Translate

Isnin, 6 September 2010

Fitnah Sudah Menjadi Darah Daging Bagi Zam.


Laporan demi laporan polis terhadap bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin  ekoran kenyataan memfitnah PAS. Zainuddin sebelum ini mendakwa kononya PAS meminta Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj merampas harta orang cina ketika tragedi 13 Mei 1969 serta dakwaan kononya PAS menyebelahi Indonesia ketika konfrontasi antara Malaysia dengan negara tersebut.


Zam sememangnya terkenal sifatnya sebagai seorang yang tidak akan memberi laporan yang positif terhadap PAS. Sikapnya tidak pernah berubah sejak menjadi wartawan Utusan pada 60 an sampailah sekarang. Diatas jasanya yang 'lebih Umno dari Umno' membuatkan Tun Mahatdir melantiknya sebagai Menteri Penerangan.


Pada tahun 1985, beliaulah yang menjadi lidah kepada Datuk Radhi (bekas setiausaha agong Umno)  dalam kenyataan jahatnya terhadap TGHH. Radhi mengatakan dalam 2 tahun lagi akan lahir seorang lagi Nabi di Terengganu. Beliau merujuk kepada TGHH yang ketika itu berusia 38 tahun. 

presiden pas
Beberapa tahun selepas al-Marhum Ustaz Fadhil Noor menjadi Presiden PAS dan Tuan Guru Haji Menjadi Timbalannya, sekali lagi Utusan Melayu dibawah Zam melakukan fitnah. Mereka menamakan Presiden dan Timbalan PAS sebagai Nabi Fadhil dan Nabi Hadi.

Atas tindakan biadap Zam dan Utusan Melayu itu, Ustaz Fadhil Noor dan Tuan Guru Haji Hadi terpaksa mengambil tindakan undang-undang. Mahkamah telah mengarahkan Utusan Melayu membayar gantirugi sebanyak RM 200,000 kepada Ustaz Fadhil dan Haji Hadi.

Walaupun tidak lagi menjadi menteri, beliau seperti tidak pernah menunjukkan keinsafan apatah lagi di bulan Ramadhan ini. Beliau sanggup mengelirukan fakta sejarah dengan melakukan fitnah terhadap PAS supaya kaum Cina membenci PAS.

Inilah kerja-kerja balaci Umno setelah melihat kedudukan mereka semakin tergugat dalam politik Malaysia. Umno/Bn yang cukup cemas dengan sikap kaum Cina yang semakin dekat dengan PAS. Apatah lagi apabila PAS sendiri menubuhkan Dewan Penyokong PAS untuk bukan Islam.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memfitnah dan menukar fakta kerja2 puak gerombolan dari dulu hingga kini. Berubahlah kepada kebenaran untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular