APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Ahad, 18 Julai 2010
Mat Tyson Merajuk, Menandakan Umno Selangor Bergolak
AWANG terpanggil untuk mengulas keresahan ahli-ahli UMNO di Kelana Jaya, Selangor terhadap ketua mereka, Muhammad Muhd. Taib. Ini berikutan tindakan beliau yang memencilkan diri selepas tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden UMNO tahun lalu.
Muhammad dikatakan tidak hadir dua kali mesyuarat agung bahagian tersebut dua tahun berturut-turut.
Awang dapat tahu, beliau juga tidak menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri selain banyak lagi aktiviti parti di bahagiannya. Tugas itu diwakilkan kepada timbalannya, Yahaya Bujang.
Sebagai Ketua Bahagian yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelana Jaya, Muhammad ternyata tidak berfungsi seperti mana yang sepatutnya.
Malah beliau sama sekali enggan tampil membantu kempen pilihan raya BN di Hulu Selangor walaupun diminta oleh jentera parti. Apa sebenarnya yang berlaku? Apakah beliau kurang sihat atau uzur? Mungkinkah Muhammad merajuk kerana tidak diberikan jawatan tertentu dalam parti mahu pun dalam kerajaan selepas kekalahannya?
Hanya beliau yang boleh memberikan penjelasan. Setakat ini, bekas Menteri Besar, menteri pusat dan Ketua Penerangan UMNO itu membisu seribu bahasa. Awang amat menghormati dan menghargai Muhammad yang banyak berjasa kepada parti, negeri dan negara. Namun beliau perlu bersikap realistik.
Apa maknanya menjadi ketua bahagian jika gagal berperanan sebagai ketua bahagian. Ketika UMNO dituntut untuk agresif memperkasakan parti dan mendampingi rakyat lebih-lebih lagi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, ketua bahagian tidak boleh beroperasi hanya dari rumah.
Jika sekalipun beliau merajuk atau merasa tidak puas hati, janganlah sampai boleh menjejaskan kepentingan parti.
Dalam Muhammad diakui cukup berjasa kepada UMNO, rasanya dokongan ahli-ahli parti itu jugalah banyak melonjakkan karier politik beliau selama ini. Dokongan ahli-ahli dan parti turut memberi nikmat kepada pemimpin, yang ada kalanya hakikat itu cuba dilupakan.
Maka sudah sampai masanya Muhammad perlu menyatakan pendirian dan komitmennya kepada parti terutama bahagian Kelana Jaya.
Pada Awang, adalah lebih baik beliau berundur jika sudah tiada komitmen. Jangan biarkan hubungannya dengan UMNO Kelana Jaya tergantung tak bertali. Ia tidak adil kepada UMNO dan ahli-ahli parti.
Kekuatan UMNO adalah pada akar umbi dan sokongan orang Melayu. Tanpa mana-mana pemimpin sekalipun UMNO tetap gagah, apatah lagi sekarang bukan era Muhammad.
Isyarat untuk beliau sudah jelas. Pun begitu, Awang percaya beliau masih sayangkan UMNO. Kesetiaannya kepada parti tidak perlu diragui. Beliau akan membuat keputusan yang bijak untuk kepentingan semua. Awang yakin. (Utusan)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
-
Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan, menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki ...
-
Pada 7 Jan 2001 Hartanah Taikon Tan Sri Abu diarah merobohkan pagar tembok. Masuk dalam media Utusan.Namun.. cuba lihat.. sampai hari ini...
-
ISMAIL SABRI ADALAH MENTERI PALING BODOH DALAM SEJARAH MALAYSIA!? Pergghhh marah betul si Keris Putra dengan Ismail Sabri, dikat...
-
Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang isu seorang model, Kartika Sari Dewi Shukarno yang telah dijatuhi hukuman sebat sebanyak 6 seb...
-
8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi ...
-
Untuk renungan kita bersama tentang perintah Allah SWT kepada Iblis Laknatullah untuk menjawab segala pertanyaan Rasulullah SAW. ...
-
Makam Rasulullah s.a.w. Makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut Makam Aisyah r.a. (i...
-
Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya di...
-
Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing. Huku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan