Translate

Selasa, 26 Oktober 2010

Dun Galas : Muhyiddin Mula Menabur Rasuah.

Sikap angkuh mula ditunjukkan oleh Muhyiddin Yassin semasa ditemubual oleh wartawan berkenaan PRK Galas. Beliau dengan sombongnya menyatakan yang Bn mempunyai segalanya dalam menghadapi PAS. 

Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membina 1,500 unit rumah bernilai RM180 juta di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang pertama di negeri ini.

Muhyiddin Yassin berkata, projek tersebut dilaksanakan kerana Barisan Nasional (BN) komited dan prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat tanpa mengira di mana mereka berada.


Bagaimanapun beliau menegaskan, pelaksanaan projek itu telah dirancang lebih awal selepas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan ini dan ia bukan bertujuan memancing undi ketika Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

"Kalau hendak tunggu kerajaan negeri Kelantan ini laksanakan, sama seperti menunggu 'bulan jatuh ke riba,' saya fikir sampai bila pun tidak sampai di Kelantan.

"Di kebanyakan negeri (lain) pun, projek perumahan bukan saja dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat tetapi juga oleh kerajaan negeri yang mampu," katanya ketika berucap melancarkan PPR Gua Musang di Mukim Bandar di sini hari ini.

Inilah sikap angkuh dan sombong para pemimpin Umno yang dari dulu, kini dan selama-lamanya kerana mereka menganggap harta kerajaan macam harta mak bapak dia orang. Kerana itulah peningkatan hutang negara sudah mencecah RM 362.39 bilion.

Disebabkan terlalu pandai memerintahlah, kerajaan Pahang dan Perlis nak bayar gaji kakitangan terpaksa minta kerajaan pusat tolong payungkan. 

Elok sangatlah kalau pengundi Galas dan Batu Sapi diberi penerangan yang jelas tentang makna angka RM 362,390,000,000.00.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular