Translate

Sabtu, 30 Oktober 2010

Dun Galas : Astro Awani Barua Baru Umno.


Sudah lama saya tidak menonton berita TV3 disebabkan sikap laporan yang langsung tidak boleh dipercayai. Apatah lagi jika laporan tersebut berhubung kait dengan Pakatan Rakyat dan parti PAS amnya. Oleh itu sebab itulah saya lebih suka menonton berita Astro Awani 7.45 malam.

Laporan-laporan oleh Astro Awani lebih terbuka sedikit walau pun masih memihak kepada Umno/Bn. Tetapi sejak kebelakangan ini berita dari Astro Awani amat memualkan apabila berlakunya pilihan raya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Berkebetulan semalam saya tidak tidur mengadap komputer kerana ada kerja yang perlu disiapkan. Sambil menaip di komputer, saya membuka TV saluran Awani 501.  Walau pun saya tidak menonton, saya tetap setia mendengar laporan-laporan dari saluran tersebut. 


Selama 24 jam saya mendengar wartawan Astro Awani menemubual beberapa orang asli. Isu yang mereka  cungkilkan adalah  berkaitan tanah ialah isu 'Ladang Rakyat'. Watak yang dipaparkan ialah Ku Li, Tok Batin dan pengerusi JKKP orang asli.



Mereka menyatakan rasa tidak puas hati dengan projek 'Ladang Rakyat' kelolaan kerajaan negeri Kelantan (benarkah kerajaan negeri terlibat?). Yang jelas menunjukkan kemarahannya ialah pengerusi JKKK yang mahu diangkat sebagai pejuang orang asli. 

Dengan penuh semangat pengerusi JKKK tersebut menyalahkan kerajaan negeri diatas isu tanah orang asli. Suka atau tidak, beliau terpaksa menunjukkan peranannya sebagai pengerusi JKKP kerana elaunnya baru sahaja dinaikkan dari RM 450 kepada RM 800 sebulan dalam Bajet BN 2011 yang diumumkan oleh DS Najib.

Itu pun belum dikira dengan elaun kedatangan mesyuarat sebanyak RM 50 seorang dan tidak termasuk dengan kedatangan beberapa guni wang untuk semua peringkat jawatan. Semakin tiinggi pangkatnya, semakin  banyaklah habuan yang mereka terima. Itu pun jika diambil contoh bayaran RM 200 bagi setiap pengundi yang mengundi BN seperti yang berlaku di PRK Manek Urai.

Dalam keseronokan kerana muka masuk TV, beliau begitu bersungguh-sungguh melaporkan betapa susahnya kehidupan orang asli kerana kesukaran menjana pendapatan. Beliau berkata semua kerja mereka telah diambil alih oleh pendatang asing dari Indon dan Bangla.

Pengerusi JKKP tersebut menyuruh wartawan melihat bukti apa yang berlaku di Lojing dan Cemeron Highland. Tidak pula wartawan tersebut pergi ke Cemeron Highland untuk membenarkan kata-kata pengerusi JKKP. Mungkin malu kut, kerana Cemeron Highland adalah kepunyaan kerajaan negeri Pahang. Itulah akibatnya jika terlalu terlalu bersemangat sangat menghentam, kesudahannya kena kat dahi sendiri.
rumah12 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
rumah13 (Gambar) Rumah Mewah Orang orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia
White House visi Malaysia milik Ku Li
Brown House visi Malaysia, Villa Orang Asli
Ku Li ketika mengadakan pertemuan lebih 100 penduduk Orang Asli di Pos Balar berkata, kehadirannya ke situ adalah untuk meninjau lebih dekat permasalahan Orang Asli bagi memastikan mereka turut mendapat pembelaan sama seperti rakyat lain.

"Kerajaan BN tidak pernah meminggirkan Orang Asli dari arus pembangunan dan ia terbukti apabila kerajaan Pusat menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti klinik kesihatan dan sekolah serta peruntukan RM10.8 juta untuk pembangunan Orang Asli di Gua Musang," katanya.

Beliau berkata, ia berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang kononnya hendak menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli tetapi dalam masa yang sama sanggup menggadai tanah yang diduduki mereka kepada pihak lain bagi tujuan pembalakan dan Ladang Rakyat.

Apakah selama 30 tahun lebih sebagai ahli parlimen Gua Musang dan memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan pusat, baru kali ini cuba membantu orang asli. Andainya beliau seorang yang perihati akan untung nasib orang asli, beliau boleh melakukannya semasa memegang jawatan Menteri Kewangan.

Apa pun, pengerusi JKKP itu sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan PAS Kelantan kerana memberi kebenaran untuk mendiami diatas tanah kerajaan negeri walau pun  beliau dan beberapa orang lagi adalah barua kerajaan BN. Mungkin inilah segelintar orang asli yang tidak mempunyai apa-apa saham keatas Ladang Rakyat yang diperbesar-besarkan oleh Umno.

Berkaitan pengambilan tanah untuk pembangunan, beliau sepatutnya menyalahkan kerajaan BN semasa era Tun Mahathir menjadi PM. Beliaulah yang telah meminda akta tanah negara dengan memberi kebenaran kepada kerajaan untuk mengambil tanah-tanah orang Melayu dan kaum Peribumi untuk pembangunan. 

Kerana itulah orang Melayu dan Peribumi semakin terpinggir ditanah air sendiri diatas kerakusan Umno/Bn merampas tanah-tanah orang Melayu dan Peribumi dengan alasan pembangunan yang menguntungkan sebelah pihak sahaja. Kerana Ku Li tidak berani mengakui apa yang telah Umno/Bn lakukan sebagaimana isu royalty minyak diperairan Kelantan.

Jika orang Melayu, Peribumi dan rakyat Malaysia amnya tidak ingin menjadi pengemis di negara sendiri, tunjukkanlah kuasa undi yang ada sebagai pengajaran buat Umno/Bn. Jangan menyesal dikemudian hari dan undi anda adalah untuk anak cucu anda sendiri.

Buat Astro Awani pula, janganlah sampai anda dicap sebagai media pencacai Umno/Bn yang baru. Buatlah laporan yang adil kerana pengkhidmatan dibayar setiap bulan. Atau anda pun akan diboikot seperti media massa pencacai yang lain.


2 ulasan:

sudirumusibarat berkata...

terlebih hentam masuk ke sempadan mereka

terburai isu sorot isi perut!

menara berkata...

Lintas langsung dari Galas - LIVE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular