warga emas yang pergi ke SRJK (C)khususnya, tidak tahu yang nama mereka telah dipindahkan ke pusat mengundi yang lain dalam daerah mengundi Kampung Baharu Serendah.

Seorang warga emas yang pergi ke Sekolah Agama Serendah medapati namanya didaftar mengundi di SRJK (C) Serendah.

11.15pagi: Berlaku ketegangan di luar Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam selepas anggota Pemuda Umno membaling satu objek ke arah penyokong PKR. Ketegangan itu reda selepas trak polis diletakkan di tengah jalan bagi memisahkan penyokong kedua belah pihak.
11.00pagi: Ketegangan meningkatkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Hulu Bernam, iaitu pusat mengundi majoriti Melayu. Pergaduhan hampir tercetus apabila sekumpulan penyokong BN yang m
emakai baju-T hitam 'Pemuda Umno' memprovokasi sekumpulan penyokong PKR. Anggota polis dapat mengawal dan menenangkan penyokong kedua belah pihak.

10.50pagi: Kira-kira 350 difahamkan telah mengundi di SRJKC Rasa. Pusat mengundi itu mempunyai kira-kira 1,700 pengundi berdaftarl.
10.49pagi: Para penyokong BN dilihat mengedarkan poster di pusat mengundi di Sekolah Agama Serendah, yang memaparkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim minum bir.
10.44pagi: Kira-kira 100 penyokong kedua belah pihak berada diSRJKC Khing Ming - kawasan majoriti pengundi Cina. Memandangkan mereka tidak memakai baju parti, maka sukar untuk menentukan sama ada mereka penyokong BN atau Pakatan.

10.43pagi: Kawasan majoriti Melayu Sungai Selisek, 248 daripada 793 pemilih sudah keluar mengundi.
10:34pagi:Pergelutan kecil berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali antara penyokong Pakatan dan BN. Polis bertindak memisahkan kedua belah pihak.

Keadaan bagaimanapun tenang. Ada yang membawa poster foto calon, manakala segelintirnya kelihatan membawa poster Teoh Beng Hock.

10.40pagi: Menurut SPR, sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 16,932 atau 26.25 peratus sudah keluar mengundi.
10.25pagi: Suasana di Sekolah Kebangsaan Kerling tenang. Kedua pihak menyediakan 'pondok panas' tanpa diganggu pihak SPR.

Akhbar Berita Harian dan New Straits Times diedarkan percuma kepada orang ramai di situ.
10.22am: Di Batang Kali, penyokong Pakatan dan BN, bersorak dan mengejek satu sama lain. Penyokong BN memanggil penyokong Pakatan "bodoh, gemuk" dan melaungkan "liwat", manakala penyokong Pakatan membalas “Umno rasuah" dan “Apco-Umno, "Umno-Yahudi”.
10.10pagi: Di Rasa, Kuala Kubu Bahru, penyokong BN dan Pakatan hampir berentap. Sepasukan anggota polis yang lengkap dengan cota, perisai dan pemancar gas pemedih mata, bergegas ke situ.

Ahli parlimen Batu, Tian Chua berusaha menenangkan penyokong Pakatan. Seorang anggota polis mengawal di sebelah penyokong Pakatan manakala enam lagi mengawal di sebelah BN. Tian Chua memberitahu penyokongnya bahawa pihak BN sengaja bertindak memprovokosi mereka.

9.55pagi: Di Rasa, Kuala Kubu Bharu, exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu menasihatkan penyokong Pakatan supaya jangan termakan provokasi pihak BN. 

Beliau memberi nasihat tersebut sejurus selepas berlaku pertengkaran antara penyokong kedua belah pihak di mana seorang penyokong BN melaungkan perkataan 'lucah' terhadap at Pakatan.


9.45pagi: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tiba di kawasan majoriti pengundi Cina di Baru Kelompang. Penyokong Pakatan di hadapan 'pondok panas' MCA mengusik beliau sambil melaungkan "Dato, marilah sini ambil gambar."
Chua hanya tersenyum dan melambai tangannya. Katanya, beliau yakin BN akan menang. "Saya yakin BN akan menang, tapi dari segi peratus tak tau."

Beliau mengaku bahawa strategi kempen MCA yang hanya ditumpukan kepada isu kampung baru dan pembangunan setempatan, tidak mampu menarik sokongan pengundi muda Cina dan pengundi yang tinggal di luar kawasan itu.

9.42pagi: Penyokong BN di Rasa, Kuala Kubu Bahru (kawasan majoriti pengundi Cina) lebih ramai daripada penyokong Pakatan. Mereka kelihatan 'mengejek' kenderaan yang membawa bendera PKR. Ada sesetengahnya cuba menutup tingkap kenderaan yang bergerak perlahan itu dengan bendera BN.

Penyokong kedua belah pihak yang berjumlah sekitar 70 orang, hampir bergaduh apabila seorang yang memprotes pembinaan menara TNB di Rawang naik angin dan mahu berdepan dengan penyokong di sebelah BN. Bagaimanapun anggota polis berjaya menenangkan keadaan.

Penyokong Pakatan melaungkan "Reformasi" manakala penyokong BN menjawab "Sudah Basi".
9.30pagi: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat 'pondok panas' BN di kawasan majoriti Melayu di Sungai Buaya. Kelihatan sekitar 100 penyokong BN dan Pakatan berdiri di kiri kanan jalan mencari undi bagi calon masing-masing.
9.24pagi: BN sediakan 'pondok panas' di sebuah rumah berhadapn dengan pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan KKB,kawasan majoriti Melayu. Tiada kelihatan 'pondok panas' PKR di situ.
9.10pagi: Calon BN P Kamalanathan beredar dari pusat mengundi Sungai Choh untuk meninjau pusat mengundi yang lain. Beliau menyifatkan sambutan para penugndi sebagai 'fantastik'.

Agak ramai pengundi yang beratur untuk membuang undi, sebahagian besarnya wanita dan warga emas. Kelihatan kira-kira 20 penyokong BN dan Pakatan berdiri di kedua belah jalan, sambil memujuk pengundi yang lalu lalang di situ supaya mengundi calon mereka.

Beberapa kenderaan yang lalu di situ membunyikan hon masing-masing sebagai tanda sokongan.

8.42pagi: Di Kuala Kubu Bahru, walaupun SPR telah memberi amaran semalam, namun PKR telah menyediakan tempat untuk pengundi menyemak pusat mereka mengundi.

Tetapi petugas yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr Siaw berkata SPR, yang turut menyediakan tempat yang sama, telah mengarahkan mereka supaya menutupnya.

Seorang pengundi mendapati namanya telah dipindahkan ke Bukit Sentosa dan akan dibawa ke sana oleh petugas PKR.
Sementara itu,
Pusat pengundian tersebut menyediakan 136 saluran di 47 sekolah dan dewan masyarakat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelia proses pengundian hari ini, dengan diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan. Parlimen Hulu Selangor mempunyai seramai 63,701 pengundi.

Nor Hisham yang juga pegawai daerah Hulu Selangor menasihatkan mereka supaya datang ke pusat mengundi awal kerana tengah hari dijangka hujan.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandingnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia bulan lalu akibat barah otak.

Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara ketua penerangan MIC P.Kamalanathan dari BN dan bekas ahli parlimen Kota Bharu Datuk Zaid 

Polis pula menggerakkan lebih 1,000 petugas dan beberapa helikopter bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar. 

Proses mengundi akan tamat jam 5 petang dan semua undi itu kemudiannya akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor.

Keputusan pengundian dijangka paling awal dapat diketahui sekitar jam 9.30 malam.(Malaysiakini)

Sekitar Hari Mengundi Parlimen Hulu Selangor.


3.40 pm : Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin ditahan selepas membuat laporan polis bahawa beliau diserang dengan parang oleh penyokong BN.
Kini masih di balai polis serendah.
Beliau tengah hari tadi diserang dengan sebilah parang selepas beliau melawat pusat pengundian di Felda Sungai Buaya.

Kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengahari selepas beliau dan beberapa petugas keluar dari pusat pengundian di tempat tersebut.

3.30 pm : Lagi SMS kemenangan kepada Zaid tersebar. Kini maklumat yang didakwa diperoleh dari risikan tentera.
SMS itu mendakwa Zaid akan terus mendahului Kamalanathan sekiranya tren keluar mengundi perlahan atau normal sehingga jam 5 petang.
SMS itu juga mendakwa Zaid mungkin mendapat majoriti 3,725 undi dengan pecahan undi Melayu 55 peratus, Cina 75 Peratus dan India 60 Peratus.
Kebanyakan undi yang diperolehi Zaid dakwa SMS itu adalah dari peneroka selepas MB Selangor semalam mengumumkan Zaid mengetuai Task force menyelesaikan isu hak milik tanah.
Bagaimanapun belum ada pihak yang berani mengesahkan perkara tersebut.
3.25 pm : Peratus keluar mengundi hingga jam 3 petang adalah 67.18 peratus bersamaan 43,333 pengundi.
3.00 pm : Seorang budak Iskandar Hanafiah, 12 tahun mengaku dibayar RM2 untuk membawa bendera BN dengan basikal bersama rakan-rakannya.
"Umno bagi RM2 sahaja, yang lain Umno dia masih belum bayar lagi," katanya kepada wartawan Harakahdaily.

Sekitar Hari Mengundi Parlimen Hulu Selangor.

Penyokong BN buat kecoh di Felda Sungai Tengi.


HULU SELANGOR, 24 April: Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor menyaksikan satu lagi kekecohan berlaku membabitkan penyokong BN dan Pakatan Rakyat.Ianya berlaku kira-kira jam 5.45 petang tadi di jalan berhadapan Dataran Felda Sungai Tengi, iaitu tempat berlangsungnya Himpunan Warga Felda Kebangsaan kali ke-2.

Insiden tercetus apabila sekumpulan 20 pasukan konvoi bermotosikal Barisan Nasional melalui jalan tersebut dengan membuat provokasi dengan bunyi ekzos yang kuat sehingga mengganggu majlis himpunan yang diadakan.

Ianya menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat dan peserta himpunan yang pada waktu itu sedang mendengar pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung hak pemilikan tanah peneroka.

Ekoran itu, ada di antara mereka mendekati pemuda BN tersebut dan mengarahkan mereka beredar dengan segera bagi mengelakkan kekecohan.




Namun seperti ada yang tidak berpuas hati dengan arahan itu, berlaku sedikit pertengkaran antara kedua-dua pihak sehingga menimbulkan suasana kelam kabut.



Sekurang-kurangnya dua buah motosikal yang dinaiki mereka dilihat terbalik dan sedikit pergaduhan kecil juga berlaku.



Insiden lebih kurang lima minit itu bagaimanapun disuraikan orang ramai sebelum kehadiran pihak polis tidak lama kemudian.



Kejadian itu berlaku pada kali keenam kumpulan motosikal tersebut yang berulang alik melalui jalan yang sama.

(Nazri Abdullah)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular